You are on page 1of 20

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.

4 TAHUN 1971

PENJENISAN DAN KOD PERBELANJAAN

1. Tujuan

1.1 Pekeliling ini bertujuan untok meminda penjenisan dan kod


perbelanjaan yang terkandong dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3
tahun 1970, dan menentukan penjenisan2 kod2 butiran perbelanjaan
lanjut. Ini akan menjadi sa-bahagian dari sistem baru bagi penjenisan
perbelanjaan dan hasil yang sekarang ini sedang di-bentok.

1.2 Pekeliling ini ada-lah untok:

(i) memberi butiran2 yang lebeh lanjut berkenaan dengan kandongan


butiran perbelanjaan sebagai kapada Kementerian/Jabatan untok
memudahkan mereka mench atitkan dengan chara yang selaras dan sama
segala perbelanjaan2 mengikut kod2 yang di-sediakan. Ma'alumat2 ini
boleh di-gunakan oleh Kementerian/Jabatan apabila menyediakan
anggaran dan mengawal urusan2 Kementerian/Jabatan mereka; dan

(ii) menyediakan penjenisan butiran perbelanjaan lanjut dan susunan kod


yang sama, yang boleh di-satukan dengan sistem baru perakaunan
Kementerian/Jabatan itu. Penjenisan dan susunan kod ini ada-lah untok
menunjokkan berbagai jenis perbelanjaan Kerajaan yang di-perlukan
untok Jabatan2 Pusat bagi menganalisa kesan2 urusan Kerajaan dalam
bidang ekonomi.

2. Latar-belakang

2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 1969 mengemukakan satu


chara baru bagi menjeniskan berbagai perbelanjaan untok maksud
membuat anggaran. Chara ini membolehkan Kerajaan membuat
rengkasan perbelanjaan mengikut kelas2 butiran perbelanjaan sebagai
yang lebeh bermaana dan manasabah. Pekeliling ini juga menyatakan
bahawa Jabatan2 boleh membahagi2kan kelas2 butiran perbelanjaan
sebagai yang telah di-tentukan kapada kelas2 yang lebeh lanjut jika
di-fikirkan perlu. Ini boleh di-lakukan dengan sharat kelas2 yang lebeh
lanjut itu ada-lah sabagai tambahan dan selaras dengan kelas2 butiran
perbelanjaan sedarjah yang di-tentukan.

2.2 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 tahun 1970 menunjokkan penjenisan


butiran sebagai yang baru dengan beberapa pindaan yang kechil.
Pekeliling ini juga menghendaki anggaran2 di-sediakan dengan
menggunakan butiran perbelanjaan sebagai yang telah di-senaraikan dan
di-terangkan di-muka2 surat 22 hingga 28.

2.3 Dalam surat-nya bertarikh 15hb Januari, 1970 atas tajok "Recording of
Obligations and Expenditures in Vote Books - 1970" Akauntan Negara
menasehatkan supaya mulai 1hb Januari, 1970 semua
Kementerian/Jabatan menyediakan dan melaksanakan peratoran2 untok
membuat akaun perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut
butiran perbelanjaan sebagai sabagai tambahan kapada perakaunan
tradisi yang hanya menggunakan kepala/pechahan-kepala. Semua
Kementerian/Jabatan yang telah di-beritahu bahawa pechahan-kepala
dalam anggaran mengurus 1971 ada-lah berasaskan kapada penjenisan
baru butiran perbelanjaan, akan tetapi pechahan-kepala dalam anggaran
pembangunan ada-lah mengikut projek dan sekim.

3. Penjenisan Butiran Perbelanjaan

3.1 Penjenisan butiran perbelanjaan dan keterangan lanjut berkenaan


dengan-nya yang di-susun mengikut nombor kod ada-lah di-taarifkan
dalam jadual Pekeliling ini.

4. Kredit Perbelanjaan

4.1 Kredit2 kapada vot perbelanjaan dalam tahun yang berkenaan (current
year) yang di-buat mengikut Arahan Perbendaharaan Bil. 86 hendak-lah
mengikut butir2 perbelanjaan saperti yang di-tentukan dalam Pekeliling
ini.

4.2 Kredit bagi perbelanjaan bagi tahun2 yang lepas akan terus
di-kreditkan kapada hasil Kerajaan.

5. Pelaksanaan
5.1 Mulai dari 1hb Januari, 1971 semua Kementerian/Jabatan hendak-lah
menggunakan penjenisan butiran perbelanjaan `am dan butiran
perbelanjaan sebagai dan susunan kod yang terkandong dalam jadual ini.
Mereka hendak-lah menggunakan susunan kod dan penjenisan
perbelanjaan ini apabila menchatitkan segala urusan belanja mengurus
dan pembangunan, menyediakan anggaran perbelanjaan dan melaporkan
perbelanjaan mengikut butiran perbelanjaan sebagai.

5.2 Mulai dari 1hb Januari, 1972 semua Kementerian/Jabatan hendak-lah


menggunakan sistem2 untok menchatit, merengkas dan melaporkan dari
masa kesemasa semua perbelanjaan mengikut butiran perbelanjaan lanjut
sebagaimana yang di-senaraikan dalam jadual ini. Langkah2 ini
hendak-lah di-mulakan dengan tidak berlengah2 lagi supaya peratoran2
dapat di-laksanakan dan di-gunakan untok Anggaran tahun 1971.

