You are on page 1of 8

SOALAN TUGASAN

Kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran Bahasa


Melayu memang tida dapat dinafikan. Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi
meperkasa Bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan
pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu.

1. Merujuk akhbar Berita Harian, pilih satu petikan daripada Minda Pengarang.
Anda dikehendaki :

(a) menjelaskan definisi morgologi dan sintaksis.

Definisi Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama
ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian


Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku


Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan
kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang
berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata
akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara
pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :
121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36
iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur
kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language
yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi
bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi
kata – kata dan bahagian kata”.
Definisi Sintaksis

Sintaksis ialah cabang ilmu yang menghaki bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Sesuatu ayat yang lengkap mesti mengandungi dua konstituen iaitu subjek dan
predikat. Dalam ayat, subjek merupakan unsur yang diterangkan atau dikenali sebagai
judul manakala predikat menjadi unsur yang menerangkan. Binaan ayat yang terdiri
daripada subjek dan predikat boleh menghasilkan empat pola ayat dasar iaitu :

Pola Ayat
Dasar Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)
Deti guru.
Pola 2 Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
Suhaimi sedang makan.
Pola 3 Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)
Pelajar itu sangat rajin.
Pola 4 Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FSN)
Sekolahnya di Kampung Rancangan Batu 22.

Berdasarkan contoh ayat-ayat di atas, didapati unsur yang menjadi konstituen subjek ayat
dasar ialah frasa nama (FN) manakala unsure predikat boleh terdiri daripada frasa nama
(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN).

Ruang lingkup kajian sintaksis juga merangkumi ragam ayat dalam sesuatu
bahasa. Huraian ragam ayat ini melibatkan ayat yang mempunyai frasa peredikat yang
terdiri daripada frasa kerja iaitu pola ayat dasarnya terbina daripada Frasa Nama + Frasa
Kerja (FN + FK). Berdasarkan ragam ayat, binaan ayat boleh dibahagikan kepada dua
iaitu ayat aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat pasif iaitu ayat
yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul.
Contoh ayat aktif : Deti menjahit baju itu.
Contoh ayat pasif : Baju itu dijahit oleh Deti.

Binaan ayat juga boleh dibezakan berdasarkan tujuan dan intonasi ayat. Dalam
hal ini ayat boleh dikategorikan kepada ayat penyata, ayat perintah dan ayat seruan.
Berdasarkan bilangan klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat, binaan ayat boleh
dibahagikan kepada ayat tunggal, iaitu ayat yang terbina daripada satu klausa dan ayat
majmuk, iaitu ayat yang terbina lebih daripada satu klausa.

Akhir sekali ialah proses penerbitan ayat yang juga termasuk dalam bidang kajian
sintaksis dan berdasarkan proses penertbitan ayat, ayat boleh diketegorikan kepada ayat
dasar, iaitu ayat yang menjadi dasar atau sumber untuk membentuk ayat-ayat lain dan
ayat terbitan, iaitu ayat yang terhasil daripada ayat dasar melalui proses penerbitan ayat
seperti pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

(b) Analisis Morfologi dan Sintaksis.


Ayat 1.

Umat Islam baru seminggu menjalani ibadat puasa.

Penerangan :
1. Ayat di atas merupakan ayat peyata yang mana ia diucapkan dengan maksud
membuat pernyataan. Ayat penyata terseut mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat
keterangan. Ayat di atas menerangkan tentang Umat Islam yang baru seminggu
menjalani ibadat puasa.

Ayat 2

Kemalangan maut bukanlah asing kepada kita kerana apabila menjelang perayaan setiap
tahun, pastinya angka korban kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan

Penerangan :
1. Ayat di atas mengandungi Kata Hubung Pancangan keterangan iaitu perkataan
kerana digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu
klausa utama. Dalam ayat tersebut apabila menjelang perayaan setiap tahun merupakan
klausa yang menjadi pancangan keterangan bagi Kemalangan maut bukanlah asing
kepada kita.

