You are on page 1of 36

PENGENALAN

SONGKET

Songket merupakan jenis kain yang biasanya ditenun dengan tangan dan mempunyai corak

rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik

benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah ia hanya dipakai golongan bangsawan- keluarga kerabat diraja dan orang

besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu

menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di

Malaysia dan Indonesia sejak abab ke-13 yang lampau.

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain

mengangkat martabat si pemakai,motif dan warna tenunan songket melambangkan

kedudukan seseorang.
SEJARAH SONGKET

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat,namun

dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam

bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud

yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket

mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran

budaya dari Timur Tengah,Parsi,Turki dan Mongnul (India) telah memperkukuhkan lagi

penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket,ttp kemungkinannya penenunan songket

berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja yang merupakan strategi

penyatuan biasa sekitar abab ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan,di mana benang emas ditenun antara benang sutera

pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini mengambarkan struktur social di kalangan

bangsawan Melayu.
SENI TEKSTIL

Seni tekstil di Malaysia meliputi berbagai teknik penciptaan.Ia dapat dicipta dengan teknik

sulam,merenda,mengait,meruji benang (tekat) dan menenun. Tekstil juga melibatkan proses

dan teknik mencetak serta mencelup benang atau kain dasar (putih). Melalui berbagai-bagai

teknik ini,tekstil dapat dibentuk dengan berbagai rupa ragamhias.

Seni tekstil juga tidak sekadar menghasilkan kain dari benang dengan cara menenun,tetapi

juga menggunakan berbagai bahan lain untuk melengkapkan sesuatu rupa bentuk. Manusia

mempelajari bahan-bahan alam terutama jenis tumbuhan. Kemudian manusia mencipta alat-

alat sebagai kelengkapan teknologi untuk mencipta tekstil.

Terdapat alat-alat kei untuk menenun kain.pemidang untuk tekat,dan alat-alat pencetak

(blok kayu dan tembaga) untuk batik. Walau apa pun gaya dan teknik digunakan,penciptaan

tekstil tidak dapat dipisahkan dengan bahan asas iaitu benang.

Benang berasal dari jenis tumbuhan atau bulu-bulu binatang. Ia diproses menjadi jaluran-

jaluran kasar seperti jerami yang lebih dikenal untuk membuat tali.Proses penciptaan benang

berasal dari kesedaran keperluan harian.

Benang yang paling umum digunakan untuk menenun kain,merenda dan menyulam ialah

dari jenis tumpuhan kapas. Kapas merupakan sejenis tumbuhan yang berpohon rendah

(gossypiumspp). Buahnya mengandungi serat untuk menjadikan benang. Pohon ini dikenali

sebagai karpas atau koton mula disebut di Palestine sekurang-kurangnya seawal dengan

pemerintahan King Solomon yang diimportkan dari Mesir. Di india kapas atau kaparssi juga

telah diketahui dan digunakan di negeri itu pada awal tahun 3000 S.M. Orang-orang China

purba menyebutnya sebagai lamb plant atau cotton lambs.


Benang dari bahan-bahan bulu binatang digunakan serentak pada zaman penemuan benang

kapas. Di Palestine bahan mula digunakan di Gua Megidd sekitar tahun 3000-1000S.M. Di

Lembah Nil pula lebih awal diketemukan iaitu pada tahun 5000S.M. Dari bahan-bahan ini,

manusia menjadikannya kain dalam bentuk yang masih sederhana. Penciptaan yang

sederhana ini berlangsung hingga pada tahun 2500S.M. apabila ragamhias mula diberi

perhatian sama ada di Mesir ataupun di Timur.

Benang sutera merupakan jenis lembut dan halus. Ia didapati dari sejenis ulat (kepompong)

sutera bomby mori yang pertama kali diperkenalkan oleh China. Dalam pemerintahan Dinasti

Huang-ti (2640S.M), benang sutera telah diperkenalkan ke Greek dan Rome melalui (hiasan

dalam) interior China kira-kira seribu tahun sebelum Christian Era.

Walaupun benang telah (sama ada dari kapas,sutera atau linen) ditenun dijadikan kain

untuk menutup badan,tetapi kesan-kesan pra-sejarah masih terus berlangsung,iaitu tekstil

badan yang dikenali sebagai tattoo. Sejak dari zaman neolitik,manusia menggunakan warna

dan lukisan cat sebagai symbolic costumes. Pada peringkat ini warna-warna dibuat dari

berbagai jenis tumbuhan dan sayuran yang mengeluarkan warna-warna tertentu. Pengalaman

penggunaa bahan-bahan ini juga telah diserapkan sebagai warna untuk mewarnakan benang-

benang kapas dan sutera. Untuk mengekalkan warna dari luntur,orang-orang Mesir purba

telah memcampurkannya dengan kapur atau air kelapa.

Benang emas pula merupakan perkembangan selanjutnya dalam peciptaan ragamhias pada

tekstil. Penggunaan benang emas agak terbatas jika dibandingkan dengan benang kapas,linen

dan sutera. Sebaliknya fungsi utama benang emas ialah untuk membuat ragamhias atau

dengan lain perkataan,digunakan untuk rekabentuk estetik. Sedangkaan benang kapas, sutera

dan linen berfungsi untuk penciptaan rekabentuk gunaan.


