You are on page 1of 8

1.0 PENGENALAN.

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu
mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak
sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk
komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga
digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan
ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai
adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar
seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa
persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak
mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain
berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano
atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan
mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan
bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid.
Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.

Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar
menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul
memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan
cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat
membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk
bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah
keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

1
1.1 OBJEKTIF DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI
PRASEKOLAH.

Terdapat beberapa objektif di sebalik pengenalan alat muzik perkusi bagi


prasekolah. Objektif yang pertama adalah untuk membolehkan seseorang kanak-kanak
itu memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan alat
muzik perkusi. Objektif yang kedua pula adalah bagi membolehkan kanak-kanak
melahirkan perasaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Objektif yang seterusnya
pula adalah untuk membina koordinasi gerakan anggota badan kanak-kanak. Selain itu,
penggunaan alat muzik perkusi dapat menguatkan daya konsentrasi dan ingatan
kanak-kanak.

Seterusnya, objektif diperkenalkan alat muzik perkusi bagi prasekolah adalah


untuk membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisplin arahan, menjaga dan
menepati masa, serta bertanggungjawab terhadap alat muzik di kalangan kanak-kanak.
selain itu juga, melalui penggunaan alat muzik perkusi kanak-kanak dapat bertindak
balas secara individu atau kumpulan terhadap muzik.

Di samping itu juga, dengan pengenalan alat muzik perkusi ianya dapat
melahirkan idea-idea yang kreatif dalam pelbagai ‘mood’ semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kanak-kanak turut dapat bergembira dengan kegiatan muzik yang
diperkenalkan oleh guru. Selain itu juga, dengan memperkenalkan alat muzik perkusi di
prasekolah ianya diharap dapat mengisi masa lapang kanak-kanak secara teratur dan
berfaedah. Objektif yang terakhir adalah alat muzik perkusi turut menggunakan bahan
buangan untuk kegiatan muzik yang diamalkan. Perkara ini secara jelas dapat dilihat
dapat memelihara budaya dan muzik muzik bangsa.

Dalam permainan alat perkusi juga, murid-murid diberikan peluang belajar


membaca skor perkusi yang terancang. Mereka dapat belajar beberapa perkara seperti
menunggu giliran mengikut skor, menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama,
memainkan alat dan berhenti mengikut arahan, mula dan berhenti bersama-sama
mengikut skor muzik serta dapat merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang
penuh dengan peraturan dan disiplin.
2
1.2 MATLAMAT DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI
PRASEKOLAH.

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap


pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya
disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar
dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat
perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat
perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan
rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid
berpeluang memainkan alat perkusi.

Antara matlamatnya ialah menyemai rasa cintakan irama (cultivating a feeling for
rhythm). Selain itu, matlamatnya adalah untuk membantu kanak-kanak mengetahui dan
menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain
muzik secara formal. Matlamat yang seterusnya pula adalah kanak-kanak dilatih untuk
mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan menyedarkan kanak-kanak betapa
kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya akan membuatkan mereka menghargai nilai
seni bunyi. Antara matlamat yang lain pula adalah membolehkan kanak-kanak melalui
latihan aural dan membaca muzik, mereka dapat menghayati dan menghargai hasil
karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam bidang muzik.

Melalui pembelajaran alat muzik perkusi juga, terdapat tiga aspek yang dapat
dicapai iaitu dari aspek pendengaran, daya ingatan dan mata atau penglihatan kanak-
kanak. dari aspek pendengaran, kanak-kanak dapat mengenalpasti rangkai lagu,
imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada
bunyi dan sentuhan bunyi. Dari aspek daya ingatan pula, kanak-kanak dapat menyerap
tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal. Dan yang seterusnya pula adalah

3
dari aspek penglihatan adalah mata kanak-kanak boleh dilatih untuk membaca dengan
lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.

