You are on page 1of 13

1.0 Pendahuluan.

Manusia berkongsi seluruh ruang di planet bumi dengan semua benda dan
hidupan lain. Manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi yang paling tinggi
berbanding semua benda hidup yang lain. Manusia daripada bangsa yang berlainan
mempunyai perbezaan dari segi rupa bentuk fizikal seperti saiz, warna kulit dan
kebudayaan seperti bahasa, norma, nilai, institusi (sistem) dan kepercayaan. Namun
begitu, semua manusia mempunyai persamaan biologi yang tergolong di dalam satu
sepsis yang dinamakan ‘Homo Sapiens’.

Mengikut perbezaan ciri-ciri rupa bentuk, manusia dapat dikelaskan kepada 4


kumpulan iaitu Mongoloid, Negroid, Kaukasoid dan Astraloid. Mongoloid tersebar di
rantau Asia dan mereka mempunyai kepala yang berbentuk sfera, berambut lurus,
hidung sederhana besar, mata berkelopak tunggal, warna kulit kekuningan dan mata
yang berwarna perang. Kebanyakkan Negroid terdapat di Afrika Tengah dan mereka
mempunyai kepala yang panjang, dahi tinggi dan licin, bibir tebal berambut kerinting
dan pendek, sedikit bulu di muka dan badan, hidung kemek dan luas, serta kulit dan
mata berwarna hitam.

Sebagai perbandingan yang ternyata, Kaukasoid pula terdapat di Eropah dan


mereka mempunyai hidung yang panjang dan mancung, berambut hitam atau perang,
badan berbulu banyak, berkulit putih dan mata berwarna biru. Astraloid merupakan
orang asli di Australia dan mereka mempunyai dai sempit, dagu yang luas, berambut
kerinting, hidung kemek dan luas, badan diliputi dengan bulu dan berkulit hitam.
Di antara kumpulan manusia itu terdapat banyak ras dan bangsa di seluruh dunia.
Semenjak masa purba sampai ke zaman moden, manusia lazimnya hidup dalam
kelompok secara sosial dan mempunyai kebudayaan tersendiri seperti berpakaian,
makanan dan pendidikan.

1
Telah dijelaskan pendidikan itu adalah usaha untuk mengembangkan
keperibadian anak baik di luar dan di dalam sekolah dan berlangsung seumur hidup.
Dan pengertian tersurat suatu pernyataan bahawa pendidikan berlangsung di luar dan
di dalam sekolah. Pendidikan di luar sekolah dapat terjadi dalam keluarga dan di dalam
masyarakat. Jadi pendidikan itu berlangsung seumur hidup dimulai dari keluarga
kemudian diteruskan dalam lingkungan sekolah dan masyarakat.

Manusia sebagai makhluk hidup selalu ingin berkembang. Keinginan ini secara
manusia tidak terbatas, akan tetapi kemampuan manusia yang membatasi keinginan
tersebut. Oleh kerana itu keinginan untuk berkembang berlangsung mulai dan lahir
sampai meninggal dunia. Untuk mengembangkan diri itu manusia memerlukan bantuan.
Karena keinginan untuk perkembangan itu berlangsung dari lahir sampai meninggal,
maka keinginan untuk mendapatkan bantuan itu juga harus berlangsung seumur hidup.

Menurut John Dewey, pendidikan ialah satu proses pertumbuhan atau


perkembangan. Beliau memandang pendidikan sebagai satu usaha mengatur
pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu itu. Menurut James Mill
pula, pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan maksimum kepada setiap
anggota sesebuah masyarakat supaya dapat hidup dengan penuh keselesaan dan
kegembiraan. John Macdonald dalam bukunya, A Philosophy of Education,
berpendapat bahawa pendidikan jelas dilihat dengan membandingkan masyarakat
primitive dengan masyarakat moden.

