You are on page 1of 21

Pengenalan

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia berfungsi
mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia berfungsi menyampaikan
kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan, rasa hati dan gerak hati. Pendeknya
sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa.

Dengan bunyi glotal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini memakan
masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai sebahagian bahasa
sesuatu masyarakat itu mengalami ujian ‘penerimaan’ atau ‘penolakan’. Proses menerima atau
menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih
banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia
ada kata-kata sendiri

Seperti sedia maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia amat jelas terpahat dalam Perkara
152. Oleh itu, usaha mengatasi masalah penggunaan bahasa ini di kalangan rakyat di negara ini
mesti dipergiatkan lagi supaya ia kekal revelan dalam era globalisasi polisi bahasa yang melanda
dunia pada masa ini.

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam membina semangat dan jati diri berkaitan
kenegaraaan.Ini adalah sebahagian kaedah untuk mengukuhkan semangat patrriotisme. Bahasa adalah
juga sembolik kepada perpaduan di kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakan Bahasa
Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Ia
berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Ia juga suatu
masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini walaupun pernah dibincangkan
dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah daripada jawapan.
Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang
hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya
memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Jika
tidak, perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari.

Permasalahan Memertabatkan Bahasa

Masalah bahasa nampaknya belum ada penghujungnya. Mungkin tak akan ada
penghujungnya kerana Malaysia ialah sebuah negara yang pernah dijajah oleh British. Kesan
penjajahan masih berkesan hingga kini walaupun kita sudah 52 tahun merdeka. Pemikiran belum
merdeka sepenuhnya.

Sepatutnya pemimpin kerajaan bangkit membela bahasa Melayu dan meluaskan


penggunaannya. Sikap orang Melayu juga semakin menjauhi bahasa kebangsaan ini. Bahasa ini
dikatakan menjadi punca Melayu mundur, tak maju dan tak bawa ke mana-mana. Hanya untuk
perbualan di warong/kedai makan, bercakap dengan orang tua atau perbualan di surau/masjid.

Alasan yang mengatakan penguasaan bahasa Inggeris akan memudahkan pelajar ke luar
negara juga tak sesuai. Berapa orang yang dapat belajar ke luar negara?Berapa orang yang dapat
kerja berurusan dengan luar negara? Untuk memudahkan rujukan buku bahasa Inggeris, berapa
banyak buku yang tak faham? Kemudahan internet memudahkan rujukan.
Dalam kita sibuk mendesak anak Melayu menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu mereka
semakin lemah. Masyarakat bukan Melayu semakin meningkat penguasaan bahasa Melayu.
Mereka sedar kepentingan bahasa Melayu dari sudut ekonomi. Pasaran perniagaan adalah rakyat
tempatan yang berbahasa Melayu.
Sekiranya bahasa Inggeris berjaya menjadi subjek wajib dalam SPM, tahniahlah kepada
pejuang dan pencinta bahasa Inggeris. Jika semua orang dah menguasai bahasa Inggeris mungkin
pada masa itu buku, media, ucapan dan sebagainya dalam bahasa Inggeris. Kita pun dah tak
payah berpolemik, buang masa dan peajuk utama Mingguan Malaysia mengenai perlunya Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang memperlekeh
bahasa Melayu mungkin memberi kejutan buat banyak pihak.
Jika pun ada undang-undang yang dibuat atau yang akan digubal, isu sekarang ialah orang yang
menguatkuasakannya ialah orang Melayu sendiri, manakala orang yang perlu mengamalkannya
terlebih dahulu ialah juga orang Melayu.Di samping itu, tidak tegasnya dan tidak selarasnya
penguakuasaan penggunaan bahasa dalam sector tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak berkuasa tempatan),
penyiaran(melibatkan Kementerian Penenerangan dan Suruhanajaya Komunikasi dan
Multimedia)

Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam isu yang sama, berkata, adalah lebih
mudah mengawal bahan penulisan berbanding bahasa pertuturan bagi memastikan kita
menggunakan bahasa yang baik.

