You are on page 1of 14

Tajuk: Nyatakan bagaimana guru boleh berperanan dalam melaksanakan

strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud


pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu
lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos
(bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan
berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh
diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun


1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun
1996 (Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke


arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.”

1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal
ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah
selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang
betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru
sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-
empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada
intelek atau sebaliknya

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan
adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia
yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai
ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu
terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih
penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.
Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa
berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan
kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada

2
pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan
setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas
kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya


setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk
pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian
dan kemakmuran negara.

Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk


menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar, FPG menjelaskan
jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

3
[Mok, 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat
pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,
profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan
amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan
untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

[Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi


merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan
oleh negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap
murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian
ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model
dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai
sahsiah yang baik.

Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi
merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan
utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat


merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru dalam profesionnya untuk diaplikasikan dalam KBSR.

1. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya


memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu

Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah


pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi

4
pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan
mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa.
Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan
sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun
sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i)


Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan,
permainan, kelab dan unit beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk


mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan
sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh
membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang
mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati


falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan
pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata


pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk
menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,
mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta
mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan
manjayakan kurikulum yang terbentuk.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui


peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis

5
objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan
seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-
bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan
tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan
membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan
seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah
bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring
dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan


prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran
dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik
dan selamat

Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah
mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut
tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi
yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem
penyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan,

6
bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk


aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan
sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti
pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus
melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru
sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-murid
supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti
membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan
dengan lebih berkesan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan


suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen
pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran
yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

7
3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan
perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan
masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu
pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga
yang diperlukan

Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Bekas Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk
“Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme
Keguruan” menyatakan:
“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi
penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana
ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain. “

Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi


pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut
oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting
untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini.

[Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara,


konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya
masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.
Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan
mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan
datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah:
(i) mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang
mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti
supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan;

8
(ii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan
mendidik generasi masa depan; dan
(iii) masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui
sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang
ringgit. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa
pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah
yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke
arah permuafakatan dan perkongsian pintar.

[Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak,


mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi
dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Rakan
kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanak-
kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta peluang yang
lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar dan
masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam
pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat.

Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat


dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah
dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun
tenaga yang diperlukan.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi


yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa
kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan
kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa
mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlu
membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan

9
maklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada
orang yang tidak berhak.

Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan


memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru juga
perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya ibu
bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti
sekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa
mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK.

4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam


mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu


yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta
mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am.
Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah
serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui
suratkhabar, radio, televisyen dan internet.

Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang


guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan.
Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan
yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek
dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan
menilai murid-muridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan
yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai
sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar.

10
Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu
kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam
meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah,
pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan
menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkan
prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada


diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG

Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral,


prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara
untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh
teladan.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya


dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma
masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh
itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan
kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa
berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,
sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-
tugasnya. Sehubungan dengan ini, guru haruslah berusaha menyemai dan
memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

11
6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru
yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai


bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai
bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa


mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan
mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah
diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik,
mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmu
pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan,
tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan
keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat


Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi
sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

12
7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG,
khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai
matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik,
progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki
sikap kenegaraan.

Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip


dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM.
Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan, khasnya cinta dan taat
setia kepada negara, semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh


dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran
seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara
tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana
murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-
menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi.

Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina


satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan
unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

13
BIBLIOGRAFI

Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program


Pergurauan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru.

Mok S.S. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 &
2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi


elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu
Lintang.

Epstein, J. L. (1995). School/family/community Partnerships: Caring for the


Children We Share [Versi elektronik]. Artikel Jurnal Phi Delta Kappan, Vol.
76, 1995.

14

You might also like