You are on page 1of 10

ANCAMAN KEPUPUSAN TULISAN JAWI

DAN SYOR UNTUK MEMULIHARA


TULISAN JAWI

DITULIS OLEH: MOHD GHAZALI BIN SHARIFF PUDIN


KP: 860820-23-5711

TARIKH: 31 OKTOBER 2010


INTISARI

Kertas kerja ini ditulis untuk memulihara tulisan Jawi daripada ancaman kepupusan
sejajar dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi dilihat
seolah-olah dipisahkan daripada Bahasa Melayu dalam system pendidikan di Malaysia.
Kaedah yang disyorkan untuk memulihara tulisan Jawi menjurus kepada melahirkan rasa
cinta kepada tulisan Jawi melalui elemen sejarah dan mengajarkan tulisan Jawi secara
perlahan-lahan kepada seluruh pelajar menengah melalui matapelajaran Bahasa Malaysia.
Beberapa isu dikupas dan dirasionalkan untuk mempertahankan hak tulisan Jawi yang
telah sekian lama dipinggirkan.
KANDUNGAN

Intisari………………………………………………………………………………….. i

Kajian latar…………………………………………………………………………….. 1

Pernyataan masalah…………………………………………………………………..... 3

Tujuan………………………………………………………………………………….. 3

Kaedah………………………………………………………………………………..... 3
Kaedah 1: Tulisan Jawi Satu Elemen Dalam Mata Pelajaran Sejarah………………… 3
Kaedah 2: Penulisan Jawi Sebahagian Daripada Matapelajaran Bahasa Malaysia…… 4
Kaedah 3: Memperkukuhkan Penguasaan Jawi Di Kalangan Pelajar Melayu Islam..... 5
Kaedah 4: Memperkenalkan Matapelajaran Sastera (Jawi) Bagi Aliran Sastera……… 5
Kaedah 5: Daftar Kata Rumi-Jawi…………………………………………………...... 6

Perbincangan…………………………………………………....................................... 6

Kesimpulan………………………………………………….......................................... 7
KAJIAN LATAR

Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia mempunyai


sejarah yang sangat lama. Penuturan Bahasa Melayu di kepulauan Melayu mencapai
puncak apabila Melaka menjadi pelabuhan penting dalam perdagangan antara timur
dengan barat. Bukan sahaja Bahasa Melayu dituturkan oleh pedagang malah surat-surat
rasmi turut menggunakan tulisan rasmi pada waktu itu, tulisan Jawi. Hampir setiap
urusan antara pihak pedagang dengan Kerajaan Melayu Melaka menggunakan Bahasa
Melayu dengan tulisan Jawi selebihnya tulisan dari India, Pallava untuk urusan dengan
Syarikat India Timur Belanda. Gambar 1 menunjukkan Hukum Kanun Melaka yang
ditulis dalam tulisan Jawi.

Gambar 1: Naskhah Asal Hukum Kanun Melaka (MSS 23)

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang dicedok daripada tulisan Arab oleh tokoh ilmuwan
Melayu Pasai dan mula digunakan untuk menulis perkataan pinjaman dari Bahasa Arab.
Ini dapat dilihat pada batu bersurat dengan Tulisan Melayu Tua (Tulisan Kawi) di
Makam Sheikh Ahmad Majnu di Kompleks Pengkalan Kempas, berhampiran Port
Dickson. Merujuk kepada tulisan Kawi, ia merupakan tulisan paling awal digunakan di
kepulauan Melayu iaitu sekitar kurun ke-8M. Digunakan oleh orang Jawa untuk menulis
Bahasa Kawi yang dituturkan mereka, tulisan Kawi menggunakan huruf-huruf wenggi
dari tulisan Pallava. Gambar 2 menunjukkan batu bersurat tersebut dan contoh tulisan
Kawi.

