P. 1
Kertas Kerja Prasekolah Deena

Kertas Kerja Prasekolah Deena

4.5

|Views: 21,579|Likes:
Published by Nurul Izzah Khalil

More info:

Published by: Nurul Izzah Khalil on Nov 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/10/2014

pdf

text

original

PRASEKOLAH DEENA, KUALA TERENGGANU. 1.0 Latar Belakang / Pengenalan.

Sejarah Islam telah menunjukkan betapa ulama-ulama dan ahli-ahli fikir Islam seperti Imam Shafie r.a telah dapat menghafap al-Quran ketika berusia 7 tahun, menghafal kitab al-Mirwatta’ ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. Ini semua membuktikan kepentingan pendidikan formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Dan pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada masa ini bermula di institusi-institusi dan pusat-pusat prasekolah. Di pusat-pusat ini juga diharap dapat disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia. Semua ini dapat dilahirkan secara teratur dan sistematik dengan wujudnya guru-guru yang inovatif, penyayang dan tenang melayani karenah kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4-6 tahun adalah semakin penting di negara ini selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam Dasar Prasekolah Kebangsan yang menyatakan bahawa “kerajaan menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 : Seksyen 2 menyatakan “pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Deena merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal
1

kanak-kanak. Selain itu, Prasekolah Deena juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidk dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama. Motto Prasekolah Deena adalah “Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim” dan bertemakan “Fun In Learning”. 2.0 Rasional. Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanakkanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan. Prasekolah Deena juga berhasrat untuk menjadi prasekolah rintis yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang budaya usahawan. Rasional penubuhan prasekolah juga adalah untuk menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak. Penubuhan Prasekolah Deena ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak. 3.0 Nama, Visi dan Misi Prasekolah. 3.1 Nama Prasekolah Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan hampir dengan sebutan ‘dinar’ yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin kami bina.
2

3.2

Misi Prasekolah Menghasilkan usahawan Islam kecil yang berketrampilan dan seimbang.

3.3

Visi Prasekolah Pembelajaran di Prasekolah Deena ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping penerapan konsep Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif.

4.0

Objektif Penubuhan. Penubuhan Prasekolah Deena dilihat sebagai bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial (JERIS). Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :
4.1 4.2 4.3

Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak. Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan. Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira.

4.4

Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung.

4.5 4.6

Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar. Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.
3

4.7

Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri. Ringkasnya, Prasekolah Deena menekankan pendidikan berasaskan Islam

sebagai teras dan ilmu-ilmu sokongan yang universal. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh, bertanggungjawab dan cemerlang dalam pelajaran.
5.0

Lokasi Tapak dan Bangunan. Tapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu. Tapak dan bangunan ini adalah kepunyaan Wan Mariam @ Wan Mahani binti beralamat di No. 104, Losong Haji Mat, 21030 Kuala Terengganu dan disewa oleh prasekolah dengan kadar sewa sebanyak RM1200 sebulan. Untuk sampai ke Prasekolah Deena ini, jika dari pusat bandar, selepas melalui Lampu Isyarat Simpang Empat Jalan Sultan Ismail, terus membuat pusingan di Bulatan Batu Bersurat dan belok ke kiri jalan bersebelahan Perkuburan Sh. Ibrahim (Pelan Lokasi disertakan dalam Lampiran 1).

6.0

Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah.

6.1

Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk Lampiran 2).

Merujuk kepada pelan di muka surat tersebut kami telah menyediakan satu pelan bahagian dalam bangunan Prasekolah Deena. Bangunan ini adalah seluas 20 X 40 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi. Bangunan ini di sewa dengan harga RM 1200 sebulan. Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran mereka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo
4

