P. 1
Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

|Views: 869|Likes:
Published by ng_wen_7

More info:

Published by: ng_wen_7 on Oct 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2013

pdf

text

original

Tema 1: Kemahiran Amali Penduduk dan Sumber

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Elemen Kemahiran Graf Rajah dan Carta Peta Tematik Huraiannya Membina dan mentafsirkan graf garis (poligraf) dan graf bar. Membina dan mentafsirkan rajah:( Rajah Piramid, Rajah bulatan berbahagi dan Rajah Segiempat Bujur Berbahagi) Membina dan mentafsirkan peta Koroplet, Peta Titik, Peta Bulatan Berkadar dan Peta Aliran.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat: • • • • Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul. Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta yang dilukiskan. Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil. Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut.

FOKUS PEMBELAJARAN
Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina, mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis data penduduk seperti kadar kelahiran, kadar kematian, kepadatan penduduk, data migrasi, data umur dan jantina serta lain-lain ke dalam bentuk graf, carta, rajah dan peta tematik (peta koroplet, peta titik, peta bulatan berkadar dan juga peta aliran). 1.1

MEMBINA DAN MENTAFSIRKAN GRAF.
Membina Graf Garis.

1.1.1 a)

Konsep: Graf garis ialah garisan yang menyambungkan titik-titik (poin) di atas kertas graf yang mengandungi paksi X dan paksi Y. Di peringkat ini graf garis yang hendak dibina ialah graf garis banyak (poligraf).

Gerakerja Membina Graf Garis (Poligraf): Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima. Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf garis yang dilukis itu. Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut. Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah bermula di atas paksi X. Sambungkan setiap nilai menjadi garisan-garisan. (Ingat – Plotan bagi graf garis mestilah bermula di atas Paksi X, tidak boleh sama sekali dijarakkan dari paksi X. Oleh sebab itu bagi nilai yang pertama di atas paksi Y iaitu 0 dan tahun yang pertama di atas paksi Y mestilah bermula di persilangan paksi X dan Y tersebut) Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di hujung setiap garisan yang telah diplot itu). Lihat Contoh 1 di bawah: Jadual 1 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari tahun 1900 hingga tahun 1990. Jadual 1: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 – 1990 (Juta orang)
Wilayah Afrika Amerika Latin Amerika Utara Asia Eropah 1900 120 63 81 915 423 1930 155 109 135 1072 532 Tahun 1950 200 163 167 1376 576 1970 344 283 228 2056 705 1990 648 448 276 3108 786

a) Berdasarkan jadual 1, lukis graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

Lihat graf garis yang telah dilukis di sebelah Graf garis menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

1.1.1 b)

Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis. Iaitu : i) ii) iii) iv) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak. Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahanlahan) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah: b) i) Jawapannya: Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah ASIA. ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah tersebut. Jawapannya: Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya: (1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping meningkatkan jangka hayat penduduk. (2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral: . Filipina. c) Pilih sebuah negara di Asia. Bangladesh dll yang sesuai.pertanian. bijih besi emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. (5) Kestabilan politik. India. adat dan status quo masyarakat.perindustrian. harganya semakin mahal. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan. (3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air . Tamatnya perang dunia ke dua (1939 . khususnya di negara-negara Asia yang sedang (3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah negara Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah. Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga dikaitkan dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam sektor pertanian tadisional. Jawapannya: Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat seperti Indonesia.1945) mengurangkan kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Persaingan guna tanah untuk petempatan. Di samping memberi ruang kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara masing-masing ke arah pertambahan penduduk. Ini akan menimbulkan kesan: (1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah.sumber bahan api fosil. (4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebuluran. halangan agama. peningkatan tenaga buruh dan kemajuan ekonomi.perkahwinan pada usia muda membangun.infrastruktur dan sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. kadar kematian berkurangan. bijih timah.jangka hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran. Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit. Kedapatan lebih banyak sumber makanan berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk telah menjamin kesihatan penduduk bertambah. jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.pembandaran.

. Pembangunan sumber alam meningkat.akibat pertambahan industri.pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. (5) Kesan positif. (4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil pertanian. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan dengan pertambahan penduduk. sumber tidak terbiar membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan membangunkannya. sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat.kenderaan. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta tanah runtuh.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Seterusnya buat plotan bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. Oleh sebab itu plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar). Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin. Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. bar komponen atau graf bar cermin.1. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan negatif. Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut. Graf bar komponen atau graf bar majmuk mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus yang berbaris-baris. Jika graf garis perlu rapat dan bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang antara bar-bar yang dibina) Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk. Gerakerja Membina Graf Bar: Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu. Lihat Contoh 2 di sebelah: . Paksi X berada di tengah graf. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Penandaan nilai mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen. graf bar kompaun dan juga graf bar cermin.2 a) Membina Graf Bar. skala dan petunjuk.1. di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif. Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun. Paksi X mewakili tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. (Ingat – Plotan bagi graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf.

Negeri Johor Kedah Kelantan Terengganu Pahang Melaka Perak Selangor Pulau Pinang Bil.Migrasi Masuk (orang) 30 838 19 357 11 069 14 979 25 957 9 161 25 753 61 048 12 664 Bil. Jika nilai migrasi bersih yang diperolehi mempunyai nilai positif dan negatif maka graf bar yang perlu dilukis ialah graf bar cermin.Contoh 2: Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998. Jadual 2: Bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.Migrasi keluar (orang) 26 880 16 266 14 113 9 361 23 635 11 993 35 317 38 536 16 736 a) Berdasarkan jadual 2. Penyelesaian: Oleh kerana soalan meminta calon melukiskan graf bar yang menunjukkan Migrasi Bersih. lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan migrasi bersih mengikut beberapa buah negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998. maka calon mestilah dahulu mengira nilai migrasi bersih bagi setiap negeri dengan menggunakan formula berikut: Migrasi Bersih = Migrasi Masuk ▬ Migrasi Keluar. Sekiranya nilai yang diperolehi positif .

1 cm – 1.Migrasi keluar (MK) Migrasi Bersih (MM – MK) Panjang bar 1cm = 2000 org.0 cm Lihat graf bar yang dilukis di sebelah: .7cm 11. Negeri Bil.2cm – 2.4cm – 4. Bahagikan nilai migrasi bersih dengan skala anda untuk memperolehi panjang setiap bar yang akan dilukis nanti. Berdasarkan nilai migrasi bersih yang diperolehi itu. Johor Kedah Kelantan Terengganu Pahang Melaka Perak Selangor Pulau Pinang 30 838 19 357 11 069 14 979 25 957 9 161 25 753 61 048 12 664 26 880 16 266 14 113 9 361 23 635 11 993 35 317 38 536 16 736 3 958 3 091 –3 044 5 618 2 322 –2 832 –9 564 22 512 –4 072 1.5cm 2. pilih satu skala yang sesuai bagi mewakili semua data. Skala yang dipilih: 1 CM = 2000 Orang.Migrasi Masuk (MM) Bil.9 cm 1.8cm 1. Lihat Jadual nilai migrasi bersih dan panjang setiap bar di sebelah: Jadual : Nilai Migrasi Bersih dan Panjang Setiap Bar.sahaja atau negatif sahaja maka calon boleh memilih untuk melukis graf bar komponen atau graf bar kompaun bergantunglah kepada kesesuaiannya.5 cm – 1.

