Apa makna tayammum

Apa makna tayammum?

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud); ´Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah ituµ. (al-Maidah: 6). Bila diharuskan tayammum? Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm; 1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. 2. Kerana tidak mampu menggunakan air Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air? Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Seorang lelaki datang berjumpa Umar r.a. dan bertanya; ´Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi)µ. Umar menjawab; ´Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu menemui air)µ. Namun ¶Ammar bin Yasir r.a. (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar; ´Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Adapun aku, maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solatµ. Apabila diceritakan kepada Nabi s.a.w., maka baginda berkata (kepada ¶Ammar); ´Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)µ.[2]

Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air? Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r.a. yang menceritakan; ´Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil, aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk, lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku; ¶Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?·. Lalu aku menjawab; ¶Aku teringat firman Allah; ´Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamuµ. (an-Nisa·; 29). Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat·. Mendengar peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apaapaµ.[3] Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina ¶Ali ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafir, lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. Jawab Saidina ¶Ali; ´Hendaklah ia bertayammumµ. Imam Ahmad pernah menceritakan; ´Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman merekaµ.[4] Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air? 1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor. 2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang. 3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air. 4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu

manusia atau binatang buas. 5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya. 6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya. 7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan). 8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa. Apakah syarat-syarat sah tayammum? Untuk sahnya tayammum, para ulamak telah menggariskan syarat-syarat berikut;[5] Pertama; Hendaklah orang yang bertayammum mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air. Kedua; Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air. Ketiga; Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih Keempat; Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu Syarat pertama telahpun kita huraikan tadi iaitu tatkala memperkatakan tentang bilakah harus kita bertayammum. Untuk berikutnya kita huraikan syarat-syarat selebihnya iaitu yang bersangkutan dengan kewajipan mencari air, bahan tayammum (iaitu tanah menurut jumhur ulamak) dan waktu dilakukan tayammum. Apa maksud mencari air? Seseorang yang ingin bertayammum kerana ketiadaan air, wajib ia berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasan sekitarnya. Jika air tiada di rumah, hendaklah ia pergi ke masjid umpamanya atau ke rumah berdekatan moga-moga menemui air. Jangan sematamata tiada air di rumah, lalu ia pun bertayammum. Setelah pasti benar-benar tidak ada air, barulah bertayammum. Mencari air itu wajib diulangi setiap kali hendak bertayammum.[6] Tidak cukup dengan pencarian ketika kali pertama bertayammum

sahaja. Bagaimana jika ada air, namun tidak mencukupi untuk bersuci, adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini;[7] Pandangan pertama; wajib digunakan air yang ada itu, kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafi·ie (dalam qaul jadidnya). Pandangan kedua; hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pandanagn ini adalah pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari al-Hasan, az-Zuhri, Hammad, Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi·ie (dalam qaul qadimnya), Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafi·ie). Kalau seseorang itu lupa bahawa dalam kenderaannya ada air atau ia lupa ada menyimpan air di satu tempat, lalu ia pun bertayammum dan mengerjakan solat; bagaimana hukumnya? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini; Pertama; menurut Imam Syafi·ie dan Imam Ahmad; tidak dipakai tayammum itu, yakni solatnya wajib diulangi semua setelah mengambil wudhuk dengan air tersebut. Hujjah mereka ialah; thoharah dengan air adalah perintah yang wajib. Ia tidak gugur sematamata kerana lupa. Kedua; menurut Imam Abu Hanifah; dipakai tayammum itu, yakni solatnya sah kerana lupa adanya air membawa ia kepada tidak dapat menggunakan air, maka halnya sama seperti orang yang ketiadaan air. Adakah tayammum hanya harus dengan tanah sahaja? Bolehkah bertayammum dengan selain tanah? Ada beberapa pandangan ulamak dalam masalah bahan yang harus digunakan untuk bertayammum; Pertama; jumhur ulamak (mazhab Imam Syafi·ie, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Yusuf dan Daud az-Dzahiri) mensyaratkan tayammum hendaklah dengan tanah, tidak harus dengan

harus jika di atas tempattempat yang ditepuk itu ada terdapat debu yang dapat melekat di tangan sebagaimana yang disyaratkan tadi. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga tidak mensyaratkan bahan-bahan untuk bertayammum itu berdebu.a. tayammum hendaklah dengan menepuk terus ke atas bumi.pasir.[9] Adakah disyaratkan masuk waktu sahnya tayammum? . Dan disyaratkan tanah itu pula hendaklah berdebu (yakni dapat melekat pada tangan bila ditepuk) dan bersih. ´Sha·id (tanah) yang bersih adalah alat bersuci bagi seorang muslim jika ia tidak mendapati air sekalipun selama sepuluh tahun. Jika tidak terdapat debu padanya. Begitu juga. kapur dan sebagainya yang tidak dikategorikan sebagai tanah. di belakang binatang kenderaan atau sebagainya? Ada dua pandangan ulamak. Nabi s. Adakah harus bertayammum dengan menepuk di dinding. tidak harus tayammum. mengikut Imam Malik. tetapi juga pasir. Demikian itu lebih baik baginyaµ. batu. tidak khusus kepada tanah sahaja. Oleh itu. mengikut pandangan mazhab Syafi·ie dan Ahmad. tidak hanya tanah. Pertama. permaidani dan sebagainya itu. batu dan seumpamanya. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula berpendapat. juga bersabda. Harus tayammum dengan segala yang ada di atas permukaan bumi.[8] Menurut Abu Hamid. hendaklah ia menyapu air (yakni membasuh) badannya.w. Adakah harus bertayammum dengan tanah bernajis? Tidak harus kerana tayammum wajib dengan tanah atau bahan yang bersih kerana Allah menyebutkan di dalam ayat ´ µ (sha·id yang bersih). Jika ia telah menemui air. di atas permaidani. kapur. Malah menurut Imam Malik. tidak harus melakukan tayammum dengan menepuk ke atas debu yang terdapat di atas pakaian. pada pandangan mereka. Kedua. hukum tersebut telah disepakati oleh sekelian ulamak. Kedua. harus bertayammum di atas batu yang tidak ada debu atau di atas tanah licin yang tidak ada debu yang melekat di tangan apabila ditepuk di atasnya. harus tayammum dengan salji dan setiap yang melapisi permukaan bumi. di pakaian. Menurut beliau.

2.Ada dua pandangan ulamak. Menyebabkan lambat sembuh 5. tidak sah tayammum melainkan setelah masuk waktu solat sama ada tayammum kerana keputusan air atau kerana tidak mampu menggunakan air. menghilangkan najis).[10] Apakah syarat tayammum bagi orang sakit atau luka? Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Beliau mengkiaskannya dengan wudhuk dan toharah-toharah yang lain (mandi. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan. 6. Ia merangkumi. Kedua. lumpuh dan sebagainya. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. Pertama. Maka sebagaimana wanita yang istihadhah tidak harus mengambil wudhuk melainkan setelah masuk waktu. Disyaratkan masuk waktu kerana tayammum adalah toharah darurat seperti mana toharah wanita yang istihadhah di mana kedua-duanya tidak menghilangkan hadas. Sebagaimana wudhuk harus dilakukan sebelum masuk waktu solat. jumhur ulamak (terdiri dari mazhab Imam Malik. 4. yakni harus melakukan tayammum sekalipun belum masuk waktu. Syafi·ie. Imam Abu Hanifah berpandangan. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota ( ). seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya. akan tetapi dilakukan hanya untuk mengharuskan solat sahaja. Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir. Menurut mazhab . begitu juga orang yang ingin melakukan tayammum juga tidak harus melakukannya melainkan setelah masuk waktu solat. maka tayammum juga sedemikian kerana ia disyariatkan sebagai ganti kepada keduaduanya. Ahmad dan lain-lain) berpandangan. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan menyebabkan at-talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan mudarat pada badan. tayammum tidak terikat dengan waktu. menyapu khuf. Maksud ¶masuk waktu· ialah tiba waktu yang mengharuskan suatu solat itu dilakukan. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat.[11] 1. 3.

az-Zuhri. al-Muzani dan ar-Ruyani. Yahya al-Ansari.[12] Namun menurut mazhab Imam Malik. Jika mampu berikhtiar sama ada dengan memanaskan air atau sebagainya. tayammum sama seperti wudhuk iaitu tidak terikat dengan bilangan solat. al-Laits. Di sana ada tiga pandangan. Rabi·ah. Syafi·ie. Selagi tayammum tidak batal ²iaitu dengan menjumpai air atau dengan berlakunya hadas-. al-Hasan. Jumhur ulamak yang terdiri dari Saidina ¶Ali. Jika tidak mampu.[16] Namun para Fuqahak berikhtilaf dalam menentukan bilangan solat fardhu yang harus dikerjakan dinisbahkan kepada satu tayammum yang dilakukan. membaca al-Quran dan beriktikaf. solat sunat. Imam Abu Hanifah. harus memakai pandangan atau makluman dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim. sujud tilawah. Malik. [17] Pandangan pertama. Pandangan ini merupakan pendapat Sa·id bin al-Musayyab.[13] Apakah syarat tayammum bagi orang yang kesejukan? Syaratnya ialah tidak ada sebarang ikhtiar lagi yang dapat dilakuka bagi menggunakan air. Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doctor kafir atau fasiq. doctor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq). Ibnu ¶Abbas. Ibnu Umar. Qatadah. wajiblah dilakukan ikhtiar itu. as-Tsauri. Ishaq . Hukum ini telah disepakati oleh ulamak.[14] Sejauhmanakah ibadah yang harus dilakukan dengan tayammum? Tayammum mengharuskan apa yang diharuskan dengan wudhuk dan mandi. sujud syukur.Syafi·ie. an-Nakha·ie. membawa mushaf. maka harus untuk melakukan dengan tayammum itu seberapa banyak solat yang dikehendaki sama ada fardhu atau sunat dan tanpa mengira waktu. Pandangan kedua.[15] Seorang yang bertayammum harus mengerjakan solat fardhu. barulah diharuskan tayammum. as-Sya·bi.