Dalam masyarakat primitif, makna pendidikan ialah latihan vokasional. Kanak-


kanak dalam masyarakat primitif perlu di ajar bagaimana menggunakan alat-alat serta
senjata kuno, bagaimana menangkap ikan dan mempertahankan diri supaya dapat
mengekalkan ekonomi puaknya. Bagi masyarakat moden pula, unsur-unsur asas
pendidikan masih sama. Anak-anak muda pula perlu menguasai kemahiran yang
dianggap penting oleh orang dewasa. Dia perlu mempelajari adat resam dan
kepercayaan kaumnya. Apa yang berbezanya ialah, pengetahuan tersebut disampaikan

2
secara langsung dan terarah dibandingkan dengan masyarakat primitif yang lebih
bergantung kepada penyampaian pengetahuan melalui pergaulan seharian.
Pendidikan sebagai satu proses atau jalan yang boleh memberi peluang dengan
seluas-luasnya untuk kemajuan manusia dan kemajuan masyarakat manusia itu. ( Haji
Hamdan, 1979 ). Konklusinya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pendidikan
merupakan satu proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembagan
seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, seni, moral
dan sosial.

Perlu diingat usaha-usaha pendidikan perlu didokong oleh beberapa faktor


penting, antaranya adalah persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mesra budaya.

2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya.

Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan


pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, (1986)
Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun
dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyai
kelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenyataan.
Sekolah-sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikut
keperluan sesebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantu
melicinkan pengurusan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan
natijah yang baik dan sempurna.

Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh itu
terdapat pelbagai-bagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya
tertakluk kepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Oleh
kerana itu juga saya telah melakukan beberapa kajian terhadap struktur bilik darjah
yang berkesan dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
penekanan kepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi sekaligus dapat mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
3
Ciri-ciri bilik darjah yang saya tonjolkan adalah tertumpu kepada ciri-ciri bilik
darjah KBSR dan KBSM. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1986): 44), fizikal bilik
darjah ini disusun supaya guru dapat mengawal disiplin , menambahkan lagi kuasanya
dan sumber pengajarannya. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981: 16) menjelaskan
bahawa:

“ kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi,


meja, almari dan lain-lain tidak menjaminyang pembelajaran telah berlaku
melainkan jika guru-guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat
yang dituju”.

3.0 Implikasi Susun Atur Bilik Darjah dan Kesannya Ke atas Murid.

Pengurusan bilik darjah ialah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah
yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber
pengajaran ( Lemlech, 1988 ). Beliau juga menekankan tentang pentingnya
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan
perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu
masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Secara amnya, bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang
menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,
mempunyai meja, papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan
ini adalah tidak benar, tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah
mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun
diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan
menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa
konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke

4
semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam
tempoh masa tertentu.

Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi
sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan
akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif
bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga
memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran
dengan cara yang lebih efektif.

Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah
memainkan peranan dengan cara berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan
daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik
darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan
menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.

Antara faktor penting dalam susun atur bilik darjah adalah kekemasan susunan
meja-kerusi guru dan murid-murid, tempat penyimpanan bahan-bahan seperti buku
bacaan, buku rujukan dan kamus, penyapu, dan bakul sampah serta faktor
keselamatan dan perlindungan. Sesebuah bilik darjah yang susun aturnya kemas dan
teratur akan menimbulkan keseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu,
pembelajaran akan berlangsung dengan sempurna, sekaligus dapat meningkatkan
kefahaman di kalangan murid-murid terhadap pengajaran guru.

4.0 Huraian Lakaran Pelan Lantai Bilik Darjah Mesra Budaya.

5
Saya telah memilih untuk melukis pelan bilik darjah prasekolah berkonsepkan
bentuk ‘L’ atau pun “Fat L Classroom”. Daripada dapatan-dapatan yang saya perolehi
sepanjang melaksanakan Kerja Kursus ini, saya mendapati bahawa Bilik Darjah ‘L’
merupakan salah satu bentuk bilik darjah yang mesra budaya dan dapat mempengaruhi
perkembangan fizikal dan sosio emosi yang baik di kalangan kanak-kanak.