1.3 RASIONAL DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI


PRASEKOLAH.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam koordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini
menggalakkan murid meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk
penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini
memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan
kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi
melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

Di dalam bidang permainan alat muzik, terkandung amalan bekerjasama yang


berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan di dalam permainan alat muzik ialah corak irama, warna ton, melodi dan
ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat muzik
secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat
muzik tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

1.4 KEPENTINGAN DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI


PRASEKOLAH.

Terdapat beberapa kepentingan diperkenalkan alat muzik perkusi bagi


prasekolah. Antaranya adalah penggunaan alat muzik perkusi dapat melatih murid
dalam koordinasi mata dan tangan. Selain itu, penggunaannya dapat menggalakkan
kanak-kanak meneroka pelbagai alat muzik dan seterusnya dapat memupuk semangat
ingin tahu di kalangan mereka. Penggunaan alat muzik perkusi juga dapat melatih
4
pendengaran kanak-kanak supaya lebih peka. Di samping itu juga, dengan
menggunakan alat muzik perkusi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dapat mempelbagaikan P&P supaya lebih menarik dan menyeronokkan.

Kepentingan yang seterusnya pula adalah kanak-kanak berpeluang mempelajari


teknik dan cara bermain alat muzik. Hal ini dapat mengembangkan kreativiti mereka
melalui improvisasi susunan bunyi. Selain itu juga, kepetingan yang lebih penting
adalah penggunaan alat muzik perkusi di pra sekolah dapat memupuk amalan
bekerjasama (bermain alat muzik bersama-sama) atau kemahiran sosialisasi.

2.0 KRITERIA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN DALAM PEMILIHAN


ALAT PERKUSI BAGI SETIAP GUBAHAN ALAT PERKUSI.

Semasa hendak memilih alat muzik perkusi bagi sesuatu gubahan lagu,
beberapa kriteria harus diberi perhatian. Antaranya adalah kesesuaian pemilihan alat
muzik berkenaan dengan skor gubahan yang dicipta. Hal ini adalah kerana alat muzik
yang mempunyai bunyi getaran yang lama hanya sesuai untuk not yang mempunyai
nilai satu atau dua, contohnya dram atau kerenceng. Bagi kastenet pula, ianya hanya
sesuai untuk not yang mempunyai setengah nilai.

Selain itu juga, pemilihan alat muzik perkusi juga harus menitikberatkan aspek
harmoni bagi setiap gubahan alat perkusi. Kaedah cuba jaya harus diamalkan bagi
menghasilkan gubahan yang harmoni. Perkara ini juga adalah untuk menyeimbangkan
bunyi yang dihasilkan alat muzik perkusi dengan rentak dan irama lagu yang sebenar.

Kriteria yang seterusnya pula adalah guru perlu memilih tajuk dan tema yang
bersesuaian dalam memilih alat muzik perkusi untuk pengajaran bagi setiap gubahan
alat perkusi. Ini adalah supaya kanak-kanak berasa seronok untuk memainkan alat
perkusi dengan baik.

5
Kriteria yang terakhir adalah guru harus merancang berdasarkan pengalaman
kanak-kanak. Hal ini adalah agar kanak-kanak mudah memainkan alat perkusi
berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Dalam permainan alat perkusi juga, murid-
murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka dapat
belajar beberapa perkara seperti menunggu giliran mengikut skor, menyebut menepuk
dan mengetuk bersama-sama, memainkan alat dan berhenti mengikut arahan, mula
dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik serta dapat merasai situasi bermain
seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

3.0 PROSES PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH ALAT-ALAT MUZIK


PERKUSI DI PRA SEKOLAH.

Seseorang guru itu bertanggungjawab penuh terhadap alat-alat muzik perkusi


yang terdapat di pra sekolahnya. Hal ini kerana kanak-kanak seawal lima dan enam
tahun masih belum cukup matang untuk memikirkan bagaimana untuk menjaga alat-
alat muzik perkusi tersebut. Nescaya itulah, guru seharusnya memberi pendedahan
kepada kanak-kanak tersebut tentang cara-cara penjagaan dan membaik pulih alat
muzik perkusi yang terdapat di pra sekolah. Sebagai contoh, guru perlu mendedahkan
cara-cara penyimpanan alat yang betul dan juga cara-cara penggunaan alat muzik yang
betul kepada kanak-kanak.

