You are on page 1of 17

HUTAN DAN KEGUNAAN

 
  PENGENALAN
            Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan
khazanah alam semulajadi yang  sangat bernilai. Bersesuaian dengan
kedudukannya di garisan khatulistiwa dan keadaan iklimnya yang panas
dan lembap sepanjang tahun, maka bumi Malaysia subur dengan
tumbuh-tumbuhan semulajadinya. Seperti kebanyakan negara lain yang
mengalami iklim khatulistiwa, negara kita  Malaysia juga turut dilitupi
oleh hutan hujan tropika. Menurut Michael Senior di dalam bukunya,
‘Tropical Lands A Human Geography’,  bahawa 3/5 daripada kawasan
semenanjung Malaysia dipenuhi dengan hutan hujan tropika.
            Kawasan tropika lebih mudah ditakrifkan mengikut istilah
geografi iaitu kawasan  dunia yang terletak diantara garis lintang 23 27’
di utara dan di selatan  khatulistiwa. Kawasan tropika juga ditakrifkan
berdasarkan purata suhu iaitu kawasan yang variasi purata suhu
bulanannya diantara tiga bulan sejuk dan tiga bulan panas kurang
daripada 5 C. Takrif ini merangkumi suhu mutlak terendah yang dialami
di kawasan tanah tinggi tropika disamping menekankan keseragaman
suhu sepanjang tahun.
            Hutan hujan tropika ini dipenuhi pokok-pokok dan tumbuh-
tumbuhan yang hidup malar dan subur, bermula daripada pokok-pokok
yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang kecil. Bahagian atas
dipanggil ‘canopy’ yang terdiri daripada pokok-pokok tinggi seperti
Seraya ( Shorea curtisii ), Jelutong ( Dyera costulate ), Keruing
( Diptero carpus ) dan sebagainya. Pokok-pokok ini mempunyai batang
yang besar dan akar yang berbanir. Manakala dahan-dahan dan
dedaunnya melebar seolah-olah payung yang mana ia menghalang
cahaya matahari daripada sampai kepada lantai hutan. Bahagian bawah
( Under story ) pula dipenuhi dengan pokok-pokok yang rendah (yang
berdaun lebar), pokok-pokok herba, bunga-bunga liar dan lain-lain lagi.
Manakala bahagian bawah sekali pula dipanggil lantai hutan ( Forest
Floor ) dilitupi pokok-pokok kecil, rerumput, daun-daun dan ranting-
ranting mati.
 
KEGUNAAN HUTAN
Sebagaimana luasnya bumi ini dilitupi hutan sama ada belantara
atau belukar, maka begitulah juga luas dan besarnya kepentingan hutan
terhadap makhluk di muka bumi ini. Namun begitu masih ramai yang
tidak menyedari akan peranan dan sumbangannya malah sesetengah
orang berpendapat hutan adalah penghalang kemajuan. Di dalam
tugasan ini, pengarang cuba mengupas beberapa kepentingan dan
sumbangan hutan.
 
