You are on page 1of 11

1.

0 PENDAHULUAN
Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu,
bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita
telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru terbitan tahun 1991, membaca ialah suatu proses
komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya.

Salah satu teknik membaca ialah SQ3R. Teknik ini sangat berguna semasa mengulangkaji
dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi:

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya pembaca boleh fokus
kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda agar fokus kepada apa
yang sedang dilakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah
dibina melalui langkah S dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang telah diperolehi di dalam minda dan mula
proses untuk mengingatinya.
1.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa : 7.45 – 8.45 pagi


Kelas : Tahun 4 Elit
Tarikh : 10 Februari 2010
Bilangan Pelajar : 30 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Tajuk : Ibu
Kemahiran:
Lisan
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Aras 1
i. Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.
Bacaan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i. Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik.
ii. Menyatakan isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.
Tulisan
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
9.1 Mengambil imlak dari bahan yang diperdengarkan.
Aras 3
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca
yang betul.

Sistem Bahasa:Penggunaan perkataan berimbuhan men, mem, meng, mem…


kan dan meng…kan
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid tahu mengenai sambutan Hari Ibu.
2. Murid tahu cara-cara menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua.
Objektif :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Membaca petikan dengan intonasi yang betul.
2. Memberi dan menulis maksud ayat berdasarkan petikan.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti BBM / Nota


Set Induksi Lagu Untukmu Ibu 1. Murid mendengar lagu CD, lirik dan
5 minit yang diperdengarkan. pemain
cakera
Peringkat:
Survey atau
Kaji
Mendengar Soalan: 1. Murid memberi respon Peringkat:
dan Bertutur a)Apakah yang terjadi pada soalan guru. Question
5 minit kepada ibu berdasarkan Soalan: atau Soal
lagu yang didengar tadi? a)Apakah yang terjadi
b)Bagaimanakah perasaan kepada ibu berdasarkan
kamu setelah mendengar lagu yang didengar tadi?
lagu itu? Ramalan Jawapan:
c)Mengapakah kita mesti
Ibu meninggal dunia.
menghormati ibu kita?
b)Bagaimanakah perasaan
Ramalan Jawapan: kamu setelah mendengar
a) Ibu meninggal dunia. lagu itu?
b) Sedih. Ramalan Jawapan:
c) Ibu melahir dan Sedih.
membesarkan kita. c)Mengapakah kita mesti
d)i)Ya menghormati ibu kita?
ii)Tidak Pernah Ramalan Jawapan:
Ibu melahir dan
membesarkan kita.
d)Kamu pernah memberi
hadiah kepada ibu?
Ramalan Jawapan:
i)Ya ii)Tidak Pernah
Pra Baca Petikan Cerita : Ibu 1.Murid membaca Buku Teks
10 minit senyap cerita Bahasa
bertajuk “Ibu” pada Melayu
halaman 6 dan 7 buku Tahun
teks Bahasa Empat
Melayu Tahun 4. Peringkat:
Read atau
Baca
Baca Kuat Petikan Cerita : Ibu 1.Murid membaca Buku Teks
10 minit petikan secara Peringkat:
kelas dan berpandu. Recite atau
2.Murid dibimbing Lafazkan
membaca dengan Semula
intonasi yang betul.
3.Murid lemah dibimbing
secara individu.
Aktiviti Perbincangan dalam 1.Murid berbincang Buku Teks
Kumpulan Kumpulan mengenai maksud ayat Bahasa
10 minit berdasarkan petikan. Melayu
2.Isi-isi penting dicatat bagi Tahun
tujuan pembentangan. Empat

Pembentanga Pembentangan 1.Wakil kumpulan Peringkat:


n membentangkan Review atau
8 minit hasil perbincangan. Ulang

Tulisan Salin Maksud Ayat 1.Murid menyalin semula Buku Teks


7 minit ayat berwarna berserta Bahasa
maksud ke dalam Buku Melayu
Sistem Bahasa. Tahun
Empat
Penutup Nilai Murni 1.Murid menyatakan
5 minit Taat, sayang, hormat bagaimana mereka akan
dan hargai jasa membalas jasa ibu bapa
orang yang lebih tua. mereka.