setingkat, yang memiliki 2 buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama seluas 10 x 12 kaki persegi. Selain itu terdapat juga sebuah dapur seluas 8 x 12 kaki persegi dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandah seluas 8x8 kaki persegi. Kami telah mengubahnya menjadi sebuah prasekolah yang mempunyai 1 bilik penyediaan dan penyimpanan makanan, 2 tandas murid, 1 bilik guru dan ibu bapa, 1 bilik aktiviti khas yang dilengkapi dengan set dapur usahawan serta 2 lagi bilik pembelajaran. Terdapat satu bilik penyediaan makanan di prasekolah kami ini. Bilik ini adalah seluas 8 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk L beserta ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais, serta sebuah rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanakkanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini bilik. Terdapat 2 tandas di dalam bangunan prasekolah Deena dan setiap satunya adalah seluas 8 x 4 kaki persegi. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini turut dilengkapi dengan mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan kemalangan. Bilik pembelajaran khas pula merupakan sebuah dapur usahawan dan digunakan juga sebagai bilik makan kanak-kanak. Billik ini seluas 10 X 10 kaki persegi Bilik ini menempatkan beberapa set dapur untuk kanak-kanak serta sinki untuk kemudahan kanak-kanak. Bilik ini digunakan apabila kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti masakan, pembungkusan makanan, serta lain-lain aktiviti yang menggunakan peralatan di dapur. dilabel bagi memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan

5

Bilik Matahari pula merupakan satu bilik pembelajaran seluas 10 x 10 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, dua buah meja bulat, enam buah meja trapezium, lima buah meja segi empat, dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Di bahagian syiling pula turut tergantung pelbagai mobil dan bahan bantu mengajar yang lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak. Bilik pembelajaran kedua pula dinamakan Bilik Teratai dan bilik ini adalah seluas 10 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan permaidani pelbagai warna bagi menandakan kawasan kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam, kerja berkumpulan dan juga bilik aktiviti kreativiti dan estetika. Bilik ini lebih khusus kepada sudut kreativiti dan fizikal. Terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran udara dan satu pintu masuk. Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah kami. Garaj ini adalah seluas 10 x 6 kaki persegi. Terdapat sebuah pintu masuk utama dan empat rak kasut untuk kanak-kanak yang disusun di tepi dinding. Garaj ini digunakan sebagai tapak perhimpunan kanak-kanak diwaktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu bapa mereka ketika waktu petang selepas selesai waktu persekolahan. Lantai garaj ini dikemaskan dengan jubin jenis kesat bagi mengelakkan lantai menjadi licin apabila terkena tempias hari hujan. Bilik guru dan ibu bapa di prasekolah kami adalah seluas 10 X 6 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru, sebuah rak fail, dan satu set sofa untuk ibu bapa. Terdapat dua pintu masuk iaitu satu dari arah luar bangunan dan satu lagi dari arah dalam bangunan. Kedua-dua pintu masuk ini berupa pintu kaca jenis gelongsor.bagi membolehkan guru memantau keadaan di dalam dan di luar bangunan. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada guru dan ibu bapa. Bilik ini turut dilengkapi dengan satu cermin menghadap ke dalam kelas dan digunakan untuk ibu bapa dan guru memantau dan memerhati kanakkanak. Walaubagaimanapun, untuk tujuan kecemasan atau gangguan bekalan
6

elektrik,bilik ini turut dilengkapi dengan tingkap kaca jenis gelongsor untuk laluan udara dan laluan kecemasan. Sudut pembelajaran terbuka yang berada di bahagian tengah prasekolah kami ini seluas 20 X 10 kaki persegi. Sudut ini dilengkapi dengan sebuah pentas, 2 cermin gergasi serta permaidani bagi aktiviti perbualan pagi. Sudut ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perbualan pagi, membina yakin diri, membina personaliti diri, main peranan, simulasi, demonstrasi dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian samada secara individu, kumpulan ataupun kelas. Sudut senyap pula adalah seluas 6 X 6kaki persegi dan terletak bersebelahan dengan bilik penyediaan makanan. Dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, satu tilam bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan warna serta sofa kecil untuk kanakkanak. Sudut ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta untuk kanakkanak lain berehat di waktu senggang. Sudut ini juga menjadi tempat untuk kanakkanak bersantai dan membaca buku secara senyap. Sudut ini terletak bersebelahan bilik penyediaan makanan dan dinding yang menyambungkan bilik ini dengan bilik penyediaan makanan diperbuat dari kaca tebal supaya pembantu boleh memantau keadaan murid dari dalam bilik penyediaan makanan. Bersebelahan sudut senyap pula terdapat satu sudut khas yang dinamakan ”Sudut Usahawan”. Sudut ini menempatkan gambar-gambar dan barangan yang dihasilkan oleh murid-murid dan segala yang berkaitan dengan program usahawan. Sudut ini dihias dan diselenggara oleh kanak-kanak dua minggu sekali.
6.2

Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk Lampiran 3).