Hutan sebagai habitat flora dan fauna
Hutan merupakan khazanah alam yang menyediakan
habitat  bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Keadaan hutan hujan
tropika yang menerima hujan yang cukup dan suhu yang seimbang
sepanjang tahun menyebabkan ia sesuai untuk pelbagai spesies haiwan
dan tumbuhan hidup dan membesar. Haiwan dan tumbuhan ini saling
berinteraksi di antara satu sama lain dan hidup dalam satu habitat yang
membentuk ekosistem yang baik.
            Haiwan-haiwan dapat hidup dan membiak dengan aman tanpa
sebarang gangguan kerana adanya tempat perlindungan yang sesuai dan
dapat menjamin keselamatan mereka serta sumber makanan yang
mencukupi di hutan. Di segenap lapisan pokok di hutan didiami oleh
pelbagai spesies haiwan seperti Tenggiling ( Manis Javanica ), Beruk
 ( Macaca Nemestrina ), Lotong ( Presbytis Obscura ), Gajah ( Elephes
Maximus ), Landak ( Hystrix Brachyura ), Harimau Belang ( Panthera
Tigris ) dan haiwan-haiwan lain yang tidak terkira banyaknya,
termasuklah serangga dan burung. Hutan dianggap penting bagi haiwan-
haiwan ini kerana ia menyediakan tempat perlindugan yang terbaik
kepada haiwan-haiwan tersebut untuk terus hidup dan berkembang biak.
Haiwan-haiwan ini akan terancam dan pupus apabila tempat
perlindungan mereka ini ditebang atau dimusnahkan dengan sewenang-
wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
            Selain fauna, flora juga hidup subur di hutan ini. Terdapat
pelbagai spesies tumbuhan yang tumbuh dan hidup subur, daripada
pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang renek dan
melata. Pokok-pokok seperti Akasia ( Acacia auriculiformis ), Kempas
 ( Koompassia malacensis ), Nemesu ( Shorea panciflora ), Petai
( Parkia speciosa ), Batai ( Parscrianthes falcataria ) dan sebagainya
hidup dengan subur di sini. Di samping itu, terdapat pokok-pokok herba
yang mempunyai nilai ubatan yang sangat tinggi. Pokok-pokok herba ini
berpotensi dan amat terkenal dalam perubatan tradisional. Antara pokok-
pokok herba yang bermutu ialah seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah,
Kuinin, Mengkudu, Patawali, Hempedu Bumi, Gajak beranak, Lemuning
dan sebagainya.
            Pokok Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma
longfolia sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Melayu yang
mengamalkan perubatan tradisional. Tongkat Ali diproses dan dijadikan
sebagai tonik seks yang mana ia berfungsi sebagai penguat tenaga batin
lelaki serta digunakan dengan meluas sebagai ubat malaria dan darah
tinggi. Sementara itu pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia
pumila digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung
perut.
            Bagi orang yang hilang selera makan atau
mengidap pneumonia dan epilepsi, pokok Kuinin atau nama
sainsnyaCinchona officinalis  dapat mengatasinya. Manakala pokok
Mengkudu atau nama sainsnya morinda citrifolia pula, selain pucuknya
yang enak dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu, buahnya juga
mempunyai khasiat yang tersendiri. Air rebusan buah mengkudu
bersama gula batu dapat menghilangkan batuk apabila diminum.
            Daun lemuning atau nama sainsnya vitex negundo juga
merupakan satu kaedah berkesan untuk menyerikan wajah, mengubati
bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak.
 
Hutan membekalkan balak dan bahan api    
              Kayu balak dan bahan api mempunyai nilai komersial yang
tinggi dalam bidang pembinaan dan perindustrian. Pokok-pokok balak
ini hidup subur di hutan hujan tropika.  Pokok-pokok balak seperti
Nyatuh
( Paureria malacensis ), Seraya ( Shorea curtisii ), Merbau
( Intisia palembanica ), Punah ( Tetramerotra glabra ), Meranti
Tembaga (Shorea eproslula ) dan Jelutong ( Dyera costulata )
membekalkan papan lapis yang banyak digunakan dalam kerja-kerja
pembinaan bangunan dan barang-barang perabot yang lain.
             Hutan juga turut membekalkan kayu sebagai bahan api
semulajadi untuk kegunaan domestik. Ia juga diproses untuk dijadikan
arang bagi tujuan pembakaran. Contohnya, hutan bakau yang
membekalkan pokok kayu bakau.
 
Hutan sebagai kawasan tadahan hujan
Hutan merupakan satu kawasan tadahan hujan yang penting.
Apabila hari hujan, akar-akar pokok yang besar dan banyak akan
menyerap air hujan yang mengalir  di permukaan tanah ke dalam tanah.
Dengan ini dapat menghalang berlakunya hakisan tanah dan
mengelakkan tebing tanah daripada runtuh akibat arus air. Kawasan
tadahan hujan amat penting kerana ia berperanan mengawal limpahan
air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Kita dapati
kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerap berlaku di kawasan yang
mana kawasan hutannya digondolkan atau ditebang untuk tujuan
pembalakan, perindustrian mahupun pembinaan rumah-rumah kos
rendah dan kondominium.
 
Hutan menyeimbangkan suhu bumi
            Sumbangan hutan kepada alam iaitu dapat menyeimbangkan
suhu di satu-satu  tempat atau kawasan dan membekalkan gas oksigen
kepada manusia di muka bumi. Sebagaimana yang telah kita semua
maklum bahawa kesan rumah hijau terjadi apabila gas karbon dioksida
berlebihan di udara.. Cuaca akan berubah  menjadi panas dan gas
oksigen berkurangan di udara. Fenomena ini akan memberi kesan dan
membahayakan hidupan di suatu kawasan itu. Masalah ini akan
berkurangan sekiranya hutan tidak digondolkan atau dimusnahkan
sewenang-wenangnya. Ini kerana pokok-pokok atau tumbuhan yang
tumbuh dan hidup di hutan berfungsi menyerap gas karbon dioksida dan
membebaskan gas oksigen yang berguna kepada manusia. Tumbuh-
tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk membuat makanan
yang dikenali sebagai proses fotosintesis untuk terus hidup. Ekoran
daripada itu gas ini dapat diserap sebanyak-banyaknya oleh semua
tumbuhan dan menyebabkan ianya tidak akan berlebihan di udara. Tetapi
sebaliknya akan berlaku sekiranya kebanyakan hutan digondolkan.
Kesan rumah hijau akan terus berlaku sekiranya aktiviti penggondolan
dan penebangan hutan secara tidak terancang terus dijalankan.
 
Hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan
            Hutan amat berpotensi dijadikan tempat pelancongan dan
rekreasi. Taman–taman negara dan hutan simpan diwartakan bagi tujuan
ini. Dengan penubuhan taman-taman negara dan hutan simpan, bukan
sahaja dapat memelihara dan memulihara khazanah hutan dari terus
pupus dan musnah, bahkan juga dapat memberikan sumber kewangan
kepada negara melalui aktiviti pelancongan. Di Malaysia, Taman Negara
Niah, Taman Negara Bako dan hutan simpan Belum sering menjadi
tumpuan para pelancong dan para penyelidik sama ada dari dalam
mahupun luar negeri. Para pelancong ini datang adalah untuk melihat
sendiri dan menikmati keindahan alam semulajadi yang banyak terdapat
di negara kita dan seterusnya mencari ketenangan setelah penat bekerja.
Pelancong akan merasa damai dan tenang apabila berada di dalam
panorama hijau yang menyejukkan mata yang memandang. Sekaligus ini
dapat menghilangkan segala kepenatan dan melenyapkan beban dan
tekanan yang dialami akibat kebisingan serta kegawatan dan hiruk-pikuk
bandaraya.
 
Hutan sebagai tempat kajian dan sumber ubatan
               Hutan juga menjadi tumpuan para saintis dan para penyelidik
samada dari dalam dan luar negeri. Kekayaan hutan dengan pelbagai
spesies tumbuhan dan haiwan telah menarik para pengkaji dan saintis
untuk meneroka hutan dan membuat kajian tentang flora dan fauna sama
ada dari segi tingkah laku haiwan berkenaan atau pun habitatnya. Selain
membuat kajian mengenai haiwan, para saintis juga sering membuat
kajian keatas tumbuhan herba yang dipercayai mempunyai potensi dan
nilai perubatan yang tinggi. Apabila timbulnya satu penyakit baru para
saintis semakin sibuk membuat kajian  terhadap pokok-pokok yang
mempunyai potensi dan mujarab untuk mengubatinya.
 
Hutan sebagai tempat tinggal manusia
            Kebanyakan orang asli suka tinggal atau menetap di hutan. Sejak
berkurun lamanya hutan menjadi tempat mereka kediaman mereka.
Mereka hidup dalam kelompok dan menjalankan pelbagai aktiviti di
hutan seperti pertanian pindah, memburu dan mengutip hasil hutan
seperti damar dan rotan. Mereka seolah-olah sebati dengan kehidupan di
hutan belantara. Dengan ini hutan harus terus dilindungi dan dipulihara
bagi menjamin keselamatan dan keharmonian penghuninya. Sekiranya
hutan ini dimusnahkan atau diancam dengan pelbagai aktiviti yang boleh
merosakkan keaslian dan keindahannya, maka penghuninya juga akan
turut terancam.
 
KESIMPULAN
         Sesungguhnya hutan begitu penting dan memberikan sumbangan
yang begitu besar kepada makhluk di muka bumi. Menyedari hakikat ini
hutan perlulah dipelihara dan dipulihara bagi menjamin keindahan dan
keasliannya. Pelbagai pihak sama ada badan-badan kerajaan, swasta
mahupun individu haruslah memainkan peranan yang penting dan
menggembleng tenaga dan usaha dalam usaha untuk mengekalkan
keaslian warisan alam ini. Generasi hari ini harus peka dan prihatin akan
kepentingan hutan sebagai warisan alam yang amat bernilai dan  terus
memelihara dan memulihara  keaslian dan keindahannya untuk terus
menjadi tatapan dan dinikmati oleh generasi akan datang.
 

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. HUTAN DAN KEGUNAANNYA :

a. Membekalkan gas oksigen ke atmosfera


b. Habitat semula jadi hidupan liar
c. Menyeimbangkan mikro iklim sesuatu tempat
d. Kawasan tadahan air hujan dan mencegah hakisan
e. Sumber makanan
f. Sumber kayu-kayan, buluh dan rotan
g. Sumber tumbuhan ubat-ubatan
h. Tempat rekreasi dan pelancongan
i. Kawasan penyelidikan saintifik

1. KESIMPULAN
2. FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN
3. RUJUKAN
4. LAMPIRAN
PENGENALAN

HUTAN dalam pengertian yang luas merangkumi kawasan yang


ditumbuhi oleh pokok-pokok liar yang terbiar, rimba yang menjadi
habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan merupakan aset negara
yang tidak ternilai dan ia diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hari ini,
isu hutan menjadi isu global yang sering diperkatakan.

