You are on page 1of 14

FLUX CORE ARC WELDING

A. PENGENALAN

 Kimpalan arka berteras lakur (flux cored ard welding, FCAW) dikenali juga
sebagai kimpalan dawai tiub. Kimpalan ini adalah sejenis proses kimpalan
arka gas-logam, dalam mana elektrod yang digunakan berbentuk silinder
dawai terisi bahan lakur. Dawai tersebut boleh disuapkan secara automatik
atau separuh automatik menggunakan unit kelengkapan kimpalan MIG.
Pada prinsipnya proses ini menggunakan campuran gas yang dihasilkan
oleh bahan lakur yang terbakar dengan karbon dioksida dari atmosfera
sebagai gas pelindungnya. Lakur dalam dawai elektrod kimpal itu
mengandungi bahan-bahan yang boleh menstabilkan arka serta unsur-unsur
yang boleh menjadikan kimpal lebih kuat, mulur dan teguh. Selain daripada
menghasilkan gas yang boleh bercampur dengan karbon dioksida menjadi
gas perisai, lakur yang terbakar juga menjadi pelindung logam lebur.
Selaput jermang itu memperlahankan kadar penyejukkan kimpal dan
melindunginya sehingga kimpal menjadi beku.Prosesnya hampir sama
dengan kimpalan MIG, tetapi elektrod yang digunakan berlainan sedikit den
prosesnya tidak memerlukan semburan gas pelindung. Teras elektrod
apabila terbakar akan mengeluarkan gas pelindung yang menyelubungi arka
dan hujung elektrod.Kimpalan biasanya dilakukan dengan menggunakan
arus kekutuban balikan voltan malar. Jenis kimpalan yang paling sesuai
dihasilkan ialah sambungan kambi yang besar sama ada dengan sekali larian
atau beberapa larian kimpal.

1
B. DEFINASI

 Proses Kimpalan Arka Teras Bersalut atau Flux Cored Arc Welding
(FCAW) adalah proses yang menggunakan arka di antara suapan elektrod
yang berterusan dengan kolam leburan kimpal, di mana wujud percantuman
atau sebatian oleh kepanasan arka yang dihasilkan oleh leburan elektrod
dengan logam asas.Proses flux cored arc welding adalah cabang daripada
Shield Metal Arc Welding (SMAW). FCAW dikimpal daripada elektrod
yang mempunyai flux dalam tiub wayar yang dilindungi karbon dioksida.
Proses ini digunakan bersama dengan gas dari bekalan yang berasingan.

 Proses kimpalan ini memerlukan elektrod gunahabis yang bersalut an gas


pelindung, yang mana salutan pada filler wire dan gas pelindung berfungsi
bagi melindungi leburan kimpal supaya tidak dicemari oleh atmosfera.
Selalunya flux mengandungi campuran elemen yang mengubah kolam
kecairan logam untuk kimpalan yang sesuai apabila logam siap dikimpal.

 Flux Cored Arc Welding boleh dilakukan secara automatik atau separa-
automatik, semua jenis logam boleh dikimpal dengan prases ini seperti
keluli karbon, keluli aloi, dan keluli tahan karat dalam semua kedudukan,
pemilihan gas pelindung yang sesuai, elektrod dan pelbagai kerja kimpal.
Proses kimpalan ini menggunakan bekalan kuasa yang sama dengan
GMAW tetapi elektrod yang berlainan.

2
Proses Flux Cored Arc Welding

C. PRINSIP PENGOPERASIAN

 Proses Flux Cored Arc Welding merangkumi suapan elektrod secara


automatic dan berterusan, dawai elektrod gunahabis (filler wire) dilindungi
oleh bekalan kuasa.Pemilihan elektrod atau dawai penambah dan gas
pelindung adalah berpandukan kepada jenis logam yang akan dikimpal.
Proses ini juga boleh digunakan bagi mengimpal pengerasan permukaan dan
penambahan permukaan (padding).Bekalan kuasa yang digunakan untuk
mesin kimpalan adalah jenis voltan malar. Arus kimpal yang biasa
digunakan dalam proses Flux Cored Arc Welding ini ialah diantara 20-30
amp, pada voltan arka 18v dan keparas tertinggi 750 amp, pada voltan arka
50v. Penggunaan arus pada kekutuban berbalik sering digunakan dalam
proses ini.