Di bahagian luar prasekolah pula terdapat sebuah kolam ikan dan sebuah gazebo di bahagian hadapan. dan diantara kolam dan gazebo ini terdapat sebuah pagar utama dan laluan untuk ibu bapa dan kanak-kanak masuk ke prasekolah. Gazebo tersebut digunakan untuk ibu bapa berehat dan menunggu anak-anak mereka
7

keluar dari kelas manakala kolam ikan pula sebagai hiasan dan permandangan serta tempat untuk kanak-kanak memelihara ikan masing-masing. Di bahagian tepi pula terdapat sebuah taman herba khas untuk kanak-kanak bercucuk tanam, sebuah taman permainan dan sebuah zoo mini. Taman herba tersebut dibina sendiri oleh kanak-kanak kerana kami ingin memberi lebih banyak pengalaman langsung kepada mereka sekali gus kami akan meningkatkan lagi kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, taman ini juga akan menghasilkan permandangan yang lebih menarik di prasekolah kami. Di sebelah taman herba terdapat sebuah taman permainan yang mengandungi satu set Triorocer, beberapa set mini jongkang - jongket dan satu set buaian. Kawasan sekeliling taman ni pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan kecederaan jika kanak-kanak terjatuh ketika mereka sedang bermain. Zoo mini pula terletak bersebelahan dengan taman permainan. Zoo tersebut mengandungi beberapa sangkar berkunci untuk menempatkan beberapa haiwan jinak seperti burung, kura-kura ayam, dan arnab. Kanak-kanak akan diberi tugas secara bergilir untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makan dan untuk aspek kebersihan pula, kami akan melantik pekerja khas untuk membersihkan kawasan luar prasekolah kami. Dengan cara itu, kawasan kami akan kekal bersih dan teratur. Di bahagian belakang prasekolah pula terdapat satu sudut khas untuk aktiviti main pasir dan satu lagi sudut khas untuk aktiviti main air. Kawasan tersebut di lengkapi dengan pili yang boleh digunakan untuk aktiviti main air, berwuduk dan memberus gigi. Hal ini membantu kami untuk menjimatkan penggunaan ruang kerana kebanyakan sudut kami boleh digunakan untuk tujuan yang pelbagai. Kedua-dua sudut ini di tempatkan di bahagian luar bangunan prasekolah supaya kanak-kanak dapat menghirup udara segar di luar dan mengalami pengalaman yang lebih bermakna dengan situasi sebenar.

8

Secara keseluruhannya, prasekolah kami mempunyai kawasan seluas 30 kaki persegi di bahagian tepi, 15 kaki persegi di bahagian depan dan 5 kaki lagi di bahagian belakang. Kami memilih untuk memagar keseluruhan kawasan kami bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan harta benda kami terjaga.

7.0

Kurikulum dan Program Pembelajaran.

7.1

Kurikulum Utama

Kurikulum prasekolah ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPsK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan yang terakhir adalah komponen kreativiti dan estetika.

Kurikulum utama yang lengkap disertakan dalam Lampiran 4.

7.2

Kurikulum Tambahan

Kurikulum tambahan prasekolah ini adalah berdasarkan kemahiran keusahawanan serta pendidikan Fardhu Ain di sebelah petang.
9

Kurikulum tambahan yang lengkap disertakan dalam Lampiran 5.

7.3

Jadual Pembelajaran Sesi pembelajaran adalah dari jam 8.00 pagi – 11.50 tengah hari. Terdapat juga sesi pembelajaran sebelah petang selama 2 hari untuk kelas untuk kurikulum tambahan kami yang kami panggil Iqra’ yang bermula jam 1.00 petang – 2.00 petang.

Jadual pembelajaran yang lengkap boleh dirujuk pada Lampiran 6.

7.4

Buku khas yang digunakan Prasekolah Deena telah memilih empat buah buku khas yang digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan English, Iqra’ untuk pembelajaran sewaktu Kelas Fardhu ‘Ain dan sebuah Art Book untuk komponen kreativiti dan estetika.

7.6

Program Tambahan

10

Program-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat.

