You are on page 1of 26

QASLUN BASHEER BIN HADI

2
Polimer - Pengenalan
• Istilah polimer (polymer) secara ringkasnya bermaksud “banyak MER”. MER ialah
komponen yang membina molikul rantai panjang ataupun secara rangkaian.
• Polimer adalah bahan bermolekul dengan atom-atomnya bercantum dalam suatu
rantai molikul yang panjang dan diikat oleh suatu daya yang lemah - ikatan Van der
Walls -. Berat molekulnya antara 10,000 - 10,000,000 g/mol. Ikatan dalam satu
molikul yang sama - ikatan kovalen.
• Cara pembentukan polimer ialah dengan proses pempolimeran (polymerization)
dengan molekul kecil atau monomer (gas atau cecair) dicantum membentuk molekul
besar (polimer - pepejal).
• Bila saiz polimer bertambah titik lebur atau titik lembut (softening point) turut juga
bertambah dan polimer tersebut bertambah kuat dan keras.
• Polimer adalah lebih ringan berbanding dengan keluli. Tahan kakisan, penebat
elektrik, mempunyai kekuatan tegangan yang rendah dan tidak sesuai digunakan
pada suhu tinggi.
• Ada beberapa cara polimer diklasifikasikan. Iaitu sama ada berdasarkan
(1)mekanisme pempolimeran, (2)struktur polimer, atau (3)kelakuan polimer bila
dipanaskan.
3
Polimer - Pengenalan

Monomer
Gas ethilen

Rajah atas menunjukkan rantai molekul suatu polimer - poliethilen. Unit


‘mer’ bagi poliethilen ialah molekul seperti yang dikurungkan dalam
segiempat berwarna.
4
Polimer - Pengenalan

Unit-unit mer bagi a) polimer PTFE


(politetraflourethilen) b) PVC
(polivinil klorida ) dan c) PP
(polipropilen).
5
Polimer - Pengenalan
6
Mekanisme pempolimeran
• Terdapat dua proses pempolimeran iaitu: 1)
Pempolimeran Penambahan (addition
polymerization) atau pertumbuhan rantai (chain
growth) 2)Pempolimeran kondensasi
(condensation polymerization) atau pertumbuhan
langkah (step growth)
• Pempolimeran penambahan melibatkan
“tindakbalas rantai “yang cepat antara monomer
yang telah teraktif dengan penambahan bahan
pemula (initiator). Monomer yang terlibat
umumnya mesti mengandungi ikatan berganda
seperti dalam ethilen (C2H4). Ikatan ganda ditukar
kepada ikatan tunggal apabila menjadi polimer. Dari monomer vinil
• Bahan pemula akan bertindak menjadi bahan klorida menjadi
polimer polivinil
penamat bagi menghentikan penambahan rantai. klorida
7
Mekanisme pempolimeran
• Pempolimeran kondensasi melibatkan tindakbalas tersendiri antara pasangan
molekul-molekul monomer dan proses ini agak lambat. Dalam proses ini
mesti terdapat kumpulan (cabang) rantai pada monomer yang reaktif.
• Tindakbalas langkah yang berlaku ditunjukkan dalam persamaan kimia
organan di bawah. Iaitu dalam pembentukan rantai molekul polimer poliester.
Daripada molekul ethilen glikol dan asid adipik.
• Cantuman ini menghasilkan molekul poliester dan air. Tindakbalas ini
berulang sehingga rantai molekul menjadi panjang. Ketika rantai telah
panjang, ikatan paut-silang antara molekul poliester berhampiran turut boleh
berlaku, menyebabkan proses ini menjadi lebih lambat.
8
Struktur Polimer
• Polimer Lurus (linear polymers): Unit-unit mer dicantum antara hujung dengan hujung
dalam satu rantai. Antara polimer yang membentuk struktur rantai ialah: poliethilen (PE),
polivinil klorida (PVC), polistairin (PS), polimethil metakrilat(PMMA), dan nailon atau
poliamid (PA).
• Polimer Bercabang (Branched Polymers): polimer yang terdapat cabang tepi pada rantai
polimer. Cabang tepi ini merupakan rantai molekul utama yang terhasil ketika tindakbalas
pempolimeran.
• Dengan adanya cabang tepi ini terdapatnya penurunan pada ketumpatan polimer tersebut.
Contohnya: pada poliethilen ketumpatan rendah (low density polyethylene - LDPE)
mempunyai rantai cabang tepi yang panjang adalah lebih lemah dan berketumpatan
rendah berbanding poliethilen ketumpatan tinggi (high density polyethylene- HDPE) yang
tiada cabang tepi.

