P. 1
Strategi Kritikan Seni

Strategi Kritikan Seni

|Views: 8,111|Likes:
Published by Noraida Ahmad
Perbincangan
Perbincangan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Noraida Ahmad on Oct 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

STRATEGI KRITIKAN SENI VISUAL (EDMUND FELDMAN) Aspek kritikan seni amat penting di dalam penghasilan karya seni

. Jangan salah faham, kritikan seni tidak bermaksud mengkritik /mencari kesalahan/kelemahan karya seni. Kritikan Seni Visual bertujuan mengupas isi kandungan sesuatu karya atau perekaan seni dari segi fizikalnya mahupun dari segi makna /fungsi. Untuk Gambar 1 di bawah, cikgu cuba jelaskan secara ringkas bagaimana menggunakan empat tahap kritikan seni mengikut Edmund Felman. Sementara untuk Gambar 2 pula, cikgu telah menjadikan jawapannya kepada bentuk esei.

GAMBAR 1

TAHAP 1. DESKRIPSI 2. ANALISIS

3. INTERPRETASI

4. PERTIMBANGAN

HURAIAN Manggis , limau, kain, meja,bakul a. Garisan b.Bentuk c. Jalinan d. Prinsip harmoni e. Prinsip Penegasan f. Teknik catan media akrilik. a. Catan Realistik .Sifat hal benda dijelaskan .Cth. buah manggis berkilat, kain yang lembut dan meja yang licin. b. Penekanan kepada unsur Bentuk pada hal benda buah, bakul, meja dan kain. c. Prinsip harmoni dijelaskan melalui bentuk dan saiz buah-buahan . d. Jalinan pada buah limau dan bakul dijelaskan dengan berkesan. e. Penegasan pada buah manggis di dalam bakul yang menjadi titik tumpuan. Pelukis berjaya menyampaikan hasil karya dengan berkesan . Catan begitu realistik dan menarik.

GAMBAR 2 Karya Abdullah Ariff bertajuk ‘Coconut Plantation - Dawn’ menggunakan media cat air yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalam catan ini, kelihatan pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing, beruk, figura manusia, dan beberapa buah rumah Melayu.

Secara analisisnya, unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan ini ialah garisan dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semaksamun.Selain daripada itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura dan rumah.Catan ini juga menekankan unsur ruang dan warna. Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang depan, ruang tengah dan ruang belakang. Ruang Dalam juga diperjelaskan melalui aplikasi perspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih jelas dan terang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan. Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna menimbulkan suasana ketenangan dan hening dalam catan. Penggunaan unsur seni yang berulangulang dalam catan seperti bentuk , warna dan jalinan pokok kelapa menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan. Secara keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenang dan mendamaikan di kampung.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->