You are on page 1of 15

Berita Transformasi Pertanian

Lembaga Pertubuhan Peladang Bil .2/2007 Edisi


Februari
 

ASAS PEMBIAKAN TANAMAN


Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai
kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas
pembiakan yang sama.  Asas pembiakan tanaman yang betul perlu
diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek
pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan


panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.  Di sini
diterangakn asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan
mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim


seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.  Biji
benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak
menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang
mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya.  Bagi tanaman yang
hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan
untuk mendapatkan baka yang tulen.  Pemilihan boleh dibuat dengan
mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

 pokok induk yang sihat


 buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan
perosak
 buah yang normal
 buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah
ladang

Pembiakan Vegetatif (Tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan


menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang,
pucuk daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak
mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga.  Kaedah pembiakan ini
kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan
pokok dengan baka tulen.  Kaedah ini juga dapat memendekkan
tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk
berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini
adalah terhad.  Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan
bebawang selalu dilakukan, tetapi kajayaan pembiakan ini bergantung
kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga
kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana


dan lembut.  Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa
mata tunas dipilih.  Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. 
Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal
ruas.  Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan
pokok yang disemai kekeringan.  Keratan disemai menggunakan
media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan
organik dan satu bahagian pasir).  Kaedah ini selalu digunakan bagi
membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang


lembut jenis herba dan renek.  Keratan rizom digunakan untuk
tanaman seperti kunyit dan halia.  Semaian yang dilakukan perlu
disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman
mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi


tanaman buah-buahan.  Tut melalui proses pembuangan kulit kayu
untuk tujuan pengakaran.  Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz
1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang
kulitnya.  Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon
penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.  Bahagian
tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari
luar.  Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah
atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon


pokok yang dikehendaki.  Cara ini dapat menjamin baka tulen
diperturunkan kepada anak oleh induk.  Terdapat berbagai kaedah
cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.  Kaedah ini
kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan
dan lain-lain lagi.

Disamping itu, pembiakan dengan kedah belahan rumpun boleh


dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun.  Ia dapat menghasilkan
tanaman yang banyak daripada satu induk.  Pokok dibelah kepada
beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam.  Tanaman yang
boleh dibiakkan dengan cara kebanyakannya terdiri daripada tanaman
hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam


terus tanpa perlu disemai.  Bahan tanaman dipilih daripada pokok
yang sudah tua atau matang.  Tanaman yang dibiakkan dengan cara
ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi.  Sayuran jenis
bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan


pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan
sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang
menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau
kemersial.

1. Keratan Batang/Sederhana

o Contoh Tanaman: Hibiscus sp

 Ambil bahagian dahan yang baru matang;

 Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun;

 Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar;

 Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium;

 Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;

 Letakkan semaian di tempat yang terlindung;

 Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam
lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

2. Keratan Batang/Keras

o Contoh Tanaman: Pokok Simpur

 Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang
telah lama matang;

 Buat keratan sepanjang 2m atau lebih;

 Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar;

 Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu;

 Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;

 Letakkan semaian di tempat yang terlindung;


 Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam
lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

1. Keratan dahan atau batang

o Keratan diambil sepanjang

o 10-15 cm

Daun di pangkal dibuang dan pangkal dicelup ke dalam hormon pengakaran Keratan ditanam di dalam medium
pengakaran sedalam 2-3 cm keratan hormon pengakaran
2. Pengeluaran secara plug

3. Sistem plug

4. Menyemai keratan sederhana keras

o Bunga hati berdarah

5. Mengakarkan kayu keras

6. Keratan daun

o Keratan bahagian daun, urat daun, tangkai daun dan helaian daun

Tangkai daun Keratan daun Keratan urat daun Urat daun dipotong
7. Cantuman tampal Menyediakan pokok penanti Menyediakan mata tunas Menyediakan tunas ke pokok penanti
Tampuk tunas Menempel Mengikat Tunas pokok baru Torehan lidah

8. Cantuman Cantuman dekatan (sandingan) Cantuman belahan

9.
o Cantuman baji bunga kertas

12456378
10. Tut Untuk pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain Pilih batang yang sesuai Dibalut dengan
plastik Tanah tut Tampal tanah tut pada kelaran Buat kelaran 3 cm mengelilingi batang 3 cm Tanah tut 2:1 (tanah peroi:
bahan organan 4:3:2 (habuk papan:tanah peroi:bahan organan) Jiffy 7s

11.
o Mengetut pokok

12. Penanaman

o Gunakan medium yang sesuai seperti

 3:2:1. Campur dengan sedikit baja organan, baja dan kapur

o Anak benih di tanam dalam bekas seperti polibeg

o Sebelum anak benih dicabut, siram terlebih dahulu supaya kerosakan pada akar dapat dikurangkan.
o Masa pemindahan yang sesuai ialah awal pagi atau lewat petang.