Secara umumnya, hutan meliputi 3625 juta


hektar atau 27.7% daripada kawasan muka bumi yang tidak diliputi
ais. Hutan tropika meliputi 53.4% daripada jumlah kawasan hutan
ini, manakala 25.4% adalah hutan boreal dan 21.2% pula terdiri
daripada hutan temperat. Selain itu, terdapat 650 juta hektar lagi
hutan yang terdiri daripada belukar, tumbuhan renek dan
sebagainya.

Seperti yang kita ketahui, hutan merupakan khazanah alam dan


warisan semula jadi yang mempunyai banyak kepentingan dan
kegunaannya kepada manusia dan makhluk –makhluk lain.
Contohnya, hutan berperanan penting dalam kehidupan manusia
dengan membekalkan sumber bahan mentah seperti kayu-kayan,
rotan, buluh, buah-buahan, kayu api, damar, gam, sayur-sayuran,
minyak pati, dan tumbuhan ubat-ubatan. Hasil hutan ini merupakan
punca bahan makanan, perlindungan, bahan api, dan perubatan
asas. Sumber tersebut telah membantu manusia membina tamadun
yang tingggi seperti masa kini. Di samping itu, hutan juga turut
berperanan dalam menyeimbangkan ekologi persekitaran.

Memandangkan hutan merupakan penyumbang utama kepada


sosioekonomi dan kestabilan ekologi persekitaran, maka hutan
adalah satu khazanah yang amat berharga yang perlu dijaga dengan
baik dan bersistematik.

HUTAN DAN KEGUNAANNYA :

A. MEMBEKALKAN GAS OKSIGEN KE ATMOSFERA

Salah satu kepentingan hutan yang paling utama ialah


membekalkan gas
oksigen ke atmosfera yang diperlukan oleh manusia dan juga
haiwan. Ia juga turut mengimbangi kandungan gas di udara.

Semasa proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengggunakan


gas karbon dioksida untuk membuat makanan dan
membebaskan gas oksigen sebagai bahan buangan. Manakala,
manusia dan haiwan pula membebaskan gas karbon dioksida
dan menggunakan gas oksigen semasa proses respirasi. Proses
respirasi dan fotosintesis menunjukkan saling kebergantungan
di antara manusia dan haiwan dengan tumbuh-tumbuhan
untuk terus hidup. Proses ini berlaku secara berulang-ulang,
menyebabkan bekalan oksigen dalam udara sentiasa mencukupi
untuk kegunaan kehidupan seperti proses pernafasan dan
membantu pembakaran. Jika hutan tiada, sudah pasti gas
karbon dioksida akan menjadi berlebihan dalam udara yang
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu udara dan
membawa kesan buruk kepada manusia dan hidupan liar.

B. HABITAT SEMULA JADI HIDUPAN LIAR

Pelbagai jenis hidupan liar hidup di kawasan hutan kerana


hutan

menyediakan sumber makanan yang diperlukan oleh haiwan.


Hutan juga merupakan tempat perlindungan dan pembiakan
bagi hidupan liar. Hidupan liar pada amnya didefinisikan
sebagai merangkumi kesemua haiwan liar daripada kumpulan
mamalia, reptilia, amfibia, burung, ikan, invertebrata, termasuk
juga tumbuh-tumbuhan liar.

Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang memakan


daun, buah-buahan, putik bunga, bijian, pucuk, dan pelbagai
bahagian lain pokok. Manakala haiwan jenis karnivor dapat
hidup kerana tumbuhan semula jadi membantu pembiakan
haiwan herbivor. Kewujudan rantaian makanan sememangnya
menjadi satu lumrah kehidupan bagi hidupan mansa dan
pemangsa.

Contohnya, menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh


pihak berkuasa mendapati hutan di Malaysia menjadi habitat
3000 spesies tumbuhan berbunga, dan 2500 daripadanya
adalah dari jenis berpokok kerana di hutan tumbuhan dapat
hidup disebabkan kesuburan tanahnya. Tumbuhan ini adalah
unik kerana ia tidak ditemui di mana-mana pelusuk dunia
kecuali di Malaysia. Bagi melengkapkan ekosistem, haiwan telah
menjadi penghuni setia hutan belantara ini. Terdapat sejumlah
200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 30
spesies katak, dan 80 spesies cicak. Serangga pula merupakan
komuniti haiwan yang terbesar di mana sesetengah kumpulan
mengandungi lebih daripada 1000 spesies.

