You are on page 1of 33

EMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TAHUN 2008.

1. Projek : Pembangunan Manusia Asas


Komoditi ( PMAK )
2. Sub Projek : Ternakan ikan keli
3. Jenis Projek : Ternakair
4. Status Projek : Pembesaran Projek
5. Nama Pertubuhan Peladang : Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U)
6. Negeri : Perak Darul Ridzuan
7. Objektif Projek : Seperti di dalam kertas kerja
8. Lokasi Projek
8.1 Kampung : Kampung Jalong
8.2 Mukim : Sungai Siput
8.3 Daerah : Kuala Kangsar
9. Saiz Projek : 1 ekar
10. Tarikh Projek dimulakan : Januari 2008
11. Status Tanah dan Kelulusan : Seperti di lampiran
11.1 Hak Milik : Abdul Hamed bin Abdullah
11.2 Kelulusan Menggunakan Tanah : 1 ekar
11.3 Keadaan Tanah Sekarang : Tanah terbiar
11.4 Kemudahan Sedia Ada : Berdekatan dengan kolam dan jalan raya
11.5 Kesesuaian Tanah : Seperti di lampiran
12. Kaedah ( Korporat,usahawan / perlaksanaan projek ( Nyatakan kaedah / Modal ) : PMAK
12.1 Kaedah ( Korporat, usahasama dengan swasta dan usahawan, agihan pendapatan )

Peserta Projek : 70 %
PPK : 30 %
12.2
Jawatan / anggota Bilangan Gaji / emolumen Separuh / sepenuh masa
Ahli 4 Tiada Sepenuh masa / berjadual
13. Jadual Perlaksanaan : Seperti di lampiran
14. Kos Projek ( Nyatakan kerja – kerja dan kos terlibat secara terperinci ) :
14.1 Pecahan Kos
14.1.1 Kos Tetap : Seperti dalam kertas kerja
14.1.2 Kos Operasi : Seperti dalam kertas kerja
15. Modal diperlukan
( Berdasarkan kepada aliran wang tunai projek ) : RM 40,000.00

16. Pembiayaan Modal :


16.1 Peruntukan Grant : RM 40,000.00
17. Pemasaran Hasil :
17.1 Jangkaan Tarikh Pengeluaran : Mac 2008
17.2 Anggaran Harga : RM 2.50 / kg
17.3 Anggaran Hasil : 8.8 mt / sepusingan
17.4 Kaedah Pemasaran : PPK Sungai Siput (U)
18. Daya Maju Projek :
18.1 Untung / Rugi Projek
18.1.1 Jumlah Pendapatan : RM 22,000.00
18.1.2 Jumlah Perbelanjaan : RM 8,200.00
18.1.3 Untung / Rugi : RM 13,800.00
18.1.5 Kadar Pulangan Dalam (IRR): 30.02 %
18.1.6 Titik Pulangan Modal (BEP) : Tahun ke 4

19. Impak Projek


19.1 Bilangan Ahli Mendapat Faedah : 93 orang ahli
19.2 Pendapatan Kepada Peserta : 805.00 / bulan
19.3 Peratus Sumbangan Projek
Kepada Perniagaan PP : 100 %
20. Penjelasan Ringkas Mengenai Projek : Seperti dalam kertas kerja

KANDUNGAN

Bil. Tajuk Mukasurat

1. PENDAHULUAN 7
2. OBJEKTIF PROJEK 7
3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Lokasi 8
3.2 Saiz projek 8
3.3 Kemudahan infrastruktur 8
4. ORGANISASI PENGURUSAN
4.1 Pengurusan projek 8
4.2 Struktur organisasi 9
4.3 Pengurusan projek 9
4.4 Perlaksanaan projek 10
5. ASPEK PEMASARAN 10
6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN
6.1 Kos tetap 10
6.2 Kos berubah 11
6.3 Pendapatan projek 11
6.4 Untung / ( rugi ) projek 11
6.5 Pembiayaan 11
6.6 Pembahagian keuntungan 12
6.7 Analisa Pendapatan Projek - seperti lampiran m/s akhir
6. JUSTIFIKASI 12-13
7. KESIMPULAN 13
KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN IKAN KELI
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUNGAI SIPUT (U)
PERAK DARUL RIDZUAN
************************************************************************

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit
Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pembangunan Manusia
Asas Komoditi ( PMAK ) untuk melaksanakan Projek Ternakan Ikan Keli sebanyak 5,000 ekor
sepusingan.

