You are on page 1of 6

Teknik Penghasilan dan Pembuatan Keris

Proses penghasilan terdahulu

Keris memerlukan hasil pertukangan yang tinggi untuk dihasilkan. Hasil kraftangan yang
ditonjolkan bukan sahaja memaparkan ketinggian seni dan nilai malah turut mencerminkan
warisan kebudayaan melayu yang sejati. Menurut petua orang terdahulu, untuk menghasilkan
sebatang keris seorang tukang pandai besi perlu melihat dan mentafsir beberapa perkara
sebelum menghasilkan keris yang ditempah oleh seseorang. Antara perkara yang dilihat
adalah seperti hari lahir, tarikh lahir dan nama ibu bakal pemilik keris tersebut. Mata keris
kemudiannya akan mula dibuat pada hari selasa selama tujuh hari.

Mata keris ini juga perlu menepati empat unsur alam yang utama seperti air, angin, api dan
tanah. Angin dikatakan merupakan salah satu unsur yang akan meniup api yang digunakan
untuk membakar besi manakala unsur air digunakan sebagai elemen untuk merendam besi
yang dipanaskan oleh unsur api agar besi yang digunakan lebih sebati. Unsur tanah pula
merupakan asal besi yang digunakan sebagai mata keris itu diambil. Setelah selesai proses
penempaan, tukang besi akan meneruskan proses penyempuhanan besi. Ini adalah bagi
menghasilkan mata besi yang empuh, keras dan lebih mantap. Besi yang telah dipanaskan
dalam dapur api, kemudiannya akan dimasukkan kedalam air dengan kadar yang segera bagi
mempercepatkan percantuman molekul besi yang dicairkan agar ia menjadi lebih keras dan
kuat. Setelah siap bentuknya keris akan direndam kedalam air belerang yang mengandungi
garam dan limau nipis selama beberapa hari dalam kiraan ganjil.

Seorang pandai besi juga dikatakan perlu mematuhi beberapa pantang larang semasa
menghasilkan keris. Antara pantang larang yang perlu dijaga adalah seperti tidak bercakap
perkara yang sembarangan semasa membuat keris. Wanita juga tidak dibenarkan memasuki
tempat keris dibuat dan seorang pandai besi harus mengetahui seni penghasilan dan berpuasa
sebelum memulakan proses penghasilan sebilah keris. Terdapat juga andaian yang
mengatakan seorang pandai besi perlu meneroka dan mencari bahan utama di kawasan
pergunungan dan berbukit bagi menambahkan hikmat keris yang dihasilkan. Keris pada
zaman dahulu biasanya akan diulik dan dijampi besi yang digunakan bertujuan untuk
memasukkan amalan supaya besi lebih bermaya dan berhikmat. Setelah proses ulikan
dilakukan, keris kemudiannya akan dibuat pada keesokan harinya. Namun sekiranya terdapat
halangan seperti tersepak atau tersadung, seorang pandai besi akan menangguhkan proses
pembuatan keris dan meneruskan pada hari yang sesuai.
Untuk menghasilkan sebilah keris, logam yang digunakan adalah dari campuran emas, perak,
gangsa dan suasa yang digunakan sebagai penambah bisa. Setiap bilah keris mengandungi
besi campuan yang dipanggil ‘pamor’ kerana setiap besi yang dicampurkan mengandungi
unsur kekuatan tertentu. Setiap bilah keris yang mempunyai pamor akan mendatangkan tuah
kepada pemiliknya kerana ia mengandungi rahsia tertentu. Antara rahsia yang terkandung
dalam setiap besi adalah :

- Besi Waja : Mempunyai rahsia keras lagi tajam.


- Besi Putih berwarna perak : Mempunyai rahsia kemudahan rezeki.
- Besi Tarung : Mempuyai rahsia berbisa lagi tajam.
- Besi Kelipan Miang : Mempunyai rahsia kedamaian.
- Besi Kuning Keemasaan : Mempunyai rahsia kekebalan, kemudahan rezeki dan
dihormati.