C. MENYEIMBANGKAN MIKRO IKLIM SESUATU TEMPAT

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tumbuh-tumbuhan semula


jadi di hutan mempunyai pengaruh ke atas keadaan cuaca dan iklim
sesuatu tempat kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mampu
mengubahsuaikan iklim mikro sesuatu tempat.

Melalui proses transpirasi, air dari tanah melalui tumbuh-tumbuhan


akan terserap ke udara dan air di permukaan daun juga akan tersejat
ke udara dan ini menambahkan lagi kelembapan udara. Ini kerana
pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mengawal sinaran matahari
melalui proses serapan, pemantulan dan pemindahan. Pada hari yang
panas, sebatang pokok mungkin menyerap beratus-ratus liter air dari
tanah dan kebanyakannya akan tersejat ke atmosfera. Ini sudah pasti
akan memberikan kesan penyejukan kepada kawasan sekitarnya.
Secara bandingannnya, suhu di kawasan hutan adalah lebih rendah
kerana litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

Di samping itu, pertambahan oksigen di atmosfera bumi yang


berpunca daripada prosese fotosintesis akan memastikan
pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini
kemudiannya dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena
"kesan rumah kaca" atau "kesan rumah hijau". Dengan itu,
peningkatan suhu bumi dapat dikawal.

Hal yang sama terjadi di bandar-bandar besar, di mana hutan sangat


berguna sebagai agen pembersih udara kerana daun-daun dan
dahan-dahan pokok bertindak sebagai penyaring udara kotor. Hal ini
menunjukkan bahawa hutan mampu mengimbangi iklim sesuatu
kawasan di samping merendahkan suhu dan menyamankan udara
berbanding dengan kawasan yang hutannnya telah ditebang.
Biasanya suhu adalah lebih tinggi dan kawasan tersebut menjadi
lebih panas.

D) KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN DAN MENCEGAH HAKISAN

Hutan juga berperanan sebagai kawasan tadahan air hujan dan


mencegah hakisan tanah. Hutan adalah pengawal aliran air yang
berkesan kerana hutan berfungsi seperti span besar yang menyerap
air di hutan pada musim hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan
ke dalam anak sungai. Seterusnya bertindak sebagai penuras yang
menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke
kawasan tadahan.

Fungsi yang penting ini tidak dapat diganti oleh oleh tanaman seperti
getah dan kelapa sawit. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan
bahawa pengaliran air di permukaan di kawasan getah dan kelapa
sawit adalah lebih deras berbanding di kawasan berhutan.

Contohnya, krisis kekurangan air yang berlaku di Melaka pada tahun


1992 adalah disebabkan 80% kawasan tadahan Empangan Durian
Tunggal telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Kekurangan
lapisan hutan telah menyebabkan pengaliran

air yang tidak sekata ke Sungai Bakung dan Sungai Air Putih.
Akibatnya, sedikit sahaja air yang mengalir ke kawasan tadahan
Durian Tunggal, Melaka.

Hutan juga dapat mencegah hakisan tanah kerana daun-daun dan


dahan-dahan pokok menyekat air hujan lalu melambatkan kadar
kelajuan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi. Akar-akar pokok
pula dapat menyerap air hujan di samping mencengkam tanah dan
memperkukuhkan tanah supaya sukar dihakis.

E) SUMBER MAKANAN

Di hutan banyak terdapat buah-buahan liar yang boleh dimakan dan


selalunya dikumpulkan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber
makanan. Di negeri Sabah misalnya, terdapat kira-kira 200 spesies
tumbuhan hutan yang boleh di makan buahnya.
Antara contoh buah-buahan hutan yang sedia popular di Malaysia
amnya pada masa kini tetapi masih belum ditanam secara meluas
ialah kelubi (Zalacca conferta), salak hutan (Z. affinis), petai
(Pithecellobium jajanica dan P. singularis), keredas (P. bubalinum), dan
jering (P. jiringa). Untuk buah-buahan ini, hutan masih menjadi
sumber utama bagi mendapatkannya. Malah banyak buah-buahan
yang telah ditanam berasal daripada waris liar dari hutan tropika,
contohnya durian (Durio zibethinus), rambutan (Nephelium
lappaceum), langsat/duku (Lansium domesticum), dan mangggis
(Garciniamangastana). Di Sabah, banyak buah-buahan yang terdapat
di pasaran berasal dari hutan dan belum ditanam secara meluas.
Antaranya ialah terap (Artocarpus odoratissimus), bambangan
(Mangifera decandra), beluno (M. caesia), liposu (Baccaurea angulata),
dan kembang semangkuk (Scaphium macropodum).

