You are on page 1of 10

LATIHAN PADA 28/9/2009

SOALAN

1) Jelaskan sistem hidraulik pada traktor/jentera dengan gambar.

Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak,
jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi. Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik
dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik
menggunakan cecair sebagai bahantara. Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui
bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum
Pascal menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam bendalir pada satu titik yang tidak
bergerak adalah sama nilai dari semua arah.

Terdapat banyak sistem unit yang digunakan dalam sistem hidraulik terutama empat unit
yang biasa digunakan iaitu:

i) Unit Metrik (centipoise, Ns/m, stoke)


• Poise (simbol P) ialah unit kelikatan dinamik dalam gram sentimeter saat unit-unit. Ia adalah di
asaskan oleh Jean Louis Marie Poiseuille.
1 P = 1 g•sentimeter−1•s−1
Sistem Antarabangsa Unit (SI) adalah pascal saat (Pa•s).
1 Pa•s = 1 kilogram•m−1•s−1 = 10 P
Piose sering kali digunakan dengan awalan metrik centi-. Satu sentipoise merupakan satu millipascal
saat (mPa•s) dalam unit SI. (1 cP = 10-2P = 10-3 Pa•s) Sentipoise adalah sebenarnya singkat cP,
kecuali penyingkatan ganti cps dan cPs adalah juga biasanya digunakan.
Contohnya air mempunyai kelikatan 0.0089 poise pada suhu 25 °C, atau 1 sentipoise pada 20 °C.

Nombor S.A.E (Society of Automotive Engineering)


- untuk menentukan julat kelikatan Sybolt Universal Second (SUS) minyak pada suhu ujian S.A.E iaitu
pada 100oF dan 210oF.

ii) Redwood second


• unit bagi kelikatan kinematik di mana bacaannya diperolehi pada Redwood viscometers yang
biasanya digunakan di Britain dan tempat lain. Bacaan ialah masa, dalam saat, sebagai contoh ujikaji
dimana 50 milliliters cecair dibiarkan mengalir terus pada Redwood viscometers. Kelikatan dalam
centistokes adalah diberikan secara kasar oleh formula 0.260 t - (0.0188 / t ), mana t adalah masa
aliran dalam saat.

Sifat-sifat bendalir hidraulik:

- pelinciran yang baik


- kelikatan yang unggul
- kestabilan kimia dan persekitaran
- tahan api ( tidak mudah terbakar )
- ketumpatan yang rendah
- tidak mudah berbuih
- murah dan mudah didapati
- cegah karat

Fungsi-fungsi bendalir hidraulik


- penghantaran kuasa
- pelinciran kepada bahagian yang bergerak
- sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu
- pelenyap haba

Jenis-jenis bendalir hidraulik

1.Air
masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana bendalir itu dikadar alirkan.
Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan.

2.Minyak galian
ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan penambah editif dicampur bagi
memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan yang tinggi dan rintangan kepada
pengoksidaan.
Keburukannya adalah mudah terbakar.

3.Bendalir tahan api


Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh menyokong pembakaran
apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya adalah:
- ia tidak mudah terbakar
- mempunyai graviti tentu yang tinggi
- harganya mahal
- masalah penyesuaian dengan bahan penyendal
Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu

a) Sistem pusat terbuka

b) Sistem pusat tertutup

Sistem Pusat Terbuka

Rajah 1 sistem pusat terbuka

Kendalian

Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap kawalan arah berada
dalam kedudukan tengah (neutral). Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam
melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki. Apabila injap dikendalikan, minyak
akan diarah ke silinder untuk menaik atau menurunkan beban. Pam mesti membina tekanan terlebih
dahulu untuk melakukan kerja. Contoh seperti Lori tanah.

