You are on page 1of 67

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU

SEKOLAH RENDAH

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua Sekolah


Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Modul :

Latihan Guru-guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2010

Jun 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 4
2.0 Matlamat 4
3.0 Objektif Kursus 4
4.0 Objektif Modul 5
5.0 Jawatankuasa Kerja 5
6.0 Para Panel Penggubal Modul 6
7.0 Kandungan Kursus
8.1 Pengenalan Pedagogi Matematik 9
8.2 Pembelajaran Masteri 14
8.3 Inkuiri Penemuan 34
8.4 Kontekstual 51
8.5 Kontruktivisme 59

9.0 Lampiran (nota tambahan)

2
KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI

GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH

DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010

TARIKH:

TEMPAT:

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

HARI/TARIK 8.00 – 10.00 10.00 – 10.30-12.30 12.30-2.00 2.00-4.30 PETANG


H PAGI 10.30 PETANG PETANG
pagi
8.00 – 8.30 PAGI
Hari Pertama Pendaftaran Rehat 1. Pendedahan Rehat 1.Pendedahan
Modul 1 Modul 2
8.30 – 10.00 PAGI
2. Pendedahan
1. Pengenalan Modul 3
Pendedahan
Strategi dan
Pendekatan P&P

Hari Kedua 1. Pendedahan 1. Bengkel


Modul 4 Rehat Bengkel Rehat Pembinaan Modul
Pembinaan
2. Pembahagian Modul 2. Pembentangan
kumpulan Modul

Hari Ketiga Pembentangan 1. Pemurnian


Modul Rehat Pemurnian dan Rehat Modul
Penambahbaikan
Modul 2. Rumusan dan
Penutup

3
1.0 PENGENALAN

Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran


mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah
akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012
kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar dalam Bahasa Melayu di Tahun 4
dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Kursus Memperkasakan
Pedagogi Guru Sains Dan Matematik Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam
Bahasa Melayu dibangunkan sebagai persediaan awal bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dijalankan sepenuhnya
dalam Bahasa Melayu pada tahun 2012.

2.0 MATLAMAT
Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KURSUS

 Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains dan


Matematik Tahun Empat Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.
 Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi.
 Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion
perguruan.
 Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih
cemerlang.
 Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4
4.0 OBJEKTIF MODUL

 Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik


Tahun Empat dalam Bahasa Melayu.
 Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-sekolah
rendah seluruh Malaysia.
 Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil
pembelajaran.

JAWATANKUASA KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS


DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA
MELAYU TAHUN 2010

5.0 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : Dr. Haji Zahri Bin Aziz
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Naib Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Abdul Razak
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Profesionalisme
Setiausaha : Dr. Zainab Bt Hussin
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kursus Dalam Perkhidmatan
Pen. Setiausaha : Cik Roslina Bt. Abdul Rashid
Penolong Pengarah
Unit Kursus Dalam Perkhidmatan.
Penyelaras : Pn. Siti Nafsiah Bt. Ismail (Bahasa Melayu)
En. Shaharizan Bin Shamsuddin (Matematik)
Urusetia : En. Mohd Helmi Bin Hamid

5
JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua guru sains dan matematik tahun empat sekolah rendah.

6.0 PARA PANEL PENGGUBAL MODUL


En. Choo Wai Chong : Pensyarah Kanan
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pulau Pinang.

Pn. Mahayon Bt. Abas : Pensyarah Kanan


Jabatan Matematik
IPG Kampus Ipoh.

Pn. Siti Khadzimah : Pensyarah


Bt. Salip Jabatan Matematik
IPG Kampus Teknik.

En. Mokhtar B. Ishak : Pensyarah


Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam.

En. Norhawan B. Misiran : Pensyarah


Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam.

Pn. Haslinah Bt. Abdullah : Pensyarah


Jabatan Sains
IPG Kampus Teknik.

6
En. Fazali B. Hashim : Pensyarah
Jabatan Sains
IPG Kampus Raja Melewar.

Pn. Hasniza Bt. Embong : Pensyarah


Jabatan Sains
IPG Kampus Ipoh.

Dr. Seman B. Salleh : Pensyarah Kanan


Jabatan Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Pn. Zanariah Bt. Ibrahim : Pensyarah


Jabatan Bahasa Melayu
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

En. Mohd Ghazali B. Ahmad : Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Pn. Fawziah Bt. Othman : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

En. Nasaruddin B. Sha’arani : SK Sri Tiram


Tg. Karang, Selangor.

Pn. Nurriti Bt. Kurdi : SK Sungai Leman


Sekinchan, Selangor.

7
En. Fadhlah B. Afif : SK Methodist
Banting, Selangor.

Pn. Nur Madihah Bt. Mohd Din : SK Putrajaya


Presint 8(2), Putrajaya.

Pn. Isnayani Bt. Zulkapli : Sk Serendah


Serendah, Selangor.

Pn. Rahayu Bt. Ab. Rahman : SK Putrajaya


Presint 9(2), Putrajaya.

Pn. Mariani Bt. Mohd Dom : SMK (P) Methodist


Kuala Lumpur.

En. Azmi B. Abdul Halim : SK RTB Bukit Changgang


Banting, Selangor.

8
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua


Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pendedahan strategi dan pendekatan pengajaran dan


pembelajaran matematik

Kod Kursus

Masa 2 jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

1. Memahami perkara-perkara penting yang perlu diambilkira semasa


pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan
2. Menyedarkan enam penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik yang berkesan
3. Memahami beberapa strategi dan pendekatan yang efektif dalam
pengajaran dan pengajaran matematik
B. Kandungan Kursus

1. Pendahuluan
2. Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
3. Strategi dan Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik

C. Kaedah

Kuliah dan perbincangan

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS

9
TAJUK : PENDEDAHAN STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan hendaklah mengambil kira beberapa
aspek seperti pendekatan, kaedah, teknik mengajar serta kebolehan, pengalaman dan minat
murid. Setiap pelajaran matematik yang hendak disampaikan di dalam bilik darjah hendaklah
dirancang dengan teliti supaya dapat memberikan pengalaman yang seronok, bermakna,
berguna dan mencabar kepada semua murid. Untuk itu, perkara-perkara berikut perlu diberi
pertimbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi


objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistematik sebelum
diperkenalkan symbol dan algoritma yang abstrak.
 Pemahaman konsep dan kemahiran matematik oleh murid perlu disusuli dengan latihan
secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Selain itu, pelbagai aktiviti perlu diberikan
seperti permainan yang melibatkan nombor untuk tujuan motivasi, pengukuhan dan
pengayaan.
 Latihan mencongak fakta asas nombor dan operasi perlu dijalankan selalu bagi
mengekalkan ingatan murid serta membiasakan penggunaannya apabila mengira,
menghitung dan menyelesaikan masalah matematik.
 Dorongan dan bimbingan perlu diberikan kepada murid untuk menggunakan bahasa
matematik dengan tepat dan teratur semasa b erkomunikasi
 Nilai-nilai murni perlu diterapkan dimana mungkin secara bersahaja semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Kesemua enam perkara tersebut merupakan penekanan yang patut diberi perhatian oleh setiap
guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik di sekolah bagi
memaksimumkan kesan pengajaran dan pembelajaran matematik.

10
PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Kurikulum Matematik telah disusun dalam bentuk dimana ianya memberi ruang untuk guru
membuat pengubahsuaian (luwes) agar dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang
menyeronokkan, berkesan, berguna dan memberi cabaran ke atas pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Pada masa yang sama, ianya penting untuk memastikan murid
menunjukkan peningkatan dalam memperolehi konsep dan kemahiran matematik.