Prinsip Pengoperasian Flux Cored Arc Welding

3
D. CONSUMABLES

1. FILLER WIRE (LOGAM PENGISI)


 Boleh didapati dalam bentuk kili atau gelung dengan saiz dan ukuran
berbeza seperti bergarispusat 0.8, 1.0, 1.2, 1.4 dan 1.6mm.Peratus
percampuran dalam elektod : Karbon 10%, Silikon 0.905%, Phrosperam
0.020%, Manganese 1.60% dan Salfat 0.020%.Gelung yang biasa adalah
bergarispusat 300mm.

 Terdapat 2 kaedah mendapatkan permukaan dawai yang bersih :

I. permukaan dawai yang mudah mengoksidan diminyakkan secara


mekanikal.
II. direndam dan dibasuh.

Jadual di bawah menunjukkan klasfikasi wayar flux core dan specifikasi semasa
menggunakkannya

AWS Shielding Welding Current & Minimum


Classification Gas Position Polarity Tensile
Strength (PSI)

E70T-1C CO2, Flat/Horizontal DCEP 70,000

E71T-1C/M CO2,or Ar/CO2, All DCEP 70,000

E70T-2C/M CO2,or Ar/CO2, Flat/Horizontal DCEP 70,000

E70T-3 None Flat/Horizontal DCEP 70,000

E70T-4 None Flat/Horizontal DCEP 70,000

E70T-5C/M CO2,or Ar/CO2, Flat/Horizontal DCEP 70,000

4
E70T-7 None Flat/Horizontal DCEN 70,000

E71T-8 None All DCEN 70,000

E71T-9C/M CO2,or Ar/CO2, All DCEP 70,000

E71T-11 None All DCEN 70,000

E71T-12C/M CO2,or Ar/CO2, All DCEP 70,000

2. GAS PELINDUNG

 Berfungsi untuk melindungi kolam kimpal atau leburan logam kimpal


daripada udara kasa atau atmosferaTerdapat 3 jenis gas utama iaitu gas
karbon dioksida, argon dan helium dan terdapat juga gas pelindung yang
yang digabungkan seperti percampuran Argon dan Helium,
percampuran Oksigen dan Karbon Dioksida kepada Argon dan Helium
dah percampuran gas Oksigen, Karbon Dioksida, Argon dan Helium.

Jadual dibawah menunjukkan jenis gas dan warna balang :


Jenis gas Warna balang gas
Argon Biru
Co2 Biege / Kuning
Argon + o2 Biru dengan lilitan hitam
Argon + co2 Biru dengan lilitan hijau
Helium Coklet
E. AKSESORI KELENGKAPAN PROSES FCAW

1. Mesin kimpal

5
2. Kabel utama

3. Welding gun

4. Kabel bumi

6
5. Unit kawalan

F. PEKAKASAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES FCAW

1. Cipping hammer

2. Pahat

3. Power brush

7
G. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Keselamatan diri
 Pengimpal hendaklah memakai pakaian keselamatan iaitu baju
berlengan panjang dan berseluar panjang untuk mengelakkan daripada
anggota badan cedera.
 Pengimpal hendaklah memakai goggle ketika menjalankan kerja
pemotongan untuk persediaan benda kerja kerana untuk menggelakkan
daripada mata terkena percikan api pemotongan oxy-acitilin.
 Ketika mengimpal, pengimpal hendaklah memakai pelindung muka
(HEAD SHIELD) untuk mengelakan mata daripada cahaya yang boleh
menyebabkan kerosakan pada mata.Disamping itu pelindung muka juga
dapat mengelakkan muka daripada terkena percikkan api kimpalan
ketika mengimpal.