Polimer Bercabang
Polimer Lurus
9
Struktur Polimer
• Polimer Paut Silang (Cross-linked Polymers): Rantai polimer lurus yang berhampiran
bercantum antara satu sama lain dengan ikatan pada banyak tempat disepanjang molekul
rantainya.
• Rantai berpaut silang antara molekul polimer ini berlaku ketika tindakbalas kimia
pempolimeran yang dilakukan pada suhu tinggi dan pada kebiasaannya dengan
menambah atom atau molekul bahan yang boleh mengikat secara kovalen kepada rantai
polimer.
• Polimer Rangkaian (Network Polymers): Mer dalam polimer ini membentuk rangkaian 3-
dimensi dengan 3 ikatan kovalen pada setiap mer. Sebenarnya polimer paut silang
dengan ikatan yang banyak boleh juga dikelaskan kepada polimer rangkaian.
• Polimer ini mempunyai sifat mekanik dan terma yang amat baik. Antaranya ialah polimer
epoksi (EP) dan fenol-formaldehid (PF) (bakelit).
Polimer Paut Silang)

Polimer rangkaian)
10
Kopolimer
• Kopolimer (copolymers) adalah polimer dengan
rantai molekul yang mengandungi lebih dari satu
jenis mer.
• Terdapat 4 susunan kopolimer terjadi yang
bergantung pada proses pempolimeran dan
pecahan perkadaran mer yang ada.
• Rajah sebelah menunjukkan kopolimer dengan 2
jenis mer: a) kopolimer rawak (random copolymer)
kerana susunan dua jenis mer yang ada pada rantai
kopolimer tidak menentu /secara rawak.
• b) Kopolimer berselang kerana susunan dua jenis
mer tersusun secara berselangan.
• c) Kopolimer blok (block copolymers) apabila
susunan mer berbeza terkumpul dalam kumpulan-
kumpulan pada rantainya.
• D) Kopolimer graf (Graft Copolymers) apabila jenis
mer berbeza berada pada cabang.
11
Kopolimer Getah
12
Kehabluran Polimer
• Bahan polimer ada yang mempunyai struktur
hablur dan ada yang tiada struktur hablur,
iaitu mempunyai struktur amorfus dengan
susunan rantai yang tidak teratur.
• Terdapat juga polimer yang mempunyai
struktur separa hablur, iaitu terdapat kawasan
yang berstruktur hablur dan yang bersusunan
amorfus seperti pada rajah sebelah (atas).
• Tahap kehabluran dalam polimer ini boleh
dari sifar (amorfus) sehingga ke 95%
berhablur.
• Polimer yang berstruktur hablur mempunyai
susunan rantai molekul yang tersusun dalam
suatu susunan yang agak kompleks.
• Rajah sebelah (bawah) menunjukkkan suatu
hablur polimer poliethilen yang mempunyai
bentuk geometri orthorhombik.
13
Kehabluran Polimer
• Polimer berhablur adalah lebih kuat, lebih rintangan terhadap suhu tinggi,
dan tidak mudah diresapi wap dari udara (less hygroscopic).
• Peratus kehabluran (C) pada bahan polimer berketumpatan s boleh dikira
dengan formula berikut:
c   s  a 
%C   100
 s  c  a 
• dengan c ialah ketumpatan kawasan berhablur, a ialah ketumpatan