5.3 Kementerian2/Jabatan2 mungkin memerlukan butiran2 perbelanjaan


lanjut sabagai tambahan kapada apa yang tersenarai dalam jadual ini, bagi
ma'alumat dan kawalan pejabat-nya. Tambahan serupa ini ka-dalam sistem
perakaunan Kementerian2/Jabatan2 tidak-lah di-larang oleh Pekeliling ini.
Walau bagaimana pun, sebarang laporan2 yang di-perlukan oleh Jabatan2
Pusat mesti-lah di-buat mengikut penjenisan butiran perbelanjaan sebagai
saperti yang terkandong di-dalam jadual yang di-kembarkan. Segala
laporan yang berasaskan selain daripada bentok yang di-tetapkan ini akan
hanya boleh di-buat dengan arahan atau kebenaran Akauntan Negara.

5.4 Apabila Buku2 Vot di-gunakan untok menchatit ma'alumat


perbelanjaan, ruangan bagi butiran perbelanjaan sebagai dalam buku itu
boleh-lah juga di-gunakan bagi menchatit nombor2 kod yang perlu bagi
butiran perbelanjaan lanjut. Rengkasan2 perbelanjaan yang di-jeniskan
mengikut butiran perbelanjaan sebagai dan butiran perbelanjaan lanjut
hendak-lah di-sediakan pada tiap2 bulan oleh Kementerian2/Jabatan2 yang
bertanggong-jawab menyimpan Buku2 Vot itu bagi maksud rekod.

5.5 Akauntan Negara, dalam surat-nya di-sekshen kechil 2.3, menyatakan


bahawa selain daripada Buku Vot, satu sistem perakaunan yang serupa
yang telah di-luluskan boleh-lah di-gunakan. Sistem perakaunan itu
mesti-lah menurut kehendak2 Pekeliling ini.

5.6 Mana2 Kementerian2/Jabatan2 yang menghadapi kesulitan bagi


melaksanakan kehendak2 Pekeliling ini boleh-lah berhubong dengan
pegawai di-Pejabat Akauntan Negara yang bertanggongjawab bagi
memajukan sistem perakaunan ini.
6. Semua Kementerian2/Jabatan2 Persekutuan ada-lah di-kechualikan
daripada Arahan Perbendaharaan Bil. 42 dengan terlaksananya Pekeliling
ini. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/65 ada-lah di-batalkan.

RAJA TAN SRI MOHAR BIN RAJA BADIOZAMAN,


Ketua Setia-usaha Perbendaharaan

PERBENDAHARAAN, MALAYSIA,
KUALA LUMPUR,
5hb April, 1971.

JADUAL

PENJENISAN DAN KOD PERBELANJAAN

1. Ta`arif

1.1 Butiran Perbelanjaan `Am-satu kumpulan perbelanjaan yang


mengandongi beberapa butiran perbelanjaan sebagai; mithal-nya
PERKHIDMATAN DAN BEKALAN (lihat muka surat 22 Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 3 tahun 1970).

1.2 Butiran Perbelanjaan sebagai - satu jenis perbelanjaan besar yang


di-jeniskan di-bawah satu butiran perbelanjaan `am; mithal-nya,
Pengangkutan Barang2 di-bawah PERKHIDMATAN DAN BEKALAN.

1.3 Butiran Perbelanjaan Lanjut - satu jenis perbelanjaan yang di-jeniskan


di-bawah satu butiran perbelanjaan sebagai; mithal-nya, Tambang Barang2
dan Bayaran Ekspres di-bawah Pengangkutan Barang2.

2. Tiap2 penjenisan butiran perbelanjaan ada-lah di-tunjokkan dengan


menggunakan nombor kod empat angka yang di-pileh untok memudahkan
penggunaan alat letronik bagi memproses data apabila di-perlukan.
2.1 Tiap2 butiran perbelanjaan `am ada-lah di-tunjokkan dengan nombor
kod empat angka yang berakhir dengan tiga angka sifar; mithal-nya,

2000 Perkhidmatan dan Bekalan

2.2 Tiap2 butiran perbelanjaan sebagai ada-lah di-tunjokkan dengan


nombor kod empat angka yang berakhir dengan dua angka sifar;
mithal-nya,

2200 Pengangkutan Barang2

2.3 Tiap2 butiran perbelanjaan lanjut ada-lah di-tunjokkan dengan nombor


kod empat angka yang berakhir dengan sebarang angka, tetapi tidak
melebehi daripada satu sifar; mithal-nya,

2201 Tambang Barang2 dan Bayaran Ekspres


2840 Perkhidmatan Iklan.

2.4 Dalam laporan2 dan arahan2, butiran perbelanjaan `am boleh-lah


di-tunjokkan dengan angka yang pertama dan butiran perbelanjaan
sebagai pula boleh-lah di-tunjokkan dengan dua angka yang pertama
di-dalam nombor kod empat angka yang berkenaan, dengan sharat jenis
butiran2 perbelanjaan itu jelas di-tunjokkan atau di-fahami; mithal-nya,

Butiran Perbelanjaan `am 2 Perkhidmatan dan Bekalan. Butiran


Perbelanjaan sebagai 22 Pengangkutan Barang2. Dalam chontoh ini
angka2 sifar di-penghujong ada-lah di-fahami.

