You are on page 1of 24

1

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]

(b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi


kesan kepada :-

i. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia [8]

ii. Kejadian siang dan malam [4]

(c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan [10]
tropika lembap.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]

Skema Pemarkahan

(1) (2) [3m]


Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang aktiviti atau
kerja.

(b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi


kesan kepada :-

iii. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia [8]

iv. Kejadian siang dan malam [4]

Skema Pemarkahan

(b)i Kejadian empat musim.

Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan pancaran matahari


adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia
menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya
musim bunga di HU dan musim luruh di HS.

Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan pancaran


matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di
dunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan
berlakunya musim luruh di HU dan musim bunga di HS.

Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan pancaran matahari


adalah tegak di atas garisan Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak
menerima tenaga suria. Ini menyebabkan berlakunya musim panas di HU
2

dan musim dingin di HS.

Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan pancaran matahari


adalah tegak di atas garisan Jadi. . Ini menyebabkan HU lebih sedikit
menerima tenaga suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya musim
dingin di HU dan musim panas di HS.

Catatan: Rajah tanpa huraian = 0 markah 4 isi x 2m = [8m]


(b)(i Kejadian siang dan malam
i)
Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada permukaan bumi
menghadap matahari dan menerima pancaran tenaga matahari dan
sebahagian lagi akan terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam.

Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami siang .


Bahagian yang lindung matahari akan membelakangi matahari dan [4m]
mengalami malam

(c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di Kawasan [10]
tropika lembap

Skema Pemarkahan
C1- Aktiviti pertanian

Dijalankan sepanjang tahun, kepelbagaian jenis tanaman , sumber air


yang mencukupi melalui proses kitaran hidrologi.

C2- Aktiviti pembalakan

Dijalankan sepanjang tahun, tenaga matahari menggalakkan


pertumbuhan hutan malar hijau/ kayu keras . Contoh cengal, meranti

C3 - Penternakan

Dijalankan sepanjang tahun. tenaga matahari menggalakkan


pertumbuhan rumput sebagai sumber makanan dan proses kitaran
hidrologi untuk sumber air.

C4 -Pelancongan/ rekreasi

Dijalankan sepanjang tahun, menggalakkan pembentukan bentuk muka


bumi menarik seperti kawasan karst, pertumbuhan hutan malar
hijau,penerimaan matahari untuk aktiviti di pinggir pantai .
3

C5- Perikanan

Dijalankan sepanjang tahun .tenaga matahari mencukupi menggalakkan


pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan,

C6 -Perindustrian

Kegunaan untuk proses pengeringan seperti hasil laut, batik dan


sebagainya.

Pemarkahan : Mana-mana 5 isi X 2m = 10m


4

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik ? [5 ]

(b) Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi. [8 ]

(c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti [12]
manusia.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik? (5m)

Skema Pemarkahan

(1)
Tenaga endogenik merujuk kepada tenaga yang dalam bentuk arus
perolakan
(2) (3)
berpunca daripada dalaman bumi dan bergerak ke permukaan bumi
lalu
(4) (5)
menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi di lapisan bawah atau atas
kerak bumi

(b) Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi. (8m)

Skema Pemarkahan

b1 Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud


pergerakan arus perolakan.

b2 Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi.

b3 Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk mengerakkan plat-
plat ( kerak bumi ) yang terapung di atas lautan magma.

b4 Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan (


pencapahan ) dan perselisihan plat.

b5 Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan


penyesuaian tersebut pada kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi

b6 Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan


Penyesuaian tersebut pada kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi

Mana- mana 4 proses x 2 markah = 8 markah


5

( c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti (12)
manusia.

Skema Pemarkahan

Kesan kepada alam sekitar fizikal

cf1 Kejadian tsunami

Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan


pergerakan ombak selaju 800 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi
semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat
pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak
secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak
yang berada di hadapan.Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan
menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut
untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam
bentuk ombak pembinasa.

cf2 Pergerakan jisim

Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi.
Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan
cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti
tanah runtuh.

cf3 Kenaikan dan kejatuhan aras laut

Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi.


Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan
daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut
menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.

cf4 Memusnahkan hutan pinggir pantai

Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke
dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai
akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan
kemusnahan hutan tersebut.
6

Kesan kepada aktiviti manusia

cm1 Kesan kepada sistem pengangkutan

Kemusnahan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang –


pengangkutan tergendala.

cm2 Kesan kepada aktiviti ekonomi -

Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian


di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan
penenggelaman kawasan pinggir pantai memusnahkan pertanian pinggir
laut.

cm3 Kesan kepada bekalan air dan elektrik

Bekalan air dan elektrik terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu

cm4 Kesan kepada petempatan penduduk

Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan


yang kuat, gangguan terhadap aktiviti harian.

maksimum 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia dan =12m
sebaliknnya x 2 markah
7

3 (a) ( i ) Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut. (5)

(ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban (8)


sungai.
( iii)Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai (12)
terhadap aktiviti manusia.

(i) Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut. (5)

Skema Pemarkahan

ai1 - Cara apungan

ai2 - Cara ampaian

ai3 - Cara golekan

ai4 - Cara loncatan/lompatan

ai5 - Cara larutan

a6- Cara seretan


Mana-mana 5 cara X 1 markah = 5 markah

(ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban (10m)


sungai.
Skema Pemarkahan

aii1 Tenaga- Tenaga berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai dan
kecerunan dasar sungai. Semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir )
halaju aliran air sungai turut tinggi. Halaju aliran air sungai yang tinggi
berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.

aii2 Cerun - Pada peringkat hulu ,cerun dasar sungai sangat curam dan
menghasil aliran air yang deras. Pada peringkat ini , diangkut secara
maksimum. Pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai,
menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan
agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian
daripada bahan yang diangkutnya. Pada peringkat hilir, cerun sungai
sangat landai, proses pengangkutan minimum dan sungai mulai
memendapkan bahan yang diangkutnya.

aii3 Kekasaran alur- Kekasaran merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-
lekuk ) sesuatu dasar alur sungai. Sekiranya dasar alur sungai licin, bahan-
bahan diangkut dengan lebih cepat dan banyak terutama mengangkut cara
8

golekan dan seretan. Alur dasar sungai yang berlekuk akan menyebabkan
bahan yang diangkut akan tersekat dan seterusnya menyebabkan
pengangkutan bahan menjadi perlahan

aii4 Halangan- Halangan merujuk kepada halangan semula jadi ataupun


buatan manusia yang terdapat di sepanjang sungai. Halangan berupaya
untuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai. Sekiranya
sepanjang sungai tersebut tidak terdapat halangan bahan akan diangkut
dengan lebih mudah dan cepat. Tetapi sekiranya terdapat halangan di
sepanjang aliran tersebut bahan-bahan yang dibawa akan tersangkut lalu
termendap.

aii5 Bentuk alur- Sekiranya alur sungai yang lurus,aliran air sungai menjadi
deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum.
Manakala alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai
terganggu dan halaju pergerakan air menjadi perlahan. Kesannya bahan-
bahan yang dibawa akan dimendapkan.

aii6 Saiz bahan- Bahan yang bersaiz besar seperti batu tongkol diangkut
secara perlahan melalui cara golekan atau seretan di dasar sungai. Bahan-
bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, lempung, habuk dan
debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.

aii7 Jenis bahan- Bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi seperti
sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut oleh aliran air sungai dengan
cara apungan di permukaan air. Bahan yang berat seperti batu tongkol
akan diangkut secara seretan atau golekan di dasar sungai.

aii8 Bentuk bahan- Bahan yang berbentuk bulat atau hampir bulat akan
diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.
Bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan diangkut
secara lompat / terloncat-loncat di dasar sungai.

Mana-mana 5 faktor fizikal x 2 markah = 10 markah

(ii) Jelaskan kepentingan bentuk bumi pemendapan sungai terhadap (10)


aktiviti manusia.

Skema Pemarkahan

aiii1 - dataran banjir - pertanian

aiii2 - dataran banjir – perhubungan


9

aiii3 - dataran banjir – akuakultur

aiii4 - delta – pertanian

aiii5 - delta – petempatan

aiii6 - delta – perhubungan

aiii7 - delta - perindustrian

aiii8 - tasik ladam – perikanan

aiii9 - tasik ladam – rekreasi/ pelancongan

aiii10 - tasik ladam – akuakultur

aiii11 - tetambak – perhubungan

aiii12 - tetambak – petempatan

aiii13 - pulau – rekreasi

aiii14 - pulau – petempatan

aiii15 - beting pasir – perlombongan pasir

aiii16 - beting pasir -rekreasi

Mana –mana 5 kepentingan X 2m = 10 markah


Maksimun 2 kepentingan bagi setiap satu bentuk muka bumi.
10

. (b)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ? [5 ]

ii) Huraikan bukti berlakunya perubahan aras laut . [10]

iii) Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal. [10]

Skema Jawapan

(b)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ? [5m ]

Skema Pemarkahan

(1) (2)

Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang [5m]

(3) ( 4) (5)

diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil

(tempatan) atau skala besar (dunia).