.Graf bar menunjukkan migrasi bersih bagi beberapa buah negeri Terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

4. Boleh dibuktikan dengan nama-nama IPTA atau IPTS . Bandar yang lebih besar.. Peluang perkerjaan yang luas dan tawaran gaji yang lumayan terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan khususnya di bandar-bandar besar dalam negeri yang berkenaan. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat. 3.1. Faktor sistem pengangkutan.2 b) Menganalisis dan Mentafsir Graf Bar. graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi polanya. Sebab-sebab: (Boleh dibincangkan secara perbandingan antara faktor tarikan dan faktor tolakan . meningkatkan . Sepertimana graf garis.1. Peluang perkerjaan. sebab-sebab. Faktor Urbanisasi.boleh dibuat perbandingan dengan negeri-negeri lain. 2. Lihat contoh soalan analisis di bawah. Antara sebab-sebab yang boleh dibincangkan ialah: 1. b) Mengapakah sesetengah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur dan utara semenanjung. Sistem pengangkutan yang cekap.lebih maju/pesat membangun yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik.cepat.berbanding dengan negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung. kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar yang terhasil. Jawapannya: 1. Peluang pendidikan tinggi juga lebih luas dan terbuka khususnya di negeri Selangor. canggih dan jaringan yang padat akan memudahkan pergerakan. Tarikan kemudahan bandar yang begitu banyak di negeri-negeri pantai barat berbanding dengan negeri-negeri lain.judul isinya masih lagi sama). Faktor pemangkin migrasi. Mengenalpasti dengan tepat negeri di pantai barat yang mempunyai kadar migrasi masuk yang tinggi .Selangor dan Perak. Peluang pendidikan.

Sebaiknya panjang jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Carta pai mempunyai beberapa nama seperti Rajah Bulatan Berbahagi dan juga Simbol Bulatan Berkadar.darjah ketersampaian antara negeri-negeri pantai barat dengan negeri-negeri yang lain. Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut: Jejari = √ jumlah Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual dengan menggunakan formula berikut: Nilai Bagi Setiap Elemen .1. pengiraan sudut sektor dan juga pengiraan peratus sudut sektor. Terdapat tiga pengiraan penting untuk membina sesebuah carta pai iaitu. Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari. Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi): Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.3 a) Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi). 1. pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Ia terdiri daripada bulatan yang dipecahkan kepada segmen –segmen atau sektor-sektor mengikut nilai sudut yang telah dikira. pengiraan skala jejari bulatan. Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini.

. Kumpulan Umur Bawah 15 tahun 15 . Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan berkenaan.x 360° Jumlah Keseluruhan Elemen Langkah 5: Membuat plotan. skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta. 684 14. nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan bukannya nilai sudut berkenaan) Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk. 681 898 23.264 Berdasarkan jadual 3 di atas siapkan sebuah rajah bulatan berbahagi bagi menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.64 tahun Lebih dari 65 tahun Jumlah Jumlah Penduduk (‘000) orang 7. Lihat Contoh 3 di bawah: Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah carta pai anda itu. (Ingat !. Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut: Nilai Bagi Setiap Elemen x 100% Jumlah Keseluruhan Elemen Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan tersebut.

000 = 4823.000 Lihat Rajah Bulatan Berbahagi yang dilukis di sebelah: .684.264.9º x 100 = 3.000 =13.Langkah 1: Mengira skala jejari: Formula: √ JUMLAH = √ 23.02% x Bawah 15 tahun 7.264.27 ÷ 1000 4.264.264.000 x 360º 23.000 x 360º 23.000 =118.000 898.9º x 100 = 33.823 CM.11% 360º 118.27 unit puncakuasadua Skala Jejari = 1 CM = 1000 unit puncakuasdua = Panjang jejari = 4823.000 14.681.9º 360º 13.000 =227.9º 15 – 64 tahun 14.2º x 100 = 63. Langkah 2: Mengira sudut sektor dan peratus sudut sektor. (Lihat Jadual di bawah) Kumpulan umur Jumlah Pendudu k Sudut Sektor % sudut sektor : Formulanya: Formulanya: Nilai sudut sektor Nilai x 100% 360º 360º Jumlah 7.681.000 x 360º 23.2º Lebih 65 tahun 898.684.86% 360º 227.

.Rajah Bulatan Berbahagi menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

. kadar kelahiran dan kadar kematian. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu. Daripada rajah piramid ini kita boleh mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri pembangunan yang telah. tahap pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara dan sebagainya. Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti.struktur guna tenaga dan nisbah tanggungan. bahagikan secara seimbang antara jantina lelaki dan perempuan.4 a) Membina Rajah Piramid. Langkah 3: Di atas sehelai kertas graf (biasanya dibuat melintang). Di tengah-tengah kertas graf tersebut (sebaik-baiknya berjarak 2 CM) Susunkan kumpulan umur yang dimulai dengan kumpulan umur paling muda sebagai tapak piramid manakala kumpulan umur paling tua sebagai puncak piramid.1. Diantaranya seperti nisbah jantina. kaitannya dengan transisi demografi. diikuti peringkat umur dewasa dan diakhiri dengan golongan tua di puncaknya. Kenalpastikan kaedah rajah piramid yang diperlukan oleh soalan. Sifatnya berlapis-lapis bermula dengan struktur umur yang paling muda. sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara. Gerakerja membina rajah piramid. taraf kesihatan penduduk. Ciri Jantina pula berada di sebelah kiri dan kanan rajah tersebut.1. jangka hayat penduduk. Ia menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di sesebuah negara pada tahun-tahun tertentu. Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Konsep: Rajah piramid adalah sejenis graf bar yang telah dibentukkan seperti piramid. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja.