3. Senarai penjenisan butiran perbelanjaan `am butiran perbelanjaan


sebagai dan butiran perbelanjaan lanjut ada-lah saperti berikut:

1000 GAJI DAN HABUAN WANG -

1100 Gaji dan Upahan:

1001 Gaji Masa Biasa Awam.


1102 Gaji Masa Biasa Pekerja Perusahaan dan Buroh Kasar.
1103 Gaji/Upahan Masa Biasa Pekerja Awam Sambilan atau Separoh Masa.
1104 Gaji Masa Biasa Awam Ambilan Tempatan Seberang Laut.
1105 Gaji Lebeh Masa, Awam.
1106 Upahan Lebeh Masa Kumpulan Pekerja Perusahaan dan Buroh Kasar
(KPBK).
1107 Upahan Lebeh Masa dan Separoh Masa, Awam.
1108 Upahan Lebeh Masa Ambilan Tempatan Seberang Laut, Awam.
1109 Gaji Tunggakan Awam.
1110 Gaji Tunggakan Kumpulan Perusahaan dan Buroh Kasar.
1111 Upahan Tunggakan Sambilan atau Separoh Masa Awam.
1112 Gaji Tunggakan Ambilan Tempatan dan Seberang Laut, Awam.
1131 Gaji Tentera Semasa.
1132 Gaji Tunggakan Tentera.

1200 Elaun2 dan lain2 Habuan Wang-(di-jeniskan sabagai bayaran


gaji/upahan):

1201 Elaun2 dan Habuan Wang Awam.


1231 Elaun2 dan Habuan Wang Tentera.

1300 Tambahan Bayaran Gaji Kakitangan:

1301 Charum Majikan-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


1302 Charum Majikan-Insuran Kebangsaan.
1303 Lain2 Charum Majikan.
1304 Lain2 Bayaran Tambahan, Kakitangan.

2000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN -

2100 Perbelanjaan dan Pengangkutan Orang - (termasok pengangkutan,


teksi, lojing, makanan dan perbelanjaan lain yang bersangkutan):

2101 Perjaalanan-Kakitangan Kerajaan-Perjalanan tempatan (termasok


Malaysia Barat dan Timor).
2102 Perjalanan-Kakitangan Kerajaan-Perjalanan Luar Negeri, dan
Seberang Laut.
2103 Perjalanan-Bukan Kakitangan Kerajaan.

2200 Pengangkutan Barang2:

2201 Bayaran Tambang dan Bayaran Express (kechuali bungkusan os).


2202 Bungkusan Pos.
2203 Pengangkutan Mel Berkontrek.
2204 Bayaran sechara Gantian (Commutation) bagi Perbelanjaan,
Pengangkutan (bayaran kapada pekerja2 sa-bagai gantian perbelanjaan
berpindah sa-benar-nya).
2205 Lain2 bayaran untok Pengangkutan Barang2.

2300 Kemudahan Perhubongan:


2301 Bayaran Pos (tidak termasok bungkusan pos-lihat 2202).
2302 Talipon dan Talitaip.
2303 Taligerap, Kabel dan Perhubongan Wayales.
2304 Lain2 perkhidmatan perhubongan (pesuroh (courier) dll.).

2400 Api, Ayer dan Letrik dll.:

2401 Letrik (Lampu dan Kuasa).


2402 Ayer dan betongan (sewerage).
2403 Lain2 perkhidmatan (other utility services).

2500 Semua Menyewa:

2501 Sewa tanah (tanpa bangunan).


2502 Sewa bangunan kediaman (tidak termasok berek).
2503 Sewa bangunan pejabat (termasok Pejabat Pos dan Bangunan
Kastam).
2504 Sewa bangunan untok kerja2 dan urusan2 lain (saperti kilang2,
wokshop2, sekolah2, panggong2, perpustakaan2, rumah2 orang tua,
berek, dermaga, bangunan2 dan kemudahan2 riadhah dan sabagai-nya.
2505 Sewa Kapalterbang.
2506 Sewa Kapal dan Bot.
2507 Sewa Kenderaan Bermoto.
2508 Sewa Lain2 alat pengangkutan.
2509 Sewa Peti2 Pejabat Pos dan Mesin Mel.
2510 Sewa Talitaip dan Alat2 Pengirim Data.
2511 Sewa Komputer dan lain2 Alat Memperoses Data.
2512 Sewa Mesin2 dan Alat2 Pejabat.
2513 Sewa Lain2 Mesin dan Alat2.
2514 Sewa-Lain2.

2600 Perkhidmatan Penchetakan:

2601 Penchetakan Penerbitan Kementerian2/Jabatan2.


2602 Penchetakan borang2, kepala surat Kementerian2/Jabatan2 dan
sabagai-nya.
2603 Fotografi, perkhidmatan "Blue Printing"."Photo-stating", dan
Filem-Mikro (tidak termasok pengeluaran filem2 tayangan dan Tep
Video-lihat 2850).
2604 Lain2 Perkhidmatan Penchetakan dan Penyalinan.