harus dilakukan seberapa banyak yang dikehendaki. Pertama. Adapun solat sunat. 1. satu tayammum hanya untuk satu solat fardhu atau satu ibadah wajib sahaja. Muka 2. batallah tayammum dan wajib diulangi semula tayammum bagi mengharuskan solat kembali.sabda Nabi s. Kedaaannya menyamai seorang wanita istihadhah atau orang-orang lainnya yang melakukan toharah darurat. as-Sya·bi. al-Hasan al-Basri. Salim bin Abdullah. maka ketika tayammum kawasan muka tersebut wajib diratai dengan debu. Ibnu ¶Umar. menjamakkan dua solat dan seberapa banyak solat sunat yang diingini selama belum masuk waktu lain.w.a. Mereka berpendapat. al-Laits. Dua tangan Mengenai muka tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa keseluruhan kawasan muka yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk. Tayammum terikat dengan waktu di mana satu tayammum hanya bagi satu waktu solat fardhu sahaja.a. Imam Malik.. Seorang yang bertayammum boleh melakukan apa sahaja solat yang dikehendaki sama ada solat fardhu dalam waktu. kawasan tangan yang wajib disapui debu adalah sama sebagaimana yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk iaitu bermula dari hujung jari hinggalah ke siku.dan Imam Ahmad. solat fardhu yang luput. Adapun tangan.w. Oleh demikian. menghimpunkan dua solat nazar atau antara satu solat fardhu dengan satu solat nazar. Imam Abu Hanifah dan Syafi·ie. ´Tayammum itu dua kali tepukan. (sebahagiannya telah kita sebutkan tadi).[18] Mereka berpandangan. tidak harus menjamakkan dua solat dengan satu tayammum atau melakukan dua tawaf atau melakukan satu solat fardhu dengan satu tawaf fardhu. anggota tayammum hanya dua sahaja (sama ada tayammum bagi menggantikan wudhuk atau bagi menggantikan mandi) iaitu. Hendaklah diperbaharui tayammum untuk setiap solat fardhu yang hendak dilakukan setelah dipastikan tidak air terlebih dahulu. Pandangan ketiga.[20] Mereka berdalilkan ²antaranya.[19] Apakah anggota-anggota tayammum? Berdasarkan ayat al-Quran tadi dan hadis-hadis Nabi s. Apabila masuk waktu lain. . Imam Abu Tsur dan fuqahak mazhab Hanbali. mengikut jumhur atau majoriti ulamak iaitu Saidina ¶Ali. maka para ulamak berbeza pandangan tentang kawasan yang wajib disapui debu.

mereka menegaskan. tidak perlu lagi ditambah.[23] Mereka berdalilkan hadis kisah ¶Ammar (yang telah kita kemukakan tadi) di mana Rasulullah s. bukan sabda Nabi s.sekali untuk disapu ke muka dan sekali untuk di sapu ke kedua tangan hingga ke sikuµ. Imam Syafi·ie (mengikut qaul qadimnya sebagaimana diceritakan oleh Abu Tsur)[22] dan disokong oleh Ibnu al-Munzir berpandangan.[25] Berapakah bilangan tepukan yang wajib semasa melakukan tayammum? Rentetan dari khilaf di atas. kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)µ. Jika tidak. Ishaq.[26] Adapun pandangan kedua di atas (¶Atho.w. Menurut Imam Nawawi. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan kawasan muka dan tangan (hingga ke siku). al-Auza·ie. tayammum wajib dengan sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah.a. kawasan tangan yang wajib disapui debu ketika tayammum hanyalah sampai ke pergelangan tangan sahaja. bersabda kepadanya. satu tepukan untuk disapu ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke siku.[24] Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh jumhur tadi ia adalah dhaif. ´Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah. Imam Ahmad. Ishaq dan disokong oleh Ibnu al-Munzir).w. berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah bilangan tepukan ke tanah yang mesti dilakukan oleh orang yang melakukan tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi. Makhul.a. pandangan kedua di atas adalah kuat dari segi dalilnya dan lebih hampir kepada kehendak as-Sunnah. Makhul. al-Auza·ie. Sebenarnya ia hanyalah pandangan Ibnu Umar. Imam Ahmad.[21] Kedua.. sekumpulan ulamak yang terdiri dari ¶Atho. wajiblah tepukan itu ditambah hingga debu meratai seluruh kawasan yang wajib disapu itu. yang wajib ialah sekali tepukan sahaja untuk kedua-dua anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan hingga .

akan tetapi hendaklah mengambil wudhuk. wajib ia mengambil wudhuk. [2] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. hendaklah ia mandi wajib sebelum mengerjakan solat berikutnya. dengan sendiri tayammumnya terbatal. kemudian baru tunaikan solat. Apabila berlaku kepada orang yang bertayammum perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk sebagaimana yang telah kita jelaskan dalam tajuk yang lalu (contohnya. 3. 1/180. maka sebaik ia sembuh dari sakit. . Bagi orang yang bertayammum kerana ketiadaan air. tayammum dikira terbatal sebaik sahaja hilang keuzuran. sejuk keterlaluan dan sebagainya). 4. Jika bertayammum kerana keuzuran (seperti sakit. Nota Kaki [1] Lihat takrif Tayammum di dalam. Jika ia bertayammum tadi kerana ganti mandi wajib. perkaraperkara yang membatalkan wudhuk juga akan membawa kepada batalnya tayammum. kemudian belum sempat mengerjakan solat ia telah menemui air. Jika seorang bertayammum. Namun sebaik-baiknya ialah ia menghentikan solatnya. yakni tidak cukup dengan tayammumnya tadi sekalipun ia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan tayammumnya. Contohnya. tayammumnya batal apabila telah bertemu air. Sebaik bertemu air. jika seseorang bertayammum kerana sakit. Tayammum adalah bersuci gantian bagi wudhuk. 2. Ini kerana tayammumnya dengan sendiri terbatal dengan kerana bertemu air sekalipun belum sempat mengerjakan solat. Jika air ditemui semasa sedang solat (seperti ada orang memberitahunya semasa sedang solat itu). Kesimpulannya. Jika air ditemui setelah selesai solat. ia telah terkentut atau tersentuh kemaluan atau sebagainya).pergelangannya.[27] Bilakah batalnya tayammum? 1. jika ia ingin meneruskan solatnya diharuskan dan solatnya sah. sah lah solat yang ditunaikan sebelum bertemu air itu dan tidak perlu diulangi semula sekalipun waktu masih ada. Apabila hendak solat semula. tidak harus ia menunaikan solat dengan tayammum itu. batallah tayammumnya. kemudian mengambil wudhuk dan melakukan semula solat. Al-Mughni. maka batallah tayammumnya.

Dalam riwayat yang lain. Kata beliau. 5154).. lafaz hadis berbunyi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar. [4] As-Solah ¶Ala Mazahib al-Arba·ah. [8] Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zar r. (Riwayat al-Bazzar dari Abu Hurairah r. 2/248. [6] At-Tahzib. Faidhul-Qadier. ´«demikian itu lebih baik baginyaµ.[3]Riwayat Imam Ahmad.a. 1/195. Demikian itu lebih baik baginyaµ.w. Abu Daud dan Daruqutni.a. 1/550 (Surah an-Nisa·. hadis no. 90. [7] Al-Majmu·.a. . [5] Al-Mughni. 2/294-295. at-Tahzib. hadis no. 1/375. Menurut Imam Ibnu Hajar. 413-414. 1/182. Jika ia telah menemui air. hadis ini hasan soheh. [13] As-Solah ¶Ala Mazahib al-Arba·ah. Imam al-Baghawi. (Lihat. hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan sapulah kulitnya dengan air (yakni ratakanlah anggota wudhuknya dengan air). . hlm. Faidhul-Qadier. bersuci dengan air itu lebih baik baginya dari segi keberkatan dan pahala. al-Mughni. Tafsir Ibnu Kathir. Sabda Nabi s. [11] Al-Mughni. [9] Al-Majmu·... 1/182-184. al-Majmu·. Lihat. 2/272. 1/414. al-Majmu·. hlm. 91. [12] At-Tahzib. ayat 43). 5154). 2/269. 1/183. bermaksud. perawi-perawi hadis ini adalah soheh. [10] Al-Mughni. ´Sha·id yang baik adalah wudhuk seorang muslim ketika ia tidak menemui air sekalipun sepuluh tahun.

[23] Al-Majmuk. 2/241. al-Majmu·. al-Mughni. 2/242. lihat dalam al-Mughni. 2/242. [27] Al-Majmu·. [16] At-Tahzib. 1/396. [18] Pandangan yang masyhur dalam mazhab Hanbali berbeza dengan pandangan yang dinaqalkan dari Imam Ahmad. http://fiqh-am. 2/242.[14] Al-Mughni. al-Majmu·.blogspot. al-Mughni. 1/396-402. 1/198.a. [25] Al-Majmu·. Lihat. 1/189. 1/402. 1/198-199. [19] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. 1/187.. al-Mugnni. 1/413. [21]Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani dari Ibnu ¶Umar r.com/2008/06/bersuci-tayammum. [15] At-Tahzib. 1/187. [17] Al-Mughni. 2/318. [20] Al-Majmu·.html . al-Mughni. [26] Al-Majmu·. [24] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. 2/318. 1/199 dan al-Majmu·. 1/197. 2/242. Pandangan Abu Tsur. at-Tahzib. [22] Al-Majmu·. 2/317-318. 2/241-242.