1997.69 70 dan lebih Lelaki (‘ 000) 2612 2357 2017 1653 1168 684 386 206 Perempuan (‘000) 2455 2225 1876 1584 1111 656 414 261 a) Berdasarkan jadual 4.59 60 .19 20 . Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas rajah. Panjang bar bagi setiap kumpulan umur dan jantina adalah bergantung kepada nilai data dalam soalan yang diplot berdasarkan skala yang telah ditetapkan. Langkah 5: Lengkapkan rajah piramid anda dengan tajuk. sila buat plotan bar. Kumpulan Umur 0 . skala dan petunjuk.Langkah 4: Tandakan nilai-nilai mengikut skala di bahagian tapak piramid yang mewakili jantina lelaki dan perempuan bermula dengan nilai 0 di sempadan kumpulan umur masing-masing. Berdasarkan data-data yang diberi dalam soalan.49 50 . Lihat rajah Piramid di sebelah untuk menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997. Lihat Contoh 4 di sebelah: Jadual 4 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997. Jadual 4: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia.29 30 .9 10 .39 40 . . lukis rajah piramid yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997. Kedudukan barbar ini adalah bertindan mengikut kumpulan umur tersebut. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah rajah.

umur dan jantina .Rajah Piramid menunjukkan struktur penduduk Malaysia bagi tahun 1997.

kaitannya dengan transisi demografi. tahap pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara dan sebagainya.1.struktur guna tenaga dan nisbah tanggungan. Jelaskan cirri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. Kumpulan umur tua .4 b) Menganalisis dan Mentafsir Rajah Piramid. sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara. Lihat contoh di bawah: b) i) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a). 2. kadar kelahiran dan kadar kematian. ii) Huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Malaysia. 1997 ialah: 1. Daripada rajah piramid ini kita boleh mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri pembangunan yang telah. Puncak semakin sempit . taraf kesihatan penduduk. jangka hayat penduduk. Hal ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan. program perancangan keluarga yang kurang berkesan dan amalan perkahwinan di usia muda masih berlaku. Jawapannya: b) i) Sila rujuk rajah . Diantaranya seperti nisbah jantina.Ciri-Ciri Utama Penduduk Malaysia.Menunjukkan kadar kelahiran masih lagi tinggi/terus meningkat dan kadar kematian semakin merosot. Tapak yang lebar .Jangka hayat masih lagi rendah.1.

Hal ini disebabkan oleh teknologi perubatan yang ada masih tidak berupaya untuk mengawal penyakit merbahaya seperti jantung. Disamping itu keperluan peruntukan yang khusus untuk menampung kebajikan warga tua yang semakin bertambah seperti rumah-rumah kebajikan. Disamping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kesedaran penjagaan kesihatan yang masih rendah. . 1. b) ii) Kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Malaysia. Walaupun rajah piramid kelihatan seimbang tetapi pada keseluruhannya penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan melebihi hampir 500 000 orang. 4. faedah persaraan dan sebagainya. 3. perindustrian.69 tahun dan 70 tahun ke atas). Ini menunjukkan warga tua perempuan lebih ramai berbanding lelaki. pendidikan.59 tahun) juga merupakan kumpulan umur yang produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pertambahan peluang pekerjaan dalam semua sektor amat penting demi mengelakkan pengganguran pada masa hadapan. kesihatan. darah tinggi. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat menjamin peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan dan seterusnya menambahkan pengeluaran. Kumpulan umur dewasa yang ada dengan kuasa beli yang agak tinggi juga menjamin pertambahan permintaan dan penawaran. 4. Ini menggambarkan nisbah tanggungan masih lagi besar khususnya di usia persekolahan.Golongan muda (bawah 20 tahun . Kumpulan umur dewasa yang sedia ada (20 .kanak-kanak dan belia) masih ramai berbanding dengan golongan dewasa dan tua iaitu kira-kira 44% daripada jumlah penduduk negara. Ciri Jantina. perubatan percuma. kencing manis. Perlunya pertambahan peluang pekerjaan agar sejajar dengan peningkatan penduduk dan keperluan guna tenaga dalam negara. reakreasi dan lain-lain bagi menampung keperluan penduduk yang ramai khususnya di bandar-bandar besar akibat migrasi penduduk muda.sedikit relatif dengan kumpulan umur yang lain. Pasaran domestik menjadi semakin besar/kuasa-kuasa pasaran semakin kuat dan kesan positif dari perluasan pasaran diperolehi . Pertumbuhan penduduk yang agak pesat sebagai satu aset membekalkan tenaga kerja/tenaga buruh pada masa hadapan untuk mempercepatkan lagi pembangunan sektor-sektor ekonomi seperti pertanian. Perbelanjaan yang besar amat diperlukan dalam menyediakan kemudahan asas. Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulan umur kecuali pada kumpulan umur (60 . 2. Pertambahan perbelanjaan kerajaan. Memperluaskan pasaran domestik. Peluang pekerjaan perlu ditambah dalam sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan. 3.perkhidmatan dan sebagainya. Komposisi umur .

negeri. Membina Peta Koroplet (Peta Lorek) Peta Koroplet (Choropleth) atau peta lorek adalah sebuah peta taburan yang bertujuan untuk menunjukkan kepadatan/densiti sesuatu data yang diwakilinya.1 Keluasan (KM²) 18 986 9 426 14 983 .5 a) Membina dan Mentafsir Peta Tematik. Apa yang perlu di dalam pembinaan peta lorek ialah satu set data dan sebuah peta lakar yang menunjukkan sempadan pentadbiran yang sejajar dengan kawasan data yang diwakili seperti sempadan peringkat negara. Jadual 5 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996. mukim dan lain-lain Untuk memahami bagaimana peta lorekan ini dibuat sila ikuti contoh 5 di bawah.5 ) 1.2 1 505.1.9 1 411.1. Negeri Johor Kedah Kelantan Penduduk (' 000) 2 496. Peta ini selalunya digunakan untuk menunjukkan taburan khususnya kepadatan penduduk dan juga ekonomi kerana kedua-dua data ini mudah dikumpulkan. Jadual 5: Jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.daerah. Peta koroplet atau Peta lorekan bernilai ini mewakili sesuatu selang jeda yang dilukiskan di dalam ruangruang yang berbeza nilainya dan dibezakan daripada segi kepadatan ton lorekannya.1.

9 2 083.2 1 505.4 120.5 797.4 1 358.9 2 456.2 .3 2 909. Formula Kepadatan: Jumlah Penduduk ÷ Luas Kawasan Jadual : Kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Serawak Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur WP Labuan Berdasarkan jadual 5.1 33.2 268.4 15.5 797.8 99.5 159.2 746.9 2 456.1 576.3 213.5 33. a) 576.7 73.9 67.3 213. Jawapan: Lihat penghitungan kepadatan penduduk di dalam jadual di bawah.9 1 650 6 643 35 965 21 005 795 1 031 73 620 124 449 7 956 12 955 243 91 Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.9 Keluasan (KM²) 18 986 9 426 14 983 1 650 6 643 35 965 21 005 795 1 031 73 620 124 449 7 956 12 955 243 91 Kepadatan (Orang / KM²) 131.2 1 209.8 1 919.9 1 213.9 1 411.9 2 083.2 5592.2 1 209.8 1 919.7 948.3 2 909.2 1173.4 365.2 349. Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Serawak Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur WP Labuan Penduduk (' 000) 2 496.7 948.9 1 213.9 67.4 1 358.7 94.