2700 Bekalan2 dan Bahan2:

2701 Haiwan (di-beli untok panyembelihan atau penyelidekan -lihat 3101


bagi haiwan2 yang di-jeniskan sabagai harta).
2702 Ikan dan Hidupan Laut.
2703 Makanan Haiwan dan Hidupan Laut.
2704 Minuman (beverages).
2705 Pelbagai makanan, bahan2 makanan dan persediaan makanan.
2706 Bahan2 Tumbohan Mentah yang tidak boleh di-makan (tidak
termasok getah, palma dan kayukayan).
2707 Getah dan lain2 keluaran mentah yang berkaitan.
2708 Bahan2 Mentah palma.
2709 Kayu Kayan dan Bahan2 Mentah yang berkaitan.
2710 Tenunan dan "fibre" yang berkaitan.
2711 Logam dalam bentok Bijeh, Bijeh Padat dan Serpehan Logam (scrap).
2712 Arang Batu, Petroleum mentah dan bahan mentah yang berkaitan.
2713 Galian mentah yang bukan-logam (tidak termasok arang batu dan
petroleum).
2714 Bahan2 buatan-champoran (Fabricated) getah.
2715 Bahan2 buatan-champoran Kayu Kayan.
2716 Kertas dan Kertas Tebal (Paperboard).
2717 Bahan2 tenunan buatan-champoran.
2718 Bahan2 kimia dan bahan2 yang berkaitan [termasok gas2 padu
(compressed gases)].
2719 Barang2 buatan Petroleum dan Arang Batu (termasok Petrol dan
Bahan Api).
2720 Logam, Logam champoran (Alloys) dan bahan asasi yang berkaitan.
2722 Pelbagai barang buatan-champoran dan barang2 buatan-asasi.
2723 Langganan dan lain2 bahan2 Penchetakan (tidak termasok Buku2
simpanan Kekal-lihat 3130).
2724 Bekalan alatulis dan Bekalan2 Pejabat dan Bahan2 Pelukis.
2725 Alat2 Bantuan dan Alat2 Tambahan mesin Pejabat (termasok alat2
pejabat berharga kurang daripada $200 tiap2 satu, dan untok alat2 yang
berharga lebeh daripada $200 lihat 3121).
2726 Bahan2 dan bekalan fotografi (termasok alat foto-grafi berharga
kurang daripada $200 tiap2 satu, untok alat2 yang berharga $200 dan
lebeh-lihat 3124).
2727 Bahan2 letupan dan peluru (tidak termasok kegunaan tentera-lihat
3114).
2728 Tiub dan tayar getah.
2729 Perkakas kechil dan alat2 dan bahagian2 alat equipment parts)
berharga kurang daripada $200 (bagi barang2 lebeh daripada $200-lihat
3127).
2730 Barang2 Pakaian dan barang2 tambahan (termasok sepatu2 dan
sabagai-nya.).
2731 Bekalan riadhah, barang2 permainan kanak2, barang2 permainan,
barang2 sokan dan barang2 olah raga.
2732 Bahan2 menchuchi (cleaning preparations) dan serbok2 penchuchi
yang berkaitan (related chemical specialities).
2733 Pelbagai bekalan rumah2 dan persendirian.
2734 Bekalan Perubatan dan Pembedahan (ubat2 dan barang2 perubatan
saperti alat perubatan mata, otopidik dan sabagai-nya).
2735 Jam dan Jam tangan berharga kurang daripada $200 (bagi jam2
yang berharga $200 atau lebeh - lihat 3131).
2736 Pelbagai barang2 buatan yang tidak terjenis di-bawah Butiran
sebagai 31).

2800 Perkhidmatan Pelbagai - (Di-beli dari sumber2 lain):

2801 Menyenggara dan membaiki sistem2 jalan raya.


2802 Menyenggara dan membaiki lapangan terbang.(Tidak termasok
bangunan-lihat 2814 dan 2816)
2803 Menyenggara dan membaiki landasan keretapi dan lain2 benaan
keretapi (tidak termasok bangunan-lihat 2815 dan 2816).
2804 Menyenggara dan membaiki pelabohan dan lain2 benaan laut - (tidak
termasok bangunan).
2805 Menyenggara dan membaiki sekim2 parit, tali ayer, bekalan ayer,
betongan (sewerage) dan penchegah
banjir dan projek2 pemulehan tanah (tidak termasok bangunan).
2806 Menyenggara dan membaiki sekim2 kuasa letrik dan sistem2
penyebaran.
2807 Menyenggara dan membaiki sistem2 perhubongan (tidak termasok
bangunan).
2808 Menyenggara dan membaiki lain2 benaan kejuruteraan (tidak
termasok bangunan, mesin2 dan alatan2.
2809 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Pejabat.
2810 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Pelajaran.
2811 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Perubatan.
2812 Menyenggara dan membaiki bangunan Kediaman Kekal.
2813 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Tentera.
2814 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Lapangan Terbang.
2815 Menyenggara dan membaiki bangunan2 Keretapi.
2816 Menyenggara dan membaiki lain2 bangunan.
2817 Menyenggara dan membaiki alatan2 tetap dalam bangunan.
2818 Menyenggara dan membaiki perabot dan pasangan yang boleh
di-aleh.
2819 Menyenggara dan membaiki alat-alatan tentera.
2820 Menyenggara dan membaiki mesin2 perusahaan.
2821 Menyenggara dan membaiki alat-alatan benaan.
2822 Menyenggara dan membaiki alat-alatan pengangkutan.
2823 Menyenggara dan membaiki alat-alatan perhubongan.
2824 Menyenggara dan membaiki alat-alatan memproses data.
2825 Menyenggara dan membaiki alat-alatan letrik dan letronik.
2826 Menyenggara dan membaiki radas2 ma'amal perubatan dan
pergigian.
2827 Menyenggara dan membaiki mesin dan alat-alatan2.
2828 Menyenggara dan membaiki lain2 alatan.
2840 Perkhidmatan iklan.
2841 Perkhidmatan akaun.
2842 Perkhidmatan undang2.
2843 Perkhidmatan penilaian harta dan pengurusan.
2844 Perkhidmatan perunding pengurusan.
2845 Perkhidmatan kejuruteraan dan akitek (termasok bayaran2
Perunding yang berkaitan).
2846 Perkhidmatan saintifik dan penyelidekan sechara kontrek (termasok
bayaran perunding berkaitan).
2847 Perkhidmatan latehan dan pelajaran.
2848 Perkhidmatan perlindongan dan keselamatan.
2849 Perkhidmatan memproses data.
2850 Pengeluaran dan penyebaran gambar tayangan dan tep video.
2851 Perkhidmatan Juruterengkas dan lain2 perkhidmatan pejabat.
2852 Perkhidmatan dobi "dry cleaning" dan lain2 perkhidmatan yang
berkaitan.
2853 Penyimpanan dalam setor dan gudang2.
2854 Menchuchi bangunan sechara kontrek.
2855 Perkhidmatan penyediaan dan penyajian makanan.
2856 Lain2 perkhidmatan perniagaan.
2857 Elaun2 Keraian (semua perbelanjaan untok keraian hendak-lah
di-masokkan di-Butiran Lanjut ini.)