2. Perkataan kerana juga merupakan Jenis Ayat Keterangan Musabab yang


menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian. Dalam ayat tersebut di atas sebab-sebab
kemalangan maut bukanlah asing kepada kita kerana apabila menjelang perayaan setia
tahuh, pastinya angka korban kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.

Ayat 3
Anak-anak yang dibesarkan dengan susah payah dan menceriakan keluarga hilang
sekelip mata dalam kemalangan.

Penerangan :
1. Mengandungi Ayat Pancangan Relatif iaitu penggunaan perkataan yang
merupakan pancangan relatif yang mana klausa dibesarkan dengan susah payah
dipancangkan dengan ayat utama iaitu Anak-anak..
Ayat : Anak-anak yang dibesarkan dengan susah payah.

2. Mengandungi Ayat Majmuk Gabungan iaitu penggunaan perkataan dan yang


menghubungkan dua klausa yang sama tara sifatnya.
Ayat 1 : Anak-anak yang dibesarkan dengan susah payah hilang sekelip mata
dalam kemalangan.
Ayat 2 : Anak-anak yang dibesarkan menceriakan keluarga hilang sekelip mata
Dalam kemalangan.

3. Mengandungi Ayat Pasif kerama mengandungi penkataan yang mempunyai


imbuhan kata kerja pasif iaitu perkataan dibesarkan.
Ayat Pasif : Anak-anak yang dibesarkan dengan susah payah.
Ayat Aktif : Dengan susah payah membesarkan anak-anak.

Ayat 4 :

Mungkin juga kadar kematian dan jumlah kemalangan akan bertambah jika tiada
langsung usaha dan mekanisme untuk menanganinya.

Penerangan :
1. Ayat di atas mengandungi Penegas Frasa Subjek iaitu perkataan juga yang
bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.
Ayat : Mungkin juga kadar kematian dan jumlah kemalangan akan bertambah.

2. Perkataan dan merupakan Kata Hubung Gabungan yang menghubungkan dua


klausa yang sama tara sifatnya.
Ayat 1 : Mungkin juga kadar kematian akan bertambah jika tiada langsung usaha
dan mekanisme untuk menanganinya.
Ayat 2 : Mungkin juga jumlah kemalangan akan bertambah jika tiada langsung
usaha dan mekanisme untuk menanganinya.

3. Ayat di atas juga merupakan jenis Ayat Keterangan yang mana perkataan jika
merupakan Ayat Keterangan Syarat yang ada unsur menerangkan sesuatu
tuntutan yang perlu dipenuhi.
Ayat : Jumlah kemalangan akan bertambah jika tiada langsung usaha dan
Mekanisme untuk menanganinya.

4. Perkataan untuk merupakan Kata Hubung Pancangan Keterangan yang mana


Menyambungkan klausa pancangan pada kalusa utama.
~ Perkataan untuk menanginya dipancangkan dengan klausa utama jumlah
kemalangan akan bertambah jika jika tiada langsung usaha dan mekanisma..

Ayat 5 :

Meneliti sejarah Ops Sikap, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa ia sangat
berkesan dalam membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya pada musim
perayaan.

Penerangan :
1. Ayat tersebut diatas merupakan Ayat Komplemen Frasa Adjektif yang mana
perkataan bahawa menduduki bahagian predikat dalam sesuatu ayat . Ayat kecil bahawa
ia sangat berkesan dalam membantu mengurangkan kemalangan jalan raya
dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu menerliti sejarah Ops sikap, kita tidak dapat
menyangkal hakikat.

2. Perkataan sangat merupakan Penguat Bebas yang terletak di hadapan frasa


kerja bagi perkataan berkesan. (……sangat berkesan dalam membantu
mengurangkan kemalangan di jalan raya pada musim perayaan)

Ayat 6 :

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan keberkesanannya kerana angka yang


dicatatkan tahun lalu adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

You might also like