(ii) Huraikan bukti berlakunya perubahan aras laut . [10m]

Skema Pemarkahan

BX - Menyatakan kenaikan dan kejatuhan aras laut

B1 Hutan-hutan pinggir pantai yang tenggelam. Apabila kawasan pinggir pantai


tenggelam, muara-muara sungai yang luas akan menghasilkan kawasan paya-
lapisan gambut seperti tunggul-tunggul kayu di antara takat air pasang dengan takat
air surut.(Kenaikan)

B2 Perubahan garis pantai dan jenis pantai- menghasilkan pinggir pantai yang tenggelam
seperti pantai fiord , pantai ria dan pantai dalmatia.(Kenaikan)

B3 Pembentukan pantai timbul- kejatuhan aras laut akan membentuk pantai timbul, tanah
tinggi timbul dan tanah pamah timbul.(Penurunan)

B4 Pembentukan dataran-dataran pinggir pantai. – penurunan aras laut menyebabkan


kawasan tanah pamah berada pada kedudukan yang lebih rendah akan timbul di
kawasan pinggir pantai.(Penurunan)

B5 Pembentukan teres, likuan dan pelbagai pola saliran – proses rejuvenasi sungai
menunjukkan berlakunya kejatuhan aras laut. Hakisan sungai berlaku di kawasan
11

berhampiran pantai untuk mendapatkan satu keseimbangan baru.(Penurunan)

B6 Bukti fosil dan kerangan – penurunan aras laut dapat dibuktikan melalui penemuan
fosil hidupan laut dan kerangan di kawasan dataran berhampiran pantai.(Penurunan)

Pemarkahan : mana-mana 4 isi X 2m + BX(2m) = 10 markah

(iii) Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal [10m]

Skema Pemarkahan

C1 Peningkatan hakisan ke atas kawasan pinggir pantai – peningkatan aras laut


menyebabkan kekuatan ombak bertambah.

C2 Banjir laut – peningkatan aras laut menyebabkan berlakunya banjir laut di kawasan
yang rendah.

C3 Kawasan benua/daratan semakin berkurangan- pengangkatan aras laut


menyebabkan sebahagian besar kawasan daratan rendah berhampiran pinggir
pantai akan tenggelam.

C4 Kemusnahan ekosistem hutan- penenggelaman kawasan hutan pinggir pantai


menyebabkan kepupusan ekosistem hutan.

C5 Kemusnahan karang – peningkatan aras laut telah memusnahkan karang di laut-


kawasan pembiakan ikan turut musnah.

C6 Penurunan aras laut menyebabkan kawasan daratan semakin bertambah.

C7 Penurunan aras laut menyebabkan berlakunya kepupusan hutan bakau - ekosistem


pinggir laut musnah.

Pemarkahan : Mana-mana 5 isi X 2m = 10 markah


12

4 (a) Takrifkan konsep perubahan iklim. (5)

(b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. (10)

(c) Huraikan kesan perubahan iklim kepada alam sekitar fizikal. (10)

Skema jawapan

(a) Takrifkan konsep perubahan iklim. [5m]

Skema Pemarkahan

(1) (2)
Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan
(3)
unsur-unsur cuaca dan iklim (suhu,hujan,bahang matahari dan angin) di
(4) (5)
permukaan bumi disebabkan faktor fizikal dan aktiviti manusia.

(b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. [10m]

Skema Pemarkahan

bi Kekurangan tumbuhan / hutan – pertambahan gas-gas karbon dioksida.

b2 Peningkatan gas-gas rumah hijau – menghalang pengeluaran sinaran /


bahang bumi ke angkasa.

b3 Peningkatan gas-gas CFC – berlaku penipisan lapizan ozon / pertambahan


bahang matahari dan sinaran ultra ungu ke bumi.

b4 Pertambahan bilangan penduduk dunia-pembebasan haba metabolisme.

b5 Perbandaran-pertambahan bilangan bangunan pencakar langit-


menghalang pergerakan mendatar angin.
b6 Pembakaran-kebakaran hutan.

b7 Letusan gunung berapi.

b8 Pertanian-penggunaan bahan kimia organik-seperti semburan racun.

