You are on page 1of 21

1

1.0 PENGENALAN

Orang Muslim memerintah India melebihi daripada enam abad, secara amnya mereka
mempunyai kemampuan untuk menakluk keseluruhan India. Walaubagaimanapun menjelang
akhir zaman pemerintahan Kerajaan Aurangzeb, Empayar Mughal mulai merosot dan
mengalami proses kejatuhan1.

Kebangkitan puak Maratha melalui pemberontakan yang dijalankan secara


menyeluruh diseluruh India telah membawa kepada pembentukan sebuah Empayar Maratha
yang besar dan kuat pada abad ke-18. Selepas suatu ketika, puak Sikh juga mampu
mendirikan sebuah kerajaan dibawah pentadbiran mereka sendiri, hal ini memberikan
tekanan kepada kaum muslim yang suatu ketika dahulu menjadi sebuah kuasa besar di India.
Namun demikian walaupun tidak mampu mengekalkan kekuasaan mereka terhadap seluruh
India, telah muncul dengan banyaknya negara-negara Islam kecil di India.

Pertembungan antara dua kuasa penjajah utama ketika itu iaitu di antara Perancis dan
Inggeris telah membawa banayak perubahan terhadap para penduduk di India baik dari aspek
politi, ekonomi dan sosial. Selepas mengalahkan persaingnya di Bengal dan Deccan, Inggeris
telah berjaya membina sebuah empayar mereka di India. Satu persatu wilayah Islam telah
ditawan dan dirampas kekuasaannya oleh pihak Inggeris. Hal yang sama juga menimpa puak
Maratha, mereka ditewaskan dan wilayah taklukan mereka juga dirampas oleh kuasa
inggeris.

Tahun 1840 menyaksikan wilayah Sind dan Punjab pula jatuh ke tangan penjajah
Inggeris. Pada pertengahan abad ke-19, British telah berjaya menakluk keseluruhan India
dengan jayanya. Mereka memerintah India dengan pemerintahan kuku besi hinggakan rakyat
jelata tidak berpeluang menyuarakan hak dan pendapat mereka kepada pentadbiran kerajaan
British di India2.

1
V.D Mahajan, History Of Mordern India (1919-1982),S. Chand & Company LTD, 1983, New Delhi, hlm. 252.
2
Ibid, hlm. 252.
2

Namun demikian pemberontakan Dahagi pada tahun 1857 menjadi kemuncak


permulaan kepada gerakan pemisahan politik muslim dimana mereka mulai sedar bahawa
mereka perlu mempertahankan hak dan kepentingan mereka terutamanya agama Islam. Oleh
yang demikian pembaharuan telah dilakukan oleh tokoh-tokoh pemikiran mereka hinggakan
munculnya gerakan pemisahan politik muslim yang mencetuskan perpecahan India kepada
sebuah wilayah yang baru iaitu Pakistan pada tahun 14 Ogos 1947.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MUNCULNYA GERAKAN


PEMISAHAN POLITIK MUSLIM DI INDIA SEHINGGA MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN PAKISTAN

2.1 Komunalisme Syed Ahmad Khan: Suatu Pembukaan Pemikiran Kritis Umat Islam
3

Komunalisme merupakan satu ideologi yang membawa maksud sekumpulan manusia dengan
kuat mempertahankan hak etnik, agama, bahasa, budaya dan kepentingan masyarakatnya
semata-mata. Mereka juga meletakkan kedudukan masyarakat pada tahap paling tinggi
mengatasi kehendak individu. Manakala individu pula, memberikan pengaruh kepada
masyarakat untuk bergerak ke arah memperjuangkan tujuan tertentu.

Sir Syed Ahmad khan merupakan tokoh yang berpengaruh dalam kalangan
masyarakat Islam dan mendominasi arena politik India pada tahun 1858 hingga 1898 3. Beliau
merupakan jurubicara aspirasi baru yang runtuh akibat daripada pemberontakan. Atas
kesedaran dan daya usahanya membela nasib masyarakat India Muslim, beliau dianggap
sebagai pengasas fahaman pemisahan ataupun dikenali sebagai founder of Muslim
separatism dan orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea “Two Nation Theory” yang
memecahkan India menjadi Pakistan4. Idea ini menjadikan masyarakat Islam berjuang untuk
mendapatkan hak mereka kerana merasakan mereka tidak mendapat tempat di negara yang
majoritinya menganut agama Hindu.

Beliau berpendapat bahawa pemberontakan Sepoi ataupun Dahagi yang berlaku pada
tahun 1857 adalah satu kesilapan besar yang dilakukan, pada pendapat beliau ianya
memberikan impak negatif kepada masyarakat Islam yang telah dianggap sebagai punca
berlakunya pemberontakan ini oleh pihak British. Kesan daripada peristiwa Dahagi tersebut,
beliau menyimpulkan bahawa masyarakat Islam seharusnya berbaik-baik dan bekerjasama
dengan kerajaan Inggeris bagi kepentingan masyarakat Islam itu sendiri di samping
menjadikan kejayaan masyarakat Hindu sebagai panduan5.

Syed melihat perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam sebagai suatu masalah
yang perlu dibendung dengan segera kerana ianya bagaikan barah yang merebak dengan

3
Md Afandi Hj. Awang, Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India, Penerbit Universiti Malaya, 2006.
Kuala Lumpur, hlm.59.
4
Ibid, hlm. 59.
5
V.D Mahajan, History Of Mordern India (1919-1982), S. Chand & Company LTD, 1983, New Delhi, hlm.
254.
4

cepat dan pantas. Pada pendapat beliau pemikiran jumud masyarakat Islam perlu
ditransformasikan kerana pemahaman Islam yang diamalkan mereka telah membawa
kemunduran kepada mereka, Syed melihat itu sebagai penghalang ke arah membawa
kemajuan masyarakatnya daripada terus ketinggalan dibelakang para penganut Hindu. Oleh
itu inisiatif yang diambil oleh beliau ialah dengan membawa satu bentuk pemikiran baru yang
progresif ke arah pentafsiran agama perkara agama yang bersesuaian tanpa menghalang
kemajuan.