kawasan amorfus.
• Peratus atau darjah kehabluran yang terjadi dalam polimer bergantung
pada kadar penyejukkan dari fasa cecair dan konfigurasi rantai molekul.
• Molekul memerlukan masa untuk bersusun. Jadi kehabluran adalah
rendah apabila disejukkan dengan cepat.
• Kehabluran tidak mudah berlaku bagi mer yang mempunyai struktur
molekul yang kompleks kerana penyusunan molekulnya adalah lebih
rumit. Sebaliknya kehabluran sangat mudah berlaku (tidak mudah
dihalang) bagi mer yang ringkas dan polimer lurus.
14
Polimer Termoplastik
• Polimer dikategorikan juga menurut kelakuan apabila
dipanaskan. Iaitu dikategorikan kepada:
– Termoplastik (plastik haba):
– a)Separa Hablur b)Amorfus.
– Termoset
– Elastomer
• Termoplastik: bahan ini menjadi lembut apabila
dipanaskan dan kembali keras apabila disejukkan.
Proses ini boleh diulang-ulang.
• Plastik kategori ini kebanyakannya dari polimer lurus
dan polimer dengan cabang yang fleksibel.
• Seperti juga logam kemulurannya berkurangan apabila
suhu berkurang.
• Termoplastik separa hablur menjadi lembut apabila
dipanaskan dan akan lebur. Tetapi setelah disejukkan
kembali menjadi pepejal.
• Termoplastik amorfus bagaimanapun tidak
mempunyai suhu lebur yang tertentu.
• Antara contoh termoplastik ialah poliamid (nailon),
poliethilen dan polistairin.
16
Polimer Termoset
• Termoset (Thermoset Polymers): Kumpulan polimer
menjadi keras dan kuat apabila dipanaskan. Bahan ini
kekal keras walaupun dipanaskan semula.
• Sifat ini berpunca dari susunan rantai molekul yang
merupakan rangkaian yang terbentuk secara
pertumbuhan langkah (step growth). Jadi apabila
dipanaskan, rangkaian molekulnya bertambah dan
proses ini tidak boleh berbalik.
• Mempunyai sifat lebih kuat, lebih keras dan lebih rapuh
daripada polimer termoplastik.
• Antara contoh polimer kumpulan ini ialah: epoksi (EP),
fenolik (fenol formaldehid - PF), poliester (PE),
poliurethan (PU), dan amino resin (urea formaldehid).
17
Elastomer
• Elastomer: adalah polimer asli atau tiruan dengan sifat mekanik
yang menyerupai getah asli.
• Molekul-molekulnya adalah berstruktur lurus dan apabila
dikenakan beban menunjukkan ubah bentuk plastik yang besar
tetapi kembali ke asal apabila beban atau tegasan dihentikan.
• Ikatan paut-silang tidak banyak terdapat dalam bahan ini. Proses
mendapatkan ikatan paut-silang dalam elastomer ini dipanggil
pemvulkanan (vulcanization) yang merupakan suatu tindakbalas
tidak berbalik yang dilakukan pada suhu tinggi dengan bantuan
atom-atom sulfur.
• Antara contohnya ialah polyisoprene, polybutadiene, butadiene-
styrene, chloroprene dan polysiloxane.
18
Sifat Mekanik