Sulaman benang emas yang dianggap tertua ditemui di Mesir dengan motif bunga teratai

menghiasi pakaian Amenhotep II (dinasti ke-18,1555-1350S.M.Cairo,Muzium Epytian)

Di Asia, seni tekstil berkembang dengan pesat setelah perhubungan dagang bengan Negara

luer terjalin. Pertukeran bahan asas di antra pedagang-pedagang tempatan dan luar

menambahkan lagi ragaman bentuk seni tekstil. India dan China merupakan pusat

perantaraan yang mempercepatkan pertumbuhan seni tekstil da alam Melayu.

India dapat dikatakan sebagai pusat pengeluar,pengumpul dan pengedar tekstil. Kain

pelekat merupakan kain yang didatangkan dari India. Tekstil ini merupakan tenunan corak

geometri dari bahan benang kapas. Conoh-contoh tenunan ini banyak terdapat dalam tenunan

biasa orang Melayu yang lebih sering disebut sebagai kain corak Muar, kain corak Bugis dan

sebagainya. Begitu juga dengan jalur-jalur dan titik-titik bulat dan bintik-bintik halus yang

dibuat dengan cara ikat simpul dan celup yang dikenai sebagai corak pelangi, atau bandhana

dalam bahasa India.

Cara ragamhias dibuat di atas blok kayu berukir atau tembaga patri. Beberapa blok yang

berasingan digunakan untuk mendapat berbagai-bagai warna.Teknik batik cap Melayu juga

berteraskan kepada cara ini. Tetapi tidak dapat menerima begitu sahaja dengan mengatakan

seni tekstil melayu meniru system dan teknik dari India. Proses cetak telah lama diketahui

oleh tukang-tukang Melayu. Teknik ini sering digunakan dalam cara menghias tembikar sejak

zaman neolitik.. Cuma dapat dikatakan pengenalan kepada tekstil India, menambahkan lagi

kepandaian orang Melayu. Malah penciptaan batik dengan lilin adalah milik orang Melayu

yang mula-mula sekali wujud di Jawa(batik tulis).

Pada peringkat ciptaan awal tekstil, ia dibuat sebagai alat pelindung dari cuaca atau iklim

(panas dan sejuk). Terdapat dua faktor perkembangan yang penting dalam proses penciptaan

awal ini iaitu teknologi dan keperluan perasaan.


FAKTOR PERKEMBANGAN

TEKNOLOGI

Proses penciptaan dibantu oleh faktor kelengkapan. Pada tingkat pertama ini, alat-alat yang

digunakan terdiri dari kelengkapan yang sederhana. Ia merupakan teknologi primitif yang

digunakan untuk memproses bahan tanpa maksud kepercayaan ritual ataupun pencapaian

kepada nilai estetik.

KEPERLUAN PERASAAN

Faktor ini merupakan kesedaran yang timbul dari keperluan utama. Di sini ia ditentukan

oleh fahaman kepercayaan (untuk kegunaan bersama) ataupun desakan peribadi. Dalam

konteks ini penciptaan sering mempunyai perlambangan dan falsafah yang tersendiri.dari

keadaan ini juga penciptaan tekstil memerlukan pencurahan jiwa hingga dapat menwujudkan

bentuk yang estetik dengan ragamhias.

Secara umum rupabentuk tekstil dibagikan kepada dua jenis. Jenis pertama merupakan

bentuk dua dimensi terdiri dari bahan yang bermuka datar kecueli bila ia telah dibentuk

menjadi pakaian seperti kain sarung,baju,penutup kepala,selendang,tengkolok dan lain-lain.

Pada bahagian permukaannya dihias dengan berbagai raagamhias (corak dan motif). Contoh

yang paling umum ialah tenunan kaain songket yang menggunakaan benang kapas,benang

sutera dan benang emas dan serta kain batik dengan bahan kain putih melalui teknik celup.

Umumnya ragamhias dibuat serentak dengan proses penciptaan.

Jenis kedua ialah tekstil yang dicipta menjadi bentuk tiga dimensi. Bentuk disempurnakan

dengan ruang datar dan berpermukaan. Tekstil ini dibentuk mengikut fungsinya. Sulaman

benang emas pada kain baaldu atau sutera dibentuk meenjadi kipas,lemudi pintu, lapik meja

dan sebagainya. Ini juga digunakan untuk membuat rupabentuk yang mempunyai rangka
dalam. Kain yang telah disulam atau ditekat benang emas digunakan untuk membalut bentuk-

bentuk tertentu, misalnya tepak sirih,sarung bantal,kasut dan beberapa alat tradisi.

TENUNAN

Negeri-negeri utama yang terkenal menghasilkan tenunan di Malaysia ialah Kelantan,dan

Terengganu dan Pahang. Di Kelatan, pusat perusahaan tenunan bertapak di kampong-

kaampung sekitar Bandar Kota Baharu. Asalnya bertempat di Langgar jalan ke Pasir Putih.

