You are on page 1of 9

Kertas Kerja Cadangan Terhad

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK

31150 HULU KINTA, IPOH, PERAK

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMBELAJARAN
BERKHIDMAT SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TARIKH :
27 SEPTEMBER 2010

TEMPAT :
RUMAH ANAK-ANAK YATIM BUDI MULIA, CHEMOR

ANJURAN:
PISMP-IPG PENDIDIKAN JASMANI

PENYELARAS:
EN. SHANMUGA VELU A/L SUBRAMANIAN
Kertas Kerja Cadangan Terhad

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN INSTITUT


PENDIDIKAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KERTAS KERJA
 
TAJUK: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMBELAJARAN
BERKHIDMAT SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TARIKH PROJEK: 27 SEPTEMBER 2010

LATAR BELAKANG:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh
IPG merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih
guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar
dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus
persediaan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat
tahun. Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan bagi program ini termasuklah
pengkhususan dalam bidang Pendidikan Jasmani dengan elektif dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Kertas Kerja Cadangan Terhad

Program Khidmat Masyarakat Pembelajaran Berkhidmat ini telah dirancang oleh


para pelajar yang mengikuti program PISMP-IPG Pendidikan Jasmani. Projek ini
bertujuan memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan
satu projek kewarganegaraan yang boleh meninggalkan impak terhadap
komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara

Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim
adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Ianya
juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan
datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus dibantu memandangkan mereka


merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa
atau kedua-duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di
samping itu, berdasarkan pemerhatian awal mendapati rata-rata mereka berasal
daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian yang secukupnya.
Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di
tempat yang dicadangkan ini.

MATLAMAT
Rakan Anti Dadah (RADA) perlu diwujudkan di setiap daerah dan negeri dengan
matlamat untuk membentuk satu pasukan sukarela dan bersifat Community
Oriented Policing dan Smart Partnership yang dianggotai oleh remaja dan belia
yang boleh digerakkan sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi
ancaman dadah di kawasan masing-masing.
Kertas Kerja Cadangan Terhad

 OBJEKTIF
a. mendidik golongan belia khusunya dalam kalangan pelatih untuk
bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak yatim.

b. Membentuk sahsiah belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang


mempunyai pengetahuan, kesedaran, disiplin, jati diri dan nilai murni yang
tinggi terhadap komuniti setempat.

c. Untuk memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong,


bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan
badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

d. Meningkatkan kesedaran belia mengenai wujudnya insan yang tidak


bernasib baik.

e. Sebagai salah satu agen untuk merangsang ahli komuniti dalam


membantu anak-anak yatim.

f. Melahirkan golongan pendidik serta anggota masyarakat yang prihatin


serta bertanggungjawab terhadap kemakmuran dan kesejahteraan
negara.
Kertas Kerja Cadangan Terhad

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Abd. Kadir bin Basiran


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Penasihat : Tn. Hj. Mohamed Isa bin Khalid

Penasihat Bersama : En Salehuddin bin Hussain

Penasihat Projek 1 : En Shanmuga Velu A/L Subramanian


Penasihat Projek 2 : En. Mohd Sharifuddin Abd Aziz

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Mohd Firdaus bin Ibrahim


Naib Pengerusi : Mohd Zulhilmi bin Abd Rahim
Setiausaha : Muhd Mursyid bin Zulkefli
Bendahari : Muhammad Faiz bin Isahak

AJK
Juru Acara : Musa Al-Karim bin Mohd Yusoff
Alatan : Akmal Hafeez bin Ayob
Persiapan Tempat : Izwan Azri bin Rasli
Jemputan : Mohd Firdaus bin Baba
Cenderamata : Mohd Amir bin Udin
Keselamatan/Kebajikan : Mohd Safwan bin Mustaffa

SASARAN
1. Semua Pelatih PISMP IPG unit F4.
Kertas Kerja Cadangan Terhad

ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL BIL HARGA SEUNIT JUMLAH


1  Makan 22 RM 10 RM220

 Cenderahati 5

*Cenderahati daripada pihak institut.


Kertas Kerja Cadangan Terhad

TENTATIF PROGRAM

MASA PROGRAM CATATAN


12.00 Tengahari - Menyambut anak-anak yatim pulang
dari sekolah
12.15 Tengahari - Makan bersama-sama anak-anak yatim
12.45 Tengahari - Membantu anak-anak yatim
mengemaskan bilik
1.30 Petang - Solat Zohor
1.45 Petang - Ceramah Motivasi
3.00 Petang - Penyampaian Cenderamata
3.15 Petang - Bersurai
Kertas Kerja Cadangan Terhad

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada
dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.

ALAMAT SURAT-MENYURAT
Mohd Mursyid bin Zulkefli,
Setiausaha,
Program Khidmat Masyarakat Pembelajaran Berkhidmat,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 016-5218484
Kertas Kerja Cadangan Terhad

Disediakan oleh :

…………………………………
(MOHD MURSYID BIN ZULKEFLI)
Setiausaha,
Program Khidmat Masyarakat Pembelajaran Berkhidmat.

Disemak oleh :

………………………………...
(EN. SHANMUGA VELU A/L SUBRAMANIAN)
Pensyarah Penasihat,
Program Khidmat Masyarakat Pembelajaran Berkhidmat.

Disemak oleh :

…………………………………..
(EN. SALEHUDDIN BIN HUSSAIN)
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disahkan Oleh :

……………………………………
(TN. HJ. ABD. KADIR BIN BASIRAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

You might also like