9.t. Berdaya melakukannya mengikut kemampuan. 10. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih. pernah bersabda yang bermaksud : " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan " 5.a.048 .. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. 2. " Rasulullah s. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian. Oleh itu untuk melakukannya. 6. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah: 025. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. ayat 11 yang bermaksud : " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya.. maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s. Tidak lupa Tidak dipaksa Berhenti darah haid dan nifas Ada air atau debu tanah yang suci. Definisi : i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas. sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya. Syarat wajib taharah ialah : y y y y y y y y y Islam Berakal Baligh Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).w.w.Bab 1 : Taharah / Bersuci 1.w. . dalam Surah al-Anfal.t. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. 4. 3. 7. 8.

043 ³Hai orang-orang yang beriman. boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. 4:43) 3. dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih " 11. sapulah mukamu dan tanganmu. 3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi . harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.H. ´ (Surah Al-Nisa¶. 4) Fiqh Syafii oleh Hj. maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci). Jelasnya. Ia terbahagi kepada empat. 12. air salji yang menjadi cair dan air embun. Tanah. sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan. 4. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.Idris Ahmad S. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian: o Air yang turun daripada langit. Samak. PENGERTIAN TAYAMMUM . Rujukan Kitab : 1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani 2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat . iaitu air yang terbit daripada mata air. air sungai dan air laut. kemudian kamu tidak mendapat air. janganlah kamu solat. iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya. (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub). terkecuali sekadar berlalu sahaja. alat±alat untuk bersuci itu ialah: y Air mutlaq. iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan.Maksudnya : "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmatNya (hujan). air perigi. iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak. Firman Allah: y 004. Takhallul. sedang kamu dalam keadaan mabuk. iaitu air hujan. Selain itu. maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak. o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada tiga. hingga kamu mandi.

Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu¶ atau mandi wajib (junub. 3. Menggunakan debu tanah yang suci. . ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air. maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah ± debu yang bersih. ·Disyariµatkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wataµala: 005. atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. 2. haidh dan nifas). Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan. sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu¶ dan mandi). Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. Masuk waktu sembahyang. kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum. 3. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu¶ atau mandi.´ (Surah Al-Ma¶idah. sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. tidak mustaµmal. 4. dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syaraµ kepada manusia. SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. SYARAT TAYAMMUM 1. Hilang najis terlebih dahulu.y y Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. atau dalam musafir. atau kamu sentuh perempuan. menyentuh mushaf. sujud tilawah dan beriµtikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu¶ dan mandi. 5:6) y Semua ibadah atau amalan taµat yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang. 2. tidak bercampur benda lain.006 Maksudnya: ³Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib. membaca Al-Qur¶an. dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air).

Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air. Tertib. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. 3.5.´ 2. Muka. Membaca basmalah iaitu lafaz 2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. 6. SUNAT TAYAMMUM 1. 2. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu¶. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. Niat tayammum adalah seperti berikut: Maksudnya: ³Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. 4. . Dua belah tangan hingga siku. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan. ANGGOTA TAYAMMUM 1. Menyapu muka. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. RUKUN TAYAMMUM 1. 2. 3. Menyapu kedua-dua belah tangan. 3.

ensiklopedia bebas. Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub). menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. gelintar Sebahagian daripada siri Fiqh Islam (suatu disiplin kajian Islam) Bidang-bidang y y y y y y Ekonomi Politik Perkahwinan Jenayat Ibadah Kebersihan o Taharah  Bersugi  Wuduk  Mandi  Mandi wajib Tayammum Istinjak Najis Samak o Makanan  Sumber bahan  Alkohol  Arak Ketenteraan     y Kotak ini: papar bincang sunting Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/home. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi.htm Tayammum Dari Wikipedia Bahasa Melayu. . Lompat ke: pandu arah.http://www.

"[6] Wahai orang-orang yang beriman. tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu." (An-Nisa: 43). lagi Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf.2 Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air [sunting] Dalil Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah.Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.w. apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil)." (HR An-Nasai dan Ibnu Hibban). iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih. Allah SWT berfirman. dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan. kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk). Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan). maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu. bersabda. . "Tanah adalah wudu seorang muslim jika tidak mendapatkan air kendati selama sepuluh tahun." (Al-Maaidah: 6) Rasulullah s. Isi kandungan [sorok] y y y y y y y 1 Dalil 2 Syarat-syarat tayammum 3 Fardu (rukun) Tayammum 4 Panduan Bertayammum 5 Sunat Tayammum 6 Yang Membatalkan Tayammum 7 Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum o 7. supaya kamu bersyukur.a. "[43] Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk. hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan. sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi).1 Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan o 7. iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci.

3. 2. 3. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit 3. Tertib melakukannya. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit. Setiap yang membatalkan wuduk 2. 4. Murtad . Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci 3. tanah dapat menyucikannya. 2." (HR Ahmad). Niat. [sunting] Panduan Bertayammum 1. iaitu muka dan kedua tangan 4. [sunting] Syarat-syarat tayammum 1. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum. 3. 2. dua kali Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu Mentertibkan rukun. Suci dari najis. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka. di mana saja waktu salat menghampiri seseorang dari umatku.Rasulullah s. 2. Maka. "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. [sunting] Fardu (rukun) Tayammum Rukun tayammum ada empat: 1. Membaca bismillah Menipiskan debu Mendahulukan yang kanan dari yang kiri Tertib [sunting] Yang Membatalkan Tayammum 1. 4. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum. dengan lafaz Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta ala . Tidak mendapat air setelah berusaha mencari. Menyapu muka dengan debu. 4.w. juga bersabda.a. [sunting] Sunat Tayammum 1. Dengan debu yang suci. Sudah masuk waktu. 5. Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja.

wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan). Tak lama kemudian. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id AlKhudri dia berkata. "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup. Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air. dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air. maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya. dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja. Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya.A. seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air. tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih. serta menceritakan halnya. lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. keduanya menjumpai air. sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi.W." http://ms. 09 January 2008 . Umpamanya." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat. Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.wikipedia.[sunting] Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum [sunting] Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. solat yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air. "Engkau mendapatkan dua pahala.org/wiki/Tayammum Solat Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu dan Bertayammum Disebabkan Keuzuran Written by abdul kadir Wednesday. [sunting] Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya.

waktu solat akan habis. inilah dalil mereka. contohnya firman Allah swt: (maksudnya) ³Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu. kerana dia sebahagian dari perkara yang diarahkan (oleh Allah). Persoalan ini dinamakan masaalah orang yang hilang dua cara bersuci. mereka berkata: Dia tidak perlu solat. contohnya di dalam kapal terbang dan tidak ada di dalamnya apaapa yang boleh dibuat tayammum iaitu tidak ada sesuatu dari jenis permukaan bumi. (Maka orang yang berada dalam permasaalahan di atas) dia tidak mendapati bahan untuk bersuci. sebaliknya dia tidak boleh berwudhu. sedangkan waktu solat semangkin sempit. bukan wudhu. Persoalan ini dinamakan sebagai ³Masalah Faqid al-Tohurain . sebahagian yang lain berkata: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulangi solatnya. Disamping ada kemampuannya menunaikan solat dan .´ Syarah dari al-Syeikh Dr. Ini kerana solat mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu atau bertayammum. Golongan ulama ini membahagi-bahagikan perkara yang disuruh. maka orang sebegini tidak sah untuk dia solat dan tidak boleh diminta menunaikan solat di dalam waktunya kerana dia (ketika itu) bukan orang yang dituntut (mukallaf) menunaikan solat. samaada secara hakikat seperti seseorang berada ditempat yang tidak ada air dan tanah. Pendapat yang kedua: Dia hendaklah solat (ketika itu) dan tidak perlu mengulangi solatnya. kerana Allah mengarahkan solat dalam samaada keadaan berwudhu atau mandi atau bertayammum. para ulama ini berkata: Orang yang tidak boleh berwudhu dan bertayammum. mandi dan bukan juga tayammum. Walaupun keadaan itu berterusan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan. tetapi waktu solat sudah masuk. dia dituntut menunaikan solat. sebaliknya dia perlu menunggu sehingga memperolehi air atau memungkinkan dia menggunakan air dan dia ulangi solat yang tidak dikerjakannya itu. lalau dilewatkan hukum (kewajian solat) ke atasnya sehingga dia mampu menggunakan (air atau tayammum) atau sehingga ada (air atau tanah utk bersuci).´ (al-Maidah:6).Penulis kitab Zaad al-Mustaqni¶ berkata: ³Atau ketiadaan air dan tanah. Ulama yang berpendapat sebegini melihat kepada keumuman syariat dan keringanannya. sebahagian yang lain pula berkata: Dia solat dan tidak perlu ulangi solatnya.´ (al-Baqarah:286). iaitu dia tidak perlu solat dan hanya perlu ulang. Muhammad Mukhtar al-Syanqiti: Sebahagian ulama berkata: (Dalam keadaan di atas) hendaklah dia solat dan mengulangi solatnya.´ (al-Taghabun:16). sebaliknya kemampuan dia menunaikan solat. dan firman Allah: ³Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan. Inilah pendapat yang pertama. sebaliknya perlu ulangi waktu yang dia tinggalkan itu sahaja. akan tetapi dia berkemampuan menunaikan solat. dia tidak mampu untuk berwudhu dan bertayammum. hendaklah dia solat dan tidak perlu mengulangi solat tersebut. Maka pendapat yang pertama: Dia tidak perlu solat. dimana jika dia menunggu hingga kapal terbang mendarat. sebahagian yang lain berkata: Dia qadhakan solatnya dan tidak perlu solat (ketika itu). ini bermakna sasaran suruhan telah diarahkan kepadanya dengan kesepakatan. tidak mandi dan tidak tayammum. Sebagai contoh: seorang yang dikurung di dalam satu bilik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat. ³Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.orang yang kehilangan dua cara bersuci´. maka kita suruh dia menunaikan solat.