3000 PEMBELIAN HARTA MODAL -

3100 Alat2an - (termasok perbelanjaan pengangkutan, pemasangan dan


lain2 perbelanjaan yang menjadi sebahagian daripada kontrek untok
pembelian alat2an):

3101 Ternakan (saperti yang di-beli untok di-biakkan; untok di-sembelih


atau penyelidekan - lihat 2701).
3102 Mesen2 perusahaan untok kegunaan `am (mithal-nya, "jentera
pelarik", drill presses dan lain2 yang berguna dalam beberapa
perusahaan).
3103 Alat2an untok aleh mengaleh bahan2.
3104 Alat2an dan mesin2 pembenaan.
3105 Alat2an dan mesin2 pertanian (tidak termasok trektor).
3106 Lain2 mesin perusahaan yang istimewa (di-bentok untok kegunaan
dalam satu perusahaan sahaja-mithal-nya, kapal korek untok melombong
bijeh).
3107 Kapal terbang.
3108 Kapal dan bot2
3109 Enjin2 dan gerabak keretapi.
3110 Kenderaan jalan raya bermoto.
3111 Trektor2.
3112 Lain2 alat2an pengangkutan.
3113 Alat2an tentera.
3114 Peluru dan bahan2 letupan tentera.
3115 Senjata dan senjata-api selain daripada kegunaan tentera.
3116 Alat2an perhubongan.
3117 Alat2an hawa dingin, penyejok dan pemanas.
3118 Alat2an memasak makanan.
3119 Alat2an lampu, penyebaran dan kawalan letrik.
3120 Komputer2 dan alat2an berkaitan.
3121 Mesin2 dan alat2an pejabat berharga $200 dan lebeh (bagi mesin2
dan alat2an yang berharga kurang daripada $200 lihat-2725). 3122
Perkakas2, radas2, dan alat2an tambahan pengukuran, pengurusan
kawalan, ma'amal perubatan dan perubatan mata.
3123 Alat2an keselamatan (safety) dan kebersehan (sani-tation).
3124 Kamera2 dan lain2 alat2an fotografik berharga $200 dan lebeh (bagi
alat2an yang berharga kurang dari
$200-lihat 2726).
3125 Lain2 alat2an letronik.
3126 Lain2 alat2an dan perkakas letrik.
3127 Perkakas dan alat2 pertukangan yang berharga $200 dan lebeh
(bagi perkakas2 dan alat2 yang kurang dari $200-lihat 2729).
3128 Perabot yang boleh di-aleh dan pasangan2.
3129 Lain2 alat2an dan hiasan rumah.
3130 Buku2 untok simpanan kekal-(lihat 2723 untok lain2 bahan
chetakan).
3131 Lain2 alat2an berharga $200 dan lebeh (untok alat2an yang kurang
daripada $200 jeniskan di-bawah 2736).