Pada penghujung sesuatu topik dan untuk menentukan peningkatan ke topik yang baru, perlu
diambil kira perkara-perkara yang berikut :

 Kemahiran atau konsep yang diperolehi dalam topik atau skop pembelajaran yang baru.
 Memastikan hiraki atau perhubungan diantara skop pembelajaran dan topik telah diikuti
secara sistematik; dan
 Memastikan konsep asas atau kemahiran asas telah diperolehi atau dikuasai sebelum
beralih ke konsep yang lebih abstrak.
Proses pengajaran dan pembelajaran menekankan kepada pembangunan konsep, penguasaan
kemahiran dan juga penerapan nilai-nilai murni. Selain itu, ada elemen-elemen lain yang perlu
diambil kira dan dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Penekanan utama adalah seperti berikut:

1. PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

Model yang kerap diterima pakai untuk penyelesaian masalah adalah seperti berikut:

 memahami masalah tersebut


 membina satu pelan
 melaksanakan pelan berkenaan; dan
 melihat ke belakang penyelesaian berkaitan

Dalam proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah, satu atau lebih strategi boleh
digunapakai untuk memulakan penyelesaian. Strategi-strategi yang biasa digunakan untuk
penyelesaian masalah adalah :

 Cuba kes yang lebih mudah

11
 Cuba jaya dan membuat penambahbaikan
 Melukis gambar rajah
 Mengenal corak dan sequences
 Membuat jadual, carta atau senarai yang sistematik.
 Simulasi
 Membuat analogi; dan
 Membuat penyelesaian ke belakang ‘working backwards’

2. KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

Cara-cara berikut boleh melahirkan satu suasana komunikasi yang berkesan :

 mengenalpasti konteks yang relevan yang boleh disesuaikan dengan suasana


kehidupan seharian murid.
 Mengenalpasti minat murid
 Mengenalpasti Bahan Bantu Mengajar
 Memastikan pembelajaran yang aktif
 Menggerakkan kemahiran meta-kognitif
 Menerapkan sikap-sikap yang positif; dan
 Mereka (Creating) satu suasana pembelajaran yang kondusif.

Komunikasi lisan adalah satu proses yang menggabungkan aktiviti seperti mendengar, bertutur,
membaca dan meneliti. Ianya adalah interaksi dua-hala antara guru dan murid, murid dan murid
dan murid dengan objek.

Berikut adalah beberapa teknik komunikasi lisan yang efektif dan bermakna :

 Bercerita, soal jawab menggunakan percatan sendiri;


 Bertanya dan menjawab soalan;

12
 Temu janji yang berstruktur dan tidak berstruktur;
 Perbincangan semasa forum, seminar, debat dan sesi ‘brain-storming’; dan
 Persembahan penemuan assignmen.

Komunikasi bertulis adalah proses dimana idea matematik dan maklumat dapat dikongsi
dengan orang lain melalui tulisan.

Beberapa contoh aktiviti komunikasi bertulis adalah :

 Membuat latihan
 Menyimpan buku skrap
 Menyimpan folio
 Menyediakan projek; dan
 Membuat Ujian Bertulis

3. PENAAKULAN

Penaakulan logik atau pemikiran adalah asas untuk memahami dan menyelesaikan masalah
matematik.

Murid digalakkan untuk membuat ramalan dan membuat tekaan dalam proses mencari
penyelesaian.

4. MEMBUAT KAITAN

Dalam kurikulum Matematik, peluang untuk membuat perkaitan mestilah dihasilkan supaya
murid dapat menghubungkan pengetahuan konseptual ke pengetahuan prosidural dan
mengaitkan topik dalam matematik dengan skop pembelajaran secara umum.

Kurikulum Matematik terdiri daripada beberapa skop seperti aritmetik, geometri, pengukuran
dan penyelesaian masalah. Tanpa ada kaitan di antara skop-skop ini, murid perlu belajar dan
menghafal terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.

13
Dengan membuat kaitan, murid dapat melihat matematik sebagai satu yang berhubungkait
daripada sebagai idea yang bercelaru tanpa kaitan.

Guru boleh membuat kaitan dalam suasana bilik darjah dengan menggalakkan murid untuk
berkomunikasi, memberi pendapat dan mempamerkan pemikiran mereka.

Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan kehidupan seharian murid dan kurikulum, murid
akan lebih sedar terhadap aplikasinya dalam matematik.

5. PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Dalam bidang pendidikan, wacana tentang teknologi difahamkan sebagai teknologi pengajaran
(instructional technology).

Teknologi dikategori seperti berikut:

 Conventional (alat bantu p&p spt. alat tulis, OHP, bahan manipulatif, dll.
Di peringkat asas dalam kurikulum matematik, bahan manipulatif yang disarankan ialah
pembilang, cuissenares, dll.

 Handheld (kebanyakannya kalkulator – umum, saintifik, grafik)

 ICT (perkakasan dan perisian komputer. Perisian mempunyai kategori tersendiri – pakej
aplikasi umum, perisian spesifik, perisian kursus.)

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi elemen diagnostik-
kendiri supaya murid dapat tahu sejauh mana mereka telah memahami kemahiran dan konsep.

Nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui konteks yang sesuai. Sebagai contoh, pembelajaran
atau aktiviti dalam kumpulan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran sosial,
merangsang kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dalam subjek matematik.

14
Di antara pendekatan yang boleh diberi perhatian adalah :

 pembelajaran yang menarik yang berpusatkan murid;


 kemahiran pembelajaran dan gaya pengajaran;
 penggunaan bahan bantu mengajar yang releven, sesuai dan efektif; dan
 penilaian formatif untuk menentukan pencapaian pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan pendekatan yang sesuai boleh merangsang pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Pendekatan yang sesuai termasuk yang berikut:

 Pembelajaran Secara Masteri


 Pembelajaran Secara Konstruktivisme
 Inkuiri Penemuan
 Pembelajaran Kontekstual
 Kajian Masa Depan
 Pembelajaran Koperatif

15
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-
GURU SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua Sekolah-


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pembelajaran Masteri

Kod Kursus

Masa 2 jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi, peserta dapat :

1. Memahami pendekatan dalam pembelajaran masteri, cara pelaksanaan pembelajaran


Masteri dan peranan guru dalam pembelejaran masteri.
2. Mengaplikasikan pembelajaran masteri dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam
kelas.

B. Kandungan Kursus

1. Pelaksanaan dan peranan guru dalam Pembelajaran Masteri.

2. Pengajaran dan Pembelajaran Ke arah Pembelajaran Masteri

3. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri

4. Pembelajaran koperatif

5. Apakah bahan P & P dalam Pembelajaran Masteri?

6. Apakah Pengurusan Bilik Darjah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran?

7. Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran

C. Kaedah

16
Kuliah dan perbincangan

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS

TAJUK : PEMBELAJARAN MASTERI

Unit ini bertujuan untuk memahami secara menyeluruh tentang :

a. Pentingnya pembelajaran masteri


b. Konsep pembelajaran masteri
c. Cara melaksanakan pembelajaran masteri
d. Peranan guru dalam pembelajaran masteri

1. Apa dia Pembelajaran Masteri?

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid
dapat menguasai apa yang diajar.

Konsep ini diperkenalkan dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua
murid boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya :

a. ada masa yang cukup untuk murid menguasainya; dan


b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua murid dapat menguasai
perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit
pembelajaran atau tajuk yang lain.

Rajah 1 : Proses Pembelajaran Masteri.

17
1 Mo de l Pe mbe lajaran Mas te ri
Unit Pembelajaran 1

Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Ya Tidak Tindakan Susulan


Sudahkah murid
Aktiviti Aktiviti
menguasai?
Pengayaan Pemulihan
Teruskan
Ya

Unit Pembelajaran 2

1.5. Masa untuk murid anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda :

a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan;

b. menggalakkan murid belajar dengan tekun dan tabah;

c. merangsang dan mendorong murid untuk belajar; dan

d. melatih murid kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka

menjadi murid berdikari.

2. Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?

2.1 Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkat berikut:

a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran;

b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai;

c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif dan sumatif; dan

d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

2.2 Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua murid harus mendapat
sekurang-kurangnya markah 80 %.