syaratnya dia termasuk mukallaf menunaikan solat (perkara yang asal).php?option=com_content&task=view&id=310&Itemid=2 . Bentuk pendalilan dari hadith ini. mereka tidak boleh berwudhu dan bertayammum . orang yang tidak boleh bersuci bukanlah seorang yang berwudhu. lalu baginda meminta sebahagian sahabat mencarinya. mandi atau bertayammum. dia hendaklah solat dalam keadaannya itu. Ini bermakna solat telah gugur daripadanya. Ini kerana solat berdasarkan dalil-dalil syara¶ tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan suci. berdasarkan hadith yang thabit di dalam al-Bukhari ketikamana Rasulullah saw keluar ke salah satu peperangan yang disertai baginda . Pendapat yang keempat yang mengatakan wajib solat kerana dia mampu menunaikan solat. Pendapat yang ketiga pula: Dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. maka dia tidak perlu berwudhu. dia hanya perlu ulangi solat/qadha. Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan tayammum.µAisyah telah kehilangan rantainya. maka gugur juga kewajipan mengulanginya. dan dia dituntut untuk mengulangi solat itu kerana apabila dia mendapati air maka gugurlah keringanan ke atasnya dan wajib pula dia mengulanginya. Pendapat yang ketiga. ini kerana ulangi solat. apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.´]. apabila datang waktu solat (perkara yang asal) dan ketika itu dia bukan mukallaf menunaikan solat. Kemudian mereka mendatangi Nabi saw selepas habis waktu solat tersebut. tidak juga dihukum berwudhu.lalu baginda berhenti di Zaat al-Jaish (ôÃÁà ÃÁáà Ã?Ã) . http://al-qayyim. kemudian gugur juga kewajipan mengulangi solat itu. lalu mereka solat dalam keadaan begitu. Pendapat yang keempat: Dia perlu solat dan perlu ulangi solat tersebut.gugur daripadanya kewajipan berwudhu. [(al-Hadith): Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu. menunjukkan sesiapa yang tidak boleh berwudhu dan tayammum tidak diwajibkan mengulangi solat sebaliknya dia hanya perlu solat pada waktunya. kemudian masuk waktu solat. Berdasarkan ini. dan baginda tidak mengarahkan mereka mengulanginya dan baginda membenarkan perbuatan mereka.selepas al-Baidha¶ yang berada selepas Miqat Dzi al-Hulaifah ( Ã?à ÃÅ?ÃáÃ?ÃÁáà ) dari arah Makkah . tetapi kekal kewajipan menunaikan solat dan dia dituntut melakukannya.maka pengakuan Nabi saw terhadap solat mereka tanpa bersuci dan baginda tidak mengarahkan mengulanginya selepas keluar waktu. dia tidak boleh bertayammum dan wudhu. kalaulah seseorang diikat atau digari atau tangannya terputus. Ini pendapat yang kedua. dan dia tidak perlu mengulangi solatnya itu.kerana tayammum belum di syariatkan ketika itu . dia solat dan tidak perlu ulangi solat. dan pendapat yang kedua sebaliknya. mandi atau tayammum disebabkan tidak mampu berwudhu. maka dia tidak dituntut menunaikan solat. hanyasanya gugur darinya bersuci kerana ketidakmampuan melakukannya. dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Dan pandangan yang lebih kuat ialah dia perlu solat ketika itu (ketika ketiadaan air dan tanah) dan tidak perl ulanginya. dalam keadaan mereka ketiadaan air. Pendapat yang pertama: orang sebegini tidak perlu solat.net/index.dikatakan peperangan itu adalah peperangan al-Maraisi¶ (à óÃÃÁáãõÃ) . Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang ketiga.

. Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit. Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan. . maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solatµ. ´Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk mandi). ´Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah. Bila diharuskan tayammum? . 1. . ´Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air). Apabila diceritakan kepada Nabi s. maka baginda berkata (kepada ¶Ammar). ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm.a. ´Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi)µ. sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi).w. Namun ¶Ammar bin Yasir r. Adapun aku. (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar. Secara dasarnya. sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. dan bertanya. maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih. Adapun kamu. kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di . Kerana tidak mampu menggunakan air .[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran. . Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud). Seorang lelaki datang berjumpa Umar r. (al-Maidah: 6). 2. terlalu sejuk atau sebagainya. atau dalam pelayaran. maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat.a. iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah ituµ. as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air? .. Kerana keputusan air. ´Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu menemui air)µ. Umar menjawab. atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan.a. atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air.Apa makna tayammum? .

29).Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat·. Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang). Rasulullah s.[2] . [2] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. ¶Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?·. Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r. ¶Aku teringat firman Allah. Al-Mughni. 1/180.tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)µ. Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air? . ´Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman merekaµ. Mendengar peneranganku. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apaµ. [1] Lihat takrif Tayammum di dalam.a. Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina ¶Ali ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafir.a.[3] .[4] .w. ´Hendaklah ia bertayammumµ. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamuµ. mereka mengadu kepada Rasulullah s. Imam Ahmad pernah menceritakan. yang menceritakan. . lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. (an-Nisa·. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Jawab Saidina ¶Ali. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Lalu aku menjawab.w. Maka Rasulullah bertanya kepadaku. lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. ´Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil. ´Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk.a.

hlm. " Dengan pengertian ini juga. 1997: 382-383) Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. [4] As-Solah ¶Ala Mazahib al-Arba·ah. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. Abu Daud dan Daruqutni. lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat.html KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi B.[3]Riwayat Imam Ahmad. Mujieb. Syafi'iyah Am.T: (Al-Baqarah: 267) (sengaja). penyair berkata: Maksudnya: " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.com/2010/08/keharusan-bertayammum. kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada. maka . Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari Maksudnya: " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya. Abd. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar. Mabruri Tholhah.W. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah.A Syariah Islamiah Pendahuluan Dalam bab ini.A. Definisi Tayammum Tayammum dari segi bahasa ialah firman Allah S. lalu Rasulullah S.W mengutus orang mencarinya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. 91. (Dr. yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. Walaupun begitu. http://subiharon. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Wahbah al-Zuhaili." Manakala dari segi istilah Syara'. (Dr. (Al-Syeikh Hassan Ayub. (M. Wahbah al-Zuhaili. Dalam bab ini juga. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat.blogspot. penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsepkonsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. terdapat juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya.

W. Dr. (AlSyeikh. Demi Allah.W mengutus seseorang (untuk mencarinya). Wahbah alZuhaili. Fattah Hussin. Dr." Dari 'Imran Ibn Hussain r.W.A. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat. (b) 348: 161-162) Maksudnya: " Sesungguhnya Rasulullah S. Kemudian Rasulullah S. maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu . Melihat itu.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri. Rasulullah S. sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua.turunlah ayat tayammum. harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. bahawa Nabi S.A. kemudian kamu tidak mendapat air. apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya. Abd. Rahman Ritonga. Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur. (b) 332: 200) Maksudnya: " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma'. menyentuh musyhaf dan membaca al-Quran bagi orang berjunub. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum). Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin.a berkata: (Riwayat al-Bukhari. Rasulullah S. harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. 1411H/1991: 229) Hadas yang dibolehkan bertayammum Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. 1984 : 562) Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut: Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci.W. Firman Allah S.A." Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'." Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan. tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama.W bersabda: (Riwayat Ahmad. Mendengar perkara itu. Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S. lalu kalung itu hilang. (Dr. Zainuddin Tanjung.A. akhirnya kalung tadi dapat ditemukan.A. A." Dalil pensyariatan tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'.A. mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari. harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga.

saya sedang junub dan tidak ada air.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " «lalu tidak kamu peroleh air.A. kecuali melalui jalan (tempat sembahyang). Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. sedangkan waktu belum habis. (b) 338: 241) Maksudnya: " Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. maka hendaklah kamu bertayammum«" Kemudian. dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari. Bertayammum Daripada Hadas Besar: Firman Allah S. maka bertayammumlah dengan tanah yang suci.W. termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup ." Abu Sa'id al-Khudri r. Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum.a berkata: (Riwayat Abu Daud. kemudian kamu tiada memperoleh air.A. Bertayammum Daripada Hadas Kecil: Firman Allah S. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah. (b) 344: 210) Maksudnya: " Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman. sedang kamu tidak memperoleh air.W sepertimana berikut: i. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S." ii. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'. melihat seorang lelaki yang menyendiri. lalu menerangkan keadaan yang demikian. maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu.W. maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)". " Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut: 1) Ketiadaan air: Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Kemudian keduaduanya mendapati air.A. sehingga kamu mandi lebih dahulu. sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk.menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun. lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Selain itu. kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu). Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S. kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air.W.

maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi". (b) 666 : 413) Maksudnya: " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul.untuk wudu' atau mandi. Khawatir sakitnya akan bertambah. iaitu: i. kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r. Wahbah al-Zuhaili.A. Muhammad. 'Abdul Qadir. dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. (Ar-Rahbawi. Rahman Ritonga. sunat atau wajib. A. 3) Dalam keadaan sakit atau luka: Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum. Atau khawatir lambat sembuhnya. Termasuk juga. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk. maka ia takut mati jika mandi. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. hendaklah ia bertayammum".a berkata. bersabda Rasulullah S. A. bersabda Rasulullah S. ii. 1999: 80-81) Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada. kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat. Boleh disamakan dengan hal tersebut. meskipun sakitnya tidak bertambah. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu. Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Atau khawatir sakitnya semakin parah. Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus.A. jauhilah ia. Zainuddin Tanjung. Rahman Ritonga. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha'. kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. Dr.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Maksudnya: " Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan. (Dr. dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. meskipun air ada disekitarnya. seperti kulit badan menjadi hitam. berkata. lalu mengingat bahawa air ada. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat. kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah. dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan. Zainuddin Tanjung. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. kerana dia telah memperoleh air. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat. lantas dia bertayammum. Abu Hurairah r. lalu berjunub. iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. (Al-Husaini. adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia membawa air. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah. Qaul yang rajih. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Dr. (Dr. (Dr. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. membolehkan . 1999: 81) 2) Keuzuran untuk menggunakan air: Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan.a.W: (Riwayat al-Daruqutni. Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha'.

