You are on page 1of 99

KATA PENGHANTAR

Modul pengajaran ini disediakan sebagai rujukan lengkap kepada pengajaran


Kontrak dan Taksiran. Kursus kontrak dan Taksiran merupakan subjek wajib
pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang proses di
peringkat awal pembentukan kontrak serta kaedah-kaedah membuat anggaran
dalam sesuatu projek pembinaan. Secara amnya nota pengajaran ini merangkumi
topik-topik Industri Pembinaan – Pengenalan dan Proses, Pengenalan kepada
kontrak, Kontrak projek pembinaan, Jenis Tender, Tatacara tender, Penilaian tender
dan Pentadbiran Kontrak. Bahagian ini disediakan oleh Prof Madya Dr Aminah Md
Yusof.

Di bahagian akhir konsep dan pengiraan taksiran diperkenalkan. Bahagian ini


disediakan oleh Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin membincangkan beberapa
mengganggar kos binaan yang termasuk dalam kurikulum kursus ini.

Adalah diharapkan modul pengajaran ini akan memberi manafat kepada semua
pihak yang terlibat dan menjadi pendorong kepada kedua-dua penulis kearah
penerbitan karya asli bagi topik yang sama.

Prof Madya Dr Aminah Md Yusof


Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin

1
Kandungan

Bahagian A 3

Bahagian B 18

Bahagian C 33

Bahagian D 70

Bahagian E 98

2
BAHAGIAN A

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI


PEMBINAAN

3
BAB 1.0

INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

1.1 Definisi – jenis

The International Standard Classification of All Economic Activities (1968)


sebagai:

“...constructing, altering, repairing and demolishing building; constructing,


altering and repairing highways and streets and bridges; viaducts, culverts,
sewers, and water, gas and electricity mains, railways road beds, sub-ways and
harbour and water ways; piers, airports and parking areas; dams, drainage,
irrigation, flood control and water power projects and hydroelectric plants; pipe
lines; water wells; athletic fields, golf courses, swimming pools and tennis courts;
communication systems such as telephone and telegraph lines; marine
construction, such as dredging and under water rock removal; pile driving, land
draining and reclamation; and other types of heavy construction...mining services
such as preparing and constructing mining sites and drilling crude oil and natural
gas wells...specialist trade contractors’....activities... The assembly and installation
on site prefabricated, integral parts into bridges, water tanks, storage and
warehouse facilities, railroad and elevated right-of-way, lift and escalator,
plumbing, sprinkler, central heating, ventilating and air-conditioning, lighting and
electrical wiring, etc., systems of buildings and all kinds of
structures...Departments or other units of the manufacturers of the prefabricated
parts and equipment which specialise in this work and which is feasible to treat as
separate establishments, as well as businesses primarily engaged in the activity,
are classified in this group”

4
Industri binaan meliputi pelbagai aktiviti yang meluas sehubungan dengan itu The
Asian Productivity Organisation (1983) mentakrifkan industri binaan sebagai
aktiviti pengeluaran yang mana menghasilkan produk secara fizikal.

Daripada definisi di atas dapat disimpulkan bahawa industri binaan mempunyai


kepentingan bagi perkara berikut:-

 Menyediakan kemudahan untuk kegunaan orang ramai


 Menyediakan peluang pekerjaan
 Mengeluarkan hasil keluaran – pembangunan fizikal
 Menjana ekonomi negara
 Menghasilkan penemuan teknologi terkini
 Meningkatkan nilai tanah.

1.2 Klasifikasi

Industri pembinaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu. Terdapat


berbagai kategori yang dicadangkan dalam beberapa buku atau artikel. Namun
begitu dua kategori akan dibincangkan dengan lebih lanjut iaitu

 Kategori bangunan
 Infrastruktur

5
A) Pembinaan Bangunan

Kediaman: Kategori ini biasanya merangkumi pembinaan rumah serta


kondominium untuk tujuan kediaman. Tujuan penghasilan bangunan kediaman
adalah untuk diduduki atau sesetengah pelabur menjadikan sebagai suatu pelaburan
yang boleh mendatangkan pulangan berkala dengan cara menyewakan. Sektor atau
kategori pembinaan kediaman, merupakan komponen penting industri binaan
memandangkan keperluan rumah untuk penduduk bagi setiap negara adalah
sentiasa di bawah paras yang tidak mencukupi.

Pembinaan sektor perumahan, menjalani evolusi berterusan dan merupakan sektor


yang paling aktif biarpun di zaman kemelesetan ekonomi. Sehubungan dengan itu
inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi menggerakkan sektor ini seterusnya
menjana perkembangan industri binaan di Malaysia. Bangunan kediaman juga
merupakan sektor yang luas memandangkan terdapat pelbagai jenis rumah di serata
dunia. Beberapa jenis rumah yang biasa terdapat di Malaysia adalah seperti berikut;

1. Rumah teres (setingkat atau dua)


2. Rumah berangkai (setingkat atau dua)
3. Rumah berbandung (setingkat atau dua)
4. Rumah sesebuah
5. Rumah kos rendah
6. Kondominium/apartmen

6
Selain daripada itu, rumah di Malaysia juga dikelaskan mengikut kos iaitu:

 Rumah Kos Rendah


 Rumah Kos Sederhana Rendah
 Rumah kos Sederhana
 Rumah Kos tinggi

Di Malaysia, rumah kos rendah lebih banyak diberi perhatian. Rumah kos rendah
dibina untuk menyediakan perumahan yang lebih selesa dan sempurna kepada
rakyat yang berpendapatan rendah. Terdapat beberapa tabung yang di lancar
bertujuan untuk memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah seperti Tabung
Perumahan Kos Rendah (Special Low-Cost Housing Programme-1986), Tabung
Projek Terbengkalai, ‘Low-cost Housing Revolving Development Plan’ –
pembelian tanah untuk pembinaan rumah kos rendah (1994).

 Bangunan Perdagangan

Kategori ini melibatkan pembinaan bangunan untuk tujuan komersial seperti


kompleks membeli belah, pejabat, hotel dan bangunan untuk perusahaan ringan.
Kadar pembangunan bangunan lazim nya bergantung kepada keadaan ekonomi
negara.

 Bangunan industri

Pembangunan jenis ini biasanya tertumpu di kawasan perindustrian seperti Zon


Perindustrian Pasir Gudang. Bangunan kilang akan dibina oleh pemilik kilang atau
pemilik tanah dan disewakan kepada pengusaha. Seperti juga bangunan
perdagangan, permintaan kepada pembinaan bangunan industri amat bergantung
kepada keadaan ekonomi serta insentif yang di beri oleh kerajaan.

7
B) Pembinaan Kejuruteraan Awam

Pembinaan Kejuruteraan Awam biasanya melibatkan pembinaan jalan raya/lebuh


raya, pembinaan jambatan serta kadang-kadang merangkumi kerja-kerja pembinaan
kemudahan awam seperti sekolah.

Pembinaan lebuh raya merupakan peratusan terbesar kerja-kerja kejuruteraan awam


di Malaysia bermula pada tahun 1980an sehingga alaf baru ini. Beberapa contoh
ialah Lebuh raya Utara-Selatan, Timur-Barat, Lembah Klang Expressway.
Menyedari hakikat penting nya kemudahan infrastruktur yang baik dan teratur,
kerajaan telah mempercepat pembinaan kemudahan-kemudahan ini. Pembinaan
Lebuh raya diswastakan bagi tujuan mempercepat pembinaan di samping
menyediakan peluang pekerjaan kepada kontraktor tempatan yang berkelayakan.
Penglibatan kontraktor antarabangsa dalam beberapa projek tertentu bertujuan
mendapatkan teknologi terkini dari negara tersebut, contohnya Projek Menara
Kuala Lumpur. Perpindahan teknologi dari negara maju menjadi agenda yang
diharapkan dapat dimanfaatkan oleh industri tempatan.

Antara kerja-kerja kejuruteraan awam yang besar ialah projek memasang paip Gas
Semenanjung (l) dan (II). Sesetengah projek mega lain seperti KLIA,
memperlihatkan konsep mengindustrikan sistem pembinaan. Pembinaan struktur
keluli membuktikan kemampuan bahan itu menggantikan struktur konkrit tetulang
yang memberi faedah kepada industri binaan seperti penyiapan yang lebih cepat.
Antara projek mega lain ialah Kompleks Sukan Komanwel, Sistem Aliran Ringan
Transit, Cyber City serta pembangunan pelabuhan, contohnya Tanjung Pelepas.

Pembinaan sektor awam membantu menjana ekonomi semasa kegawatan. Ini di


sebabkan perbelanjaan untuk sektor ini datang daripada pihak kerajaan. Untuk

8
mengerakkan industri binaan, kerajaan boleh membelanjakan wang untuk
menyediakan kemudahan awam. Selain daripada mendefinisikan industri
pembinaan dan membincangkan kelas-kelas, aktor-aktor dalam industri pembinaan
dan proses pembangunan juga perlu diketahui oleh pelajar. Ini dibincangkan di
Bahagian 1.3 dan 1.4.

1.3 Aktor Industri Pembinaan

Industri pembinaan melibatkan pelbagai pihak. Antara pihak yang terlibat dalam
industri pembinaan adalah:-

 Tuanpunya/klien: Kadangkala di sebut pemaju dalam mengadakan projek


dan pihak yang paling banyak menanggung risiko. Bagi projek sektor
awam, klien merujuk kepada kerajaan melalui jabatan atau kementerian
yang mana pembangunan dijalankan.

 Kumpulan Profesional: Kumpulan ini bertanggung jawab menterjemahkan


ide dan kehendak tuan punya/klien dan menjadikan rekabentuk dan
seterusnya menguruskan pembinaan. Antara profesion yang terlibat adalah
Perunding Pengurusan projek, Perancang, Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan,
Jurukur Tanah dan Pereka bentuk Dalaman

 Kontraktor: Jenis-jenis kontraktor adalah;


 Kontraktor Utama
 Specialist Contractor/Nominated Sub-contractor
 Labour Sub-kontraktor

 Pembekal Bahan dan Peralatan : Pembekal, Pengedar dan Pengimport

9
 Buruh: Buruh mahir, Separa mahir dan Tidak Mahir

 Pembiaya: Bank dan Insitutusi kewangan

 Pihak Berkuasa
o Tempatan
o Negeri
o Persekutuan

1.4 Proses Pembangunan/perlaksanaan projek

Sepertimana yang dibincangkan terdahulu, perlaksanaan projek pembinaan agak


berbeza bagi sektor awam dan swasta. Ini berlaku kerana perlaksanaan sektor
swasta tidak tertakluk kepada prosedur perolehan perbendaharaan sebagaimana
yang perlu diikuti disektor awam. Proses utama yang terlibat dalam perlaksanaan
projek pembinaan disektor awam adalah seperti berikut:

 Penyediaan ringkasan projek

Ringkasan disediakan oleh Kementerian/Jabatan Pelanggan. Ringkasan perlu


mengandungi keperluan projek secara kasar seperti hasil yang dikehendaki (bil
katil, bilangan bilik darjah dsbnya) tairkh penyiapan dan reka bentuk serta jumlah
peruntukan bagi kontrak tersebut.

10
 Pengambilan Tanah

Kementerian/Jabatan pelanggan mestilah mendapatkan tanah dan memastikan


terdapat akses yang munasabah ketapak bina. Memandangkan proses pengambilan
tanah biasanya melibatkan banyak pihak, ia biasa memakan masa yang lama dan
boleh menjejaskan permulaan projek, kementerian atau dengan tindakan JKR
mestilah menyegerakan proses persetujuan pembayaran pampasan pengambilan.

 Pengukuran Tapak Bina, dan penyelidikan tapak bina

Penyelidikan oleh kementerian/jabatan pelanggan (melalui JKR) perlu dibuat untuk


melihat andainya terdapat halangan kepada pembangunan tanah tersebut.
Keupayaan galas dan sifat tanah bagi penyediaan rekabentuk asas tapak akan
diperolehi melalui penyelidikan yang dijalankan. Ini amat penting kerana
penyelidikan tapak akan memberi gambaran kepada jurutera/arkitek dalam
menyediakan rekabentuk bangunan. Banyak berlaku peristiwa dimana kesilapan
dalam penyelidikan tapak menyebabkan kelancaran projek terjejas dimana
rekabentuk perlu disemak dan diubahsuai.

 Penyediaan rekabentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina

Cawangan Portfolio berkenaan akan menyediakan rekabentuk permulaan dan pelan


susun atur tapak bina berdasarkan ringkasan projek dan maklumat dari pengukuran
dan penyelidikan tapak bina. Walaubagimana pun apabila projek dijalankan
mengikut kaedah Reka dan Bina, kerja-kerja ini diserahkan kepada kontraktor yang
diberikan projek.