2.3 Anda boleh memulakan dengan markah 50 % sebagai sasaran pencapaian dan markah itu
harus dinaikkan beransur-ansur kepada 80 %.

18
3. Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri?

3.1 Peranan anda adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.

3.2 Tugas anda dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah :

a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

pembelajaran masteri;

c. Melatih murid dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir;

d. Mengenal pasti murid yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar

melalui ujian diagnostik;

e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan

f. Menilai prestasi murid melalui ujian sumatif.

4. Pengajaran dan Pembelajaran Ke arah Pembelajaran Masteri

Mengapa Pengajaran dan Pembelajaran Penting Ke Arah Pembelajaran Masteri?

4.1 Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menggunakan kaedah atau
aktiviti Pengajaran & Pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan P & P yang sesuai untuk
memastikan murid dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.

4.2 Untuk memastikan kejayaan masteri, anda harus mengambil kira perkara berikut dalam
pengajaran & pembelajaran :

a. Ciri-ciri guru
b. Gaya pembelajaran murid
c. Kaedah atau aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
d. Bahan Pengajaran & Pembelajaran
e. Nilai-nilai murni yang perlu diserapkan dalam Pengajaran & Pembelajaran
f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

4.3 Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam Pengajaran & Pembelajaran adalah
seperti kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran belajar dll

19
JENIS KECERDASAN PELBAGAI
Verbal-Linguistik

Naturalis +
8
1
2
-
Logik-Matematik


KECERDASAN
7 3
PELBAGAI Visual-Ruang
Intrapersonal 6 4
5

Interpersonal Kinestetik
Muzik

5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri

5.1 Tiada satu kaedah atau aktiviti P & P yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana
murid berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang
berlainan.

5.2 Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran
masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan pelajar, menarik dan menyeronokkan.

5.3 Jadi, anda harus merancang dan menggunakan berbagai kaedah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran
murid anda.

5.4 Berikut ialah kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru :

 syarahan
 penerangan
 penjelasan
 huraian
 demonstrasi
 bercerita
 pembacaan
 memberi nota

5. 5 Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid :

 soal jawab

20
 latih tubi
 bercerita
 membuat latihan
 penerangan, penjelasan, huraian
 perbincangan
 inkuiri
 penemuan
 bacaan
 sumbang saran
 demonstrasi oleh murid
 kerja amali
 eksperimen
 projek
 kuiz
 penyelesaian masalah
 reka cipta
 pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
 main peranan
 lakonan
 simulasi
 membuat nota
 lawatan
 pengajaran berprogram
 pembelajaran berbantu computer
 PAK (Pembelajaran Akses Kendiri atau Self Access Learning

5.6 Anda harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan.

6. Pembelajaran koperatif

6.1 Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.

6.2 Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar
belajar di anatar satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

6.3 Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk:
a. Giliran Ahli Kumpulan:
Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara
giliran.

b. Pameran Kumpulan :
i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya.
ii. Setiap pelajar melihat hasil setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-
ahli kumpulan itu.

21
c. Memadan Benda :
Murid-murid dalam satu kumpulan memadankan susunan benda.

d. Kuiz :
i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan.
ii. Murid dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan.
iii. Seorang murid dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan
guru.

e. Kad hafalan :
i. Murid dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau
maklumat penting untuk dihafal.
ii. Guru menyoal.
iii. Murid yang sudah hafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah
diberi.

f. Semakan pasangan :
i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan.
ii. Dalam satu pasangan, seorang murid menyelesaikan masalah itu dengan
bantuan murid yang lain.
iii. Kemudian penyelesaian masalah itu dibandingkan dengan penyelesaian
masalah pasangan yang lain.
g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat:
i. Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang
diberi oleh guru.

ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas.

h. Peta Konsep Berpasukan:


Murid dalam kumpulan membuat peta konsep di atas kertas.

i. Jawapan Giliran :

Satu kumpulan diberi sebilangan soalan.

Setiap murid dalam kumpulan menjawab satu soalan.

ii. Penguasaan secara berpasangan :


Pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

iii. ”Jigsaw’ (Pakar dalam kumpulan) :


Beberapa topik diberi kepada sesuatu kumpulan.

a. Seorang pelajar dalam kumpulan itu menjadi ’pakar’ dalam sesuatu


topik dan dia perlu belajar dan menguasai topik itu.
b. Maklumat tentang topik dikongsi supaya kumpulan itu dapat
memahami semua topik.

iv. Kerjasama semua kumpulan :

22
a. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainan tentang
sesuatu tajuk atau perkara.

b. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam


topik itu.
c. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

7. Apakah bahan P & P dalam Pembelajaran Masteri?

7.1 Bahan P & P adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:


a. pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
b. Murid dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.

7.2 Beberapa contoh bahan P & P diberi dalam jadual 3.

Jadual 3 : Penggunaan bahan P & P

Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan P & P

Pelajar dapat :
1. Mengenal pasti ’nombor” Kad imbasan nombor,carta nombor,
bongkah nombor

2. Menambah sebarang dua nombor Biji, batang ais krim, abakus.


1 – 10.

3. Menentukan waktu dan tempoh waktu. Muka jam,

4. Menerangkan bentuk 2-D dan 3 D Bahan maujud: kon, silindar, kuib, kuboid

5. Membaca perwakilan data dan Bentuk graf bar, bentuk graf bar menegak
menunjukkannya dalam bentuk graf. dan melintang.

7.3 Bahan P & P terdiri daripada :

a. bahan bercetak

b. alat pandang dengar

23
7.4 Bahan bercetak meliputi :

a. buku teks dan buku rujukan

b. dokumen kurikulum

c. majalah

d. risalah

e. akhbar

7.5 Alat pandang dengan terdiri daripada:

a. ’Hardware’ seperti TV, pemain CD, perakam DVD/VCD, komputer, projektor,

printer.

b. ’Software’ adalah bahan yang digunakan untuk ’Hardware’ seperti CD, DVD,

pita video, disket, transparensi. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta,

gambar, pita dan kad imbasan.

c. Bahan 3-D seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.

7.6 Sesetengah bahan P & P itu:

a. dibekalkan oleh KPM

b. boleh dibeli dipasaran

c. boleh dibuat oleh guru dan pelajar

d. boleh didapati dengan percuma

8. Apakah Pengurusan Bilik Darjah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran?

8.1 Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda
untuk menguruskan kelas dan aktiviti P & P dengan bijak.

8.2 Dalam hal ini, anda harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:

a. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap

pelajar.

b. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.

c. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan P & P.

24
d. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti P & P yang sesuai untuk

sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan murid

dapat dirangsang sepanjang waktu pembelajaran.

e. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan individu dengan

bijak dalam sesuatu pengajaran.

f. Mengumpul murid yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang

dikehendaki.

g. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan

murid dalam kelas itu.

h. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan

ujian sumatif.

i. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang

sesuai.

j. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.

k. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan

menggunakan kaedah yang berkesan.

l. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti P & P dalam sesuatu

pengajaran.

m. Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian

murid.

9. Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran

Contoh Matematik Tahun 4

1. Hasil Pembelajaran :

25
Murid akan dapat mengenal dan membina graf bar.

2. Cadangan Langkah Pengajaran:

Set Induksi : Untuk merangsang atau mengulangkaji

Tanya atau suruh pelajar ceritakan minat atau hobi.

Apakah hobi yang paling disukai oleh murid?

Apakah hobi yang disukai ramai murid?

Pada masa bila murid menjalankan hobinya.

3.Penyampaian : Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.

Dengan bantuan gambar, minta murid untuk menceritakan apa yang terdapat

dalam gambar tersebut.

Murid melaksanakan aktiviti dalam kumpulan dengan bimbingan guru.

Menerangkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam pembinaan graf bar.

Menunjukkan bahagian berkenaan melalui Power Point.

4. Latihan : Untuk memperkukuhkan pembelajaran.

Murid melabelkan bahagian-bahagian dalam graf bar.