PPK Sungai Siput (U) mengenalpasti sekumpulan peladang nita yang berjumlah 4 orang dan
berminat untuk menternak ikan keli secara komersil.

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan
pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala Kangsar.
Menggalakkan perladangan berasaskan kelompok untuk merealisasikan konsep satu kawasan
satu produk (1K1P). Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu galakan ke arah
pengaktifan unit

2. OBJEKTIF PROJEK

 Membantu meningkatkan pendapatan kumpulan peladang nita PPK Sungai Siput (U) dengan
menjadikan projek ini sebagai salah sumber ekonomi yang boleh dilakukan di persekitaran
rumah.

Membesarkan dan menperkemaskan projek ternakan ayam kampung sedia ada di unit yang
dipilih agar boleh mencapai saiz pengeluaran ayam kampung organik yang besar dan komersil
serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan makanan yang bersih dan halal.

Mengaktifkan unit yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang
pengeluaran produk berasakan ternakan kampung / sumber sedia ada.

 Mewujudkan lebih ramai peladang nita di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang
ternakan disamping mewujudkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing.

3. BUTIRAN PROJEK

3.1 Lokasi
Kawasan ini terletak di Kampung Jalong dalam daerah Sungai Siput (U) dan jarak antara tapak
projek dan PPK adalah 12km, tanah ini adalah hak milik En.Abdul Hamed bin Abdullah yang
juga seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Siput (U) Perak.

3.2 Saiz Projek


Projek ternakan ikan keli ini dilaksanakan di dalam kolam simen dengan kapasiti sebanyak
80,000 ekor ikan keli sepusingan dengan jumlah 6 buah kolam ternakan simen berukuran 20’ x
60’. Sebanyak 5 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini.

3.3 Kemudahan Infrastruktur

Kawasan projek yang dicadangkan berdekatan dengan jalan raya, kemudahan elektrik dapat
dibekalkan, kemudahan air bersih boleh diperolehi dan berdekatan dengan kawasan rumah
peserta bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja di kolam dilakukan.

4. ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Projek

Satu jawatankuasa projek akan dibentuk bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan supaya projek
berjalan lancar mengikut dasar yang ditetapkan oleh Ahli Jemaah Pengarah PPK serta Lembaga
Pertubuhan Peladang. Pengurus Besar akan bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga Pengarah
dengan menyediakan kertas kerja dan program yang berkaitan dengan pengurusan projek.
Pengurus Projek akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar di dalam perkara penyeliaan /
pemantauan dan perjalanan projek agar jadual harian ternakan dipatuhi oleh peserta. Manakala
Pengurus Bahagian Perniagaantani akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar dalam
perkara yang melibatkan pemasaran ternakan ikan keli ini.
Satu jawatankuasa teknikal akan dibentuk terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus Projek,
Pengurus Perniagaantani, Pegawai LPP Negeri, Pegawai Jabatan Haiwan Infoternak dan Jabatan
Perikanan bagi membincangkan apa jua masalah berkaitan teknikal dan cadangan bernas projek
ternakan ikan keli PMAK ini.

4.2 Struktur Organisasi

4.3 Pengurusan Projek

4.4 Perlaksanaan Projek

Kerja – kerja pembinaan kolam simen ini akan dilakukan secara kontrak. Darisegi gunatenaga
kerja pula, pihak PPK akan menghantar borang permohonan projek PMAK. Projek ini akan
dilaksanakan sepenuhnya oleh perserta dan jadual perlaksanaan kerja dan pembahagian tugas
akan dibuat untuk memudahkan kerja pemantauan dibuat oleh Pengurus Projek.

Projek ini akan dijalankan dalam tempoh 7 tahun dimana setiap tahun dapat dilaksanakan
sekurang – kurangnya 4 pusingan dan maksima sebanyak 5 pusingan. Ini bergantung kepada
rutin kerja, pemasaran hasil, masalah penyakit dan pembasmian.
5. ASPEK PEMASARAN

Pemasaran ikan keli ini akan dilakukan oleh Pengurus Bahagian Perniagaantani dengan
kerjasama diantara penternak / peserta PMAK, pemborong dan usahawan – usahawan PPK yang
telibat dalam bidang pemasaran.