. Dalam hal ini terlebih dahulu anda 2. 300 dan sebagainya. Oleh kerana angka ratus adalah angka yang paling banyak berulang iaitu di enam negeri maka angka jeda yang sesuai adalah antara angka 100 hingga 999. “ Skala Jeda: 100 orang/km persegi”. Jumlah kelas yang paling sesuai ialah antara 4 hingga 7 kelas. Ingat!. Selang Jeda ini mestilah sama atau seragam antara had kelas bawah dengan had kelas atas atau antara satu kelas dengan kelas yang lain Langkah 3: Membentukkan kelas-kelas Lorekan. Lihat Contoh berikut: Skala Jeda: 100 Orang/Km Persegi. Untuk lebih mudah pilihlah angka-angka seperti 100. Gerakerja Membina Peta Koroplet: Langkah 1. Memilih Skala Jeda Yang Sesuai.1 Meneliti data-data yang diberi dan perhatikan angka maksimun. gunakan peta 1 untuk melukis peta koroplet bagi menunjukkan kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.b) Berdasarkan hitungan yang telah anda buat pada soalan (a). Sesuatu tajuk mestilah dapat menunjukkan kaedah yang diguna dan apa yang diwakilinya.2 Menguji beberapa angka jeda. Langkah 2. 2. Supaya semua data boleh dimasukkan dalam mana-mana kelas anda patut menggunakankaedah kelas terbuka bagi kelas terbawah dan kelas teratas. Seboleh mungkin angka atau selang jeda yang dipilih. patut. Contoh : “Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 1996”. Tentukan dan tuliskan tajuk yang betul di ruang paling atas peta. minimun dan taburannya bagi tujuan menguji beberapa angka jeda yang sesuai. Katakan saya memilih angka 100 sebagai selang jedanya. mestilah boleh mewakili kesemua data yang ada. 200. Ini bermakna tidak ada satu data pun yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana kelas yang dibuat nanti.

calon mestilah berhati-hati untuk menghasilkan plotan yang kemas. tajuk. Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3 Kelas 4 Kelas 5 Langkah 5: Membuat Plotan. Bagi negeri yang padat ton lorekannya mestilah lebih gelap berbanding dengan negeri yang jarang kepadatan penduduknya. Sila lorekkan (dengan pensel sahaja) negeri-negeri mengikut skema lorekan yang telah dipilih. Langkah 4: Memilih Skema Lorekan Yang Betul dan Sesuai. . Dalam hal ini ada dua skema lorekan yang boleh dipilih iaitu. Apabila membuat plotan. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah peta. bersih dan sempurna. Skema lorekan yang dipilih mestilah dapat menunjukkan perbezaan kepadatan. Justeru ton lorekannya bermula dengan jarang dan semakin lama semakin padat. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta. skala dan Petunjuk. skala dan petunjuk.Kelas 1 : Kelas 2 : Kelas 3 : Kelas 4 : Kelas 5 : ≤ 100 101 ▬ 200 201 ▬ 300 301 ▬ 400 ≥ 401 Kelas terbuka. Lengkapkan peta koroplet anda dengan tajuk. Kelas terbuka.

Lihat peta koroplet yang dilukis di sebelah: Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 1996 .

Justeru itu ia menjadi tarikan khususnya kepada migran-migran Cina bertumpu ke arahnya. jelas menunjukkan negeri-negeri pantai barat semenanjung mempunyai kepadatan yang tinggi berbanding dengan negerinegeri di pantai timur. Dengan merujuk kepada peta koroplet yang dilukis. Akhirnya kawasan-kawasan perlombongan bijih timah menjadi padat penduduk.1. maka ia membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada penduduk yang seterusnya mempercepatkan pula proses migrasi masuk penduduk. Hal ini disebabkan beberapa faktor seperti berikut: 1. penjajah telah memajukan kawasan ini dengan sistem pengangkutan. Sejak era penjajah lagi negeri-negeri pantai barat menjadi tumpuan pembangunan ekonomi berikutan daripada adanya potensi sumber yang banyak. Sejarah pembangunan ekonomi yang lebih awal berlaku di kawasan pantai barat semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya. . analisakan sebab-sebab mengapa negerinegeri di Pantai Barat Semenanjung lebih padat penduduknya berbanding dengan negerinegeri di Pantai Timur Semenanjung?. Sebagai contoh Lembah Kelang di Selangor dan Lembah Kinta di Perak amat kaya dengan sumber bijih timah.1. Dengan wujudnya pelbagai jenis rantaian ekonomi yang berkaitan dengan sektor perlombongan.5 b) Lorek) Menganalisis dan mentafsir Peta Koroplet (Peta c) Berdasarkan peta koroplet anda itu. Bagi mempercepatkan pengeksploitasian sumber. kemudahan penempatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain yang menyebabkan kawasan tersebut terus berkembang dengan pelbagai kegiatan perniagaan dan perkhidmatan.

