You are on page 1of 2

Surat Kiriman Rasmi

Persatuan Sains sekolah anda bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke planeterium di Kuala
Lumpur.Selaku setiausaha persatuan anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Pengarah Planetarium
untuk memohon diskaun bagi bayaran masuk.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Persatuan Sains,

Sekolah Menengah Kebansaan Jalan Reko,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan

__________________________________________________________________________

Pengarah,

Planeterium Negara,

50710 Kuala Lumpur. 11 Januari 2010

Tuan,

Memohon Diskaun untuk Bayaran ke Planeterium

Kami ingin memaklumkan bahawa Persatuan Sains sekolah ini bercadang hendak mengadakan lawatan sambil belajar ke
planetaerium pada bulan Mac yang akan dating. Oleh itu, saya selaku setiausaha persatuan ingin memohon diskaun bagi
bayaran masuk ke planeterium.

2 . Untuk pengetahuan tuan, rombongan kami terdiri daripada tiga puluh orang pelajar dan tiga orang guru penasihat.
Kami bercadang hendak mengadakan lawatan tersebut pada hari Sabtu, bersamaan dengan 5 Mac 2010. Rombongan
dijangka tiba di Planeterium pad pukul 9.00 pagi.

3. Lawatan ini amat bermakna kepada kami kerana membolehkan kami kerana melihat sendiri apa-apa yang telah kami
pelajari tentang angkasa lepas di dalam kelas. Kami juga dapat melihat bintang dan objek-objek lain di angkasa lepas
melalui teleskop besar di Planeterium.

4. Sehubungan itu, kami ingin memohon budi baik tuan untuk menyediakan seorang kakitangan Pleneterim ntuk
memberikan penerangan kepada kami semasa lawatan itu nanti.

5. Kami berharap agar tuan akan menimbangkan permohonan untuk mendapatkan bayaran masuk pada kadar murah.
Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(ROHAYA BT SABRI)

Setiausaha

Persatuan Sains.

Sekolah menengah Kebangsaan Jalan Reko.


Bekalan air di tempat anda tinggal sering terganggu. Tulis surat kepada Jabatan Bekalan Air ditempat anda untuk meminta
jabatan itu mengatasi masalah tersebut

Lot 372, Jalan Idaman,

Kampung Bangi Lama,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

____________________________________________________________________________________________________

Pengarah,

Jabatan Bekalan Air,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan 5 Januari 2010

Tuan,

Gangguan Bekalan Air

Saya selaku wakil penduduk Bandar Baru Bangi,ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air di kampong ini.

2. Sejak akhir-akhir ini bekalan air sentiasa sahaja terganggu . Dalam masa sebulan ini, sudah tiga kali gangguan bekalan
air berlaku. Gangguan bekalan air ini kadang-kadang berlanjutan sehingga tiga hari. Hal ini menimbulkan kesulitan yang
besar kepada kami. Tambahan pula, banyak kenduri kahwin yang dijalankan.

3. Oleh sebab itu, kami terpaksa menggunakan air sungai untuk bekalan harian. Malangnya air sungai itu pula kurang
bersih dan berbau lumpur. Hal ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab pengilang-pengilang. Mereka membuang
sisa-sisa kilang dalam sungai.

4. Kami sangat berharap agar pihak tuan dapat mengatasi masalah ini dengan segera demi kesejahteraan hidup penduduk
kampong ini.Pertimbangan dan kerjasama tuan amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

( MARIAH BT YUSOF)

Wakil Penduduk

Kampung Bangi Lama.

You might also like