13.
o Penanaman

14. Terima kasih

SATURDAY, AUGUST 28, 2010

PEMBIAKAN TAMPANG
TUMBUHAN

Apakan dia Pembiakan
Tampang atauVegetative Propogation ?
Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian
vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan
tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan
secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah
paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya.
Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang
dibiak sekarang. Di Malaysia industri tanaman pitaya hampir musnah akibat
serangan penyakitErwinia kerana anakbenih yang digunakan semuanya dari
keratan yang mudah diserang. Artikel ini menulis teknologi mengenai
pembiakan tanaman secara tampang berdasarkan pengalaman penulid dan
proses pembelajaran dulu.
Kebaikan Pembiakan Tampang adalah boleh mendapatkan anak pokok yang
seragam (True-to-type) dengan pokok asal atau ciri-ciri anak pokok
menyerupai induknya, pokok cepat berbunga atau berbuah dan kebolehan
dibiakkan sepanjang tahun. Selain itu pembiakan tampang boleh dibuat
dengan jumlah yang banyak dalam satu masa serta dapat digunakan untuk
membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas.
Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan atau Keburukan dalam
Pembiakan Tampang seperti tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak
dengan cara ini. Kadang2 juga berlaku insiden dimana pemindahan penyakit
lebih mudah terutama penyakit virus. Kaedah Pembiakan Tampang ini juga
memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit.

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

Terdapat dua cara dalam perlaksanaan


pembiakan tampang di Malaysia iaitu dengan Kaedah Pembiakan
Semulajadi danPembiakan Cara Buatan. Kaedah bergantung kepada ini
kepada sifat semulajadi tumbuhan tersebut dan kesesuaiannya. Bagi
Pembiakan Secara Semula Jadi ada 6 cara iaitu RAYAPAN, SULUR, UMBISI,
BEBAWANG, RIZOM, TUBER dan AKAR TUBER. Kaedah Rayapan
(stolon) adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya
tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia
dan chlorophythum. Kaedah Pembiakan Sulur adalah dimana Anak atau
rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya kebanyakan
jenis Pisang (Ravenala) & Keladi. Pembiakan Cara Umbisiialah menggunakan
umbisi semulajadi untuk dijadikan benih seperti Keledek, Sengkuang,
Gladiolus, abaca dsb.

Pembiakan Kaedah Bebawang (leaf scale) dimana bebawang diambil dan


ditanam seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Lily, Amaryllis.Pembiakan
Kaedah Rizom dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah
permukaan tanah tumbuh sebagai pokok baru seperti halia, bunga tasbih,
iris, rumput dan kunyit. Pembiakan Cara Tuber seperti tanaman kentang
dan keladi dan Pembiakan Kaedah Akar Tuberdimana Akar yang membesar
dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar seperti tanaman dahlia,
keledek dan gloriosa. Kaedah terbaru iaitu Kaedah Pembahagian (Division
atau Quartering) boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan
tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih
kecil. Contoh kentang, bebawang.

Bagi Kaedah Pembiakan Secara Buatan terdapat 3 cara paling popular


dilaksanakan iaitu dengan membiakan tampang cara KERATAN,
CANTUMAN dan LENTURAN/ MENGETUT.

1. KERATAN 

Kaedah KERATAN dibuat pada daun ,


batangdan akar. Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan
keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras
dan keratan kayu hijau atau lembut. Caranya ialah dengan memilih dahan
atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan
anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu
mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurang-
kurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk.
Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan
di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah
berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA,
ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya
seperti jenama SERADIX.
Bagi Teknik Keratan Daun pula dijalankan
menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bunga-
bungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada
keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan
keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai
daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam
medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari
sebelah bawah daun. Pokok Begoniaboleh dibiak dengan meletak sehelai
daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh
dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai
daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

Bagi Teknik Keratan Akar dibuat dengan


memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-
kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di
dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan
paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak
mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok
sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan
pembiakan. Penulis pernah membiakan tanaman sukun di kampong dengan
banyak untuk diedarkan kepada penduduk kampong di Gersik, Muar, Johor
beberapa tahun dulu.
Penjagaan Keratan yang rapi adalah mustahak semasa pengakaran.
Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut
dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari
jangkitan penyakit. Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat
setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan.
Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder.
Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih
dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang
mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri
teduhan selama 7-14 hari.

