You are on page 1of 64

1(II) MODEL-

MODEL
PERKEMBANGAN
Model-model Psikologi Perkembangan

 Model Perkembangan – satu kumpulan teori


yang menggunakan pendekatan yang sama
untuk menerangkan perkembangan manusia.
Model Model
Mekanistik Organismik

Model
Perkembangan

Model Model
Psikoanalisis Humanistik
1. Model Mekanistik
manusia disamakan dengan mesin
John Locke: minda bayi adalah dalam
keadaan yang kosong dan pasif, dia hanya
menerima ransangan daripada persekitaran
dan tidak boleh buat pilihan.
Manusia digerakkan oleh persekitaran
Kandungan perlakuan manusia boleh
dipecahkan dan dikaji secara sistematik, oleh
itu perubahan tingkah laku berbentuk
kuantitatif, boleh dilihat, diukur dan diramal.
Teori Behaviorisme
Teori Pelaziman Klasik (Pavlov I.)
Teori Pelaziman Operan (Skinner J.F.)
Teori Teori Pembelajaran Sosial
Teori Pembelajaran Sosial / Teori Kognitif
Sosial
Teori ini berkembang dari teori behaviorisme
(teori tingkah laku) kerana teori ini dibina
daripada prinsip-prinsip operan yang kemudian
diperluaskan dengan memasukkan proses-
proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran
dan kepercayaan.
Ahli teori pembelajaran sosial berpendapat
bahawa teori behaviorisme walaupun tepat
tetapi tidak lengkap kerana hanya berfokus
kepada sebahagian tingkah laku dan
perkembangan, dan tidak mengambil kira
aspek-aspek lain yang juga penting
terutamanya aspek seperti pengaruh sosial ke
atas pembelajaran.
Teori ini menekankan bahawa banyak tingkah
laku dipelajari hanya melalui pemerhatian dan
peniruan memainkan peranan yang utama
dalam kebanyakan pembelajaran dalam
perkembangan manusia.
Model Organismik
Manusia dilihat sebagai organisme yang aktif
dan berdaya usaha (initiative) serta membina
pemahaman tentang dunia dan proses
perkembangan dalam struktur kognitif.
Oleh kerana aktiviti manusia bukan hasil
daripada tindak balas kepada peristiwa luaran,
maka tingkah laku seseorang adalah sukar
untuk diramal.
Pengetahuan duniawi tidak dapat diketahui
secara objektif tetapi dibina secara aktif oleh
kanak-kanak.
Tingkah laku kanak-kanak tidak dapat
difahami secara terpisah daripada tujuan, atau
dengan memecahkannya kepada bahagian-
bahagian, atau dikaji secara terpisah daripada
konteks.
Perubahan adalah berbentuk kualitatif.
Penumpuan adalah kepada proses dan bukan
hasil

Teori ini melihat bagaimana manusia (bayi)


berkembang melalui interaksi antara
kematangan genetik dan pengalaman.
Teori Perkembangan Kognitif – Piaget
Fungsi tingkah laku merupakan adaptasi
untuk mengekalkan keseimbangan
(equilibrium) antara individu dengan
persekitaran yang melibatkan 3 perkara:
skema, proses asimilasi dan akomodasi.

Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif


(P. Deria, Praolahan, Olahan Konkrit, dan
Olahan Formal).
Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos


1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi
yang agung dalam bidang pendidikan.
Beliau mendapat latihan awal dalam bidang
biologi dan mendapat Ijazah

Doktor  Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22


tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan  perhatiannya
terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak.
Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau
adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi
Genetik di Geneva.
IDEA ASAS YANG MENDASARI TEORI KOGNITIF PIAGET
• Latar belakang biologi
1. Apakah ciri-ciri organisma yang membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan persekitaran?
Kanak-kanak:
- mesin deria- semulajadi mempunyai ciri mendapatkan
seberapa banyak maklumat
- motivasi intrinsik – minat kepada yang bermaklumat
2. Bagaimanakah cara yang paling tepat, mudah dan berguna
dalam mengklasifikasi organisma?
- Berdasarkan ciri-ciri fungsi mental yang umum pada
peringkat-peringkat tertentu yang digambarkan oleh
tingkah laku.
KONSEP-KONSEP DALAM TEORI KOGNITIF
PIAGET
Konsep kecerdasan: “Kemampuan manusia
mengADAPTASI dirinya dengan persekitaran dengan
mewujudkan keseimbangan (EQUILIBRIUM) di dalam
struktur mindanya melalui EVOLUSI secara beransur-
ansur dengan menumpukan kepada aktiviti mental
manusia.