Gambar 2: Contoh Tulisan Kawi dan Batu Bersurat dengan Tulisan Kawi
Setelah Islam berkembang, penyampaian ilmu Islam memerlukan medium tulisan yang
lebih mudah dan bersesuaian. Lalu para ilmuwan Pasai mencipta tulisan Jawi dan mula
menggantikan tulisan Pallava yang berasal dari Bahasa Sanskrit yang digunakan oleh
penduduk Corromandel, India. Apabila tulisan Jawi digunakan sepenuhnya tidak hanya
untuk menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab, tulisan Kawi yang menggunakan huruf-
huruf Pallava pupus menjelang 1400M. Walaupun tulisan Jawi seperti tulisan Kawi,
dicedok dari bahasa lain, tulisan Jawi dianggap tulisan Melayu asli kerana tulisan Kawi
diambil sepenuhnya dari tulisan Pallava (Bahasa Sanskrit) berbanding tulisan Jawi yang
mengalami beberapa penambahan huruf untuk disesuaikan dengan lidah melayu. Tulisan
Jawi bolehlah disamakan dengan tulisan katakana dalam tulisan Jepun yang dicipta
sendiri oleh bangsa Jepun berpandukan tulisan Kanji yang diambil sepenuhnya dari
tulisan Cina.

Jika dibandingkan dengan beberapa bahasa utama di Asia, bahasa Melayu dilihat sebagai
bahasa yang terlalu banyak bergantung pada tulisan rumi. Bahasa Cina sebagai contoh,
mengekalkan tulisan Han (karakter cina) walaupun pelajar terpaksa menghafal lebih 3000
karakter yang rumit. Untuk tujuan memudahkan pembelajaran sebutan, pinyin
diperkenalkan dengan menggunakan garisan asas dalam penulisan karakter untuk
mewakili sesuatu bunyi. Apabila masa beredar dan Bahasa Cina mula dipelajari bangsa
lain, barulah pinyin ditulis dalam rumi. Walaubagaimanapun, penggunaan rumi untuk
mewakili setiap karakter tidak langsung menjadikan tulisan Han nombor dua penting.
Tulisan Han masih kekal sehingga kini dengan sedikit perubahan ke arah
mempermudahkan lebih 3000karakter untuk dipelajari. Begitu juga dengan Bahasa Jepun
yang mencipta tulisan hiragana untuk menulis perkataan pinjaman dari bahasa asing
selain Bahasa Cina (menggunakan kanji).

Jadi secara asas, apabila merujuk kepada Bahasa Melayu amat tidak wajar jika
mengabaikan tulisan Jawi. Apabila rumi mengambilalih tempat tulisan Jawi, tidak
sepatutnya tulisan Jawi diabaikan terus (walhal rumi sepatutnya hanya nombor dua
penting seperti pinyin dalam tulisan Cina). Penggunaan tulisan rumi bukanlah satu
kesalahan namun amat mendukacitakan apabila tulisan Jawi telah dipisahkan terus dari
bahasa Melayu dalam system pendidikan Negara. Usaha Kementerian Pelajaran
melancarkan J-QAF dilihat sebagai satu usaha murni dalam memulihara tulisan Jawi
daripada ancaman kepupusan seperti yang telah berlaku kepada hireograph dan
phoneotic. Namun usaha ini masih belum cukup kerana sebagai Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Melayu perlu diangkat sepenuhnya. Tidak boleh bahasa Melayu diangkat hanya
pada sebutannya tapi tidak tulisannya. Tidak memadai jika bahasa Melayu itu dianggap
bahasa yang tidak mempunyai tulisan sendiri dan terus dijajah dengan tulisan rumi.
PERNYATAAN MASALAH

Lebih separuh warga Malaysia langsung tidak mengenali huruf Jawi.Tulisan Jawi
semakin diancam kepupusan kerana warga Malaysia amnya dan bangsa Melayu
khususnya tidak mahir dalam tulisan Jawi.

Walaupun sebagai tulisan asli untuk Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu, kemahiran
menulis Jawi tidak diterapkan pada setiap warganegara dalam pendidikan Bahasa Melayu
di setiap sekolah demi memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Tanpa mengira sebanyak mana pun usaha seperti J-QAF dilakukan, sistem pendidikan
sekarang yang memisahkan tulisan Jawi daripada bahasa Melayu bakal mengundang
kepupusan tulisan Jawi kerana tiada pendidikan formal untuk mengajar teknik mengeja
dan menulis Jawi kerana J-QAF lebih kepada mengajar murid dalam medium Jawi.