b9 Pembakaran terbuka

mana-mana 5 isi X 2m = 1
13

(c) Huraikan kesan peningkatan suhu dunia kepada alam sekitar fizikal. [10m]

Skema Pemarkahan

c1 Pencairan ais dan glasier-peningkatan aras laut,pengurangan kawasan


daratan dan menambahkan luas kawasan lautan.

c2 Kenaikan aras laut-menghasilkan ombak besar,meningkatkan kadar hakisan


memperluaskan zon hakisan pinggir laut.

c3 Peningkatan suhu dunia-mengurangkan kawasan daratan,kawasan lautan


bertambah luas,perluasan kawasan gurun yang sedia ada.

c4 Kemusnahan ekosistem-menjejaskan ekosistem daratan dan akuatik.


Habitat daratan musnah kerana penenggelaman akibat kenaikan aras laut.
Ekosistem akuatik musnah kerana penambahan kedalaman air laut
mengurangkan penerimaan bahang matahari.

c5 Peningkatan sejatan-kemarau.

c6 Peningkatan pencemaran udara akibat kemarau yang panjang.

c7 Peningkatan kadar luluhawa fizikal.

c8 Peningkatan kejadian ribut-apabila suhu tinggi menghasilkan sel tekanan


rendah.

Mana-mana 5 isi X 2m = 10m


14

Jadual 1:
Kekerapan dan kelajuan angin di Stesen Meteorologi M
Kelajuan km/jam % kekerapan tiupan angin
Selatan Barat Daya Barat
0–5 5 8 4
5 – 10 8 6 4
10 – 15 3 4 2
Angin tenang 6%

5. a) Berdasarkan Jadual 1, lukis rajah yang menunjukkan arah, halaju dan


kekerapan angin di Stesen Cerap Cuaca M. Gunakan skala yang sesuai. [10]

b) Jelaskan proses pembentukan siklon tropika. [5]

c) Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan


manusia. [10]
Skema Pemarkahan

5. a1 tajuk :1 m
a)
a2 Petunjuk dilukis :1 m

a3 Skala betul :1 m

a4 Plot angin tenang betul :1 m

a5 Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah ) :6 m

10 markah
15

Tajuk: Kekerapan kelajuan angin di Stesen Cerap Cuaca M

6%
barat

tajuk :1 m
Petunjuk dilukis :1 m
Skala betul :1 m
Plot angin tenang betul :1 m
Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah ) :6 m
10 M

Barat
daya

selatan

Penunjuk
0-5 SKALA:
10-15 5-10 km/j Angin
km/j km/j tenang Skala angin tenang : 1 cm = 2%
Skala kelajuan: 1cm=2%
16

b) Jelaskan proses pembentukan siklon tropika


Skema Pemarkahan

b1 Pemanasan laut berlaku di garis lintang 8 - 35º U/ S/ sub-tropika [1m]

b2 Mula di lautan ( lautan Pasifik ) – suhu laut meningkat mendadak akibat haba
matahari – wujud sel TUR yang melampau [2m]
b3 Angin dari Sel TUT di sekitar menyerbu masuk ke zon TUR tersebut
[2m]
b4 Angin berpusar dan bergerak disekelilingi sel TUR dan mengangkat wap air
kelapisan atmosfera yang lebih tinggi. [2m]

Maksima markah = 5m
Skema Pemarkahan

c) Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan


manusia.

c) Cf1 Kemusnahan flora – pokok tumbang / tercabut

Cf2 Ombak kuat / tinggi / besar akibat kelajuan angin – tenaga ombak bertambah –
banjir laut/hakisan
Cf3 Persekitaran kotor – sebaran sampah dan sisa runtuhan bangunan

Cf4 Perubahan pandang darat – kerosakan alam sekitar fizikal akibat pusaran
angin
Cf5 Pencemaran air – banjir mencemarkan air

Cf6 Pencemaran udara – habuk, debu dan sampah berterbangan

Cm7 Kehilangan nyawa – kematian akibat ditimpa runtuhan bangunan / pokok

Cm8 Trauma – ketakutan / kebimbangan taufan berulang / kehilangan saudara

Cm9 Kerosakan harta benda – rumah runtuh / kenderaan rosak / ditenggelami air

Cm10 Kegiatan ekonomi terjejas – perniagaan tak dapat dijalankan / pertanian


musnah /pembinaan terhenti/perikanan/perlombongan –minyak terjejas/
pelancongan

Cm11 Perhubungan terjejas – pengangkutan udara terjejas ; jalan raya/k.api terputus


oleh banjir kilat / pokok tumbang ;