Beliau merasakan bahawa cara yang paling baik untuk mencapai tujuan tersebut
adalah dengan membuat transformasi dalam sukatan pelajaran agama Islam yang diajar di
setiap institusi pelajaran pada ketika itu kerana sukatan pelajaran pada masa itu terlalu
bersifat menghalang kemajuan. Pengarang berpendapat bahawa hal ini berlaku disebabkan
mereka terlalu mengikut apa yang ditetapkan tanpa menyedari bahawa etika ilmu Islam
sangat-sangat luas, oleh itu ianya memerlukan akal dan minda yang kritis untuk
memahaminya, berbanding dengan pemikiran masyarakat ketika itu yang berfikiran jumud
dan sempit kerana tidak berupaya memikiran sesuatu aspek dengan pemikiran yang rasional.
Oleh yang sedemikian hal inilah yang ingin diberikan perhatian oleh Syed, beliau menyedari
bahawa terdapatnya sistem ilmu lain yang diamalkan di barat yang mana sistem ini
memberikan kebebasan penggunaan akal serta menekankan konsep pembuktian yang kukuh6.

Syed berhijrah ke London selama setahun lima bulan pada tahun 1869, beliau
memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada di sana dengan mengadakan pertukaran
idea dan pendapat dengan tokoh-tokoh akademik dan pemikir, bergaul dengan ahli-ahli
politik, para pengiat seni serta orang kebanyakan7. Pengarang melihat ini sebagai satu
konteks utama yang digunakan oleh Syed dalam usahanya mentransformasikan pendidikan
masyarakat Islam dengan memahami terlebih dahulu pendekatan yang diambil oleh
masyarakat barat dalam memodenkan negara bangsa mereka. Apabila pulang ke tanah airnya
India, Syed mula bergiat aktif dalam mencorakkan permodenan agamanya berdasarkan
pemikiran beliau. Penentangan terhadap sebarang bentuk perubahan yang ingin dilakukan
oleh beliau terutamanya oleh golongan yang mahu mengekalkan skop pembelajaran Islam
6
Md Afandi Hj. Awang, Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India, Penerbit Universiti Malaya, 2006.
Kuala Lumpur, hlm. 60.
7
Ibid, hlm. 60.
5

yang lama ditentang habis-habisan oleh beliau, tujuannya adalah untuk menjayakan
perancangan bagi membawa perubahan kepada masyarakat Islam. Kejayaan perubahan yang
ingin dilakukan oleh Syed Ahmad Khan menampakkan kejayan apabila beliau berjaya
menubuhkan Kolej Muhammadan Anglo-Oriental di Aligarh pada tahun 18758. Kolej MAO
menjadi pusat penyebaran ilmuan dan budaya Islam utama di India, kebanyakan masyarakat
Islam menghantar anak mereka belajar di kolej tersebut, pemisahan antara golongan Muslim
dan Hindu berlaku melalui perjuangan Syed Ahmad Khan.

Selain itu juga pada pemikiran beliau apabila British sedia memberikan menyerahkan
kuasa pemerintahan India kepada para penduduk India, golongan Islam tidak akan mendapat
sebarang keuntungan daripada penyerahan terbabit dan orang muslim yang merupakan
penduduk minoriti di India tidak akan dapat mempertahankan hak mereka. Majoriti Hindu
akan berupaya melakukan apa sahaja kepada minoriti penduduk Islam, atas alasan tersebut
maka Syed Ahmad khan menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan gerakan
nasionalis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak9. Sir Syed Ahmad Khan tidak peduli
samada India akan mencapai kemerdekaan ataupun tidak, hal ini pada pandangan pengarang
bukannya disebabkan oleh beliau tidak mahu melihat india bebas daripada cengkaman
British, sebaliknya pada masa itu beliau ingin memperkukuhkan dan memantapkan umat
Islam terlebih dahulu serta pada anggapan beliau masa depan umat Islam akan hancur
sekiranya British keluar daripada India. Hal ini adalah disebabkan oleh kerisauan Syed
Ahmad Khan jika lebih banyak kuasa diberikan kepada penganut agama Hindu oleh British
maka ianya akan mengakibatkan kuasa tersebut disalahgunakan oleh penganut Hindu untuk
menetang umat Islam di India10. Menyedari pekara seperti itu akan berlaku, maka Syed
menghalang sekeras-kerasnya penyertaan orang Islam untuk menyertai Kongres Kebangsaan
India, akhirnya Kongres yang kononnya berjuang untuk semua hanya menekankan aspek-
aspek penting golongan Hindu sahaja. Atas sebab terbabit juga tempias kerisauan Syed ini
terkena kepada umat Islam lain hinggakan mereka juga mula memikirkan mengenai masa
depan mereka di India, oleh yang demikian hal seperti inilah yang menjadi punca kepada

8
John Cooper, Ronald Nettler dan Mohamed Mahmoud, Islam dan kemodenan: pandangan intelektual
Islam, Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2008, Kuala Lumpur, hlm. 11.
9
V.D Mahajan, History Of Mordern India (1919-1982), S. Chand & Company LTD, 1983, New Delhi, hlm.
256.
10
Ibid, hlm. 256.
6

gerakan pemisahan Islam ini kerana mereka merasakan bahawa kepentingan, hak dan
keselamatan mereka tidak akan terjamin jika berada di dalam India.

