You are on page 1of 11

[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA….

Pengenalan….

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik
yang hidup bersama secara harmoni.Hal ini merupakan satu keunikan yang terdapat di
negara Malaysia kerana walaupun penduduk yang terdiri daripada berbilang etnik
namun konflik antara kaum jarang berlaku.Walaupun kadang kala berlaku perselisihan
tetapi tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Sewaktu negara ingin mencapai kemerdekaan,masalah utama yang dihadapi


ialah masalah perpaduan di kalangan masyarakat ketika itu.Punca utama masalah
perpaduan yang timbul ketika itu adalah kepelbagaian keturunan,budaya,bahasa dan
agama yang dianuti oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.Setiap kaum mahukan
bahasa ibundanya dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.Di samping itu,kaum-kaum
lain juga berasa bimbang apabila orang Melayu ketika itu mahukan agama Islam
dijadikan sebagai agama rasmi.Sementara itu,orang bukan melayu pula menuntut
supaya mereka diberikan kerakyatan.

Orang Melayu mula mempersoalkan hal tersebut.Masalah perpaduan yang


wujud dikalangan masyarakat Tanah Melayu ketika itu adalah kesan daripada dasar
pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh Inggeris dimana setiap kaum diasingkan
dari segi tempat tinggal mengikut bidang ekonomi mereka.Kaum India di ladang –
ladang kelapa sawit dan getah,Cina di kawasan Lombong dan Masyarakat Melayu pula
dengan kegiatan sara diri mereka.Keadaan ini menyebabkan kurangnya interaksi
diantara kaum dan akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan masalah perpaduan
diantara kaum.
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Apa itu kontrak sosial ?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini bererti
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah
diri sendiri kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan


syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen yg
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan
dengan kontrak.Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosial apabila
diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan
yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan
semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi
penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara


kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk


negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.Pengajaran utama yang harus dipelajari
oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar
kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Elemen-elemen kontrak sosial menurut Perlembagaan Persekutuan…..

Hasil daripada persetujuan yang dicapai daripada kalangan kaum Melayu,Cina dan
India,Perlembagaan Persekutuan telah ditubuhkan.Perlembagaan Malaysia merupakan
dokumen perundangan yang merangkumi aspek kontrak sosial dan juga perjanjian
perdamaian.Perlembagaan Malaysia merupakan suatu tanda tolak ansur di kalangan
masyarakat bagi memupuk perpaduan.

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-
orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu
banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak
negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu.
Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian
persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa
yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi
sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan
keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”

Dalam perlembagaan Malaysia,terdapat beberapa peruntukan yang telah digubal


namun terdapat juga beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman
sebelum penjajahan british lagi masih dikekalkan.Elemen-elemen tersebut dianggap
penting untuk memainkan peranan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya
dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan ini merupakan hasil
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

perbincangan dan tolak ansur antara masyarakat Tanah Melayu dalam pembentukan
perlembagaan 1957.

Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi


kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang
Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan
terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin
bukan Melayu”

Merujuk kepada perkara diatas,hal ini merupakan asas yang menjadi perjanjian sosial
di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam
sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi
untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama
yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semua pihak.

Perlembagaan yang wujud bagi setiap negara merupakan unsur yang terhasil daripada
perkembangan sejarah sesebuah negara tersebut.Unsur-unsur yang terdapat dalam
perlembagaan juga merangkumi nilai,tradisi,politik dan kebudayaan sesebuah negara
dan elemen-elemen inilah yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang
mendiami Tanah Melayu dikekalkan hak keistimewaan mereka dalam Perlembagaan.

Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sejak dahulu lagi,orang Melayu mengamalkan dasar pemerintahan beraja dimana


mereka memberi sepenuh taat setia kepada sultan.Sultan merupakan elemen penting
dalam masyarakat melayu dimana sultan dianggap sebagai simbol survival orang-orang
Melayu.Semasa pemerintahan British sekalipun,masyarakat melayu masih
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

menganggap raja-raja sebagai raja berdaulat dan mempunyai kuasa terhadap


beberapa hal tertentu bagi negeri masing-masing walaupun mereka dipaksa untuk
menerima penasihat British.

Sebaik sahaja Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,institusi beraja


masih diteruskan dengan membuat beberapa pindaan yang disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaa .Raja-raja Melayu ini dikekalkan bagi
menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia dan ini merupakan satu identiti yang
berbeza dan unik terdapat di Malaysia.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa
memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki
mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah
menteri.Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan
merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan
persekutuan iaitu parlimen.

Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak


seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak
keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi
kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh
dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan
dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh
diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan orang
Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang
mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan
Muslim. Pemerintahan beraja dikaitkan dengan kedaulatan dan kekebalan (imunity).
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa


dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja
atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153


bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-
peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa
perlembagaan negeri.

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang


memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap
Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya
mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di
sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah
membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura
sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu
atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera
yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan
oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah
seperti berikut;
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Perkara 153 (I): Perbezaan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya
untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara


kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo
dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara
ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk
kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di
bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang
perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang
Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu
kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam
perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan
mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan
yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan
oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-
Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau
perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada
peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara


89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-
undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan
kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan,
namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-
kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan
keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan
khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.Ia diseimbangkan dengan


kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam
perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk
menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan
yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga
dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting
kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang
Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan
tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.Maka adalah
menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti
yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang
Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa seorang yang


menganut agama Islam, yang lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat
istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang


mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa
yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa
British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk
agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu
dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan”. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau

khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya

mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan
Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan
institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam
agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

itu.Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan
tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan
undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

4.  BAHASA MELAYU

Dalam sesebuah negara,bahasa merupakan faktor penting dalam menentukan jati


diri.Bahasa kebangsaan digunakan untuk pertuturan umum dan bahasa rasmi yang
juga merupakan aspek penting dalam menyatupadukan rakyat pelbagai asal keturunan
yang mempunyai bahasa ibunda tersendiri.Isu bahasa merupakan perkara yang banyak
dibincangkan semasa perundingan dan proses pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin
telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa


mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana
rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan
bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada
pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit
menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan
bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan
Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ] IPGM KAMPUS GAYA

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa
bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam
Persekutuan.

Matlamat utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan menyatupadukan pelbagai kaum ke
arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa
Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

You might also like