1.2 REFLEKSI
Sebelum memulakan pengajaran, saya merasa bimbang jika perancangan yang dibuat tidak
memberikan hasil seperti yang diharapkan. Namun selepas melihat respon baik murid di awal
proses pengajaran dan pembelajaran, kegusaran itu mulai hilang. Langkah memperdengarkan
lagu “Untukmu Ibu” ternyata berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu murid. Ramai murid
yang turut menyanyikan lagu tersebut semasa ia dimainkan.

Irama lagu yang mendayu itu menjadi faktor utama untuk murid menghayati cerita “Ibu”. Ini
terbukti apabila kelas menjadi sunyi sewaktu langkah membaca senyap dijalankan. Pada langkah
ini saya membimbing kumpulan lemah membaca dan memahami cerita.

Saya merasa gembira apabila murid-murid mencuba membaca dialog dengan intonasi yang betul
semasa langkah membaca kuat. Saya memilih 4 orang murid membaca semula dialog dan
meminta murid-murid lain menentukan siapa yang terbaik. Nur Aliya telah dipilih sebagai
pemenang berdasarkan undian murid.

Saya bercadang melibatkan lebih ramai murid di dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meyakinkan
mereka bercakap di khalayak ramai. Persembahan di Medan Perhimpunan merupakan
permulaan yang baik ke arah membentuk peribadi positif murid.
2.0 BACAAN MEKANIS
Saya telah menjalankan tiga aktiviti berserta bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan
pembelajaran bacaan mekanis untuk tempoh 1 jam terhadap murid-murid Tahun 4:
a. Aktiviti membaca petikan secara kelas dan berkumpulan menggunakan petikan berita
“Pembakaran Terbuka Membawa Petaka”.
b. Aktiviti membaca kuat suku kata secara individu menggunakan kad suku kata.
c. Aktiviti permainan kuiz membaca perkataan menggunakan kad perkataan.

2.1 PELAKSANAAN PENGAJARAN

2.1.1 AKTIVITI 1 ( Membaca Petikan )


a. Memberi kad petikan berita kepada murid:

b. Bersoaljawab dengan murid tentang petikan berita:


Soalan:
i.Apakah tajuk berita?
ii.Apakah punca kemalangan?
Jawapan:
i.Pembakaran Terbuka Membawa Padah.
ii.Asap tebal akibat pembakaran jerami mengehadkan pemandangan pemandu.
c. Membaca petikan dan murid menyemak bacaan.
d. Membaca dan murid mengikut secara berkumpulan menggunakan petikan kad
petikan.
2.1.2 AKTIVITI 2
( Membaca Kuat Secara Kumpulan dan Individu Menggunakan Kad Suku Kata )
a. Bersoaljawab berdasarkan kad suku kata yang dipamerkan.

Ba c a suku ka ta

p e m b a ka ra n

ke m a la ng a n

ke ja d ia n

p a n d a ng a n

pe ma n du

ke se sa ka n

p e ra ya a n

b. Murid mengikut sebutan berpandukan warna suku kata secara berkumpulan.


c. Membimbing murid menyebut perkataan secara bergilir-gilir tanpa mengeja.

2.1.3 AKTIVITI 3 ( Permainan Kuiz Membaca Kad Perkataan )


a. Mempamerkan kad perkataan kepada murid.

Ba c a p e rka ta a n

p e m b a ka ra n

ke m a la ng a n

ke ja d ia n

p a nd a ng a n

p e m a nd u

ke se sa ka n

p e ra ya a n

b. Menyebut nama murid.


c. Murid yang dipanggil menyebut perkataan.
d. Mencatat markah :
i. Sebutan tepatl diberi 10 markah.
ii. Sebutan kurang tepat diberi 5 markah.
iii. Sebutan tidak tepat atau salah 0 markah.
e. Permainan dijalankan sebanyak dua pusingan.
f. Pemenang diberi hadiah.
3.0 OBJEKTIF PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA
Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya:-
i. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya
membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin
banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.

ii. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga dalam
penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi
mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera.

iii. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada sesuatu


kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya.