Sebagai buktinya, daripada dapatan saya melalui laman web


http://designshare.com, seorang Pengerusi Jawatankuasa AIA Kejuruteraan untuk
Pendidikan di New York City iaitu Peter C. Lippman mengatakan bahawa bentuk bilik
darjah ‘L’ banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran positif yang
berlangsung dalam sesebuah kelas. Peter C. Lippon sering dikaitkan dengan Blinder
Beyer Belle Arkitek & penganalisis di New York City. Beliau Belaiu juga merupakan
seorang tenaga pengajar di School of Architecture, Urban Design dan Landscape
Architecture (SAUDLA) di City College yang merupakan cawangan City University, New
York.

Dalam laman web tersebut juga ada menyebut pada bulan November 1994,
James A. Dyck telah menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk "Kajian untuk Bilik
Darjah ‘L’ : Apakah bentuk ruangan kelas mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung di dalamnya?" yang disiarkan dalam Prinsip
Magazine. Dengan kepercayaan bahawa sekolah adalah pusat pembelajaran untuk
pembangunan modal insan, Dyck mencadangkan Bilik Darjah ‘L’ sebagai pola susunan
bilik darjah yang kondusif dan sangat baik oleh pihak guru.

Hal ini adalah kerana guru adalah insan yang bertanggungjawab menawarkan
pilihan dalam membuat keputusan bagaimana mereka boleh menetapkan ruangan
kelas mereka untuk memudahkan pengembangan murid-murid mereka dalam pelbagai
kegiatan belajar. Menurut laman web tersebut juga, sejak artikel ini ditulis sudah ada
sedikit analisa atau kajian tentang bagaimana Bilik Darjah 'L' Shape mungkin dapat
memberi pengaruh besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta ianya
mula dimasukkan ke dalam cadangan susunan bilik darjah untuk sekolah-sekolah baru.

6
Salah satu maklumat penting yang saya dapati adalah menurut Dyck lagi
berdasarkan kajian untuk Master’s Research Project beliau adalah,

"Kualiti persekitaran bilik darjah sama ada tinggi atau rendah, terbuka atau tertutup,
besar atau kecil, menegak atau melintang sememangnya dapat mempengaruhi proses
belajar pada anak kecil".

Disebabkan faktor itulah saya memilih Bilik Darjah ‘L’ sebagai pilihan pelan lantai
prasekolah saya untuk kerja kursus ini. Berdasarkan pelan bilik darjah saya (rujuk
Lampiran 1) dapat dilihat dengan jelas susun atur yang dirancang dapat melahirkan
persekitaran yang mesra budaya dalam konteks kesihatan hidup belajar, peningkatan
kualiti pembelajaran dan hubungan sosial.

Pelan yang saya lakar meliputi pelan dalam dan sebahagian kecil pelan luar.
Saya telah memilih pintu masuk yang berbentuk ‘sliding door’ dan dilengkapi dengan
aspek keselamatan dengan memasang grill. Saya mengambil kira faktor pencahayaan
dan pengudaraan yang merupakan aspek penting dalam perancangan sesebuah susun
atur bilik darjah yang kondusif. Kanak-kanak tidak akan belajar mengadap sinaran
cahaya matahari, sebaliknya membelakangi cahaya. Selain itu, mereka dapat belajar
dalam suasana yang nyaman dan segar kerana ‘sliding door’ tersebut akan dibuka
sepanjang proses pembelajaran tetapi ‘grill’ akan dikunci bagi mengelakkan kanak-
kanak keluar kelas.

Di sebelah kanan pintu masuk prasekolah ini terdapat sebuah bilik untuk kanak-
kanak meletakkan barangan mereka seperti beg dan juga alatan yang tidak akan
digunakan pada hari pembelajaran yang berlangsung. Melalui pengalaman saya
semasa menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) di SK Tok Jembal yang lalu,
pembelajaran sesetengah kanak-kanak yang gemar membawa beg yang besar
berserta pelbagai barangan agak terganggu kerana tiada tempat khas untuk
meletakkan barangan mereka. Saya beberapa kali melihat kerusi mereka terjatuh
kerana beg yang mereka sangkutkan di kerusi agak berat dan turut terjatuh. Dengan
menyediakan tempat penyimpanan barangan yang khas ini, kanak-kanak dapat belajar
dengan sempurna dan tanpa gangguan.