(Dr. 1994: 139) Maka. Maka Rasulullah S. 6) Keadaan sangat dingin: Dari 'Amru bin 'Ash r.tayammum. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air).W. dibolehkan . Zainuddin Tanjung. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi. Rahman Ritonga. Muhammad. dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. Muhammad. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini. (Dr. apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau. 'Abdul Qadir. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh. pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain. 5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air: Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari. seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya." Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi. iii. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak. dan solat tersebut tidak perlu diulangi. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit. untuk dimasak. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. 1414H/1993: 113-114) Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim. Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S. bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan. (Ar-Rahbawi. (b) 334: 238) Maksudnya: " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil. sebab itu aku bertayammum. sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam. Dr. seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. tertawa tidak bersabda sesuatu pun.A. A. keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. walaupun ketika itu ia merasa kesakitan. maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr. iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup. A. dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri. atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja). tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. Dr. 1999: 82) 4) Memerlukan air: Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi. Rahman Ringota. jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan. alasanku yang membuat aku tidak mandi. harta. meskipun dia memiliki air. tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri. kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. dibolehkan tayammum. jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati). Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk.W. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air.a berkata: (Riwayat Abu Daud.A. (Al-Husaini. dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan.

1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah. golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. (AlHusaini. 8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat: Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu'. seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. Dr. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu. Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. baik untuk solat jenazah.tayammum.A. (Dr. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air. kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. Rahman Ringota. (b) 1: 1) Maksudnya: " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat". Zainuddin Tanjung. Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. 1994: 139) Kedua. Muhammad. kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat alBukhari. A. Sabda Rasulullah S. sementara alat itu tidak ada padanya. golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu. mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat. kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at. solat wajib lima waktu dan solat witir. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin. kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. jika terus diusahakan waktu akan habis. 1999: 80-84) Rukun-Rukun Tayammum 1. Sebagaimana golongan Hanafiyyah. 7) Tiada alat untuk mengambil air: Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. bila seseorang tidak memiliki alat. . Seperti golongan Syafi'iyyah. Berbeza pula dengan golongan di atas. Pertama. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat. 'Abdul Qadir. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. (Ar-Rahbawi. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Lain halnya bagi orang yang musafir. kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang.

(b) 314: 206-207) Maksudnya: "Wahai Abu Zarr. Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S. t. Ini berdasarkan hadis Nabi S. berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci). Dalam masalah ini. 1994: 134) Ini bermakna. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Wahbah al-Zuhaili. Contohnya. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat. atau orang junub berniat untuk i'tikaf. Berniat untuk membolehkan solat sahaja. (Al-Husaini. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat. (Abu Muhammad. bukan untuk melenyapkan hadas. kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat. sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. sekalipun dengan sepuluh tahun. Muhammad. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. (Dr. 'Abdul Qadir. (ArRahbawi. Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya.Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum. Oleh itu dalam masalah ini.W. iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".A. ianya merupakan syarat. bertanya: (Riwayat Abu Daud. manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah. dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas. seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat. pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu. lalu Nabi S. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.th: 187) 2. kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas. Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub. Berniat untuk membolehkan solat fardhu.(Abu Muhammad. tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu. tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku.A. (b) 334: 238 ) Maksudnya: " Wahai 'Amru. tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja. iii. kerana mereka berniat dengan niat fardhu. sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air. 1414H/1993: 123) iv. Maka dalam masalah ini. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit. maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. t. jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf. padahal engkau sedang berjunub?" Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud.A. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut. kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu. kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan): i. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya.W. ii. samada solat lima waktu atau solat nazar. Tertib (berurutan): .th: 188) 3.

Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah. iv. ii.W. 1984 : 565) 3) Mencari air: Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.W. Takut terkena penyakit. Muhammad. t. 1999: 87) Syarat-syarat Tayammum 1) Keuzuran menggunakan air: Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di sebabkan sakit atau musafir. Wudu' dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S. Zainuddin Tanjung. cacat atau parut yang buruk pada anggota yang biasa nampak.th: 191) Allah S. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat.W. Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia solat. basuhlah mukamu«" Dalam ayat ini. (Hj. Namun. Rahman Ringota. hukumnya sunat. (Dr.W. (Al-Husaini. Allah S.A.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu hendak berdiri untuk solat. 1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib." ." Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut: i. maka demikian juga halnya pada tayammum.th: 191) Selain daripada alasan tersebut. (Abu Muhammad." Hadis Baginda Rasul S. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b). Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. Wahbah al-Zuhaili. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Dr. dalam hal ini muka dan kedua tangan. berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. kemudian kamu tidak mendapat air. tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat.T berfirman: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan. 'Abdul Qadir. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat. A. Bilamana pada wudu' ditertibkan. iii. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Jantan. (Ar-Rahbawi. 2) Masuk waktu solat: Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Takut cedera pada anggota yang sakit. golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Muhammad. (Al-Husaini. maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci). Osman b. Takut kehilangan nyawa. (Dr. 335: 58) Maksudnya: " Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum).Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah.T. (Abu Muhammad. berfirman: (AnNisa': 43) Maksudnya: " Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah kamu bertayammum. t. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan.

Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudu' dan mandi junub. 5) Tanah yang suci: Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci. Osman b. 1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh bertayammum. Wahbah al-Zuhaili. sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih.8 meter. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh. Muhammad. Jantan. Jantan. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air. Zainuddin Tanjung. (Ar-Rahbawi. belum pernah digunakan. 'Abdul Qadir. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi.A. . iii. kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya. baik yang berupa tanah berdebu atau bukan. (Al-Husaini. 1983: 59). perak dan permata atau mutiara. Osman b.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih). 1983: 59) Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan dirinya. murni.W. pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh. ii. (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. (Abu Muhammad. (Hj. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. maka tidak wajib mencarinya. Begitu juga dengan salji yang membeku. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.W: (Riwayat Ahmad. boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian. sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air seperti berikut: i. A." Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun. (Dr. Sebab tayammum itu bersuci yang dharurat. maka dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang jarak minima 400 hasta atau 184. sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. 1984 : 571-572) 4) Terhalang menggunakan air: Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air. Muhammad. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air. samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa akan datang. (Abu Muhammad.th: 191-192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil. Ini berpandukan firman Allah S. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan. selain emas. (Hj. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. samada dengan usahanya sendiri atau bantuan orang lain. Rahman Ritonga. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. maka dia mesti mencarinya sampai menempuh jarak 6000 langkah. selama belum dipindahkan dari tempatnya. atau bertanya-tanya dari teman-temannya. manusia atau haiwan yang muhtaram (yang dihormati nyawanya). (Dr. Termasuk ke dalamnya tanah. batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. (Al-Husaini. Dr. Selain itu." Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. t. seperti seseorang yang mendapat air. dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. pasir. baik yang berada di laut mahupun di bumi. t.

Rahman Ritonga. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman Allah S.A. Rahman Ritonga. Zainuddin Tanjung. (b) 671: 416) Maksudnya: " Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah". mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. lalu melekat di tangannya debu.W bersabda: (Riwayat Muslim. maka demikian juga tanah yang menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum. Muhammad. (Al-Husaini. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh badan. Hal itu berdasarkan hadis 'Ammar di dalamnya disebutkan: (Riwayat ad-Daruqutni. Justeru. Hanya saja Ulama' Maliki menyatakan bahawa pukulan pertama adalah rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat (Dr. tetapi dipandang wajib oleh yang lain atau sebaliknya. membaca Basmalah itu hukumnya wajib. kantung atau permaidani. iv. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206) berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r. iv.W. Bersiwak atau menggosok gigi. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah. disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu. jika ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum. A. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah. maka tidak boleh digunakan untuk bertayammum. (Al-Husaini. Ini adalah kerana air yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci. Muhammad. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada khilaf di kalangan Fuqaha'. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat sebagaimana berikut: i. tidak sah tayammumnya. A. 1414H/1993: 120) Kemudian. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu. Dr." iii. dan kewajipan ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu seperti wudu'.A. 1414H/1993: 120-121) Sunat-Sunat Tayammum Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab.W mengenai tanah yang suci. dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air.W. Zainuddin Tanjung. (b) 23: 138) Maksudnya: " Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku. (Dr. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. nescaya kuperintahkan mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'. 1999: 90). Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88) iii.Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. ii. Rahman Ritonga. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum." Di sini Rasulullah S.W. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain. (Dr. . Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai tayammum.A. (b) 121: 210-211) Maksudnya: " Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila dilemparkan tidak mengeluarkan debu.T dan sabda Rasulullah S. bahawa Nabi S. maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut. tayammum mesti di lakukan dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. maka tidak boleh digunakan untuk tayammum. sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus. atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus. (Dr. bersabda: (Riwayat Muslim. Membaca Basmalah. iaitu di antara membaca Basmalah dengan memindahkan tanah ke anggota tayammum. bahawa Nabi S.A. A. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". (b) 25: 114) Maksudnya: " Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya". v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Dr.a. ii.