Rujuk Lampiran 7 untuk melihat kalendar akademik (Takwim) Prasekolah Deena.

8.0

Aspek Pemakanan.

8.1

Prinsip Penyediaan Makanan Penyediaan Makanan Prasekolah Status pemakanan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.

Kandungan nutrisi dalam kombinasi penyediaan menu makanan sangat penting kepada perkembagan kanak-kanak. Oleh itu,kami memilih untuk menyediakan makanan secara sendiri oleh pembantu prasekolah yang telah dilatih. Terdapat beberapa prinsip penyediaan makanan yang disyorkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang turut diamalkan di Prasekolah Deena, iaitu :

i.

Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.

ii.

Jadikan nasi, lain-lain bijirin dan makanan berasaskan bijirin sebagai sumber tenaga yang utama.

11

iii.

Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayursayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.

iv.

Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein.

v.

Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.

vi.

Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi.

vii.

Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan.

viii.

Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam.

ix.

Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.

x.

Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

12

8.2

Menu Makanan Terdapat beberapa amalan pemakanan yang dijadikan rutin harian di Prasekolah Deena. Antaranya adalah : i. Sebelum memulakan pembelajaran murid akan diberi makan 7 biji kismis.

ii.

Bagi murid yang tidak bersarapan disediakan biskut dan juga susu.

iii.

Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan pagi yang ditukar pada setiap minggu.

iv.

Untuk selingan antara sarapan pagi dan makan tengahari kami menyediakan kudapan. Kebiasaanya sajian bagi kudapan adalah kuih, tetapi bagi menyeimbangkan zat dan vitamin kepada kanakkanak kami menghidangkan buah-buahan sebagai snek.

v.

Makan tengahari disediakan untuk hari ahad, selasa dan khamis disebabkan murid mengikuti kelas fardhu ain pada sebelah petang. Untuk makan tengahari terdapat 2 set menu makanan yang pada minggu
13

ditukar setiap

ARAS 4 MAKAN PALING SEDIKIT ARAS 3 MAKAN SEDERHANA ARAS 2 MAKAN BANYAK ARAS 1 MAKAN PALING BANYAK

LEMAK, MINYAK, GULA DAGING, IKAN, AYAM, KUMPULAN KACANG, SUSU, YOGART, KEJU BUAH-BUAHAN, SAYURSAYURAN

Set menu yang lengkap boleh dilihat dalam Lampiran 8.
9.0

ROTI, BIJIRIN, PASTA, MEE

Aspek Kebersihan dan Keselamatan.

9.1

Aspek Kebersihan. Rujuk Lampiran 9

9.2

Aspek Keselamatan. Rujuk Lampiran 10

10.0

Aspek Kesihatan. Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan di buat ke prasekolah, sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

14

Prasekolah Deena amat mementingkan kesihatan murid-muridnya. Pihak prasekolah perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah untuk meminta pihak klinik datang dan membuat pemeriksaan ke atas muridmurid. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah, antara masalahmasalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah: 1. Obesiti 2. Ketajaman penglihatan 3. Rabun warna 4. Tulang rangka yang tidak normal 5. Jangkitan cacing 6. Kudis buta 7. Kurang pendengaran Perkhidmatan kesihatan sekolah Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, kanak-kanak Prasekolah Deena akan menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut: 1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
2. Mengesan

masalah-masalah

kesihatan

yang

boleh

menghalang

pencapaian akademik murid di prasekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. 3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

15

11.0

Kos Penubuhan. Modal permulaan RM 20, 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil perkongsian 4 orang pemilik Prasekolah Deena iaitu : 1) Nurul Izzah Khalil 2) Nurul Ain Mazlan 3) Faridah Mokhtar 4) Aishah Nurain

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Deena yang lengkap boleh dilihat pada Lampiran 11.

12.0

Staf Seramai 2 orang guru dan seorang pembantu telah dipilih untuk bekerja dengan prasekolah ini. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman serta gru yang mempunyai keputusan yang agak baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

16

Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut :

Bil

Nama

No. K/P

Kelulusan

Pengalaman Berkaitan

Diploma Pendidikan, Menjadi guru tadika di 1 ‘Areej bt Ifzam 790511-06-5380 UM Ekonomi) (TESL, Kuala Lumpur selama 3 tahun. Menjadi guru tuisyen 2 Muhrizah Huda bt Idham 730303-01-5844 Degree In Statistics, dan UITM tadika tahun. menjadi selama guru 5

13.0

Penutup.