Inilah soalan pokok yang perlu kita tangani dahulu iaitu menentukan orang Melayu sendiri
mulai atau balik ke pangkal jalan bertutur dalam bahasa yang baik sebelum kita pergi ke
peringkat undang-undang dan seterusnya kepada rakyat Malaysia bukan Melayu.

Kita perlu akur, peranan dan pengaruh yang dimainkan media terutama media elektronik,
memang besar dalam masyarakat terutama masyarakat Melayu khususnya dalam dua tiga tahun
kebelakangan ini. Ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan stesen televisyen dan radio swasta
yang telah menyimpang jauh dari norma atau kebiasaan persembahan mengikut acuan stesen
kerajaan selama ini.
Program realiti dan program siaran langsung tanpa suntingan awal, mendedahkan penonton
dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa yang cincai-cincai ini sehingga
bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan dan akhirnya satu
ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi.

Hampir semua rancangan ini ditonton orang Melayu, termasuk ibu-ibu, anak-anak dan juga
remaja berbagai peringkat umur. Kalau diperatuskan penonton yang didedahkan kepada
pertunjukan sebegini, tidak salah kalau dikatakan bahawa hampir kesemua orang Melayu dari
umur tujuh tahun hingga 50 tahun terpengaruh olehnya, dan jika diambil sebagai peratusan
rakyat Melayu, mungkin hampir 70 peratus orang Melayu di Malaysia terdedah kepada gejala
buruk ini

Inilah sebenarnya pokok persoalan kita, iaitu membetulkan keadaan dari sumber
masalahnya, sebelum kita melangkah lebih jauh dengan pendekatan yang terlalu bersifat teori
untuk dilaksanakan.

Kita perlu mengimbas sekali lagi akan keadaan di padang. Orang Melayu bercakap Inggeris
sesama sendiri termasuk di majlis perkahwinan Melayu dan apabila berucap kepada tetamu
jemputan (kecuali jika perlu berpantun!). Orang Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris
apabila ditemu ramah dalam bahasa itu atau kalau ditanya dalam bahasa Melayu dia akan
menjawabnya dengan bahasa rojak. Semua penyampai rancangan televisyen terutama swasta
akan menggunakan bahasa rojak dalam program bahasa Melayu.

Hampir semua penyanyi Melayu yang melagukan lagu Melayu akan berinteraksi dalam
bahasa Inggeris dengan penontonnya. Dalam program agama pun terserlah perkataan rojak
dilafazkan. Malah kumpulan nasyid berunsur agama, ada juga yang menggunakan nama
kumpulan mirip nama Barat. Pendek kata apabila disebut semua aktiviti berkaitan dengan orang
Melayu, (kecuali khutbah Jumaat), maka akan terserlahlah sifat sebenar bahasa Melayu itu
sendiri di kalangan hampir semua orang Melayu.

Maka memang tepatlah dikatakan bahawa masalah bahasa Melayu ini adalah masalah
Melayu yang perlu terlebih dahulu diperbetulkan di peringkat orang Melayu sendiri. Maka soal
memperkukuhkan undang-undang tidak akan dapat membetulkan keadaan bahasa Melayu, selagi
orangnya tidak diperbetulkan terlebih dahulu.

Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah juga memerlukan perhatian. Umumnya, sehingga


ke hari ini penggunaan bahasa Melayu di mahkamah tidak begitu menyerlah, walaupun sudah
ada beberapa peningkatan. Secara purata masih ramai peguam dan hakim sendiri mudah dan
selesa untuk berbahasa Inggeris, sama ada untuk berkemunikasi atau menulis penghakiman.

Mungkin kekurangan bahan rujukan dan istilah undang-undang yang tertentu didalam bahasa
Melayu menyumbang kepada keadaan ini. Kekurangan ini berlaku mungkin kerana kalangan
akademik tidak begitu ghairah menulis dalam bahasa Melayu. Mereka tidak menulis dalam
bahasa Melayu kerana faktor merit untuk kenaikan pangkat di universiti tempatan yang mahu
terbitan dibuat dalam pelbagai jurnal antarabangsa, yang sudah tentu tidak menerima tulisan
bahasa Melayu.