Cm12 Sistem telekomunikasi terganggu – menara pemancar tumbang ; tiang talian


17

telefon tumbang/ talian putus ditimpa pokok


Cm13 Sebaran wabak penyakit bawaan air – taun, cirit-birit(diarea)

Pemarkahan : Mana-mana 2 isi kesan fizikal + 3 kesan manusia atau sebaliknya


(2m X 5 isi = 10m)
18

6 a) Nyatakan fasa air. [3]


b)(i) Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi. [5]
(ii) Berdasarkan rajah dalam (b)(i) , huraikan tiga proses yang
terdapat dalam kitaran hidrologi.
[9]
c) Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti
manusia?
[8]

Skema Pemarkahan

6 (a) Nyatakan fasa air [ 3 m]

- air dalam bentuk cecair

- air dalam bentuk gas / wap

- air dalam bentuk pepejal

Catatan: Sekiranya diberi dalam bentuk gambarajah boleh diterima.

(b)(i) Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi. [ 5m ]

Catatan: Sekurang-kurangnya 5 proses. Rujuk rajah contoh.

(ii) Berdasarkan rajah dalam b(i), huraikan tiga proses yang


terdapat dalam kitaran hidrologi. [9m]

Skema Pemarkahan

Bii1 Sejatan Proses pertukaran cecair menjadi wap air daripada badan-badan air (
sungai, kolam, tasik, laut) , sangat berkesan ketika pancaran matahari
yang terik.
Bii2 Pemeluwapan Proses pertukaran wap air menjadi bintik-bintik air yang terkandung
dalam awan apabila mencapai takat tepu.

Bii3 Alir lintang Pergerakan wap air secara mendatar di atmosfera yang dibantu oleh
pergerakan angin.

Bii4 Kerpasan Bungkusan awan yang tepu/ berat/ dan tidak mampu ditampung oleh
awan tersebut menyebabkan bintik-bintik air jatuh ke permukaan dalam
bentuk hujan, salji dan embun
19

Bii5 Resapan/peny Proses penyerapan air hujan secara menegak ke dalam tanah.
usupan

Bii6 Air larian Air hujan yang mengalir di permukaan bumi apabila permukaan bumi
permukaan tepu dengan air/ kadar ketelapan air rendah.

Bii7 Aliran batang Cegatan silara , aliran ranting, dahan, batang

Bii8 Pepeluhan Pepeluhan oleh tumbuhan- melibatkan pembebasan wap air ke


atmosfera melalui liang stoma.

Bii9 Aliran air Pergerakan air dalam tanah ke badan-badan air utama.
bawah tanah

Mana-mana 3 isi x 3 markah = 9 markah

c) Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia? [ 10 ]

Skema Pemarkahan

Proses Aktiviti manusia


C1 Sejatan meningkat Aktiviti penyahhutanan menyebabkan tanah
terdedah secara langsung

C2 Pepeluhan berkurangan Penyahhutanan / pembalakan


Aktiviti manusia yang mencemarkan udara
C3 Kerpasan meningkat Menyumbangkan peningkatan nukleus
higroskopik di udara.

C4 Aliran batang kurang Penyahhutanan/pembalakan

C5 Air larian permukaan Penyahhutanan/pembandaran ( penurapan


meningkat permukaan tanah)

C6 Resapan air kurang Penyahhutanan/penurapan permukaan tanah


untuk membina jalan raya, tempat letak kereta,
kaki lima bangunan.

C7 Aliran bawah tanah kurang Pembandaran / Penurapan permukaan tanah


untuk membina jalan raya, tempat letak kereta
dan kaki lima bangunan.

Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah


20

7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [5]


(b) Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal. [10]
(c) Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber
air di Malaysia.
[10]

7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [ 5m ]

Skema Pemarkahan

- Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari

atmosfera bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera (R=ET)

Catatan : ( jawapan dalam formula juga diterima)

(b) Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal. [10m]

B1 Air tanih berkurangan

B2 Sejatan meningkat

B3 Air permukaan berkurangan

B4 Pencemaran udara / jerebu

B5 Kerpasan berkurangan

B6 Fauna kekurangan air dalam badan / mati

B7 Flora kekeringan/ mati


Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m
21

(c) Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber air di Malaysia.