Oleh sebab penentangan Syed terhadap Kongres maka beliau telah di anggap sebagai
individu yang antinasional dan tidak bersikap patriotik. Namun demikian pada pendapat
penulis, Syed tidak mempedulikan semua itu kerana beliau ingin menumpukan terlebih
dahulu kepada kepentingan umat Islam terutamanya dari segi pendidikan kerana pada
pandangan beliau masyarakat Islam jauh ketinggalan seabad daripada kemajuan dalam semua
aspek terutamanya pendidikan.

Komunalisme yang dibawa oleh Sir Syed Ahmad Khan berhasil apabila umat Islam
mulai sedar mengenai apa yang berlaku di dalam India hinggakan kedudukan mereka terjejas,
gerakan nasionalis menjadi lemah hingga akhirnya pada tahun 1947 berlakunya pemisahan
India.

2.2 Pembahagian Bengal kepada 2 wilayah berasingan: Suatu Fenomena Awal Gerakan
Pemisah Islam

Pada Oktober 1905, Lord Curzon telah mengumumkan mengenai pembahagian Bengal
kepada 2 wilayah berasingan11. Beliau merasakan bahawa Bengal merupakan wilayah yang

11
Ibid, hlm. 259.
7

sangat besar, ini menyukarkan pihak Inggeris untuk menjalankan pentadbirannya dengan
berkesan.

Walaubagaimanapun, pembahagian Bengal adalah bertujuan untuk menempatkan


golongan muslim di sebuah wilayah yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Hal
ini adalah disebabkan oleh kesetiaan yang telah ditunjukkan orang Muslim terhadap
pentadbiran Kerajaan British serta tindak balas British terhadap kelompok Benggali Babu
yang telah menentang pentadbiran mereka12. Pengarang melihat hal ini lebih kepada sikap
British yang mahu menunjukkan keegoannya sebagai pemerintah yang berkuasa melakukan
apa sahaja mengikut kepentingan mereka sendiri.

Pengarang juga melihat hal ini dari sudut bahawa kebajikan kaum Muslim ini telah
dititik beratkan oleh British hinggakan mereka memberikan sokongan penuh kepada
pembentukan sebuah wilayah yang majoritinya terdiri daripada orang Islam. Golongan
muslim sangat menghargai idea yang dicetuskan oleh Lord Curzon ini manakala di pihak
penganut agama Hindu pula mengkritik tindakan ini, kaum muslim pula membalas dengan
menetang segala bentuk bantahan terhadap pembahagian Bengal ini. Masyarakat Islam
diyakinkan oleh British bahawa pembahagian wilayah Bengal kepada 2 wilayah yang berbeza
amat menguntungkan masyarakat Islam secara keseluruhannya. Pada mesyuarat Liga Muslim
yang diadakan di Dacca pada 30 December 1906 memutuskan bahawa pembahagian Bengal
ini membawa kebaikan kepada mereka.

Dalam sebuah perjumpaan terbesar yang diadakan pada tahun 1908, Liga Muslim
menyatakan bahawa mereka bimbang dengan tindakan gerakan anti pemisahan yang
membantah pemisahan Bengal, Liga Muslim menekankan bahawa mereka tetap menyokong
pemisahan tersebut kerana ianya akan menjamin keselamatan golongan muslim di Bengal
Timur dari terus menerima kesan degrasi dan di pandang rendah 13. Liga muslim juga
menyatakan bahawa sebarang perubahan yang dibuat di dalam proses pemisahan akan
membawa kesan yang mendalam di kalangan orang muslim malahan ianya kemungkinan

12
Ibid, hlm. 259.
13
Ibid, hlm 259.
8

besar akan merebak ke seluruh India. Cabang Liga Muslim di London yang terpengaruh
dengan pelan tindakan pemisahan ini bertindak untuk memantau idea pemisahan ini agar
ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kegagalan. Tindakan yang dilakukan ini
merupakan tindakan yang bertujuan untuk mengagumkan pihak British di atas ketegasan
mereka untuk membahagikan presidensi Bengal kepada 2 bahagian yang dianggap lebih
bermanfaat. Selain itu juga mereka menganggap bahawa pandangan mereka juga harus
diambil kira sebelum sebarang tindakan diambil oleh pihak British. Golongan Muslim
beranggapan bahawa kehidupan dan hak-hak mereka hanya akan lebih terjamin sekiranya
berada di bawah pemerintahan Bristih14.

Sokongan masyarakat Islam terhadap keinginan untuk pembentukan sebuah


presidensi yang mana majoriti penduduknya merupakan orang Islam terbukti apabila mereka
membantah tindakan British untuk membatalkan hasrat pembahagian Bengal kepada 2
wilayah berasingan, orang Islam mengkritik tindakan British yang pada pandangan mereka
telah mengkhianati mereka. Walaupun pemisahan yang ingin dilaksanakan pada 1905 tidak
berjalan dengan lancar, namun demikian pada Ogos 1947 wilayah Bengal telah dipisahkan
kepada 2 bahagian iaitu Bengal timur dan barat, Bengal Timur akhirnya diserahkan kepada
kaum muslim yang menjadi penduduk majoriti di provinsi berkenaan15.

2.3 Kebangkitan Liga Muslim India

Pada 30 December 1906 telah ditubuhkan Liga Muslim dengan rasminya16, ianya ditubuhkan
bertujuan untuk melindungi kepentingan mereka sendiri. Liga Muslim merupakan gerakan
yang menyatukan seluruh umat Islam ke arah satu pergerakan menuntut keadilan dan
kesamarataan bagi orang islam di India.