5. Aplikasi atau ciptaan: Untuk mengaplikasikan atau mereka cipta sesuatu daripada apa
yang telah diterangkan.

Murid membina graf bar daripada carta yang diberi secara dalam kumpulan.

Hasil kumpulan ditulis dikertas besar dan dipamerkan.

9.1 Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatau hasil pembelajaran
dalam matematik (Topik : Perwakilan Data) diberi dalam Lampiran.

9.2 Anda digalakkan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan


serenar di sekolah anda.

26
10. RUMUSAN

10.1 Penggunaan kaedah atau aktiviti P & P yang berkesan dan bahan P & P yang sesuai
adalah penting dalam pembelajaran masteri.

10.2 Untuk menjayakan pembelajaran masteri, anda harus menyayangi murid, mencintai
mata pelajaran yang anda mengajar, merasa yakin tentang kebolehan murid anda,
selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.

10.3 Murid anda berbeza dalam gaya pembelajaran seperti visual, lisan atau kinestetik dan
anda harus menggunakan kaedah yang sesuai yang melibatkan visual, lisan dan
kinestetik.

10.4 Anda harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam
pelbagai model gaya pembelajaran seperti :

T Abstrak
R
A Menulis
N Penyampai
S
F 4 1
O
R
M
A Pasif Aktif

S
I
Melukis 3 2 Bermain
dengan
benda
maujud
Konkrit

10.5 Terdapat banyak kaedah atau aktiviti P & P yang berpusatkan guru dan berpusatkan
murid dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

10.6 Tiada satu kaedah atau aktiviti P & P yang terbaik tetapi yang dicadangkan untuk
pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan
murid.

10.7 Anda harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi
tugasan, projek atau masalah untuk murid belajar secara berpasangan, kumpulan atau
kelas.

27
10.8 Anda harus menggunakan bahan P & P yang sesuai supaya pembelajaran lebih
berkesan.

10.9 Dalam P & P anda harus menerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaannya
mengambil masa yang panjang.

10.10 Dalam pembelajaran masteri anda digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar,
langkah-langkah pengajaran dan bahan P & P yang akan membantu murid menguasai
apa yang mereka belajar.

10.11 Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan ia merupakan satu strategi P &
P untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar.

10.12. Langkah-langkah dalam melaksanakan pembelajaran masteri ialah:

a. menentukan hasil pembelajaran;


b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan
menggunakan bahan mengajar yang sesuai,
c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
dikalangan murid;
d. merangsang dan mendorong murid untuk belajar;
e. menilai murid secara formatif dan sumatif; dan
f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

10.13 Kejayaan pembelajaran masteri banyak bergantung kepada kebolehan dan kemahiran
anda untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut.

10.14 Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, anda
akan dapati bahawa bilangan murid yang dapat menguasai apa yang diajar akan
bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada anda dan murid anda.

28
CONTOH BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN

Topik Graf dan Graf Melintang

Masa 1 jam

Personal Guru

A. Objektif

Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :

a) membaca dan menerangkan maklumat dalam sesuatu graf turus atau graf
melintang; dan
b) membina graf turus atau graf melintang yang berkaitan masalah harian.

B. Kandungan Pengajaran

1. Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Graf turus dan Graf Melintang:

i) Aktiviti Permulaan yang menarik melalui bercerita dan soal jawab.


ii) Aktiviti dalam kumpulan, pasangan atau individu.
iii) Penerangan secara lisan, soal jawab, mencungkil jawapan daripada murid, bercerita
dan melukis gambar.

2. Berfikir Secara Kreatif:

i) Kecerdasan Pelbagai – berlainan aktiviti untuk murid yang berlainan tahap

29
pembelajaran.
ii) Pembelajaran Masteri – memahami dan melaksanakan aktiviti yang pertama
dengan jelas baru ke aktiviti yang seterusnya.
iii) Pembelajaran Koperatif – melaksanakan tugasan dalam kumpulan

3. Bahan Bantu Mengajar Yang Kreatif

- Penggunaan ICT
- Penggunaan bahan maujud, gambar dan kad imbasan.

4. Strategi P & P yang menarik


i. Bercerita
ii. Pembelajaran berasaskan projek
iii. Pembelajaran secara kumpulan dan individu.
iv. Pembelajaran Inkuiri dan penemuan

C. Kaedah :

Penerangan, perbincangan dan aktiviti berkumpulan.

D. Bahan Pengajaran

Lembaran aktiviti, slaid ’Power Point’, kad imbasan dan kad aktiviti dan carta jadual

E. Alatan

LCD, Komputer, white board, pen marker dan kertas mahjong

F. Penilaian

i. Interaksi secara lisan


ii. Penerangan hasil kerja oleh kumpulan
iii. Penyemakan hasil kerja
iv. Penyemakan Lembaran Kerja

G. Rumusan / Refleksi

30
TAJUK : Graf dan graf melintang

Konsep : Graf turus dan graf melintang ialah carta bar yang digunakan

untuk memaparkan maklumat dengan garisan kasar atau garisan


berwarna dalam jadual.

Objektif : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh

a) membaca dan menerangkan maklumat dalam sesuatu graf turus


atau graf melintang; dan
b) membina graf turus atau graf melintang yang berkaitan masalah
harian.

Peralatan : Graf gambar, graf turus, graf melintang

Set Induksi : Guru menyoal murid bagaimana mereka datang ke sekolah.

Guru mempamerkan sebuah graf melintang dan

menggalakkan murid untuk membuat kesimpulan daripada graf

melintang yang ditunjukkan.

31
Jenis pengangkutan yang digunakan oleh Murid Tahun 4

Basikal

Bas

Kereta

Motosikal

0 10 20 30 40 50 60 70 80

Contoh :

i) Daripada graf bar ini kita boleh katakan bahawa ramai murid yang datang ke

sekolah menaiki bas.

ii) Daripada graf bar ini kita tahu yang tidak ramai murid yang datang menaiki

motosikal.

iii) Kita dapat tahu hanya 70 orang murid yang datang naik kereta.

Langkah 1 : Guru menerangkan maklumat atau data boleh ditayangkan

dalam bentuk graf turus.

Membimbing murid untuk menerangkan graf turus melalui soal jawab

Dengan menggunakan teknologi ICT dalam P & P guru :

i) mempamerkan satu graf turus menggunakan ‘power point.’

ii) menunjukkan isi kandungan dalam graf turus.

ii) meminta murid ke depan dan menunjukkan tajuk graf, paksi menegak dan

paksi melintang, skala dan bar.

Membimbing murid membaca maklumat daripada graf turus.

32
Garis Paksi Menegak

Buku Dibaca Murid Tahun 4


Bilangan
Murid 20
Tajuk

Nama 15

Skala
10

0 Garis Paksi Melintang


Isnin Selasa

Nama

Langkah 2 : i) Guru menyoal murid cara bagaimana untuk memindahkan maklumat

data dari jadual ke graf turus.

ii) Guru menyoal murid bagaimana untuk membina satu graf turus.

iii) Jika murid dapat mengetahui langkah-langkah membina graf turus, murid
dibenarkan ke tahap seterusnya.

iv) setiap kumpulan diberi kertas mahjong dan satu jadual yang
berlainan.

v) Setiap kumpulan dikehendaki membina satu graf turus dan graf

melintang menggunakan maklumat yang diberi.

Langkah 3 : i) Setiap kumpulan mempamerkan graf yang telah dibina dan


menerangkan hasil kerja mereka.

ii) Mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta untuk menjawab soalan

yang diberi.

iii) Jawapan dibincangkan bersama.

Penutup : i) Graf yang dibina dipamerkan di papan putih bersama kad imbasan.

ii) Jika murid dapat menerangkan ciri-ciri graf bar dengan melabelkan kad
imbasan yang diberi, murid dibenarkan ke tahap seterusnya.