[10]

Skema Pemarkahan

Langkah Perundangan

C1 Menguatkuasa Akta Parit dan Saliran, denda, kompaun, sita peralatan, tarik
balik lesen
Langkah Bukan Perundangan

C2 Mengekalkan kawasan tadahan/ hutan

C3 Merawat semula air – menggunakan teknologi reverse osmosis (RO)

C4 Menggunakan sumber air bawah tanah.

C5 Langkah pendidikan- formal dan tidak formal

C6 Kempen – Cintai Sungai Kita , jimatkan penggunaan air.

C7 Penyahgaraman/ penyulingan air laut

C8 Kitar semula air

C9 Pembenihan awan

Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah


22

8. Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda jalankan di ekosistem tasik,

(a) i) Nyatakan komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tersebut [ 2m ]

ii) Berikan maksud rantaian makanan. [ 3m ]

(b) Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku di
dalam ekosistem tersebut. [10m ]

(c) i) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik? [ 6 m]

ii) Huraikan langkah pemeliharaan ekosistem tasik. [ 4m

8(a)i) Komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tasik. [2m]

Skema Pemarkahan

Biotik-lumut,alga,teratai,kiambang,zooplankton,berudu,labah-labah air,
ikan besar,ikan kecil,bakteria,protozoa.

Pilih mana-mana 2 komponen.

8(a)ii) Maksud rantai makanan [3m]

Proses pemindahan tenaga dan sebatian kimia dari satu hidupan kepada
yang lain dalam bentuk sehala.

(b) Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga [10]
berlaku di
dalam ekosistem tersebut.

Skema Pemarkahan

bx Rajah 2m

b1 Pengeluar 2m
Tumbuhan akuatik(tasik) mendapat tenaga dari matahari untuk membuat
makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
23

b2 Pengguna primer 2m
Tenaga kimia dari pengeluar berpindah ke pengguna primer seperti
zooplakton,berudu dan labah-labah air apabila memakan pengeluar dan
disimpan di dalam tisu badannya.Tenaga kimia yang dipindahkan digunakan
untuk membesar,bergerak dan membiak.

b3 Pengguna sekunder 2m

Tenaga kimia dari pengguna primer akan berpindah ke pengguna sekunder


seperti ikan kecil(seluang,sepat dan puyu) apabila pengguna sekunder
memakan pengguna primer.Tenaga kimia tersebut akan disimpan di dalam tisu
badan pengguna sekunder.Tenaga tersebut digunakan untuk
membesar,bergerak dan membiak.

b4 Pengurai 2m

Akhirnya semua tenaga kimia akan kembali ke tanah dalam bentuk nutrien
dalam tasik tersebut apbila setiap peringkat pengguna dan pengeluar mati dan
reput. Pengeluar dan pelbagai pengguna ini akan diuraikan oleh
bakteria,protozoa. Nutrien dalam tasik tersebut akan digunakan kembali oleh
tumbuhan hijau untuk membesar.

(c)i) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik? [6m]

Skema Pemarkahan

ci1 Aktiviti penebus gunaan tasik / penambakan tasik / aktiviti pembinaan


- Untuk dijadikan tapak bina kawasan perumahan,industri dan sebagainya
ci2 Aktiviti perindustrian.

- Penyaluran dan pembuangan sisa kimia ke dalam tasik daripada kilang


memperoses getah,kelapa sawit dan sebagainya.

- Kualiti air merosot,peningkatan BOD,perubahan warna dan bau,nilai


pHmeningkat.Menyebabkan hidupan ekosistem tasik mati.

ci3 Aktiviti pertanian.

-Penggunaan racun serangga dan baja kimia seperti sebatian sulphur,fosfat dan
racun DDT boleh larut resap atau dialirkan ke dalam tasik.

ci4 Penternakan

-Penyaliran najis ternakkan seperti najis khinzir dari ladang berdekatan akan
mencemarkan air tasik dan memusnahkan hidupan serta menjejaskan rantain
24

makanan dalam tasik.

ci5 Pelancongan-pembuangan sisa domestik

Ci6 Tumpahan minyak

Mana-mana 3 isi ( 3 x 2m = 6m)

C(ii) Langkah pemeliharaan ekosistem tasik [4]

Skema Pemarkahan

Langkah perundangan

Penguatkuasaan undang-undang,pemantauan dan pelaksanaan hukuman


seperti denda/kompaun,membatalkan lesen/permit operasi.

Langkah bukan perundangan.

-Pengurusan sisa buangan secara sistematik.

-Kempen.

-Pendidikan alam sekitar.

Mana-mana 2 isi x 2 m

You might also like