You are on page 1of 8

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK MATANG
21700 KUALA BERANG

KERTAS CADANGAN PROGRAM


BULAN MEMBACA PSS SeMAT 2010

1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu
daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu murid-murid perlu
mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
mempunyai kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber sempena Bulan
Membaca PSS 2010. Oleh yang demikian, bulan Julai merupakan bulan membaca. Oleh
itu, Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui
sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”.
Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di
seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program
ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi
mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah
dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya
terutamanya di kalangan warga SeMAT..
 

2.0 NAMA PROGRAM


Pelancaran Bulan Membaca SeMAT 2010

3.0 ANJURAN
Unit Perpustakaan SMK Matang

4.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang cakna akan bidang pembacaan, Di dalam literasi maklumat juga
seseorang harus berupaya mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada sumber
primer, sumber sekunder dan sumber tertiari bagi memudahkan skop pencarian maklumat dengan
menggunakan strategi pencarian maklumat yang tepat.

5.0 VISI
Ilmu Membangunkan Tamadun

6.0 MISI
Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
7.0 TEMA
‘BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA’

8.0 OBJEKTIF
Diharapkan murid-murid dapat:
1. Mengenal Pusat Sumber dengan lebih dekat lagi
2. Meminati dan mencintai buku
3. Menarik penyertaan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi
menyuburkan minat membaca
4. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan
membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya
5. Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai
kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas .
6. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada
masa kini dan akan datang
7. Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan
dan keilmuan .
8. Merapatkan warga SeMAT dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di
kalangan rakyat Malaysia
9. Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan
kreatif
 
 
9.0 TEMPOH PELAKSAAN
9.1 Tarikh cadangan : 1 Julai – 31 Julai 2010
9.2 Tarikh kemuncak Perasmian : 11 Julai 2010

10.0 TEMPAT
10.1 SMK Matang

11.0 STRATEGI PELAKSAAN


11.1 Penyelarasan program oleh Unit Perpustakaan
11.2 Kerjasama penuh oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah
11.3 Pertandingan Melukis Poster
11.4 Pertandingan Mencipta Logo Bulan Membaca
11.5 Pertandingan Melengkapkan Cerita
11.6 Pertandingan Membuat Buku Skrap Tema 1 Malaysia
11.7 Pertandingan Teka Silang Kata
11.8 Rekod Pembacaan NILAM Terbanyak
11.9 Pertandingan Jejak Maklumat
11.20 Peminjam Buku Terbanyak Kategori Pelajar

12.0 TENTATIF PROGRAM


(sila rujuk lampiran)

13.0 SASARAN
13.1 Murid dan guru SMK Matang.

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
14.0 JAWATAKUASA INDUK PROGRAM

Penasihat : Puan Meriam binti Jusoh


Pengerusi : Puan Hjh Norlia bt Mat Zin
Naib Pengerusi : Pn Zainun bt Abd Ghani
Penyelaras : Pn Khairose bt Zainol
Pen. Penyelaras : Pn Zalina bt Muhammad
Setiausaha : Pn Rokiah bt Mat Daut
Bendahari : Pn Rufaihah bt Ghazali

AJK : Pn Zaheha bt Mohd Amin


Pn Hanisah bt Mat
Pn Normala bt Said
En Azaman bin Yusof
YM Syed Omar bin Syed Abdul Rahman
En Ahmad Fauzi bin Talib
En Wan Ahmad Amin bin Wan Idris
Pn Fatimah bt Mahmud
Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

15.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

15.1 Hadiah RM 489.60


15.1.1 Peralatan Lengkap Belajar
15.1.1.1 Tuala Besar bersulam 30 x RM 12.00
15.1.1.2 Tuala Muka bersulam 18 x RM 7.20

JUMLAH RM 489.60

16.0 ANGGARAN PENDAPATAN

16.1 Duit Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (Yuran Khas) RM 489.60


JUMLAH RM 489.60

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
17.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya. Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan mendapat
balasan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Diharapkan melalui aktiviti yang akan dijalankan akan
dapat meningkatkan pengetahuan murid dan menimbulkan minat mereka untuk mengunjungi Pusat
Sumber Sekolah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(KHAIROSE BT ZAINOL) (HJH NORLIA BT MAT ZIN)


Penyelaras PSS Penolong Kanan Pentadbiran
Program Bulan Membaca SeMAT SMK Matang

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
LAMPIRAN TENTATIF PROGRAM BULAN MEMBACA PSS SeMAT 2010 DAN
JAWATANKUASA KERJA