TUJUAN

Memartabatkan Bahasa Melayu melalui tulisan Jawi


Memulihara tulisan Jawi daripada kepupusan
Memastikan sekurang-kurangnya setiap warganegara Malaysia kenal dengan huruf Jawi

KAEDAH

1. Tulisan Jawi Satu Elemen Dalam Matapelajaran Sejarah.

Jawi dengan sejarah Malaysia bukanlah sesuatu yang asing. Ini dapat dilihat oleh dunia
melalui Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.
Selain jasa tulisan Jawi dalam perjuangan awal menentang Malayan Union sehingga
penubuhan PEKEMBA atau sekarang lebih dikenali dengan nama UMNO, tulisan Jawi
turut berjasa dalam melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan Negara. Masakan tidak, pendidikan
disampaikan melalui tulisan Jawi sebelum tulisan rumi diperkenalkan. Gambar 3 dan
Gambar 4 di bawah menunjukkan bukti-bukti tersebut.

Gambar 3: Logo PEKEMBA, Pa Kaf Mim Ba


Gambar 4: Surat Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Bertulisan Jawi

Walaubagaimanapun jasa tulisan Jawi semakin dilupakan dan tidak lagi dianggap
penting. Justeru tiada lagi usaha menggunakan tulisan Jawi dengan bersungguh-sungguh
walaupun dalam sastera Melayu. Hilangnya Tok Za’ba seolah-olah membawa bersama
tulisan Jawi. Dalil mudah, tak kenal maka tak cinta. Pelajar yang sudah tidak kenal dan
tidak tahu sejarah tulisan Jawi pasti tidak akan menghargai untuk mempelajari apatah lagi
menggunakannya. Oleh itu, pelajar sepatutnya perlu mengetahui asal-usul tulisan Jawi
dan sekurang-kurangnya mengenali huruf Jawi sebelum didedahkan kepada penulisan
Jawi. Pelajar juga dididik supaya mengetahui jasa tulisan Jawi kepada Negara terutama
dalam mencapai kemerdekaan. Tokoh-tokoh seperti Pendeta Za’ba perlu diangkat dalam
bab tulisan Jawi dan usaha beliau perlu dihargai oleh seluruh warga Malaysia.
Tujuan mengajar Jawi dalam matapelajaran Sejarah bukanlah untuk memaksa pelajar
menulis Jawi cukup sekadar memasukkan huruf-huruf Jawi untuk diketahui oleh pelajar
dan bab menulis diajar dalam matapelajaran lain. Oleh itu, bukan sekadar bangsa Melayu
tapi seluruh warga Malaysia akan mengenali huruf Jawi lantas menghilangkan ancaman
kepupusan yang melanda tulisan Jawi. Tulisan Jawi disyorkan diperkenalkan dalam
bentuk jadual suai Jawi-Rumi. Seterusnya Bab Tulisan Jawi perlu mengimbau jasa tulisan
Jawi dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan memerintah Malaya. Beberapa
perkara penting yang ditulis dalam tulisan Jawi seperti penubuhan PEKEMBA,
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan Undang-undang Tubuh Negeri di
Malaysia perlu dipertontonkan kepada pelajar.

Tahap yang sesuai untuk memulakan pelajaran Sejarah adalah di tingkatan satu jadi tidak
perlulah diawalkan dan memasukkan matapelajaran Sejarah di peringkat rendah.
Walaubagaimanapun, tidak dihalang mengajar dan belajar Jawi di peringkat rendah
melalui matapelajaran Pendidikan Islam.