Dari kajian yang dijalankan didapati sambutan terhadap pendidikan pra sekolah sekarang amat menggalakkan di mana ibu bapatelah mula menghantar anakanak mereka ke prasekolah bermula pada usia 5 tahun lagi. Oleh itu prasekolah merasakan tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan 25 orang pelajar pada peringkat permulaan ini. Diharapkan prasekolah ini akan dapat memberi pendidikan prasekolah yang baik sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan sebenar. Diharapkan Kertas Kerja ini diangkat untuk diberi kelulusan. Sokongan dan kerjasama dari pihak Tuan dalam meluluskan permohonan melalui ini akan menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia pendidikan

Prasekolah yang berkualiti memandangkan kanak-kanak merupakan pelapis generasi akan datang yang akan menerajui negara.

17

LAMPIRAN 1 PELAN LOKASI PRASEKOLAH DEENA

18

PELAN LOKASI PRASEKOLAH DEENA, KUALA TERENGGANU.

19

LAMPIRAN 2 PELAN DALAM PRASEKOLAH DEENA

PELAN DALAM PRASEKOLAH DEENA. 12 kaki
20

4 kaki

4 kaki

410 kaki kaki 12 kaki 4 kaki

B K8 kaki A l HJ G I 2 kaki E DC F 10 kaki

8 kaki 20kaki 6 kaki

Petunjuk :

21

A b c D E F G H I J K l

Bilik penyediaan makanan Tandas murid lelaki Tandas murid perempuan Bilik pembelajaran khas Bilik Matahari Bilik Teratai Garaj Bilik Guru dan Ibu Bapa Lorong laluan masuk Sudut pembelajaran terbuka Sudut senyap Sudut Usahawan

Pintu masuk utama Pintu keluar Pintu Tingkap Dinding cermin Pentas Cermin gergasi Sinki Mangkuk tandas Rak pemisah Permaidani Alat pemadam api

22

LAMPIRAN 3 PELAN LUAR PRASEKOLAH DEENA

PELAN LUAR PRASEKOLAH DEENA.

50 kaki
23

5 15 kaki kaki 40

60 kaki

h e d f g a

i b

j

Petunjuk :

A b c D

Bangunan prasekolah Kolam ikan Laluan masuk Gazebo
24

E F G H I J

Taman herba Taman permainan Zoo mini Sedut main pasir Sudut main air Setor peralatan Pintu pagar masuk utama Pintu pagar keluar

25

LAMPIRAN 4 KURIKULUM UTAMA PRASEKOLAH DEENA

KOMPONEN MATA PELAJARAN

: BAHASA DAN KOMUNIKASI : BAHASA MALAYSIA.

26

A. MATLAMAT 1. Mengenali, menyebut dan menulis huruf-huruf abjad. 2. Boleh menerima dan melakukan arahan. 3. boleh berhubung dengan ibu bapa dan kawan-kawan dengan komunikasi yang baik. B. SUKATAN PELAJARAN a) LISAN :1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti : Assalamualaikum Apa Khabar Terima Kasih 2. Membezakan bunyi-bunyi : Binatang Kenderaan Orang menangis. 3. Menamakan benda-benda maujud. 4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz. 5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul dan tepat.

b) BACAAN
27

1. Mengkelaskan benda-benda mengikut kumpulan dari segi saiz dan warna. 2. Menyusun benda-benda mengikut urutan – dari benda yang kecil kepada besar, rendah kepada tinggi. 3. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama. 4. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama. Contoh : b dan d, p dan q 5. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka. 6. Membatang perkataan.

c) TULISAN 1. Latihan pergerakan tangan. 2. Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya bleh menulis dengan selesa dan sempurna. 3. Latihan mata – dari kiri ke kanan / atas ke bawah. 4. Koordinasi mata dan tangan. 5. Menekap huruf-huruf yang diajar. 6. Menulis bentuk-bentuk huruf. 7. Menulis suku kata. 8. Menulis perkataan mudah.