2. kemudahan pendidikan serta kemudahan pengangkutan tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung. 3. Saiz negeri juga mempengaruhi perbezaan kepadatan penduduk. Dengan adanya pelbagai jenis dan peringkat industri maka ia telah membuka peluang perkerjaan yang luas kepada penduduk. Oleh itu tidak hairanlah jika pantai barat semenanjung terus mengalami pertambahan dan kepadatan penduduk yang tinggi sedangkan pantai timurnya semakin merosot dan semakin kurang penduduk. Bandar-bandar ini bukan sahaja menawarkan kemudahan pembandaran yang lengkap malah ia juga menjadi pusatpusat pengajian tinggi. 4. Bagi negeri-negeri pantai timur pula migrasi keluar berterusan berlaku dan amat sukar untuk dibendung disebabkan sektor ekonominya masih tertumpu kepada sektor pertanian yang tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan serta peluang perkerjaan yang terhad. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan keluasan negeri. Peluang perkerjaan yang luas dalam sektor ekonomi moden khususnya dalam bidang industri dan perkhidmatan. Sebagai contoh kawasan lembah Kelang sendiri menempatkan hampir separuh daripada sektor perindustrian di Malaysia.pamah. Faktor sosial seperti kemudahan pembandaran. Disokong pula oleh tawaran gaji yang lumayan menyebabkan penduduk di pantai timur semenanjung berhijrah ke luar menuju ke negeri-negeri pantai barat khususnya ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taburan penduduknya amat jarang dan kebanyakannya didiami oleh orang-orang asli. Petaling Jaya. Justeru itu dualisme ekonomi yang ketara membolehkan proses migrasi dalaman ini berlaku yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk yang ketara di Semenanjung Malaysia.Ipoh dan sebagainya.5 juta orang. Sektor perindustrian khususnya yang berintensif buruh juga tertumpu di pantai barat semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya. Salah satu tarikan utama yang mendorong migrasi ialah pengaruh pembandaran. Bagi negeri yang luas seperti Pahang dan Terengganu akan menghasilkan angka kepadatan yang sedikit berbanding dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang kecil keluasannya yang akan menghasilkan nilai kepadatan yang . Dengan itu ia menggalakkan lagi migrasi penduduk khususnya dari pantai timur semananjung. Seremban. Selain itu.rata serta bertanah subur untuk pelbagai jenis kegiatan pertanian. Oleh sebab itu ia tidak menjadi kawasan pilihan penduduk. bergunung ganang serta berhutan tebal . Shah Alam. Kawasan pedalaman negeri Pahang. Terengganu dan Kelantan adalah berbukit bukau. adanya sistem pengangkutan yang cekap telah memangkinkan lagi migrasi keluar penduduk kerana darjah ketersampaian antara pantai timur dengan barat menjadi lebih cepat dan mudah. Keadaan ini amat berbeza dengan negeri-negeri pantai barat yang lebih landai. Tidak dapat dinafikan bandar-bandar besar dan moden serta lengkap dengan pelbagai kemudahan adalah terletak di jaluran pantai barat semenanjung seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan-kawasan ini juga tidak subur dan sukar dihubungi. Misalan di Lembah Kelang sahaja penduduknya hampir 1.

maka kawasan-kawasan negatif tersebut tidak . iaitu: 1. Dalam konteks ini jarak antara satu titik dengan titik yang lain tidak perlu diukur. Hal ini disebabkan oleh pengaruh formula pengiraan kepadatan penduduk itu sendiri.1. Jumlah titik yang diplot akan mewakili jumlah sebenar data yang diwakili. jumlah titik dan sebaran titik mestilah menepati kuantiti sebenar data tersebut. tasik dan lain-lain maka titik-titik diplot secara menyeluruh dan ditaburkan ke segenap kawasan. pertama saiz titik mestilah seragam (sama besar) dan kedua sebaran titik/jarak antara satu titik dengan satu titik yang lain juga mesti seragam. Plotan Objektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu ditunjukkan dengan jelas kawasan-kawasan negatif. Terdapat dua ciri penting dalam membina peta titik. 2.5 c) Membina Peta Titik (Dot Map) Konsep: Peta titik adalah peta yang paling mudah untuk menunjukkan taburan sesuatu data geografi khususnya data penduduk. Tidak seperti peta koroplet yang menggunakan data kepadatan. Titik-titik diplot di atas peta melalui dua cara. Justeru itu saiz titik.tinggi walaupun daripada segi jumlah penduduknya mungkin hampir sama sahaja. Plotan subjektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu tidak ditunjukkan kawasan-kawasan negatif seperti kawasan paya. hutan tebal. iaitu. peta titik lazimnya mewakili data-data jumlah seperti jumlah penduduk di sesuatu kawasan pentadbiran. memadai dengan anggaran sahaja asalkan ia kelihatan tersebar menyeluruh kawasan yang diwakilinya dan tidak berlonggok di sesuatu tempat sahaja jika kawasan yang diwakilinya itu tidak dikenalpasti kawasan-kawasan negatifnya. 1.

Jadual 6: Jumlah Penduduk Bagi Setiap Daerah Di Pulau Pinang .000 = 23.boleh diplot.000 orang) 236. 270 ÷ 10. 714 122. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah: Skala: 1 titik = 10. Secara logiknya adakah penduduk tinggal di kawasan paya serta di dalam sungai?. 1991. 647 84. Daerah Seberang Perai Tengah Seberang Perai Utara Seberang Perai Selatan Daerah Timur Laut Daerah Barat Daya Jumlah Penduduk (Orang) 236.000 orang. Langkah 3: Membuat pengiraan jumlah titik yang diperlukan bagi setiap daerah berasaskan skala yang telah dipilih itu. 270 Bilangan Titik Yang diperlukan (Skala: 1 titik = 10. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) peta titik yang dilukis itu seperti keadaan titik yang terlalu padat sehingga bertindih antara satu sama lain. lukis sebuah peta titik untuk menunjukkan taburan penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun. Plotan Subjektif. Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima. 270 224. Lihat jadual pengiraan di bawah: Daerah Jumlah Penduduk 236. Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam peta kosong yang diberikan. lihat contoh 6 di bawah. Elakkan daripada meletakkan titik-titik di kawasan-kawasan berkenaan.1991. Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun 1991.6 = 24 titik Seberang Perai Tengah . 771 395. 764 a) Dengan menggunakan jadual 6.

skala dan petunjuk. 000 = 12.Seberang Perai Utara Seberang Perai Selatan Daerah Timur Laut Daerah Barat Daya 224. 771 395. 000 = 22. 771 395.4 = 08 titik ÷ 10. Langkah 5: Lengkapkan peta titik anda dengan tajuk. 000 = 8. . 764 224. 714 122. 000 = 39. 647 84. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di ruang bawah peta.2 = 12 titik Langkah 4: Membuat plotan iaitu menandakan titik-titik di atas peta yang disediakan. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta. 714 122. Taburan titik (jarak antara titik-titik) mestilah seragam. Terdapat dua perkara yang perlu diingatkan semasa membuat plotan ini iaitu: a) b) Saiz titik yang diplot mestilah sama besar. 764 ÷ 10. 647 84.5 = 40 titik ÷ 10. Lihat peta titik yang dilukis di sebelah: Peta titik menunjukkan taburan penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun.4 = 22 titik ÷ 10.1991.

Daerah Besut Dungun Kemaman Kuala Terengganu Marang Hulu Terengganu Soalan: Jumlah Penduduk (Orang) 100. 730 24. 899 232. Jadual 7: Jumlah penduduk setiap daerah di negeri Terengganu . Lihat Contoh 7 di bawah: Jadual 7 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di setiap daerah negeri Terengganu pada tahun 1980.1980. 360 64. 830 58. 977 43.Plotan Objektif. 459 .