3200 Tanah2:

3201 Pengambilan tanah (termasok hak2 dan tuntutan atas tanah dan
hak2 lalu lintas-lihat 2501 untok
sewa tanah).

3300 Pembenaan - (termasok alat2an tetap dan lain2 perbelanjaan yang


menjadi sebahagian daripada kontrek pembenaan atau pengambilan
tanah):
3301 Jalan2.
3302 Jambatan2 jalan, jejambat, jabanah dan sabagai-nya.
3303 Lapangan2 terbang (tidak termasok bangunan-lihat 3329).
3304 Landasan2 keretapi.
3305 Lain2 benaan keretapi (tidak termasok bangunan-lihat 3330).
3306 Benaan laut (tidak termasok bangunan).
3307 Sekim2 parit.
3308 Sekim2 taliayer dan projek pemulehan tanah.
3309 Sekim2 bekalan ayer.
3310 Sekim2 betongan.
3311 Kerja2 menchegah banjir.
3312 Empangan2 dan takongan ayer-projek bersendiri yang tidak menjadi
sebahagian daripada sekim.
3313 Taman2 dan padang2.
3314 Kemudahan2 riadhah luar.
3315 Sekim2 kuasa letrik (termasok sistem penyaloran kuasa).
3316 Sistem2 perhubongan (termasok ibu-sawat talipon seteshen
sambongan dan "booster", wayar2 telegraph dan talipon, kebel bawah
tanah dan dalam laut).
3317 Lain2 pembenaan kejuruteraan (tidak termasok bangunan).
3318 Bangunan2 pejabat.
3319 Bangunan2 pelajaran (termasok Sekolah2, Maktab2 dan Universiti).
3320 Bangunan perubatan (termasok hospital, rumah istirihat,klinik2 dan
pusat2 kesihatan).
3321 Lain2 bangunan khas (institutional) (termasok mahkamah2,
penjara2, rumah2 anak yatim, rumah orang tua, perpustakaan dan
sabagai-nya).
3322 Kantin, rumah rehat, asrama dan sabagai-nya.
3323 Rumah kediaman kekal, bangunan2 kediaman dan sabagai-nya.
3324 Oditorium2, stadium2, bangunan2 hiboran dan riadhah.
3325 Kilang2, bengkel2, bangunan loji batu dan sabagai-nya.
3326 Gudang2, rumah setor, bangunan setor penyejok.
3327 Bangunan penyiaran dan talikom,
3328 Berek2 tentera, dewan2 kawat dan sabagai-nya.
3329 Bangsal kapal terbang, bangunan-indok lapangan terbang dan
bangunan yang berkaitan.
3330 Bangunan2 keretapi.
3331 Lain2 pembenaan bangunan.

3400 Pelaboran dan Pinjaman:

3401 Pinjaman kapada Badan2 Berkanun dan Perbadanan Kerajaan


Malaysia.
3402 Saham2, bon2, surat2 hutang, simpanan dan lain2 ekuiti (termasok
jumlah2 bunga tertanggoh pada masa pembelian dan juga pembayaran
premium) badan2 berkanun dan perbadanan Kerajaan Malaysia.
3403 Pinjaman kapada negeri2.
3404 Pinjaman perbadanan yang bukan milek Kerajaan Malaysia.
3405 Saham2, bon2, surat2 hutang, simpanan dan lain2 ekuiti-
pertubohan2 yang bukan milek Kerajaan Malaysia.
3406 Pinjaman kapada Sharikat2 Kerjasama Malaysia.
3407 Pinjaman kapada lain2 persatuan dan orang persaorangan
di-Malaysia.
3408 Pelaboran dan pinjaman-Kerajaan Luar Negeri.
3409 Pelaboran dan pinjaman-lain2 dari Luar Negeri.

4000 PEMBERIAN DAN BAYARAN TETAP-

4100 Pemberian subsidi dan charum2:

4101 Bayaran pindahan kapada orang2 persaorangan (tidak termasok


bayaran kerana rugi atau chedera dan penchen kapada bekas pekerja2).
4102 Bayaran pindahan semasa kapada Pertubohan2 Kebangsaan yang tak
bermotifkan keuntongan.
4103 Bayaran pindahan modal kapada Pertubohan Kebangsaan yang tak
bermotifkan keuntongan.
4104 Bayaran pindahan - subsidi.
4105 Bayaran pindahan - bantuan modal kapada perusahaan - perbadanan.
4106 Bayaran pindahan - bantuan modal kapada perusahaan -
persaorangan.
4107 Bayaran pindahan semasa kapada negeri2.
4108 Bayaran pindahan modal kapada negeri2.
4109 Bayaran semasa kapada Perbandaran.
4110 Bayaran pindahan modal kapada Perbandaran.
4111 Bayaran pindahan semasa kapada Pertubohan2 Antarabangsa dan
Negara2 Luar.
4112 Bayaran pindahan modal Pertubohan Antarabangsa dan negara2
luar.

4200 Bantuan Insuran dan Ganti Rugi:

4201 Bayaran untok kemusnahan, kehilangan atau kechederaan kapada


orang2 atau harta-persaorangan.
4202 Bayaran untok kemusnahan, kehilangan atau kechederaan kapada
orang2 atau harta-perbadanan.

4300 Bunga dan Dividen (dan lain2 Pembayaran Hutang Negara)


-(tentukan bagi tiap2 penjenisan-jenis2 penerima):

4301 Kerajaan Persekutuan.


4302 Kerajaan Negeri.
4303 Kerajaan Tempatan.
4304 Perbadanan Kerajaan.
4305 Perusahaan Persendirian.
4306 Persaorangan.
4307 Kerajaan Luar negeri.
4308 Lain2 dari Luar Negeri. Gunakan bilangan penjenisan penerimaan
terakhir bagi tiap2 kategori2 yang berikut, mithal-nya, "Bunga yang
di-bayar pada Persatuan Antarabangsa atas tanggongan pinjaman untok"
patut di-jeniskan sabagai 4318.
4310 Bunga yang di-bayar atas simpanan pinjaman dan sabagai-nya.
4320 Bunga yang di-bayar atas kontrek bayaran-beransor2.
4330 Bunga atas lain2 tanggongan.
4340 Pelan penyelesaian potongan bon, premium dan kamsen.
4350 Kos pengeluaran pinjaman baru.
4360 Kos pengurusan pinjaman.
4370 Lain2 bayaran hutang negara.