11
 Rekabentuk perincian arkitek dan/atau kejuruteraan

Pelan terperinci disediakan dan perkara yang perlu diambil kira termasuk
memastikan tugas pereka bentuk daripada pelbagai disiplin dapat diseleraskan dan
kehendak-kehendak perancangan, kemudahan dan tempatan dimasukkan kedalam
reka bentuk dan reka bentuk tersebut lengkap.

 Penyediaan anggaran awal dan pengamalan kawalan kos

Anggaran awal dibuat berdasarkan rekabentuk dan susunatur tapak bina kepada
kementerian/jabatan pelanggan. Penyediaan rekabentuk terperinci perlulah
mengambil kira peruntukan asal jabatan/kementeria pelanggan.

 Penyediaan dokumen tender

Satu set dokumen tender perlu disediakan/dijual bagi mereka yang ingin memasuki
tender. Tujuan dokumen tender adalah sebagai asas untuk meletakkan harga tender
oleh kontraktor. Perbincangan tentang dokumen tender dibuat dalam bahagian lain.

 Pelawaan dan penerimaan tender

Diperingkat ini kontraktor akan menawarkan perkhidmatan mereka bagi kerja-kerja


yang biasanya diiklankan. Hanya kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor dalam kelas pendaftaran dan mempunyai kepala dan sub-kepala
pendaftaran yang tertentu sahaja layak menyertai sesuatu tender. Bahagian Kontrak
JKR akan menentukan criteria kelayakan menender sesuatu projek.

12
 Penilaian dan setuju terima tender

Pejabat yang mempelawa tender akan mengkaji dan menilai tender dan membuat
perakuan kepada Lembaga Tender diperingkat Negeri atau Persekutuan
(bergantung kepada harga tender)
Surat setuju terima akan dikeluarkan setelah kelulusan Lembaga Tender diperolehi.

 Penyediaan dan menandatangani Dokumen Kontrak

Dokumen Kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen


kontrak adalah sama seperti dokumen tender tetapi kesediaan dokumen
menandatangani kontrak bergantung kepada bila kontraktor mengembalikan Surat
Setuju terima dan mengemukakan Bon Perlaksanaan dan Insurans tertentu.

 Penyeliaan dan pengesanan kemajuan kerja

Pengawai penguasa akan dilantik untuk mengawasi projek. Perkara-perkara yang


berkaitan dengan kontrak dan perlaksanaan kerja adalah dirujuk kepada PP.

 Lanjutan masa untuk penyiapan

Seandainya projek tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan
oleh sebab-sebab yang dibenarkan dalam kontrak, kontraktor boleh mendapat
perlanjutan masa.

13
 Pengenaan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan

Sekiranya projek lewat disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dibenarkan


perlanjutan masa, kontraktor akan dikenakan denda ganti Rugi Tertentu dan
diTetapkan di peringkat awal kontrak.

 Penamatan pengambilan kerja Kontraktor

Apabila kontraktor telah diberi peluang secukupnya untuk menyiapkan projek yang
ditawarkan, tetapi beliau masih tidak berupaya untuk meneruskan kerjanya, beliau
tidak berupaya atau memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan kerja,
pengambilan kerja kontraktor hendaklah ditamatkan. Kerja akan diserahkan kepada
kontraktor lain.

 Penyiapan dan penyerahan kerja siap dan pembaikan kecacatan

Apabila Perkauan Siap Kerja dikeluarkan, kerja yang siap akan diserahkan oleh
kontraktor kepada JKR dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian/Jabatan
Pelanggan. Dengan itu bermulalah Tempoh Liabiliti Kecacatan.

14
 Pengurusan pembayaran

Bayaran pendahuluan dibayar kepada kontraktor untuk memulakan kerja sebik


sahaja surat setuju terima, bon perlaksanaan dan gerenti insurans dikemukakan.
Bayaran interim dibuat bagi nilai kerja yang terlaksana dan bahan-bahan atau
barang-barang yang dibawa masuk ketapak.

 Penyediaan nilaian dan akaun muktamad

Akaun Muktamad disediakan secepat mungkin setelah kontraktor memenuhi


obligasi di bawah kontrak.

Bagi projek yang memerlukan kelulusan pemajuan pembangunan harta tanah


contohnya pemaju perumahan, pemaju atau pemohon perlu mengikuti proses
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0

15
Pembelian Tanah

Pembiayaan

Mendapatkan lesen Pemaju

Permohonan tukar syarat dan pecah sempadan

Penyediaan Pelan(Pecah sempadan, tata atur,


bangunan, kejuruteraan dan lanskap)

Kelulusan Pelan

Mengeluarkan penyewa tapak atau setinggan

Mendapatkan permit pengiklanan

Pembinaan perumahan

Memohon Sijil Layak Menduduki (CFO)

RAJAH 2.1 Proses Utama Dalam Pembangunan Projek Perumahan

16
Daripada rajah di atas, dapat dilihat proses untuk mendapatkan kelulusan bagi
memajukan harta tanah di Malaysia mengalami proses yang panjang dan sering
dikaitkan dengan masa yang amat panjang diambil sebelum pembangunan dapat
dijalankan.

Sehubungan dengan itu, perkembangan terbaru dalam industri pembinaan adalah


usaha kerajaan memperkenalkan inisiatif baru seperti permohonan pemajuan di
Pusat Setempat (OSC). Dengan adanya pusat setempat disemua Pihak Berkuasa
Tempatan, permohonan dapat diproses dengan cepat dan pemohon boleh
mengetahui keputusan permohonan tanpa menunggu dengan lebih lama.

1.5 Penutup

Daripada perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa apa jua jenis


pembangunan yang dijalankan, penglibatan banyak pihak adalah perlu dan proses
pembangunan juga akan mengambil masa yang lama dan panjang serta melibatkan
pelbagai jabatan dan agensi dan ini tentunya mengundang karenah birokrasi yang
sememangnya telah sinonim dengan pembangunan di Malaysia.

17
BAHAGIAN B

PENGENALAN KEPADA KONTRAK

18
BAB 2.0

KONTRAK PEMBINAAN

2.1 Pengenalan

Kontrak merupakan satu yang perlu dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan.
Keadaan yang sama terpakai kepada hubungan pihak yang menjalankan projek
pembinaan. Memandangkan pelajar kejuruteraan awam akan terlibat banyak dalam
menjalankan kerja-kerja-pembinaan, pendedahan kepada kontrak adalah perlu
sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Bahagian ini akan
membincangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan kontrak dan
keperluan kontrak dalam pembinaan. Konsep kontrak dikupas di awal bahagian
sebagai persediaan untuk memahami kedudukan kontrak dalam menjalankan projek
pembinaan.

Perkara-perkara yang akan dibincnagkan dalam Bahagian ini ditunjukkan dalam


Rajah 2.0

19
APA DAN KENAPA
KONTRAK?

KONTRAK SAH KONTRAK BOLEH KONTRAK


BATAL BATAL

ELEMEN
KENAPA?

PENTADBIRAN KONTRAK

PERLEPASAN
KONTRAK

RAJAH 2.0 PERKARA-PERKARA BERKAITAN KONTRAK

2.2 Apakah kontrak?

Kontrak dua pihak adalah suatu kontrak di mana satu pihak berjanji untuk berbuat
sesuatu sebagai balasan kepada janji pihak yang lain untuk berbuat sesuatu.
Kontrak dua pihak melibatkan janji-janji yang dibuat oleh dua pihak. Kontrak satu
pihak berlaku hanya satu pihak membuat janji kepada pihak yang lain.

20
Kontrak ialah sesuatu perjanjian untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kerja atau
tidak melakukan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Di Malaysia,
Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa:-

“ sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah


suatu kontrak”.

Semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian adalah kontrak.
Bagi membolehkan sesuatu perjanjian menjadi kontrak (sah dan boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang), sesuatu kontrak perlu mempunyai beberapa
unsur penting yang dibincangkan dalam bahagian berikut.

Apakah bentuk kontrak?.


Kontrak boleh terbentuk dalam dua cara iaitu:
 Kontrak bertulis / nyata
 Kontrak lisan / tersirat

2:3 Perbezaan antara kontrak sah, kontrak boleh batal dan kontrak
Batal

i) Kontrak sah: Kontrak sah merujuk kepada perjanjian yang boleh


diteruskan dan dikuatkuasakan di sisi undang-undang setelah tidak
terdapat perkara yang menyebabkan ia batal. Kontrak sah akan mengikat
kedua-dua pihak sehingga kontrak ini dilepaskan.

ii) Kontrak boleh batal: Dalam hal ini satu pihak dalam kontrak terainaya
oleh pihak satu lagi contohnya ditipu. Dalam keadaan ini, apabila pihak
yang teraniaya boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau keluar
daripada kontrak

21
iii) Kontrak batal: Ia merupakan perjanjian yang tidak boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang kerana balasannya adalah
dilarang oleh undang-undang, tujuannya adalah tidak sah dan tidak
hadir unsur-unsur perlu ada dalam sesuatu kontrak

2.4 UNSUR-UNSUR KONTRAK

Kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang adalah sesuatu
perjanjian yang mempunyai unsur-unsur yang akan dibincangkan di bawah.
Sekiranya salah satu daripada unsur-unsur ini tidak wujud, kontrak adalah tidak sah
dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Perjanjian tersebut mungkin
hanya akan terbatal. Sebelum sesuatu kontrak itu boleh dikuatkuasakan dan di
katakan sah, ia mesti mengandungi unsur-unsur yang berikut:

i) Ada tawaran (cadangan) yang dibuat oleh satu pihak


ii) Ada penerimaan cadangan oleh pihak satu lagi
iii) Wujudnya balasan di kedua-dua pihak
iv) Ada niat untuk mengujudkan hubungan di sisi undang-undang
v) Keupayaan di sisi undang-undang bagi pihak yang berkontrak
vi) Kerelaan penuh pihak-pihak yang memasuki kontrak
vii) Tujuan kontrak mestilah sah
viii) Kontrak merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan.

22
i. Tawaran

Tawaran, iaitu, satu pihak membuat tawaran yang ditujukan kepada pihak yang
lain ataupun khalayak ramai. Definisi: Sek 2(a) AKTA KONTRAK 1950

“apabila seseorang itu telah menunjukkan kepada orang lain akan


kesanggupannya untuk membuat sesuatu atau menahan diri membuat
sesuatu dengan tujuan untuk mendapat persetujuan orang lain itu tentang
perbuatan atau penahanan tersebut, maka ia di katakan telah membuat
cadangan”.

Jenis-jenis tawaran: Suatu tawaran boleh berbentuk: nyata atau tersirat

 Nyata : Suatu tawaran dibuat secara lisan atau bertulis.


 Tersirat: Tawaran yang dianggap atau disifatkan ada dari tingkah seseorang
itu.

Walau bagaimanapun tawaran adalah berbeza daripada Pelawaan untuk membuat


tawaran:

Pelawaan untuk membuat tawaran ialah langkah pertama dalam rundingan-


rundingan yang mungkin atau tidak berakhir dengan tawaran yang muktamad.
Bentuk-bentuk pelawaan untuk membuat tawaran,
 Iklan
 Barang-barang dagangan yang dipamerkan
 Iklan tender
 Sebut harga

23
ii) Penerimaan

Pihak yang menerima tawaran mesti sanggup mematuhi semua syarat yang telah
ditentukan oleh pihak yang membuat tawaran. Sek 2(b) Akta Kontrak 1950
mentafsirkan penerimaan sebagai,

“apabila cadangan dipersetujui bermakna ianya diterima: cadangan bila


diterima, adalah menjadi janji”. Bagaimanapun penerima cadangan mesti
mengetahui terlebih dahulu.

Prinsip-prinsip penerimaan:

1. Penerimaan mesti tanpa syarat dan selaras dengan terma-terma tawaran. Sek
7(a) menyatakan bahawa suatu penerimaan itu hendaklah mutlak dan tidak
bersyarat sebelum suatu tawaran itu boleh dijadikan kontrak yang berkesan
dan mengikat pembuat tawaran.

2 Penerimaan mestilah dibuat seperti mana yang ditentukan oleh pembuat


tawaran. Sek 7(b) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa penerimaan itu
hendaklah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika pembuat
tawaran itu menetapkan suatu cara atau kaedah tertentu.

3 Komunikasi penerimaan
Kaedah am: penerimaan mestilah dikomunikasikan. Pembuat tawaran
mestilah menyatakan penerimaannya dan ianya sah dan mula berkuat kuasa
dari saat ianya dikomunikasikan.
Pengecualian kepada kaedah am: Ini meliputi kes-kes di mana terdapat
peruntukan yang menyatakan kaedah am komunikasi tidak lagi perlu.
Komunikasi melalui telegram atau pos:

24
iii) Balasan

Balasan yang sah, iaitu sebarang faedah atau manfaat daripada satu pihak ke pihak
yang lain. Sek 2(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan

“apabila, atas kehendak seorang pembuat janji, seorang penerima janji


atau orang lain telah membuat sesuatu atau berjanji akan menahan diri
dari membuat sesuatu atau berjanji akan membuat sesuatu atau berjanji
untuk menahan diri dari membuat sesuatu, perbuatan atau penahanan diri
atau janji sedemikian dinamakan balasan untuk janji itu”.