Dalam masa pemerintahan Long Pandak yang berpusat di Kota Kubang Labu,perusahaan

songket terkenal di Kampung Gerung, jajahan Tumpat, lalu berkembang ke Kampung Laut

dan menyeberang ke Kempung Atas Banggol. Tetapi sejak pemerintahan Sultan Mansur

(1890-1900) peusahaan tenunan bertumpu di Kampung Penambang kira-kira empat batu dari

pusat Bandar menghala ke Kampung Kuala Semut Apia tau lebih dikenali sebagai Jalan

Pantai Cinta Berahi.Kampung Penambang juga sering disebut Kampung songket.

Di Terengganu pusat tenunan bertempat di sekitar Kuala Terengganu. Terutamanya di

Mukim Losong, iaitu Kampung Losong Panglima Perang,Kampung Losong Datuk Amar,

Kampung Losong Sekolah dan Kampung Losong Masjid. Terdapat juga di Mukim cabang

Tiga iaitu Kampung Hilir;Kampung Tok Nasek dan Kampung Pasir Panjang. Perusahaan

tenunan juga terdapat di kawasan berhampiran pantai misalnya di Kampung Banggol, Kuala

Ibai dan Cendering.

Kini bertempat di Jalan Sultan Omar,PKKM turut memperdalamkan usaha-usaha

bertenun. Iaa merupakan pusat kawalan (mengedar benang,membeli kain-kain yang telah jadi

dari penenun-penenun).
Terdapat juga pengusaha tenunan di beberapa daerah di negeri semenanjung: Johor (oJhor

Bahru,Muar,dan Kulai) dan utara seperti: Perlis dan Kedah. Selain itu, terdapat juga tenunan

yang dihasilkan oleh beberapa istana misalnyaa di Kelaang(istana Selangor) dan Pekan

(istana Pahang).

Dari aspek sejarah, Kelatan dan Terengganu merupakan sebahagian dari jajahan kerajaan

Sriwijaya yang bertapak di Palembang. Bermula pada abab ke-9 kerajaan ini telah merebak

ke Langkasuka (kerajaan Budha-Malaya terawal di Kedah), Kelatan, Terengganu dan

Pahang. bentuk-bentuk tenunan yang dihasilkan mempunyai kasan pengaruh daari China

iaitu dengan menggunakan bahan asas dari sutera dan labuci (untuk tekat). Tenunan di sini

dikatakan berasal di Lampung.

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang

kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang dari Jawa,Kepulauan Maluku,Borneo dan

Bugis telah mengenalkan beberapa jenis kain tenunan corak Samarenda (Borneo Timur)

Tenunan corak ini merupakan tenunan biasa tanpa mempunyai ragamhias. Warna benang

yang digunakan disusun berselang-seli hingga menerbitkan campuran warna dalam ruang dan

petak tertentu. Tenunan ini lebih umum dipakai oleh orang ramai. Di Kelatan tenunan biasa

ini disebut kain tenun balas dan setuli benang yang terkenal di Kampung Gerung dengan

benang kapas sebelum berkembang dengan menggunakan benang sutera dan dikenali sebagai

tenun setuli sutera. Pada masa itu tenunan songket benang emas belum digunakan dan

penenun terdiri dari orang biasa. Malah untuk menilai keindahan dan kesemprnaan seseorang

gadis dikaitkan dengan kepaidaiannya menenun kain.

Kain cindai yang dibuat dengan teknik ikat juga dipercayai dari luar iaitu India. Kain ini

mengandungi 5 jenis warna, merupakan teksstil pertama yang juga digunakan oleh anak-anak
raja. China pula mengekalkan kain baldu bersulam benang emas iaitu melalui

penganugerahan Maharaja China kepada sultan Melaka.

Selain menggunakan kain cindai, Anggun Cik Tunggal juga menggunakan kain yang

dihasilkan oleh orang Habsyi (kain tenun Zanggi)yang dipenuhi oleh ragamhias dengan

menggunakan benang emas. Kain jenis ini merupakan contoh awal yang mempunyai

kesamaan dengan kain songket Melayu iaitu dari segi bahan asasnya.

Mengikut Hajah Ngah Taib yang berasal dari Kanpung Losong Datuk Amar,Terengganu

tenunan songket telah wujud kira-kira 200 tahun lalu. Ia mula dikenalkan di istana dalam

pemerintahan Sultan Mahrum Janggut .


PERSIAPAN DAN PROSES TENUNAN

BAHAN ASAS

Bahan asas yang digunakan untuk membuat tenunan ialah benang kapas. Sutera, benang

emas dan benang perak. Selain dari benang ialah pencelup atau pawarna yang berfungsi

untuk mewarnakan benang-benang mentah.

Benang emas dan perak ialah bahan asli yang tidak perlu dicelup warna. Ia mengandungi

warna asal iaitu warnaa kuning dari benang emas dan warna putih kilat daarai benang perak.

Benang kapas dan sutera mentah berwarna putih kekuningan.