Sistem Pusat Tertutup

Rajah 2 sistem pusat tertutup

Kendalian

Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan
neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam
hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke
motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak Apabila injap
dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan membolehkan pam kembali beroperasi. Contohnya,
pam air
2) Jelaskan sistem pencucuhan

Distributor adalah sebahagian komponen yang terdapat pada sistem penyalaan. Tujuan
sistem penyalaan ialah mewujudkan percikan api untuk membakar campuran bahan api dan
udara di dalam silinder enjin. Ia mesti dilakukan tepat pada masanya dan memberikan
percikan api sehingga beberapa ribu per minit untuk setiap silinder. Jika timing percikan tidak
tepat, enjin tidak berfungsi dengan baik atau berfungsi langsung. Sistem penyalaan
menghantar voltan yang tinggi ke spark plug pada setiap silinder apabila piston berada pada
kedudukan TDC pada lejang mampatan. Hujung setiap spark plug terdapat gap / kelegaan
yang membolehkan voltan elektrik melompat untuk dibumikan. Pada masa itulah percikan
berlaku. Tugas distributor adalah untuk memberikan arus elektrik yang terputus-putus/
berselang seli kepada spark plug melalui high tension cable. Distributor dipacu oleh camshaft
dimana lebih laju ia berpusing/ dipacu lebih banyak percikan akan terjadi.

Jenis karburator mengikut sistem penyalaan


Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models

Rajah 3 Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models

Untuk membolehkan enjin berjalan lancar, ada menjadi kemestian dimana percikan api
membakar campuran bahan api dan udara di dalam ruang pembakaran pada yang tepat
berkadaran dengan kelajuan enjin dan muatan. Sistem penyalaan adalah berasaskan
menerima voltan tekanan rendah dari beteri kepada ignition coil, dimana ia ditukarkan
kepada voltan bertekanan tinggi. Voltan bertekanan tinggi ini cukup untuk membolehkan ia
melompat gap yang terdapat pada spark plug di dalam silinder beberapa kali sesaat dibawah
keadaan mampatan yang tinggi.

Sistem penyalaan terbahagi kepada dua litar; litar tekanan rendah dan litar tekanan tinggi.
Litar tekanan rendah terdiri daripada bateri, menghala ke starter solenoid, ke ignition switch
kemudian ke ignition coil. Disini, voltan ditukar menjadi tekanan tinggi dan kemudian
dihantar ke contact breaker point dan condenser didalam distributor.

Litar tekanan tinggi terdiri daripada secondary coil, kemudian ke tengah distributor cap,
rotor arm, high tension cable dan spark plug.

Sistem ini berfungsi mengikut cara berikut. Voltan tekanan rendah ditukar didalam coil
kepada voltan tekanan tinggi dengan bukaan dan tutupan contact point pada litar tekanan
rendah.

Rajah 4 Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models


Rajah 5 Mechanical Ignition System

Operasi palam pencucuh


Palam pencucuh disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan voltan tinggi
ataupun magneto. Sambil elektron mengalir dari gelung, beza keupayaan terbentuk antara
elektrod tengah dan elektrod bumi. Tiada arus dapat mengalir kerana udara dan bahan api
merupakan penebat, tetapi sambil beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah
struktur gas berhampiran elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan dielektrik gas, gas
sekeliling diionkan. Gas terion menjadi pengalir dan membenarkan elektron mengalir
merentasi jurang. Semasa arus elektrik mengalir merentasi jurang, suhu bunga api naik
setinggi 60,000K. Haba yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas terion mengembang
dengan cepat, seperti letupan kecil. Inilah bunyi "klik" yang kedengaran semasa bunga api
terhasil, sebagaimana kilat dan guruh. Bunga api yang terhasil kemudiannya membakar
campuran udara-bahan api di dalam kebuk pembakaran.
Secara ringkasnya..

 Sistem pencucuhan membekalkan voltan tinggi ke palam pencucuh untuk mencucuh


campuran udara dan bahan api dalam kebuk pembakaran.

 Distributor merupakan rumah peranti suis yang ditambah dengan mekanisme lajakan
pemasaan empar dan vakum. Sesetengah sistem meletakkkan peranti di luar rumah
distributor.