2. CANTUMAN
Cantuman adalah satu kaedah pembiakan tampang yang biasanya digunakan
untuk membiak pokok buah-buahan. Kaedah ini berjaya membiakan tanaman
buah-buahan terpilih dengan kejayaan yang tinggi. Namun ianya sesuai juga
untuk pokok-pokok hiasan. Nurseri swasta dan Jabatan Pertanian ada
menyimpan pokok induk untuk dicantum dan diedarkan kepada petani.
Tanaman durian Raja Kunyit atau juga dipanggil Musang King atau D169
contohnya dicantum kerana menerima permintaan yang begitu tinggi pada
masa ini di Malaysia.

Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan


Cantuman dengan Kaedah Sandingan dijalankan dengan menyandingkan dua
anak benih dan mengikis bahagian kambium dikedua-dua batang/dahan anak
benih. Rapatkan bahagian tersebut dan ikat dengan 'plastic tape' dengan
kuat untuk elakkan air masuk. Biarkan untuk beberapa masa sehingga
sandingan melekat. Potong bahagian yang di kehendakki di bawah sandingan
dan akar penenti dibahagian atas.

b) Cantuman mata tunas


Cantuman menggunakan mata tunas adalah kaedah yang paling lazim
digunakan. Tunas dan pokok penanti dipilih dari bahan yang segar, tidak
berpenyakit, sesuai dan masa cantuman yang tepat. Beberapa kaedah
cantuman mata tunas ialah seperti Kaedah Cantuman 'T' , Kaedah
Cantuman Tampal dan Kaedah Cantuman Takuk. Semua kaedah ini boleh
dipelajari di pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia.
Kursus jangkapendek boleh dipelajari dengan menjalankan latihan teori dan
praktikal.

c) Cantuman Belahan
Kaedah Cantuman Belahan merupakan satu lagi teknik cantuman yang juga
di panggil sebagai 'Cleft Budding'. Teknik ini sesuai untuk dahan atau batang
muda dimana pokok penanti dibelah dua dan masukkan 'scion' kedalam
belahan dan ikat dengan kuat. Kaedah ini perlukan penjagaan yang lebih
diperingkat awal untuk mempastikan gabungan cantuman belahan ini cukup
kuat sebelum di alih kedalam polibeg. Kaedah cantuman belahan
mempunyai 3 teknik iaitu Teknik Belahan Tepi, Teknik Belahan Rencung dan
Teknik Belahan Baji.

Pokok Penanti (Stock Plant)


Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan
mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila
pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1
cm garispusat) untuk menerima mata tunas. Penyediaan pokok penanti
adalah dijalankan awal terutama untuk buah-buahan bermusim seperti
durian, rambutan, limau manis, mangga, manggis, cempedak dan
sebagainya. Biji benih yang dikumpul disemai dalam polibeg yang sesuai.

Mata tunas (Scion)


Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas
ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti
rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang
mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros. Pemilihan mata
tunas sangat kritikal dengan kriteria tidak terlalu tua atau tidak terlalu
muda. Mata tunas yang hendaak dibawa jauh perlu di balut dengan kertas
atau kain basah dan hendaklah di cantum dengan pokok penanti sebaik-
baiknya pada hari yang sama. Pengalaman penulis membawa mata tunas
tanaman koko pada pertengahan tahun 1980'an untuk program cantuman
koko dulu masih segar dalam ingatan.

Cara mencantum mata tunas


Kaedah Cantuman tampal imulakan dengan menyediakan pokok penanti
kemudian potong dua garisan daripada atas ke bawah iaitu panjang kira-kira
4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang
tajam dan bersih. Pemotongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak
antara garisan kira-kira 1cm. Buatkan satu garisan melintang di sebelah
bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh
dikopek. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan
yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas
daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.

Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas.
Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. Antara 20 -
30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. Kira2 satu
minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong
kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3
minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar.
Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok
penanti hendaklah dibuang.

Kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas
menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan. 

3. LENTURAN (Layering) 
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian
pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih
hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:


a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut)
Lenturan udara (tut)
Lenturan Udara merupakan teknik yang biasa di buat. Pembiakan cara ini
sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang
yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti
pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut dibuat dengan


menyediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat
senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya
selama masa dahan dalam proses pengakaran. Gunakan tanah campuran
biasa digunakan iaitu 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja
organik. Campur dengan 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian
isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik.

Cara memilih dahan yang sesuai untuk di tut ialah dahan dipilih daripada
pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan
mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm
garis pusat. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk
lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.

Cara mengetut dibuat dengan menyediakan kepalan campuran tanah sebesar


telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. Pilih dahan yang sesuai serta
buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua
dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. Kupas kulit
di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. Sapukan
hormon penggalak akar di kelaran atas dan Ikatkan plastik di bahagian
kelaran bawah. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang
telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua
hujungnya. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh
dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik. Benih yang
sesuai boleh diubah apabila sesuai digunakan.
Penulisan artikel diatas berdasarkan ingatan penulis ketika belajar di
Universiti dulu iaitu subjek yang agak menarik. Kini terdapat lebih 750
Usahawan Nurseri di seluroh Malaysia yang membuat perniagaan
pengeluaran benih tanaman. ZAgak-agak berapa juta anak benih keratan,
cantuman dan tut yang dikeluarkan oleh mereka dalam setahun?.....Belum
ada data yang menunjukkan keperluan dan pengeluaran anak benih di
Malaysia yang tepat pada masa kini. Wallahualam....

KERATAN, TUT DAN CANTUMAN....MEMBIAK POKOK...


BENIH DIJUAL....ADA YANG TAK ELOK...
KALAU BUAT SENDIRI....PASTI TAK DISOROK...
BELAJAR MEMBIAK BAKA....KENA SERONOK.....
http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/asas_biak.htm

http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/genetik/

Pembiakan tumbuhan
 
Hasil pembelajaran :
 
1.       Menghuraikan kaedah membiak varieti baru.
 
2.       Dapat melakukan tut dan cantuman tunas.
 
3.       Membandingbeza pembiakan seks dengan pembiakan aseks.
 
4.       Membandingbeza tut dengan cantuman.
 
 
Nota
 
Pembiakan
 
(a)    Kaedah seks :        gunakan biji benih
 
(b)    Kaedah aseks :      gunakan bahagian tampang
                             Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman,
                             organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.
 
Kaedah seks
 
1.     Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan
       untuk membentuk embrio
2.     Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah
3.     Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik
 
 
 
Kaedah aseks
 
1.     Keratan
         Cepat dan mudah dilakukan
         Bahan penanaman seragam
         Menggunakan bahagian batang, daun dan akar
         Jenis keratan ;         a. Kayu hijau/separa keras – dua hingga 6 buku
b. kayu keras – saiz lebih panjang
 
2.     Tut/markot
         Kaedah mengakar dahan pada pokok induk
         Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll.
         Kelebihan tut :         - bahan genetik sama dengan induk
         Kelemahan tut :       - bilangan bahan tanaman terhad
- tidak sesuai dijalankan pada dahan tua
- pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker  
  batang
- tiada akar tunjang
 
3.     Cantuman
         Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru
         Kelebihan :         - mempunyai akar tunjang
- hasilkan baka baru
- banyak mata tunas diperolehi
         Kelemahan :      - perlu kemahiran
         Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll
 
4.     Organ penyimpanan
 
Organ penyimpanan Contoh
Bebawang  bawang
Stolon  rumput Bermuda
Rizom  halia
Umbisi  keladi, pisang, Gladiolus
 
5.        Pembahagian rumpun
         Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam
         Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll
 
6.        Kultur tisu
         Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril
         Medium cecair steril – air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin
         Pokok yang dihasilkan dinamakan klon
         Tisu dikultur dinamakan kalus
         Tisu eksplan diambil dari sel meristem
         Medium pepejal steril - terdiri daripada medium cecair steril dan agar – agar
         Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar.
         Contoh : tanaman orkid dan pisang
 
 
 
 
                                      
 
 
 

You might also like