Selain dari warna asli, benang mentah untuk tenunan perlu diwarnakan. Walau

bagaimanapun terdapat juga benang yang dicelup dengan warna biru, merah dan hitam.

Penenun-penenun lebih menggemari mencelup sendiri dengan warna-warna kesukaan dengan

menggunakan bahan semulajadi. Senarai berikut ialah memperlihatkan bahan alam yang

digunakan untuk mendapatkan warna-warna tradisi.

BAHAN ALAM WARNA YANG DIHASILKAN

Kunyit sawa Kuning

Daun bemban Hijau tua

Daun selasih Hijau

Daun tarung Biru

Buah mala Merah


Buah kesumba Merah

Buah asam jawa Merah

Kulit rambutan Perang tua, coklat,hitam

Biji remia,kundang Biji jundang

Sabut kelapa muda Hitam

ALAT TENUNAN

Kei merupakan alat penting dalam kerja menenun kain. Kei juga disebut sebagai

‘kek’ ,’ke’ atau ‘kel’. Dalam tulisan ini, istilah yang digunakan ialah ‘kei’. Bentuk badannya

dibuat berdasarkan fungsi kegunaan. Terdapat dua bentuk asas yang dikenali sebagai

handlond yang sering digunakan oleh penenun di Sabah dan Sarawak yang umum digunakan

oleh penenun Melayu di Semenanjung. Kei Melayu yang digunakan di Kelantan dan

Terengganu mempunyai ukuran 1.2 meter tinggi (dengan 4 tiang) dan 1.5 meter atau 1.8

meter panjang. Ia mempunyai bahagian yang tertentu saling berkait dengan antara sama satu

lain. Di antara nya ialah seperti berikut :

 Jetera atau getara

Jetera ialah alat yang digunakan untuk memasukkan benang loseng melalui celah-

celah giginya yang berjumlah antara 1000-1800. Panjang jetera ialah 1.22m-1.25m

dan diletakkan di bahagian depan penenun. Sekali imbak bentuk jetera yang bergigi

kelihatan seperti sikat dan seringkali disebut ‘sikat jetera’.

 Anak geliging
Bahagian ini diperbuat dari kayu nibung yang berfungsi untuk mengikat benang karat

supaya tegang. Dengan bantuan benang karat inilah proses menenun dapat dibuat iaitu

untuk membantu menggerakkan benang loseng. Anak geliging yang telah diikatkan

dengan benang karat dihubungkan ke camang iaitu keratin buluh yang kemudiannya

diikatkan kepada gantung karat. Anak geliging terletak di depan jentera.

 Lidi/benang butang

Lidi dibuat dari bahan kulit pelepah nibung yang telah dihaluskan. Ia berfungsi untuk

proses ‘menyungkit’ benang loseng pada bahagian depan tenunan yang telah diteguh

(bahagian permulaan tenunan) dengan tujuan membuat ragamhias tenun songket.

Hasil dari ‘songketan’ lidi pada celah-celah benang loseng, benang-benang diikat

menjadi ‘butang’ dan kemudian barulah lidi-lidi dicabut.

 Belira

Belira disebut juga sebagai papan lidah iaitu berdasarkan bentuknya yang panjang dan

leper. Bahagian ini dimaksudkan ke celah-celah benang loseng yang telah diikat

dengan benang butang bertujuan untuk membuat ragamhias.

 Torak, Cuban dan Peleting

Bentuk torak seperti tabung buluh yang kecil yang diperbuat dari buluh atau kayu.

Ukuran biasa ialah 0.3meter panjang. Di dalamnya diisi dengan peliting berukuran

22.8cm yang telah dililit benang. Fungsinya ialah untuk melancarkan benang pakan.

Cubaan berfungsi untuk mengisi benang emas yang digunakan dalam proses tenunan

songket. Teknik menggunakannya sama seperti torak iaitu melalui ruang dari kiri ke

kanan apabila benang diangkat. Akan tetapi fungsinya berbeza di mana benang yang
diisi di peliting dan torak digunakan untuk membuat tenunan biasa,sedangkan benang

dari Cuban untuk membuat ragamhias.

 Benang

Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang dari bahagian kepala kei ke

kaki kei iaitu di mana terletaknya papan gulung untuk menggulung benang loseng dan

pasung untuk alat memasukkan papan gulung dan dilekatkan ke pasung sekurang-

kurangnya dapat menghasilkan 13-15 helai kain. Dengan perkataan lain benang

loseng ialah benang panjang yang telah dimasukkan ke dalam gigi jetera.

Benang pakan benang yang merentas benang loseng. Ia dibawa oleh torak. Ia

berfungsi untuk membuat labuh atau lebar kain apabila ditenun merentasi benang

loseng. Ini bererti apabila benang pakan dilancar dari kiri ke kanan merentas benang

loseng ,maka bermulalah proses tenunan.