28

KOMPONEN

: PERKEMBANGAN KOGNITIF

MATA PELAJARAN : MATEMATIK A. MATLAMAT 1. Memberi pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka berasaskan pengalaman harian. 2. Membolehkan murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran mereka dan hubungannya dengan angka. 3. Membolehkan murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik berasaskan pengalaman harian.

B. SUKATAN PELAJARAN 1. Pengalaman warna-warna asas. 2. Pengalaman set (himpunan). 3. Mengenal 1-10 (termasuk menulis angka-angka tersebut). 4. Mengenal bentuk-bentuk geometri. 5. Konsep saiz dan ukuran. 6. Konsep siri. 7. Konsep nilai. 8. Konsep tambah atau tolak dengan nilai 1-10.

C. PELAKSANAAN

29

1. Menggunakan kad-kad warna asas dalam mengenalkan warna-warna, seterusnya benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan. 2. Latihan mewarna / membulatkan benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan. 3. Menyediakan benda-benda yang sama jenis – untuk konsep pengajaran himpunan set. 4. Mengajar saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah. 5. Mengajar konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang mempunyai nilai-nilai tertentu. 6. Mengajar konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan bendabenda maujud dan kad-kad angka.

30

KOMPONEN MATA PELAJARAN A. MATLAMAT.

: PERKEMBANGAN KOGNITIF : ASAS SAINS.

1. Memperkenalkan konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dan ‘man-made-environment’. 2. Memperkenalkan konsep membesar. 3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar. 4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan. 5. Memperkenalkan makanan manusia. B. SUKATAN PELAJARAN. 1. Kecil dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan sebagainya) dan ‘man-made-environment’. 2. Prinsip membesar. 3. Panas, sejuk, kering dan basah. 4. Tempat tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya. 5. Makanan manusia – jenis-jenis makanan, proses pemakanan.

C. PELAKSANAAN.
31

1. Gunakan alam sekitar prasekolah untuk menerangkan konsep saiz atau gambar-gambar benda hidup yang berbeza saiz. 2. Prinsip membesar – tumbesaran biji benih (melalui ujikaji). 3. Panas dan sejuk – gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk melihat perbezaan suhu. 4. Cuaca – gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan terangkan aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini. 5. Gunakan gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal manusia berbagai-bagai jenis tempat tinggal. 6. Makanan – bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan dari tumbuhan.

32

KOMPONEN MATA PELAJARAN A. MATLAMAT

: KREATIVITI DAN ESTETIKA : SENI VISUAL

1. Agar murid-murid dapat melibatkan diri, pemikiran dan daya kreatif untuk satu-satu ciptaan Allah yang berfaedah serta menambahkan ketajaman pengamatan dan meningkatkan daya koordinasi antara mata dan tangan yang bak untuk menghasilkan karya seni.

B. SUKATAN PELAJARAN 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Cetakan 5. Capan 6. Muzik 7. Lipatan dan guntingan
33

8. Lipatan dan celupan 9. Main pondok-pondok

C. PELAKSANAAN 1. Teknik yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti guru-guru.

KOMPONEN MATA PELAJARAN A. MATLAMAT

: BAHASA DAN KOMUNIKASI : BAHASA INGGERIS.

Memperkenalkan dan mengajar asas Bahasa Inggeris.

B. SUKATAN PELAJARAN. 1. Mengenal diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan. 2. Mengenal warna-warna asas. 3. Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
34

4. Mengenal konsep saiz dan perbezaannya. 5. Konsep masa.

C. PELAKSANAAN. 1. Dalam mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik : i. Lisan. ii. Kad-kad imbasan atau benda-benda di sekeliling prasekolah. iii. Slide show. iv. Lakonan. 2. Teknik yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama ada cepat atau lambat menerima pengajaran.

KOMPONEN MATA PELAJARAN A. MATLAMAT

: PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL : PENDIDIKAN ISLAM

1. Membekalkan murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang merangkumi ilmu Tauhid, Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam. 2. Menanamkan rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa hubungan langsung dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.

35

3. Memahamkan murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta serta kaitan kehidupan di dunia dengan akhirat. 4. Membina peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh kerana Allah semata-mata. 5. Memastikan murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang syumul dengan mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama AlQuran dan Al-Hadis. 6. Menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui penceritaan riwayat hidup dan sifat-sifat baginda yang terpuji. 7. Menjadikan Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk diteladani dalam segenap aspek kehidupan.