 Pemasaan pencucuhan terus berkait rapat dengan kedudukan aci engkol. Janakuasa
denyut magnet dan penderia kesan hall menggunakan penderia kedudukan enjin. Ia
menjana isyarat elektrik pada masa tertentu ketika putaran aci engkol. Isyarat ini
memicu peranti suis elektronik ke pemasaan pencucuhan lajakan.

 Litar utama membekalkan voltan rendah ke belitan gegelung pencucuhan. Ia


membentuk medan magnet dalam gegelung.

 Litar sekunder membawa pusuan voltan tinggi ke palam pencucuh. Bagi sesetengah
sistem, litar daripada gegelung melalui pengagih ke palam pencucuh.

3) Jelaskan sistem keselamatan di ladang

Ketika di ladang, pelabagai aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan untuk memastikan
suasana kerja dalam persekitaran yang teratur dan selamat tanpa sebarang kemalangan.
Antara aspek keselamatnnya ialah:

a) Keselamatn pemandu

b) Keselamatan peralatan

c) Keselamatan persekitaran

Keselamatan pemandu

 Dilarang memandu dengan laju

 Matikan sis utama jika berada dalam kecemasan

 Dilarang membawa muatan lain. Contohnya cangkul.

 Memakai pakaian yang kemas

 Jangan benarkan orang awam menumpang

 Gunakan kasut yang bertapak getah dan tidak terlalu tebal agar mudah untuk
menekan pedal.

 Elakkan memakai perhiasan diri


 Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang hendaklah diikat supaya tidak
mengganggu sewaktu bekerja. Bagi yang bertudung, tudung hendaklah diikat dengan
kemas.

 Sentiasa berwaspada dengan arahan dari rakan yang berada di bawah

Keselamatan peralatan

 Pengilangan mesin dan peralatan perlu disahkan untuk memastikan bahagian yang
merbahaya adalah selamat dikendalikan.

 Bahagian atau peralatan yang bergerak perlu mempunyai pelindung dalam bentuk
penutup, pembalut dan sebagainya

 Penggunaan mesin dan peralatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
menggunakannya

 Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai


penggunaannya.

 Sentiasa berhati-hati ketika menggunakan peralatan dan mesin

 Penggunaan peralatan dan mesin yang teratur dan betul adalah penting bagi
mengelakkan dari cepat rosak.

4) Jelaskan kaedah mengurangkan gelinciran roda jentera

Gelinciran roda jentera dapat dikurangkan dengan pemasangan cage wheel bagi jentera di
sawah padi. Cage wheel di pasang pada tayar belakang traktor adalah untuk memberi
cengkaman pada tanah supaya tayar yang besar seperti tayar traktor dapat mencengkam
tanah dengan baik daripada tergelincir. Cage wheel mempunyai bentuk seperti kincir angin.
Cage wheel ini diperbuat daripada besi.

5) Jelaskan sistem penghantaran kuasa pada jentera

Rajah 5 sistem penghantaran kuasa


Rajah 6 komponen sistem penghantaran kuasa

Sistem penghantaran kuasa merupakan penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk
mengerakkan kendaraan seperti jentera. Ianya merupakan kumpulan gabungan syaf putar,
syaf pandu, kotak gear, klac, unit karbeda dan sendi universal.

Syaf putar- menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit
kerbeda seterusnya ke roda.

Syaf pandu- menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda
hadapan.

Kotak gear- terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan
Dipasang selepas pepasangan klac.
- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan
beban pada kenderaan
- mewujudkan gear maju, undur dan bebas
- menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
- membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam
keadaan neutral

rajah 7 kotak gear

Klac - menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya:
- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar
- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar
- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada
dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac
rajah 8klac

Unit karbeda - untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok.
Apabila kenderaan membelok,kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan
gear matahari sebelah dalam mempunyai lebih rintangan.
Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan
hanya bergolek pada yang banyak rintangan.
ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas daripada
roda sebelah dalam
Menservis unit kerbeda bagi modul penghantaran,anda perlu mahir untuk
mengeluarkan dan menggantikan minyak kerbeda.

You might also like