33
Bilangan buku yang dibaca
murid tahun 4
20

15

10

0
Isnin Selasa Rabu Khamis

Bilangan buku yang dibaca murid


Khamis Tahun 4

Rabu

Selasa

Isnin

0 5 10 15 20

34
Hobi Murid Tahun 4

20

15

10

0
Bermain Menonton Membaca Mengumpul
Bola TV setem
sepak

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-


GURU SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua


Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Inkuiri Penemuan

Masa 2 jam

35
Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran secara pendekatan inkuiri-


penemuan dan kepentingan menyerapkan pendekatan inkuiri-penemuan
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik


pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan inkuiri-
penemuan.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan inkuiri-


penemuan selaras dengan hasil pembelajaran secara berkesan.

4. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.


(Contoh topik bentuk 2 matra )

B. Kandungan Kursus

1. Kepelbagaian pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bentuk dan


Ruang sukatan Tahun 4 mengikut subtopik:
i. Perimeter bentuk 2 matra
ii. Luas bentuk 2 matra

C. Kaedah

Kuliah, perbincangan, aktiviti hands on

D. Bahan Pengajaran

Nota , slaid persembahan MS Powerpoint, aktiviti hands-on

E. Alatan

Kertas mahjong, “whiteboard”, whiteboard marker, selotap

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS

36
TAJUK : PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN

PENDAHULUAN

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah, pemilihan pendekatan


yang sesuai boleh merangsang persekitaran pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah. Salah satu daripada pendekatan yang dicadangkan ialah Inkuiri Penemuan.

Seseorang yang menggunakan pendekatan inkuiri cuba menemui sesuatu yang baru dalam
pengalamannya, walaupun maklumat itu bukan semestinya belum diketahui umum. Kaedah ini
memang digunakan oleh kanak-kanak untuk membina pengetahuan baru mereka. Sikap ingin
tahu kanak-kanak sangat tinggi menyebabkan mereka cuba melakukan pelbagai perkara
sehingga membahayakan diri. Tetapi pendekatan pembelajaran ini merupakan yang paling
berkesan bagi mereka. Contohnya, kanak-kanak tidak tahu api itu panas, malah mungkin
makna istilah panas itu sendiri tidak difahaminya. Apa yang kelihatan ialah warna api yang
menarik perhatian dan menyebabkan dia ingin menyentuhnya. Apabila telah disentuh, baru
kanak-kanak faham maksud panas. Kemungkinan besar, itu merupakan pengalaman paling
bermakna baginya dan di masa-masa lain dia tidak akan menyentuh api lagi tanpa perlu
dilarang oleh ibunya. Dalam konteks ini, kanak-kanak tersebut telah mendapat pengetahuan
baru melalui pengalaman yang dilaluinya menggunakan pendekatan inkuiri.

Dalam konteks pembelajaran matematik di sekolah, pendekatan inkuiri penemuan menekan


penerokaan dan penemuan yang dibuat oleh pelajar. Ia berbeza daripada pendekatan biasa di
mana guru hanya menyampaikan maklumat dan bahan yang diajar. Dalam pendekatan inukiri
penemuan ini, guru memastikan pelajar sendiri menemui konsep-konsep matematik melalui
aktiviti penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil
untuk aktiviti tersebut manakala guru berlegar-legar sambil memerhatikan perbincangan pelajar
dan memberi bantuan jika perlu, tetapi mengelakkan diri dari memberi terlalu banyak maklumat.

Guru berperanan menyediakan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran
inkuiri penemuan, mengadakan bahan sumber, serta menyediakan aktiviti yang menggalakkan
pelajar berfikir dan belajar. Pelajar berupaya menggunakan pendekatan inkuiri penemuan
dalam pembelajaran sendiri apabila mereka berpeluang belajar secara hands-on, diberi bahan-
bahan yang sesuai yang boleh mereka manipulasi, masalah yang merangsang fikiran, bantuan,

37
panduan dan kebebasan yang sesuai untuk membandingkan idea serta membentuk
pembelajaran penemuan kendiri.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

Satu kaedah pembelajaran yang menarik berbanding pembelajaran bilik darjah tradisional.
Dalam PBM, pelajar tidak diberi kuliah, tugasan atau latihan untuk disudahkan, tetapi guru
mengemukakan masalah kepada pelajar untuk diselesaikan. Kandungan pembelajaran tidak
diberi, oleh itu pelajar perlu cuba menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru secara
aktif. Proses mencari penyelesaian ini merupakan proses di mana pelajar “menemui”
kandungan pembelajaran yang mereka perlu pelajari.

Dalam PBM guru bertindak sebagai fasilitator atau mentor untuk membimbing pelajar menemui
penyelesaian masalah yang diberi, dan bukan bertindak memberi penyelesaian. Pembelajaran
berasaskan masalah ini memberi peluang kepada pelajar untuk:

 menyemak dan mencuba yang mereka telah ketahui

 menemui apa yang perlu dipelajari

 membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

 meningkatkan kemahiran berkomunikasi

 menyatakan pendirian berasaskan bukti dan hujah yang kukuh

 berlatih menggunakan kemahiran yang akan diperlukan setelah tamat persekolahan

LANGKAH-LANGKAH DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH:

1. Meneroka isu-isu:
Guru mengemukakan masalah, pelajar berbincang dan menyenaraikan bahagian-bahagian
penting. Jika pelajar berasa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk
menyelesaikan masalah berkenaan, itu merupakan cabaran yang perlu mereka terima dan
sahut. Mereka perlu mencari maklumat dan konsep atau prinsi atau kemahiran baru dalam
menyelesaikan masalah

38
2. Senaraikan apa yang diketahui:
Pelajar-pelajar menyenaraikan apa yang mereka sebenarnya ketahui dalam
menyelesaikan masalah berkenaan. Setiap input yang diberi oleh ahli kumpulan perlu
dipertimbangkan kerana tiada siapa tahu penyelesaian sebenar.

3. Kembangkan dan tulis semula pernyataan masalah dalam perkaatan sendiri:


Selepas mendapatkan persetujuan dengan pernyataan masalah yang telah ditulis semula
oleh kumpulan, dapatkan pandangan guru/fasilitator (bukan wajib! Teapi boleh membantu
menunjuk arah yang betul dan tidak membuang terlalau banyak masa)

4. Senaraikan semua penyelesaian yang mungkin dan pilih yang paling sesuai untuk berjaya

5. Senaraikan tindakan yang perlu diambil dengan garis masa.

6. Senaraikan apa yang perlu diketahui


Pelajar mungkin perlu melakukan penyelidikan untuk mencari maklumat dan data untuk
menyokong penyelesaian

7. Jika penyelidikan menyokong penyelesaian, sempurnakan penyelesaian.


Perlu masukkan proses dan hasil penyelesaian masalah, iaitu pernyataan masalah, soalan,
data yang dikumpulkan, analisis data dan sokongan kepada penyelesaian.

8. Jika tidak ulang semula dari langkah 4.

9. Bentangkan dan pertahankan penyelesaian jika terdapat bantahan/ cabaran/persoalan dari


rakan-rakan/fasilitator:
Berkongsi penyelesaian dengan guru dan rakan-rakan memberi peluang kepada pelajar
mempamerkan apa yang telah mereka pelajari

CONTOH BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK 1 : Konsep Perimeter

Pengenalan: Istilah perimeter bukan perkataan yang digunakan seharian oleh pelajar.
Konsep perimeter juga adalah baru bagi mereka. Sepatutnya pelajar
memahami konsep perimeter terlebih dahulu sebelum mereka diminta
menyelesaikan masalah berkaitan.

Mungkin ada murid yang telah mengetahui konsep perimeter dari

39
pengalaman lalu mereka. Guru boleh menggunakan pengalaman murid-
murid ini untuk membantu murid lain menguasai konsep perimeter.