7
Di sebelah kiri pintu masuk pula terdapat sebuah bilik komputer yang terletak
bersebelahan dengan Bilik Solat. Dengan kewujudan bilik komputer ini diharap dapat
melahirkan kanak-kanak yang celik IT. Selain itu, dengan penggunaan komputer dapat
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk ‘explore’ sendiri apa yang telah guru
tugaskan. Bilik komputer ini juga adalah memenuhi dan merangkumi kriteria yang perlu
ada di sesebuah prasekolah, iaitu keperluan untuk mewujudkan sudut untuk Tunjang
Sains dan Teknologi.

Tunjang Kerohanian dan Nilai dapat dilihat dengan mewujudkan sebuah Bilik
Solat bersebelahan dengan Bilik Komputer. Daripada apa yang telah kami pelajari
sepanjang mengambil kursus Prasekolah, Komponen Kerohanian dan Moral amat
penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh sebab itu diwujudkan Bilik Solat ini sebagai tempat untuk
mengajar kanak-kanak tentang asas-asas Islamiyah.

Pelan bilik darjah prasekolah yang saya lakarkan memenuhi indikator fizikal yang
diperlukan, iaitu boleh dilihat dari susun atur kerusi meja kanak-kanak, kedudukan
papan putih, susunan rak-rak buku dan alatan serta bilik untuk menyimpan barangan.
Saya telah memilih meja yang besegi tetapi tidak tajam bagi kemudahan kanak-kanak
fokus kepada pengajaran guru di hadapan tanpa terdapat halangan daripada rakan-
rakan yang duduk di hadapan. Lampiran 3 yang saya sertakan menunjukkan cadangan
meja dan kerusi yang dicadangkan.

Selain itu, kedudukan papan putih yang digunakan adalah sangat sesuai dan
dapat dilihat dengan mudah oleh kanak-kanak. Terdapat juga sebuah layar pemancar
untuk pengajaran menggunakan LCD Projektor. Selaras dengan kehendak kerajaan
agar guru menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran, guru boleh menggunakan
kemudahan ini untuk menarik perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran di samping

8
untuk meningkatkan kefahaman mereka. kanak-kanak juga akan berasa seronok
mempelajari sesuatu yang disertai bunyi dan gambar rajah yang beraneka warna.

Sudut Bacaan yang diwujudkan beserta dengan rak dan meja untuk kanak-kanak
membaca di masa terluang turut disusun dengan kemas dalam prasekolah ini. Sudut ini
dilihat dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan bacaan
secara sendiri atau bersama rakan-rakan. Susunan yang menarik serta kemas di Sudut
Bacaan ini dapat menarik perhatian dan mempengaruhi emosi positif dalam diri kanak-
kanak untuk singgah dan membaca buku-buku yang disediakan.

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan


kemahiran emosi yang matang. Pekembangan emosi dan sosial yang sihat penting
dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan
perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran
mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.

Dalam prasekolah ini saya mewujudkan sebuah Sudut Kreativiti dan Seni.
Seseorang kanak-kanak sering menggunakan medium seperti cat air, pensil warna,
krayon dan pensil untuk meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan juga
sebagai salah satu cara pelahiran emosi mereka. sekiranya mereka hendak
menunjukkan perasaan sayang kepada guru atau rakan-rakan mereka, kanak-kanak
akan melukis gambar guru dan rakan-rakan mereka dalam suasana gembira. Contoh
yang lain pula, sekiranya di rumah kanak-kanak tersebut sering dipukul atau dimarahi
oleh ibu atau bapanya, mereka akan melukis gambar mereka yang terletak jauh dari ibu
bapa mereka, atau mereka akan melukis gambar seorang anak kecil yang sedang
menangis ditambah pula dengan warna-warna yang agak suram dan tidak ceria.