Di bawah Akta Kontrak 1950, mana-mana balasan di atas adalah memadai untuk
menguatkan sesuatu janji. Sek 26 Akta Kontrak 1950, ‘mana-mana perjanjian yang
dibuat tanpa balasan adalah batal dan oleh itu tidak mengikat pihak-pihak yang
berkontrak.

Pengecualian kepada kaedah am balasan: Sek 26 menyatakan dengan khusus


pengecualian ini, iaitu; perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah sah jika dibuat
secara bertulis dan didaftar di bawah undang-undang (jika ada) yang pada masa itu
dikuatkuasakan bagi pendaftaran dokumen dan dibuat berdasarkan kasih sayang
semula jadi di antara pihak-pihak yang ada hubungan yang karib antara satu sama
lain.

Prinsip-prinsip balasan:
 Balasan lepas: suatu balasan yang berdasarkan kepada suatu perbuatan yang
lepas.
 Kecukupan balasan- ‘tidak cukup’ tidak boleh dijadikan alasan untuk
membatalkan janji

25
 Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji

iv Niat

Pihak-pihak yang berkenaan mestilah telah berniat atau dianggap sebagai


mempunyai niat untuk mengujudkan suatu hubungan yang mengikat di sisi
undang-undang

v keupayaan Berkontrak

Pihak-pihak itu hendaklah mempunyai keupayaan untuk berkontrak. Pihak


yang berkontrak mestilah terdiri daripada
 mereka yang dewasa mengikut undang-undang. Kanak-kanak boleh
berkontrak biasiswa, insurans dan keperluan sendiri
 berakal waras dan
 tidak hilang kelayakan untuk berkontrak (bankrap dsbnya).

vi Kerelaan sebenar atau kerelaan penuh

Kerelaan sebenar adalah keadaan di mana tidak berlaku perkara-perkara


berikut:
 Paksaan
o Apa-apa perbuatan atau ancaman untuk melakukan apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undnag jenayah atau
menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan sebarang
harta atau untuk memudaratkan man-mana orang dengan maksud
menyebabkan seseorang itu membuat perjanjian.

26
 pengaruh tidak wajar,
o pertalian antara kedua pihak sedemikian menjadikan satu piahk dalm
kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak lain dan menggunakan
kedudukannya untuk mendapatkan faedah tak saksama ke atas pihak
lain
 fraud atau tipu
o niat untuk memperdaya dengan
 mengenai suatu fakta menyarankan sesuatu tidak benar oleh
seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar
 menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oelhs eseorang
yang mengetahui nya benar
 membuat janji tanpa sebarang niat untuk menunaikannya
 mana-mana perbuatan lain yang berniat untuk memperdaya
 salah nyata, atau
o ketegasan positif sesuatu yang tidak benar tetapi dipercayai benar
 silap fakta.
o Kesilapan tentang fakta kontrak yang boleh menjadikan kontrak
batal. Ini termasuk
 Silap tentang pengenalan perkara pokok dalam kontrak
 Silap tentang kewujudan perkara poko dalam kontrak
 Silap tentang penegnalan pihak satu lagi
 Silap fakta tentang perkara pokok, dan
 Silap fakta tentang bentuk dokumen

vii Tujuan

Tujuan atau matlamat kontrak mestilah sesuatu yang sah dan memenuhi syarat.
Tujuan tidak sah adalah merujuk kepada

27
 Yang dilarang oleh undang-undang
 Akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang
 Merupakan fraud
 Mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri atau harat orang
lain
 Tak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam

viii Terma jelas dan boleh dilaksanakan

Kontrak mestilah mempunyai terma-terma yang boleh ditentukan atau


dipastikan. Mana-mana kontrak yang mempunyai terma yang kabur dan sukar
ditentukan atau dilaksanakan dianggap boleh mencabar kesahihan kontrak.

2.5. PERLEPASAN KONTRAK

Pihak-pihak dalam kontark akan terikat kepada terma dan syarat kontrak selagi
kontrak tidak dilepaskan. Sesuatu boleh dilepaskan dengan beberapa cara seperti
berikut:-

 Dengan persetujuan semua pihak


 Dengan melaksanakan syarat-syarat kontrak
 Dengan kemungkiran
 Dengan kekecewaan kontrak (tidak mungkin dapat dilaksankan)
 Dengan kuatkuasa undang-undang.

28
2.6 KONTRAK PROJEK PEMBINAAN

Kontrak berfungsi sebagai:

a) Bukti wujudnya hubungan dari segi undang-undang antara pihak-pihak


terlibat
b) Rujukan di mana segala butiran berkaitan dengan projek dinyatakan dengan
jelas bagi memudahkan pihak-pihak berkontrak memahami keperluan
masing-masing.
c) Memberi penjelasan tentang tanggungjawab dan bidang kuasa pihak yang
terlibat dalam kontrak
d) memastikan kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna tanpa
menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta reka bentuk seperti yang
dikehendaki oleh pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan.

Secara amnya kontrak dapat dijelaskan sebagai:

 Ikatan yang dimeterai oleh dua (2) atau lebih pihak untuk melakukan
sesuatu atau beberapa perkara secara lisan atau bertulis
 Dalam kontrak pembinaan, satu pihak (kontraktor) berjanji menyiapkan
binaan hingga siap dan satu pihak lain (pelanggan) berjanji membayar bagi
kerja yang disiapkan
 Apabila kontraktor memasuki tender berdasarkan syarat-syarat terkandung
dalam dokumen tender dan pihak kerajaan menyetujui syarat ditawarkan
maka ikatan terbentuk
 Kontrak bermula apabila surat setuju terima diberikan dan berakhir apabila
Perakuan Muktamad dikeluarkan
 Kontraktor bersetuju menerima risiko apabila beliau mengisi borang tender
dan memasukkannya dalam peti tender

29
 Penender berjaya tidak boleh menolak tawarannya setelah surat setuju
terima dikeluarkan dalam tempoh sah laku tender.

Kontrak swasta: Kontrak sektor swasta lazim melibatkan kontraktor dan klien.
Kontrak di sektor swasta tidak terikat kepada prosedur yang ditetapkan oleh
kementerian kewangan. Dengan itu proses pembentukan biasanya lebih cepat.
Namun penggunaan borang kontrak seperti Borang Kontrak IEM, PAM, CIDB dan
FIDIC masih diperlukan.

Kontrak awam melibatkan JKR (pelaksana), Jabatan/kementerian Pelanggan


(pemula dan pengguna akhir) dan kontraktor. JKR – penasihat teknikal, merancang
dan mereka bentuk, membina dan menyelenggarakan projek kerajaan dan juga
kementerian dan kerajaan lain. JKR mempunyai cawangan pelanggan untuk
kementerian/jabatan tertentu. Jabatan/kementerian pelanggan – menyediakan pelan
kasar, ringkasan projek, mendapatkan peruntukan dan mendapatkan tapak.
Pentadbiran kontrak di sektor awam biasanya berpandukan Borang Kontrak
Setara/Piawai/ Standard JKR 203/203A/203N.

30
2.7 Peringkat pembentukan kontrak projek pembinaan

Proses Kontrak Pembinaan dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 2.2.

Kenyataan Keperluan Pelanggan

Tatacara
Pematuhan Keperluan tender

Iklan/tawaran ---- khas Bumi,


Pelawaan/penerimaan Tender Terbuka, Terpilih &
Rundingan

- Laporan
Penilaian/Setuju Terima - Surat Setuju terima

- Dokumen Tender
Penyediaan & Tandatangan Kontrak - Semakan surat setuju
terima
- Insurans/bon
- Lantikan sub- dikemukakan
kon - T/tangan pegawai diberi
-Pengurusan kuasa
Pembayaran Penyeliaan dan Pengesahan
Kemajuan Kerja

Perakuan Siap kerja


Senarai Baiki Kecacatan
Perakuan Siap Pembaikan
Lanjutan Masa Penyiapan/Pengesahan
Perakuan Tak Siap Kerja
Penamatan Kontrak

Permohonan
Perubahan Kerja
- Dibenarkan Penyediaan Nilaian Perlarasan Kerja
- Tidak - LAD Perubahan Kerja

Akaun Muktamad Perakuan Mukatmad


selepas 3 bulan
Tempoh Tanggungan
Kecacatan

RAJAH 2.2 PROSES KONTRAK PEMBINAAN

31
2.8 PENUTUP

Bab ini telah melihat dengan terperinci pengenalan kepada kontrak, unsur Kontrak
dan cara melepaskan kontrak. Prose pembentukan kontrak dalam pembinaan
dilihat dan daripada Rajah di atas dapat diringkaskan bahawa proses kontrak
pembinaan boleh dibahagikan tiga (3) fasa seperti berikut:

A) Peringkat Tender :- Di peringkat ini membabitkan pengenalpastian


kehendak pelanggan proses menender, jenis-jenis tender dan pemilihan
kontraktor. Perincian bagi proses menender dan pemilihan kontraktor akan
dibuat di Bahagian C, nota pengajaran ini.
B) Peringkat Kontrak:- Di peringkat ini, beberapa perkara yang akan
dibincangkan adalah jenis-jenis kontrak, mekanisme pentadbiran kontrak
dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut di Bahagian D.
C) Peringkat Pentadbiran Kontrak:- Bahagian E Nota ini akan melihat perkara
berkaitan pentadbiran kontrak dengan lebih mendalam.

32
BAHAGIAN C

PROSES TENDER BAGI PEROLEHAN KERJA


DALAM SEKTOR AWAM

33
BAB 3.0

TENDER DALAM PEROLEHAN KERJA

3.0 PENGENALAN

Bab ini akan melihat peringkat tender dalam perolehan kerja disektor awam. Untuk
mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, jenis perolehan kerja akan dibincangkan
terlebih dahulu. Ini akan diikuti oleh perbincangan tentang keperluan
perbendaharaan tentang proses dan prosedur tender dan akhir sekali jenis-jenis
tender dan pemakaian nya dibincangkan dengan terperinci.

3.1 Jenis-jenis Perolehan Kerajaan

Perolehan merujuk kepada beberapa kaedah perolehan yang dijalankan. Mengikut


Kementerian Kewangan jenis perolehan dapat dikelaskan seperti berikut:-

 Kerja

Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil


seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan,  jalan raya, tapak kawasan dan
empangan air serta kerja perparitan. Ia juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan
elektrik.

34
 Bekalan

Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan bagi menjalankan


sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ia juga merupakan input
kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah
seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.

 Perkhidmatan

Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau


kepakaran/kemahiran yang diperoleh untuk melak sana dan menyiapkan sesuatu
kerja tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua seperti berikut :- 

 Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi,


penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti seni
bina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan
kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian

 Perkhidmatan Bukan Perunding

Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus


dan  latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan,
penyewaan dan pengurusan bangunan

3.2 Jenis dan cara perolehan kerajaan

35
i) .Pembelian Terus (sehingga RM50,000)

Bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM10,000 setahun


bagi setiap jenis  item,  agensi Kerajaan dibenarkan membuat pembelian
terus dari mana-mana pembekal, sama ada berdaftar atau tidak, yang
menawarkan harga yang berpatutan.

Bagi pembelian yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM50,000


setahun bagi setiap  jenis item, agensi Kerajaan dibenarkan membuat
pembelian terus daripada pembekal bumiputera yang berdaftar dalam
bidang yang berkenaan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang
berpatutan.

ii) Lantikan Terus (sehingga RM20,000)

Bagi kerja yang tidak melebihi RM20,000, agensi dibenarkan melantik


terus kontraktor kelas F dari daerah yang berkaitan

iii) Sebut Harga (melebihi RM50,000 hingga RM200,000)

Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM50,000 -


RM100,000 setahun, agensi kerajaan dikehendaki mempelawa sebut
harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal Bumiputera
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang
berkaitan.

Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM100,000 -


RM200,000 setahun, agensi Kerajaan dikehendaki mempelawa sebut

36
harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.

Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM20,000 dan  tidak


melebihi RM200,000 dan tidak menggunakan Jadual Kadar
Kejuruteraan Awam dan Bangunan hendaklah dibuat dengan
mempelawa sebut harga.  

iv) Kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam


dan Bangunan

Bagi kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam


dan Bangunan, agensi adalah dibenarkan melantik kontraktor secara
undian, giliran/pusingan atau sebut harga.

v) Tender (melebihi RM200,000)

Bagi perolehan melebihi RM200,000 setahun hendaklah dipelawa


secara tender. Ini termasuk menggunakan kaedah berikut:

 Tender Terbuka

Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang


berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan

37
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan Pusat
Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.

1. Tender Terbuka Yang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera

Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor-


kontraktor Bumiputera untuk mengambil bahagian.

2. Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan

Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-


kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan
teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu
projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender
yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan
Malaysia.