Benang emas atau perak juga dilancarkan melalui celah loseng tetapi fungsinya Cuma

untuk membuat songket atau menyulam dan menekat motif. Celah-celah benang

loseng yang dilalui oleh benang butang iaitu apabila disongket dengan lidi.
Proses Menenun

Melalui bahan-bahan asas (benang dan pencelup dan alat-alat yang telaqh diterangkan di atas

maka proses menenun telah boleh dimulakan,iaitu melancarkan benang torak ke atas benang
loseng. Sebelum ini dimulakan, beberapa tingkat kerja masih perlu dihuraikan. Di antara

yang dimaksudkan ialah:

Menerai benang

Menerai benang bererti menceraikan benang-benang dari tunggulan besar dengan

menggunakan alat rahat dan guwing. Benang-benang dibahagi-bahagikan ke dalam pelting-

pelting buluh,kayu ataupun besi (bobbin) untuk benang pakan manakala untuk benang loseng

ia terus dilerai dan dimasukkan ke dalam anian. Selain dari kelengkapan kei, terdapat lagi dua

alat yang tidak termasuk dalam bahagian kei, iaitu rahat guwing untuk menerai benang dan

anian untuk membuat benang loseng. Kedua-dua alat ini terlebih dahulu digunakan sebelum

benang dipindahkan ke bahagian kei dan dimasukkan ke dalam pelting dan torak sebagai

benang pakan atau benang yang telah melalui proses mengani digulung ke papan gulung

untuk menjadi benang loseng.

Menganing

Benang yang sudah dilerai atau dipintal ke pelting diatur satu-satu di atas anian. Kemudian

ditarik beberapa panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak kayu di

batang anian. Untuk proses tenunan bercorak, benang-benang berwarna disusun sewaktu

proses mengani dijalankan. Mengani dibuat ke atas benang-benang lonseng.

Menggulung benang loseng ke papan gulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jetera dan panjang losengnya pada

papan gulung yang dilekatkan pada pasung.


Menyapuk

Benang-benang yang telah digulung pada papan gulung ditarik dan dimasukkan ke gigi jetera

kemudian dilekatkan ke pesa yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun.

Mengarat

Mengarat ialah proses yang dibuat setelah benang loseng dipasang pada kei.Gerakan loseng

dipasang turun naik dimulakkan dengan cara menggerakkan loseng berganti apabila jijak

kerat serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan dan sebaliknya.untuk tenunan songket.

Apabila proses menyongket dan mengikat benang butang dibuat. Dengan ini cuban

digunakan bersama.
Jenis Tenunan

Teunan dapat dibahagi kepada 3 jenis iaitu :

a)Tenunan biasa atau bercorak

Tenun biasa ialah tenunan yang menghasikan kain yang sering digunakan oleh

golongan masyarakat biasa,terutama dibuat daripada bahan benang kapas. Benang

sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas dan

diercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan. Corak-coraknya juga

sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya pada awal abab ke-18,

masyarakat telah mengenali kain cindai,kain bugis dan Aceh. Tetapi penenun

tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa

meniru kain-kain yang didatangkan dari luar. Di Kelatan terdapat tenun sutera epok,

sutera elen dan sutera sejala. Kain sutera epok dikatakan diperbuat dari bahan benang

sutera yang dibei dari Siam. Coraknya masih terbatas,kemudian diikuti dengan

penciptaan tenun sutera elen yang lebih sempurna penciptaan coraknya. Begitu juga

dengan kain sutera sejala yang berhiaskan corak persegi panjang.

Jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk

motif yang digunakan kecuali ruang,petak dan jaluran. Dari segi penciptaan
ragamhias tenunan yang termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ia hanya

terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Proses penciptaannya mengikut dasar tenunan tetapi tanpa teknik ‘menyulam’.

Corak-corak kain ditentukann oleh benang-benang loseng yanhg telah disusun sejak

proses mengani.

Penggunaan warna benang loseg dan pakan akan menentukan serta menimbulkan corak

geometri asli dengan bentuk kotak persegi atau persegi panjang, garis lurus dan melintang.
Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari

cahaya muda dalam bentuk susunan petak. Warna yang digunakan ialah kelabu , merah

samar, jingga muda, putih , biru laut,hiju lumut dan kuning susu.

Cubaan benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik

berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang berwarna. Bentuk tenun

bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang

emas. Garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau

selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut coorak beragi.

Kain corak bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi

terdapat banyak variasi / ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain

corak Muar dan warna yang digunakan pada latar ialah hijau atau merah.

Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta

berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang

loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak ‘tartan’ atau bintik ulkar sawa,juga

dikenali sebagai ragi bunga cuai.

Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang ,mata bilis, siku

keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan dengan corak yang terdapat pada anyaman memang

tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta

proses penciptaan..

Tenun benang ikat daan celup

Teknik ini masih digunakan lagi dan merupakan tekstil penting bagi suku tempatan di

Sabah dan Sarawak. Proses pencelupan dibuat pada benang-benang yang telah diikat ada

bahagian tertentu untuk mengelakkan dari terkena warna. Ikatan pula dibuat sedemikian rupa
hingga dapat meninggalkan bentuk corak apabila ia ditenun atau ditetukan dengan benang

pakan. Apabila helaian benang dicelup ikat ini dibuka dan dijadikan benang loseng dan pakan

untuk ditenun terbitlah corakk dan bentuk motif sebagai ragamhias.