B. SUKATAN PELAJARAN 1. Aqidah (merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam) 2. Ibadah 3. Akhlak 4. Sirah C. PELAKSANAAN 1. Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadishadis Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah. 2. Guru mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan sunat dalam Islam, secara individu dan kumpulan.

36

3. Murid mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara berjemaah. 4. Murid berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan doa-doa harian sehingga lancar, secara individu dan secara beramairamai. 5. Guru menjelaskan sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasul dan perkaraperkara sam’iyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap murid. 6. Murid menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah swt, namanama 25 Rasul, sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar oleh guru. 7. Guru menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda yang patut diamalkan oleh setiap muslim. 8. Guru mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab dalam Islam, sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh khusus, gambar-gambar, cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan yang menarik. 9. Murid-murid melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau mazmumah dengan bimbingan guru (main peranan). 10. Guru dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup Islam sekadar termampu. 11. Guru menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan pelbagai latihan.

37

LAMPIRAN 5 KURIKULUM TAMBAHAN

KURIKULUM TAMBAHAN.

38

MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN A. MATLAMAT Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan

sebutannya dan persediaan untuk membaca Al-Quran. B. SUKATAN PELAJARAN Pembacaan menggunakan kaedah Iqra’ dari Buku 1 – Buku 6. C. PELAKSANAAN. 1. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid maksima 1 : 5. 2. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra’ 1-6. 3. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut kemahiran. 4. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan. 5. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan ‘plastisin’ bagi membentuk huruf-huruf.

MATA PELAJARAN : HAFALAN MUQADDAM.
39

A. MATLAMAT 1. Untuk mengajar murid-murid menghafal surah-surah pendek yang

terkandung dalam Al-Quran. 2. Menanam rasa cinta kepada Al-Quran melalui tanggungjawab membaca dan menghafal.

B. SUKATAN PELAJARAN 1. Menghafal surah Al-Fatihah. 2. Menghafal dari awal surah iaitu Surah An-Nas, untuk yang selanjutnya mengikut kemampuan hafalan mereka.

C. PELAKSANAAN. 1. Murid-murid dibekalkan dengan Muqaddam setiap seorang. 2. Guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah seorang murid telah lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke surah yang baru. 3. Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada mereka supaya bacaan dan hafalan murid-murid adalah lancar dan tartil. 4. Tafsir ringkas untuk surah-surah yang diajar dan dihafal.

40

MATA PELAJARAN : KEUSAHAWANAN A. MATLAMAT 1. Untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas keusahawanan. 2. Menanam rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang keusahawanan. 3. Menanam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik melalui aktiviti berjual beli. 4. Memupuk nilai jujur dan amanah dalam menjalankan urusan jual beli.

B. SUKATAN PELAJARAN 1. Memperkenalkan kanak-kanak kepada mata wang yang digunakan di Malaysia terlebih dahulu. 2. Mengajar kepada kanak-kanak tentang konsep keusahawanan. 3. Memperkenalkan perkara-perkara yang terlibat di dalam bidang

keusahawanan seperti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.

C. PELAKSANAAN. 1. Kanak-kanak diperkenalkan dengan mata wang yang digunakan di Malaysia terlebih dahulu.

41

2. Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan sendiri barangan yang akan di pasarkan. 3. Seterusnya kanak-kanak akan di ajar tentang proses pembungkusan diikuti dengan proses pemasaran barangan. 4. Aspek kebersihan dan keselamatan turut diselitkan.

LAMPIRAN 6 JADUAL PEMBELAJARAN

42

MASA HARI AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

8.00 – 8.20 SOLAT & CIRCLE TIME

8.20 – 9.00 BI

9.00 – 9.30 BI

9.30 – 10.00

10.00 10.20

43

LAMPIRAN 7 TAKWIM

44

TAKWIM PRASEKOLAH DEENA SESI 2011.