4500 Penchen dan Ganjaran - (sebutkan jenis-nya kalau penting):

4501 Penchen, ganjaran dan lain2 faedah kapada bekas pekerja2 atau pun
anak-pinak/saudara-mara yang di-tinggalkan - Malaysia.
4502 Penchen, ganjaran, dan lain2 faedah bagi bekas pekerja atau
anak-pinak/saudara-mara yang di-tinggalkan - Luar Negeri.

5000 LAIN2 PERBELANJAAN -

5100 Pembayaran Balek:

5101 Pembayaran balek (sebutkan jenis-nya kalau penting).

5500 Pelbagai:

5501 Pindahan kapada Kumpulan-Wang Chadangan Khas dan


Kumpulan-Wang Khas (sebutkan nama penerima Kumpulan-Wang).
5502 Pindaan kapada Perbadanan Kerajaan Persekutuan (sebutkan nama
perbadanan yang menerima kumpulan-wang).
5503 Kurangan perusahaan yang di-milek oleh Kerajaan.
5504 Penghapusan kerugian (yang melibatkan perbelanjaan Belanjawan)
5510 Pembayaran balek pinjaman dan pendahuluan (sebutkan jenis
penerima saperti juga butiran sebagai bil. 43).
5520 Perbelanjaan pelbagai yang tidak terjenis di-mana2 pun.

4. Penjelasan

4.1 Patut-lah di-perhatikan bahawa pindaan2 penting yang berikut telah


pun di-buat pada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 1970:

4.1.1 Dalam fomat OE 2 (kini BM-2) butiran sebagai yang berbunyi


demikian "Perkhidmatan Penyelenggaraan Berkontrek" (maintenance
contractual services) telah pun di-pinda kapada "Perkhidmatan Pelbagai"
(miscellaneous services). Dengan demikian, butiran sebagai 29 ada-lah
di-mansohkan. Butiran lanjut di-bawah butiran sebagai 29 telah pun
di-masokkan di-bawah butiran sebagai bil. 28.

4.1.2 Sewa2 pengangkutan dan kelengkapan perhubongan yang


dahulu-nya di-jeniskan di-bawah butiran sebagai 22 dan 23 sekarang ini
di-kumpulkan di-bawah butiran sebagai 25 bersama dengan lain2 sewa.

4.1.3 Butiran sebagai 59 - Pelbagai telah di-nomborkan menjadi 55.

4.2 Beberapa nombor kod yang tertentu jangan-lah di-gunakan untok


"koding" urusan perbelanjaan:

4.2.1 Nombor kod yang terakhir dengan "00" dan "000" jangan-lah
di-gunakan untok koding urusan perbelanjaan; nombor2 ini di-gunakan
sabagai rengkasan untok jumlah2 perbelanjaan sa-benar, ramalan atau
perbelanjaan yang di-anggarkan mengikut butiran sebagai dan butiran
`am masing2.

4.2.2 Nombor2 kod yang berakhir dengan "99" jangan-lah di-gunakan oleh
Jabatan2 untok "kod" urusan2: nombor2 ini akan di-gunakan untok
maksud2 khas oleh Jabatan2 yang tertentu yang akan menggunakan
komputer untok memproses data dalam peratoran2 perakaunan-nya.

4.3 Senarai istilah di-kembarkan bersama2 Pekeliling ini.

SENARAI ISTILAH

Istilah2 dan perkataan2 yang di-senaraikan di-bawah ini ada-lah untok


maksud Pekeliling ini sahaja:

Akan terima .. .. .. Accrue


Akitek .. .. .. .. Architect
Alat2an .. .. .. .. Equipment
Alat bantuan .. .. .. Attachments
Alat2 pertukangan .. .. Tools
Alat2 tambahan .. .. .. Accessories
Alat2 tetap .. .. .. Fixed equipment
Alat2 pembawa barang .. .. Material handling equipment
Anak-pinak/saudara mara
yang di-tinggalkan .. .. Survivors
Angka .. .. .. .. Digit
Asas (berasas) .. .. .. Basis (based)
Awam .. .. .. .. Civilian (adj.)

Bahan2 letopan .. .. .. Explosives


Bangunan kediaman .. .. Residential buildings
Bangunan kekal .. .. .. Permanent dwellings
Bangunan khas .. .. .. Institutional buildings
Bantuan bayaran beransor .. Assistance hire purchase
Bayaran pindahan .. .. Transfer payment
Bayaran sechara gantian .. Commutation
Benaan laut .. .. .. Marine construction
Bengkel .. .. .. .. Workshop
Betongan .. .. .. .. Sewerage
Biakan .. .. .. .. Breeding
Bijeh Padat .. .. .. Concentrates
Bon .. .. .. .. Bond
Buatan champoran .. .. Fabricated
Bunga .. .. .. .. Interest
Butiran .. .. .. .. Object
Butiran `am .. .. .. General object
Butiran lanjut .. .. .. Detailed object
Butiran sebagai .. .. Standard object

Chadangan .. .. .. Reserves
Chadangan Khas .. .. .. Sinking Fund
Charum .. .. .. .. Contribution

