You are on page 1of 22

MENYEMAI BIJIBENIH DI TAPAK

SEMAIAN
 Saiz bijibenih adalah faktor utama dalam pemilihan
teknik menyemai bijibenih.
 3 cara menyemai:
i. Biji benih yang kasar (kacang panjang, peria dan
timun)- disemai terus ke batas.
ii. Biji benih yang kecil ( terung, cili dan tomato)-
disemai dahulu dalam kotak semaian dan
kemudiannya diubah.
iii. Bijibenih yang halus seperti kailan, sawi dan bayam
disemai terus ke batas kemudian dilakukan
penjarangan.
iv. Bahan tampang – kangkung, keladi, keledek,
bawang – disemai terus ke batas.
 Medium semaian hendaklah disediakan terlebih
dahulu sebelum menyemai bijibenih.
Jenis Tapak Semaian

1. Batas – perlu diberikan naungan


secukupnya. Letakkan medium semaian di
atas batas dan gaulkan untuk proses
menyemai.
2. Bekas – kotak, pasu dan polibeg
MENYEDIAKAN MEDIUM
SEMAIAN
Alatan yang diperlukan:
i. Sekop ii. Penapis (diameter 0.6cm)
iii. Bekas penyukat iv. Penimbang
v. Najis ternakan vi. Pasir sungai
vii. Tanah loam viii. Baja fosfat

Langkah-langkah:
1. Tapis tanah loam dan pasir sungai secara berasingan.
2. Buat tanah campuran 2 : 1 : 1
3. Gaulkan bahan-bahan hingga rata
4. Bina satu timbunan
5. Tambahkan baja fosfat dengan kadar 0.5kg bagi 1m3 medium.
6. Masukkan medium ke dalam kotak semaian.
MENYEMAI BIJIBENIH KECIL
DI DALAM KOTAK SEMAIAN
Peralatan:
- Penyiram - Kotak semaian
- Biji benih kecil- Campuran racun kulat dan serangga.
- Kepingan kaca @ kertas politena @kertas surat khabar

Langkah-langkah:
1. Bersihkan kotak semaian.
2. TUtup lubang saliran kotak semaian dengan batu-batu kecil, serpihan pasu
atau serpihan batu bata.
3. Isikan medium semaian sehingga 1 @ 2 cm dari permukaan kotak semaian
dan ratakan.
4. Siram medium sehingga air keluar melalui lubang saliran.
5. Taburkan bijibenih di permukaan kotak semaian hingga rata.
6. Tabur satu lapisan medium nipis di atas bijibenih.
7. Tutup kotak semaian dengan kepingan kaca atau kertas politena yang
lutsinar.
8. Letakkan kotak semaian di tempat yang teduh.
MENYEMAI BIJIBENIH HALUS DI
BATAS
Peralatan:
- Pencakar - Bijibenih
- Penyiram - Pelepah kelapa

Langkah-langkah:
1. Ratakan permukaan batas dengan pencakar.
2. Sediakan alur semaian dengan jarak 20cm dan sedalam 2.3cm.
3. Siram permukaan batas sebelum menyemai.
4. Ambil bijibenih halus dan campurkan dengan pasir halus dalam kadar 1 bahagian
bijibenih dengan 5 bahagian pasir sungai (1 : 5)
5. Semai bijibenih ke dalam alur dan tutup dengan satu lapisan nipis medium.
6. Tutup permukaan batas dengan pelepah kelapa naungan atau gunakan bahan-bahan
sungkupan yang lain.
7. Setelah anak benih bercambah, lakukan penjarangan dengan cara mencabut dengan
tangan.
MENYEMAI BIJIBENIH KASAR
DI BATAS
Peralatan dan bahan:
- Pancang - Penyiram
- Sudip tangan - Bijibenih kasar
- Campuran racun kulat dan racun serangga.

Langkah-langkah:
1. Gaulkan bijibenih dengan campuran racun.
2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai.
3. Buat lubang penanaman sedalam 2cm-3cm.
4. Masukkan 2 – 3 bijibenih ke dalam setiap lubang.
5. Timbus lubang dan padatkan dengan jari.
6. Siram batas dengan penyiram berlubang halus.
7. Setelah anak benih bercambah, buang anak benih yang kurang sihat
dan tinggalkan hanya satu anak benih dalam satu lubang.
MENYEMAI BIJIBENIH DI DALAM
POLIBEG (BEG POLITENA)
 Biji benih sayuran boleh juga disemai di dalam polibeg.
 Dibuat secara kecil-kecilan bagi sayur-sayuran tertentu
terutamanya bagi sayuran yang biji benihnya mahal.
 Langkah-langkah:
 Isikan medium semaian John Innes Potting di dalam polibeg
dan kemudian semai bijibenih yang telah dipilih.
 Setelah anak benih bercambah, biar anak benih yang sihat
dan buang yang lemah.
 Biarkan hanya satu anak benih yang hidup di dalam polibeg.
Anak benih Asparagus dalam tapak semaian yang dibuat daripada
polibeg.