Objektif: Selepas menjalani aktiviti ini, murid-murid dapat

1. menyurih (trace out) perimeter bentuk-bentuk 2 matra

2. menulis/menyatakan definisi perimeter bentuk 2 matra

Alatan: Marker pen, kad whiteboard, kertas mahjong, objek di sekitar sekolah

Kaedah: Inkuiri penemuan

Aktiviti: Melukis perimeter benda-benda maujud di sekitar sekolah:

1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil (4 – 5 orang satu kumpulan)

2. Bawa murid ke kawasan sekolah dan minta setiap kumpulan memungut


5 objek yang mereka berkenan untuk dibawa balik ke kelas (seperti
daun, bata, buku, kasut, kotak pensil, dan lain-lain)

3. Edarkan kertas dan marker pen (gunakan marker pen supaya nampak
apabila dipamer di hadapan kelas) kepada setiap kumpulan. Minta
kumpulan “trace-out” objek yang mereka bawa balik (mungkin ada yang
sukar disurih, seperti batu kerikil. Oleh itu, perlu dinyatakan ciri objek
yang boleh dipungut oleh murid-murid)

4. Galakkan murid menyurih seberapa banyak bentuk dari setiap objek


yang mereka pungut.

5. Pamerkan kertas mahjong di depan kelas. Tiap-tiap kumpulan perlu


membentangkan bentuk yang dilukis dan bersedia untuk membela
bentuk yang mereka surih.

6. Guru galakkan yang lain bertanya/cabar lukisan rakan-rakan dari


kumpulan lain. Contohnya, jika objek ialah selinder dan kumpulan
menyurih bentuk bulat, guru boleh pertikaikan bentuk tersebut.
Tanyakan kepada kelas sama ada terdapat bentuk lain yang boleh
disurih dari bentuk selinder tersebut (bentuk segi empat tepat).

7. Di akhir perbincangan, tanya murid jika mereka tahu nama bagi garis
yang dilukis ketika menyurih sekeliling objek (kemungkinan besar ada

40
yang dapat menyatakan istilah perimeter. Jika tiada, guru terpaksalah
memberitahu murid istilah tersebut)

8. Sebagai pengukuhan, guru boleh tunjukkan beberapa objek dan


tanyakan murid bentuk perimeter yang dibentuk oleh objek tersebut.
Kemudian minta murid berkenaan surihkan perimeternya di papan putih.

9. Kemudian guru tayangkan slide beberapa objek dan minta murid


nyatakan perimeter objek-objek berkenaan (contohmeja, duti syiling,
kotak tisu, tayar, dll) dan lukis di buku/kad whiteboard masing-masing.

10. Guru sebut beberapa objek (tanpa menunjukkan objek atau gambarnya)
dan minta semua murid melukis perimeter objek tersebut di udara/kad
whiteboard masing-masing.

11. Akhir sekali minta murid dalam kumpulan tuliskan definisi perimeter
(berdasarkan pengalaman yang dilalui).

12. Guru boleh minta seorang murid bacakan definisi (cari yang agak baik)
untuk disemak bersama murid-murid lain.

Rumusan: Pembelajaran matematik sepatutnya melalui tahap konkrit, semi konkrit dan
abstrak. Dalam aktiviti di atas, tahap konkrit berlaku sehingga langkah 7.
Langkah 8 dan 9 ialah tahap semi konkrit di mana objek konkrit diwakili oleh
gambar dalam slaid. Tahap abstrak berlaku pada langkah 10, di mana
murid membayangkan ciri objek yang disebut dan melukis perimeternya.
Langkah 11 pula menggalakkan murid-murid “verbalise” apa yang mereka
telah ketahui/alami. Jika mereka berjaya menulis dengan baik, ia
merupakan petunjuk murid-murid telah berjaya menguasai objektif
pembelajaran.

TAJUK 2 : Mengukur Perimeter

Pengenalan: Murid-murid telah mengenali istilah dan menguasai konsep perimeter. Jika
ditunjukkan kaedah mengukur perimeter, kemungkinan besar kebanyakan
murid dapat melakukannya dengan baik. Tetapi dalam aktiviti yang berikut,
guru mahu murid menemui sendiri kaedah untuk mengukur perimeter

41
menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dan inkuiri
penemuan.

Objektif: Selepas menjalani aktiviti ini, murid-murid boleh

1. mencari menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru

2. mengukur perimeter segi empat sama dan segi empat tepat

3. menggunakan formula perimeter = 2xl + 2xp

Alatan Tali, gam, pembaris 1 meter, riben kertas, wang RM1.00 difotostat

Aktiviti: Pertandingan Menghias Meja

Kaedah Pembelajaran berasaskan masalah dan inkuiri penemuan


pembelajaran

Langkah: 1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (4 - 5 orang dalam


satu kumpulan).

2. Peralatan seperti tali (dipotong-potong supaya hanya terdapat dua jenis


sahaja, iaitu yang sama ukuran dengan panjang meja, dan sama
panjang dengan lebar meja), dan gam diletakkan di meja guru. Murid
boleh mengambil alatan mengikut pilihan kumpulan masing-masing.
Hanya satu pembaris panjang yang disediakan untuk kegunaan pelajar
dan tidak boleh dialih dari meja guru.

3. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi masalah:

“Anda dikehendaki menghias perimeter sebuah daripada meja


kumpulan anda dengan reben khas yang boleh dibeli dari saya. Anda
dibekalkan dengan “wang” RM10.00. Setiap meter reben berharga
RM5.00. Saya hanya menjual reben mengikut ukuran meter atau
sentimeter yang diminta.

Anda juga boleh meminjam apa-apa barang dari meja saya kecuali
pembaris panjang. Pembaris ini hanya boleh digunakan di meja saya
sahaja. Anda dibenarkan menggunakan apa-apa alatan dari simpanan
ahli kumpulan.”

4. Pemenang ialah kumpulan yang pertama berjaya menghias sekeliling

42
tepi meja dengan sempurna dan mempunyai baki wang yang
terbanyak.

5. Setiap kumpulan sepatutnya berbincang kaedah yang hendak digunakan


untuk menyelesaikan masalah yang diberi jika mereka telah biasa
melalui proses pembelajaran berasaskan masalah. Jika belum, murid-
murid pelu diberi bimbingan.

6. Pelajar sepatutnya menggunakan tali untuk mengukur keliling meja dan


menggunakan pembaris panjang untuk mendapatkan ukuran sebenar
sebelum “membeli” reben dari guru. Tetapi mungkin ada yang
menggunakan pembaris sendiri untuk mengukur. Biarkan, ia masih
betul, Cuma kurang bijak. Kumpulan ini akhirnya akan berjaya juga,
Cuma mungkin ukuran mereka kurang tepat, serta lambat siap.

7. Di akhir aktiviti, wakil setiap kumpulan diminta menerangkan kaedah


yang digunakan untuk mengukur perimeter meja supaya mereka
“membeli” hanya reben yang mencukupi sahaja daripada guru.

8. Murid-murid digalakkan menyoal rakan yang membentang.

9. Jika ada kumpulan yang menggunakan kaedah mengukur panjang dan


lebar meja dan didarab dengan 2, bagus.

10. Jika tiada, guru perlu berbincang dengan seluruh kelas untuk mencari
kaedah yang lebih cepat untuk mendapatkan ukuran yang sesuai
memandangkan tali yang disediakan pendek-pendek sahaja. Gunakan
soalan “promting”.

11. Sebagai pengukuhan, murid-murid diberi beberapa kad berbentuk segi


empat tepat dan segi empat sama untuk diukur.

Rumusan Murid-murid diberi masalah untuk diselesaikan. Pembelajaran berlaku


apabila pelajar berbincang dan mencari jalan yang sesuai untuk
menyelesaikannya. Mereka boleh menggunakan berbagai kaedah, sama
ada menggunakan pembaris sendiri (30 cm), atau menyambung tali-tali
yang disediakan, atau menggunakan formula, semua betul. Cuma murid-
murid perlu menemui kaedah terpantas (iaitu 2p+2l). Ia boleh ditemui

43
sendiri atau boleh dipelajari dari rakan-rakan kumpulan lain.