2. Penulisan Jawi Sebahagian Daripada Matapelajaran Bahasa Malaysia


Pengasingan tulisan Jawi daripada Bahasa Melayu dalam system pendidikan tidak dapat
dinafikan sebagai punca utama tulisan Jawi diancam kepupusan. Apabila tulisan rumi
diterima dalam system pendidikan, adalah satu kesilapan untuk mengasingkan tulisan
Jawi daripada matapelajaran Bahasa Melayu. Bahasa Melayu itu hanya tinggal pada
penuturan apabila tulisan aslinya tidak diajar sekali. Natijahnya mungkin tidak dapat
dilihat pada waktu itu tapi amat jelas pada masa kini. Lihat sahaja Utusan Melayu yang
telah terkubur seketika sebelum dipaksa untuk hidup semula oleh kerajaan. Ia juga
terpampang jelas apabila kertas peperiksaan Pendidikan Islam perlu diadakan dalam
dwitulisan kerana tulisan Jawi penuh menyukarkan pelajar menjawab peperiksaan. Paling
ketara, tulisan Jawi sekarang telah diancam kepupusan.

Seperti dinyatakan sebelum ini, menulis Jawi perlu diajar secara formal tetapi
matapelajaran yang sesuai bukanlah Sejarah. Pelajar disyorkan mula mempelajari tulisan
Jawi serentak dalam matapelajaran Sejarah dan Bahasa Malaysia. Mereka akan mendapat
masa yang lebih untuk mengenal, mencintai dan menggunakan tulisan Jawi.
Walaubagaimanapun matapelajaran Bahasa Malaysia perlu lebih kepada penggunaan
tulisan Jawi berbanding mengenal dan mencintainya yang akan diterapkan melalui
matapelajaran Sejarah.

Walaupun bermula pada peringkat menengah tahap pembelajaran yang dicadangkan


tidaklah terlalu pantas, cukup sekadar pelajar mampu menulis Jawi apabila tamat
tingkatan lima. Secara dasar tulisan Jawi yang berdasarkan Bahasa Melayu, medium yang
digunakan untuk pembelajaran selama enam tahun pertama dengan matapelajaran khusus
tidak sukar untuk dikuasai. Ia sebenarnya sekadar suaipadan huruf rumi dengan Jawi
dengan beberapa aturan tertentu yang penting.

Tahap yang disyorkan adalah seperti berikut:


a. Mampu mengenal dan menyuaipadan huruf Jawi dengan rumi di tingkatan
satu.
b. Mampu menukar perkataan rumi kepada Jawi di tingkatan dua.
c. Mampu membina ayat dalam tulisan Jawi di tingkatan tiga.
d. Mula mengarang dalam tulisan Jawi di menengah atas.
e. Tahap yang disyorkan untuk SPM adalah mampu mengarang karangan
pendek (50 patah perkataan).

Memandangkan Bahasa Melayu adalah syarat wajib lulus SPM, pemarkahan yang
berpatutan perlu diberikan berdasarkan penguasaan calon-calon SPM saban tahun. Ini
bermakna, pemarkahan perlu sedikit longgar dan semakin ketat sesuai dengan masa dan
pendedahan yang diberikan.

3. Memperkukuhkan Penguasaan Jawi Di Kalangan Pelajar Melayu Islam.

Matapelajaran Pendidikan Islam dalam SPM perlu diwajibkan jawab dalam tulisan Jawi.
Kita melihat betapa pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan tulisan Jawi cenderung
untuk menjawab dengan tulisan rumi. Tiada peraturan khusus yang mewajibkan
penggunaan tulisan Jawi walaupun medium pembelajaran adalah tulisan Jawi. Ini dapat
dilihat dengan pelaksanaan kertas peperiksaan dwitulisan untuk Pendidikan Islam.

Pendekatan sama seperti memperkenalkan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran


Matematik dan Sains digunapakai dalam hal ini namun tujuannya jelas bertentangan.
Kertas dwitulisan diperkenalkan kerana kertas Jawi penuh dikatakan sukar untuk dijawab
oleh pelajar. Sepatutnya matapelajaran Pendidikan Islam perlu dilihat sama penting
seperti matapelajaran Sains dan Matematik. Penyalahgunaan matapelajaran Sains dan
Matematik untuk tujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sepatutnya
digunapakai dalam Pendidikan Islam untuk meningkatkan penguasaan penulisan Jawi.