 Pengimpal hendaklah memakai sarung tangan kulit (GLOVE) ketika


menjalankan kerja mengimpal kerana hendak menggelakkan tangan
daripada terkena objek panas yang boleh mengakibat melecur pada tangan
atau kulit anggota badan.
 Pengimpal juga digalakkan memakai penutup kepala (TOPI) kerana untuk
mengelakkan daripada kepala terkena spatter terutama dalam kedudukan
mengimpal atas kepala.
 Untuk mendapatkan perlindungan, pakaian seperti gambarajah adalah
digalakkan.Bagi pengawasan keselamatan, para pelajar juga diminta

8
menggulungkan lengan baju dan menanggalkan gelang, jam tangan, cincin
dan memasukkan tali leher ke dalam baju sebelum membuat kerja
amali.Langkah ini dapat mengelakkan benda yang longgar termasuk atau
tersangkut pada bahagian mesin yang bergerak.

2. Keselamatan
sebelum,semasa dan selepas

Sebelum
 Memastikan mesin atau peralatan dalam berkeadaan yang baik dan
sempurna.
 Memastikan diri sentiasa menggunakan peralatan keselamatan
seperti pakaian keselamatan.
 Letakan benda kerja di tempat yang sesuai(tempat yang disediakan).
 Aliran udara(BLOWER) mestilah berada dalam keadaan yang baik
serta jauhkan benda-benda yang mudah terbakar dari tempat
mengimpal.

Semasa
 Letak benda kerja pada Kedudukan yang betul @ditempat yang telah
disediakan.
 Laraskan arus dan kelajuan filler wayer dengan betul atau bersesuaian
dengan ketebalan benda kerja.
 Jangan memakai sarung tangan yang koyak
 Elakkan memakai cermin yang telah retak

Selepas

9
 Pastikan semua peralatan kimpalan disimpan dengan teratur
ditempat yang telah disediakan dan jangan tinggalkan benda kerja
didalam bay.
 Padamkan semua suis mesin dan power supply(bekalan kuasa)
selepas mengimpal serta golongkan kabel-kabel

 Tutup saluran gas selepas sahaja siap mengimpal supaya pembaziran


bahan dapat dielakkan
 bersihkan bay yang telah diggunakan

3. Keselamatan peralatan

 Mesin kimpalan mestilah berada dalam keadaan baik sebelum


menjalankan kerja mengimpal.
 Peralatan-peralatan untuk kerja mengimpal mestilah disimpan dalam
keadaan yang teratur.
 Peralatan-peralatan kerja mengimpal yang tajam, yang boleh
mengakibat kecederaan anggota badan hendaklah disimpan ditempat
yang selamat.

4. Keselamtan tempat kerja

 Pastikan didalam dan disekitar tempat kerja keadaan tersusun rapi


supaya tidak menghalang pergerakan.
 Pastikan lantai dalam keadaan kering terutama dari tumpahan
minyak atau bahan mudah terbakar.
 Peralatan tangan yang sering digunakan hendaklah disimpan
ditempat yang dikhaskan dan perlulah dijaga dan sentiasa kemas.
 Kekemasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang betul dan
ruang pergerakan yang mudah apabila ruang pergerakan yang
mudah apabila berlaku kecemasan.

10
H. LOGAM YANG BOLEH DIKIMPAL MENGGUNAKAN FCAW

 Semua logam boleh dikimpal bergantung kepada jenis logam penambah


(filler wire) dan gas pelindung yang digunakan seperti :

1. KELULI KARBON RENDAH (MILD STEEL)


Logam yang mempunyai kandungan karbon kurang daripada 0.30%. Ianya
digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak memerlukan kekuatan yang
tinggi seperti bolt, nuts, plate, sheet dan paip. Ianya logam yang paling banyak
digunakan dalam industri fabrikasi. Suhu kecairannya lebih 1000°C.

2. KELULI TAHAN KARAT (STAINLESS STEEL)


Logam yang mempunyai unsur chromium diantara 12% hingga 30%. Sifatnya
ialah tahan karat, kekuatan yang tinggi dan juga daya kemuluran yang tinggi serta
pengalir haba yang lemah. Kelemahannya ialah harga yang mahal berbanding
keluli karbon biasa. Suhu kecairannya lebih tinggi berbanding keluli lembut.