Dalam pelan bilik darjah prasekolah ini juga terdapat sudut main pasir dan main
air, iaitu di bahagian luar bilik darjah ini. Sudut main pasir dan main air adalah sangat
penting dalam pembinaan sesebuah prasekolah kerana ianya menjadi medan untuk
seseorang guru mengesan emosi yang sedang dialami oleh anak-anak didiknya. Saya

9
pernah menyertai sebuah Kem Terapi Emosi untuk kanak-kanak. Menurut salah
seorang fasilitator iaitu Dr Rohani dan Puan Rosliza bt Abd Aziz, melalui main pasir dan
main air di kalangan kanak-kanak merupakan salah satu cara pelahiran emosi kanak-
kanak tersebut.

Dengan itu, guru-guru dapat mengesan masalah yang dihadapi kanak-kanak dan
cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Kanak-kanak akan berasa dihargai dan
disayangi. Apabila masalah mereka berjaya diatasi, lama kelamaan kanak-kanak
tersebut akan berubah daripada seorang kanak-kanak yang pendiam dan tidak mahu
bergaul kepada kanak-kanak yang berani dan berkeyakinan tinggi.

Berhampiran dengan sudut main pasir dan main air terdapat Taman Riadah yang
menjadi tempat kanak-kanak bermain dan melakukan senaman. Terdapat beberapa
alatan permainan yang disediakan di samping tapak refleksologi untuk kanak-kanak.
Taman Riadah ini direka khas sebagai memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak di
mana lumrah kanak-kanak adalah suka bermain dan bergerak. Dengan kewujudan
Taman Riadah ini juga dilihat dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat dan seimbang
dari segi fizikal dan sosio-emosi.

Hal ini adalah kerana sewaktu bermain, kanak-kanak turut berinteraksi sesama
sendiri dan mereka turut belajar untuk bertolak ansur dan saling berkongsi. Kesihatan
kanak-kanak turut terjamin kerana mereka menjadi seorang kanak-kanak yang aktif dan
sihat, tidak seperti kebanyakan kanak-kanak masa kini. Tahap kesihatan kanak-kanak
amsa kini sangat membimbangkan kerana faktor ibu bapa, salah satunya. Ibu bapa
yang sibuk hanya meninggalkan anak-anak kepada pembantu rumah. Anak-anak yang
tinggal di rumah pula hanya makan dan menghabiskan masa di hadapan telivisyen dan
komputer.

5.0 Penutup.

10
Memang menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak
mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka
mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka
sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad. Dalam satu
hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Seorang anak itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi
seorang  Yahudi, Nasrani, atau Majusi". Apabila membincangkan soal untuk
mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak-kanak, aspek -aspek lain seperti
perkembangan fizikal, sosialnya dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang


kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan
faktor dalam diri si anak itu sendiri. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf
kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar,
pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ),
dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang
diwarisinya. Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi
perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu
bapa.

Manakala persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan


berkait rapat dengan faktor-faktor seperti taraf sosioekonomi, budaya serta hubungan
dengan adik -beradik serta kawan-kawan di sekelilingnya, media massa serta peralatan
atau kemudahan di rumah atau di sekolah.

Faktor yang terakhir inilah yang telah saya bincangkan sebelum ini. Sesebuah
bilik darjah yang mesra budaya itu perlulah dilengkapi dengan kemudahan fizikal serta
memenuhi keperluan sosio-emosi kanak-kanak untuk menjamin kelicinan sesebuah
proses pengajaran dan pembelajaran. Saya turut berharap agar pelan lantai bilik darjah
prasekolah yang telah saya cadangkan ini dapatlah digunakan dan dibawa oleh mana-
mana pihak menjadi sebuah prasekolah yang sebenar.

11
BIBLIOGRAFI.

Buku :
12
Choong Lean Keow, (2009) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, Kamarul Azhar (1994) Asas Pendidikan 1


(Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah) Selangor : Longman Malaysia SdnBhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Selangor :


Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur : Teks
Publishing Sdn. Bhd. & Penerbit Asas Sdn.

Hj Hamdan bin Sheikh Tahir (1979). Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng (1988). Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor :


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Sosiologi Pendidikan Selangor : Heinemann


(Malaysia) Sdn. Bhd.

Internet :

http://designshare.com

http://mytadika.com.my

13

You might also like