• Sifat mekanik polimer ditentukan


kebanyakan dengan parameter yang
sama seperti logam.Iaitu modulus
kekenyalan, kekuatan tegangan,
kekuatan hentaman, dan kekuatan
lesu.
• Sifat mekanik polimer adalah sangat
sensitif kepada kadar ubah bentuk
A - jenis geraf yang ditunjukkan oleh
(kadar terikan), suhu, keadaan
polimer yang rapuh.
sekitaran seperti kehadiran air,
B - geraf tegasan-terikan seperti pada oksigen dan lain-lain.
bahan logam - ubah bentuk elastik diikuti
oleh ubah bentuk plastik. • Tiga jenis geraf tegasan-terikan
C: jenis geraf yang menunjukkan keadaan
yang selalu ditunjukkan oleh bahan
elastik sepenuhnya. Terikan yang besar polimer seperti pada rajah sebelah.
terjadi bagi hanya tegasan yang rendah..
Ini merupakan ciri bahan elastomers.
19
Sifat Mekanik
• Modulus kekenyalan, kekuatan tegangan dan
kemuluran (dalam %EL) ditentukan dengan cara
yang sama seperti logam.
• Walau bagaimanapun sifat-sifat mekanik
polimer mempunyai ciri berlainan daripada
logam seperti berikut:
– modulus kekenyalan adalah lebih rendah
daripada logam.
– Kekuatan tegangan maksimum adalah sangat
berbeza. Misalnya kekuatan bagi polimer
Penentuan kekuatan tegangan
100MPa, sementara kekuatan berkenaan bagi
logam ialah 4000 MPa.
dan kekuatan alah bagi
polimer – Jarang bagi logam boleh ubah bentuk plastik
sehingga 100% pertambahan terikannya.
TS - kekuatan tegangan dan Pada polimer (elastomer), boleh ubah bentuk
y kekuatan alah bagi polimer plastik sehingga bertambah panjang sehingga
1000%.
20
Sifat Mekanik
• Sifat mekanik polimer juga sensitif
terhadap perubahan suhu. Kenaikan
suhu akan menyebabkan:
 penurunan modulus kekenyalan.
 pengurangan kekuatan tegangan
 penambahan kemuluran.
• Pengaruh kadar terikan terhadap sifat
mekanik polimer, pada umumnya
sama seperti pengaruh suhu.
• Dengan mengurangkan kadar terikan
atau kadar ubah bentuk, ciri tegasan-
terikan sama seperti kesan kenaikan
suhu. Iaitu polimer menjadi lebih
mulur dan lembut.
21
Sifat Mekanik - Kelikatkenyalan
• Kelikatkenyalan (Viscoelasticity): ialah
sifat polimer yang dijelas seperti di bawah:
• Polimer pada suhu rendah berkelakuan
seperti kaca. Kemudian pada suhu
pertengahan (intermediate), polimer
berkelakuan seperti getah dan pada suhu
lebih tinggi, polimer adalah seperti cecair
dan bersifat likat (viscous).
• Kelikatkenyalan ialah sifat polimer pada
suhu pertengahan ini, iaitu polimer
a) bagaimana beban dikenakan. bersifat pertengahan antara dua keadaan
b) Perubahan terikan bahan ekstrim - iaitu antara bersifat pepejal
kenyal (elasticity) seperti kaca dan seperti cecair likat. Iaitu
c) Perubahan terikan bahan seperti getah boleh alami ubah bentuk
kelikatkenyalan (viscoelasticity) elastik pada ketika dikenakan beban. Dan
dan
ubah bentuk kembali ke asal apabila beban
d) Perubahan terikan bahan likat dibuang.
(viscous)
22
Sifat Mekanik - Modulus santaian
• Sempadan perubahan kelakuan polimer
antara secara elastik dan likat (viscous)
dikenali sebagai suhu peralihan kaca (Tg).
• Modulus Santaian (Relaxation Modulus)
bahan kelikatkenyalan diberikan sbb:
 (t )
Er (t ) 
o
• iaitu nilai modulus pada ketika tertentu
(pada tegasan tertentu). Modulus ini
berubah terhadap masa kerana tegasan
berkurangan pada terikan tetap.
• Modulus Santaian ini berkurang dengan