3. KELULI MANGAN (MANGANESE STEEL)


Keluli yang mengandungi unsur manganese yang lebih banyak berbanding
keluli berkarbon iaitu 1.75%. Unsur manganese akan menjadikan keluli ini
meningkat kebolehkerasannya (hardenibility) bila dilakukan proses rawatan
haba. Ini penting apabila sesuatu produk itu bersaiz besar.

4. KELULI NICKEL (NICKEL STEEL)


Keluli jenis ini dikelaskan dibawah siri AISI-SAE 2XXX. Siri 23XX
mengandungi 3.5% Ni dan siri 25XX mengandungi 5.0 Ni. Unsur nickel
boleh menjadikan keluli tersebut kuat dan liat walaupun digunakan pada
suhu yang sangat sejuk.

5. KELULI ALAT (TOOL STEEL)


Keluli alat merupakan keluli panca logam tinggi, kebiasaannya
mengandungi kandungan karbon dan campuran unsure-unsur yang banyak.
Ianya dibuat untuk menghasilkan kekuatan yang sangat tinggi, ketahanan
haus pada suhu biasa dan suhu tinggi, keliatan yang tinggi dan tahan
hentakan.

11
I. KEBAIKAN FCAW

 Ia menggunakan elektrod gunahabis (filler wire) yang boleh digunakan


untuk mengimpal kebanyakkan logam dan aloi.
 Proses ini mengatasi masalah panjang elektrod yang tiada had berbanding
dengan Kimpalan Arka Logam Terlindung (SMAW).
 Kimpalan boleh dilakukan dalam semua kedudukan.
 Kadar timbunan adalah lebih tinggi berbanding dengan proses SMAW.
 Kelajuan mengimpal adalah tinggi dari proses SMAW, ia disebabkan
suapan elektrod yang berterusan dan kadar penimbunan logam adalah
tinggi.
 Disebabkan suapan elektrod yang berterusan, kimpalan yang panjang boleh
dibuat tanpa berhenti dan mula.
 Apabila pemindahan sembur digunakan, penusukan dalam akan diperolehi
dibandingkandengan SMAW. Ia boleh menggunakan elektrod bersaiz kecil
dan seimbang dengan kekuatan yang diperlukan.
 Kerja pembersihan adalah paling minima disebabkan tiada jermang yang
tebal.
 Kebaikan ini menjadikan ia proses yang sesuai untuk pengeluaran yang
banyak dengan penggunaan kimpal automatic. Ia menjadikan proses ini
lebih sesuai dengan penggunaan robot.

J. KEBURUKAN FCAW

 Alat kelengkapannya adalah lebih kompleks dan lebih mahal berbanding


proses SMAW.
 Welding Gun nya mesti berhampiran dengan sambungan kimpal, iaitu
diantara 10mm hingga 20mm untuk memastikan logam kimpal dilindungi.
 Arka kimpalan mesti dilindungi dari kemasukkan udara luar yang akan
melemahkan semburan gas pelindung.
 Paras pancaran yang tinggi dan arka yang kuat menyulitkan jurukimpal.

K. SUMBER

12
1. Nota ILP Muar (Tahap 2)
 Tajuk: GMAW Process 1
 Code A08-02-LE1-IS1
 Muka Surat : 211-262
 Penerbit , DBP

2. Internet
 http://en.wikipedia.org/wiki/fcaw

13
KANDUNGAN MUKASURAT
A
PENGENALAN 1

B
DEFINASI 2

C
PRINSIP PENGOPERASIAN 3

D
CONSUMABLES 4-5

E
AKSESORI KELENGKAPAN 6-7
PROSES FCAW

F
PEKAKASAN YANG
DIGUNAKAN DALAM PROSES 7-8
FCAW

G
LANGKAH-LANGKAH 8 - 10
KESELAMATAN

H
LOGAM YANG BOLEH 11
DIKIMPAL

I
KEBAIKAN FCAW 12

J
KEBURUKAN FCAW 12

K SUMBER 13

14

You might also like