Terdapat dua jenis tenun ikat iaitu tenun ikat sederhana dan tenun ikat ganda. Tenun ikat

sederhana ialah hanya benag loseng sahaja yang dibuat dengan cara megikat dan mencelup.

Ia ditenun dengan menggunakan benang pakan kosong. Tenun ikat ganda mempunyai

ragamhias yang lebih kompleks, halus dan kaya dengan gabungan warna.

Teknik ikat ini terdapat juga di Kelatan , Terengganu dan Pahang. Corak kain ini banyak

dihasikan sejak 200 tahun lalu dan dikatakan meniru ragamhias kaiin cindai. Kerjanya yang

rumit memerlukan kecekapan mengikat serta merekakan corak pada bahagian benang yang

akan diikat dan dimasukkan ke dalam pemidanng, benang-benang diikat mengikut corak

tertentu.

Benang-benang yang telah diikat dikeluarkan serta dicelup warna. Warna-warna tidak

menembusi bahagian benang yang diikat. Warna yang digunakan untuk mencelup benang

ialah warna coklat tua, hitam, perang untuk kain tenggarun dan warna hijau, jingga, merah

,samar dan kuning untuk kain limar (berasal dari perkataan limau).

Kain tenggarun dan kain limar merupakan perkembangan dari penciptaan tenun biasa. Ia

dapat dianggap sebagai perkembangan asas menuju kepada penciptaan songket. Ia

dimaksudkan kepada tenunan ikat yang mempunyai ragamhias bercorak zig-zag, dan titik-

titik seperti kulit ular sawa, dengan warna-warna tua seperti hitam, coklat, biru dan bekas-

bekas ikat berwarna putih. Benang emas juga telah digunaakan di sini hingga melihat seperti

songket selit.
Kain limar menjadi kegemaran penenun di Kelantan. Ia sering dijadikan sarung atau kain

yang diikat pada bahagian dada ke paras pinggang. Kain limar merupakan pakaian

perempuan di istana ataupun penari makyung. Ia juga digunakan dalam adat setelah mandi

berlimau. Untuk pakaian tarian,warna tanah kain yang sering menjadi pilihan ialah ungu,

biru, hijau dan merah samar.


Tenun sulam benang emas perak (songket)

Songket merupakan jenis tenunan yang lengkap jika dibandingkan dengan dua jenis

tenunan pertama. Ia merupakan perkembangan dari proses tenunan biasa dan tenun ikat dan

dipercayai berkembang di istana,ia lebih rumit terutama dengan proses ‘menyongket’, solek

atau menyolek. Songket juga disebut sebagai ‘kain benang emas’. Ini didasarkan kepada

benang yang digunakan dalam membuat ragamhias.

Perkataan songket atau ‘sungkit’ diambil dari teknik ‘menyungkit’,dengan cara menyusun

lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah benang loseng. Ia disebut sebagai menyolek. Proses

ini dapat dibuat untuk menyediakan benang karat iaitu dengan mengikat pada benang butang

dengan tujuan membuat ragamhias.

Bentuk motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisikan ke dalam Cuban.

Proses pelancaran cuban disebut sebagai menyulam atau menekat benang emas. Setelah

songketan lidi dibuat,benang-benang songketan diikat dan lidi-lidi ini kemudian dikeluarkan

dari celah-celah benang


.

Proses menekat atau menyulam dibuat dengan cara tekat lima dan tekat tiga. Umumnya ini

disebut membuat gigi belalang ,iaitu proses awal membentuk motif yang bererti membuat

satu songketan.

Satu songketan tekat tiga dibuat dengan melancarkan satu jarum benang emas

(mengandungi tiga urat yang dikapuh/kembarkan) satu pakan dan tiga loseng ; atau dua emas,

dua pakan dan tiga loseng. Tekat tiga merupakan proses sulaman yang halus dalam tenunan.
Pada bahagian kotak-kotak inilah benang emas ditekatkan, iaitu dengan cara menjalankan

satu jarum benang emas melalui dua benang pakan dan lima benang loseng. Benang pakan

dibuat sebanyak dua kali manakala benang emas diselangselikan pada benang pakan. Proses

selang-seli dibuat sebanyak lima kali pada benang loseng akan menimbulkan ruang kotak

seperti di bawah. Cara ini diulang beberapa kali dan perlu dijelaskan bahawa selang-seli

tempat laluan benang emas dan pakan telah disediakan sejak proses menyoket dibuat. Ini
bererti ruang yang dilalui oleh benang emas dan pakan telah sedia apabila jijak karat

ditekankan ke atas ke bawah.


Susunan ragamhias songket

Pada umumnya, penenun masih mempertahankan bentuk susunan ragamhias tradisional,

terutamanya dari segi pembahagian dan penempatan beberapa bentuk motif, umpamanya

pembahagian kepada kepala,kaki dan badan kain. Bentuk motif disusun mengikut

pembahagian ini. Pada bahagian kepala dan kaki kain, motif yang dipentingkan ialah pucuk

rebung dan lawi ayam.