Selain buah-buahan, ulam juga menjadi bahan makanan yang


penting sebagai sumber vitamin dan juga sumber ubatan masyarakat
tempatan. Contohnya daun kadok (Piper sarmentosum), daun pegaga
(Hydrocotyle asiatica), putat (Barringtoniaspp), selom (Oenanthe
javanica), menkudu (Morinda elliptica), cekur (Sauropus androgynus),
ulam raja (Cosmos caudatus), kantan (Phaeomaria speciosa), dan
daun kesom (Polygonum minus) adalah antara ulam yang paling
popular. Di hutan di Malaysia terdapat lebih 50 jenis ulam yang
sesuai sebagai bahan makanan tetapi kurang popular.

F) SUMBER KAYU-KAYAN, ROTAN, DAN BULUH

Kawasan hutan mempunyai pelbagai sumber bahan mentah yang


boleh digunakan oleh manusia. Melalui hutan, manusia boleh
memperolehi hasil-hasil hutan seperti kayu balak, buluh, rotan dan
sebagainya yang boleh membantu kepada perkembangan ekonomi
sesebuah negara. Ini kerana hasil-hasil hutan tersebut mempunyai
nilai komersial pada masa kini dan permintaan terhadap hasil-hasil
hutan tersebut begitu tinggi sama ada pasaran tempatan mahupun
luar negeri.

Kewujudan pelbagai spesies tumbuhan berpokok di hutan


menunjukkan hutan sememangnya kaya dengan kayu-kayannya.
Misalnya, balak merupakan hasil hutan yang terpenting dan berharga
pada masa kini kerana ia merupakan kegiatan ekonomi yang penting
bagi setiap negara seperti Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia,
India, dan Filipina. Antara jenis kayu balak yang mendapat nilai
kemersial adalah sperti jati, keruing, cengal, merbau, penaga,
keledang, dan balau. Kayu-kayu balak yang dihasilkan terdiri
daripada kayu keras dan lembut. Pengeluar kayu balak keras yang
terbesar di dunia ialah Malaysia dan Indonesia. Manakala bahagian
Asia Utara (Rusia) adalah pengeluar kayu balak lembut yang utama di
dunia. Kegunaan hasil balaknya adalah untuk membuat bangunan
atau rumah, landasan kerta api, alat-alat perabot, papan lapis, kertas
dan lain-lain lagi.

Di samping itu, hutan juga merupakan sumber hasil-hasil hutan yang


lain seperti rotan, buluh, mengkuang, dan lain-lain lagi. Di Asia
Tenggara contohnya, kira-kira 20 spesies rotan dianggap sebagai
spesies komersial yng berharga. Kesemua spesies yang digunakan
dalam industri adalah daripada genus Calamus yang mempunyai
kira-kira 60 spesies kesemuanya. Rotan sangat bernilai terutamanya
kepada industri perabot dan kraftangan. Negara-negara di Asia
Tenggara dianggarkan mengeksport rotan bernilai kira-kira US$60
juta setahun, 90% daripadanya adalah oleh Indonesia. Ini tidak
termasuk jumlah hasil siap guna seperti perabot, yang dianggarkan
bernilai US$4 bilion setahun, menjadikan hasilan yang kedua penting
selepas kayu-kayn dan balak.

Selain rotan, terdapat hasil hutan lain yang sangat bernilai.


Antaranya ialah kayu gaharu atau karas yang digunakan sebagai
bahan pewangi. Harga sebatang kayu gaharu (gred 4) boleh mencapai
$25 000 (pada kadar $2 per g). Selain kayu gaharu terdapat beberapa
spesies kayu hutan lain yang dapat mengeluarkan minyak pewangi
dan berpotensi sebagai bahan dagangan.

G) SUMBER TUMBUHAN UBAT-UBATAN

Hutan bukan sahaja menjadi sumber pembekal bahan makanan dan


pembinaan tetapi juga menjadi sumber tumbuhan ubat-ubatan yang
berharga. Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan
tradisional telah lama berkembang sejajar dengan kewujudan
manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau
pilihan oleh semua masyarakat dan kaum. Contohnya, Pertubuhan
Kesatuan Sedunia menganggarkan kira-kira 70-80% dari penduduk
dunia masih lagi bergantung kepada sistem perubatan tradisional di
dalam penjagaan kesihatan asas. Manakala di China sistem
tradisional telah digunakan sebagai rawatan asas dalam lebih 40%
daripada masalah kesihatan dan penjagaan kesihatan.