Era globalisasi juga dijadikan alasan . Sesetengah ahli sosiolinguistik berpendapat bahawa
polisi bahasa di sesetengah negara berubah kerana proses globalisasi Mereka menyifatkan
keadaan ini sebagai dialektikal. Ia boleh diselesaikan dengan menguraikan secara sistematik
kehendak atau keperluan domestik dan antarabangsa.Globalisasi juga yang sebahagian besarnya
melalui perantaraan asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang
kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengutamakan penggunaan
bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaaan bahasa Melayu.

Timbul persoalan bagaimana kita harus memperbetulkan penggunaan bahasa oleh orang
Melayu sendiri?

Berani mengkritik dengan secara terbuka dan berterus terang akan kesalahan penggunaan
bahasa; ini termasuk juga kritikan penggunaan bahasa oleh penyandang jawatan dalam kerajaan
mahupun swasta .

Apabila semua umat Melayu sedar bahawa mereka sekarang adalah sebenarnya penyumbang
terbesar kepada penghakisan dan hilangnya martabat bahasanya sendiri, barulah perkara-perkara
lain dapat diperbetulkan kemudian terutama yang melibatkan undang-undang dan rakyat
Malaysia lainnya.

Apalah ada pada undang-undang jika orang yang akan melaksanakannya sendiri gagal
mengamalkan bahasa yang baik untuk dirinya sendiri, apatah lagi menguatkuasakannya ke atas
orang lain. Soalnya sekarang ialah kita perlu berani bangun dan mengaku kesalahan diri sendiri
dan berani ditegur untuk memulakan perjalanan memperbetulkan kesalahan yang kita sendiri
timbulkan. Semoga kita tidak lagi menyanyikan lagi lagu Bangau oh Bangau kepada anak cucu
kita.

Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986. Bahasa
Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan, kerjasama penyeragaman
Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen dan penyemarakan bahasa menjadi
amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun 1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh
tempat di kalangan pembaca. Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga
awal 1980’an terus menjadi kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Kini ianya
cuma jadi sejarah. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang
mendapat perhatian.

Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil penjiwaannya juga
turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu, bahasa Indah Melayu dan pada
amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan,
maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan
perkelilingan. Lemah penjiwaan ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju
jiwa bangsa tadi bersedia memungut yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya
tertumpu kepada hujah yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai
bahasa ilmu tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan
hinggap kembali. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara “Hi” dan
“Hello” dan “showtime” pepatah-petitih sudah dilupai. “Apa khabar” juga sudah dipulas oleh
Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Buku Kiliran Budi
dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Za’ba sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi.
Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Di sinilah barangkali tepat
dikatakan: “koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana lonjak”. Kerosakan ini semua
adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama mengingatkan kita:
Jangan disalai ciku kedondong
Salailah ikan atas para
Jangan salahkan ibu mengandung
Salahkan badan yang buruk pinta.
Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah
cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini
mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian
perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet.
Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau
dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam
penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun
Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan,
berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan
nisbah Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Penyakit
campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam
sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam
hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak
menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya.

Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam
sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata
Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu
sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit,
Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan
perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya.
Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti
“e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer” “website” dan
sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut:
“Hei, hari ini birthday I lah”
“Dalam hal ini you yang paling best”
“How are you today...harap OK lah”
“You dah breakfast kah”
“Hei, kawan-kawan, it’s showtime”
“Inilah showtime yang ori…”
Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima dan
di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas tiada
pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam
kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan, tetapi
ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk
bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti
oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak
keunggulannya. Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan
campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan
rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan
bahasa.

Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk bahasa
rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan bahawa apa
salahnya diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing sudah pun dipinjam
semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh diterima tetapi peminjaman itu
berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah
atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika tiada perkataan yang sama maksudnya dalam
bahasa Melayu; Jika dalam bahasa sendiri ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak
orang? Dalam pengertian ini, misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari
kelahiran ada dalam bahasa Melayu.

Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori dengan asli;ii.
Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah ilmu dan jati diri
kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda harus bertindak dan
membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri.
Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini.
Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti yang
laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan dahsyatnya
kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita.

Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme
penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun agama
itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila bahasa berubah dan diubah soalan
yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa
ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk
melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing.
Sebaliknya mereka mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan
menyelitkan perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej
mereka walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan
bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau, dan ini
penting, mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Juga
terdapat di beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris,
lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, mereka
cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang
menganggapnya boleh speaking atau ‘tinggi’ tahap pendidikannya.
Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya wujud nyata
di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat ular tadi:
“Hei, hari ini birthday I lah” boleh dituturkan sebagai “Hei, hari ini hari jadi saya (aku)lah”.
Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%. Tetapi kenapa tidak
dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal membawa kepada kelunturan. Ini
bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi
pandangan ini bertapak pada alam nyata:
Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betina
Kilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka.
Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa rojak
yang memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program latihan lisan
yang membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi persekolahan dan
pengajian tinggi.

Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan


percakapan bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana
pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak dikaitkan
dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa
MelayuDari segi bahasa, bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah cara berfikir dan juga cara
bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis ilmu yang bakal ditimba.

Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris kemudian
bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga kebiasaan. Juga
akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap dalam bahasa Melayu
dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang pun kecenderungan ini sudah berlaku. Juga
tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan
melalui langkah-langkah pembudayaan bahasa mereka.

Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan disadur
banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk
perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin
akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang, struktur dan gaya baru pula
akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152
Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu
dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar
mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu.
Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan
global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya
diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai
pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh
komunikasi serta aliran alam siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal
merubah pemakaian tatabahasa Melayu.

Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan tetapi
berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni yang lebih ketara daripada yang disajikan
secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan
peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor
swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa
Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular
sekerat belut.

Sementara itu, amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi


juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan bahasa
Melayu yang baik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan selingan bahasa rojak,
bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara itu akhbar Utusan Melayu
berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang Melayu sendiri bersikap dingin terhadap
tulisan Jawi.
Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai
pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun dengan jualan yang
kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di mana hilangnya, jika dipintas
di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran bangsa Selain itu, penghayatan penjawat awam
yang kurang memuaskan dalam peleaksanaan peruntukan perkara 153 tentang peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga banyak urusan rasmi masih tidak mengutamakan bahasa
Melayu deperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam perlembagaan
Bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa rasmi masih belum digunakan dengan
sepenuhnya dan meluasnya. Sektor awam sebagai agensi-agensi kerajaan merupakan satu-
satunya sektor yang giat menggunakan bahasa Melayu dalam urusan sehariannya. Namun begitu
penggunaan bahasa Melayu dicampurkan dengan penggunaan bahasa Inggeris walaupun dalam
majlis rasmi.Komunikasi lisan di sektor ini untuk urusan rasmi masih lagi mengunakan bahasa
Inggeris. Warga sektor awam harus tegas dalam hal ini untuk merealisasikan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi secara sepenuhnya. Bahasa Melayu tidak lagi mendukung fungsi
sebagai bahasa utama dalam komunikasi tulisan dalam sektor ini dalam bidang komersial dan
perdagangan, kewangan dan perbankan, industry dan lain-lain walaupun peringkat nasional
sekali pun.

Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk
dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa
bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf sosial dan
pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misanya dalam hal peluang pekerjaan. Jika
bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat , termasuk golongan
yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu
mencerninkan budaya tinggi.

Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap sehingga mereka yang mulanya
memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan mula segan dan hormat terhadap bahasa
ibunda orang Melayu itu. Pada tahun 1963 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta
itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak
memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang
tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat penggunaan bahasa
pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya, tidak dapat berbuat apa-apa
melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.
Selain itu, kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut
mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu.
Sebagi contoh, dalam pada Dewan Bahasa Dan Pustaka mengusahakan penglibatan sektor swasta
menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (menurut The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa
bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan kenyatan dan iklan. Seorang Menteri
Kanan pula, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang
didakwanya berfikiran sempit , lalu menyeru agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa
Inggeris untuk mencapai kemajuan, dan dengan tidak segan silu atua berasa hormat kepada salah
satu asas kenegaraan iaitu bahasa kebangsaan, mengisytiharkan bahawa urusan di
kementeriannya kebanykan dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas
dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan 1963
adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Pada satu hakikat ini
mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat deklatori, yakni
menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa Melayu itu. Sebaik-baiknya
beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada
satu-satunya agensi bahasa di negara ini, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah
disalahgunakan, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis,
misalnya, Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan
sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena “pencapaian dan kecapaian” pada tahun
1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang
jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan, anggota masyarakat bermaharajalela
dengan pembahasaan salah. Kesalahan bahasa papan tanda juga sedemikian.

Benarkah perubahan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
melemahkan melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima bahawa
dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains
merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua
mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan.

Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum anjakan
dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa Inggeris, Matematik
dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan matematik di kalangan bukan Melayu
berada di tahap baik. Ini adalah kerana pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan
berkesan sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian Sains dan
Matematik di sekolah-sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan
kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK.

Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran Sains dan Matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang berkenaan terus
meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di peringkat sederhana.Apa akan
berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-anak Melayu akan terus berada di tahap
lama, mereka akan terus lemah pencapaian Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas secara
teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih mudah. Tetapi
ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid. Ini bergantung kepada
kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya melonjak maka pencapaian di kedua-dua
subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan
kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu tinggi.

Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam system pendidikan sebagai kesan pelaksanaan
beberapa keputusan, seperti penjgajaran subjek-subjek berasaskan Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan perluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
kursus di IPTA dan juga mengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing serta
pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.

Peranan Maktab Perguruan Bahasa tidak boleh dipandang ringan.Juga akan berlaku ialah
bahasa Melayu akan kekurangan peranan dalam pengajaran dua ilmu tersebut. Dari satu sudut ini
kenampakan sebagai suatu kerugian tetapi dari segi sebenar jika diimbangi ia boleh menjadi
rangsangan baru. Tetapi bahasa Melayu tidak boleh dianggap bahawa lantaran bahasa Inggeris
dipilih untuk menyegarkan pengajian Matematik dan Sains maka bahasa Melayu akan terus
lemah dan menghilang. Ini merupakan sikap mengalah dan pesimis.

Suatu waktu di Malaysia banyak dibahaskan tentang penulisan dan penterjemahan ilmu
dalam bahasa Melayu yang masih kekurangan dan perlu dipergiatkan. Negara industri seperti
Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Rusia, Itali dan beberapa buah negara lain telah membangun
dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan
mantap, tetapi kita kelihatan tidak berupaya berlangkah seiring dengan mereka. Mereka
mempertahankan kewibawaan bahasa mereka dan sentiasa mementingkan bahasa mereka
sebagai bahasa sains dan bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya situasi
mutakhir dirantau ini telah banyak menimbulkan keraguan terhadap keyakinan, keupayaan dan
kemantapanbahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.
Cuba bayangkan apakah akibat jangka panjangnya, kalau sistem pendidikan nasional
berubah dasar bahasa pengantarnya kepada bahasa Inggeris. Institusiinstitusi pengajian tinggi
akan mengubah dasar mereka terhadap bahasa dan muncul paradigma yang menganggap ilmu
hanya mampu diungkapkan dalambahasa Inggeris itu. Lingkaran fikiran dan perasaan bangsa
akan ikut betukar kepada persepsi yang lebih kepada yang asing bukannya amalan positif kepada
bahasa negara sendiri. Kedaulatan bahasa Melayu tidak akan dapat dipertahandan diperkukuh
walhal bahasa Melayu itu sudah terbukti kemampuannya menjadi bahasa ilmu, sains dan
teknologi. Ketaksuban bahawa bahasa Inggerislah yang akan menjadikan maju mundurnya
sesebuah bangsa akan merugikan peradaban sendiri.

Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan disadur
banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk
perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin
akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang, struktur dan gaya baru pula
akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152
Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu
dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar
mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu.

Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan
global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya
diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai
pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh
komunikasi serta aliran alam siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal
merubah pemakaian tatabahasa Melayu.
Kesimpulan

Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan amat bergantung kesedaran hakiki dalam


sanubari setiap ahli masyarakat kerana kasih mereka terhadap Negara walau siapa pun mereka.
Menghormati , mengguna dan seterusnya memertabatkan bahasa kebangsaan mesti dilakukan
setiap individu tanpa menunggu sebarang bentuk paksaan atau menanti sebarang bentuk
pulangan. Ia adalah tanggungjawab hakiki setiap individu terhadap negaranya,

Aspirasi memperkasakan bahasa Melayu sehingga ke tahap global amat terlalu besar.
Bahasa Melayu kena ditonjolkan upayanya yang terbukti sejak zaman berzaman itu dalam
cakerawala minda Melayu, pemikiran, kreaktiviti dan aktiviti besar umat Melayu. Secara positif
bahasa Melayu hendaklah dilihat keseluruhan peranannya dalam semua bidang kehidupan dan
cara pergerakan umatnya yang meliputi akal budi, daya cipta dan wawasan dalam memenuhi
tuntutan kemasyarakatan atau persekitaran dengan segala keperluan, termasuk politik, ekonomi
dan sosial. Apalagi, bahasa Melayu tidak boleh tidak hendaklah menunjukkan kekuatan
pemikiran umatnya dalam pencapaian ilmu pengetahuan tinggi melalui persuratan,
kesusasteraan, dan falsafah, dan mampu menjadi perantara yang membina lambang atau citra
yang menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan dan warisan peradabannya.

Apabila pembangunan peradaban yang berfokus kepada perkembangan fizikal bahasa


kebangsaan di sektor swasta, korporat dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO); diperluas dan
dipertingkatkan sebagai bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi, komunikasi canggih, bahasa
media elektronik; bahkan terus diperkembang sebagai bahasa kebudayaan, kesenian,
kesusasteraan, agama dan falsafah (DBP: 1997). Cuba diteliti sejauh manakah ‘kecuaian’ pihak
berkuasa menjaga dan mengawalnya bagi mengekalkan martabat dan keperkasaannya selama
ini?.
Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan tetapi
berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta dibuli atau dipijak.
Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-menerus. Khususnya dalam
hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam Hadhari akan lebih diminati. Amalan
Islam yang mengambil kira tamadun yang berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan
tradisi Melayu seperti sopan-santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan
lebih membimbing. Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai “asuhan
budi”. Barangkali falsafah “Rukunegara” yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru
(DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh
dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti diadakan.
Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya sebahagian daripada usaha
ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan, soal adab dan tamadun tidak harus
dikelasduakan. Bahasalah menjadi penjalin dan penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna
bahasa Melayu adalah lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan
kegunaan atau utilitinya, perkara atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan
kurang keperluannya.

Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa ilmu
terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah bahawa bahasa
Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam peperiksaan dengan
kelulusan dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca negara ini bahasa Melayu akan
tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu bahasaMelayu dikhuatiri tidak
akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah dengan erti kata semua teks
ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-
buku aeronautik, kimia, kaji cuaca, kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa
akan baca lantaran buku-buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang
dipelajari di sekolah untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu.
Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai bahasa
Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa. Keadaan serba-salah ini
sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika zaman moden dunia hendak disertai
oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global, bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini
bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata
bahasa Melayu. Bahasa rojak akan berterusan dituturkan dan dilaungkan.
itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak
memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang
tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat penggunaan bahasa
pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya, tidak dapat berbuat apa-apa
melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.
Rujukan
1. Zaharani Bin Ahmad. Teo Kok Seong.1999. Persoalan Dan Permasalahan Bahasa
Melayu.Bangi, Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Shamrahayu A. Aziz. 2010. Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dengan Rela. Berita


Harian. 12 Oktober . 18

3. Zulkifley Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik :Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Bahasa. Kuala Lumpur. PTS Professional Sdn. Bhd.

4. Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5. Zulkifley Hamid . 2005. Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like