Harga yang ditetapkan untuk jualan dipasar basah adalah mengikut harga semasa pasaran yang
dianggarkan sekitar RM 2.00 hingga RM 6.00 sekilogram.

6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN

6.1 Kos Tetap

a. Kos bagi peyediaan kolam simen dengan


Keluasan 20’ x 60’ dan tinggi 3’ dengan
Kelengkapan sistem pengairan dan oksigen.
Bertiang dan berbumbung dengan sistem
Pendawaian elektrik. RM 32,000.00

b. Pengisar makanan. RM 800.00

c. Pam Elektrik 2 hp / diesel. RM 1,600.00

JUMLAH RM 34,400.00

6.2 Kos Berubah

a. Anak benih ikan keli sebanyak


80,000 ekor x 0.03 sen/ekor RM 5,600.00

b. Makanan ikan keli


( RM 0.50 sen x 2,400 kg ) RM 1,200.00

c. Ubatan dan vaksin RM 200.00

d. Pengangkutan RM 600.00

e. Elektrik RM 600.00

( catatan : makanan ikan keli akan diperolehi daripada lebihan bahan makanan basah di pasar
seperti perut ayam, perut ikan dan sebagainya dan perbelanjaan berkenaan akan ditanggung oleh
peserta).
JUMLAH RM 8,200.00

6.2 Pendapatan Projek

Perkiraan adalah diambilkira peratus kematian sebanyak 45 % iaitu 36,000 maksima dengan
purata berat seekor 0.20gram ( sekilogram @ 5 ekor ).

a. Pendapatan jualan ikan keli


( 44,000 ekor x 0.20gram x RM 2.50 sen ) RM 22,000.00

6.4 Untung / ( Rugi ) Projek

a. Jumlah Pendapatan RM 22,000.00

b. Jumlah Perbelanjaan RM 8,200.00

Lebihan / ( Kurangan ) RM 13,800.00

6.5 Pembiayaan ( Ekuiti Modal )

a. Peruntukan PMAK RM 40,000.00


b. PPK / Peserta Projek RM 2,600.00

JUMLAH RM 42,600.00

6.6 Pembahagian Keuntungan

Pembahagian keuntungan akan dibuat setiap pusingan seperti berikut:

a. Peserta PMAK : 70%

b. PPK : 30%

6.7 Analisa Pendapatan Projek

Perkiraan pendapatan setiap peserta adalah seperti berikut :

a. Jumlah keuntungan satu pusingan : RM 13,800.00

b. Pembahagian keuntungan
* Peserta PMAK : RM 9,660.00

* PPK : RM 4,140.00

c. Pendapatan setiap peserta / pusingan : RM 2,415.00

d. Pendapatan purata setiap peserta / bulan : RM 805.00

7. JUSTIFIKASI PROJEK

Potensi Ternakan Ikan Keli.

Penternakan ikan keli menggunakan kolam simen telah terbukti dapat meningkatkan hasil
pengeluaran ternakan. Ini adalah kerana pengurusan ternakan yang mudah dipantau dan
penjagaan kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

Disamping itu kerja – kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah kerana dasar
kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat penting bagi ternakan keli
kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ketidakseimbangan ternakan dari
segi saiz akan menggalakkan pemangsaan sesama ikan keli. Oleh yang demikian setiap ikan
yang besar dan ganas/ hiperaktif perlulah diasingkan daripada kolam ternakan. Mengikut
pengalaman daripada beberapa penternak yang telah mengusahakan ternakan keli, purata ikan
keli yang bersaiz besar ini adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan ternakan.

Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi dikalangan
penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00 sekilo bergantung kepada
kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini adalah daripada orang melayu dan kerana
itu bekalan keli yang bersih dan halal perlulah dibekalkan oleh penternak yang beretika. Ini
kerana terdapat beberapa kes dimana penternak memberikan bangkai ayam kepada ternakan keli
sebagai sumber protein. Ini belum termasuk dengan penternak bangsa asing yang memberi
makan bangkai khinzir kepada ternakan keli mereka. Oleh yang demikian perbuatan seperti ini
hendaklah dielakkan dengan mewujudkan barisan penternak keli yang beretika, bersih dan halal
kepada pengguna.

8. KESIMPULAN

Perusahan ikan keli dengan menggunakan kaedah ternak di dalam kolam simen amat
menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini adalah kerana kualiti
air dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur pH disamping pengairan air yang
berkesan dan praktikal.

Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan keli diternak di dalam kolam simen.
Penangkapan hasil dilakukan di saluran air limbah keluar dengan membuka paip aras air dan
seterusnya menahan keli di saluran air keluar. Hanya 1 orang pekerja diperlukan untuk tugasan
ini berbanding sekurangnya 2 orang jika dilakukan di kolam tanah untuk memegang pukat. Kerja
– kerja penangkapan hasil juga dapat diselesaikan dengan cepat dan menjimatkan masa.

Peratusan kematian keli juga dapat dikurangkan memandang usaha penggredan dapat dijalankan
dengan lancar dan mudah bagi mengasingkan keli yang bersaiz besar dan agresif. Ini kerana sifat
keli yang memakan daging dan sensitif dengan apa jua bentuk pergerakan dihadapannya.
Sekiranya ternakan diusahakan di kolam tanah, masalah seperti ikan bersembunyi di dalam
lumpur semasa proses penggredan tidak dapat dielakkan. Kerja – kerja penangkapan hasil juga
memakan masa yang lama kerana keli bijak menyembunyikan diri dan membuat lubang di dasar
kolam.

Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan supaya PPK Sungai Siput (U) dapat menjalankan satu lagi projek yang memberi
manfaat kepada ahli untuk memberikan PPK peluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi ahli
disamping meningkatkan pendapatan kepada kewangan PPK melalui jualan input pertanian dan
pemasaran ikan keli.

Justeru itu kami benar – benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan peruntukan grant
sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu Sahaja ) untuk menjayakan
hasrat ahli dikalangan peladang nita untuk projek akuakultur ternakan ikan keli di dalam kolam
simen.

PESANAN : PANDAI2 LER OLAH KERTAS KERJA NI, NI SEBAGAI PANDUAN JER. OK
Posted by syahir at 11:26 AM

20 comments:

Anonymous said...

terima kasih. kalau ada kertas kerja lain, boleh tolong paparkan sekali.

April 6, 2008 10:59 AM

syahir said...

InsyaAllah. :]

April 7, 2008 7:05 PM

Norazimah said...

Mekacih...lama dah sy cari contoh detail macam ni. Mekacih ye....peace out :)
April 22, 2008 11:25 AM

Hamba Allah said...

Bro..alhamdulillah... terima kasih...detail mcm nie juga suda laaaama gue carik...
tida ada apa yg gue bulih bagi, secara ikhlas saya doakan sepenuh hati agar tuan perolehi rezeki
halal dan b
 
LAMAN UTAMA | NOTA | ARTIKEL & PAUTAN | FORUM |
IKLAN & PROMOSI | HUBUNGI | BLOG
 
 
 

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN


PERNIAGAAN /
KERTAS KERJA
 

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!

PENGENALAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen


bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara
menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas


kerja, kertas Projek atau Prospektus.

 
      Apakah Kepentingan Penyediaan
Rancangan Perniagaan?
 

1.         Memberi peluang kepada


usahawan/penternak melihat dan
menilai idea atau projek perniagaan
dengan teliti, dan terperinci.

2.         Memberi gambaran sama ada projek yang


dirancang dan dicadangkan berdaya maju
atau tidak.

3.         Membantu usahawan/penternak
menganggarkan keperluan sumber-
sumber dan mengagihkan sumber-
sumber perniagaan yang ada dengan
sistematik dan lebih jelas.

4.         Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank)


bahawa projek yang hendak dijalankan
berdaya maju dan sesuai untuk
pelaburan atau pembiayaan.

5.         Memberi maklumat kepada bakal


usahawan/penternak tentang masalah
yang mungkin akan timbul semasa
melaksanakan projek perniagaan
terbabit.

 
      Siapa yang Memerlukan Rancangan
Perniagaan?
 

1.         Usahawan/Penternak

- Untuk membantu usahawan memahami


projek sendiri dengan lebih
mendalam.

- Untuk dijadikan garis panduan dalam


menguruskan perniagaan.

- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau


pelaburan rakan kongsi.
 

2.         Institusi Kewangan/pelabur

- Untuk menjustifikasikan permohonan


bagi pembiayaan projek melalui
pinjaman,

  skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3.          Pembekal

-  Untuk meyakinkan pihak pembekal


terhadap kemantapan perancangan

   pernaigaan kearah mendapatkan


bekalan barangan atau bahan secara
kredit.