14
Ibid, hlm. 260.
15
Ibid, hlm. 260.
16
Lal bahadur, Struggle For Pakistan: Tragedy of the Ttriumph of Muslim Communalism in India,Oriental
University Press, 1988, London, hlm. 60.
9

Liga Muslim tidak menyertai Kongres Nasional India dan mengadakan satu platform
perjuangan baru untuk kepentingan mereka sendiri. Sesi tahunan pertama Liga Muslim
diadakan di Karachi pada 29 December 1907. Karachi di Sind dipilih sebagai lokasi adalah
kerana ianya dianggap suci disebabkan oleh ianya merupakan tempat pertama yang didatangi
oleh Muhammad Bin Qasim dalam usahanya menegakkan syiar Islam di India. Pada
pandangan pengarang lokasi ini dipilih adalah untuk mewujudkan sentimen keagaamn
bahawa Islam pernah datang dan menakluk seluruh India, menunjukkan bahawa Islam itu
kuat, medium ini digunakan juga bagi membakar semangat perjuangan umat Islam India.

Kesemua orang Islam mengalu-alukan reformasi Minto-Morley disebabkan mereka


telah memberikan apa yang dikehendaki oleh orang Islam. Perjuangan Liga Islam bukan
sahaja berjaya membahagikan pilihanraya bersaingan untuk mereka malahan telah berjaya
memohon kuota jawatan dalam pentadbiran kerajaan yang dibentuk berdasarkan posisi
mereka dalam politik negara India17.

Apabila Itali menyerang Turki pada tahun 1911, masyarakat Islam India mengadakan
protes dan meminta pihak British untuk membantu Turki. Mualana Mohammad Ali
menyatakan kekesalannya mengenai pekara yang menimpa Turki, kerana pada dekad itu
kerajaan Turki merupakan satu-satunya benteng terakhir umat Islam sebagai sebuah empayar
yang besar18. Pada pandangan beliau Turki seharusnya kuat kerana ianya sahaja yang akan
mencetuskan reformasi bukan sahaja di India malahan di seluruh dunia, Turki mengharapkan
bantuan daripada British sedangkan ianya tidak berlaku dan keselamatan mereka
sememangnya sudah terancam. Pengarang melihat umat Islam pada ketika itu menyandarkan
harapan pemulihan dan reformasi yang sangat besar kepada Turki, yang diikuti dengan
gerakan Pan-Islamisme secara besar-besaran yang bertujuan untuk menyatukan umat Islam
pada ketika itu. Hal ini juga menyebabkan umat Islam teruatamanya di bawah naungan Liga
Muslim merasakan nasib yang sama akan menimpa mereka malahan akan lebih buruk lagi
jika tindakan segera tidak diambil bagi memperjuangkan hak mereka.

17
V.D Mahajan, History Of Mordern India (1919-1982),S. Chand & Company LTD, 1983, New Delhi, hlm.
268.
18
Ibid, hlm. 270.
10

Apabila perang Dunia Pertama meletus pada 1914 dan Turki mengishtiharkan
peperangan terhadap Brirtish. Sekali lagi Liga Muslim berada di satu tahap “dimana ditelan
mati emak, diluah mati bapa” ini adalah disebabkan Liga Muslim mahu melihat sebuah
Empayar Turki yang mantap dikembalikan dan pada masa yang sama memerlukan bantuan
British bagi memajukan umat islam. Hal inilah yang ditekankan oleh Syed Ahmad Khan agar
tumpuan utama adalah pada umat Islam di India tanpa mempedulikan keadaan dunia luar,
keutamaan harus diberikan kepada Islam di India.

Pengarang melihat kebangkitan Liga Muslim dan isu-isu mengenai Empayar Turki
yang dimainkan adalah bertujuan untuk menaikkan semangat sentimen keagamaan demi
melihat penduduk minoriti Islam di India terjamin hak dan masa depan mereka.

2.4 Ideologi pembentukan Pakistan Oleh Iqbal

Sir Muhammad Iqbal dalam ucapan beliau pada sesi pertemuan Liga Muslim Seluruh India
yang diadakan pada December 1930, beliau menegaskan pendirian beliau bahawa
pembentukan sebuah negara asing daripada India yang majoritinya terdiri daripada orang
Islam adalah perlu bertujuan untuk menjaga kepentingan orang Islam daripada dicerobohi
oleh orang Hindu19. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin melihat Punjab, sempadan

19
Ibid, hlm. 284.
11

provinsi barat hingga ke timur, Sind, Baluchistan menjadi sebuah negara yang berasingan
daripada India yang asal. Pembentukan kerajaan tersebut mesti dilaksanakan iaitu dengan
cara bersama-sama dengan British ataupun tanpa British, walaubagaimanapun beliau
bersetuju agar pengecualian diberilan kepada Amabala dan daerah-daerah lain yang
penduduk dominannya adalah terdiri daripada bukan muslim. Namun demikian tindakan
yang diambil oleh Iqbal itu hanya melibatkan barat dan timur India tanpa mempedulikan
keadaan Bengal.

Dengan keadaan perubahan demi perubahan maka pandangan dan idea pemisahan
sebuah negara Islam seperti mana yang dinyatakan oleh Iqbal semakin jelas, hinggakan ada
pendapat bahwa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab secara terang-terangan
serta lantang melancarkan idea “Two Nation Theory”. Dalam suratnya kepada Jinnah, beliau
menyatakan bahawa masalah kemiskinan orang Islam akan dapat diselesaikan dengan hanya
menggunakan undang-undang Islam dan ianya memerlukan pendirian yang kukuh mengenai
idea pemisahan kea rah pembentukan sebuah negara Islam. beliau ingin melihat Punjab,
sempadan provinsi barat hingga ke timur, Sind, Baluchistan menjadi sebuah negara yang
berasingan daripada India yang asal.

