You are on page 1of 1

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik.

Parti-parti politik zaman sekarang banyak menimbulkan dan membangkitkan isu-isu


perkauman. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak
akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Politik perkauman ini boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman
jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Perkara
ini akan mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain
itu,semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana
masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang
bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran nilai antara etnik


Cabaran ini menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih
ketara dalam masyarakat majmuk. Setiap golongan etnik mempunyai agama, bahasa
dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini
mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama
dalam membuat sesuatu keputusan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal
kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi
yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-menghormati
dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu
masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini
adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa
yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga
mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.
golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan
menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam
kehidupan seharian mereka.

You might also like