Zainuddin Tanjung. agar debu dapat masuk ke celah-celah jari. 1999: 90) xvi.a: (Riwayat al-Bukhari. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi tipis. 1994: 143) Ini berbeza dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang bercincin itu.: (Riwayat Muslim. yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua tangan tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara fardhu-fardhu tayammum. (Ar-Rahbawi. A. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika memakai kasut. 'Abdul Qadir. v. (b) 690: 191-192) Maksudnya: " Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah "." x.A. (Dr. seperti membaca dua kalimah Syahadah dan sebagainya. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. 1414H/1993: 127) viii.W. sedang dalam pukulan kedua hukumnya fardhu. A. Tertib. vii. (Dr. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah S. bersikat. Tayamun. nabi S. Sedangkan menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah.A. xv. riwayat Aishah r.A. yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu tangan adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Muhammad.W. (b) 2185: 378) Maksudnya: " Mereka memulakan dengan tangan kanan".W.A. (Al-Husaini. 'Abdul Qadir. (Ar-Rahbawi.".A. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. 1999: 87) xiii. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Rahman Ritonga. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. Dr. xiv. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam bertayammum. (b) 2950: 513-514) . Menghadap kiblat ketika bertayammum.W. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan. (b) 18294: 362) Maksudnya: " Dan Nabi meniup kedua tangannya. Wahbah al-Zuhaili. 1994: 145) Malikiyyah dan Hanabilah memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib tayammum. ix. vi. Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota tayammum.: (Riwayat Muslim. tertib ini adalah fardhu. t. 1994: 145) xi. Dr. Malikiyyah mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan pelaksanaan solat dan ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah. Wahbah al-Zuhaili.th: 193) Demikian juga menyelanyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Dr. 1984 : 602) Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang mandub atau anjuran. yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan tayammumnya tetap dipandang sah. (Abu Muhammad. berdasarkan sabda Rasulullah S. (Ar-Rahbawi. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum dengan doa sesudah berwudu'. (Dr. dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna menyapu anggota tayammum tersebut. (Ar-Rahbawi.W. cukup menggerakkannya atau menggeser-geserkannya.. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah. 1994: 144-146) Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum . Dalam hadis itu disebutkan: (Riwayat Ahmad. Muwalat. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama. 'Abdul Qadir. (b) 168: 502) Maksudnya: " Baginda Rasul S. Maksudnya: " Mulailah dengan apa yang dimulai Allah". Zainuddin Tanjung.Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti dalam wudu'. Dan demikian Sabda Baginda Rasul S. Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya dengan hukum tertib. 'Abdul Qadir. Namun. Rahman Ritonga. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam berwudu'. 1984 : 602) xii. bersuci dan semua pekerjaannya. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni.

(b) 313: 205-206) Maksudnya: " Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam. 1980: 561) " Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. 1411H/1990: 165-166) . Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. A. Maka harus baginya membaca al-Quran. Abdul Rahman. A. (Ar-Rahbawi." Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. Maka jika engkau telah mendapat air. golongan Malikiyyah mengatakan. beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. maka batallah tayammumnya. T. Dr.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r. akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. Rahman Ritonga. Prof. lalu dia berhadas. kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya.1) Perkara yang membatalkan wudu': Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang. jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil. (Al-Siddieqy. haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. t. atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. Dalam pada itu. Abdul Rahman. Zainuddin Tanjung.a: (Riwayat Abu Daud. Wahbah al-Zuhaili. hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau. sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. (Al-Juzairi. Dr. hilangnya kesakitan dan kesejukan. 1994: 148) 2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum: Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas. maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. 1999: 91) Maka. kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. (Dr. Hasbi. jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar. masuk ke masjid dan diam di dalamnya. apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. Zainuddin Tanjung. (Dr. kerana tayammum dilakukan untuk solat. Disebabkan itu. Jantan. (Abu Muhammad. Muhammad al-Husaini. Dr. Osman b. (Hj. 1984 : 604) 3) Melihat air dan sanggup memakai air: Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air.1993: 128) Sungguhpun begitu. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya. bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Al-Juzairi. T. (Dr.M. Prof. Rahman Ritonga. 1983: 63) 4) Habis waktu solat: Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat.M. " Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy. Wahbah al-Zuhaili. Dr. Hasbi. jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. 'Abdul Qadir. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat.

Zainuddin Tanjung. 1994: 144) 2. Muhammad. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606) Kaifiat Tayammum 1.W. sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. Jantan. (Dr. Cara menyapu muka adalah dengan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah manakala kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebagaimana dalam wudu'. Kemudian tapak tangan kanan menyapu tangan kiri hingga ke siku. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut . Ini adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum untuk hadas besar adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas kecil manakala kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum itu ialah satu perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. jika dalam wudu' wajib menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang tebal. (Abu Muhammad. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang betul sebelum seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping mengenalpasti kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau sebaliknya. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub. Berikut ini adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum: i. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka. (Dr. demikian pula hilang pahalanya. Dr. hukumnya boleh menurut qaul yang rajih dan tidak perlu mengambil tanah lagi. (Al-Husaini.5) Murtad (riddah): Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. (Hj. sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan hingga ke siku. bukan untuk membolehkan solat sahaja. dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. maka dalam tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab yang kuat kerana sukar. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan oleh para Fuqaha'. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Rahman Ritonga.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. iaitu mendahulukan menyapu muka. 'Abdul Qadir. kemudian baru menyapu kedua tangan hingga dua siku. Muhammad. kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas.T. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari terbuka. Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu ditipiskan dengan meniup atau meneguh kedua-dua tangan. 1414H/1993: 126) iv. lalu disapukan ke muka sekali saja. Kemudian dilurutkan jari-jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit dan dilurutkannya pula hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan lurutkan ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dan kedudukan ibujari dalam keadaan terangkat. t. 1983: 59-60) Manakala menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat. Jantan. Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan solat. dan tidak diterima Allah S. menyentuh al-Quran atau sebagainya yang dimaksudnya dengan tayammum. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. A. Osman b. 1999: 91) 6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat: Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Tertib. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat. tawaf. Osman b. Lafaz niat iaitu: Maksudnya: " Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala". Bezanya ialah. 1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu ditepuk-tepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang telah digunakan) yang masih melekat ditangan. (Hj. Setelah ditiup atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk menipiskan debu-debu yang melekat padanya. ii. iii. (Al-Husaini. Niat mestilah dilakukan pada permulaan memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan hingga menyapu sebahagian daripada muka sebagaimana pendapat Syafi'iyyah. Seterusnya melurut ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan dan begitulah sebaliknya dengan menyapu tangan kiri. Seandainya ditengah-tengah mengusap anggota tayammum dia terangkat tangannya kemudian dikembalikan semula. (Ar-Rahbawi. 1983: 62) Cara menyapu tangan adalah dengan menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari ke bawah jari tangan kanan. bukan rukun.

Mula-mula hendaklah dibasuh muka. melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada Allah S. Jika sekiranya ada tiga anggota wudu' yang tidak boleh terkena air itu. Kaedahnya ialah samada bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota-anggota yang lain atau membasuh anggota-anggota yang lain dahulu kemudian baru bertayammum.W. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala dengan air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik. harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa di bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. (Hj.T yang mengangkat bebanan itu seluruhnya. lalu menyapu sebahagian kepala. puasa dikecualikan kepada orang sakit yang berpanjangan. Osman b. sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti satu anggota sahaja. Apabila sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena air itu kerana mengikut tertib.Bagi orang yang berhadas besar atau kecil yang hendak berwudu' atau mandi janabah. kemudian bertayammum dan membasuh anggota tangan yang baik. kemudian bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka itu. Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki. ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan. ii. atau suatu perintah daripada urusan syariat pula menyusahkan manusia untuk melaksanakannya. 1983: 63-64) Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan sakit yang berlainan beserta cara yang betul untuk bertayammum: Contoh pertama: Terdapat luka di tangan: i. Sebagaimana firman Allah S. ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula menyapu sebahagian daripada kepala. Tetapi jika keempat-empat anggota wudu' kesemuanya tidak boleh terkena air. Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada perempuan yang didatangi haid dan nifas. buta dan sebagainya. i. dan meringankan daripadanya pula. padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air. kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu. 1983: 64) Hikmat Bertayammum 1. Jika sekiranya ada dua anggota wudu' yang tidak boleh terkena air. kemudian ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka.W. Perkara ini dapat juga didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab mengikut kadar kemampuan dan kudrat seseorang tanpa adanya masyaqqah (kesusahan) seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk. lemah. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya Di antara kelebihan Allah S. maka wajib bertayammum tiga kali. Firman Allah S. sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia bertayammum.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan kesusahan dalam segenap aspek. peperangan dikecualikan kepada orang sakit. Jantan.W.T: (Al-Baqarah: 185) Maksudnya: " Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran".T: (An-Nisa': 28) Maksudnya: . Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka. Jantan. Osman b. Kemudian menyapu kepala. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka. maka hanya satu tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan.W. Bagi orang yang berhadas kecil yang hendak mengangkat hadasnya padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air. sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia menyampaikan serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh badannya yang lain. kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang demikian itu. ataupun membasuh anggota tangan yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj. Kedua-dua cara ini boleh dilakukan kerana tiada disyaratkan tertib bagi mengangkatkan hadas besar. maka wajib ia bertayammum dua kali.