Bentuk-bentuk motif disusun secara tiga peringkat iaitu :

 Susunan bunga penuh

Dikenali sebagai ‘songket cuban’,kerna terlalu kerap cuban yang berbenang emas

dn dilancarkan di atas kei merentasi benang loseng.

Bentuk-bentuk motif yang disulam dengan benang emas /perak memenuhi seluruh

bahagian kain dan disusun saling berhubung antara satu sama lain,saling bertali

atau berantai disebut ‘teluk beranntai’atau ‘telat berantai’. Ia digunakan untuk

susunan penuh umumnya dipilih dari unsure bunga yang mempunyai bentuk
‘potong wajik’. Tenunan dasar atau tanah kain untuk songket penuh (paduan pada

loseng dan pakan) dibuat dengan menggunakan benang sutera atau kapas

berwarna gelap (hitam,biru tua,merah darah/hati). Paduan warna dari benang-

benang dan bahagian dasar kain meninggalkan kesan kontras pada sulaman bentuk

motif.

Dalam zaman pemerintahan raja-raja Melayu iaitu sebelum wujudnya penjajahan

kuasa Barat,songket yang berhias susun bunga penuh ini merupakan pakaian

larangan. Hanya golongan istana dan bangsawan saja yang dibenarkan

memakainya.
Songket susun bunga tabur

Songket ini lebih menjimatkan penggunaan benang emas. Bentuk motifnya disulam

berjarak antara satu sama lain. Susunan bentuk moif tidak hanya diulang dengan urutan selari

tetapi sering juga dibalik sehingga bentuk motif saling berhadapan. Cara ini terjadi kerana

teknik dalam mengerjakan tenunan.

Garis-gars,bidang-bidang dan motif bentuk ditaburkan dan diatur sedemikian rupa

sehingga unsur-unsur tersebut terdapat dalam keseimbangan yang sempurna. Pembahagian

antara kepala dan kaki kain telah melihatkan keharmonian bunga tabur yang disusun dengan

cara imbangan kedua ini.

Songket susun bercorak

Motif yang digunakan untuk susun bercorak masih dalam bentuk yang sama seperti dalam

susun bunga tabur atau susun penuh. Tetapi motif tidak lagi disusun tunggal atau disusun

rapat memenuhi seluruh permukaan. Sebaliknya motif-motif disusun dalam satu ruang

tegakdisebut sebagai corak berdiri dan dalam ruang mendatar disebut sebagai corak

melintang.

Bentuk motif pula ditempatkan berdasarkan pembahagian kain. Pada bahagian badan

dipenuhi dengan susun penuh atau bunga tabur. Untuk bahagian kepala, diisi dengan corak

berdiri dari motik pucuk rebung dan lawi ayam. Pada kaki pula,diisi dengan corak melintang

atau gabungan unsure tumbuhan dan binatang.


Bentuk motif

Betuk motif songket terdiri dari unsur dan bahagian alam. Disebabkan cara menenun itu

sendiri maka semua bentuk motif dilahirkan dalam gaya geometrid an dicipta disusun

mengikut pola-pola susunan yang telah diperkatakan sebelum ini. Unsur alam yang penting

ialah tumbuhan dan binatang. Alam lain yang dimaksudkan ialah bentuk-bentuk yang

digunakan seharian dan ia merupakan ciptaan tukang-tukang Melayu sendiri yang disebut

sebagai alam benda. Bentuk dari motif geometri asli juga digunakan. Motif tumbuhan

dimaksudkan sebagai motif penting songket meliputi bentuk-bentuk bunga,daun atau pucuk

dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk. Mengikut Hajah Rokiah Mahmud motif

tumbuhan ini dibagi kepda dua kelompok iaitu ciptaan sebelum dan selepas Perang Dunia

Kedua.
Ruabentuk Tenunan

Pada dasarnya terdapat perbezaan ragamhias antara tenunan biasa,yang hanya dipenuhi

oleh susunan corak ruang berpetak, tenunan ikat dengan corak bintik-bintik dan garis halus

melintang serta tenunan songket dengan motif bunga bersulam benang emas,tetapi umumnya

terdapat kesamaan dalam penciptaan rupabentuk ,terutama apabila dikaji dari segi fungsi

tenunan. Kesmaan ini meliputi ukuran,lebar dan luas kain. Antara kesamaan rupabentuk

terdapat dari segi :

1) Kain Bujung Dan Sarung

Rupabentuk jenis terdapat dalam tenun biasa dan juga songket. Ia disebut kain

selerang,iaitu kain yang ditenun sekeping atau sejalur dan bahagian kedua hujungnya

dijahit apabila akan dipakai.

Fungsi utama kain bujang ialah sebagai sampung yang dipadankan dengai pakaian

sut tiga iaitu baju,seluar dan samping. Kain bujang dipakai sebelah luar menutupi baju
ataupun ia dipakai sebelah dalam baju seperti gaya/baju teluk belanga Johor,sampai ke

paras lutut.