Bagi generasi kini, walaupun amalan dan pantang larang sudah tidak diamalakan namun
warisan terdahulu harus dikaji dan dijadikan satu panduan dalam amalan masyarakat kini.
Orang terdahulu mementingkan adat dan peraturan didalam setiap perkara yang dilakukan
termasuk semasa menghasilkan keris. Sebagai contoh, pandai besi akan memakai pakaian
serba kuning ketika menempa keris Diraja. Mereka akan memakai pakaian hitam dan
berbengkung merah ketika menempa keris hulu balang dan pahlawan manakala memakai
pakaian biasa ketika menempa keris orang kebanyakan. Ini menunjukkan, orang terdahulu
mementingkan adat dan peraturan bagi setiap perkara yang dilakukan. Ini juga bertujuan bagi
menjaga maruah dan taraf orang yang menempahnya.

Walaupun orang terdahulu tidak mempunyai teknologi dan ilmu yang mendalam, namun
kaedah dan petua yang diamalkan dengan penuh yakin menjadikan mereka masyarakat yang
teguh dan berani terutama dalam sifat terhadap penghasilan hasil pertukangan seperti keris.
Justeru itu tidak hairanlah kehebatan masyarakat melayu dapat diserlahkan melalui seni
pembuatan keris sebagai alat untuk mempertahankan diri. Orang melayu telah mula menempa
dan menggunakan keris sejak lima ratus tahun dahulu. Masyarakat kini harus meneliti dan
menilai proses penghasilan sebilah keris orang terdahulu dan mengambil inisiatif terhadap
usaha yang dilakukan sehingga menjadikan keris satu hasil kraf pertukangan yang diiktiraf
dunia.
Proses penghasilan kini

Bahan Utama

- Nikel
- Logam besi
- Baja

Nikel digunakan sebagai bahan asas pamor. Warnanya yang putih kebiru-biruan mempunyai
sifat yang keras dan mudah kusam. Biasanya nikel dijual dalam bentuk batang dawai. Untuk
menghasilkan sebilah keris biasanya 1 ons nikel diperlukan.

Logam besi yang digunakan untuk membuat keris biasanya terdiri daripada jenis besi putih.
Logam besi jenis sebegini mengandungi kadar karbon yang rendah. Logam besi ini
kemudiannya harus dibersihkan daripada bahan campuran yang lain. Cara untuk
membersihkan logam besi ini dinamakan sebagai ‘membesut’. Pada kebiasaanya, untuk
menghasilkan sebilah keris sebanyak 15 kg logam besi diperlukan. Ini adalah kerana setelah
dijalankan proses membesut logam besi yang tinggal adalah sekitar 8 kg sahaja.

Bahan ketiga yang digunakan adalah baja. Baja digunakan sebagai bahan untuk menguatkan
dan mengukuhkan sebilah keris yang dihasilkan. Baja yang baik adalah baja yang
mengandungi sifat ulet dan untuk menghasilkan sebilah keris pula, sebanyak 1 kg baja
diperlukan.
Langkah-langkah yang digunakan

1) Besi dibakar sampai membara dan proses membesut dilakukan.