Selain itu juga, susunan alat-alat muzik haruslah teratur dan kemas. Guru
seharusnya menempatkan alat-alat muzik perkusi di satu tempat khas dan diasingkan
mengikut jenis-jenisnya dengan menggunakan label nama setiap alat muzik. Hal ini
adalah untuk memudahkan pengambilan semasa hendak menggunakannya dan juga
penyimpanan semula setelah menggunakannya. Guru juga perlu memantau murid-
murid mengambil alat muzik perkusi dengan mengarahkan mereka mengambilnya
mengikut kumpulan dan mengikut jenis alat muzik perkusi bagi mengelakkakn mereka
berebut. Perkara ini dapat mengelakkan kerosakan alat muzik seperti patah atau pecah
sekiranya berlaku perebutan semasa hendak mengambil alatan.

6
Alat-alat muzik tersebut juga perlu disimpan di tempat yang jauh dari sumber air
dan cahaya seperti di tepi tingkap. Hal ini kerana sekiranya alat muzik perkusi tersebut
terdedah kepada air hujan contohnya dan cahaya matahari, alat-alat muzik tersebut
akan cepat mereput dan berkarat. Ini menyebabkan jangka hayat sesuatu alat muzik itu
tidak lama.

Untuk proses membaik pulih sesuatu alat muzik perkusi yang sudah rosak, guru
boleh melakukannya sendiri atau menghantarnya ke kedai untuk membaik pulih
kembali alat muzik perkusi berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kayu tik-tok telah
buruk guru boleh menyapukan sedikit ‘varnish’ untuk menampakkannya kelihatan baru.
Untuk mengelakkan kerosakan kayu tik-tok, guru seharusnya mengingatkan kepada
kanak-kanak cara yang betul untuk memainkannya. Guru harus mengingatkan kanak-
kanak agar mengetuk dengan cara yang betul dan menggunakan pengetuknya yang
telah dikhaskan, bukan mengetuknya sesuka hati menggunakan pengetuk alatan muzik
lain atau menggunakan besi untuk mengetuknya. Kanak-kanak juga harus diingatkan
agar tidak mengetuk kayu tik-tok terlalu kuat, cukup sekadar apabila bunyinya sudah
terhasil.

Bagi kastenet pula, guru juga seharusnya menunjukkan cara bermain yang betul
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu ditegah daripada bermain-main dengan
talinya seperti meleraikan talinya atau meregang-regangkan tali yang terdapat pada
kastenet tersebut kerana bimbang talinya rosak. Sekiranya ini berlaku, guru sendiri
boleh menggantikannya dengan tali yang baru atau menghantar ke kedai yang menjual
alat muzik perkusi untuk menggantikannya dengan tali yang baru.

Contoh yang seterusnya pula adalah dram. Guru perlu menunjuk cara
menggunakan dram yang betul kepada kana-kanak untuk mengelakkannya daripada
rosak. Cara membawa dan memegang dram juga tidak seharusnya dipandang remeh.
Dram tidak boleh sesekali digolekkan atau dicampakkan ke lantai kerana akan
menyebabkannya pecah. Kanak-kanak harus diingatkan agar mengetuk dram dengan
cara yang betul dan pengetuknya sendiri, bukan mengetuknya dengan menggunakan
alatan lain seperti batang besi. Hal ini kerana ia akan merosakkan bunyi asal dram
tersebut.
7
Bagi loceng dan kerenceng pula, oleh kerana kedua-dua bahannya adalah
bersumberkan besi ia tidak seharusnya didedahkan kepada sumber air dan cahaya. Hal
ini adalah kerana ia akan memudahkan kedua-dua alat muzik perkusi ini berkarat.
Sekiranya alat muzik ini berkarat, bunyi yang terhasil juga akan rosak.

You might also like