Objektif : Di akhir aktiviti murid-murid dapat :

 Mengenal pasti panjang dan lebar segi empat sama dan segi empat
tepat.
 Membuat perbandingan unit persegi untuk segi empat sama dan
segi empat tepat.
 Mengukur dan merekod panjang dan lebar segi empat sama dan
segi empat tepat
 Mengira luas segi empat sama dan segi empat tepat dengan formula
yang dibina.
Aktiviti Mengira luas segi empat sama dan segi empat tepat

 Guru meletakkan kertas grid segi empat sama di atas meja.


 Guru meminta seorang murid meletakkan sehelai daun yang besar
Set induksi
manakala seorang lagi meletakkan sehelai daun yang agak kecil di
atas kertas grid.
 Guru bertanya kepada murid secara kelas:
 Yang manakah satu daun yang lebih besar? Mengapa?
 Bagaimana kita dapat membandingkan saiz atau luas kedua-dua
daun?
(lakar bentuk daun dan kira jumlah kotak dalam yang diliputi oleh daun)

44
Langkah 1

Bentuk 2 matra

 Guru menayangkan rajah grid segi empat sama (1cm x 1 cm)


(seperti yang digunakan dalam memperkenalkan konsep peratus).
 Guru mewarnakan satu petak dengan warna tertentu. Kemudian
guru mewarnakan petak mengikut bilangan yang lain.

               

               

               

               

               

               

               

               

 Guru meminta murid menyatakan bentuk 2 matra yang dihasilkan.


 (1, 4, 9 petak – segi empat sama, 2, 6, 8 petak – segi empat tepat)
 Guru meminta murid menyatakan bentuk-bentuk segi empat sama
dan segi empat tepat yang lain.
 (16 petak, 25 petak – segi empat sama)

45
Langkah 2 Konsep satu unit persegi ( cm2)

 Guru memperkenalkan konsep “1 petak” bersamaan luas 1 unit


persegi atau 1 cm persegi (1 cm2)

1 cm Luas = 1 cm2

1 cm

 Guru meminta murid menyatakan luas segi empat sama atau segi
empat tepat dalam langkah 1 dalam unit cm2
Kaedah Inkuiri penemuan / kerja berkumpulan

Langkah 3 Membina formula luas

 Guru meminta murid berada dalam kumpulan (4 orang dalam satu


kumpulan).
 Guru memberikan kertas grid dan 40 kepingan segi empat sama.
 Guru meminta murid menampal beberapa segi empat sama dan
segi empat tepat di atas kertas grid mengikut urutan (Lampiran C &
D).
 Seterusnya, murid dikehendaki mengira luas kawasan berwarna
dalam unit persegi. Rekodkan keputusan dalam Lampiran D
 Guru membimbing murid mengira panjang dan lebar sisi
menggunakan slide power point dan bahan manipulatif (kepingan
segiempat sama).
 Murid diminta mencari perkaitan antara panjang, lebar dan luas segi
empat sama atau segi empat tepat yang dibina di atas kertas grid.
 Guru membimbing murid untuk membina formula luas bagi segi
empat sama atau segi empat tepat berdasarkan dapatan dalam

46
jadual Lampiran A:
Contoh:

Luas = 1 unit persegi = 1 cm2

Luas = 2 unit persegi = 2 cm2

Panjang = 2 cm

Lebar = 1 cm

Luas = 2 cm x 1 cm = 2 cm2

Formula luas = panjang x lebar

Luas = 4 unit persegi = 4 cm2

Panjang = 2 cm

Lebar = 2 cm

Luas = 2 cm x 2 cm = 4 cm2

Formula luas = panjang x lebar

Pengukuhan

Langkah 4  Guru membincangkan 2 contoh soalan bagi mencari luas segi empat
sama dan segi empat tepat yang sesuai.

47
 Guru memberikan 2 soalan penyelesaian masalah.

Contoh soalan penyelesaian masalah:

1.

7 cm

Kira lebar segiempat di atas jika luasnya ialah 42 cm2 .

2. Kira luas setiap rajah. Mana satukah paling luas?

48
Lampiran A

Jadual Luas 2 Matra

Bentuk 2 matra Luas Panjang Lebar Luas

(unit cm) (dengan formula)

49
50
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

PROGRAM Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua


Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010
TOPIK Pengajaran Berasaskan Pendekatan Kontekstual
KOD KURSUS
MASA 2 Jam
A. OBJEKTIF

Pada akhir sesi peserta dapat ;


1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan
pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan
yakin dan berkesan.
4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

B. KANDUNGAN KURSUS

51
1. Pengenalan

2. Ciri-ciri pendekatan Kontekstual

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

C. KAEDAH

Kuliah, perbincangan, aktiviti hands on

D. BAHAN PENGAJARAN

Nota , slaid persembahan Ms Powerpoint , perisian Interactive Teaching Program (ITP)


E. ALATAN

Alat pengukur, alat penimbang,alat penyukat , jam, kalendar ,

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS

TAJUK : PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

MATLAMAT UMUM :

Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami ,menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi


kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on
dan minds on.

52
g
v
n
u
d
i
h
K
y
s
j
r
k
e
P
m
a
l
A
t
p Alam
Persekolahan

Rajah 1 : Peta konsep pembelajaran kontekstual

CONTOH BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TOPIK : Ukuran dan sukatan

TEMPOH MASA : 1 jam

OBJEKTIF :
4. Mengetahui dan memahami konsep , hukum serta prinsip yang berkaitan dengan
ukuran dan sukatan.
5. Menguasai kemahiran dalam bidang pembelajaran ukuran dan mengaplikasikan
dalam kehidupan harian.

53
AKTIVITI :
1. Pembelajaran kontekstual – aktiviti dalam bilik darjah seperti mengukur bahan
menggunakan alatan ukuran piawai dan aktiviti di luar bilik darjah contoh sukaneka,
jejak matematik, dan lain-lain
2. Pembelajaran masteri – pemeringkatan kemahiran mengikut tahap kognitif pelajar.
3. Penggunaan ICT- perisian ITP dan Power Point.

SET INDUKSI :
1. Memperkenalkan carta aliran bidang pembelajaran ukuran Tahun 4 . (RAJAH 1)

Masa dan waktu

Timbangan UKURAN Ukuran


berat panjang

Isipadu cecair

RAJAH 1 : CARTA ALIRAN BIDANG PEMBELAJARAN UKURAN


2. Penggunaan peta konsep pelaksanaan bidang ukuran untuk Tahun 4 (RAJAH 2)

54
RAJAH 2 : PETA KONSEP

2.1 Langkah 1 dan 2 ialah topik pengenalan ukuran awal peringkat Tahap 1.
2.2 Penumpuan bidang pembelajaran untuk Tahun 4 adalah dalam langkah 3 yang
menegaskan penggunaan alatan ukuran piawai.
2.3 Penegasan dalam pelaksanaan Langkah 4 berfokus kepada penggunaan simbol
ukuran dan membuat anggaran dalam kehidupan seharian.
2.4 Guru memberi tumpuan khas kepada kemahiran menukarkan unit ukuran piawaian
dengan lebih tepat dan sistematik.

LANGKAH 1 : Menggunakan pendekatan kontekstual


Guru digalakkan membuat aktiviti dalam bilik darjah menggunakan bahan maujud seperti
cecair dan alatan maujud seperti alat penimbang yang biasa digunakan dalam kehidupan

55
seharian. Guru boleh memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi pelbagai pengalaman dalam konteks sosial ,budaya, fizikal atau psikologi
untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
1.1 Penggunaan alatan ukuran yang piawai adalah untuk menggalakkan penggunaan
kemahiran berfikir peringkat tinggi.

SUB TOPIK :
1.1.1 Masa dan waktu - penggunaan alat sebenar seperti muka jam yang besar,
jadual waktu, kalendar dan garisan masa
Contoh : sila rujuk rajah di bawah.