4.            Kakitangan

-  Untuk memberi pendedahan kepada


kakitangan tertentu terutamanya

   pengurus-pengurus terhadap matlamat


dan tujuan pernaigaan serta
peranan

   mereka.

5.          Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang


mengeluarkan tender atau
sebutharga

  bahawa perniagaannya mampu mengisi


keperluan kontrak kerja dengan baik

  dan berterusan

  
      Format Persembahan Dokumen
Rancangan Perniagaan
 

1.         Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan


 

-         Nama perniagaan/projek

-         Tujuan rancangan perniagaan

-         Nama syarikat, alamat dan lain-lain

-         Nama orang yang menyediakan


dan Tarikh siap Rancangan
Perniagaan

2.        Muka surat kandungan perlu menyenaraikan


bahagian-bahagian utama dalam
rancangan Perniagaan dan senarai
lampiran serta bilangan muka surat yang
berkaitan

3.         Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh


menyokong projek)

 
  
      Isi kandungan Sesebuah Rancangan
Perniagaan
 

1.          Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif

2.          Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

3.          Latarbelakang perniagaan

4.          Latarbelakang ahli kongsi

5.          Kedudukan Projek

6.          Objektif Projek

7.          Rancangan Pentadbiran

8.          Rancangan Operasi
9.          Rancangan Pemasaran

10.        Rancangan Kewangan

11.        Penutup

12.        Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan


yang berkaitan)

 
 

      Kandungan Rancangan
Perniagaan/Kertas Kerja
 

      Bahagian 1 - Pengenalan
 

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi


gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang
akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif,


perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik
berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan,
bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-
maklumat berikut:-

i.     Nama Syarikat

ii.    Jenis perniagaan yang


diceburi

iii.   Nama dan lokasi/alamat


perniagaan

iv.   Status dan saiz projek

v.    Produk

vi.   Peluang, pentadbiran,
pemasaran dan
perancangan

vii.  Anggaran kos projek.


 

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan


Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i.                    Memohon pembiayaan


kewangan dari pihak institusi
kewangan atau yang berkaitan.

ii.                 Merancang perlaksanaan


projek.

iii.               Dijadikan garis panduan


menguruskan perniagaan

iv.                Memohon menyewa tanah


swasta atau kerajaan.

v.                  Lain-lain.

        Bahagian 3 - Latarbelakang
Perniagaan
 

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas


berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i.          Alamat

Alamat perniagaan mungkin


berbeza daripada alamat surat
menyurat. Jika ianya bebeza
nyatakan kedua-dua alamat ini.
Jika tidak berbeza nyatakan
satu alamat sahaja.

 
ii.         Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan


diantara Perniagaan
Perkongsian atau Sendirian
Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk
perniagaan Perseorangan 
boleh juga digunakan.

iii.        Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk


perniagaan yang sedang
dijalankan. Perniagaan yang
sedang dirancangkan mungkin
belum ada butir-butir ini atau
masih dalam proses
pendaftaran.

iv.        Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal


sendiri yang dibawa masuk ke
dalam perniagaan berkenaan.
Untuk perniagaan Sendirian
Berhad (Sdn.Bhd.), perlu
menyatakan modal dibenarkan
dan modal dibayar perniagaan.

v.         Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana


akaun perniagaan akan dibuka.
Kebiasaanya bank berkenaan
berkaitan dengan permohonan
pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan  Kongsi / Pemegang


saham
 

i.     Nama penuh
ii.    No. kad pengenalan

iii.   Tarikh lahir

iv.   Umur

v.    Alamat Tetap

vi.   No telefon

vii.  Taraf perkahwinan

viii.  Kelulusan akedemik

ix.   Kursus yang pernah dihadiri

x.    Kemahiran

xi.   Pengalaman

xii.   Pekerjaan sekarang

xiii.  Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak


sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. 


Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan
objektif jangka panjang perniagaan.
 

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

i.     Pentadbiran

ii.    Carta Organisasi

iii.   Senarai jawatan dan bilangan Pekerja

iv.   Spesifikasi Tugas

v.    Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

vi.   Senarai Keperluan Pejabat

vii.  Perbelanjaan Pentadbiran

a.      Perbelanjaan aset

b.      Perbelanjaan bulanan

c.       Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 - Rancangan Operasi


 

1.   Carta aliran Proses


Nyatakan langkah-langkah utama dalam
proses pengeluaran produk penyediaan
perkhidmatan berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses


kerja.