3. Tender Terhad

Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan  dan kerja tidak melebihi


RM5 juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan
Lembaga Perolehan Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu
mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

3.3 TENDER

Bahagian ini akan membincangkan proses tender yang lazim dipraktikkan dalam
perolehan kerja-kerja kerajaan.

38
3.3.1 PELAWAAN TENDER/TAWARAN:

Definisi: Suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk mendapatkan


persetujuan melakukan sesuatu.

Tawaran merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk memilih
kontraktor yang layak. Pemilihan biasanya dibuat berdasarkan pertandingan yang
berasaskan harga dan masa pembinaan. Panggilan biasanya dilakukan oleh klien,
JKR, Jabatan Kerajaan, Majlis Tempatan dsbnya. Lazatnya disiarkan dalam dua
akhbar – Berita Harian dan Utusan Malaysia. Sila lihat Rajah 3.1 bagi aliran proses
menender yang biasa berlaku bagi pemberian kerja oleh JKR atau mana-mana
pihak awam yang tertakluk kepada prosedur perolehan oleh Perbendaharaan
Negara Malaysia.

Iklan biasanya menyatakan jenis kerja yang ditawarkan, kelas kontraktor dan
pecahan perkara lain yang berkaitan dengan tawaran. Sila rujuk iklan tender untuk
mengetahui apakah perkara yang dimasukkan dalam sesuatu iklan tender.

39
3.3.2 Proses Tender

 Perancangan

Kementerian dan agensi dikehendaki merancang perolehan. Bagi maksud ini


jenis item/perolehan hendaklah ditentukan, carta/jadual proses disediakan,
peruntukan kewangan disemak, kontraktor/pembekal dan kepala/sub
kepala/gred dan kod bidang pendaftaran dikenal pasti dan kajian pasaran
dilakukan.

 Spesifikasi

Kementerian dan Jabatan dikehendaki menyediakan spesifikasi tender. Bagi


maksud ini, Jawatankuasa Spesifikasi perlu ditubuhkan. Spesifikasi hendaklah
secara terperinci bagi memberi gambaran secara jelas kepada penender akan
apa yang diperlukan atau yang dikehendaki. Spesifikasi tersebut hendaklah
berdasarkan kepada fungsi dan performance dengan kepatuhan kepada
standard antarabangsa or equivalent boleh dimasukkan ke dalam spesifikasi
tersebut. Spesifikasi yang menjurus kepada sesuatu jenama atau negara ditegah
sama sekali. Penender boleh membantah di dalam 14 hari dari tarikh tender
diiklankan jika spesifikasi tersebut menjurus kepada sesuatu jenama bagi tender
tempatan dan 28 hari bagi tender antarabangsa.

40
 Dokumen Tender

Dokumen Tender dikenakan bayaran dengan harga minimum sebanyak


RM50.  Kandungan Dokumen Tender akan meliputi syarat-syarat dan terma
am, spesifikasi, salinan perjanjian, jadual harga, tempoh penghantaran,
tempoh bantahan dan skop kerja yang diperlukan.

 Iklan Tender

Setiap tender tempatan yang dikeluarkan hendaklah diiklankan di dalam


sekurang-kurangnya sebuah akhbar tempatan bahasa Melayu, bagi tender
antarabangsa, iklan tersebut akan diiklankan dalam sekurang-kurangnya dua
akhbar tempatan, satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris serta
pemberitahuan juga dihantar kepada Embassy dan High Commission
negara-negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender
tersebut. Bagi tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan
tender juga akan dipaparkan di dalam homepage BPPK. Penender diberi
tempoh tidak kurang dari 21 hari untuk mengemukakan tawaran bagi tender
tempatan dan tidak kurang dari  56 hari bagi tender antarabangsa.

 Jualan Dokumen Tender

Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di
dalam akhbar tempatan. Hanya kontraktor/pembekal yang memenuhi
syarat-syarat pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan
membeli Dokumen Tender tersebut. Bagi tender antarabangsa, pengecualian
diberikan dari syarat-syarat keperluan pendaftaran. 

41
 Deposit Tender

Pembekal/kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian


Kewangan/Pusat Khidmat Kontraktor  dikecualikan dari mengemukakan
deposit tender. Bagi tender antarabangsa, penender asing diperlukan
mengemukakan deposit tender bernilai antara RM62,500 bagi tawaran
kurang dari RM5 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi tawaran
bernilai RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender
kerja, penender dikehendaki mengemukakan deposit tender bernilai
RM50,000 bagi kontrak di bawah RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1
juta bagi kontrak kerja bernilai RM100 juta.

 Masa Tutup Tender

Agensi mestilah menetapkan jam 12.00 tengah hari pada hari


tawaran ditutup sebagai waktu akhir untuk menerima dokumen
tender daripada penender. Tender lewat tidak boleh diterima.

 Jawatankuasa Pembuka Tender

Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya


dua pegawai di mana seorang daripada hendaklah pegawai daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh Ketua Jabatan
untuk membuka peti tawaran dan tawaran yang diterima.

 Penilaian Tender

Bagi tender bekalan dan perkhidmatan, penilaian tender hendaklah dibuat


oleh dua (2) Jawatankuasa yang berasingan iaitu Jawatankuasa Penilaian

42
Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga. Jawatankuasa Penilaian
Teknikal hendaklah terdiri daripada pegawai yang mempunyai kemahiran,
pengalaman serta kelayakan mengenai barangan/perkhidmatan tersebut.
Bagi penilaian harga, penilaian boleh dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian
Harga atau oleh Pegawai Penilai yang terdiri daripada pegawai yang mahir
serta berpengalaman dalam bidang tersebut. Bagi penilaian tender kerja
ianya hendaklah dilakukan oleh satu Jawatankuasa yang dianggotai oleh
tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai. Salah seorang daripada
hendaklah terdiri daripada juruukur bahan atau pegawai teknikal dalam
bidang berkenaan. Laporan Penilaian hendaklah ditandatangani oleh semua
ahli jawatankuasa.

 Pemilihan Penender Yang Berjaya

Laporan daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa


Penilaian Harga hendaklah dirangkumkan untuk mendapatkan syor dan
perakuan berasaskan tawaran terendah yang dinilai dan boleh diterima (the
lowest evaluated and acceptable tender). Pegawai yang memproses tender
adalah bertanggungjawab menyediakan perakuan kepada Lembaga
Perolehan berdasarkan tender yang paling menguntungkan Kerajaan.
Faktor-faktor seperti harga, latar belakang syarikat, tempoh
siap/penghantaran, kualiti, rekod-rekod yang lalu hendaklah dijadikan asas
pemilihan. 

43
 Lembaga Perolehan/Tender

Lembaga Perolehan/Tender Kementerian atau Jabatan adalah diberi kuasa


menimbang serta menyetujukan tender sehingga RM50 juta bagi tender
kerja dan RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender
yang melebihi had nilai yang dibenarkan atau tender yang keputusannya
tidak sebulat suara atau bagi Jabatan-jabatan yang tidak mempunyai
Lembaga Perolehan sendiri, perakuan tender hendaklah dikemukakan ke
Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad.

Semua tender bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai tidak


melebihi RM30 juta dan sehingga RM50 juta bagi tender kerja adalah di
bawah bidang kuasa Lembaga Perolehan Kementerian atau Jabatan.

 Surat Niat

Surat Niat akan dikeluarkan kepada penender yang berjaya jika perlu. Surat
tersebut boleh mengandungi syarat dan terma tambahan bagi memastikan
kontrak tersebut berjaya dilaksanakan dan bagi memenuhi dasar-dasar dan
aspirasi Kerajaan. Surat Niat tidak legally binding. Apabila Surat Niat
dikeluarkan, rundingan boleh diadakan dengan penender  untuk
membincangkan syarat dan terma tambahan atau apa-apa perubahan-
perubahan. Keputusan muktamad bagi penerimaan tender adalah
berdasarkan kepada rundingan yang berjaya dengan/atau setuju terima
syarat dan terma tambahan.

44
 Surat Setuju Terima

Jika tawaran penender diterima tanpa apa-apa perubahan Surat Setuju


terima boleh dikeluarkan. Jika Surat Niat dikeluarkan dahulu maka selepas
rundingan diadakan dan persetujuan dicapai atas apa-apa perubahan, Surat
Setuju Terima hendaklah dikeluarkan. Surat Setuju Terima tersebut
hendaklah ditandatangani dan dikembalikan kepada agensi bagi penyediaan
kontrak. Surat Setuju Terima merupakan dokumen legal dan ianya
merupakan sebahagian daripada kontrak.

 Kontrak

Kontrak secara formal akan dibuat selepas diterima Surat Setuju Terima
dari penender yang berjaya. Penender tersebut dikehendaki mengemukakan

 Syarat-syarat Penyertaan Tender

o Pendaftaran Kontraktor

Semua Perolehan Kerajaan hendaklah dibuat daripada Kontraktor


yang pendaftarannya masih berkuat kuasa. Pihak berkuasa bagi
pendaftaran pembekal dalam bidang bekalan dan perkhidmatan ialah
Kementerian Kewangan manakala bagi kontraktor kerja ialah Pusat
Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (LPIPM). Pengecualian hanya dibenarkan bagi
perolehan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi bekalan dan
perkhidmatan mengikut AP 184.2(a).

45
o Kontrak Pusat

Perbendaharaan akan menguruskan kontrak pusat bagi barangan


guna sama dari semasa ke semasa. Semua Jabatan hendaklah
menggunakan kontrak pusat apabila membeli barangan guna sama
yang terdapat di dalam kontrak pusat yang diuruskan oleh
Perbendaharaan, melainkan mendapat pengecualian Perbendaharaan
terlebih dahulu.

3.4 APAKAH YANG PENTING DALAM PROSES MENENDER

3.4.1 Dokumen Tender:

Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletak
harga tawarannya. (Kaedah penentuan Harga akan dipelajari di Bahagian E
(Taksiran)]

Objektif: menyampaikan gambaran yang paling jelas mengenai sifat dan kuantiti
kerja, tapak dan keadaan tanah, tanggungjawab kontraktor, syarat pembayaran dan
keadaan lain, pengaruh teknikal dan komersial dalam perlaksanaan kerja.
Keperluan asas dokumen tender:

 Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas kepada kontrak


dan boleh dilaksanakan oleh kontraktor.
 Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan
mengikut tatacara yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

46
 Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinisikan dengan jelas dan tepat.
 Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak nyata dan kehendak
lain Jabatan/Kementerian Pelanggan.
 Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR

3.4.2 Penyediaan Dokumen Tender

Dokumen tender yang dikeluarkan mengandungi perkara berikut:


 Kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti
- Surat pelawaan menender
- Surat semakan mengemukakan tender
- Borang tender JKR203B – Sem 1/82
- Borang latar belakang kontraktor dan butir-butir sepuluh kerja
kontrak yang terah disiapkan dan sedang dilaksanakan
- Spesifikasi
- Senarai Kuantiti
- Lukisan-lukisan.

 Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi


- Surat pelawaan menender
- Senarai semakan mengemukakan tender
- Borang tender JKR203C- sem 1/82
- Borang latar belakang kontraktor
- Spesifikasi
- Ringkasan tender
- Jadual kadar Harga
- Lukisan-lukisan.

47
Borang tawaran : Borang yang digunakan oleh pihak yang membuat tawaran serta
penender. Harga tawaran serta tempoh penyiapan pembinaan perlu dinyatakan oleh
penender.

Penentuan Kerja (Spesifikasi) :Penentuan kerja yang menerangkan dan


menghuraikan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kontrak. Di antaranya
ialah:
 Kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran
 Mutu minimum bahan binaan yang diperlukan termasuk kerja-kerja
pembinaan
 Menerangkan bagaimana sesuatu kerja patut dilakukan
 Menetapkan mutu minimum penghasilan kerja.

Jadual Kadar Harga: Jadual yang disediakan oleh klien biasanya mengandungi
senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan. Harga ini termasuk harga
bahan dan upah tetapi tidak termasuk keuntungan. Ianya digunakan jika terdapat
perubahan kerja semasa kontrak masih berkuat kuasa. Ia juga membantu kontraktor
dalam menentukan harga.

Lukisan : Ia menggambarkan sesuatu kerja yang perlu dibuat dan disudahkan oleh
kontraktor. Ia menjadi penerangan kepada kontraktor.

Senarai bahan (BQ): Senarai kuantiti disediakan untuk projek yang lebih rumit.
Selain daripada berasaskan keluasan lantai, BQ membolehkan kontraktor membuat
anggaran lebih tepat bagi projek yang dicadangkan.

48
3.4.3 Dokumen Meja Tender

Naskah/Dokumen Meja Tawaran: Untuk rujukan dan pemeriksaan kontraktor.


Naskah ini biasanya terkandung beberapa dokumen tertentu yang berkaitan dengan
projek yang ditawarkan. Ini termasuklah syarat-syarat kontrak borang tawaran,
lukisan, penentuan kerja dan lain-lain lagi.
Dokumen Meja Tender mengandungi dokumen tender dan dokumen-dokumen lain
mengikut susunan seperti berikut:

 Kontrak Berdasarkan Senarai Kuantiti


- Surat pelawaan menender
- Senarai semakan
- Perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak dan
Lampiran berkembar (JKR203A – Sem10/83)
- Borang tender
- Borang Latar belakang kontraktor
- Borang Setuju Terima
- Borang Gerenti bank dan Insurans untuk Bon perlaksanaan
- Spesifikasi
- Senarai Kuantiti
- Lukisan-lukisan

 Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi


- semua seperti di atas dan ditambah dengan Ringkasan Tender
dan Jadual kadar harga.

49
Naskah meja tawaran (T.T.D) biasanya akan dipamerkan di tempat-tempat berikut;

1.Sekiranya tawaran dipanggil Pengarah Negeri, akan dipamerkan di


pejabat pengarah atau pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan.
2. Sekira nnya Persekutuan, naskah meja tawaran akan dipamerkan di
Bahagian Kontrak Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

3.5 JENIS-JENIS TENDER

Beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita termasuk;

 Tender/tawaran Terbuka
 Tender/tawaran Terhad atau Tender Terpilih
 Tender/tawaran Perundingan
 Tender/tawaran Pra Kelayakan

Jenis-jenis tawaran yang lazim diamalkan di negara kita sama ada melalui
persaingan, perundingan atau kombinasi termasuk;

50
Tender Terbuka

Pelbagai Tender terpilih


satu peringkat

Prosedur tender

Usahasama

Tender terpilih dua


peringkat

Perundingan

TENDER

PERTANDINGAN PERUNDINGAN

HYBRID

Rajah 3.2 KAEDAH-KAEDAH TENDER

51
3.5.1 Tender/tawaran Terbuka:

Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang


berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM -CIDB) dan Pusat
Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.

 Tender TerbukaYang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera -


Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor-kontraktor
Bumiputera untuk mengambil bahagian.

 Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan - Peraturan pra-kelayakan


adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya mereka yang
mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan
bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian
di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan
khas Perbendaharaan Malaysia

Tawaran ini biasanya digunakan oleh kerajaan dan badan berkanun. Kaedah
ini membolehkan pihak klien mendapat harga yang munasabah untuk
sesuatu projek.

Pihak Klien akan mengeluarkan iklan tawaran di akhbar-akhbar utama


tempatan menjemput kontraktor yang berkelayakan untuk membuat tawaran
harga bagi projek yang dicadangkan.

52
Rajah 3.3 Aliran Proses Tender Terbuka

53
Harga yang ditawarkan oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran
kasar pembinaan sesebuah bangunan (yang mana termasuk kos langsung dan tidak
langsung) – {Kaedah Menganggar akan ditunjukkan dalam Taksiran}

Pemilihan biasanya akan bergantung kepada harga yang terendah. Walau


bagaimana pun terdapat beberapa kriteria lain yang juga diambil kira dalam
pemilihan kontraktor. Kriteri ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam
bahagian penilaian tender.

Kebaikan: i) memberi peluang kepada kontraktor yang baru berdaftar


ii) Tawaran lebih kompetitif
Klien dapat memilih harga yang terendah
iii) Jenis tawaran ini lebih sesuai untuk pembinaan yang rendah atau
sederhana hartanya

Keburukan
ii) Proses penyediaan tawaran mengambil masa yang lama. Masa
yang panjang diperlukan untuk pengiklanan, penyediaan lukisan
lakar, senarai bahan dokumen yang berkaitan. Kaedah ini tidak
sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera
iii) Penerimaan sebut harga yang terendah adalah merbahaya. Ini
mungkin menghasilkan mutu kerja yang rendah atau bahan yang
tidak berkualiti.
iv) Pemilihan harga terendah tidak menggalakkan penggunaan
peralatan serta teknologi terkini di dalam projek tersebut.
v) Kesukaran timbul di dalam pemilihan kontraktor kerana banyak
penyertaan. Ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
kewangan.

54
3.5.2 Tender/tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih

 Tender Terhad

Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan  dan kerja tidak melebihi RM5
juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan Lembaga Perolehan
Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu
mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

Tawaran Terhad adalah tawaran yang dibuka kepada semua kontraktor yang telah
ditetapkan di dalam kategori yang dinyatakan dalam notis tawaran. Contohnya,
tawaran dibuka kepada Kontraktor bumiputera atau Kelas tertentu.

Tawaran Terpilih: Tawaran hanya dikemukakan kepada pemborong yang telah


dipilih oleh klien. Pertandingan merebut tawaran ini hanya di kalangan mereka
yang terpilih. Kebiasaannya kontraktor dipilih berdasarkan kebolehan serta
pengalaman di dalam projek yang ditawarkan.

55
56
Rajah 3.4 Aliran Proses Tender Terhad     
Pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga
penyediaan senarai pemborong bahan binaan. Dua kaedah yang lazim digunakan
untuk menyenaraikan nama-nama kontraktor ialah;

a) Perunding yang mewakili klien akan mengambil dan menyenaraikan nama


kontraktor yang layak. Apa kontraktor memasuki tawaran, pihak klien akan
memilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah;
biasanya yang terendah.
b) Proses yang diterangkan di dalam “Kod Peraturan Pemilihan”.

Kelebihan Tawaran Terhad/Terpilih

 Kontraktor yang mahir dan terpilih sahaja memasuki tawaran. Oleh itu hasil
kerja yang berkualiti akan dapat diperoleh.
 Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja khas yang memerlukan kecekapan dan
pengalaman yang jarang terdapat pada kontraktor utama.

Keburukan Tawaran Terhad/Terpilih

 Kebanyakan kontraktor Yang disenaraikan terdiri daripada yang mahir dan


berpengalaman.
 Kemungkinan berlaku pakatan di antara kontraktor; pakatan harga.
 Risiko sekiranya perubahan keupayaan kontraktor yang dipilih.
 Tawaran tidak begitu meluas kerana hanya beberapa kontraktor sahaja
terpilih.

57
3.5.3 Tender/tawaran Perundingan

Klien akan mangenalpasti kontraktor dan menghantar surat kepada kontraktor


tertentu menjemput membuat rangka belanjawan bagi projek yang dirancakkan.
Kebiasaannya latar belakang kontraktor diketahui oleh klien. Kos yang terlibat juga
lebih rendah.

Dua jenis tawaran perundingan yang biasa dijalankan ialah;

1 Tawaran yang diambil oleh kontraktor Antarabangsa.

Tawaran ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar dan kerja-kerja
kejuruteraan yang bermutu tinggi.
Notis akan diberi kepada kontraktor yang terlibat. Dengan itu kontraktor boleh
menyediakan perkara yang perlu untuk projek yang dicadangkan. Selepas klien
menilai kontraktor-kontraktor, borang tawaran akan dikeluarkan dan diberikan
kepada kontraktor yang terpilih.

2 Tawaran oleh Firma Arkitek.

Borang tawaran dikeluarkan kepada sebilangan kecil kontraktor yang terpilih


ataupun yang telah menjadi anak syarikat atau ahli firma, contohnya PKENJ dan
anak-anak syarikatnya.
Segala keperluan dan perbelanjaan dibincangkan bersama. Pemilihan tawaran
dibuat oleh arkitek yang bertanggungjawab.

58
59
Rajah 3.5 Carta Aliran Secara Rundingan Terus Bagi Perolehan Kerja     

3.4.4 Tender/tawaran Pra kelayakan

Tawaran pra kelayakan ini dilaksanakan bagi projek yang tertentu sahaja. Tujuan
nya adalah untuk mendapatkan maklumat atau latar belakang pengalaman,
kemahiran, modal pusingan yang tinggi dan penggunaan teknik model kontraktor.
Tawaran pra kelayakan akan diiklankan bagi mendapatkan pemborong yang
berkelayakan bagi memasuki tender. Perjalanan tender pra kelayakan lebih mirip
kepada sistem tawaran terbuka. Penilaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan
dsbnya.

Langkah seterusnya ialah mungkin berupa tender terpilih atau terbuka atau

perundingan.

Carta Aliran Tender Kerja Bagi Pra-Kelayakan (Pre-Q) ditunjukkan dalam


Rajah 3.6

60
Rajah 3.6 Carta aliran tender pra kelayakan

61
   

62
3.5 STRATEGI MENENDER

o Adakah tawaran/bida cukup rendah untuk memenangi tender


o Jika diterima, apakah kedudukan kewangan apabila projek siap sama (lebih
kurang sama) dengan belanjawan.

Apakah risiko?. Akibat negatif, apa yang diramalkan tidak tercapai. Ketakpastian:
tiada maklumat atau tidak diketahui. Antara risiko dan ketidaktentuan dalam
menender.
o Pembuat keputusan – emosional, teknik yang digunakan
o Risiko projek – maklumat tidak lengkap, perubahan harga barangan,
teknologi dan kaedah perolehan kontrak.
o Risiko daripada klien/ profesional – kelewatan, pembayaran,
pertelingkahan.
o Risiko menggunakan teknik menganggar/menender yang tidak praktikal.

STRATEGI MENENDER

Menender atau tidak?.. cubaan atau betul-betul?..


Faktor yang diambil kira apabila membuat keputusan untuk membida.
o Klien
o Jenis-jenis kerja
o Nilai projek
o Beban kerja semasa
o Lokasi projek
o Syarat-syarat kontrak
o Sumber-sumber yang diperlukan untuk menjalankan kerja
o Masa untuk menender

63
3.6 PENILAIAN TENDER

Selepas tender dibuka dan disenaraikan ia akan dikembalikan ke pejabat yang


memanggil tender tersebut untuk dibuat penilaian dan pengesyoran kepada
Lembaga Tender. Surat Setuju terima akan dikeluarkan setelah peruntukan dan
kelulusan daripada Perbendaharaan diterima.

Beberapa syarat mesti dipatuhi semasa penilaian tender:


 Tender yang perlu dipertimbangkan adalah terhad kepada tender yang telah
dibuka dan disenaraikan dalam jadual tender sahaja.
 Tiada pindaan boleh dibuat setelah diserahkan
 Tiada tender alternatif dibenarkan sekiranya tidak diperuntukkan dalam
dokumen tender.
 Tiada perhubungan antara penender boleh dibuat.

Penilaian dibuat ke atas aspek:

 Kecukupan dokumen.
 Tender Harga Munasabah
 Kemunasabahan tempoh siap kerja
 Keupayaan penender

Perincian dalam bahagian seterusnya.

64
3.6.1 Kriteria pemilihan kontraktor

Pemilihan akan dijalankan oleh Lembaga Tawaran. Faktor yang diambil kira ialah:

Faktor-faktor Ulasan

A Kesempurnaan dokumen Ini bagi memastikan semua maklumat yang


tender dikehendaki oleh klien akan didapati seterusnya
memenuhi syarat-syarat tawaran untuk mendapatkan
kerja/projek

B Harga Harga terendah berkemungkinan menarik minat klien


dan mungkin di utama berbanding faktor lain
C Keupayaan Kewangan Kedudukan dan kekukuhan kewangan kontraktor
-Kedudukan Kewangan akan di nilai bagi memastikan kontraktor boleh
-Rujukan Kewangan menjalankan dan menyiapkan projek yang bakal di
anugerahkan.
Rujukan bank biasanya untuk memastikan prestasi
kewangan kontraktor.
D Kemajuan Yang lepas Kemajuan yang lepas perlu untuk menilai keupayaan
kontraktor dalam menyiapkan kerja /projek
-Kegagalan
menyempurnakan kontrak
-Kelewatan
-Pertambahan kos
-Kualiti yang di capai
E Pengalaman yang lalu Pengalaman teknikal, imej dan prestasi kontraktor
-skala projek yang pernah boleh di lihat daripada projek-projek yang pernah di
di siapkan siapkan.
-Jenis projek yang pernah di
siapkan
-berpengalaman dengan
lokasi projek
F Sumber Kontraktor harus mempunyai sumber yang
-sumber fizikal mencukupi untuk menjalankan projek
-sumber tenaga manusia
G Beban kerja semasa Menganalisis sekiranya projek di tangan
membolehkan kerja baru di ambil
H Hubungan klien dan
Kontraktor

I Prestasi Keselamatan

65
3.6.2 Punca utama kegagalan kontraktor

1. TIDAK CUKUP MODAL MINIMA

Penender perlu mengemukakan bukti sokongan bukti sokongan yang menunjukkan


mereka mempunyai modal dalam bentuk aset cair sekurang-kurangnya nya 3%
daripada anggaran Jabatan. Aset mudah cair adalah seperti berikut:

 Modal Pusingan
 Nilai positif purata bagi 3 bulan terakhir
 Saham Amanah
 Kemudahan Kredit
 Deposit Tetap

Kesilapan yang sering dilakukan oleh penender yang menyebabkan tender yang
dikemukakan tidak dipertimbangkan

 Tidak mengemukakan sebarang dokumen kewangan, oleh itu keupayaan


minimum kewangan tidak dapat dinilai
 Mengemukakan dokumen kewangan tetapi keupayaan modal minimum
tidak mencukupi berbanding 3% daripada anggaran Jabatan yang
ditetapkan
 Tidak mengemukakan penyata bulanan akaun bank bagi tiga bulan
terakhir
 Mengemukakan penyata akaun bank 3 bulan tetapi bernilai negatif
 Kemudahan Kredit dikemukakan adalah outdated ataupun diragui
 Laporan bank (CA) yang dikemukakan tidak menyatakan sebarang nilai
kemudahan kredit yang diberikan atau tiada komitmen.
 mengemukakan saham yang tidak boleh terima seperti ASNM, saham
syarikat dan simpanan Tabung Haji

66
 Deposit Tetap tempoh matang telah berakhir
 Lambaran imbangan yang dikemukakan tidak diaudit atau bukan terkini

2. HARGA TENDER SANGAT RENDAH BERBANDING DENGAN


ANGGARAN JABATAN DAN TIDAK MEMPUNYAI KRITERIA YANG
DIPERLUKAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN

 Harga Kompetitif, tiada kesilapan pengiraan yang serius dan status


rendahnya adalah ‘marginal’.
 Berpengalaman menjalankan 2 projek serupa dalam masa 5 tahun lepas
dengan cemerlang
 Prestasi kerja semasa cemerlang
 Mempunyai kakitangan teknikal atau loji

Kegagalan kontraktor – Punca-punca

 Harga tawaran sangat rendah, tidak marginal dan tidak kompetitif


 Tiada pengalaman cemerlang, prestasi kerja semasa tidak cemerlang dan
tiada kakitangan teknikal.