Data .. .. .. .. Data
Dermaga .. .. .. .. Wharves
Dividen .. .. .. .. Dividend
Dobi .. .. .. .. Laundry

Empangan .. .. .. .. Dam
Ekuiti .. .. .. .. Equity
Enjin2 dan gerabak keretapi.. Railway rolling stock

Faedah .. .. .. .. Benefit
Fotogerafi .. .. .. Photography

Gaji tunggakan .. .. .. Arrears


Ganjaran .. .. .. Gratuity
Ganti-rugi .. .. .. Indemnity
Gudang .. .. .. .. Warehouses; godowns

Habuan wang .. .. .. Monetary benefits


Hak2 dan tuntutan atas tanah Interest in land
Hak lalu lintas.. .. .. Right of way
Harta modal .. .. .. Capital assets

Ibusawat .. .. .. .. Exchange (telephone)


Iklan .. .. .. .. Advertising
Indok Terminal .. .. .. Terminal

Jabanah .. .. .. .. Tunnel
Jejambat .. .. .. .. Flyovers; viaducts
Jentera Pelarik.. .. .. Lathes

Kamsen .. .. .. .. Commission
Kawalan Pengurusan .. .. Management Control
Kawat .. .. .. .. Drill (army)
Kebal .. .. .. .. Permanent
Keluaran mentah.. .. .. Crude products
Kemudahan perhubongan.. .. Communications
Kemusnahan .. .. .. Destruction
Keredit .. .. .. .. Credit
Kerugian .. .. .. .. Loss
Kesan2 .. .. .. .. Impact; effectiveness
Kod empat angka.. .. .. Four digit code
Kumpulan wang chadangan .. Reserve fund
Kumpulan wang chadangan khas Sinking fund
Kumpulan wang khas .. .. Special fund
Kurangan .. .. .. .. Deficits

Landasan .. .. .. .. Permanent way


Langganan.. .. .. .. Subscriptions to book,
periodicals, etc.
Letronik .. .. .. .. Electronic
Logam .. .. .. .. Metal
Loji Batu .. .. .. Quarry

Ma'amal .. .. .. .. Laboratory
Masa Biasa .. .. .. Regular-time; normal working
hours
Memajukan .. .. .. Improvement
Membaiki .. .. .. .. Repairs
Menentukan .. .. .. Identify
Menghapus .. .. .. Write off
Mentah .. .. .. .. Crude
Milek .. .. .. .. Owned; ownership
Modal .. .. .. .. Capital

Otopidik .. .. .. .. Orthopaedic

Palma .. .. .. .. Palm
Pemasangan2 .. .. .. Fixtures
Pelabohan .. .. .. Harbour
Pelaboran .. .. .. Investment
Pelan menyelesaikan hutang .. Amortization
Pelbagai .. .. .. Miscellaneous
Pembedahan .. .. .. Surgical
Pembelian .. .. .. Acquisition (not of land).
Pemberian .. .. .. Grants
Pemulehan tanah.. .. .. Reclamation (land)
Penchegah banjir .. .. Flood alleviation
Pengurusan .. .. .. Management
Penilaian .. .. .. Valuation
Penjenisan .. .. .. Classification
Penyajian .. .. .. Catering
Penyebaran .. .. .. Distribution; transmission
Penyenggaraan .. .. .. Maintenance
Perabot .. .. .. Furniture
Perbadanan .. .. .. Corporation; corporate body
Perhubongan .. .. .. Communications
Perimiam .. .. .. Premium
Perkakas .. .. .. Appliances; instruments;
implements
Perkhidmatan rundingan .. Consultant services
Perlindongan .. .. .. Protection
Persaorangan .. .. .. Individual
Persendirian .. .. .. Private
Perubatan .. .. .. Medical
Potongan .. .. .. Discount
Puncha .. .. .. Source

Radas .. .. .. Apparatus
Ramalan .. .. .. Forecast
Riadhah .. .. .. Recreation
Rumah istirihat.. .. .. Sanatorium

Subsidi .. .. .. Subsidy
Saham .. .. .. Stock; share
Sa-masa .. .. .. Current
Sambilan .. .. .. Casual
Sekim .. .. .. Scheme
S-(samb.)

Selaras .. .. .. Consistent; in-line


Separoh masa .. .. .. Part time
Seragam .. .. .. Uniform
Serpehan .. .. .. Scrap
Setor Penyejok .. .. .. Refrigerated Storage
Sewa-menyewa .. .. .. Rental or hire
Simpanan .. .. .. Deposit
Sumber .. .. .. Source
Surat2 Hutang .. .. .. Promissory notes

Ta'arif .. .. .. Definition
Ta'bertujuan keuntongan .. Non-profit motive
Takongan .. .. .. Reservoir
Taliayer .. .. .. Irrigation
Taman2 .. .. .. Parks
Tanggongan .. .. .. Liabilities
Tayangan filem .. .. .. Movies; motion pictures
Tentera .. .. .. Military
Tep Video .. .. .. Vedeo tape
Ternakan .. .. .. Livestock
Tertanggong .. .. .. Accrued
Tetap .. .. .. Fixed

Undang2 .. .. .. Legal
Upahan .. .. .. Wages
Urusan .. .. .. Transactions

Wayales .. .. .. Wireless

You might also like