You are on page 1of 3

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH

            
        
  

Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan

perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka

beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama

dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah

kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.1

Berdasarkan ayat di atas, bolehlah dirumuskan bahawa sebahagian dari

setiap golongan (penduduk kampung atau negeri) hendaklah takhassus

menuntut ilmu agama. Kemudian memberi pengajaran kepada kaumnya.

Sebab itu hendaklah sebahagian pelajar pergi keluar negeri untuk

mempelajari ilmu agama dan ilmu-ilmu yang dituntut agama untuk dipelajari

seperti bermacam-macam kepandaian yang perlu buat menempuh

gelombang hidup masa sekarang. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad s.a.w.

bersabda: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu, meskipun sampai ke negeri Cina”.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata sedemikian kerana pada masa tersebut

negeri Cina amat masyhur dalam membuat kaca, kertas dan sebagainya. 2

Dalam sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

‫ طلب علم فريضة على كل مسلم‬:‫عن أنس بن مالك رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬.

1
Surah al-Taubah, ayat 122.
2
Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus. 2006. Tafsir Mahmud Yunus: Al-Quran nul Karim Rasm Uthmani. hlm.
287.
Ertinya: Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Menuntut

ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”.

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la)

Kedua-dua dalil di atas menerangkan kewajipan setiap individu untuk

menuntut ilmu. Begitu juga halnya dalam mempelajari ilmu akidah.

Mempelajari ilmu akidah sangat penting kepada setiap individu muslim kerana

hal ini akan dapat memperkukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan seseorang

itu kepada Allah Yang Maha Esa atas sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Hal ini

adalah bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara-perkara

yang boleh membawa kepada perkara-perkara syirik sama ada sesuatu yang

telah diketahui dan sesuatu yang tidak diketahui.

Akidah yang benar merupakan kunci kepada penerimaan segala

ibadah yang kita lakukan. Tanpa akidah yang benar, Allah tidak akan

menerima segala amalan soleh. Sebagai contoh, seorang pemerintah yang

baik dan berjiwa rakyat serta banyak melakukan kebaikan tidak akan diterima

segala amal yang dia lakukan selagi mana dia tidak melafazkan “ ‫أشهد أال إله إال‬

‫”هللا وأشهد أن محمد رسول هللا‬. Oleh itu, kemantapan akidah sangat penting dalam

kehidupan seseorang.

Selain itu, mempelajari ilmu akidah juga penting bagi menghindarkan

diri daripada terjerumus ke dalam ajaran-ajaran sesat yang akan merosakkan

akidah seseorang terhadap Allah SWT.

Dalam dunia sekarang, terdapat di dalamnya manusia-manusia yang

sentiasa ingin melihat kejatuhan Islam dengan cara meruntuhkan akidah umat

Islam supaya mengikut cara hidup Barat. Oleh itu, mereka akan sentiasa
cuba untuk mencari kelemahan Islam melalui kajian daripada pelbagai

sumber terutamanya nas-nas al-Quran. Maka dengan sebab itulah

pemantapan akidah sangat penting untuk mematahkan hujah-hujah daripada

pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang.

You might also like