360 64. tunjukkan taburan penduduk di setiap daerah negeri Terengganu pada tahun 1980 dengan menggunakan kaedah peta titik. 730 24. Penyelesaian: Plotan Objektif (Mengambil kira kawasan negatif yang tidak didiami penduduk seperti kawasan hutan dan paya). Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah di Terengganu pada tahun 1980. 5.Anda diberikan satu peta guna tanah negeri Terengganu (Peta 7 a) sebagai panduan. 830 ÷ 1000 = 101 titik. Pengiraan (Lihat jadual di bawah): Daerah Jumlah Penduduk Bilangan titik yang diperlukan Besut Dungun Kemaman Kuala Terengganu Marang Hulu Terengganu 100. 459 (1 titik = 1000 orang) 100. 730 ÷ 1000 = 233 titik 24. 899 232. . Petunjuk: Simbol titik sebagai pelengkap peta. 899 ÷ 1000 = 65 titik 232. 977 ÷ 1000 = 25 titik 43. 58. 1. 3. 2. Plotan: Sila lihat plotan secara objektif pada peta 7b. 830 58. Di atas peta kosong 7b yang disediakan. 977 43. 1 titik = 1000 orang. 459 ÷ 1000 = 44 titik 4. Tajuk: Skala: Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah di Terengganu pada tahun 1980. 360 ÷ 1000 = 58 titik 64.

Kon Berkadar. bulatan ketiga jejarinya = 6 cm. Bulatan pertama jejarinya = 2cm. .1. bulatan ke dua jejarinya = 4 cm. Segiempat Berkadar. Kiub Berkadar. Perkataan berkadar sebenarnya merujuk kepada penggunaan skala yang sama dan menunjukkan perubahan yang seragam apabila plotan dibuat di atas sesebuah peta. Umpamanya katakan kita menggunakan simbol bulatan berkadar pada skala jejari = 2cm. Banyak simbol berkadar yang boleh diguna di atas peta misalnya Peta Bulatan Berkadar.5 d) Berkadar) Membina Peta Simbol Berkadar (Peta Bulatan Peta simbol berkadar juga merupakan satu kaedah kartografi yang boleh digunakan untuk menunjukkan taburan sesuatu fenomena geografi di atas ruang khususnya yang berkaitan dengan taburan penduduk. Silender Berkadar dll. bulatan ke empat = 8cm dan seterusnya kenaikan jejari pada nilai = 2cm.1. Tetapi yang lebih popular dan mudah digunakan ialah Bulatan Berkadar serta Segiempat Berkadar.

NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Soalan: Berdasarkan jadual 11 di atas dan di atas peta 11 yang disediakan tunjukkan bilangan penduduk di ibu-ibu negeri semenanjung malaysia pada tahun 1991 dengan menggunakan Kaedah Bulatan berkadar. Apabila semua data sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. 1991.Simbol-simbol berkadar yang diguna akan diplotkan di atas kawasan masing-masing. Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta IBU NEGERI Johor Baharu Alor setar Kota Baharu Melaka Seremban Kuantan Ipoh Kangar Georgetown Shah Alam Kuala Terengganu Bandaraya Kuala Lumpur BILANGAN PENDUDUK (Orang) 214 104 125 026 58 703 74 962 72 590 85 798 301 263 24 232 219 376 101 733 66 886 1 145 075 Langkah 2: Mencari skala jejari. Saiz bulatan berkadar yang dilukis dapat ditafsirkan mewakili jumlah sesuatu data yang diwakili oleh kawasan-kawasan tersebut. Langkah 1: nilai minima. Calon perlu mempuncakuasaduakan setiap data yang diberi bagi tujuan mencari nilai jejari. Pembinaan peta bulatan berkadar adalah seperti contoh 8 di bawah: Jadual 8 di bawah menunjukkan bilangan penduduk di ibu-ibu negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 1991. Justeru peta ini akan dengan mudah dapat menunjukkan jumlah. Jadual 8: Bilangan Penduduk di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia. Lengkapkan peta anda dengan tajuk dan petunjuk Gerakerja Membina Peta Bulatan Berkadar. taburan dan serakan sesuatu data yang diwakilinya. Lihat jadual pengiraan di bawah: No Ibu Negeri Bilangan Pendudu k Nilai Puncakuasa dua Panjang Jejari (Skala 1cm = 400 unit .

.6 ÷ 400 = 0.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Johor Baharu Alor Setar Kota Bharu Melaka Seremban Kuantan Ipoh Kangar Georgetown Shah Alam K. Plotan mestilah dibuat dengan menggunakan jangka lukis dan pusat bulatan mestilah berada di tengahtengah pusat bandar/ibu negeri atau poin yang diberikan dalam soalan/peta.7 ÷ 400 = 0.68cm 269.1 puncakuasadua ) 462. 1991.7 ÷ 400 = 1.Terengganu Bandaraya Kuala Lumpur √ 214 104 √ 125 026 √ 58 703 √ 74 962 √ 72 590 √ 85 798 √ 301 263 √ 24 232 √ 219 376 √ 101 733 √ 66 886 √ 1 145 075 462. sederhana dan besar. Berdasarkan panjang jejari yang telah dikira bagi setiap bulatan (dalam langkah 3 ).8 ÷ 400 = 0. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta bulatan berkadar anda itu. maka calon boleh membuat plotan bulatan di atas peta yang diberikan.6 242.9 ÷ 400 = 0.15cm 353.3 ÷ 400 = 0.7 1 070.17cm 318. Setiap bulatan dalam petunjuk mesti dinyatakan jumlah yang diwakilinya.67cm 292.4 ÷ 400 = 0.37cm 155. Sebaiknya saiz bulatan yang dibina janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik. (Lihat Peta bulatan berkadar di sebelah) Peta Bulatan Berkadar Menunjukkan Bilangan Penduduk di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia.67cm Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini.7 468. (Lihat pengiraan panjang jejari dalam jadual di atas) Langkah 4: Membuat plotan.88cm 242.64cm 1070.8 269.79cm 258.9 548.7 ÷ 400 = 0. skala dan petunjuk.38cm 468. pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari setiap bulatan.9 155.1 ÷ 400 = 2.73cm 548.4 318.9 ÷ 400 = 1. Langkah 5: Melengkapkan peta bulatan berkadar anda dengan tajuk.60cm 273. Dalam kes ini skala jejari yang dipilih ialah: 1 CM = 400 Unit Puncakuasadua.3 273.9 258. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2 ) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta.9 ÷ 400 = 0.4 ÷ 400 = 1. Petunjuk yang dibuat mestilah berkadar bentuknya dengan mewakili tiga nilai yang berbeza – kecil.4 292.7 353.

ketibaan pelancong asing ke sesebuah negara.perkhidmatan dan penduduk itu bergerak. ketebalan garis aliran yang mewakili jumlah yang bergerak ke sesuatu destinasi dan juga anak panah (arrow) yang menunjukkan ke mana sesuatu barangan. Terdapat dua elemen penting di dalam peta aliran iaitu. Misalnya pergerakan import-eksport.5 e) Membina Peta Aliran.1.1. perkhidmatan dan juga pergerakan manusia. Konsep: Peta aliran adalah sejenis peta statistik yang diguna untuk menunjukkan arah dan isipadu (jumlah) pergerakan sesuatu barangan. migrasi dalaman. . migrasi antarabangsa. aliran masuk modal ke sesebuah negara dan sebagainya.