Pada pandangan pengarang Iqbal amat jelas dan berani dalam usahanya menyatakan
mengenai “Two Nation Theory” hinggakan beliau berkali-kali mencanangkan ideanya itu
agar berlakunya pembentukan sebuah negara Islam yang bersaingan daripada India, hal ini
adalah berikutan penindasan dan diskriminasi yang dilancarkan oleh aktivis Hindu serta
pihak British itu sendiri melalui pengenalan dasar-dasar yang lebih menitik beratkan orang
Hindu. Secara amnya menurut Z.A Suleri secara keseluruhannya idea dan corak
pembentukan masa depan umat Islam India yang dipelopori oleh Iqbal adalah salah satu
pekara yang luar biasa. Secara faktanya kesemua golongan cendiakawan muslim terpengaruh
dengan idea pembentukan Pakistan, hasil inspirasi Iqbal20.

Pemikiran dan idea Pakistan cetusan Iqbal telah menyatukan seluruh umat Islam di
bawah satu bumbung penyatuan ke arah penjaminan masa depan dan hak-hak umat Islam
20
Ibid, hlm. 286.
12

yang lebih terjamin. Idea ini jugalah yang membawa kesedaran kepada umat Islam untuk
maju kehadapan dan seterusnya menggalakan pertumbuhan gerakan politik pemisahan
muslim di India sehingga tercetusnya pembentukan Pakistan merdeka pada 1947.

2.5 Pilihanraya Provinsi: Suatu Kesedaran Kenyataan Sokongan Umat Islam

Pilihanraya Provinsi yang diadakan atas Akta Kerajaan 1935 21 merupakan satu kayu ukur
sokongan umat Islam pada ketika itu yang masih lagi tidak sedar akan gerakan-gerakan
politik pemisahan Islam yang wujud di India. Hal ini mungkin disebabkan oleh jurang
pemisahan dan hubungan yang terlalu jauh antara satu tempat dengan tempat yang lain,
diikuti pula oleh sikap sesetengah umat Islam itu sendiri yang tidak peduli. Namun demikian
hal ini tidak disedari oleh pihak Liga Muslim, Jinnah dalam ucapan pilihanraya terbabit telah
menyatakan bahawa pihak Kongres seharusnya tidak mencabar kedudukan Liga Muslim
sebagai parti yang memperjuangkan umat Islam India sebaliknya Kongres pula seharusnya
hanya mewakili orang Hindu sahaja22. Pengarang melihat ini dari sudut bahawa pada
pandangan pihak Liga Muslim terutamanya Jinnah bahawa perjuanganb mereka diterima dan
diketahui oleh keseluruhan India tanpa menyedari wujudnya kepincangan dalam pekara
tersebut.

Pada masa Jinnah merasmikan perasmian kempen pilihanraya oleh Liga Muslim di
Bengal beliau dengan lantangnya menyuarakan bahawa beliau memberi amaran kepada
golongan Hindu dan pihak Kongres agar tidak mengganggu orang muslim, beliau juga akan
bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang sama dengan Liga
Muslim tanpa mempedulikan Kongres dan tidak menjadi pengikut kepada mana-mana parti
atau organisasi23. Nehru pula sebaliknya, beliau menekankan bahawa di dalam Cuma wujud 2
parti iaitu parti Kerajaan dan Kongres manakala parti-parti lain perlu berada di belakang
kedua-dua parti ini. Pada pandangan pengarang, Jinnah menyatakan demikian adalah untuk
menyatukan kesemua umat Islam serta menyedarkan mereka mengenai fenomena yang
sedang berlaku di dalam India, sebaliknya Nehru pula cuba mewujudkan sebuah parti yang
21
Lal bahadur, Struggle For Pakistan: Tragedy of the Ttriumph of Muslim Communalism in India,Oriental
University Press, 1988, London, hlm. 175.
22
V.D Mahajan, History Of Mordern India (1919-1982),S. Chand & Company LTD, 1983, New Delhi, hlm.
290.
23
Ibid, hlm. 291.
13

bernaung di bawah satu bumbung bagi mewakili kesemua kaum, agama dan bangsa di
dalamm India tanpa menyedari hakikatnya tuntutan-tuntutan Kongres kebanyakkannya lebih
menguntungkan golongan Hindu daripada golongan-golongan lain terutamnnya Islam.

Namun demikian apabila keputusan pilihanraya di umumkan ianya amat mengejutkan


Liga Muslim kerana daripada 1585 buah kerusi yang dipertandingkan, pihak Kongres berjaya
memenangi 711 dan selebihnya kira-kira 26 kerusi dimenangi oleh Muslim. Daripada jumlah
kerusi yang dipertandingkan untuk orang Islam, Liga Muslim hanya mampu memenangi 104
kerusi. Ini menunjukkan bahawa Liga Muslim popular dikawasan yang majoritinya adalah
Hindu manakala mereka kurang popular di kawasan yang mana majoritinya adalah orang
Islam. Di Punjab misalnya, daripada 86 buah kerusi yang dipertandingkan untuk orang Islam,
Liga Muslim hanya memenangi1 kerusi sahaja. Di kawasan sempadan provinsi timur dan
barat dan Sind, Liga Muslim tidak memenangi satu kerusi pun yang dipertandingkan.