3.1 PENGAJARAN CERPEN


Saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran aspek struktur plot Cerita Datuk untuk
tempoh 1 jam terhadap murid-murid Tahun 4;
Bachok.
Lima langkah telah dirancang bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tersebut:-
a. Set Induksi.
b. Pra Perbincangan
c. Perbincangan dalam kumpulan
d. Pembentangan hasil perbincangan
e. Lakonan semula
f. Penutup
Bahan-bahan yang digunakan :-
a. Set Induksi : Petikan Cerita Datuk.
b. Pra Perbincangan : Petikan Cerita Datuk.
c. Perbincangan : Kad gambar dan Kad rangka cerita.
d. Pembentangan : Carta Plot.
e. Penutup : Petikan Cerita Datuk.
3.2 PELAKSANAAN PENGAJARAN
3.2.1 SET INDUKSI (5 minit)
Bagi langkah ini saya meminta murid menceritakan secara ringkas pengalaman Datuk semasa
berusia 16 tahun.

3.2.2 PRA PERBINCANGAN (10 minit)


Saya menerangkan kepada murid tentang plot Cerita Datuk yang terbahagi kepada 4:
a. Perkembangan
b. Konflik
c. Klimaks
d. Peleraian

Saya menceritakan permulaan plot Cerita Datuk :-


1. Berlaku pada tahun 1943 di zaman penjajahan Jepun , semasa datuk berusia 16 tahun.
2. Kehidupan keluarga datuk susah, rumah diperbuat daripada daun nipah berbingkaikan
buluh dan berlantaikan batang nibung.

3.2.3 PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN (15 minit)


Saya membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat sekeping kad
gambar dan kad rangka cerita.

a. Kad-kad Gambar

2
1
4
3

b. Contoh Kad Rangka Cerita


Plot Perkembangan:
1. Perkara yang berlaku
a. ………………………………………………………………………
b. ………………………………………………………………………
c. ………………………………………………………………………
d. ………………………………………………………………………
2. Sebab/Akibat
………………………………………………………………………….

3.2.4 PEMBENTANGAN HASIL PERBINCANGAN (15 minit)


Saya membimbing murid membuat pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan. Dapatan
perbincangan ditulis di dalam Carta Plot.

Carta Plot Cerita Datuk

1.Perkembangan
1. Perkara yang berlaku
a. 5 orang tentera Jepun masuk ke dalam rumah datuk.
b. Keluarga datuk diarahkan bersandar di dinding rumah.
c. Seorang tentera Jepun merentap tangan datuk.
d. Tentera lain mengacukan senapang.
2. Akibat
Keluarga Datuk berasa amat takut
2.Konflik
1. Perkara yang berlaku
a. Tentera Jepun membawa datuk menaiki lori.
b. Datuk dibawa ke sebuah markas tentera.
c. Ditempatkan di dalam bilik kurungan bersama-sama puluhan remaja lain.
2. Sebab
Akan dijadikan buruh paksa.
3.Klimaks
1. Perkara yang berlaku
a. Datuk menyusup keluar dari markas dalam gelap.
b. Lutut kiri datuk luka terkena kawat berduri.
c. Datuk masuk ke dalam longkang berbau busuk..
2. Sebab
Datuk ingin menyelamatkan diri.
4.Peleraian
1. Perkara yang berlaku
a. Datuk tiba di sebuah surau.
b. Jemaah sedang bersedia menunaikan solat Subuh.
c. Datuk ditempatkan di satu tempat persembunyian.
2. Akibat
Datuk berjaya menyelamatkan diri.

3.2.5 LAKONAN SEMULA (10 minit)


Saya memilih tujuh orang murid yang berminat untuk melakonkan semula Cerita Datuk. Empat
orang sebagai tentera Jepun, dua orang sebagai ibubapa Datuk dan seorang murid lagi seorang
datuk.
Saya memberi bimbingan kepada murid-murid tentang watak-watak yang dilakonkan oleh
mereka. Murid-murid lain memberi komen tentang lakonan rakan-rakan mereka.

3.2.6 PENUTUP (5 minit)


Saya meminta respon murid mengenai nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Cerita Datuk.
Contohnya, kasih sayang, tidak berputus asa dan berani.

You might also like