Gerakerja Membina Peta Aliran: Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan di mana dan ke arah mana garis aliran perlu dibuat berasaskan kehendak soalan dan peta yang diberikan. (Orang) 7 768 5 402 5 849 6 128 6 157 7 908 4 177 17 865 719 3 104 Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Terengganu a) Dengan menggunakan jadual di atas.000 orang . Dalam kes ini migran berpindah dari negeri asal menuju ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadual 9 : Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990. Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1CM = 1CM = 20. Negeri Asal Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Lihat Contoh 9 di bawah: Jadual 9 di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut negeri asal pada tahun 1990. Oleh sebab itu anak panah aliran ialah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdapat dua kaedah yang boleh diguna untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu: a) Skala aritmetik. Lengkapkan peta anda dengan petunjuk dan tajuk yang sesuai. Langkah 2: Mencari skala ketebalan garis aliran. lukis sebuah peta aliran di atas peta semenanjung Malaysia yang disediakan bagi menunjukkan pergerakan migran ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990. . Skala aritmetik digunakan sekiranya tidak terdapat perbezaan yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima di dalam data soalan yang diberi.

43 0.50 76.40 Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Terenggan u √ 7 768 √ 5 402 √ 5 849 √ 6 128 √ 6 157 √ 7 908 √ 4 177 √ 17 865 √ 719 √ 3 104 88.47 88.50 0. Skala dalam unit puncakuasadua.71 Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini. Skala ini diguna sekiranya terdapat perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima.12 0.52 0.93 64.81 55. Apabila semua data sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2 b) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu.52 0.28 78.14 73.63 133. Plotan mestilah mengikut syarat-syarat berikut: .51 0.59 0. Justeru untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu dipuncakuasaduakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya.b) Skala geometri.66 26. Lihat pengiraan di bawah: Negeri Bilangan Migran Yang Berpindah ( Unit :Orang) Puncakuasaduak an setiap data mengikut negeri: (Unit Puncakuasadua) Ketebalan garisan (dalam CM) setelah dibahagikan dengan skala: 1CM = 150 unit √ 0. pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira ketebalan garis aliran. Sebaiknya ketebalan garisan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik.90 0.60 0. Dalam kes ini kaedah yang digunakan ialah skala geometri kerana wujudnya perbezaan data yang besar iaitu antara 17 856 orang dengan 719 orang. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah: 1CM = 150 Unit Puncakuasadua Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan nilai ketebalan garisan yang telah dikira dalam langkah 3 (Lihat jadual di atas) calon boleh membuat plotan garis aliran di atas peta yang diberikan.48 78.

Petunjuk yang dibuat mestilah bertangga bentuknya mewakili tiga nilai yang berbeza. b) c) d) Langkah 5: Lorekan atau warnakan setiap garis aliran yang dibuat dan seterusnya lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk. Untuk mengelakkan pertindihan garis aliran boleh dibuat melengkung atau bergabung.a) b) Garis aliran mestilah sama tebal dari permulaan hingga ke destinasinya sekiranya garis aliran tersebut dibuat secara berasingan bagi setiap negeri. skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta aliran anda itu. skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta. Lihat Peta Aliran yang dilukis di sebelah: Peta Aliran Menunjukkan Bilangan Migran Yang Berpindah Ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Arah aliran (arrow) bagi setiap garis aliran mesti ditunjukkan. 1990 . Sekiranya pelajar memilih teknik untuk menggabungkan garis aliran pastikan ketebalan kepala aliran adalah mewakili kesemua jumlah ketebalan garisan aliran yang telah digabungkan. Antara garis aliran tidak boleh bertindih dan tidak boleh bersilang.

1. .1.5 f) Menganalisis dan Mentafsir Peta Aliran.

Terengganu dan Pahang. isipadu aliran. sebab-sebab dan kesan-kesannya.UPM. Antara sebab mengapa Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi ialah: 1.perkhidmatan perhubungan (Pengangkutan dan telekomunikasi).perkhidmatan yang selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak glamour. Ini boleh dikaitkan dengan aliran migrasi luar bandar ke bandar atau dari negeri yang kurang maju seperti Kelantan. 3. Kedua-dua negeri ini adalah pesat membangun dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Ia telah menawarkan peluang perkerjaan yang banyak khususnya dalam operator pengeluaran seperti di kilang elektronik. 2. perkhidmatan kesihatan dan lain-lain yang jauh lebih baik dan selesa jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar dan juga negeri-negeri lain di Semenajung Malaysia. Terengganu dan Pahang ke negeri yang lebih maju seperti Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menganalisis peta aliran meliputi analisis pola aliran.Kelantan. Penawaran gaji yang tetap dan lumayan disamping kemudahan yang banyak disediakan seperti perumahan dan pengangkutan. dibelenggu dengan kemiskinan. Oleh sebab itu ramai pelajar luar bandar terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar demi melanjutkan pelajaran mereka. Bandar ini mempunyai kemudahan bandar yang lengkap seperti kemudahan hiburan. memperolehi pendapatan yang kecil dan tidak tetap. taraf hidup yang rendah. Soalan ini berfokus kepada menganalisis sebab.UKM. Sebahagian pelajar yang telah menamatkan pelajaran mungkin akan bekerja dan menetap di bandar-bandar besar tersebut apabila bidang perkerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka tidak terdapat di kawasan asal mereka/luar bandar. kemudahan asas yang tidak mencukupi dan sebagainya. mengapakah kadar migrasi masuk ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor sosial khususnya Peluang melanjutkan pelajaran/pendidikan ke institut pengajian tinggi yang banyak terletak di bandar-bandar besar khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur seperti UM. Faktor ekonomi iaitu peluang perkerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. sebaliknya hanya ada di bandar-bandar besar sahaja. Faktor kemudahan pembandaran yang baik dan menarik seperti di metropolis Kuala Lumpur. Contoh Soalan b) Berdasarkan kepada peta aliran yang telah anda lukis itu.pemasangan. Faktor ini sekali lagi telah menarik minat terutamanya golongan muda dan golongan profesional untuk berhijrah ke bandar atau negeri tersebut. Justeru itu tidak hairanlah sejumlah besar migrasi datangnya dari negeri-negeri yang masih bergantung kepada sumber pertanian seperti Kedah. Bagi golongan profesional seperti .pembuatan dan sebagainya.UiTM dan lain-lain Berbanding dengan kawasan luar bandar peluang pendidikan tinggi adalah amat terhad. Pada masa yang sama sektor pertanian di luar bandar pula menjadi penolaknya seperti keadaan kerja yang berpanas dan berhujan.

