You are on page 1of 29

SEJARAH BOLA SEPAK

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah

wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga

telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang

mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.

Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan

bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan

pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah

ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya

menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang

ini kemudian berkembang menjadi undang – undang bola sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan

Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini

ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil

persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan

Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola

sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen

dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat

professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola

1
sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat

perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola

sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football

Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga

2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada

200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan

peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam

popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti

tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.

Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang

mewakili Malaysia dan dikawal sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke

1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun ia nampak

bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di

Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 dan juga mencipta kejutan apabila

2
menewaskan Korea Selatan 1-0 pada tahun 2010 dalam perlawanan persahabatan

antarabangsa. Musuh tradisi Malaysia pada masa dahulu ialah Korea Selatan. Namun

apabila bola sepak Malaysia mula merudum sekitar tahun 90an dan awal tahun 2000,

musuh tradisi pasukan Malaysia pada masa kini ialah Singapura dan Indonesia.

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai

pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di

Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak

kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi

pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam

Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani

Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton

dan Stanley Gabriel.

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini

sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan

pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama

seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan,

Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[1] Malaysia berjaya melayakkan diri ke

Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan

Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi

pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974

di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia

berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

3
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi

pemain legenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan

Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di

Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana

ketangkasannya, menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi

kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan

Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak

dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat

menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan

"overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang),

Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk

Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya

sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda

bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam

skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus

menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman

Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong

tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang

pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah

4
sekali bermain untuk RC Strasbourg)d an Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama

dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah,

masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan

kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah

pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga

melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung

perlawanan tempatan ke perlawanan Eropaj yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan

minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya

daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23

tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia

apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada

temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan

ini, FAM manaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan

seterusnya.

Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih

skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis.

Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa.

Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad

5
Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu

tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan

Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia

bukanlah semudah yang beliau sangkakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi

terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan

pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara.

Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala

pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam

kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan

kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah

membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan

akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada

China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.

Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan

dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan

kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk

dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

6
Era Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan

seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih

kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004.

Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon

untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya

telah bersetuju mengambil Bicskei.

Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger

2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media

tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan

Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan

kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak

kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri

menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.

Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada

8 Jun 2005, Bicskei, telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang

pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati

dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah

ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan

persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya

sendiri.

7
Era Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya

kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam

hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad

Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi

pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke

separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti

oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas

persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia

tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

Era B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku

ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah

23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia

beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan

Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa

Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas

menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke

perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan

8
kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada

perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia

akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir

pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi

tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan

Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia

perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami

kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut

menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan.

Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan

pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga

Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009,

kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.

Era K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April

lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas

Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0

ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan

dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha

Abd. Razak.

9
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah

23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad

bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di

arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di

Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia

seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke Separuh Akhir, apa lagi

menamatkan kemarau Pingat Emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan

kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas

kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan

insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak

diberikan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah

menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa

mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Perlawanan ketiga kumpulan A memperlihatkan pasukan Malaysia yang sedikit goyah

akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap

berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand,

Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu

dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir

perlawanan. Melangkah ke Separuh Akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti

Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat

2 pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan 2 gol,

lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusam 3-1. Dalam

10
perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog",

berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

SEJARAH BOLA SEPAK KELANTAN

Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak

tertua di pantai timur Malaysia. Pasukan ini juga dikenali sebagai Kijang Emas, Red

Warriors dan The Red Killers.Pasukan ini bukanlah sebuah pasukan yang boleh

dikatakan memberi tentangan sengit kepada pasukan lain dalam kancah bola sepak

Malaysia. Dari segi kejuaraan, Kelantan FA tidak pernah bergelar juara samaada dalam

saingan liga domestik atau saingan Piala Malaysia dan juga Piala FA. Namun pasukan

ini pernah layak ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia pada tahun 1955, 1970 dan

2009. Manakala saingan Piala FA, pasukan Kelantan FA bergelar Naib Juara pada

tahun 2009 setelah kalah kepada pasukan Selangor FA dalam penentuan sepakan

penalti dengan keputusan 4-1.

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi

bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh

kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang

berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar

Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi

melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini

kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh

11
Jabatan Pelajaran Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.

Era Ketua Jurulatih Peter James Butler

Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah

kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain

tengah kelab bola sepak West Ham United era 90-an pasukan Kelantan FA berjaya

melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu Liga tertinggi dalam Liga bola sepak

Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke pentas

final Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990,

walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-

4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya

melangkah masuk ke pentas final Piala Malaysia pada tahun yang sama, walaupun

Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai Ketua Jurulati Kelantan FA

seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, Beliau telah meninggalkan satu

sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara

pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Era Ketua Jurulatih B.Sthianathan

Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Jurulatih Peter

James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009.

Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan

melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan B.Sathianathan dalam meneruskan

12
kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke

pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan FA sebelum tewas 1-3. Tahun

2010 B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai

Ketua Jurulatih pasukan Kelantan FA bagi menghadapi musim liga Malaysia tahun

2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan Negeri Kelantan dalam merangkul

Piala-piala yang dipertandingkan. Namun begitu Beliau gagal membawa pasukan

Kelantan FA melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas

mengejut kepada pasukan Kedah FA melalui penentuan jaringan di tempat lawan,

keadaan ini menyebabkan Penyokong-penyokong mula hilang kepercayaan kepada

beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen liga super dan

kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan

sebagai Ketua Jurulatih.

Logo Pasukan Bola Sepak Kelantan

13
ORANG KUAT DISEBALIK KELANTAN FA

Pengerusi : Tan Sri Annuar Musa

Pengurus Pasukan

Tahun Pengurus

2009-2009  Peter James Butler

2006-2008  Ahmad Jazlan Yaakub

2005  Haji Azman Ibrahim

1998-2002  Datuk Wan Hashim Wan Daud

Ketua Jurulatih
SEKARANG Azman Ibrahim

Tahun Jurulatih

2009-
 B. Sathianathan
sekarang

2009  Peter James Butler

2008  Regis Laguesse

2008  Norizan Bakar

2007  Anizan Daud

14
2007  Haji Kamaruddin Mohamad

2005-2006  Abdul Rahim Ahmad

2003-2004  Abdullah Mohamad

2001-2002  K. Rajagopal

2000  Abdul Rahim Ahmad

1999  Mosthakeen Omar

1996-1997  Kelly Tham

1994  Milous Kvacek

1993  M. Karathu

1992  Horst Heese

1991  Milan Duricic

1989  Majid Ariff

15
Senarai Pemain (Musim 2010)

No No
Posisi Pemain Posisi Pemain
. .
1 GK Syed Adney Syed Hussein 16 MF Mohd Badhri Mohd Radzi
2 DF Azizi Matt Rose Mohd Rizal Fahmi Ab
17 DF
3 DF S. Subramaniam Rosid
5 MF Khairan Eroza Razali Wan Zaman Wan
6 DF Mohd Farisham Ismail 18 MF
Mustapha
7 FW Mohd Nizad Ayub
19 GK Khairul Fahmi Che Mat
8 MF Mohd Shakir Shaari
20 MF Zul Yusri Che Harun
9 FW Norshahrul Idlan Talaha
21 DF Sharudy Aziz
10 MF Mohd Norfarhan Mohamad
22 GK Mohd Shahrizan Ismail
11 FW Che Hisammudin Hassan
23 FW Indra Putra Mahayuddin
12 GK Khairul Fahmi Che Mat
24 DF Zairul Fitree Ishak
13 FW S. Chanthuru
25 GK Mohd Halim Napi
14 FW Akmal Rizal Ahmad Rakhli
27 MF Mohd Zamri Ramli
15 DF Mohd Daudsu Jamaluddin
Mohd Ramzul Zahini
30 FW
Adenan
20 MF Hairuddin Omar

16
Senarai Bekas Pemain Luar Negara

  Marco Kraljevic

  Sandro Radun

  Riyadh Abbas

  Fail Nizamovich

  Suriya Domtaisong

  Sarif Sainui

  Syed Bukhari

  Worrawoot Srimaka

  Boonpob Praphot

  Luis Pablo Pozzuto

  Gustavo Alberto Romero

  Dimitre Kalkanov

  V. Sundramoorthy

  Andrew Amakuro Inerepamo

  Haruna Al Hassan

  Enock Bentil

  David LeBras

  Mohamadou Moustapha Mane

17
Stadium

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi Pasukan

Kelantan FA, Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam

satu-satu masa. Dalam saingan liga super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah

penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi

setiap sudut dan ruang di Stadium ini. Pasukan Kelantan FA tidak pernah kalah kepada

pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walaubagaimana pun

rekod tanpa kalah pasukan Kelantan FA di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan

Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Stadium Baru

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak

Amatur Kelatan (KAFA) telah menggumunkan perlunya sebuah stadium baru bagi

menggantikan stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai

kemudahan asas moden. Jesteru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu

permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana

kewangan untuk membina sebuah stadium yang baru yang mungkin dibina di Mukim

Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan

permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan

18
peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar

Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit

perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada

masa yang akan datang.

