You are on page 1of 1

MENCARI MAKNA DISEBALIK TARAWIH

• Solat Tarawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan.


• Umat Islam yang menunaikan solat Tarawih sebulan penuh
bermakna ia telah melakukan 600 rakaat sepanjang Ramadhan.
• Jika seseorang itu menunaikan solat Tarawih 20 rakaat selama 60
tahun , maka ia telah menunaikan 36,000 rakaat solat tarawih.
• Tarawih bermakna rehat, ia berhasil untuk menghasilkan
kerehatan. Kenapa ia dikaitkan dengan kerehatan,pada hal ia
memenatkan ?
• Solat adalah wadah yang membawa seseorang mukmin dekat
dengan penciptaNya. Ia adalah tali penghubung dengan
tuhanNya. Solat itu istimewa, sebab ia diterima langsung
daripada Allah SWT .
• Apakah sebenarnya yang kita cari disebalik solat tarawih ?
• Selama kita mengerjakan solat tarawih, adakah kita memahami
apa yang kita cari selama ini? Apakah kita telah perolehi apa
yang kita cari ?
• Allah Maha Penyanyang menyediakan pahala yang besar kepada
hamba – hamba- Nya yang berpuasa di siang hari dan solat di
malam hari di bulan Ramadan. Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud : “ Ganjaran bagi orang- orang yang menunaikan
solat tarawih itu adalah syurga”
• Adakalanya kita merasa penat jika solat yang dikerjakan itu
berdasarkan hitungan pahala. Sebaliknya jika dikerjakan kerana
untuk mencari Cinta Nya solat yang makin dikerjakan ini akan
semakin kudus malah semakin khusyuk.

You might also like