pegawai bank dan lain-lain lagi mempunyai peluang yang luas untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandar-bandar besar berkenaan. Bagi negeri Perak dan Melaka migran boleh bergerak dengan cepat melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. sistem pengangkutan seperti bas dan teksi juga banyak dan mudah didapati untuk ke negeri-negeri tersebut yang menjadikan darjah ketersampaian ke negeri-negeri berkenaan adalah tinggi.peguam. 4.Melaka. Di antara faktor-faktor tersebut ialah seperti faktor perkahwinan dan ikatan kekeluargaan misalnya isteri akan mengikuti suaminya selepas berkahwin. Faktor pemangkin ialah adanya sistem pengangkutan yang cekap dan jaraknya yang dekat menghubungkan Selangor serta Kuala Lumpur dengan negeri-negeri berjiran seperti Perak.Negeri Sembilan dan Pahang.doktor. faktor pertukaran tempat kerja/arahan majikan. Selain daripada rangkaian lebuh raya. Soalan Latihan: . Faktor –faktor mikro. Bagi negeri Sembilan pula jarak perjalanan hanya 45 minit sahaja antara Seremban dengan Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan manakala Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan perhubungan dan pergerakan yang lebih cepat migran-migran dari Pahang. faktor persaraan dan lain-lain lagi. 5.jurutera. Faktor mikro adalah lebih bersifat keputusan peribadi individu untuk melakukan migrasi atau tidak.

9 1.2 0. Struktur Umur 0 .2 0. Soalan 2 Jadual 2 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia pada tahun 1991 dan 2000.5 2.4 a) Dengan menggunakan jadual 1.2 0.3 0.3 0. [14 Markah].64 Tahun Lebih dari 65 Tahun Jumlah Penduduk 1991 (Orang) 6 900 000 10 970 000 680 000 Jumlah Penduduk 2000 (Orang) 7 740 000 14 620 000 900 000 .14 Tahun 15 .0 1.Soalan 1 Jadual 1 di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan (%) bagi beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999. Jadual 2: Jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia pada tahun 1991 dan 2000. jelaskan mengapa kadar pertumbuhan penduduk tahunan di negara-negara maju berbeza dengan negara-negara sedang membangun.3 2.2 2.3 2. [11 Markah].9 0.6 1.2 2.3 2.4 0.8 2.3 0.3 2.4 0.6 1.2 0. b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis itu.5 1.9 0.3 2.2 1. Jadual 1: Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%) bagi beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih 1995 1999 Negara Amerika Syarikat United Kingdom Jepun Indonesia Filipina Malaysia Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%) 1995 1996 1997 1998 1999 0.3 2.5 1.0 0. siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999.

[7 Markah] Soalan 3 Jadual 3 di bawah menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 2000. 109 714 79 257 55 284 47 425 28 180 16 501 8 774 5 311 Berdasarkan jadual 3 di sebelah. Lukis sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan perubahan jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia antara tahun 1991 hingga 2000. Kumpulan Umur (Tahun) 0 . [8 Markah] c) Patutkah dasar 70 juta penduduk di Malaysia menjelang tahun 2100 diteruskan?.69 70 dan lebih Lelaki (orang) 115 258 81 492 52 778 47 391 32 601 18 364 8 273 5 102 Perempuan ( orang). [10 Markah] a) b) Dengan merujuk kepada rajah yang telah anda lukis itu. [12 Markah] b) Berasaskan rajah tersebut.9 10 . Berikan hujah anda.29 30 .19 20 . [13 Markah] .49 50 . berikan ulasan tentang pertumbuhan penduduk dan jangka hayat penduduk Malaysia antara tempoh 1991 hingga 2000.39 40 . Jadual 3: struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 2000.Berdasarkan jadual 2 di sebelah.59 60 . a) Siapkan sebuah rajah piramid bagi menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 1999. jelaskan ciri-ciri utama kependudukan Melayu di negeri Pahang pada tahun 1991.

Kepadatan Penduduk (Orang/KM²) 48 240 104 59 20 64 66 4 839 117 227 . Jadual 4: Kepadatan Penduduk Negara-Negara Asia Tenggara.Soalan 4: Jadual 4 di bawah menunjukkan kepadatan penduduk bagi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996. [7 Markah] . a) Sediakan sebuah Peta Choropleth (Peta Lorek) bagi menunjukkan kepadatan penduduk negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996 di atas peta kosong yang disediakan. Negara Berunai Filipina Indonesia Kemboja Laos Malaysia Myanmar Singapura Thailand Vietnam Berdasarkan jadual 4. c) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai taburan penduduk yang tidak seimbang. [8 Markah]. [12 Markah] b) Mengapakah negara-negara Asia Tenggara mempunyai nilai kepadatan penduduk yang berbeza-beza ?. cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyeimbangkan taburan penduduknya. 1996.

Jadual 5: Jumlah Penduduk di beberapa buah bandar Terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan .Soalan 5 Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1997. [ 5 Markah] . 1997. a) Tunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1997 dengan menggunakan kaedah simbol berkadar yang sesuai. [10 Markah ] c) Nyatakan kesan ke atas persekitaran manusia akibat proses pembandaran yang pesat yang dialami oleh bandar Kota Kinabalu. [10 Markah] b) Huraikan peranan bandar-bandar berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negeri Sabah dan serantaunya. Bandar Kota Kinabalu Sandakan Lahad Datu Tawau Wilayah Persekutuan Labuan Jumlah Penduduk (orang) 160 184 156 675 44 614 124 943 26 271 Berdasarkan jadual 5 dan di atas peta yang disediakan.

[ 5 Markah] . a) Lukis sebuah peta aliran di atas peta kosong Semenanjung Malaysia yang disediakan bagi menunjukkan jumlah migrasi ke luar penduduk dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980. [10 Markah] b) Jelaskan mengapa berlakunya aliran migrasi di atas?.Soalan 6: Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980. [10 Markah] Jumlah Migran Yang Berpindah Dari Setiap Negeri ke Wilayah JENGKA (Orang) 1263 11 409 3697 14 368 11 300 6517 4166 6899 5754 12 140 c) Nyatakan kesan ke atas kemajuan ekonomi dan sosial yang dialami oleh Wilayah Jengka akibat aliran migrasi di atas. Jadual 6: Jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980. Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri sembilan Melaka Johor Terengganu Kelantan Berdasarkan jadual 6 di atas.

‫نجليوين‬ .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->