Anak benih asparagus Pokok asparagus dewasa


dan telah mengeluarkan
hasil.
PENYEMAIAN MENGGUNAKAN
BAHAN TAMPANG
a. Keratan - kangkung dan keledek.
- ukuran keratan 20 – 30cm yang
mempunyai 6 buku/ruas.
- buang daun di bahagian yang hendak
ditanam.
b. Sulur - keladi
- sulur yang berumur 2 bulan.
c. Bawang - digunakan untuk membiakkan bawang
putih, bawang merah dan bawang besar.
*** lobak merah, lobak putih dan sengkuang ditanam
menggunakan biji benih.
PENGERASAN

- Anak benih perlu dibiarkan mengalami proses pengerasan


secara beransur-ansur sebelum diubah ke ladang.
- Proses pengerasan ini melibatkan pengurangan lindungan
dan penyiraman air ke atas tapak semaian secara beransur-
ansur supaya anak benih lebih bersesuaian dengan suasana
di ladang (tidak terencat tumbesaran).
- Pengerasan dilakukan untuk mengurangkan kejutan anak
benih selepas proses mengubah.
- Proses pengerasan dilakukan selama 7 – 10 hari.
- Mengubah anak benih dilakukan pada waktu petang untuk
mengurangkan proses transpirasi.
MENGUBAH ANAK BENIH ATAU
PENJARANGAN:
- Anak benih dari kotak semaian atau batas
semaian sesuai diubah apabila ketinggiannya
mencapai 7.5cm atau mempunyai 4 – 5 helai
daun.
- Jika anak benih kecil – layu dan mati
- Jika terlalu besar – akarnya yang panjang
akan terputus – pertumbuhan terencat.
Samb…

- Langkah-langkah mengubah anak benih dari kotak semaian ke


batas:
1. Sediakan lubang pada permukaan batas sebelum menanam
anak benih.
2. Anak benih perlu dikorek dengan menggunakan sudip tangan
dengan cermat supaya akarnya tidak rosak.
3. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang disediakan.
4. Kejapkan tanah disekeliling anak pokok yang baru ditanam.
5. Siram.
6. Sungkupkan permukaan tanah di sekeliling anak benih yang
baru ditanam dengan menggunakan daun-daun lalang atau
daun kelapa.
PENJARANGAN:

- Bermaksud kerja membuang anak benih yang


tumbuh terlalu rapat dan anak benih yang
berpenyakit.
- Dilakukan pada anak benih yang disemai terus ke
batas.
- Dilakukan apabila anak benih mengeluarkan 4-5 helai
daun atau ketinggian 8 -10cm.
- Dilakukan dengan cara mencabut dengan tangan
atau memotong pangkal batang anak benih.
Tujuan penjarangan dilakukan:

1. Mengurangkan persaingan antara anak


benih bagi mendapatkan air, cahaya dan
nutrien.
2. Membuang anak benih yang kurang segar
atau berpenyakit.
3. Menghapuskan tempat pembiakan perosak
atau agen penyakit.
MEMILIH BIJIBENIH
- Pastikan membeli bijibenih yang tulin dan bersesuaian dengan iklim dan
tanah tempatan.
- Sayur-sayuran daripada jenis pendebungaan kacuk tidak dapat dijamin
ketulinannya dan tidak elok disimpan benihnya untuk ditanam semula pada
musim yang berikutnya.
a. Sayuran jenis pendebungaan kacuk ialah jagung,
timun,tembikai, labu air atau kuning, sawi pahit, kobis, kobis bunga
dan lobak.
b. Sayuran jenis pendebungaan sendiri ialah cili,
tomato, karot, kacang panjang, kacang buncis dan kacang botor.
- Kecergasan biji benih perlu diberikan perhatian (biji benih disimpan terlalu
lama dalam keadaan tidak terkawal.)
RAWATAN BIJIBENIH

 Semasa penyimpanan, biji benih mestilah


dalam keadaan kering dan kawasan
penyimpanannya berkeadaan sejuk.
 Untuk mendapat percambahan yang baik, biji
benih boleh dirawat dengan
merendamkannya ke dalam air panas (50oC
selama 5 – 10 minit) untuk membunuh
bakteria yang berada pada biji benih.
 Biji benih juga boleh dirawat dengan racun
kulat dan racun serangga sebelum
penyemaian.
MEMILIH BIJI BENIH YANG
BERMUTU:
- Ciri-ciri biji benih yang baik:
1. Dari varieti yang sesuai dengan keadaan iklim
2. Resistan terhadap serangan penyakit dan perosak.
3. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu.

- Biji benih yang baik dan bermutu mempunyai ciri-ciri yang


berikut:
i. Cukup matang – daripada buah yang cukup masak.
ii. Bernas – biji benih yang bernas ialah yang cukup berisi
kerana biji benih yang berisi dapat membekalkan makanan
untuk pertumbuhan embrio.
iii. Bebas dari penyakit dan perosak – Tidak berpenyakit atau
diserang oleh serangga perosak.
MENGUJI PERATUS
PERCAMBAHAN BIJI BENIH
 Biji benih yang dipilih boleh diuji peratus dan
kadar percambahannya.
 Seharusnya mempunyai % percambahan
yang tinggi. ( paling baik mempunyai %
percambahan >75%)
 % percambahan boleh ditentukan dengan
membuat ujian sebelum proses penyemaian.
LANGKAH-LANGKAH MENGUJI
PERCAMBAHAN BIJIBENIH:
a. Letakkan sekeping kertas turas ke dalam
ceper petri yang bersih.
b. Lembapkan kertas turas dengan air suling.
c. Pilih 20 biji benih dan masukkan ke dalam
ceper petri.
d. Tutup ceper petri dan biarkan beberapa hari
sehingga bijibenih bercambah.
e. Kira bijibenih yang bercambah selepas 3 – 5
hari.
f. Kira % percambahan biji benih.
FORMULA PENGIRAAN PERATUS
PERCAMBAHAN BIJIBENIH.

% Percambahan = Bil. Biji benih bercambah x 100


Bil. Bijibenih disemai

You might also like