Negara China, India dan Indonesia telah lama mempelopori bidang


perubatan tradisional dan memajukan tumbuhan ubat-ubatan
sebagai industri. Di China misalnya, perubatan tradisional yang
banyak menggunakan sumber tumbuhan sudah mengakar lebih dari
5000 tahun. Di India dengan Ayurvedanya, sejumlah 8000 herba
sudah dikenal pasti berupaya memgubati penyakit sejak berabad-
abad lampau. Begitu juga di Malaysia, turut memiliki tidak kurang
dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-
unsur perubatan.

Hutan sememangnya merupakan gedung semula jadi yang


memainkan perana penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan
moden.Sebelum perkembangan kimia sintesis di akhir abad yang
lepas, penyediaan ubat-ubatan moden dari tumbuhan hanyalah
menerusi prosese pengekstrakan bahan-bahan aktif dari tumbuhan
tersebut. Setelah kimia sintesis berkembang, bahan-bahan aktif dari
tumbuhan telah disintesis secara separa atau sepenuhnya dan analog
baru yang lebih berkesan dan selamat juga telah berjaya dikeluarkan.
Tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden
menerima saingan yang kuat daripada ubat-ubatan sintetik dan pada
suatu masa seolah-olah kesemua ubat moden boleh didapati dari
sumber sintetik. Walau bagaimanapun tumbuhan ubatan tetap
mempunyai peranan di dalam pembangunan ubat-ubatan moden
menerusi cara-cara berikut :

a. Sebagai sumber terus ubat-ubatan moden seperti murfina,


strofantin, atrofin, dan digitoksin.
b. Sebagai sumber bahan mula untuk sintesis ubat-ubatan yang
lebih berkesan dan lebih selamat.
c. Sebagai model bahan bioaktif untuk program sintesis ubat-
ubatan moden.

Oleh yang demikain timbuhan ubat-ubatan memainkan peranan yang


penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden yang baru.
Kebanyakan ubat-ubatan moden yang telah disintesis berasal
daripada bahan-bahan aktif tumbuhan.
Kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan
moden tidak boleh disangkal lagi. Pada masa ini, terdapat 121 jenis
ubat moden yang telah berjaya dihasilkan daripada 95 spesies
tumbuhan dan sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat
dihasilkan secara sintetik. Kini sebanyak 23 jenis ubatan moden
daripada 45 ubat-ubatan moden yang dikaji daripada Hutan Hujan
Tropika telah diluluskan oleh Food and Drug Administration
(FDA) untuk penggunaan di Amerika Syarikat.

Di antara bahan terpenting yang digunakan oleh perubatan moden


ialah alkaloid - biokompaun yang dihasilkan oleh banyak kategori
tumbuh-tumbuhan. Biom hutan tropika contohnya mengandungi
bilangan tumbuh-tumbuhan beralkaloid terbanyak dan pada
kepekatan tertinggi berbanding man-mana biom lain. Alkaloid
tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan, ini termasuklah
dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin, dan
reserpin. Alkaloid yang paling terkenal barangkali ialah vinkristin dan
vinblastin. Alkaloid ini adalah hasil derivatif sejenis bunga
tropika , "rosy periwinkle" atau dikenali sebagai kemunting Cina
atau tapak dara yang mempunyai 2 jenis iaitu satu berbunga merah
jambu dan satu lagi berwarna putih. Pohon ini berkerabat dengan
pohon Madagaskar Periwnkle (Catharantus roseus G Don). Ia memberi
peluang sembuh 80% kepada kanak-kanak yang menghidap sakit
leukimia. Kedua-duanya juga digunakan secara meluas di dalam
rawatan kanser payudara, rahim, dan testikular. "Rosy Periwinkle"
diketahui dari bomoh-bumoh asli di Madagascar dan Jamaica. Ubat
yang dihasilkan dari tumbhan ini mencapai nilai US$90 bilion pada
tahun 1970 dan dianggarkan jumlah ini meningkat 15% setiap tahun.

Selain itu, kalanolida dan kastatolida dan terbitannya dari pokok


bintagor (Calophyllum lanigerum) yang mempunyai anti-AIDS dan
"taxol" Daripada Taxus brevifolia untuk mengubat barah. Sekurang-
kurangnya 1400 spesies tumbuhan tropika dipercayai berpotensi
untuk rawatan kanser, 2000 berkesan sebagai kontraseptif dan lebih
600 spesies pula berpotensi untuk pengguguran janin. Penemuan
ubat-ubatan baru daripada tumbuhan telah menimbulkan kesedaran
baru kepada pelbagai pihak khasnya syarikat-syarikat farmaseutikal
daripada negara-negara barat untuk menjalankan kajian penyaringan
biologi terhadap tumbuhan ubat-ubatan secara besar-besaran.

