You are on page 1of 15

ORGAN MANUSIA

DEFINISI ORGAN

1. Kamus Dewan Edisi Baru

Organ merupakan alat dalam ubuh manusiam binatang dan tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai tugas yang penting

2. Kamus Harrap’s

Organ ialah bahagian badan yang mempunyai fungsi yang penting

3. Kamus al-Mu’jam al-Wasat

Organ ialah bahagian jasad manusia seperti tangan , kaki dan juga telinga

4. Kamus Lisan al-Arab

Organ sebagai satu daripada organ biri-biri dan lain-lain.


PENDERMAAN ORGAN

DEFINISI PENDERMAAN ORGAN

Kamus Lisan al-Arab

Derma membawa maksud pemberian tanpa pemintaan terlebih dahulu atau pemberian sesuatu kepada
seseorang yang tudak wajib diberi oleh pemberi.

Konteks Di Malaysia

„Proses mendermakan organ tubuh badan untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.‟
PEMINDAHAN ORGAN

DEFINISI PEMINDAHAN ORGAN

al- Bar

pemindahan organ ialah pengalihan organ dari penderma (donors) kepada penerima (recipient) untuk
mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.

Konteks Di Malaysia

Pemindahan organ ialah sebagai menganti organ yang gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan
seseorang dengan organ baru daripada seseorang penderma.

Rawatan pemindahan ini bertujuan untuk menyelamatkan pesakit yang hanya boleh disembukan
dengan rawatan pemindahan tersebut sahaja.
PENDERMA DAN PENERIMA ORGAN

Gambar 1.0 – Organ utama di badan kita iaitu jantung

DEFINISI PENDERMA ORGAN

„sebagai individu atau binatang yang diambil daripadanya organ-organ yang berkaitan‟

Selalunya organ yang diambil daripada penderma yang masih hidup ialah satu buah pinggang
, sebahagian kecil hati ,darah ,sum-sum tulang dan kulit.Bagi penderma kadaverik pula
,semua jenis organ dan tisu yang boleh digunakan untuk merawat penyakit tertentu.

DEFINISI PENERIMA ORGAN

Badan manusia yang menerima organ

Selalunya penerima organ mestilah mencukupi syarat-syarat penerima seperti kedudukan


umur , jenis penyakit , tahap keperluan kepada organ , kumpulan darah dan lain-lain.
JENIS-JENIS PENDERMAAN DAN
PEMINDAHAN ORGAN

Pendermaan dan pemindahan organ dapat dibahagikan kepada beberapa jenis :

1. PEMINDAHAN ORGAN SENDIRI (AUTOGRAFT)

Dalam pemindahan ini , organ diambil daripada suatu tempat pada badan pesakit .

Kemudian , ditanam pada tempat yang sakit pada badan nya juga.Ini banyak berlaku
kepada pemindahan tisu seperti kulit yang melibatkan kes-kes kebakaran.

Pakar-pakar bedah mengambil kulit paha mangsa misalnya untuk menampalnya pada
bahagian yang terbakar.

2. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN SEJENIS

Pemindahan ini hanya melibatkan organ-organ daripada seseorang kepada saudar kembarnya
(identical twins) dan pendermaan serta pemindahan organ daripada manusia.

3. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN DARIPADA SAUDARA KEMBAR


SENDIRI (ISOGRAFT)

Dalam pemindahan ini , hanya melibatkan saudar kembar sendiri yang dinamakan isograft
dan melibatkan 2 jenis :

A. Kembar seiras iaitu kembar yang muncul dari satu telur yang subur , kemudian
berpisah menjadi dua sel yang berasingan . Setiap satu menghasilkan embrio.Kembar
ini mempunyai persamaan dari aspek genetik.

B. Kembar tidak seiras iaitu kembar yang muncul daripada persenyawaan dua atau lebih
telur dalam satu waktu.

Pemindahan organ yang melibatkan ke dua jenis saudara kembar ini tidak memerlukan
kepada ubat penahan serangan antibodi immunosupression , kerana badan penerima tidak
menolak organ yang diterimanya , bahkan menganggap organ baru itu sebagai sebahagian
daripadanya. Ia merupakan pemindahan organ yang terbaik. Penerima juga menikmati daya
hidup yang lebih lama dan juga kurang terdedah kepada risiko . Ia juga merupakan
pemindahan yang paling berjaya.
5. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN YANG BERLAINAN (AUTOGRAFT)

Pendermaan dan pemindahan jenis ini adalah paling banyak dipraktikkan.

Penderma organ kadang-kadang daripada kalangan orang yang masuh hidup dan juga
kalangan orang yang terlah meninggal dunia.

Pedermaan jenis ini boleh menyebabkan penolakan ke atas organ yang ditanam pada
badan penerima.

Oleh itu , penerima perlukan ubat penahan serangan antibodi , immunosupression


sepanjang hayanya.

6. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN ASING (XENOGRAFT)

Ia hanya melibatkan organ dari jenis makhluk yang berbeza .

Contohnya , pemindahan organ anjing kepada kucing atau organ kera kepada manusia.

Kadang-kadang , tulang-tulang binatang juga digunakan untuk membelat tulang manusia yang
patah.

Walau bagaimanapun , penggunaan organ binatang hanya disentuh secara umum sahaja ,
sebaliknya perbicaraan tentang pendermaan dan pemindahan organ manusi kepada manusia
disentuh secara mendalam.
DAYA TAHAN ORGAN

Organ manusia mempunyai daya tahan yang tersendiri. Daya tahan ini akan bertambah
apabila ia disimpan di dalam bilik dan bekas yang sejuk dan juga peti khas.Antara satu organ
dengan satu organ yang lain mempunyai daya tahan yang berbeza- beza setelah dimasukkan
ke dalam bilik.

Daya tahan organ-organ ini dapat kita lihat di dalam jadual di bawah jadual 2.3.Tisu-tisu
badan manusia seperti kulit , tulang , kornea dan lain-lain juga mempunyai daya tahan yang
lebih lama berbanding organ.

Jadual 2.3 – Daya Tahan Organ


Pernyataan di atas menunjukkan daya tahan sesetengah organ atau tisu berbeza ikut keadaan

1. Melihat kepada jadual 2.3 dan pernyataan di atas , didapati organ yang paling lama bertahan
ialah buah pinggang .
KEDUDUKAN ORGAN DAN HUKUM
MENGAMBIL MANFAAT DARIPADANYA

Organ-organ yang berada pada tubuh badan manusia adalah suci , walaupun melibatkan organ
orang-orang yang bukan Islam , kerana kenajisan orang –orang yang bukan Islam hanyalah daripada
sudut iktikad yang menjadi pegangan sahaja.

Firman Allah (s.w.t.)

Maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis”

Menurut jumhur ulama , ayat ini membuktikan badan orang-orang mustrik tidak najis , kerana
Allah (s.w.t.) telah menhalalkan kepada orang-orang Islam memakan makanan yang dihidangkan oleh
ahli kitab.Sekiranya badan mereka najis , sudah pasti Allah tidak akan menghalalkan kepada orang-
orang yang berimam , tidak memakan makanan mereka , sedangkan soal makan adalah soal yang
penting dalam kehidupan orang Islam.
Pada pandangan syarak mengambil manfaat daripada organ-organ badan manusia baik yang
hidup atau yang sudah meninggal bagi merawat manusia lain , apabila mencukupi syarat-syarat
darurat dan tiada kaitan dengan kontrak pemindahan yang dikira kontrak harta kerana keadaan darurat
tidak terikat dengan keadaan- keadaan biasa.

Selain itu , mengambil manfaat daripada organ manusia dalam keadaan ini bagi merawat
manusia lain tidak bertentangan dengan kemuliaan dan tidak menceroboh kehormatannya.Maka,
apabila syarak mengharuskan memakan benda-benda haram dalam keadaan darurat , bererti ia juga
mengharuskan berubat dengannya , dalam situasi yang sama darurat berubat dengan benda –benda
yang haram adalah sama dengan darurat kepada keperluan memakan benda-benda yang haram ,
apabila tiada benda lain yang halal untuk dimakan.

Firman Allah (s.w.t.) :

Maksudnya :

“ Sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula
melampaui batas pada kadar benda yang dimakan itu , ia tidaklah berdosa.Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani”

Keharusan mengambil manfaat daripada organ manusia ini walau bagaimanapun terikat
dengan kadar yang diperlukan sahaja dan bukannya mengikut selera pihak yang mengambilnya sesuai
dengan kaedah fiqh :

Maksudnya :

“ Darurat itu ditentukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja”


HAK MILIK MANUSIA KE ATAS
ORGAN-ORGANNYA

Allah (s.w.t.) mencipta sesuatu yang ada di muka bumi ini untuk member kemudahan kepada
kehidupan manusia.

FirmanNya:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kemudahan kamu“

Ayat ini menunjukkan Allah (s.w.t.) telah memudahkan kepada manusia segala apa yang ada
di bumi untuk keperluan hidup mereka , termasuklah organ-organ yang ada pada tubuh badan mereka
sendiri. Sesuatu yang ada di muka bumi ini adalah milik manusia bila dipandang daripada sudut
penciptaannya , bertujuan untuk memudahkan kehdupan manusia walaupun bukan bersifat
mutlak.Permilikan mansia terhadap organnya adalah pemilikan manfaat.Pemiliknya yang
sebenarnya ialah Allah , kerana itu ia tidak boleh menggunakannya tanpa sebarang maslahah untuk
kepentingan sendiri.
SYARAT- SYARAT HENDAK JADI
PENDERMA ORGAN

Syarat-syarat ini merangkumi :

1. Penderma hendaklah berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ia tidak menghadapi masalah
tekanan darah dan bukan pembawa penyakit yang melibatkan organ-organ dalaman seperti
hepatitis B , batuk kering , AIDS , dan lain-lain.

2. Umur penderma mesti kurang 60 tahun.

3. Penderma tidak dihinggapi penyakit kanser dan penyakit berbahay yang lain di peringkat
awal.

4. Penderma tidak menghadapi masalah buah pinggang dan system kencingnya dalam keadaan
baik.Dengan perkataan lain buah pinggang penderma tidak mengalami jangkitan
(pieconafritis) , batu karang (nefrolitiasis) , kegagalan buah pinggang untuk berfungsi ,tiada
radangan pada saluran yang mengalir air kencing daripada pundi kencing (uretris) dan tidak
menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus).

5. Penderma tidak mengandung (Perempuan)

6. Penderma mempunyai darah yang sama atau sesuai dengan pesakit serta bersih dari jangkitan
penyakit anemia.

7. Tisu-tisu penderma hendaklah sesuai dengan tisu-tisu penerima. Jika tidak sesuai ,
pemindahan organ tidak dapat di jalankan.

8. Tidak terdapat bahan-bahan antibody yang beracun (cytotoxi antibodies) yang menyerang sel-
sel limpa.

Diambil dari Dato‟ Zaki Morad Zaher , Jabatan Nefrologi , HKL


SYARAT- SYARAT PENERIMA ORGAN

1. Penerima bersetuju menerima rawatan pemindahan organ.

2. Penerima bersetuju menjalani ke semua pemeriksaan kedoktoran yang berkaitan dengan


jasadnya.Persetujuan ini hendaklah dilakukan secara bertulis.Selain itu , persetujuan penerima
hendaklah disaksikan oleh dua orang saksi atau lebih.

3. Penerima telah mendapatkan keterangan yang jelas tentang segala yang berkaitan dengan
prosiding pemindahan organ , sejauh mana kejayaan dan kemungkinan kemudaratan akan
timbul supaya penerima berpuas hati.

4. Tisu-tisu dan jenis darah penerima sama dengan tisu dan jenis besar kepada penerima.

5. Penerima tidak menghadapi sebarang penyakit berbahaya selain daripada organ yang
hendaklah dibedahkan sewaktu proses pemindahan dilakukan.

6. Penerima mempunyai genetik dan saiz yang sama dengan penderma.

Diambil dari Dato‟ Zaki Morad Zaher , Jabatan Nefrologi , HKL


SYARAT-SYARAT ORGAN

 Organ-organ yang boleh membina semula

 Organ-organ yang menjadi punca pergantungan hidup seseorang

You might also like