•Konsep SKEMA dan SKEMATA


•ADAPTASI – konsep ASIMILASI dan AKOMODASI
T
Teori Peringkat –Organismik (Stage
 Jean Piaget Theory)
- Membina teori perkembangan peringkat untuk
perkembangan kognitif dan affective individu
dari lahir sehingga umur 14 thn.
- Kemajuan peringkat perkembangan ini tidak
berubah
- Apabila peringkat perkembangan dicapai, ia
tidak akan berbalik.
- Dalam teori Piaget ini, perkembangan kognitif
dan afektif berakhir semasa remaja.

- Teori ini menekankan kewujudan dan


penguasaan skemata (skema bagaimana individu
mempersepsi persekitaran) mengikut peringkat
perkembangan, iaitu masa apabila kanak-kanak
menguasai cara baru dalam perwakilan
maklumat secara mental.
- Teori ini dianggap konstruktivis kerana kita
perlu membina (konstruk) kebolihan kognitif
melalui ‘self motivated action’

- Piaget membahagikan skema yang digunakan


oleh kanak-kanak untuk memahami sekitarnya
melalui 4 peringkat utama yang mempunyai
korelasi dengan umur dan meningkat dari segi
sofistikasinya.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
KOGNITIF

Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan


eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanak-
kanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-
kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan
telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak
kepada empat peringkat.
PERINGKAT DERIA MOTOR(0-2 TAHUN)
Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui
kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui
benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka
secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir
langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-
kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia
menangis. Dia juga mengetahui adanya
perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia
berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki
meja, dia akan menggunakan kerusi.
•PERINGKAT PRA-OPERASI (2-7 tahun)
•Pra konseptual (2-4 tahun)
- objek yang hampir serupa adalah sama
- penaakulan transduktif (spesifik ke spesifik)
- sinkretik – belum dapat menguasai pembentukan kelas dan
subkelas

•Intuitif (4-7tahun)
-intuitif (cth animisme)
-berorientasikan persepsi sendiri (egosentrik)
-tidak dapat menguasai konsep pengkelasan, pengekalan dan
transformasi
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua
belas tahun. Kanak-kanak mula dapat mengekalkan
konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set; mereka
dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat
membalikkan proses secara abstrak.
 Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari
lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat
menguasai konsep keabadian.
Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama
ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak
menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah
walaupun bentuk berubah.
 Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan
mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek.
Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim,
panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi
pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-
objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
 
PERINGKAT OPERASI FORMAL
Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun.
Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak.
Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman
konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan
situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori
matematik.  
Selain itu, ia dapat menggunakan
simbol-simbol matematik dan
mengulas idea abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan
konsep yang lain,
memanipulasikan konsep secara
mental dan menggunakan logik
dalam menyelesaikan masalah.
Teori Perkembangan Moral – Kohlberg
Teori Pemprosesan Maklumat – Gagne
Model Psikoanalisis / Psikodinamik
Melihat manusia berada dalam konflik antara
kehendak malurinya dengan sekatan
masyarakat.
Tumpuan: perkembangan emosi dan
personaliti
Cuba memahami dan menerangan
pembentukan perasaan rasional dan tidak
rasional dan perlakuan.
Mengkaji perkembangan manusia dengan
melihat pengalaman awal seksual dan emosi
seseorang yang mungkin mempengaruhi
perlakuannya pada masa akan datang.
Teori Psikoseksual Freud – Sigmund Freud
Freud: sejak lahir, manusia didorong oleh
dorongan-dorongan yang tidak rasional ke
arah keserokan/kenikmatan. Dorongan ini
dikenali sebagai ‘libido’ penggerak hidup atau
tenaga ‘psychic’ yang menggerakkan tingkah
laku manusia.
Teori personaliti menerangkan 3 jenis konflik
yang dialami oleh manusia iaitu: Id, Ego, dan
Superego.
Teori Psikososial – Erikson
penekanan: superego, bukan id.
Sebagai ahli dalam masyarakat, Erikson
percaya bahawa personality manusia adalah
kombinasi antara perwarisan dengan
persekitaran.
Erikson senaraikan 8 peringkat
perkembangan personality dan dalam setiap
peringkat ada krisis yang perlu diselesaikan.
Sebaik sahaja satu krisis diselesaikan,
manusia akan bergerak kepada peringkat yang
lain.
Model Humanistik
Manusia merupakan entiti yang baik,
berperlakuan dan berfikiran positif, berpotensi
dan responsif.
Teori Keperluan Maslow – Abraham Maslow
Hierarki Keperluan: Tatatingkat keperluan
manusia yang disusun mengikut hierarki iaitu
daripada keperluan yang paling asas hingga ke
keperluan yang paling tinggi. Setiap keperluan
asas (bawah) harus dipenuhi sebelum
keperluan yang di atas wujud, yang juga harus
dipenuhi.
Matlamat utama manusia ialah
menyempurnakan kendiri.
Personaliti mengikut model ini ialah
pembinaan imej kendiri.
Terapi berpusatkan klien: Carl Rogers
Model Model
Mekanistik Organismik

Model
Perkembangan

Model Model
Psikoanalisis Humanistik
Model Model
Mekanistik Organismik

Model
Perkembangan

Model
Ekologi
Model Kontekstual / Ekologi

Penekanan kepada peranan masyarakat,


budaya, dan keluarga dalam membentuk hasil
perkembangan.
 