hanya yang dapat diketahui orang semata-mata syaratnya sahaja. Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka anggota yang paling mulia. ibadat tayammum yang sampai perintahnya untuk memukul ke atas tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan adalah sebagai ganti wudu' dan mandi janabah apabila didapati bersih. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya. Kemudahan ini ialah kerana Allah S. kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada para sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan kepada engkau. bersabda: Mereka bunuh dia. . (b) 336: 239) Maksudnya: " Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena batu.W yang diriwayatkan daripada Jabir r. terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum: i. atau sukar untuk mendapat air.(Abu Muhammad.kias. lalu Nabi S.W. http://www. Di sini juga. padahal ketiadaan air itu hanya buat sementara waktu sahaja.W.W.edu.W. lalu luka kepalanya.W. ii.W. t. diceritakan peristiwa itu kepada Baginda. (Al-Syeikh Hassan Ayub. yang mana tayammum itu tidak dilakukan di masa umatumat yang terdahulu. Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan membalut lukanya. Dengan demikian.my/tayamum. atau kerana tidak ada air.a: (Riwayat Abu Daud. 1422H/2002 : 61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit atau dalam musafir." Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi.T lagi: (Al-Hajj: 78) Maksudnya: " Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan) yang dikurniakan Allah bagi orang yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan urusan agama. 1983: 65) Kesimpulan Melalui penjelasan yang telah dinyatakan di dalam bab ini. (Hj. Allah akan membunuh mereka. Ini adalah kerana Allah S.W. Padahal menurut hukumnya.htm Apa makna tayammum? Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit.A.th: 182-185) Firman Allah S. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S. Menyatakan kemuliaan.T kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.A. iaitu agar solat jangan sampai ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air. solat tidak boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun." Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama). Hadis Baginda Rasulullah S. iaitu perbuatan yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak tahu. dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam.T tidak memberatkan dan membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan urusan tersebut di luar kemampuan mereka.A. Kemudian dia mandi yang menyebabkan dia mati. Jantan. Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S. sedang engkau masih boleh menggunakan air. Maka dengan mudah sekali orang mencari alasan untuk meninggalkan solat. syariat Nabi Muhammad S.A. Osman b. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut lukanya tadi dan membasuh semua badannya yang lain.T telah menggariskan mengenai syariat bertayammum di dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah".

Kerana keputusan air. ³Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah. ³Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil. Seorang lelaki datang berjumpa Umar r. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud).a. Bila diharuskan tayammum? Secara dasarnya. atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan. Adapun kamu.. .w. sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran. as-Sunnah dan Ijmak ulamak.a. sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi). 2.a. yang menceritakan. ³Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi)´. (al-Maidah: 6). maka baginda berkata (kepada µAmmar). ³Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk mandi). (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar. ³Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu menemui air)´. maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Umar menjawab. maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solat´.a. Adapun aku. Kerana tidak mampu menggunakan air Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air? Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan. atau dalam pelayaran. ³Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air). iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu´. aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk. kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)´. Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air? Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r.terlalu sejuk atau sebagainya. atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air. 1. ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm. maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih. Apabila diceritakan kepada Nabi s. dan bertanya. Namun µAmmar bin Yasir r.

³Hendaklah ia bertayammum´. untuk memasak dan sebagainya. µWahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?¶. 7. . 8.w. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang. 5. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit. (an-Nisa¶. ³Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apa´. mereka mengadu kepada Rasulullah s. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air. 2. Mendengar peneranganku. Air diperlukan untuk menguli tepung. Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina µAli ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafir.lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan). 3. 4. Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air? 1.a. atau bimbang bertambah sakit. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu´. µAku teringat firman Allah. 6. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor.a. 29). Maka Rasulullah bertanya kepadaku.w. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya. Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat¶. lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. Imam Ahmad pernah menceritakan. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Lalu aku menjawab. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas. ³Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman mereka´. Jawab Saidina µAli. Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang). atau bimbang lambat sembuh. Rasulullah s.

Kedua. para ulamak telah menggariskan syarat-syarat berikut. Ketiga. Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih Keempat. Setelah pasti benar-benar tidak ada air. Tidak cukup dengan pencarian ketika kali pertama bertayammum sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafi¶ie (dalam qaul jadidnya). Untuk berikutnya kita huraikan syarat-syarat selebihnya iaitu yang bersangkutan dengan kewajipan mencari air. hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pertama.Apakah syarat-syarat sah tayammum? Untuk sahnya tayammum. lalu ia pun bertayammum. Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu Syarat pertama telahpun kita huraikan tadi iaitu tatkala memperkatakan tentang bilakah harus kita bertayammum. Jangan semata-mata tiada air di rumah. Imam . Bagaimana jika ada air. Pandangan pertama. barulah bertayammum. bahan tayammum (iaitu tanah menurut jumhur ulamak) dan waktu dilakukan tayammum. Pandanagn ini adalah pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari al-Hasan. kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Apa maksud mencari air? Seseorang yang ingin bertayammum kerana ketiadaan air. namun tidak mencukupi untuk bersuci. az-Zuhri. adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini. Malik. wajib digunakan air yang ada itu. Hendaklah orang yang bertayammum mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air. Jika air tiada di rumah. wajib ia berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasan sekitarnya. Mencari air itu wajib diulangi setiap kali hendak bertayammum. Hammad. Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air. hendaklah ia pergi ke masjid umpamanya atau ke rumah berdekatan moga-moga menemui air. Pandangan kedua.

Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafi¶ie). tidak dipakai tayammum itu. batu. lalu ia pun bertayammum dan mengerjakan solat. Kedua. menurut Imam Abu Hanifah. tidak harus dengan pasir.Abu Hanifah. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga tidak mensyaratkan bahan-bahan untuk bertayammum itu berdebu. dipakai tayammum itu. Adakah tayammum hanya harus dengan tanah sahaja? Bolehkah bertayammum dengan selain tanah? Ada beberapa pandangan ulamak dalam masalah bahan yang harus digunakan untuk bertayammum. pada pandangan mereka. . Hujjah mereka ialah. menurut Imam Syafi¶ie dan Imam Ahmad. Kalau seseorang itu lupa bahawa dalam kenderaannya ada air atau ia lupa ada menyimpan air di satu tempat. Pertama. tidak khusus kepada tanah sahaja. Dan disyaratkan tanah itu pula hendaklah berdebu (yakni dapat melekat pada tangan bila ditepuk) dan bersih. Imam Syafi¶ie (dalam qaul qadimnya). Ishaq. kapur dan sebagainya yang tidak dikategorikan sebagai tanah. jumhur ulamak (mazhab Imam Syafi¶ie. tetapi juga pasir. Harus tayammum dengan segala yang ada di atas permukaan bumi. Oleh itu. tidak hanya tanah. Kedua. Pertama. harus tayammum dengan salji dan setiap yang melapisi permukaan bumi. Malah menurut Imam Malik. yakni solatnya wajib diulangi semua setelah mengambil wudhuk dengan air tersebut. Ia tidak gugur semata-mata kerana lupa. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula berpendapat. yakni solatnya sah kerana lupa adanya air membawa ia kepada tidak dapat menggunakan air. Abu Yusuf dan Daud az-Dzahiri) mensyaratkan tayammum hendaklah dengan tanah. maka halnya sama seperti orang yang ketiadaan air. bagaimana hukumnya? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini. harus bertayammum di atas batu yang tidak ada debu atau di atas tanah licin yang tidak ada debu yang melekat di tangan apabila ditepuk di atasnya. thoharah dengan air adalah perintah yang wajib. Imam Ahmad. kapur. batu dan seumpamanya.

a. Syafi¶ie. Maksud µmasuk waktu¶ ialah tiba waktu yang mengharuskan suatu solat itu dilakukan. . tidak harus melakukan tayammum dengan menepuk ke atas debu yang terdapat di atas pakaian. tayammum hendaklah dengan menepuk terus ke atas bumi. Begitu juga. di pakaian. di atas permaidani. Jika tidak terdapat debu padanya.w. Jika ia telah menemui air.Adakah harus bertayammum dengan menepuk di dinding. Pertama. Disyaratkan masuk waktu kerana tayammum adalah toharah darurat seperti mana toharah wanita yang istihadhah di mana kedua-duanya tidak menghilangkan hadas. ³Sha¶id (tanah) yang bersih adalah alat bersuci bagi seorang muslim jika ia tidak mendapati air sekalipun selama sepuluh tahun. Nabi s. jumhur ulamak (terdiri dari mazhab Imam Malik. Maka sebagaimana wanita yang istihadhah tidak harus mengambil wudhuk melainkan setelah masuk waktu. Adakah harus bertayammum dengan tanah bernajis? Tidak harus kerana tayammum wajib dengan tanah atau bahan yang bersih kerana Allah menyebutkan di dalam ayat ³ ´ (sha¶id yang bersih). Adakah disyaratkan masuk waktu sahnya tayammum? Ada dua pandangan ulamak. mengikut pandangan mazhab Syafi¶ie dan Ahmad. Menurut beliau. Menurut Abu Hamid. juga bersabda. tidak harus tayammum. di belakang binatang kenderaan atau sebagainya? Ada dua pandangan ulamak. Pertama. harus jika di atas tempat-tempat yang ditepuk itu ada terdapat debu yang dapat melekat di tangan sebagaimana yang disyaratkan tadi. akan tetapi dilakukan hanya untuk mengharuskan solat sahaja. hukum tersebut telah disepakati oleh sekelian ulamak. Ahmad dan lain-lain) berpandangan. mengikut Imam Malik. Demikian itu lebih baik baginya´. Kedua. begitu juga orang yang ingin melakukan tayammum juga tidak harus melakukannya melainkan setelah masuk waktu solat. tidak sah tayammum melainkan setelah masuk waktu solat sama ada tayammum kerana keputusan air atau kerana tidak mampu menggunakan air. hendaklah ia menyapu air (yakni membasuh) badannya. permaidani dan sebagainya itu.