Penaja Pakaian

Years Kit Supplier

1995-2001 Adidas

2002-2008 Nike

2009 Sportzone

2010 Umbro

Penaja Liga

19
Years Sponsor

1984–2003 Dunhill

2004–2010 TM

Penaja Pasukan

Years Sponsor

2009-
Syarikat Penerbangan AirAsia
2010

2009-
Syarikat Al Hamra
2010

2010 Syarikat Akhbar Sinar Harian

2010 Syarikat Yusmira Trading

PENCAPAIAN

Pencapaian Domestik

20
Pertandingan Juara Naib Juara

Piala Malaysia 1955, 1970, 2009 (3x)

Piala FA 2009

Divisyen 1/Perdana 1/Liga 2000

Perdana (1x)

Piala FAM 2005

(1x)

Rekod Kejayaan

Tahu Pertandingan Jaringan Lawan Catatan

21
n

1953 Piala FAM 1-1 Selangor FA Juara Bersama

1954 Piala FAM 2-1 Combined Juara

Services

1963 Piala FAM 0-7 Singapura Naib Juara

1971 Piala FAM 2-5 Penjara (PDRM) Naib Juara

1972 Piala FAM 1-2 Selangor FA Naib Juara

2000 Liga Perdana 2 - - Juara (Format

Liga)

2005 Piala FAM 2-0 Shahzan Muda Juara

FC

2005 Piala Agong 2-2 (5-6 Penalti) Pahang FA Naib Juara

2005 Piala Emas Raja- 0-1 Kedah FA Naib Juara

Raja

2006 Piala Emas Raja- 5-1 ATM Juara

Raja

22
2009 Piala Emas Raja- 4-0 Pulau Pinang FA Juara

Raja

2009 Piala FA 1-1 (Kalah penalti Selangor FA Naib Juara

4-1)

2009 Piala Malaysia 1-3 Negeri Sembilan Naib Juara

FA

KONTROVERSI TERHANGAT KELANTAN FA

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen Piala FA

separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi

detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca

ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan

semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan

yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri

Sembilan FA, Zakuan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api

kemarahan penyokong-penyokong Kelantan. Setelah tamat permainan, keadaan dalam

Stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang

tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga di arah keluar oleh pihak

Polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar Stadium hampir 2000

orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan Stadium dengan membakar

23
kenderaan pasukan Polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam.

seramai 100 orang pasukan Polis Persekutuan dan anti rusuhan telah di arahkan untuk

mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang

berlaku pada malam kejadian itu. Akibat kejadian yang berlaku, Persekutuan Bola

Sepak Malaysia (FAM) telah menggangtung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium

Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih Stadium

berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan

Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut

didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku.

BIODATA PEMAIN PILIHAN

SYED ADNEY BIN SYED HUSSEIN

24
Pasukan Kebangsaan : Malaysia

Pasukan Kelab : Kelantan FA

Posisi : Penjaga gol

Perlawanan Peringkat antarabangsa: 6 kali

Tarikh lahir : 29.11.1986

Tempat lahir : Liverpool

Tinggi : 1.88 m

No jersi : 1

Permulaan karier : 2004 – Selangor bawah 19

2005-2006 – Selangor President Cup Team’s

25
Keanggotaan mengikut musim :

Musim Kelab Perlawanan Menyelamatkan Gol


2010 Kelantan FA 1 0
2009 UPB / My Team 0 0
07/08 UPB / My Team 0 0
06/07 Selangor FA 0 0

REFLEKSI

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan

mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era

26
60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan

Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-144 ranking

FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan

kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda

perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan pengurusan

ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam

lapangan sukan.

Kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak kita kerana hingga kini

prestasi pemain kita hanyalah biasa-biasa sahaja. Bakat-bakat baru hendaklah

dicungkil dan diberi peluang untuk mengasahkan lagi bakat mereka yang sedia ada.

Selain itu, kemudahan seperti stadium dan peralatan-peralatan sukan hendaklah

disediakan dan ditambah baikkan.

Pada pendapat saya, anugerah pemain terbaik untuk setiap musim perlu

diadakan dan patut diberi imbuhan yang sewajarnya oleh FAM untuk memeriahkan lagi

arena bola sepak di Malaysia. Justeru dapat meningkatkan lagi semangat pemain untuk

merebut takhta pemain terbaik dan secara tidak langsung menambahkan mutu dalam

setiap perlawanan yang disertai.

Saya berharap agar arena bola sepak Negara kita akan terus maju dan

tidak lagi ke belakang. Semoga kita dapat menyertai piala dunia pada masa akan yang

terdekat. Insyaallah.

27
BIBLIOGRAFI

http://qlaftec.wordpress.com/2010/01/09/stadium-bolasepak-kelantan-theredwarriors/

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-241146.html

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1226

28
http://wembley.fortunecity.com/noucamp/114/legend.htm

http://mazram-iv.blogspot.com/2009/11/barisan-pemain-tm-liga-super-kelantan.html

http://tiapdetik.blogspot.com/2009/08/dali-omar-lagenda-bolasepak-terbilang.html

https://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339:hashim-
mustapha-bakal-menjadi-ketua-jurulatih-kelantan&catid=903:berita-kafa&Itemid=100068

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan_FA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia

http://gantang.wordpress.com/2009/02/08/342/

http://www.national-football-teams.com/v2/player.php?id=23882

29

You might also like