3. DOKUMEN TENDER TIDAK SEMPURNA

Kriteria kesempurnaan tender adalah seperti berikut:

 Borang Tender di tanda tangani oleh penender


 Penanda tangan ditauliahkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor(PKK )
 Harga tender tercatat di borang tender
 Pendaftaran PKK masih sah dan tiada tindakan tatatertib.

67
 Mengembalikan dokumen asas seperti Borang tender, senarai
kuantiti/ringkasan, adenda reka bentuk projek turnkey)

Kegagalan kontraktor

 Borang tender tidak di tanda tangan


 Penanda tangan tidak ditauliahkan oleh PKK
 Harga tawaran tidak tercatat di Borang Tender
 Pendaftaran luput /batal
 Gagal mengemukakan dokumen asas

4. PRETASI KERJA KURANG MEMUASKAN

 Kriteria yang diambil kira ialah tiada projek sakit ‘(ie 30%/ terkebelakang
dari jadual Kerjanya) atau menghadapi tindakan untuk penamatan kerjanya .
 Terdapat ulasan dari Pegawai penguasa / penyelia projek bahawa prestasi
adalah lembap serta tidak memuaskan e.g. Surat amaran daripada JKR,
Notis Penamatan Kerja, Perakuan kerja tidak siap dan laporan jurutera
projek

Kegagalan kontraktor

 Penender mempunyai projek yang sakit


 Kemajuan projek semasa adalah lembap dan kurang memuaskan
 Mempunyai rekod buruk seperti. Projek ditamatkan.

5. TAHAP KEUPAYAAN WANGAN KURANG


6. TAHAP KEUPAYAAN TEKNIKAL KURANG

68
3.7 Penutup

Bab ini telah membincangkan definisi, jenis tender dan proses yang dilalui dalam
perolehan kerja sektor awam. Perlu diingatkan bahawa dipihak swasta keadaan
banyak berbeza kerana perolehan kerja disektor swasta tidak tertakluk kepada
Pekeliling Perbendaharaan sebagaimana sektor awam. Bahagian seterusnya akan
melihat kontrak pembinaan dengan lebih dekat.

69
BAHAGIAN D

KONTRAK PEMBINAAN

70
BAB 4.0

KONTRAK PEMBINAAN

4.1. Pengenalan

Setelah membincangkan jenis, proses dan prosedur tender, bahagian ini akan
membincangkan dengan lebih lanjut kontrak dalam pembinaan yang lazim di
praktiskan di Malaysia.

4.2 Makluman penerimaan

JKR/klien akan memaklumkan penerimaan ini kepada kontraktor yang berjaya.


Dengan itu kontrak terjalin di antara klien dan kontraktor. Jenis Kontrak yang akan
digunakan bergantung kepada jenis yang ditentukan diperingkat awal sebelum
tender dikeluarkan. Terdapat beberapa jenis kontrak yang biasa diamalkan dan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Borang Penerimaan Tawaran: Borang ini biasanya mengandungi butir-butir seperti


berikut:

 Butir-butir mengenai kontrak


 Harga tawaran diterima
 Tarikh permulaan kerja
 Jumlah wang cagaran prestasi (performance bond)
 Polisi-polisi insurans yang perlu diambil.

71
Kontraktor yang berjaya menerima surat penerimaan tawaran, hanya boleh
memulakan kerja setelah perkara berikut dilaksanakan;

 Surat penerimaan tawaran itu hendaklah ditandatangani dan dipulangkan


kepada JKR.
 Mengemukakan jaminan perlaksanaan PERKESO
 Menyediakan polisi-polisi insurans yang dikehendaki
 Mengemukakan resit-resit bagi polisi-polisi insurans yang dibeli.

Insurans yang diperlukan


 melindungi kecederaan kepada manusia dan harta
 Menyediakan ganti rugi kepada pekerja
 perlindungan daripada kecurian, kebakaran dsb.

II Menentukan harga tawaran

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan harga


tawaran. Ini akan di lihat di bahagian 2 subjek ini.

III Memastikan syarat tawaran/tender dipenuhi.

Apabila pihak JKR, contohnya, mengeluarkan surat penerimaan tawaran kepada


kontraktor yang berjaya, maka kontrak terjalin. Apabila kontraktor menarik diri
selepas surat setuju terima dikeluarkan dan enggan memulakan kerja, maka kontrak
akan terbatal. Kontrak yang di mansuh akan dipanggil semula. Wang cagaran
kontraktor akan dirampas.

72
Kebiasaannya tawaran kontraktor dikira laku di dalam tempoh 60 hari. Sekiranya
tawaran telah dimasukkan ke dalam peti tawaran,penarikan diri boleh
mengakibatkan pendaftaran digantung.

4.3 KONTRAK PEMBINAAN

Definisi: Satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima
tawaran daripada satu pihak yang lain.

1. Penyediaan Dokumen Kontrak

Dokumen kontrak perlu disediakan oleh orang yang berpengalaman, kerana ia


menjadi asas yang utama untuk pasukan pengurusan projek mengenakan kawalan
semasa fasa pembinaan.

Kontrak itu sendiri akan didefinisikan dalam dokumen undang-undang yang


menerangkan tugas dan tanggungjawab peserta yang terlibat di dalam kontrak.
Untuk kerja-kerja pembinaan, borang kontrak yang piawai telah direncanakan dan
pihak yang terlibat diminta menggunakannya.

Dokumen kontrak yang lain ialah dokumen yang diperlukan untuk mendefinisikan
dengan terperinci bangunan yang dikehendaki oleh klien: lukisan, spesifikasi,
jadual, bil kuantiti, skala waktu, dan disediakan semasa peringkat reka bentuk.
Dokumen kontrak hendaklah mengandungi dokumen tender dan dokumen-
dokumen lain yang disusun mengikut aturan tertentu.

Borang kontrak piawai(setara) yang lazim digunakan di Malaysia ialah

 Projek Sektor awam: Bangunan dan Kerja Kejuruteraan

73
o JKR 203A (semakan 10/83)-BQ merupakan sebahagian
daripada kontrak
o JKR 203 (semakan 10/83)- kontrak berasaskan Lukisan dan
sepesifikasi
o JKR 203N (semakan 10/83)- digunakan untuk sub-kontraktor
dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A.
o JKR 203P (semakan 10/83)- digunakan untuk pembekal
dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A.

 Projek Sektor swasta – kerja bangunan


o PAM 1998 (untuk kontraktor utama)
o PAM 1998 (tanpa Kuantiti)
o PAM 1998 digunakan untuk subkontraktor dinamakan.
 Projek sektor swasta – kerja kejuruteraan - IEM
 International/foreign Forms: FIDIC
 JCT Forms
 CIDB – (Standard Form of Contract for Building, Civil Engineering
Works, Design and Build, etc)
 Putrajaya Standard Form of Contract
 ICE

Penggunaan borang kontrak yang piawai disyorkan kerana-

o isi kandungan akan mudah dimaklumi dan difahami oleh pihak yang
terlibat
o terma yang digunakan mudah difahami dapat menyelesaikan kesukaran
pentafsiran
o ia telah diuji di sisi undang-undang
o penyediaan borang baru adalah mahal dan memakan masa.

74
Jenis, Bentuk Kontrak Pembinaan atau kejuruteraan terbahagi kepada;

 kontrak berasaskan kaedah pengendalian projek

 kontrak berasaskan harga atau pembayaran


o harga tetap
o bayar ganti kos, dan
o kontrak pelbagai

 kontrak pelbagai seperti Bina Kendali dan Pindah

Pemilihan kontrak yang akan digunakan bergantung kepada beberapa faktor


seperti:-
 penglibatan klien dalam proses pembinaan (minimum, langsung)
 pemisahan reka bentuk daripada pengurusan
 memelihara hak klien untuk meminda spesifikasi
 Remedi kontraktual
 Tempoh Masa projek
 Ketentuan Harga

4.4 Kontrak berasaskan Kaedah Pengendalian Projek

Bagi meminimumkan risiko yang disebut di atas, kaedah pengendalian projek yang
sesuai perlu dipilih. Empat kaedah yang dipraktikkan iaitu;

75
a) Kaedah tradisional
b) Kaedah reka bentuk dan bina
c) Kaedah pengurusan pembinaan
d) Kaedah lain-lain: Build, Operate and Transfer

Secara amnya jenis kontrak berdasarkan kaedah perolehan kontrak ditunjukkan


dalam Rajah 4.1. Setiap kaedah mempunyai atur cara kontrak tersendiri. Atur cara
kontrak akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

JENIS
KONTRAK

KONTRAK
BINA, KENDALI KONTRAK
KAEDAH KONTRAK ‘PACKAGE KONTRAK
PARTNERING DAN PENGURUSAN
TRADISIONAL ‘FAST TRACK’ DEAL- PENGURUSAN
PINDAH PEMBINAAN
TURNKEY

Rajah 4.1 Je nis -je nis Kontrak

a) Kaedah Tradisional

Klien terlebih dahulu perlu memilih pereka bentuk profesional yang


bertanggungjawab mereka bentuk dan menyiapkan dokumen kontrak. Perunding
akan menyelaraskan semua kumpulan terlibat dalam pembinaan.. Arkitek atau

76
profesional lain akan dilantik untuk mentadbirkan kontrak yang dijalin. Rajah 4.2
menunjukkan secara ringkas hubungan pihak dalam kaedah pengurusan tradisional.

Bayaran ‘fee’ biasanya merupakan bayaran secara pukal ‘lump-sum’ atau


merupakan peratusan daripada nilai kontrak projek. Pemilihan kontrak akan dibuat
berdasarkan harga terendah yang ditawarkan. Kontraktor boleh menjalankan
pembinaan sendiri atau melantik subkontraktor.

EMPLOYER
Contractual Link
Responsibility

PROFESSIONAL
-REKABENTUK DAN
PENTDABIRAN
KONTRAK

KONTRAKTOR UTAMA

DOMESTIC SUB-CON NOM SUB-CON

SUB-SUB CON SUPPLIERS SUB-CON SUPPLIERS

Rajah 4.2 Kaedah Tradisional

Kebaikan kaedah:
 kaedah ini lebih mudah kerana semua pihak yang terlibat telah memahami
tanggungjawab masing-masing. Dengan itu ketidaktentuan diminimumkan
seterusnya risiko dikurangkan.

77
 risiko dalam pembinaan terletak sepenuhnya di tangan kontraktor. Oleh itu
tuan punya di lindung daripada lebihan kos yang timbul akibat kelewatan.
 kaedah ini membolehkan klien mendapat harga yang terendah dalam
pasaran (lebih ekonomik).
 Penglibatan klien atau tuan punya boleh diminimumkan kerana kerja-kerja
pembinaan serta pengurusan akan dilakukan oleh pihak lain. Klien hanya
mendapat laporan dari masa ke semasa.

Keburukan:
 Pakar pembinaan tidak terlibat sehingga peringkat reka bentuk siap.
 masa sukar dikurangkan bagi kerja-kerja mereka bentuk dan pembinaan.
Turutan kerja yang linear, menyukarkan pertindihan kerja untuk
mengurangkan tempoh pembinaan. Ini menyebabkan pertambahan kos .
 Interaksi di antara pasukan juga sukar seterusnya boleh menyebabkan
perbalahan.

b) Kaedah Reka dan Bina (Build and Design)


(kombinasi pereka bentuk-kontraktor).