Di sini dapat dilihat bahawa gerakan Liga Muslim pada mulanya tidak mendapat
sokongan di sebabkan kurangnya kesedaran umat Islam, hal ini juga telah menyedarkan Liga
Muslim bahawa perjuangan mereka untuk menuntut sebuah wilayah autonomi Islam tidak
akan berhasil sekiranya tidal mendapat sokongan daripada umat Islam India. Kesan daripada
keputusan pilihanraya ini jugalah para perjuang gerakan pemisahan politik muslim telah
mempergiatkan usaha untuk membawa umat Islam India kepada pembentukan sebuah negara
Islam sendiri yang bebas daripada cengkaman dan gangguan penganut Hindu.

2.6 Pemisahan India: Pembentukan Sebuah Negara Bangsa Pakistan

Pembahagian India pada tahun 1947 merupakan satu pembahagian yang dilaksanakan selepas
menerima tekanan daripada banyak pihak terutamnya oleh golongan muslim yang
melaksanakan dasar pengasingan Wilayah. Dibawah pengaruh Sir Syed Ahmad Khan,
golongan muslim mula memikirkan dan mengimpikan sebuah negara yang terpisah daripada
pengaruh golongan Hindu. Mereka mula menyedari bahawa mereka tidak mempunyai minat
dan persamaan dengan masyarakat Hindu malahan terdapat lebih banyak perbezaannya.
14

Berdasarkan latar berlakang umat Islam yang jauh ketinggalan ke belakang


berbanding dengan masyarakat Hindu menyebabkan mereka merasakan bahawa mereka tidak
mampu bersaingan dengan golongan Hindu. Khususnya selepas tahun 1940, golongan
muslim berkeras mahukan sebuah tanah air yang terpisah dengan golongan Hindu kerana
mereka belum bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat Hindu. Polisi pemisahan
muslim akhirnya menjadi pencetus kepada pemisahan India.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan muslim menerima bantuan yang sangat
banyak daripada British di India, selepas pemberontakan Dahagi pada tahun 1857, Kerajaan
British di India sedang mencari sebuah rangkaian pakatan baru bagi menyokong
kedudukannya di India disamping menyingkirkan golongan penentang mereka. Akhirnya
pakatan dibuat antara seorang putera India iaitu Zamindar dan golongan muslim India yang
sanggup bekerjasama dengan mereka.

Diakui bahawa kesilapan pemisahan India ini juga adalah disebabkan oleh tindakan
Kongres sendiri yang tidak memahami dan cuba membuat perbincangan serta memenuhi
tuntutan-tuntutan muslim pada awalnya, pekara ini diakui oleh Dr. Lal Bahadur 24. Satu lagi
kesilapan yang dilakukan oleh Kongres ialah menandatangani Perjanjian Luknow pada 1961
yang menjadikan gerekan pemisahan ini semakin rancak dikemudi oleh golongan muslim.
Pengumuman yang dibuat oleh British pada tanggal februari 1947 yang mana ianya adalah
bertujuan untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk India juga merupakan faktor
tercetusnya gerakan komunal serta pemangkin kepada pembentukan Pakistan. Pengarang
berpendapat bahawa penyerahan kuasa kepada penduduk India itu adalah secara amnya
namun demikian secara khususnya penyerahan kuasa terbabit lebih tertumpu kepada
golongan Hindu sehinggakan ianya mengenepikan golongan lain terutamanaya Islam. Orang
Islam secara jujurnya mengaku bahawa mereka risau keadaan mereka akan lebih buruk jika
berada di bawah pentadbiran golongan Hindu, diskriminasi akan berlaku, hak-hak dan
kepentingan mereka akan terjejas dan dinafikan. Bermulanya daripada unsur-unsur
tersebutlah maka gerakan pemisahan politik muslim semakin lantang bersuara menyuarakan
pendapat dan menuntut hak mereka.

24
Ibid, hlm 352.
15

Akhirnya pada tahun 1947 Pakistan tertubuh secara rasminya, hal ini adalah hasil
daripada gerakan pemisahan politik muslim yang yakin bahawa hak dan kepentingan mereka
akan lebih terjamin sekiranya mereka berada di dalam sebuah negara yang majoritinya adalah
umat Islam, berbanding berada di India yang asal yang mana kemungkinan besar mereka
akan di diskriminasikan oleh golongan Hindu disebabkan monopoli kuasa dilakukan oleh
mereka.

3.0 FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA


GERAKAN POLITIK PEMISAHAN MUSLIM DI INDIA SEHINGGA
TERCETUSNYA PEMBENTUKAN PAKISTAN.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tercetusnya gerakan pemisahan politik muslim di
India yang mana ianya lebih berpunca daripada jurang pemisah yang dibuat oleh pihak
pentadbiran British serta perasaan tidak puas hati kaum muslim terhadap tindakan British
yang merampas serta menjatuhkan kekuasaan Kerajaan Islam di India sekaligus menafikan
hak serta kepentingan mereka. Di sini pengarang akan cuba merungkai setiap aspek yang
membawa kepada gerakan politik muslim di India sehingga wujudnya sebuah negara
berdaulat yang baru iaitu Pakistan.

3.1 Faktor Pendidikan


16

Kedatangan British ke India bukan sahaja memberi kesan kepada beberapa aspek lain yang
dianggap penting, namun ianya juga membawa satu entity perubahan yang memberi kesan
yang berpanjangan hinggakan ianya boleh dianggap sebagai satu bentuk penjajahan minda
iaitu penjajahan melalui sistem pendidikan yang dilancarkan dengan menguatkuasakan
beberapa dasar pendidikan. Dasar-dasar pendidikan yang dibuat ini telah menyebabkan
masyarakat Islam jauh ketinggalan kesan daripada sikap Britih yang mengamalkan dasar pilih
kasih dan sikap tidak pedulinya pada masyarakat Islam.