peningkatan suhu dan turut berkurang
dengan masa. (lihat rajah sebelah).
23
Sifat Mekanik - Modulus santaian
• Berdasarkan perubahan modulus Santaian
dengan kenaikan suhu bagi polimer amorfus,
polimer ini mengalami perubahan pada 4
kawasan berbeza, iaitu:
• kawasan polimer seperti pepejal kaca
(glassy solid) pada suhu rendah, pepejal
tidak tegar (leathery) dan seperti pepejal
getah pada suhu pertengahan dan cecair likat
pada suhu tinggi.
• Dalam proses pemanasan, polimer pada
keadaan seperti pepejal getah ini akan
menjadi lebih lembut terlebih dahulu
Ciri modulus santaian
sebelum menjadi cecair likat.
polimer amorfus
• Pada suhu lebih tinggi modulus santaian
menurun dengan cepat pada kawasan
polimer seperti cecair likat sehingga lebur.
24
Sifat Mekanik - Modulus santaian
• Polimer berhablur lengkap seperti
polistairin tidak menunjukkan perubahan
mendadak pada modulus santaian
(lengkung A) pada Tg kerana hanya
sedikit sahaja polimer ini berada dalam
bentuk amorfus.
• Nilai modulusnya juga tidak turun
dengan banyak dengan peningkatan suhu
sehinggalah menghampiri suhu lebur.
Ciri modulus santaian • Polimer paut silang yang banyak
polimer : A hablur,
bahagian amorfusnya, modulusnya turun
Bsedikit paut silang dan C
amorfus
mendadak pada Tg (lengkung B) tetapi
pada kawasan seperti getah nilai
modulusnya tetap dengan kenaikan suhu
sehinggalah polimer ini terhurai.
25 Bahan Tambah dalam Polimer
• Kebanyakan polimer mengandungi bahan tambah (additives) yang dapat
memberikan ciri-ciri istimewa kepada bahan polimer tersebut.
• Antaranya ialah pigmen, penstabil (stabilizer), perencat api (flame retarders),
pengisi (fillers) tetulang (reinforcements) dan pelbagai lagi.
• Bahan pigmen ditambah untuk memberi warna tertentu pada polimer. Molekul
pigmen tidak larut dalam polimer tetapi berada dalam fasanya tersendiri dalam
bahan polimer. Sebaliknya bahan pewarna (dye) apabila ditambah kepada
polimer, ia melarut dan menjadi sebahagian struktur polimer.
• Pengisi (fillers) adalah daripada serbuk halus kayu, silika, pasir, batu kapur atau
boleh juga polimer sintetik. Dengan penambahan ini meningkatkan kekuatan
mampatan, tegangan, kesan haus, kestabilan terma, dan kekukuhan. Selain itu
dapat mengurangkan harga polimer.
• Penstabil ditambah bertujuan untuk menentang proses kemerosotan dan
pemusnahan polimer kesan dari pendedahan kepada cahaya ultraungu
(ultraviolet) dalam cahaya matahari.
• Perencat api: kebanyakan polimer mudah terbakar, dengan penambahan ke
dalam bahan tambah ini. Bahan perencat api ini menyejukkan kesan kebakaran
sehingga api dihalang dari terus menyala.
26 Pemprosesan Bahan Polimer
• Teknik pembentukan bahan polimer
bergantung pada kategori polimer sama
ada termoplastik, termoset atau
elastomer, suhu melembut.
• Berikut adalah proses yang digunakan
dalam memproses termoplastik:
Penyemperit (extrusion), pengacuan
tiup (blow moulding), mesin penyuntik
acuan (injection moulding machine),
pembentukan vakum (vacuum
forming), pemejaman (spinning).
Peralatan pengacuan mampatan
• Untuk polimer termoset: pengacuan
mampatan (compression moulding),
pengacuan pindah (transfer moulding),
mesin penyuntik acuan (injection
moulding machine).

Peralatan penyuntik acuan

You might also like