4. Memperkenalkan Matapelajaran Sastera (Jawi) Bagi Aliran Sastera.

Setelah memberikan peluang untuk setiap pelajar mempelajari Jawi, ruang yang lebih
perlu diberikan kepada yang benar-benar ingin mendalami dan menggunapakai tulisan
Jawi dengan lebih kerap. Oleh itu, wajar diwujudkan satu matapelajaran khusus untuk
tulisan Jawi. Aliran Sastera dilihat sebagai aliran yang sesuai untuk pelajar yang berminat
meneruskan usaha mereka memartabatkan tulisan Jawi dan meletakkan kembali tulisan
Jawi ke kedudukan yang sepatutnya.

Matapelajaran Sastera (Jawi) juga perlu dikecualikan daripada had 10matapelajaran


untuk SPM supaya setiap pelajar tidak kira aliran mendapat peluang sewajarnya untuk
mendalami penulisan Jawi. Kelas untuk lepasan SPM mendalami tulisan Jawi juga perlu
disediakan di institusi-institusi pendidikan tajaan kerajaan seperti IKBN, Pusat Giat
Mara, IPTA dan kolej-kolej lain. Setiap masa yang telah dibazirkan sepanjang pemisahan
tulisan Jawi daripada Bahasa Melayu dalam system pendidikan Negara perlu ditebus
dengan tindakan yang sewajarnya.

5. Daftar Kata Rumi-Jawi

Daftar Kata Rumi-Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah sekian lama tidak
diterbitkan semula perlu diberi nafas baru dengan terbitan terbaru dan pertandingan
penulisan Jawi. Ini akan menarik minat warga Malaysia mendapatkan senaskhah sebagai
rujukan sepanjang mengarang dalam tulisan Jawi.

Peri pentingnya naskhah ini sebagai rujukan tidak dapat dinafikan setelah tulisan Jawi
mengalami zaman suram selama lebih 3dekad. DBP yang pernah menerbitkan Daftar
Kata Rumi-Jawi pada tahun 1980-an telah sekian lama tidak menerbitkan semula apatah
lagi memperbaharui Daftar Kata Rumi-Jawi walau telah berkali-kali Kamus Dewan
disemak dan diterbitkan untuk edisi yang kesekian kalinya.

Bukanlah sesutatu yang merugikan jika Daftar Kata Rumi-Jawi tidak laku kerana kita
perlu berfikiran baik bahawa tulisan Jawi akan kembali menjadi pilihan dan digunakan
dengan meluas. Tanpa langkah pertama tidak akan ada langkah seterusnya.

PERBINCANGAN

Isu persaingan tidak seimbang antara kaum dalam mempelajari Jawi bukan halangan
kerana secara asas Bahasa Melayu memang lebih memihak kepada bangsa Melayu dalam
bab pembelajaran. Walaubagaimanapun tahap pembelajaran yang dilakukan secara
perlahan dan berperingkat-peringkat sebenarnya banyak membantu memberikan
persaingan sihat. Sepertimana mempelajari sesuatu bahasa asing, setiap pelajar diberi
peluang untuk belajar mengenal tulisan Jawi yang mana mudah untuk peringkat
menengah.

Isu ketidakadilan bagi bangsa lain mungkin akan berbangkit. Walaubagaimanapun


ketidakadilan tidak timbul kerana persetujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan bermakna menerima tulisan Jawi sebagai salah satu tulisan rasmi
Negara.

Isu sukatan pelajaran baru perlu dihasilkan juga tidak sepenting isu memartabatkan
Bahasa Melayu. Tambahan pula pendidikan Sejarah bakal dirombak untuk meningkatkan
penghayatan pelajar dan memastikan kebolehlulusan pelajar dalam matapelajaran
Sejarah. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu, yakinlah setiap guru dan tenaga pengajar
Bahasa Melayu sanggup menghasilkan sukatan baru demi memartabatkan Bahasa
Melayu dan melindungi tulisan Jawi.

KESIMPULAN

Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu tidak patut dipisahkan sejak dari mula namun masih ada
ruang untuk memperbaiki keadaan sebelum terlambat dan tulisan Jawi mengalami nasib
sama seperti tulisan Kawi, tulisan hireglaf dan tulisan paku.

You might also like