Hal ini menjadi satu permasalahan apabila bahasa Urdu yang menjadi bahasa ilmu
telah digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai medium penjanaan kelimuan 25. Hal ini telah
mengakibatkan munculnya perasaan bimbang mereka kerana bahasa ilmu yang selalu diguna
pakai oleh mereka telah digantikan dengan bahasa Inggeris. MacCully menyatakan bahawa
pada tahun 1865 hingga 1866, statistik menunjukkan daripada 1578 pelajar yang berdaftar di
kolej-kolej umum hanya 57 orang merupakan orang Islam manakala majority ialah orang
Hindu dengan jumlah sebanyak 1426 dan selebihnya pula sebanyak 95 orang adalah terdiri
daripada agama lain. Hal ini menunjukkan betapa kecilnya penekanan yang diberikan oleh
pihak penjajah terhadap pendidikan ke atas umat Islam pada ketika itu, pengarang tidak
menafikan bahawa ianya juga berpunca daripada sikap ortodoks umat Islam India itu sendiri
yang menganggap ilmu Barat itu semuanya bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Namun
jika dilihat secara jelas ianya berpunca kepada sikap British yang ingin melaksanakan Dasar
Pecah dan Perintah, oleh yang demikian tumpuan akan dilebihkan kepada satu pihak dan satu
pihak lagi akan diabaikan agar tidak wujud penyatuan. Oleh yang demikian medium
pendidikan digunakan kerana ianya memberi kesan jangka panjang dan juga akan menjadi
pemangkin kepada aspek-aspek lain.

Pendidikan Islam tradisional yang di ajarkan di madrasah-madrasah, contohnya di


Calcutta, Hooghly dan Dacca tidak melayakkan para pelajar untuk bersaing dengan orang
Hindu yang berlatar belakangkan pendidikan barat dalam usaha untuk mendapatkan
pekerjaan. Menyedari akan hal ini satu pergerakan awal yang memperjuangkan aspek
pendidikan ialah Persatuan Persuratan dan Sains Islam Cacultta yang ditubuhkan oleh Abdul
25
Anil Seal terjemahan Ainon Bakar, Kemunculan Nasionalisme India: Persaingan dan Persubahatan Pada
Akhir Abad Kesembilan Belas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987, Kuala
Lumpur, hlm. 368.
17

latif pada tahun 1863. Persatuan ini ingin menuntut agar hak pendidikan barat juga diberikan
kepada umat Islam tanpa melanggar prinsip-prinsip utama agama Islam26.

Maka jelaslah disini bahawa pendidikan merupakan salah satu faktor yang membawa
kepada gerakan pemisahan Islam, hal ini adalah disebabkan pendidikan barat tidak dititik
beratkan oleh penjajah kepada mereka sebaliknya hanya diuatamakan kepada Hindu
menyebabkan jawatan-jawatan penting kerajaan dan kehakiman yang dahulunya dimonopoli
oleh mereka telah dikuasai oleh golongan Hindu hinggakan mereka tiada ruang dalam
persaingan bagi mendapatkan pekerjaan.

Dapat disimpulakan bahawa pendidikan juga merupakan antara faktor yang


menyebabkan berlakunya gerakan pemisahan Islam ini.

3.2 Faktor Dari Sudut Ekonomi

Faktor ekonomi merupakan antara faktor utama yang menjadikan wujudnya sentimen
keagamaan hingga tercetusnya gerakan pemisahan oleh golongan Muslim India. Hal ini
sebagai buktinya penaklukan yang dilakukan oleh Clive dan penempatan-penempatan yang
dibina oleh Cornwallis bermakna golongan muslim telah kehilangan keistimewaan dan
kekayaan yang dikaut dari hasil tanah sebaliknya dikenakan pula cukai pihak British27.

Perjalanan petempatan tetap yang dijalankan secara tidak lansung selangkah demi
selangkah telah merampas kuasa tuan tanah Islam28. Hal ini menyebabkan para tuan tanah
kehilangan tanah yang menjana sumber pendapatan utama dari segi cukai yang dikenakan
dan pertanian. Menjelang akhir abad kesembilan belas kebanyakan tanah-tanah dimiliki oleh
orang hindu. Keadaan ini jelas kelihatan di daerah-daerah timur, tempat terdapat paling ramai
orang Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh yang diambil dari daerah Backergunge,
26
Ibid,hlm. 372.
27
Ibid, hlm. 363.
28
Ibid, hlm. 363.
18

iaitu 64.8 daripada keseluruhan penduduk di kawasan tersebut adalah terdiri daripada orang
Islam, namun demikian jika dilihat dari aspek pemilikan tanah, mereka memegang konsesi
kurang daripada 10 peratus tanah peladangan dan terpaksa membayar cukai daripada hasil
tanah sebanyak kurang daripada sembilan peratus hasil tanah. Manakala di Mymensingh pula
yang masyarakat Islamnya hanya terdiri kurang daripada 16 peratus pemilik tanah terpaksa
membayar cukai lebih daripada 10 peratus daripada hasil tanah yang diusahakan.