2.   Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk


pengeluaran mengikut kesesuaian projek.
Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan
yang telah dinyatakan dalam Rancangan
Pemasaran.

3.   Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang


yang diperluakan nyatakan belian dibuat
dalam bentuk kredit atau tunai dan
pembekalnya.

4.   Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk


bahagian operasi. Nyatakan status pekerja
berkenaan.

5.   Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang


diperlukan serta harga belian selaras dengan
keperluan pengeluaran atau operasi.
Nyatakan sumber pembekal mesin.

6.   Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil


kira dalam merancang susun atur ruang
operasi sesuai dengan keperluan operasi
perniagaan serta pelan grafik ruang operasi
tersebut.

7.   Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan


kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8.   Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan


letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai
penggerak proses operasi.

9.   Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang


dianggarkan dalam bahagian ini mengikut
kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan
bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

 
 
Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
 

1.   Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk


barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini
dengan keperluan atau kehendak pengguna
yang ingin diberikan kepuasan

2.   Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan


pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan
kumpulan pelanggan yang berbeza atau
segmen-segmen pasaran dikawasan
berkenaan.

3.   Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan


perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam
bentuk unit jualan atau RM atau kedua-
duanya sekali.

4.   Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama.


Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut
nama perniagaan mereka.

5.   Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan


kelemahan masing-masing.

6.   Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati


nyatakan pembahgian pasaran atau syer
pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.   Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk


tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran
/ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun
berikutnya.

8.   Strategi Pemasaran

i.    Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan


pekej

Corak pembungkusan dan jenama


berkaitan.

ii.   Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii.   Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.


 

iv.   Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan


 

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.        Kos pelaksanaan Projek dan sumber


pembiayaan projek

2.        Penyata-penyata kewangan:

i.   Aliran wang tunai

ii.  Penyata pendapatan

iii. Kunci kira-kira

iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

v.  Kos pelaksanaan Projek

vi. Pelaburan aset tetap:

     Termasuk semua aset yang dibeli dengan


tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-
aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

vii. Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran,


pemasaran dan operasi

viii. Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta


belanja permulaan ( bayaran pendaftaran
perniagaan, lesen dn sebagainya)

3.        Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i.    Modal sendiri yang merangkumi modal


rakan kongsi dalam bentuk tunai atau
aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan
adalah aset.

ii.   Pinjaman bank merangkumi sebarang


pinjaman berpenggal.

iii.  Sewa beli merangkumi pembiayaan aset


tetap perniagaan. (mesin operasi
peralatan dan kenderaan)

4.   Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan


untuk 12 bulan bagi tahun pertama
perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan
secara tahunan sahaja.

5.   Prestasi Penyata Pendapatan

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan


selaras dengan penyata aliran wang tunai.

6.   Prestasi Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan prestasi


penyata pendapatan.

7.   Analisis Daya Maju Kewangan


Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju
kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk daya maju


kewangan yang kerap digunakan ialah:

              i.     Nilai kini bersih


              ii.     Kadar Pulangan dalaman

              iii.    Nisbah faedah kos

              iv.    Tempoh pulang modal

                       Nilai kini bersih


Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang
didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk
setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut
dicampurkan untuk menentukan nilai kini
bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan
dengan sifar atau positif maka sesuatu projek
itu adalah berdaya maju.

                       Kadar Pulangan Dalaman


Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun
(%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini
Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini
merupakan kadar tertinggi yang sanggup
dibayar oleh pelabur.

 
 
                       Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu
projek. NFK adalah dikira dengan
membahagikan nilai kini jumlah pendapatan
dengan nilai kini jumlah kos.

 
 
                       Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang
dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia


bergantung dengan industri tersebut. Jika
secara relatifnya tempoh adalah cepat maka
pelabur mendapat semula wang pembiayaan
dengan lebih cepat .

 
 

Contoh-Contoh Jadual

 Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja. 

Bil Jawatan

1 Pengurus

2 Kerani kewangan

3 Pekerja Ladang

Contoh jadual Spesifikasi Tugas 

Jawatan

Pengurus 1. Menyelia operasi ladang.


2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.