H) TEMPAT REKREASI DAN PELANCONGAN


Apabila taraf hidup penduduk di sesebuah negara meningkat maka
sudah pasti permintaan untuk rekreasi dan pelancongan juga turut
meningkat. Peranan hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan
perlulah diuruskan dengan baik tetapi tidak semua kawasan hutan
sesuai dijadikan kawasan rekreasi. Banyak negara telah menetapkan
kawasan yang tertentu untuk tujuan rekreasi dan pelancongan.
Biasanya, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah kawasan
hutan yang mempunyai air terjun dan terletak di kawasan
pergunungan untuk berkelah, berkhemah, dan bersiar-siar. Manakala
kawasan hutan yang mempunyai jeram, sungai dan belukar sesuai
untuk memancing.

Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia,


maka perkembangan ini tentunya menggalakkan industri
pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para
pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk
melihat keindahan hutan semula jadi yang berpotensi sebagai pusat
pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.
Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga
boleh menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di
Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman Negara Bako, Gunung
Kinabalu, dan Bukit Fraser. Manakala penduduk yang terdedah
kepada kesibukan dan kesesakan kota boleh menenangkan minda
dan lari dari bayangan kota dengan berkunjung ke tempat-tempat
rekreasi yang menghijau ini.

I) KAWASAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Hutan juga boleh dijadikan kawasan penyelidikan semula jadi kerana


terdapat beribu-ribu spesies tumbuhan berubat dan haiwan di
dalamnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hutan boleh
dianggap sebagai sebuah makmal penyelidikan ahli sains kerana
keluasannya serta mengandugi pelbagai bahan untuk penyelidikan.
Jumlah sebenar hidupan yang mendiami sesuatu kawasan hutan
hanya boleh dianggarkan berdasarkan persampelan yang kecil
dengan tempoh kajian yang terhad .

Penemuan-penemuan baru tentang ubat-ubatan berasaskan sumber


hutan tentunya boleh meningkatkan imej sesebuah negara.
Contohnya, penemuan ubat anti-malaria di kawasan Hutan Hujan
Tropika iaitu kuinin (Chincona ledgeriana) yang terbukti mujarab.
Hutan Belum yang baru ditemui di negeri Perak merupakan salah
satu

hutan yang telah dikenal pasti mempunyai banyak sumber ubat-


ubatan terutama dalam perubatan tradisional.

KESIMPULAN

Hutan sememangnya memberi kepentingan dan kegunaannya kepada


manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Kepentingan-kepentingan
inilah yang menjadikan hidup manusia lebih teratur dan sempurna.
Oleh itu, adalah menjadi tanggunngjawab kita bersama untuk
menjaga dan memelihara hutan ini. Kita perlu merancang dengan
teliti penggunaan hutan supaya kesan-kesan buruk seperti kehabisan
sumber hutan, kepupusan tumbuh-tumbuhan, dan hidupan liar serta
hakisan tanih tidak akan berlaku.

Tanpa hutan, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas.


Kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya hutan sebagai warisan
negara pasti akan menyelamatkan hutan agar khazanah hutan dapat
digunakan secara mampan. Hal ini amat penting agar faedah dan
keunikan hutan bukan sahaja dapat dinikmati oleh generasi hari ini
tetapi juga untuk generasi akan datang. Hutan adalah warisan yang
unggul yang tidak ternilai untuk generasi akan datang.

FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN :

 Hutan merupakan tempat tinggal kepada 300 juta orang


penduduk di seluruh dunia.
 Hampir 2 bilion manusia bergantung pada hutan untuk
sumber kayu api untuk tujuan memasak.
 Pada tahun 1989, hutan menghasilkan sejumlah 336 juta
tan buah-buahan.
 Lebih 25% bahan aktif dalam ubat-ubatan berasal dari hutan.
Nilai ekonomi bahan-bahan tersebut adalah US$43 bilion
(RM109.2 bilion).
 Eksport kayu-kayan dari negara membangun pada tahun 1989
berjumlah US$13.4 bilion (RM34.0 bilion). Manakala nilai
perniagaan rotan di seluruh dunia adalah US$2 bilion (RM5.08
bilion) setahun.
 Terdapat hampir 10 juta spesies flora dan fauna di seluruh
dunia. Lebih 50% daripadanya didapati di dalam hutan tropika.
Di Malaysia sahaja terdapat 14500 spesies tumbuhan berbunga
dan 800 spesies tak berbunga.

You might also like