You are on page 1of 3

KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM

KOMSAS : Soalan 2 (d) PEMAHAMAN PUISI – SAJAK

DI RUANG GEMANYA
Oleh : Dharmawijaya MAKSUD

Telah kurangkumkan rebah setiaku Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan , penyajak telah
pada setiap pilu dan rindu menyerahkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi
melayang dan mengembang kepada tanah airnya.
ke hayat gemilang. Sejak itu Penyajak tidak sekali-kali gentar kepada pahit getir
tidak kukesal lagi perjuangan atau sebarang cubaan , ancaman dan pengaruh
goda dan duga luar yang ingin menggugat kesetiaannya atau menjejaskan
di gerimis senja. keselamatan tanah airnya.

Telah kupahatkan lelah umurku Segala pengorbanan jiwa dan raganya dalam
pada setiap kerikil dan debu membangunkan negara selepas berjaya memperoleh
datang dan menghilang kemerdekaan diabadikan dalam lipatan sejarah.
ke hujung kenang. Sesudah itu Kekentalan semangatnya tidak goyah biarpun berhadapan
tidak kukenal lagi dengan kekecewaan dan penderitaan dalam proses pengisian
hampa dan derita kemerdekaan itu.
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi Segala pahit getir, susah payah atau penderitaan, halangan
adalah titipan maya dan ancaman merupakan suatu yang biasa dalam perjuangan.
bakal kukongsikan hati Justeru, penyajak sangggup menyerahkan jiwa raganya untuk
mengukir tadbir di ruang gemanya. sama-sama membangunkan tanah air ini.

1. Nyatakan tema dan persoalan-persoalan dalam puisi ini .

2. Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Telah kupahatkan lelah umurku’? Pada pandangan anda ,
apakah jasa-jasa yang disumbangkan oleh para pejuang kebangsaan kita.

3. Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Gerimis senja guruh pagi’?

4. Huraikan DUA persoalan yang terdapat dalam puisi ini.


5. Apakah jasa penyajak sebagaimana terdapat dalam puisi ini ?

6. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah caranya anda menunjukkan kesetiaan anda kepada
negara ?

7. Huraikan DUA nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.

8. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam puisi di atas?

9. Buktikan bahawa penyajak merupakan seorang yang berjiwa patriotik.

10. Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu mencintai tanah air ?

11. Nyatakan tindakan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
ganosSajakT52008

You might also like