Kerani Kewangan 1.Pembayaran gaji pekerja

2.Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran 

Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP

Pengurus 1 3500.00 350.00

Kerani 2 750.00 75.00


       

Keperluan Pejabat

 Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat 

JENIS BILANGAN

1.Perabut Pejabat 1 set

2. Komputer 2 unit

Perbelanjaan Pentadbiran 

Butir Perbelanjaan Harta

(RM)

1. Perabut Pejabat 1000.00

2. Komputer 5000.00

3.Gaji dan caruman  

4. Pendaftaran dan kertas  


kerja

  

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama 

 
  1 2 3 4 5 6 7 8

Ramalan                

Jualan

                 

  

Jadual Perbelanjaan Pemasaran 

Butir Perbelanjaan harta Perbelanjaan Bulanan


(RM)

1.Kenderaaan 40000.00
(van)

2. Promosi  

3. Insuran dan  
cukai jalan

Jadual Keperluan Bahan Mentah 

Jenis Bahan Kuantiti Digunakan Stok simpanan

1. Jagung 100 kg 100 kg

2. soya    

     

  

 
Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi 

Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO

2 3000.00 300.00 150.00

4 2400.00 240.00 100.00

         

  

Jadual mesin dan peralatan 

Jenis Harga

1. Chopper 5000.00

2. Otomatik drinker 12000.00

     

  

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi 

Butir Perbelanjaan Harta


(RM)

1. Chopper 5000.00  

2.otomatik drinker 12000.00  

3.Gaji dan caruman   6190.00

4.    

 
 

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1.        Perbelanjaan harta

- (Pelaburan Aset
Tetap )                                
----------------------

2.        Perbelanjaan Bulanan

- (modal pusingan)                                 
----------------------

3.        Lain-lain perbelanjaan                        


----------------------

                                                                 

4.        Belanja Luar Jangka     


----------------------

     Jumlah Kos Projek                                                      


----------------------

      

Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal
sendiri                                             
                         
----------------------
 
2. Pinjaman                                         
                                    
---------------------
 
3. Sewa
beli                                                 
                            --------------------
--
 
3. Lain-lain (termasuk geran
kerajaan)                                  
----------------------
 
 

Jumlah sumber
Pembiayaan                                              ----------------------

Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC       

                 Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir


pada Disember tiap tahun)

  2002 2003

Hasil    

     Jualan           100,000           100,000

 - kos Barang dijual            70,000            70,000

     

Untung kasar            30,000            30,000

- Belanja-belanja    

  Pentadbiran 5,000 5,000

  Pemasaran 3,000 3,000


  Kewangan 1,000 1,000

Jumlah Belanja 9,000 9,000

Untung Bersih            21,000            21,000

 
 
Contoh Prestasi Kunci kira-kira 
 
Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk
semua perniagaan

Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun 2002 2003

Aset Tetap    

   Kenderaan 50,000 45,000

-          5,000 5,000


susu
t
nilai

Jumlah 45,000 40,000

Perlalatan 50000 45,000

-          5,000 5,000


susu
t
nilai

Jumlah 45,000 40,000

Aset Semasa    

     Tunai 15,000 20,000

      Si berhutang 10,000 10,000

     Stok bahan mentah 5,000 5,000

     Stok akhir 10,000 10,000

Jumlah 40,000 40,000

JUMLAH ASET 130,000 130,000

     
Ekuiti    

     Modal sendiri 10,000 10,000

     Untung Bersih 21,000 21,000

Jumlah    

     

Liabiliti    

   Baki Pinjaman 90,000 90,000

   Pemiutang 9,000 9,000

Jumlah    

     

JUMLAH EKUITI dan 130,000 130,000


LIABILITI

Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang


ingin anda jalankan.

Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek


yang hendak dijalankan.

 
 
Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-
dokumen sokongan)
 

Contohnya:-

1.   Surat sebutharga
2.   Sijil kursus

3.   Surat sokongan pihak tertentu

4.   Surat dapat tender

5.   Sijil pendaftaran syarikat

6.   Salinan permit/lesen

7.   Surat-surat kepujian

8.   Bukti modal sendiri

9.   Salinan surat Cagaran

10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!

 
Kami ada contoh kertas kerja penternakan kambing dan lembu
fidlot.
Klik Sini sekiranya berminat.
 
dodon[at]dodon.org
 
          anda adalah pelawat yang ke:  
  
Free Counter
 

You might also like