Kain sarung juga dibuat atau ditenun selerang. Tetapi ukuran lebarnya atau

pakannya lebih besar dari kain selerang. Panjang dan lebar kain sebelum dihubung. Kain

sarung sering dipakai oleh wanita dan juga lelaki. Untuk wanita kain tenun biasa

dipadankan dengan baju kurung kain kasa manakala untuk songket selalunyanya baju

dibuat dari jenis yang sama iaitu baju songket.

2) Kain Kampuh

Kain kampuh ialah dua lapis kain yang dijahit menjadi satu, selalunya dibuat pada

kain tenun biasa dan tenun ikat. Dua lerang atau dua keping sebelum dihubung menjadi

kain sarung.

Kain kampuh juga digunakan sebagai kin kelubung,iaitu menutup kepala wanita

apabila keluar rumah dan kain selepang bahu bagi lelaki. Kain kampuh juga sering

digunakan untuk upacara ‘naik endoi’ atau ‘buai’ bagi bayi yang telah berusia 44 hari.

3) Kain Lepas

Kain jenis ini lebih kecil dari kain bujang atau kampuh. Ia juga dibuat dengan cara

tenun songket dan tenun biasa dengan ukuran 60 cm lebar dan panjangnya mengikut

pemakaiannya.

Istilah lepas didasarkan kepada bentuknya yang tidak perlu dijahit /dihubungkan

menjadi kain sarung seperti kain bujang atau kampuh, ia dipakai sebagai samping dengan
cara melipat serong tiga segi. Kebanyakannya dipakai oleh biduanda,juak atau budak

suruhan raja juga dipakai oleh panglima atu ahli pancak.

4)Kain destar,tanjak,selendang dan sapu tangan

Destar atau tanjak ialah penutup kepala orng lelaki (raja orang besar istana atau

penggantin). Istilah lain ialah tengkolok, ikat kepala atau semuta untuk orang

kebanyakan. Ia diperbuat dari kain songket,tenun biasa atau bercorak(destar hitam

berkotak merupaakan destar untuk penghulu adapt),destar pelangi yang beraneka warna,

atau kain kosong hitam untuk lilit kepala.

Pada asalnya tengkolok merupakan pakaian anak-anak raja. Dalam pemerintahan

Sultan Muhammad Syah, Raja Melaka ketiga (1424-1444) tenggolok termasuk pakaian

larangan. Dalam sejarah Melaka dijelaskan:

“ Orang kebanyakan dilarang bertengkolok dan berbaju sarung yakni samping diikat

di luar baju kecuali Raja barulah boleh dipakai oleh orang kebanyakan.”

Ukuran unttuk destar, tengkolok atau lilit kepala ialah 45,60,85cm persegi. Bentuk

destar atau tengkolok sendiri telah memperlihatkan keunikan penciptaan. Bentuk-bentuk

tengkolok yang pernah disebut antaranya ialah tengkolok hitam ‘belah mumbang’

tengkolok Anggun Cik Tunggal yang terkenal di Perak, ‘helang ptah

sayap’(Perak),’dendam tak sudah, (Negeri Sembilan), ‘helang berlegar’ (Melaka), ‘ayam

patah kepak’, ‘lang menyongsong angin’ (Perak), ‘cogan daun kopi’ (Pahang, dicipta

dalam zaman Sultan Pahang I) ; ‘pari mudik’ (tengkolok orang besar Selangor pada abab

ke-19) dan ‘singa menoleh’(Johor).

Tenunan ini juga digunakan untuk selendang atau tutup kepala bagi kaum

perempuan. Selendang songket dipadankan dengan baju kurung atau kebaya dan kain
sarung. Tenun ikat sering dijadikan selendang yang besar dan digunakan untuk upacara

adat bercukur,berkhatan atau berlimau.

Tenunan dapat digunakan dalam berbagai cara mengikut ukuran panjang dan lebar.

Tetapi penciptaan beberapa tenunan ini tidak semuanya berkembang hingga hari ini.

Hanya songket dan kain bercorak masih dihasilkan tersendiri kini jarang dihassilkan.

Penenun-penenun hari ini lebih menggemari corak-corak serta lebih mudah mencelup

benang sekali tanpa mengikatnya terlebih dahulu.

Penciptaan tenun jenis ikat dan celup untuk menghasilkan kain tenggarun dan limar

jarang ditemui. Proses celup ikat hanya dilakukan sedikit dengan cara yang begitu

sederhana dan digunakan sebagai benang pakan atau loseng yang ditanun bersama dalam

satu warna. Sebaliknya, tenunan benang emas (songket untuk pakaian acara rasmi) dan

kain bercorak untuk pakaian harian masih berlangsung di Kelantan dan Terengganu.
BIBLIOGRAFI

1.Malaysia Songket, Norwani. Mohd.Nawani

2.Songket Malaysia’s Woven Treasure, Grace Inpam Selvanayagam

3.www.kraftangan.gov.my

4.http://www.geogle.com.my

5.http://www.yahoo.com.my

6.www.balaisenilukisnegara.com

You might also like