Apabila menyentuh mengenai aspek ekonomi sudah semestinya ianya juga


berkait rapat dengan aspek peluang pekerjaan yang disediakan, diskriminasi serta
ketidakadilan berlaku kepada umat Islam India. Hal ini juga pada pandangan pengarang
berkaitan dengan aspek pendidikan, pada awalnya sistem pendidikan tradisional berteraskan
bahasa Urdu dan Parsi yang menjadi teras pendidikan mereka pada ketika itu, namun
demikian penjajahan British juga telah menukar corak pendidikan sedia ada kepada
pendidikan mereka yang berteraskan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Kesannya apabila
di dalam sektor perkhidmatan awam dan kehakiman memerlukan tenaga kerja, maka di sini
dapat dianalisa bahawa pengambilan orang Islam semakin menurun. Buktinya pada tahun
1867 orang Islam menguasai 11.7 peratus daripada jawatan kerajaan di Bengal, 20 tahun
kemudian orang Islam hanya menguasai kurang daripada 7 peratus jawatan dalam
perkhidmtan awam dan kehakiman29. Hal ini memberikan impak yang sangat mendalam
kepada perkembangan ekonomi masyarakat Islam kerana sebelum kedatangan British mereka
merupakan para pentadbir dan pemilik ekonomi yang utama, pekara ini telah mencetuskan
reformasi untuk menuntut sebuah wilayah asingan yang ditadbir oleh mereka. Pada tahun
1886-1887, hanya terdapat 53 pegawai beragama Islam yang berkhidmat dalam perkhidmatan
kerajaan dan eksekutif bukan awam di Bengal30.

Manakala dalam bidang undang-undang yang menjadi profesion sekular yang dibuka
kepada orang masyarakat Islam, namun demikian di antara tahun 1852-1868 tidak ada
seorang pun plider Islam yang diambil di mahkamah tinggi Calcutta. Pada tahun 1869 pula
menyaksikan daripada 27 peguam, proktor dan peguam cara yang diambil berkhidmat tidak
ada seorang pun yang diambil itu daripada mereka yang menganut agama Islam. Hal ini juga
berpunca daripada rentetan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British.

29
Ibid, hlm. 364.
30
Ibid, hlm 364.
19

Ekonomi masyarakat Islam semakin tertindas dan mereka juga disingkirkan dari
bidang pentadbiran dan professional, hal ini menunjukkan antara faktor yang mengakibatkan
munculnya gerakan pemisahan Islam. Ianya kerana mereka menganggap hak dan kepentingan
mereka tidak dijaga oleh pihak British serta kelebihan yang ada lebih berpihak kepada
masyarakat yang beragama Hindu, ini menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka kerana
ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan.

3.3 Desakan Kongres Terhadap Pelaksanaan Akta Menghalang Penyembelihan Lembu

Pada tahun 1890, pihak Kongres telah mendesak Kerajaan British untuk mewartakan Akta
Menghalang Penyembelihan Lembu. Tujuan utama Akta ini adalah disebabkan oleh lembu
dianggap sebagai tuhan kepada masyarakat Hindu dan ianya perlu di pelihara dengan sebaik
mungkin, desakan Kongres menunjukkan bahawa perjuangannya yang kononnya adalah
untuk penyatuan adalah tidak beanar kerana tuntutan-tuntutan yamng dilakukan adalah untuk
kepentingan masyarakat Hindu.

Akta ini telah ditentang oleh umat Islam India kerana mereka perlu menyembelih bagi
memenuhi tuntutan agama apabila tibanya Hari Raya Aidil Adha, namun demikian halangan
yang akan diwartakan ini merupakan satu pengahalang kepada mereka untuk memenuhi
tuntutan keagamaan serta penghinaan kepada umat Islam. Oleh yang demikian hal ini jugalah
yang menjadi faktor kepada gerakan pemisahan politik muslim, kerana pada pandangan
pengarang melalui pemisahan pekara-pekara berkaitanb keagamaan kemungkinan besar tidak
akan jadi satu masalah besar disebabkan pembahagian wilayah mengikut agama telah
dilakukan.

4.0 KESIMPULAN

Gerakan pemisahan politik muslim di india adalah disebabkan beberapa faktor yang utama
terutamanya ialah mengenai sentimen keagamaan. Pemisahan ini menyaksikan India yang
selama ini menjadi salah sebuah empayar yang besar di dunia berpecak kepada 2 bahagian
iaitu Pakistan dan India, hal ini adalah disebabkan desakan daripada pelbagai pihak
terutamanya Pihak Islam yang mahukan sebuah wilayah yang berasingan daripada pengaruh
20

Hindu yang mana pada pandangan mereka golongan Hindu ini akan menggugat kepentingan
mereka.

Sebuah negara impian umat Islam terbentuk namun terdapat pelbagai liku-liku yang
ditempuhi hinggakan pada masa perpindahan kedua-dua penganut agama berhijrah secara
besar-besaran telah berlaku pertumpahan darah di merata-rata tempat disebabkan ketebalan
sentimen perkauman dan sikap komunalisme kedua-dua pihak yang tinggi mengakibatkan
pertumpahan darah yang terbesar pernah tercetus dalam sejarah peradaban India. Walaupun
telah wujud 2 buah negara yang berbeza pegangan keagamaan namun demikian secara
faktanya masalah antara Hindu dan Muslim tidak pernah selesai dirantau tersebut.

Rujukan

V.D Mahajan, 1983, History Of Mordern India (1919-1982),S. Chand & Company LTD,
New Delhi.

Md Afandi Hj. Awang, 2006, Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India, Penerbit
Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

John Cooper, 2008, Ronald Nettler dan Mohamed Mahmoud, Islam dan kemodenan:
pandangan intelektual Islam, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.

Lal bahadur, 1988, Struggle For Pakistan: Tragedy of the Ttriumph of Muslim Communalism
in India,Oriental University Press, London.
21

Anil Seal terjemahan Ainon Bakar, 1987, Kemunculan Nasionalisme India: Persaingan dan
Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

You might also like