 Kaedah ini menyediakan satu kontrak dan tanggungjawab sepanjang hayat


projek.
 Kontraktor diberi tawaran untuk mereka bentuk dan membina projek
dengan memperuntukkan sejumlah kos termasuk kos mereka bentuk dan
pembinaan.
 Kaedah ini digunakan secara meluas di sesetengah pembangunan
terutamanya bangunan industri: kilang.
 Klien akan mendapatkan kontraktor utama yang mereka bentuk projek ,
mendapatkan bahan, mengupah dan menyelia pekerja di tapak.

78
EMPLOYER/ PENASIHAT
KLIEN PROFESIONAL

KONTRAKTOR

PROFESIONAL SUB-KON SUB-KON

Sub-sub Kon Pembekal Sub-sub Pembekal


Kon

Hubungan Kontrak
Tanggungjawab

Rajah 4.3 Kaedah Reka dan Bina

Kebaikan kaedah:

 Komunikasi di antara pasukan reka bentuk dan pembinaan lebih teratur.


Kerjasama yang wujud memudahkan penjadualan dan pengawalan projek.
 Membolehkan input seperti analisis ‘constructability’, ‘value engineering’
dan sub-contractor pricing’ digunakan di peringkat reka bentuk.
 Sebarang perubahan lebih mudah diuruskan kerana di tadbir di bawah
kontrak yang sama.
 Tuan punya/klien tidak terlibat dengan urusan harian dengan itu kurang
guna tenaga diperlukan.

79
Keburukan:

 Harga sebenar tidak dapat ditentukan kerana firma dilantik sebelum reka
bentuk dimulakan.
 Harga ditetapkan terlalu awal dengan itu risiko mengorbankan kualiti bagi
menimbal untung.
 Penglibatan minimu klien boleh menjadikan klien tidak dapat mengikuti
perkembangan projek dengan baiknya.
 Kurang ‘check and balances’ kerana kontraktor dan pereka bentuk bekerja
di syarikat yang sama.
 Persaingan tidak berlaku

c) Management Contracting (Kontrak Pengurusan)

 Kaedah ini melibatkan pihak lain yang akan bertindak menguruskan projek.
Kaedah ini lebih sesuai untuk projek yang besar. Pengurus Projek
Eksekutif mempunyai kuasa eksekutif dan mengambil alih tugas
pengurusan ke atas profesional lain.
 Kontraktor dilantik sebagai Perunding tambahan. Kontraktor Pengurusan
tidak terlibat untuk membina secara langsung
 Kontraktor Pengurusan memberikan perkhidmatan dan menerima yuran.
 Kontraktor pengurusan menyatukan proses pengurusan dan pembinaan.
 Pertindihan aktiviti semasa ‘design’ dan pembinaan dapat dibuat, dengan itu
masa dapat dijimatkan.
 Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria seperti yuran pengurusan
yang dikenakan, anggaran kos pengurusan tapak, belanjawan kos prima,
sumber buruh kontraktor, asas bayaran buruh dan draf atur cara.

80
Kebaikan

 Kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat dijalin dengan adanya
kontraktor pengurusan.
 Penglibatan kontraktor di peringkat awal membolehkan penganalisisan dan
langkah penting diambil seperti mengimplementasikan ‘value engineering’.
 Perubahan dapat di uruskan dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah
tradisional. Perubahan lebih mudah dikesan dan langkah perlu dapat
diambil.

Keburukan:
 Sekiranya ada pihak yang tidak memberi kerjasama, amat sukar bagi
pengurusan menjalankan tugasannya.
 Penglibatan klien yang menyeluruh perlu. Sekiranya klien/tuan punya
tidak mampu menjalankan tugasnya, pengurus projek dilantik.

KLIEN

PASUKAN KONTRAKTOR
PROFESSIONAL PENGURUSAN

KONTRAKTOR KONTRAKTOR KONTRAKTOR

Hubungan kontrak
Tanggung jawab

81
Rajah 4.4 Bina Kendali dan Pindah

d) Pengurusan Projek

Kuasa pemilik diberikan kepada pengurus projek. Pengurus Projek akan memberi
nasihat dan panduan kepada pemilik ketika membuat keputusan untuk membina
(memaju), bentuk pembiayaan, perolehan tanah, lantikan perunding serta
kontraktor.

Perancangan, kawalan dan arahan bagi projek dibuat mengikut kehendak pemilik.
Pengurus projek bertanggungjawab menyatukan semua yang terlibat bagi
memastikan projek disiapkan dalam kos dan masa yang ditetapkan.
Pengurus projek menjadi wakil pemilik/klien.
Mengambil kira nasihat profesional dari pihak lain serta memanfaatkan untuk
pemilik.

e) Built, Operate and Transfer

BOT merupakan sebahagian daripada program menswatakan pembangunan projek


pembinaan. Di bawah skim ini, kontraktor bertanggungjawab kepada;
 Membiayai projek di setiap peringkat
 Menjalankan kerja mereka bentuk dan pembinaan
 Menjalankan operasi dan penyenggaraan bagi projek
 Memindahkan projek kembali kepada klien apabila tamat tempoh
konsesi.

82
Pembinaan projek infrastruktur banyak melibatkan penggunaan BOT terutama
dalam projek yang boleh menjana pendapatan setelah disiapkan. Contoh projek
adalah Projek Lebuh raya Utara Selatan.

PENAJA

PEMBIAYA PEMEGANG PELABUR


KONSESI SWASTA

KONTRAKTOR: KONTRAKTOR: KONTRAKTOR:


PEMBINAAN PENYENGGARAAN OPERASI

Sub-kontraktor Sub-kontraktor Pentadbir


Pengurus Projek Penyenggaran Kewangan
dlln Pengurus Fasiliti Pembekal

Rajah 4.5 BOT

4.4 Kontrak - pembayaran

Jenis-jenis kontrak yang biasa digunakan adalah;

 Kontrak Harga tetap


 Ukur dan Nilai
 Kontrak Bayar Ganti Kos
 Kontrak Kos Sasaran

83
KONTRAK BERASASKAN PEMBAYARAN

HARGA TETAP BAYAR GANTI KOS JENIS HYBRID

KONTRAK KONTRAK KONTRAK KONTRAK KOS


PUKAL UKUR & NILAI TURNKEY SASARAN

KUANTITI
DGN BQ
KONTRAK KOS NILAI
JADUAL
LUKISAN
DAN
SPEK

KOS + FI KOS + % KOS + FI


TETAP FI BERUBAH

Rajah 4.6 Kontrak Berasaskan Pembayaran

a. Kontrak Tetap (Lump Sum)

 Kontrak di mana kontraktor menyatakan suatu harga bagi semua kerja-kerja


yang dilakukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam pelan dan penentuan
kerja.
 Kontrak harga muktamad digunakan dalam kontrak harga tetap yang tidak
membenarkan naik turun harga itu dengan kos buruh dan bahan.

84
Senario Kontrak harga tetap

 Kontraktor menjalankan kerja pada harga yang telah dianggarnya


 Ia biasanya digunakan bagi pembinaan bangunan yang mana tidak banyak
melibatkan perubahan.
 Harga kontrak tida boleh diubah atau dilaras
 Harga hanya boleh berubah dengan perubahan kerja yang dibuat atas arahan
klien.

Kontrak ini boleh dilaksanakan dalam tiga cara

 Kontrak Harga Tetap yang berdasarkan kepada lukisan yang disertakan


dengan penentuan kerja.
 Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan
 Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan Jadual kadar
Harga.

b) Ukur dan Nilai

Sejenis kontrak yang tidaK melibatkan kontrak tetap tetapi kerj-kerja diukur dan
dinilai sebaik sahaja kerja berjalan dan menunjukkan kemajuan. Pembayaran
merupakan jumlah atau kuantiti kerja yang dibuat oleh kontraktor. Juga dikenali
sebagai kontrak berjadual atau kontrak ukuran, adalah kontrak yang digunakan
apabila tidak terdapat jumlah kontrak tetap dinyatakan tetapi apabila kerja diukur
dan dinilai sepanjang projek dijalankan bagi menentukan jumlah bayaran kepada
kontraktor.

85
Kontrak jenis ini digunakan apabila, kualiti dan skop kerja tidak dapat dipastikan
dengan tepat pada masa tender dikeluarkan. Bagi membolehkan kontraktor
meletakkan harga, asas disediakan oleh klien dalam pelawaan tender. Projek yang
lazim menggunakan kaedah ini adalah projek kejuruteraan dan infrastruktur.

Dua jenis kontrak ukur dan nilai adalah;


 Kontrak berasaskan kuantiti tepat
 Kontrak berasaskan jadual harga

c) Kontrak Bayar Ganti Kos (Cost reinbursement)

Kontraktor mendapat kesemua kos dan fi dan kontrak di mana kontraktor mendapat
kos sebenar yang dikeluarkan berserta fi.

Kontrak bayar ganti kos digunakan untuk membayar kepada kontraktor kos asas
sebenar bagi buruh, bahan, penggunaan loji, mengikut kos bersih dan ditambah
suatu yuran.

Yuran/fi mungkin sejumlah wang keseluruhan nya atau sejumlah peratusan kos
asas yang ditetapkan terlebih awal.

Tujuan yuran/fi ialah untuk membayar kontraktor bagi kos pengurusan,


perbelanjaan asas dan keuntungan.

(Sekiranya terdapat banyak perubahan, kontrak jenis ini mungkin menjadi kontrak
ukur dan nilai yang menggunakan senarai kuantiti)

86
Kontrak jenis bayar ganti kos terdiri daripada dua bahagian utama:
e) Kos Asas yang meliputi semua kos yang ditanggung oleh kontraktor
yang boleh diperuntukkan secara langsung kepada kerja kontrak (kos
buruh, kos bahan dan kos loji)
f) Yuran merupakan bayaran keuntungan dan kos tidak langsung yang
tidak dapat diperuntukkan kepada sesuatu kontrak tetapi perlu
diagihkan.

c. Kontrak Kos Sasaran

Kontrak di mana jumlah kontrak dikira dengan membandingkan kos prima sebenar
dengan anggaran kos yang dibuat terlebih dahulu, perbezaan antara kedua-duanya
dikongsi bersama kedua-dua pihak.

Ciri-ciri kontrak ini adalah

 Mengadaungi elemen harga tetap dan bayar ganti kos.


 Dengan membahagikan perbezaan diantara kos sebenar dan kos anggaran
antara klien dan konrtaktor, membahagikan risiko untuk mengalakkan
kontraktor menjalankan kerja dengan cepat dan dan efisien.
 Pentadbiran kontrak rumit dan mahal kerana memerlukan penelitian tentang
kos dan penilaian bagi pihak klien.

Kontrak ini melibatkan anggaran kerja yang dipersetujui sebagai harga ‘sasaran’.
Kos asas sebenar juga dicatat dan suatu yuran dipersetujui bagi perkhidmatan
pengurusan seperti dalam kontrak bayar ganti kos.

87
Amaun sebenar dibayar kepada kontraktor bergantung kepada perbezaan antara
harga sasaran dengan kos sebenar.

Kaedah yang biasa digunakan ialah kaedah bayaran kos asas kepada kontraktor dan
ditambah dengan yuran yang dipersetujui. Perbezaan di antara harga sasaran
dengan kos asas ialah sama ada penjimatan atau lebihan yang akan dikongsi oleh
klien dan kontraktor mengikut kadar yang dipersetujui.

Kaedah yang lain ialah kaedah membayar sama ada harga sasaran atau kos asas dan
ditambah dengan yuran yang dipersetujui, iaitu yang mana kurang. Kontrak ini
bercirikan kedua-dua harga tetap dan bayar ganti kos.

Kontrak ini mempunyai ciri kedua-dua kontrak jenis harga tetap dan bayar ganti
kos. Naik turun sesuatu yuran yang menyebabkan perbezaan antara kos sasaran
dengan kos sebenar menjadikannya bonus kepada kontraktor atau menjadi penalti
jika sebaliknya.

Ciri terpenting dalam kontrak kos sasaran ialah perbezaan antara kos sebenar dan
kos yang di anggar yang dibahagikan antara kontraktor dan majikan. Sekiranya
kontraktor gagal menyiapkan mengikut kos yang dianggarkan, maka majikan tidak
perlu membayar keseluruhan kos sebenar kerana ia mungkin disebabkan oleh
kesilapan kontraktor.

88
4.5 PENTADBIRAN KONTRAK

Pentadbiran kontrak (merujuk Panduan Pentadbiran Kontrak –JKR)

Di Malaysia, kontrak pembinaan biasanya ditandatangani oleh tuan punya dan juga
kontraktor. Pentadbir kontraktor biasanya adalah Arkitek, Jurutera atau Pegawai
Penguat kuasa. Mereka ini diberi kuasa untuk meluluskan bahan dan mutu kerja,
mengesahkan pembayaran dan membenarkan perlanjutan tempoh kerja.