RAJAH 3 : MUKA JAM

TIMELINE

RAJAH 4 : GARISAN MASA DAN KALENDAR


1.1.2 Ukuran Panjang - alat pengukur contohnya pembaris, benang , pita pengukur
Contoh : sila rujuk alat pengukur yang biasa digunakan.

56
RAJAH 5 : PEMBARIS DAN PITA PENGUKUR

1.1.3 Timbangan berat - alat penimbang yang berlainan skala


Contoh : sila rujuk alat penimbang yang biasa digunakan .

RAJAH 6 : ALAT PENIMBANG

1.1.4 Isipadu cecair – alat penyukat untuk pelbagai kegunaan seperti silinder
bersenggat, bikar bersenggat, jag pengukur bersenggat.
Contoh : sila rujuk alat penyukat yang biasa digunakan.

RAJAH 7 : SILINDER DAN BIKAR BERSENGGAT

PENDEKATAN LAIN YANG SESUAI


LANGKAH 2 : Menggunakan pendekatan masteri.
SUB TOPIK :

57
Semua topik dalam ukuran sesuai menggunakan pendekatan pembelajaran masteri

Pendekatan masteri merupakan prinsip asas yang membolehkan murid normal mempelajari
apa yang diajarkan oleh guru. Tajuk pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil
supaya mudah dikuasai. Murid juga memerlukan masa yang cukup bagi menguasai sesuatu
hasil pembelajaran yang ditetapkan. Setiap arahan pengajaran dan pembelajaran guru
mestilah jelas.
Antara beberapa kemahiran dalam tajuk ukuran ini ialah :
2.1 Penguasaan kemahiran menukarkan unit ukuran piawaian dengan tepat dan sistematik.
2.2 Penguasaan kemahiran operasi asas seperti penambahan, penolakan , pendaraban dan
pembahagian.
2.3 Penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti :
2.3.1 Membentuk dan mengenal pasti pola atau corak masalah ukuran.
2.3.2 Mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah.
2.3.3 Menguji pelbagai cara berkomunikasi idea-idea matematik.
2.3.4 Membentuk hipotesis dengan sendiri.

LANGKAH 3 : Penggunaan ICT


SUB TOPIK :
Contoh yang dibincangkan di sini ialah topik isipadu cecair dan timbangan berat

Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran
dapat :
3.1 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
3.2 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan
3.3 Meningkatkan motivasi murid
3.4 Membolehkan pembelajaran kendiri
3.5 Meningkatkan kemahiran mengakses maklumat yang sukar diperolehi
3.6 Meningkatkan kemahiran ICT murid.
Guru digalakkan menggunakan perisian ITP yang boleh digabungkan dengan Power Point.
RUMUSAN :
1. Strategi pengajaran di atas dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir
seperti berikut :

58
 Kemahiran Memfokus
 Kemahiran mengumpul maklumat
 Kemahiran menyusun
 Kemahiran menganalisa dan menyepadu
 Kemahiran menilai
2. Proses kolaborasi dalam pembelajaran ini memerlukan interaksi sosial dan menilai
kefahaman seseorang dalam pembinaan pengetahuan.

PERALATAN :
1. Jadual masa , jadual waktu,kalendar dan garisan masa.
2. Alat pengukur contohnya pembaris, benang ,pita pengukur.
3. Alat penimbang berat yang berlainan skala.
4. Alat penyukat contohnya silinder bersenggat, bikar, jag pengukur bersenggat.

59
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU
SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua Sekolah-


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Kontruktivisme

Masa 2 Jam

Personel
Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontruktivisme dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontruktivisme ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Merancang pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah selaras dengan


hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.

3. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran


matematik sekolah rendah.

4. Mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivisme dalam pengajaran dan


pembelajaran.

60
B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada Pembelajaran secara kontruktivime

2. Contoh pedagogi pengajaran menggunakan kaedah kontruktivisme

3. Bengkel

4. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS

61
TAJUK : PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina


sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

PENGENALAN KONSEP

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu
ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid
akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk
membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan
dan gurunya.

“Constructivism is an approach to teaching based on research about how


people learn. Many researchers say that each individual constructs
knowledge rather than receiving it from others.”
(McBrien & Brandt,1997)

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang


bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

“They are constructing their own knowledge by testing ideas and


approaches based on their prior knowledge and experience, applying
these to a new situation and integrating the new knowledge gained with
pre-existing intellectual constructs.”
(Briner, M.,1999)

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

62
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.
“Constructivist theory posits that students make sense of the world by
synthesizing new experiences into what they have previously understood.
They form rules through reflection on their interaction with objects and
ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does
not make sense to them, they either interpret what they see to conform to
their rules or they adjust their rules to better account for the new information.”

(Brooks & Brooks, 1993)

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka
lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan
menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih
baik.

“In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the
student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who
interacts with objects and events and thereby gains an understanding
of the features held by objects or events. The learner, therefore,
constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems.
Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.”

(Sushkin, N., 1999)

Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah
kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman
tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat
penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

63
Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini
bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu
tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima
secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu
yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri
dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.
(Nik Azis Nik Pa, 1999)

PROSEDUR PELAKSANAAN :

1. Guru merancang satu pengajaran berstruktur melibatkan aktiviti terancang dalam membina
pengetahuan baru.

2. Perancangan hendaklah mengambil kira pengetahuan sedia ada menuju kepada


pengetahuan baru.

3. Aktiviti yang dirancang hendaklah dapat membina (konstruk) pengetahuan baru dalam diri
murid.

4. Pada akhir aktiviti, murid akan sedar dan memahami konsep serta membina pengetahuan
yang mendalam yang dapat membina ingataan jangka panjang.

KELEBIHAN :

1. Murid lebih faham dan jelas akan konsep matematik.

2. Murid dapat mengekalkan ingatan jangka panjang terhadap konsep yang dipelajari.

3. Murid dapat menjana pemikiran kritis dan kreatif.

4. Meningkatkan minat dan keseronokan murid terhadap matematik.

CONTOH BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODUL LATIHAN KONSTRUKTIVISME

64
TAJUK : Pecahan

TAJUK : NOMBOR

SUB TOPIK 1 : PECAHAN

TEMPOH MASA : 30 minit

OBJEKTIF : 1) Menyatakan sebarang pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10.


2) Menulis sebarang pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10.

SET INDUKSI : 1) Guru menunjukkan sekeping kad kepada murid dan meminta murid-murid
memperihalkan kad tersebut.

2) Guru meminta murid meneka apakah magik/kelainan pada kad tersebut.

LANGKAH PENGAJARAN :

a) Guru menyediakan sebuah kotak yang berisi kad-kad segiempat sama (set 4, 6, 9 kad) yang
mempunyai warna depan dan belakang yang berbeza.

Contoh :
depan belakang

b) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (berpasangan atau kumpulan kecil).


c) Bahan diagihkan kepada setiap ketua kumpulan.
d) Guru meminta murid mencantumkan 4 keping kad berwarna biru .

e) Guru membuat aktiviti dengan menterbalikkan beberapa keping kad tersebut serta
mendapatkan respons daripada murid tentang nilai pecahan (pecahan kad berwarna kuning
dan kad berwarna biru).

Contoh :

65
f) Guru dapat membandingkan rajah yang berlainan tetapi mempunyai nilai pecahan yang
sama.

Contoh :

g) Guru memanipulasikan bahan dengan menggunakan 6 dan 9 keping kad sebagai


pengukuhan.

j) Guru mengedarkan lembaran kerja.

RUMUSAN :

Konstruktivisme dapat membina kefahaman yang mendalam pada diri murid melalui pengajaran
berstruktur. Guru perlu menyediakan satu aktiviti yang membolehkan murid-murid membina
kefahaman sendiri.

PERALATAN : Kad pecahan dwiwarna (set 4, 6 dan 9 kad), kotak, plastik (untuk menyimpan
kad mengikut set)

LAMPIRAN

NOTA TAMBAHAN

66
67

You might also like