2) Penempaan dilakukan semasa sewaktu besi masih membara. Proses ini diulangi
berulang kali sehingga besi menjadi bersih daripada bahan lain yang terdapat padanya.
3) Kemudian besi yang telah melalui proses membesut akan dipotong menjadi dua
bahagian yang sama panjang.
4) Nikel kemudiannya ditempa tipis setebal kira-kira 1 mm dan kemudiannya diletakkan
di tengah-tengah besi yang telah dipotong tadi. Seterusnya Nikel diikat dengan dawai.
5) Campuran dua bahan diatas kemudiannya dibakar dan ditempa sehingga melekat
sebati menjadi satu. Besi yang dicantumkan ini dinamakan sebagai ‘pamor’. Proses
ini diulangi sehingga terbentuknya pamor yang terdiri daripada 32 lapisan. Kemudian
pamor ini akan dipotong menjadi dua bahagian tertentu.
6) Proses berikutnya adalah dengan menepa baja seberat 1 kg sehingga menjadi senipis 5
mm dan dilekatkan di tengah pamor yang telah dipotong. Keris kemudiannya akan
dibentuk menjadi keris berlok atau keris lurus.
7) Proses penghalusan dilakukan dari bekas penempaan dengan mengunakan kaedah
kikiran.
8) Langkah terakhir adalah melalui proses menyepuh. Keris akan dibakar sampai
membara dan direndam dalam air selama 24 jam.

Bilah keris yang baru dihasilkan akan dirawat dan perlu melalui proses cucian untuk
menghilangkan kesan kotoran yang terdapat pada bilah mata keris. Bisanya mata yang
dihasilkan akan diukir dengan menulis nama tertentu pada bilah mata keris. Untuk
menimbulkan ayat, gam akan digunakan untuk menulis atas mata keris.
Alat yang digunakan

Alat Kegunaan
1) Musang Merupakan alat yang paling penting dalam pertukangan besi.
Musang diperbuat daripada kayu dan mempunyai bentuk seperti
tong yang panjang. Bentuk sebegini berfungsi untuk mengepam dan
menghembuskan angin yang terperangkap dan masuk kedalam
saluran dapur. Musang sangat penting untuk mengawal bekalan
angin yang digunakan semasa menempa besi. Di Perak ia dikenali
sebagai ‘kelubung’ manakala di Kelantan ia dikenali sebagai
Hembusan.
2) Andas Andas merupakan sekeping besi tebal yang berbentuk jongkong
timah. Ia digunakan sebagai landasan dan dilekatkan pada seketul
kayu yang tinggi. Andas berfungsi sebagai landasan tempat untuk
mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.
3) Lepa Lepa adalah sejenis alat yang digunakan untuk memotong besi.
Bentuk mata Lepa adalah kelihatan seperti pahat dimana ia
digunakan untuk mengetuk besi yang panas. Tukul digunakan untuk
mengetuk mata Lepa yang diikat pada buluh yang diikat kemas.
4) Tukul Tukul digunakan untuk menempa alat-alat besi yang mempunyai
mata nipis. Tukul puting yang berbentuk segiempat pula digunakan
untuk memasukkan puting keris / parang ke dalam hulunya.
5) Kikir Kikir berfungsi sebagai alat untuk melicin dan menghaluskan mata
senjata yang telah dibentuk. Kikir boleh didapati dalam pelbagai
bentuk dan saiz.
6) Penyepit Penyepit digunakan untuk memegang besi yang panas ketika kerja
menempa dilakukan.
7) Penyepuh Penyepuh merupakan tong kayu yang berukuran 91.44.cm panjang
dan tinggi seta lebar sebanyak 30.48 cm. Ia digunakan sebagai alat
untuk merendam dan menyepuh besi yang telah dibentuk, dikikir
dan ditempa. Ini adalah bagi menjadikan besi lebih sejuk, kukuh
dan tahan lama.

8) Penangi Kegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi
bulat dan sesuai untuk dijadikan hulu keris.
9) Jara Sila Jara sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu atau
pemegang keris
10 Temin Temin digunakan sebagai alat pengukuh alatan besi di pangkal
) hulu. Temin biasanya diperolehi daripada pembelit tong kayu.
11 Arang Arang digunakan sebagai bahan api untuk membakar.
)

1) Musang 2) Andas 3) Lepa

4) Tukul 5) Kikir 6) Penyepit

7) Penyepuh 8) Penangi 9) Jara Sila

10) Temin 11) Arang

You might also like