Pentadbiran kontrak biasanya tertumpu kepada beberapa perkara utama seperti

 Syarat-syarat utama
 Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak
 Kelambatan dan Perlanjutan masa
 Tak siap
 Penamatan pengambilan kerja kontraktor
 Penyiapan kerja, penyerahan kerja dan kecacatan.
 Bayaran pendahuluan dan perakuan interim
 Perubahan kerja.

Di dalam semua borang kontrak piawai, terdapat Klausa ‘timbang tara’ yang
membolehkan penyelesaian sebarang pertelingkahan menggunakan timbang tara.
Walau bagaimanapun prosedurnya biasanya memakan masa yang panjang.

89
4.5.1 Syarat-syarat Utama

Bon Perlaksanaan dan Insurans.

Antara syarat lain, kontraktor dikehendaki mengemukakan Bon Perlaksanaan dan


polisi insurans yang juga mesti dipastikan menepati kehendak kontrak.
 Bon Perlaksanaan. Kontraktor perlu menyerahkan wang berjumlah 5%
daripada jumlah kontrak sebelum melaksanakan kerja. Ini dinamakan wang
cagaran. Untuk membolehkan kerja dijalankan, wang cagaran ini perlu
diserahkan. Borang piawai gerenti (jaminan) bank perlulah dikeluarkan oleh
bank atau syarikat insurans yang diluluskan oleh kerajaan. Bon Pelaksanaan
daripada bank-bank, institusi kewangan atau syarikat insurans   yang
menjalankan perniagaan di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah
berdasarkan kepada nilai kontrak seperti berikut:-
 2.5% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang
bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000;

 5.0% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang


melebihi RM500,000; dan
 5.0% nilai kontrak bagi kontrak kerja.

 Insurans kerja: Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap


kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, dlln
bencana alam. Insurans perlu diambil daripada pihak syarikat yang
diluluskan oleh kerajaan.
 Insurans Liabiliti Awam: Kontraktor perlu menginsuranskan liabiliti yang
mungkin wujud dari ‘common law’. Ini adalah berkaitan dengan
kecederaan, kematian atau kerosakan harta akibat tindakan kontraktor.
 Insurans ‘Semua Risiko Kontraktor’ (CAR)
 Sumbangan PERKESO/Insurans Pampasan Pekerja.

90
4.5.2 Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak

Perlaksanaan kerja diawasi oleh wakil PP. P.P akan diberi kuasa untuk membuat
keputusan atas semua perkara berhubung dengan kontrak kecuali dalam hal berikut;

 Ganti rugi kerana tidak siap


 Kelambatan dan lanjutan masa
 Penamatan pengambilan kerja kontraktor
 Penerusan, pergantungan dan penamatan kontrak akibat perang atau gempa
bumi
 Timbang tara.

Walaupun kuasanya terbatas, P.P hendaklah,

 Memastikan kualiti bahan dan mutu kerja mematuhi apa yang disyaratkan di
dalam kontrak.
 Memastikan peraturan dan halangan kerajaan tempatan dan pihak lain yang
mempengaruhi kerja tersebut dipatuhi.
 Memastikan kontraktor tidak mengabaikan kebajikan pekerja, khususnya
berkaitan dengan keselamatan dan insurans serta gaji.
 Memastikan tempoh insurans tidak luput
 Mengesan kemajuan kerja kontraktor
- Program Kerja Kontraktor
- menjalankan mesyuarat tapak di tapak bina
- menyimpan rekod Tapak Bina
 Bertindak sebagai agen kerajaan untuk menjalankan kontrak dengan
kontraktor

91
4.5.3 Kelambatan dan Perlanjutan masa

Untuk mengelakkan kelambatan, kerja-kerja seperti penyiasatan, reka bentuk dan


penyediaan dokumen tender perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.

P.P. hendaklah memastikan Program Kerja Kontraktor dipatuhi dan semua kerja
berjalan mengikut program yang disediakan. Walau bagaimanapun sekiranya
terdapat keadaan di mana kontraktor perlukan perlanjutan masa, ianya boleh
diberikan oleh kerajaan.

Kontraktor berhak mendapatkan lanjutan masa berdasarkan alasan-alasan atau


sebab-sebab kelambatan di luar kawalannya mengikut peruntukan-peruntukan
berkenaan di dalam syarat-syarat kontrak seperti:

a) Force majeure
b) Keburukan cuaca yang luar biasa
c) Arahan-arahan yang diberikan oleh P.P berbangkit dari
pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran
d) Kerosakan atau kerugian kepada kerja yang disebabkan oleh
kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, tanah runtuh, objek
jatuh dari langit, rusuhan atau kekacauan awam.
e) Arahan-arahan P.P yang dikeluarkan bersabit dengan
perubahan kerja, percanggahan dalam atau antara Dokumen-
dokumen Kontrak dsbnya
f) Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar
daripada P.P., arahan-arahan pelan, aras-aras yang
diperlukan dsbnya mengenai penamaan sub-kon atau
pembekal.
g) Kelambatan memberi milik Tapak Bina

92
h) Kelambatan yang disebabkan oleh mogok atau penyatuan
kerja-kerja setempat
i) Kelambatan oleh pihak artisan atau pihak lain yang
ditugaskan oleh kerajaan untuk melaksanakan kerja yang
tidak menjadi sebahagian dari kontrak
j) Kontraktor tidak berupaya untuk mendapat bahan-bahan
binaan yang diperlukan olehnya.
k) Kelambatan oleh sub-kontraktor atau pembekal yang
dinamakan.

4.5.4 Tak siap

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab-sebab kelewatan tidak


melayakkan Kontraktor mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang
dialami oleh kerajaan (projek kerajaan) akibat kelewatan perlu ditanggung oleh
kontraktor. Apabila kerja tidak dapat disiapkan, Perakuan Kerja Tidak Siap
dikeluarkan.

Perakuan Kerja Tidak Siap hanya dikeluarkan setelah kerajaan membuat


pertimbangan yang wajar dan berpuas hati, kontraktor tidak dapat menyiapkan
kerja-kerja yang sepatutnya. Tujuan ganti rugi ini ialah untuk memberi pengajaran
kepada kontraktor supaya lebih cepat menyiapkan kerja pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan ganti rugi tidak dapat menyelesaikan


masalah ini, dan seterusnya mengujudkan deraan kepada kontraktor, tindakan untuk
menamatkan khidmat kontraktor perlu diambil. Contoh deraan ialah ganti rugi
terkumpul untuk beberapa tempoh.

93
4.5.5 Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

Syarat-syarat kontrak dengan khusus memperuntukkan kepada kerajaan hak untuk


menamatkan pengambilan kerja kontraktor di mana kontraktor telah melakukan
kemungkiran dalam melaksanakan tanggungjawabnya atau menyebabkan dirinya
tidak berupaya untuk menyiapkan kerja. Hak-hak yang diberikan untuk
menamatkan khidmat kontraktor sekiranya kontraktor mungkir adalah seperti
berikut:

a) Kontraktor melakukan kemungkiran di dalam melaksanakan tugas dengan


 Menggantung perjalanan kerja tanpa sebab munasabah
 Gagal meneruskan kerja mengikut aturan dan tekun
 Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak dan cuai
 Mungkir dan berulang cuai mematuhi arahan bertulis P.P
 Mensubkontrakkan seluruh atau mana-mana bahagian kerja tanpa
pengetahuan P.P terlebih dahulu.

b) Kontraktor menyebabkan dirinya tidak berupaya untuk meneruskan dan


menyiapkan kerja dengan:
 melakukan perkara kebankrapan
 Syarikat berada di bawah tanggungan kerana berhutang.

c) Kemungkiran oleh kontraktor kerana;


 tidak mengemukakan Bon Perlaksanaan dan/atau polisi/polisi insurans yang
perlu
 tidak memulakan kerja,
 tidak menjalankan kerja dengan tekun
 menggantung perjalanan kerja
 Amaran perlu diberikan dan kemungkinan bayaran ganti rugi dikenakan.

94
Apabila satu-satu kontrak telah dimansuhkan, JKR akan mengambil langkah
untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai berikut:

 JKR akan menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai itu dengan


mengambil tawaran semula dan kontraktor ini akan menggunakan semua
barang, rumah kongsi, dan alat-alat yang dipunyai oleh kontraktor yang
gagal itu.
 JKR boleh menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai dengan kakitangan
sendiri.

Kos-kos kerja-kerja ini perlu diselesaikan oleh kontraktor yang gagal itu.

4.5.6 Penyiapan Kerja, penyerahan kerja dan kecacatan

Satu Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan apabila kerja siap. P.P akan
menentukan sama ada kerja telah mencapai penyiapan praktikal yang mana di rujuk
sebagai boleh berfungsi bagi tujuan ianya dibina walaupun terdapat sedikit ketidak
siapan dan kecacatan yang perlu dibaiki. Dalam menentukan penyiapan praktikal,
PP mestilah berpuas hati dengan jawapan kepada beberapa persoalan berikut;

 Adakah kerja tersebut telah siap sehingga tahap ianya memenuhi fungsi
pembinaan atau boleh diduduki dan digunakan?
 Adakah kerja yang masih belum siap atau kerja yang cacat masih banyak?
 Adakah perlaksanaan kerja yang belum siap atau pembaikan kerja yang
cacat akan menjejaskan keselesaan penghuni atau penggunanya?.

95
Pemeriksaan perlu dilakukan dan sekiranya kriteria penyiapan ditentukan di
dalam Para 13.2.1, dipenuhi Perakuan Siap Kerja, Borang JKR 203S boleh
dikeluarkan.

Tempoh Liabiliti Kecacatan bermula dari tarikh siap Kerja yang praktikal yang
dinyatakan di dalam perakuan Siap Kerja. Kecacatan yang dapat dikesan
semasa tempoh Liabiliti mestilah dibaiki oleh kontraktor dengan perbelanjaan
sendiri.

4.5.7 Bayaran pendahuluan dan perakuan interim

Peruntukan bayaran pendahuluan dan bayaran interim untuk dibayar kepada


kontraktor ada dimasukkan di dalam kontrak.

Bayaran pendahuluan, bertujuan untuk membantu kontraktor membiayai kos


operasi. Dalam tahun 1981, kerajaan memutuskan untuk membayar kontraktor
pendahuluan berjumlah 15% daripada nilai kerja pembina (jumlah Harga Kontrak
ditolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan sementara) tertakluk kepada nilai
maksimum sebanyak RM1.5 juta (kemudian dinaikkan kepada RM5 juta).

Bayaran pendahuluan dibuat apabila dokumen berikut dikemukakan:

 Surat setuju terima Tender yang telah ditandatangani dan disaksikan


 Bon perlaksanaan
 Polisi insurans
 Gerenti bank

96
Bayaran interim melibatkan penilaian kerja yang telah dilaksanakan dan stok bahan
yang terdapat di tapak.

4.5.8 Perubahan kerja dan Akaun Muktamad

Perubahan kerja (variation order, change order atau construction modification


order) akan di keluarkan apabila terdapat perubahan daripada apa yang tertunjuk
pada pelan-pelan atau apa yang telah ditetapkan bawak spesifikasi.

Perubahan kerja boleh di keluarkan atas permintaan klien, perunding atau


kontraktor. Sebab-sebab perubahan kerja adalah

a) Perubahan dalam skop


b) Perubahan dalam bahan, Kaedah atau Jentera
c) Perubahan Keadaan
d) keabaian dalam kontrak
e) komunikasi dalam pengurusan projek pembinaan.

Perubahan kerja yang melibatkan kos boleh di buat pelarasan dalam akaun akhir.
Tuntutan Kontraktor dan pelarasan Jumlah Harga yang di kecualikan daripada
syarat daripada kelulusan terlebih dahulu adalah seperti berikut:

 Tuntutan Kontraktor bagi kerugian dan/atau perbelanjaan yang berpunca


daripada
Mematuhi arahan Pegawai Penguasa
Kelambatan yang di sebabkan oleh kerajaan; dan
Percanggahan dalam atau di antara dokumen-dokumen kontrak

97
 Tuntutan Kontraktor bagi fi dan caj untuk memasangkan sambungan kepada
betung awam dan bekalan air dan elektrik tetap, dan bagi pemindahan
pembetungan, dan bekalan air dan elektrik.
 Tuntutan-tuntutan lain yang di benarkan secara khusus dalam kontrak
 Pelarasan Jumlah Harga Kontrak bagi atau disebabkan oleh-
Pelarasan wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara
Pengukuran Semula Kerja yang di ukur sementara; dan
Turun Naik Harga
 Perubahan yang mengakibatkan kekurangan kepada Jumlah Harga Kontrak

98
BAHAGIAN E

TAKSIRAN (ESTIMATING)

99

You might also like