Menekankan kepentingan konteks dan
persekitaran individu.
Manusia mempunyai kekuatan,
kemudahlenturan, ketahanan dan mudah
menyesuaikan diri (adaptif) dengan keadaan
persekitaran dan faktor-faktor dalaman.
Teori: Bronfenbrenner, Bandura, Vygotsky dan
ahli tingkah laku spt Skinner.
Bronfenbrenner: Perkembangan berlaku melalui
hubungan antara tingkah laku manusia dengan
konteks social; mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem, kronosistem.
TEORI SISTEM EKOLOGI- Urie
Bronfenbrenner
 Teori ini melihat perkembangan dalam konteks
sistem perhubungan yang menjadi persekitaran
seseorang.
 Setiap lapisan persekitaran memberi kesan ke atas
perkembangan.
 Perubahan dalam mana-mana lapisan akan
mengakibatkan perubahan dalam lapisan yang lain.
Lapisan persekitaran
 Lapisan persekitaran

- Mikrosistem - kronosistem

- Mesosistem -Interaksi dalam


lapisan dan antara
- Exosistem lapisan merupakan
inti pati teori ini.
- Makrosistem
 Mikrosistem- lapisan yang paling hampir dengan
kanak-kanak dan mempunyai perhubungan
secara langsung.

-Struktur mikrosistem ini ialah keluarga—


perhubungan ialah ‘bidirectional influences’.
Impak perhubungan ini amat kuat.

-Interaksi pada luar sistem ini juga memberi impak


kepada struktur dalaman lapisan ini.
 Mesosistem- lapisan ini membina hubungan
dengan mikrosisitem. Contoh: perhubungan ibu
bapa dengan guru, rumah ibadah dengan jiran
serantau dll.
 Exosistem- sistem sosial yang lebih luas I mana
individu tidak berfungsi secara langsung.
Contoh: skedul pekerjaan ibu bapa di pejabat,
hospital.
 Makrosistem- lapisan paling luar dalam
persekitaran individu tetapi mempunyai impak;
seperti nilai budaya, adat, peraturan dan undang-
undang.
 Kronosistem- meliputi faktor masa yang
memberi kesan kepada individu. Contoh: masa
kematian orang disayangi, masa peruhan
fisiologi (kanak-kanak & remaja). Apabila
meningkat dewasa mereka memberi reaksi
berbeza kepada persekitaran dan mungkin boleh
menentukan bagaimana perubahan itu boleh
mempengaruhi mereka.
Vygotsky: 3 idea asas iaitu:
 
1.    kepentingan budaya
2.    peranan bahasa
3. konsep Zon Pertumbuhan Proksimal
(1) Kepentingan Budaya
 Fungsi awal mental bersifat semula jadi dan
merupakan kapasiti yang tidak dipelajari boleh
bertukar kepada fungsi mental yang tinggi
hasil pendedahan kepada budaya.
Ciri terpenting budaya: Bahasa
(2) Peranan Bahasa
Bahasa membolehkan berlakunya interaksi
sosial dan daripada bahasa terhasillah asuhan
dan pengajaran
(3) Zon Perkembangan Proksimal
Proksimal: potensi untuk berkembang
Perkembangan berlaku apabila ada peluang
dan tuntutan dari persekitaran yang
bersesuaian dengan kanak-kanak
Perkembangan merupakan fungsi interaksi
antara budaya & kapasiti asas biologi dengan
jadual kematangan
Setiap individu ada zon perkembangan
proksimal, iaitu fasa potensi (yang tidak dapat
diukur dengan ujian IQ) untuk perkembangan
intelek yang akan datang
Zon ini menerangkan apa yang boleh
dilakukan oleh kanak-kanak sendirian dan apa
yang dapat dicapai dengan bantuan &
bimbingan orang lain.
Jika tuntutan melebihi zon ini, ia tidak
berkesan untuk memupuk perkembangan, dan
jika tuntutan itu terlalu rendah, ia menjadi satu
pembaziran.