membaca al-Quran dan beriktikaf. maka tayammum juga sedemikian kerana ia disyariatkan sebagai ganti kepada kedua-duanya. Jika mampu berikhtiar sama ada dengan memanaskan air atau sebagainya. 6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan. wajiblah dilakukan ikhtiar itu. 4. Ia merangkumi. Apakah syarat tayammum bagi orang sakit atau luka? Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Hukum ini telah disepakati oleh ulamak. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota ( ). sujud tilawah. seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat. solat sunat. lumpuh dan sebagainya. Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doctor kafir atau fasiq. Seorang yang bertayammum harus mengerjakan solat fardhu. menyapu khuf. barulah diharuskan tayammum. Namun menurut mazhab Imam Malik.Kedua. Jika tidak mampu. Menyebabkan lambat sembuh 5. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan menyebabkan at-talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan mudarat pada badan. membawa mushaf. Apakah syarat tayammum bagi orang yang kesejukan? Syaratnya ialah tidak ada sebarang ikhtiar lagi yang dapat dilakuka bagi menggunakan air. yakni harus melakukan tayammum sekalipun belum masuk waktu. 3. Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir. doctor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq). menghilangkan najis). Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota. 1. sujud syukur. Imam Abu Hanifah berpandangan. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. . harus memakai pandangan atau makluman dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim. Menurut mazhab Syafi¶ie. Beliau mengkiaskannya dengan wudhuk dan toharah-toharah yang lain (mandi. Sebagaimana wudhuk harus dilakukan sebelum masuk waktu solat. Sejauhmanakah ibadah yang harus dilakukan dengan tayammum? Tayammum mengharuskan apa yang diharuskan dengan wudhuk dan mandi. tayammum tidak terikat dengan waktu. 2.

Yahya al-Ansari. Imam Abu Tsur dan fuqahak mazhab Hanbali. as-Sya¶bi. az-Zuhri. Syafi¶ie. Pandangan ketiga. Di sana ada tiga pandangan. Rabi¶ah. satu tayammum hanya untuk satu solat fardhu atau satu ibadah wajib sahaja. Oleh demikian. Imam Abu Hanifah. al-Laits.Mereka berpandangan. tayammum sama seperti wudhuk iaitu tidak terikat dengan bilangan solat. Apabila masuk waktu lain. Pandangan kedua. 1. solat fardhu yang luput. Malik. harus dilakukan seberapa banyak yang dikehendaki. Ishaq dan Imam Ahmad. Pandangan ini merupakan pendapat Sa¶id bin al-Musayyab.Namun para Fuqahak berikhtilaf dalam menentukan bilangan solat fardhu yang harus dikerjakan dinisbahkan kepada satu tayammum yang dilakukan. Mereka berpendapat. Hendaklah diperbaharui tayammum untuk setiap solat fardhu yang hendak dilakukan setelah dipastikan tidak air terlebih dahulu. Pandangan pertama. an-Nakha¶ie. menghimpunkan dua solat nazar atau antara satu solat fardhu dengan satu solat nazar. Tayammum terikat dengan waktu di mana satu tayammum hanya bagi satu waktu solat fardhu sahaja.w. menjamakkan dua solat dan seberapa banyak solat sunat yang diingini selama belum masuk waktu lain. Muka 2. maka harus untuk melakukan dengan tayammum itu seberapa banyak solat yang dikehendaki sama ada fardhu atau sunat dan tanpa mengira waktu. tidak harus menjamakkan dua solat dengan satu tayammum atau melakukan dua tawaf atau melakukan satu solat fardhu dengan satu tawaf fardhu. Dua tangan . Kedaaannya menyamai seorang wanita istihadhah atau orang-orang lainnya yang melakukan toharah darurat. Apakah anggota-anggota tayammum? Berdasarkan ayat al-Quran tadi dan hadis-hadis Nabi s. al-Hasan. Seorang yang bertayammum boleh melakukan apa sahaja solat yang dikehendaki sama ada solat fardhu dalam waktu. Ibnu Umar. Selagi tayammum tidak batal ±iaitu dengan menjumpai air atau dengan berlakunya hadas-. Qatadah. al-Muzani dan ar-Ruyani. batallah tayammum dan wajib diulangi semula tayammum bagi mengharuskan solat kembali. anggota tayammum hanya dua sahaja (sama ada tayammum bagi menggantikan wudhuk atau bagi menggantikan mandi) iaitu. Jumhur ulamak yang terdiri dari Saidina µAli.a. Adapun solat sunat. (sebahagiannya telah kita sebutkan tadi). as-Tsauri. Ibnu µAbbas.

bersabda kepadanya.Mengenai muka tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa keseluruhan kawasan muka yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk. tidak perlu lagi ditambah. al-Laits. sekumpulan ulamak yang terdiri dari µAtho. Pertama. Imam Ahmad. Imam Syafi¶ie (mengikut qaul qadimnya sebagaimana diceritakan oleh Abu Tsur) dan disokong oleh Ibnu al-Munzir berpandangan. satu tepukan untuk disapu ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke siku. pandangan kedua di atas adalah kuat dari segi dalilnya dan lebih hampir kepada kehendak as-Sunnah. kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)´. Kedua.w. Jika tidak. Adapun tangan. Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh jumhur tadi ia adalah dhaif. kawasan tangan yang wajib disapui debu adalah sama sebagaimana yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk iaitu bermula dari hujung jari hinggalah ke siku.w. sekali untuk disapu ke muka dan sekali untuk di sapu ke kedua tangan hingga ke siku´. al-Auza¶ie. Berapakah bilangan tepukan yang wajib semasa melakukan tayammum? Rentetan dari khilaf di atas. wajiblah tepukan itu ditambah hingga debu meratai seluruh kawasan yang wajib disapu itu. maka ketika tayammum kawasan muka tersebut wajib diratai dengan debu. bukan sabda Nabi s. mengikut jumhur atau majoriti ulamak iaitu Saidina µAli. .w. tayammum wajib dengan sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah.sabda Nabi s.a. ³Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan kawasan muka dan tangan (hingga ke siku). Sebenarnya ia hanyalah pandangan Ibnu Umar. Ibnu µUmar. berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah bilangan tepukan ke tanah yang mesti dilakukan oleh orang yang melakukan tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi. al-Hasan alBasri. Ishaq. Mereka berdalilkan ± antaranya. Imam Abu Hanifah dan Syafi¶ie. ³Tayammum itu dua kali tepukan.a.a.. as-Sya¶bi. kawasan tangan yang wajib disapui debu ketika tayammum hanyalah sampai ke pergelangan tangan sahaja. maka para ulamak berbeza pandangan tentang kawasan yang wajib disapui debu. Mereka berdalilkan hadis kisah µAmmar (yang telah kita kemukakan tadi) di mana Rasulullah s. Menurut Imam Nawawi. Imam Malik. Makhul. Salim bin Abdullah..

kemudian belum sempat mengerjakan solat ia telah menemui air. ia telah terkentut atau tersentuh kemaluan atau sebagainya). Jika air ditemui semasa sedang solat (seperti ada orang memberitahunya semasa sedang solat itu). Tayammum adalah bersuci gantian bagi wudhuk. 4. tayammumnya batal apabila telah bertemu air. http://muhdhazrie. jika ia ingin meneruskan solatnya diharuskan dan solatnya sah. mereka menegaskan. Jika ia bertayammum tadi kerana ganti mandi wajib. batallah tayammumnya. Apabila berlaku kepada orang yang bertayammum perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk sebagaimana yang telah kita jelaskan dalam tajuk yang lalu (contohnya. 3. tidak harus ia menunaikan solat dengan tayammum itu. Apabila hendak solat semula. Jika air ditemui setelah selesai solat. Bilakah batalnya tayammum? 1. Imam Ahmad. maka batallah tayammumnya. 2. maka sebaik ia sembuh dari sakit. al-Auza¶ie. Makhul. sejuk keterlaluan dan sebagainya). Kesimpulannya. kemudian mengambil wudhuk dan melakukan semula solat.wordpress. akan tetapi hendaklah mengambil wudhuk. jika seseorang bertayammum kerana sakit. hendaklah ia mandi wajib sebelum mengerjakan solat berikutnya. sah lah solat yang ditunaikan sebelum bertemu air itu dan tidak perlu diulangi semula sekalipun waktu masih ada. perkara-perkara yang membatalkan wudhuk juga akan membawa kepada batalnya tayammum.Adapun pandangan kedua di atas (µAtho. Namun sebaik-baiknya ialah ia menghentikan solatnya. kemudian baru tunaikan solat. Bagi orang yang bertayammum kerana ketiadaan air. Contohnya. Sebaik bertemu air. Jika seorang bertayammum. Jika bertayammum kerana keuzuran (seperti sakit. yakni tidak cukup dengan tayammumnya tadi sekalipun ia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan tayammumnya. yang wajib ialah sekali tepukan sahaja untuk keduadua anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan hingga pergelangannya. Ini kerana tayammumnya dengan sendiri terbatal dengan kerana bertemu air sekalipun belum sempat mengerjakan solat.com/2009/07/30/bersuci-tayammum/ . tayammum dikira terbatal sebaik sahaja hilang keuzuran. Ishaq dan disokong oleh Ibnu al-Munzir). dengan sendiri tayammumnya terbatal. wajib ia mengambil wudhuk.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful