You are on page 1of 48

BAB 5:

TAMADUN CINA
Pengenalan
 Pusat pertumbuhan tamadun utara adalah
terletak di perairan sungai Kuning (Huang
He)
 Pusat pertumbuhan tamadun selatan
adalah terletak di perairan Chang Jiang
 Pengajian utara dan Pengajian Selatan
Yellow river
Chang Jiang
Konsep dan Takrif
 Tamadun lebih mirip kepada persoalan
luaran seperti aspek material.
 Budaya pula lebih mirip kepada persoalan
dalaman seperti aspek spiritual.
 4 aspek yang mempengaruhi budaya Cina
ialah :

a) Persekitaran Geografi
 Faktor geografi sebagai pembentukan bangsa dan
budaya

b) Kerangka Masyarakat
 Jia Zu (bangsa) dan Jia Ting (keluarga)
 Sistem Zong Fa (Da Zong dan Xiao Zong)
 Prinsip Wu Lun (5 perhubungan)
 Pengajian Konfusianisme (prinsip Zhong dengan
Shu)
c) Ekonomi Pertanian
 Sistem Pertanian
 Pembahagian 4 peringkat susun lapis masyarakat

d) Warisan Sejarah
 Sejarah budaya dan tamadun
 Tanggungjawab sejarah
 Pembinaan etika perhubungan manusia
Konsep warisan dalam Falsafah
Cina
 Konsep Ren
 Konsep Li
 Konsep Zhong Yong
 Konsep Zong
 Konsep Shu
 Konsep Yi
 Konsep Ren
 Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih
sayang. Ren sebagai kesedaran akhlak, kod
nama untuk seluruh akhlak
 Pengajian Ren sebagai pemikiran falsafah,etika dan
politik.

 Konsep Li
 Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem
masyarakat; peraturan pelakuan
perhubungan di antara manusia dengan
manusia; untuk membezakan order susun
lapis masyarakat; sebagai kerangka
pentadbiran negara; lambang adat istiadat
corak kehidupan status yang berbeza
 Konsep Zhong Yong
 Takrif :
 Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau
mengurangi dari segi akhlak
 jalan pertengahan untuk mengimbangkan dan

mengharmonikan segala perkara sebagai asas


konsep jati diri
 menekankan kepercayaan akhlak, hasrat akhlak

dan harapan akhlak tentang keikhlasan dan


kejujuran diri
 prinsip membangun diri, prinsip perhubungan

sosial, prinsip menjadi manusia.


 Ia merupakan satu kesedaran dan keinsafan

dalam pembentukan akhlak


 Konsep Zong
 Takrif :
 Taat dan setia dan tidak berbelah bahagi
 Apa yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita

dirikan juga untuk orang lain


 Melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dengan

memenuhi tanggungjawab diri sendiri


 Konsep Shu
 Takrif
: Kemaafan; apa yang kita tidak ingin
orang lain lakukan terhadap diri kita, kita
jangan lakukan terhadap orang lain

 Konsep Yi
 Takrif
: Kewajaran; keadilan; perkara yang
sepatut kita lakukan
Wilayah, Bangsa dan Bahasa

Wilayah :
 Perairan sungai Kuning (Yellow river)
merupakan pusat pertumbuhan peradaban
Kuno di utara.
 Perairan Chang Jiang merupakan pusat
pertumbuhan peradaban Kuno di selatan
Bangsa :

 Konsep nama Cina Zhong Guo (Tiongkok)


- Ia membawa pengertian ‘Negara Tengah’
 Konsep Zhong Hua (Tionghua)
- Ia adalah gabungan dari istilah Zhong guo
dengan Hua Xia.
- Ia lebih ditujukan kepada konsep wilayah.
- Ia juga menerangkan tanah jajahan
pemerintahan dinasti Cina.
- Ia merujuk kepada Bangsa Han dan
mempunyai pengertian Konsep Budaya
iaitu budaya Zhong Yen
Pada Dinasti Ming, istilah ini mempunyai
pengertian politik iaitu dengan slogan kata
menghalau bangsa asing memulihkan
bangsa Zhong Hua

Pada zaman Republik ia lebih jelas lagi


menunjukkan slogan kata menghalau
bangsa Barbarian memulihkan bangsa
Tionghua
 Konsep bangsa (Min Zu)
Ia lebih dirujukkan kepada penjenisan bangsa
Cina, bangsa HuaXia, Han dan Tang.

 Konsep bangsa Tionghua


Ia dirujukkan kepada bahasa Han dan budaya
yang dicipta oleh bangsa Han

 Budaya Cina mempunyai ciri-ciri sifat kesatuan,


kepelbagaian dan perkembangan wilayah
 Konsep negara
Ia dirujukkan kepada konsep
mengkeluargakan seluruh negara.
Istilah negara adalah gabungan Guo
(negara) dengan Jia (keluarga).

 Konsep Tian Xia


Ia membawa pengertian di bawah langit,
kerajaan dan seluruh alam.
Ia menempatkan Guo di bawah Tian Xia dan
menganggap Guo sebagai kuasa politik
dan Tian Xia sebagai budaya
Bahasa :
 Terbahagi kepada bahasa lisan dan
bahasa tulis.

 Bahasa Lisan :
 Bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
 Bahasa daerah sebagai bahasa pertuturan dialek

 Empat nada
 Bahasa Tulis :
 Kaedah pembentukkan bahasa cina berlandaskan
pada Liu Shu.
 Liu Shu terdiri daripada :

 Xiang Xing (bentuk imej) - Je


 Zhi Shi (petunjuk abstrak) - Shang
 Xing Sheng (gabungan bentuk dan bunyi) - He
 Hui Yi (gabungan erti perkataan sedia ada) - Xiu
 Zhuan Zhu
(pinjaman pada perkataan sedia ada) – Kao dan Lao
 Jia Je (kata pinjaman) – Chang dan Lin
Sistem Kekeluargaan dan
Masyarakat
 Kuasa bapa/suami sebagai pusat dalam sistem
kekeluargaan.
 Nilai sistem Sangkang dan Wu Chang

 Kuasa Raja sebagai pusat dalam sistem


masyarakat.
 Nilai mulia dan hina dalam susun lapis
masyarakat.
 Nilai keadilan dan kepentingan dalam
masyarakat
Pelbagai Agama dalam Tamadun
Cina
 Agama Buddha dan Falsafahnya
 Buddha terbahagi kepada Da Chen dan Xiao Chen
 Mengosongkan diri dari segala hasrat nafsu

 Sifat Asal dan Sifat Benar dalam kesedaran

 Pembebasan dari penderitaan


 Agama Dao dan Falsafahnya
 Mengemukakan konsep Zhen Ren (orang tulen), Zhi Ren
(orang sempurna), Shen Ren (manusia nabi) dan Sheng Ren
(manusia dewa)

 Agama Islam dan Falsafahnya


 Konsep Zhen Yi (kebenaran Yang Maha Esa) / Syahadah
 Mengkaji benda untuk mencapai ilmu
 Pandangan Takdir (persoalan sifat manusia baik dan buruk)
 Sifat baik buruk mempunyai hubungan dengan keimanan
seseorang
 Pandangan kebaikan di dunia dan di akhirat
 Taat kepada Tuhan dan Raja
 Berbakti (Xiao - taat) kepada kedua ibu bapa
 Konsep Zhen (Kebenaran), Yi (Satu), Dao (Prinsip)
Pandangan Semesta dan Nilai-nilai

 Teori Nilai Akhlak Konfusianisme – Ren Yi


 Teori Nilai Kepentingan Moisme – saling
mencintai dan menukar kepentingan
 Teori Nilai Natural Daoisme – naturalisme
dan Wuwei
 Teori Nilai Aliran Legalis – sistem nilai
kuasa
 Teori Nilai Akhlak Konfusianisme
 Ren adalah kasih sayang – Konfusius
 Ren adalah manusia – Meng Zi

 Ren Yi adalah sifat asas manusia

 Ren merupakan hati manusia, Yi merupakan jalan

manusia – Meng Zi
 Teori Nilai Kepentingan Moisme
 Yi adalah kepentingan
 Saling menukar kasih sayang dan saling menukar

kepentingan
 Teori Nilai Natural Daoisme
 Naturalisme dan Konsep Wu Wei merupakan
prinsip nilai yang paling tinggi
 Konsep natural ialah tanpa keperluan peribadi,

tanpa kelakuan yang gila, tidak memaksa dalam


sesuatu hal mengikut fitrah alam
 Konsep natural merupakan cara dan jalan untuk

mencapai kebebasan rohaniah


 Teori Nilai Aliran Legalis
 Kuasa raja merupakan yang paling penting dalam
penentuan dan pengawalan perundangan
 Kuasa ialah alat dan modal untuk mentadbir

seluruh alam
 Sistem perundangan terletak kepada keadilan,

sama rata, jelas


 Kurniaan dan hukuman merupakan kaedah dalam

pemilihan dan perlantikan


Sains dan Teknologi
 Konsep Yin Yang

 Teori Yin Yang merupakan percanggahan


pertentangan dari dua aspek positif dan
negatif sesuatu benda.
 Ia juga saling bergantung di antara satu sama
lain dan ia juga saling melenyap dan
menghidup antara satu sama lain
 Konsep Wu Xing
 Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu
logam, kayu, air, api dan tanah.
 Konsep ini saling mengawal dan saling
mengatasi antara satu sama lain seperti api
dengan air
Bidang Astronomi

 Pada tahun 1267, seorang ahli astronomi bangsa Hui,


Jamaluddin mendirikan sebuah pentas astronomi
 Dia mempelajari dan mencipta alat astronomi seperti:
i. Dhatu al halaqi
ii. Dhatu Su Shu Batai
iii. Rukhmani-i-Muwjja
iv. Rukhama-i-Mustaiya
v. Kura-i-sama
vi. Kura-i-ard
vii. Asrolabe
 Alat-alat ini digunakan untuk memerhatikan langit di
waktu siang dan malam serta memastikan waktu
musim
 Jamaluddin telah mengarang “Hui Hui Li”
Rekaan peralatan Astronomi
Rekaan peralatan Astronomi
Bidang Matematik

 Tamadun Cina lama telah menciptakan kaedah


pengiraan dalam sistem rumah puluh.
 Kaedah penciptaan matematik (Jiu Zhang Suan
Shu) merupakan sebuah buku matematik yang
membincangkan persoalan kehidupan biasa
seperti kaedah angka campur dan angka tolak
untuk bilangan positif dan negatif.
Bidang Perubatan

 Punca pemikiran perubatan bangsa Hui


 Radzi (864-932)
 Mewarisi teori Falsafah Alam Tabii Yunani dan teori
Falsafah Agama Islam
 Menganjurkan teori Zhen Yi (The true One)
untuk menerangkan pembentukan makhluk
sejagat
 Dunia besar dan dunia kecil serta juga makhluk
merupakan hasil pengaliran cahaya Zhen Yi
(The True One)
Hui Hui Yao Fang
“ Hui medicine is a mixture of Han medicine and
Arab-Islam medicine. It was in the time of great
prosperity in the Jin and Yuan period when there
was a medical book, Hui Hui Yao Fang which
included both Han-style medicines such as bolus,
ointment, powder, liquid and Arabic medicines like
aromatic compound, collunarium, alcoholic drink
mixed with fruit juice, and syrup, etc. ”
Sumbangan Hui Hui Yao Fang (Preskripsi
Hui Hui) terhadap teori perubatan Bangsa
Hui (Cina Muslim)
 Sumbangannya seperti berikut :
i. Memperkayakan ilmu herba perubatan tradisi Cina
dengan penulisan dan pembawaan masuk kitab
perubatan
ii. Menyebarkan pengetahuan terhadap geografi, asal
usul, herba-herba yang diperkenalkan
iii. Pembawaan masuk bahan perubatan dan preskripsi
Arab
iv. Pelaksanaan perawatan oleh doktor Cina Muslim
v. Hubungan perubatan Islam dan perubatan tradisi
Cina
 Empat penciptaan Agung :
 Teknik membuat kertas
 Percetakan

 Bahan Letupan

 Kompas
Interaksi Tamadun Cina dengan
Barat
 Terbahagi kepada 3 aliran :
 Menerima pengaruh budaya barat secara
menyeluruh
 Aliran pemulihan kuno

 Pemikiran Marxisme dan aliran gabungan budaya

lama dan baru


 Interaksi budaya cina dengan Korea.
 Imigrasi
 Pengaruh Konfusianisme

 Sistem

 Agama Buddha

 Bahasa Cina

 Seni tembikar, seni lukis, seni arca


 Interaksi budaya cina dengan Jepun.
 Membawa masuk teknologi pertanian,
pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas
besi dan gangsa.
 Mempelajari pelbagai aspek budaya Cina -

bahasa,sejarah, agama, falsafah, kesenian dan


sistem politik
 Sistem tulisan cina

 Perkembangan Konfusianisme di Jepun

 Pengaruh kesenian dan kebudayaan cina


 Interaksi budaya cina dengan Vietnam.
 Kebudayaan cina
 Sistem bahasa

 Pemikiran dan adat resam dan sistem nilai

 Pemikiran Konfucianisme merupakan bahan

peperiksaan awam
 Interaksi budaya cina dengan India
 Kemasukan agama Buddha dan fonetik bahasa cina
 Penulisan naratif. Bianwen.

 Interaksi budaya cina dengan dunia Islam.


 Empat ulama utama, Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma
Dexin.
 Terjemahan kitab al-Quran dan hadis ke dalam bahasa cina
 Pertembungan nilai Konfucianisme (Wudie) dengan Islam
(Wugong)
 Pertumbuhan pendidikan madrasah
 Terjemahan kitab perubatan Ibn Sinna dan karya Li Xun iaitu
Haiyao bencao (Material Medina Seberang Laut)
 Mencipta tujuh jenis peralatan astronomi dan kalendar Hui
Hui.
Kesimpulan
Kita perlu memberi perhatian tentang :

a) pengimbangan nilai tradisi pelbagai peradaban


b) pembinaan negara bangsa
c) Memikir semula cabaran dan harapan terhadap sejarah
perkembangan manusia
d) Kemerosotan bahan sumber, kebanjiran kependudukan
dan bahaya ekologi
e) Menilai warisan tradisi dan pembangunan semula
masyarakat bertamadun
f) Pengajaran dan iktibar dari pelbagai tamadun dalam
membina kemanusian dan peradaban

You might also like