Oleh itu, berilah tugasan yang berada di zon


ini dan beri bantuan yang diperlukan untuk
menyempurnakan tugasan.
 Teori Erik Erikson (Teori Peringkat
perkembangan psiko-sosial)

- Berdasarkan psikologi dalaman, biologi dan


antropologi

- Teorinya mengutarakan konsep ‘krisis identiti’-


di mana individu melalui 8 siri krisis sepanjang
hayatnya
- Erikson memberi lebih penekanan kepada
peranan masyarakat berbanding Piaget.

- Berdasarkan psikologi dalaman (depth


psychology), Erikson menyatakan tidak satu
krisis pun dapat diselesaikan sepenuhnya dan
krisis ini akan muncul semula pada lewat umur.

- Idea krisis identiti ini bolerh dikaitkan dengan


‘pop culture’ remaja.
- Ada lapan peringkat krisis:

- Peringkat Kanak-kanak

• Trust vs Mistrust (infant)


• Autonomy vs Shame and Doubt (toddler)
• Initiative vs Guilt (pre - school)
• Industry vs Inferiority (primary School)
-Peringkat Remaja

• Identity vs Role Confusion


• Intimacy vs Isolation

-Peringkat Dewasa

• Generativity vs stagnation
• Integrity vs Despair
Psikologi Perkembangan Mengikut Perspektif
Islam

 Tuhan maha Pencipta dan Penentu bagi pola dan


proses pertumbuhan dan perkembangan.
 Berikut merupakan prinsip perkembangan.

 Perkembangan merupakan proses beransur


(gradual)
-Pola perkembangan manusia adalah berperingkat dari
persenyawaan sehingga mati.
- Pola ini dicipta, ditentukan dan diperingkatkan oleh
Tuhan
- Setiap manusia mesti melalui setiap peringkat ini.
- “You shall travel from stage to stage”-(84:19)
- Mengikut Al-Quran- perkembangan dikategorikan
kepada 2 fasa: a) pra-natal dan b) pasca natal.
- Pra-natal mempunyai masa yang tetap dan mencapai
kemuncak perkembangan apabila dilahirkan.
Pasca natal -tidak dinyatakan perkembangan tetap yang
boleh digeneralisasikan kepada semua individu
kerana ia berbeza antara individu.

Namun demikian, secara umumnya pentaklifan manusia


dalam Islam dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu
sebelum baligh (minor) dan selepas baligh.
 Kanak-kanak yang belum mencapai baligh (puberty)
dianggap minor yang belum boleh
dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka
(pentaklifan) (Ruj. Hadith).

 Fasa minor pula terbahagi kepada pra mumayyiz


dan mumayyiz. Pembahagian ini adalah berkait
rapat dengan konsep tamyiz.

 Konsep tamyiz bermaksud boleh membezakan dan


merujuk kepada kebolehan kanak-kanak
membezakan antara perkara yang baik dan buruk,
yang bersih dan kotor.
 Perkembangan manusia merupakan proses
kumulatif dan simultaneous (pada masa
yang sama).

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa


perkembangan manusia adalah kumulatif.
Bererti, perkembangan baru yang dicapai oleh
individu akan bertambah atas yang telah ada
ada yang telah dicapai.
- Juga perkembangan manusia merupakan
proses ‘simultaneous’ dan saling berkait.
Contohnya semua aspek perkembangan seperti
fizikal, mental. Sosial, emosi dan moral tidak
terpisah. Setiap satu meneguh yang lainnya.
- Pada setiap peringkat, semua aspek ini
meningkat berkadaran (proportionately) dan
mengikut urutan dari segi pertumbuhan
kematangan.
 Perkembangan melebihi kewujudan biasa di
dunia

- Kehidupan manusia melebihi dunia fana


- Kehidupan dunia merupakan permulaan kehidupan
yang lebih kekal (hidup selepas mati)
- Kehidupan ini ialah sama ada penuh kegembiraan
atau kesengsaran
- Takutkan kematian dan kehidupan kemudian hari
mempunyai kaitan dengan tabii psikologi dan
perkembangan manusia.
 Perkembangan manusia melalui fasa kritikal dan
sensitif

-Fasa ini ialah formatif yang menjadi asas kepada


perkembangan kemudian.
- Maka fasa pra natal, bayi, kanak-kanak dan remaja
merupan masa sensitif.
- Implikasinya ialah dari segi pemeliharaan dan juga
masa transisi (remaja) kanak-kanak ke dewasa. Msa
ini ialah masa kegirangan dan penuh godaan.
- Masa remaja ini juga kritikal kerana
bermulanya taklif ( tanggungjawab sendiri).
Baligh menentukan sesorang itu
bertanggungjawab ke atas segala
perbuatannya.

- Jika dia melakukan perbuatan yang tidak baik


maka bemulalah dosa.
RUMUSAN

You might also like