BIL PROGRAM TINDAKAN TEMPAT TARIKH


Pn Zaheha Mohd Di Dalam Kelas
1 Pertandingan Melukis Poster Julai 2010
Amin PSV
En Ahmad Fauzi Di dalam kelas
2 Pertandingan Melengkapkan Cerita Julai 2010
bin Talib BM
Pn Rokiah bt
3 Pertandingan Membuat Buku Skrap Di dalam kelas Julai 2010
Daud
Pn Rufaihah bt
Ghazali & En
4 Pertandingan Teka Silang Kata Di dalam kelas Julai 2010
Wan Ahmad
Amin
Pn Hanisah bt
Rekod Pembacaan NILAM
5 Mat & Pn Kelas Julai 2010
Terbanyak
Normala bt Said
Pn Zalina bt Pusat Sumber
6 Pertandingan Jejak Maklumat Julai 2010
Muhamad Sekolah
Penyelaras PSS
Pertandingan Peminjam Buku Pusat Sumber
7 & Pn Fatimah bt Julai 2010
Terbanyak Sekolah
Mahmud
Gerai Jualan Buku & Perpustakaan En Azaman bin 11 – 12
8 Dataran PSS
Bergerak Yusof Julai 2010
Pertandingan Mencipta Logo Bulan YM Syed Omar
9 Di dalam kelas Julai 2010
Membaca Abdul Rahman

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
Lampiran - TENTATIF PROGRAM

Program 1: Pertandingan Melukis Poster


Kategori: Individu (Semua Pelajar)

Deskripsi Pertandingan

a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid SMK Matang secara individu.
b. Tema : i- Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
ii- Membaca Santapan Minda Sekeluarga
c.  Tempat : Kelas
d. Tarikh : Sepanjang bulan Julai - 2 waktu    
e. Masa     : Semasa Kelas Pendidikan Seni
f. Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas)
g. Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis  
h. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

Program 2: Pertandingan Melengkapkan Cerita


Kategori: Individu (Semua Pelajar)

Deskripsi Pertandingan

a. Melibatkan semua pelajar


b. Setiap pelajar dikehendaki melengkapkan jalan cerita yang diberikan berdasarkan
kreativiti, pengetahuan dan pengalaman masing-masing.
c. Soalan akan diberikan semasa hari pertandingan
d. Tempat: Kelas
e. Tarikh : Sepanjang Bulan Julai
f. Masa: Semasa Kelas Bahasa Malaysia
g. Hakim Pertandingan: Guru-guru BM (mengikut kelas)
h. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

Program 3: Pertandingan Buku Skrap


Kategori: Berkumpulan (2orang)

Deskripsi Pertandingan

a. Terbuka kepada semua pelajar.


b. Penyertaan adalah secara berkumpulan
c. Tema : i – Satu Malaysia
ii – Rancangan Malaysia ke-10
d.  Tarikh Tutup  :  30 Julai 2010        
e. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.
f. Semua hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid adalah harta intelek murid dan sekolah.

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
Program 4: Pertandingan Mencipta Logo Bulan Membaca
Kategori: Individu (Menengah Rendah/ Menegah Atas)

Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH/MENENGAH
ATAS SMK Matang secara Individu.
b. Murid dikehendaki mencipta Logo Bulan Membaca yang berbahan menarik dan kreatif.
c. 1 logo = 1 penyertaan. Setiap pelajar HANYA boleh menghantar SATU sahaja penyertaan
sepanjang tempoh pertandingan.
d. Semua hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid adalah harta intelek murid dan sekolah.
e. Tarikh tutup untuk penghantaran hasil kerja adalah sebelum 30 Julai 2010. Semua keputusan
pengadil pertandingan adalah muktamad. Semua hasil kerja mestilah asli dan bukan diciplak atau
disalin dari mana-mana sumber.
f. Masa     : Semasa Kelas Pendidikan Seni
g, Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas)
h. Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis  
i. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

Program 5: Pertandingan Teka Silang Kata


Kategori: Semua Kelas

Deskripsi Pertandingan

a. Setiap kelas akan diberikan satu set silang kata yang merangkumi 5 bidang: Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, dan Pengetahuan Am.
b. Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan (kelas) untuk melengkapkan silang kata yang
disediakan.
c. Pemenang dikira berdasarkan jumlah betul yang paling banyak.
d. Markah dan jawapan akan dipaparkan.
e. Pemenang berdasarkan kelas.

Program 6: Pertandingan Jejak Maklumat


Kategori: 4 orang (berkumpulan)

Deskripsi Pertandingan

a. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, majalah lama, gam, gunting dan kad
manila.
b. Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk/ topik dan mencari maklumat dalam bahan
yang sedia ada.
c. Pelajar perlu menghasilkan hasil kerja mereka dalam bentuk kad manila.
d. Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan.

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS
Program 7: Pertandingan Rekod Bacaan NILAM Terbanyak
Kategori: Individu

Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH SMK Matang
secara Individu.
b. Murid dikehendaki membuat bacaan NILAM sepanjang tempoh Bulan Membaca.
c. Buku NILAM diagihkan kepada setiap pelajar.
d. Setiap pelajar diwajibkan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 rekod bacaan NILAM
dalam masa yang disediakan.
e. Buku NILAM dikutip selepas aktiviti dan dikira semula.

Program 8: Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak


Kategori: Individu

Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH/MENENGAH
ATAS SMK Matang secara Individu.
b. Murid boleh meminjam buku seberapa banyak sepanjang tempoh Bulan Membaca dan ianya akan
dinilai sebagai pemenang yang layak.

Disediakan oleh: Pn Khairose bt Zainol (Guru Media SeMAT)


PSS

You might also like