You are on page 1of 33

KEMAHIRAN ASAS

BOLA KERANJANG
MENYAMBUT
MENANGKAP BOLA
KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI

 Jari-jari dibuka luas : kedua-dua ibu jari agak dekat.


 Jari-jari kedua-dua belah tangan membentuk cawan.
 Sambut dengan hujung jari dan ibu jari kedua-dua
belah tangan, bukan dengan tapak tangan.
 Tangan bertindak sebagai kusyen dengan cara
membengkokkan siku : cara ini akan melembutkan
kederasan hantaran dan bola lebih mudah dikawal.
MENYAMBUT DARI HANTARAN
HADAPAN

 Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di


bahagian belakang bola.
 Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menyambut – keadaan tangan, hampir
lurus.
 Sebaik sahaja bersentuh dengan bola, bengkokkan
siku untuk melembutkan kederasan hantaran.
 Bawa bola ke dada.
MENYAMBUT DENGAN
SEBELAH TANGAN
MENYAMBUT SAMBIL
BERLARI
MELOMPAT DAN
MENYAMBUT BOLA
TINGGI
 Gunakan kedua-dua belah tangan sekiranya
hantaran tidak terlalu tinggi
 Gunakan sebelah tangan sahaja jika hantaran
terlalu tinggi - tarik turun bola supaya dapat

mengawal dengan kedua-dua belah tangan.


MENGGELECEK
MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN RENDAH

 Lutut bengkok dan badan condong ke hadapan.


 Aras lantunan adalah antara lutut dan pinggang.
 Baik untuk kawalan lantunan – digunakan
apabila dikawal ketat oleh pihak lawan.
 Menyusahkan pihak lawan merampas bola.
 Memudahkan pertukaran hala pergerakan
secara mengejut
MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN TINGGI

 Digunakan apabila kelajuan diperlukan,


misalnya semasa tiada pihak lawan mengawal
atau semasa melantun dengan tujuan
menjaringkan bola.
 Aras lantuanan antara pinggang dan dada.
KEMAHIRAN
ASAS
MENJARING
JARINGAN SECARA
STATIK
 Bersedia.
 Rendahkan badan dengan
cara membengkokkan lutut.
 Bola dipegang pada paras
dada.
Aksi menjaringkan bola :
 Badan dan lutut
diluruskan serentak.
Pegang bola:
 Satu tangan di bawah
dan satu lagi ditepi bola
 Aksi melepaskan bola
dan tangan yang menolak
bola.
 Berdiri di atas bebola kaki
ikut lajak dengan ke arah
jaring.
JARINGAN LOMPAT
• Bersedia - sama seperti
jaringan statik.

• Melompat dengan
kedua-dua belah kaki.
• Melepaskan bola
semasa mencapai
ketinggian maksimum.
lkut lajak dengan
tangan dan
mendarat.
JARINGAN LAYANG
Melantun bola ke arah
jaring dari sudut kanan
(atau sudut kiri).

Menangkap bola dan


mengambil dua
langkah besar ke arah
jaring.
Pada langkah ke dua,
lonjak ke atas dengan
sebelah kaki.
Pegangan bola di pindah ke
pegangan sebelah tangan
Tapak tangan di bawah
bola.
Semasa kemuncak
lonjakan, tolak bola ke
jaring dengan aksi
pergelangan tangan dan
jari.
Gunakan papan pantul
untuk jaringan sudut.

Elakkan daripada
memutarkan bola
JARINGAN TOLAK SEBELAH
TANGAN
Menangkap bola semasa
lari laju atau semasa
melantun laju ke arah
jaring.

Bola dipegang pada paras


dada dengankedua-dua
belah tangan.
Melonjak ke atas dengan sebelah
kaki.
Pegangan bola diubah ke sebelah
tangan - tapak tangan di bawah
bola.
Tangan jaringan diluruskan ke atas.
Bola ditolak ke arah jaring semasa
lonjakan mencapai ketinggian
maksimum.
Bola dilepaskan daripada hujung
jari dengan aksi pergelangan tangan
dan jari-jari.
lkut lajak dengan tangan
jaringan.

Pendaratan -
membengkokkan lutut
untuk melembutkan
pendaratan
JARINGAN MENCANGKUNG/LENGKUNG

Ketepatan jaringan amat diperlukan


Agak sukar dikuasai-juga sukar untuk pihak
lawan menghadang jaringan

You might also like