JANUARI Bil 1. 2. 3. 4. PERKARA Sesi Persekolahan Bermula Minggu Kenali Diri (Orientasi) Minggu Cungkil Bakat Bermula Oh Ibu….. Oh Ayah….. TARIKH 02.01.2011 02.01.2011 – 06.01.2011 16.01.2011 – 20.01.2011 29.01.2011

FEBRUARI Bil 1. 2. 3. PERKARA Latihan Sukan Mentorku Kemuncak Nyanyian TARIKH 06.02.2011 – 10.02.2011 13.02.2011 26.02.2011

MAC Bil 1. 2. PERKARA Karnival Sukan Kemuncak Penglipur Lara
45

TARIKH 17.03.2011 23.03.2011

3.

Mentorku

26.03-2011

APRIL Bil 1. 2. 3. PERKARA Mentorku Kemuncak Peragaan Hari Alam Sekitar TARIKH 09.04.2011 21.04.2011 28.04.2011

MEI Bil 1. 2. 3. PERKARA Sayang Guru, Cintai Ibu Kemuncak Persembahan Pentas Mentorku TARIKH 16.05.2011 28.05.2011 28.05.2011

JUN Bil 1. 2. 2. 3. PERKARA Ujian Pengesanan Kemuncak Budaya Puisi Mentorku Mesyuarat PIBG TARIKH 05.06.2011 – 07.06.2011 09.06.2011 18.06.2011 25.06.2011

JULAI
46

Bil 1. 2. 3.

PERKARA Minggu Usahawan Muda Mentorku Kemuncak Kreativiti Seni

TARIKH 03.07.2011 – 07.07.2011 16.07.2011 28.07.2011

OGOS Bil 1. 2. 3. PERKARA Mentorku Sambutan Hari Kebangsaan Kemuncak Anak Merdeka TARIKH 06.08.2011 31.08.2011 31.08.2011

SEPTEMBER Bil 1. 2. 3. PERKARA Mentorku Hari Keluarga Kemuncak Yakin Diri TARIKH 03.09.2011 16.09-2011 29.09.2011

OKTOBER Bil 1. 2. PERKARA Mentorku Kemuncak Hasil Kraf TARIKH 08.10.2011 27.10.2011

NOVEMBER Bil 1. 2. 3. PERKARA Hari Kanak-kanak Kemuncak Anak-anak Deena Konvokesyen Prasekolah Deena
47

TARIKH 03.11.2011 10.11.2011 17.11.2011

*** Oh Ibu… Oh Ayah merupakan satu aktiviti suai kenal di antara kanak-kanak prasekolah bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Ini adalah penting untuk membina hubungan kerjasama yang baik di antara mereka.

*** Mentorku merupakan aktiviti istemewa Prasekolah Deena yang diadakan setiap bulan. Pada setiap bulan, ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah akan berkumpul dan membentuk beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan bergilir untuk menunjukkan sama ada cara memasak sesuatu atau cara-cara menghasilkan sesuatu rekaan kreatif. Ibu, bapa atau penjaga akan menjadi mentor yang akan membuat demonstrasi.

*** Aktivit kemuncak pada setiap bulan seperti Kemuncak Nyanyian, Kemuncak Penglipur Lara, Kemuncak Peragaan dan lain-lain memberi peluang kanak-kanak menyerlahkan potensi diri dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dikhususkan dalam sesuatu bulan berkenaan. Pada bulan November, terdapat sebuah persembahan khas iaitu Kemuncak Anak-anak Deena di mana kanak-kanak akan mempersembahkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing sama ada berpantun, bersyair, bercerita, berlakon dan menyanyi pada hari pertandingan ini. Aktiviti bulanan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan menbina keyakinan diri yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

*** Kemuncak Hasil Kraf merupakan kesinambungan daripada bulan Kemuncak Kreativiti Seni di mana pada bulan ini, kanak-kanak mempamerkan hasil-hasil kreativiti yang telak mereka cipta.

48

49

LAMPIRAN 8 SENARAI MENU

SARAPAN PAGI. SET 1

HARI AHAD

MENU

RAMUAN UTAMA

KANDUNGAN NUTRISI

Bubur Daging + air Beras, daging, sayur sawi, Bubur: Karbohidrat teh’o kentang,
50

bawang,

gula,

garam dan teh.

Daging:Protein

Sawi: Vitamin Kentang: Karbohidrat Gula & garam: Lemak

ISNIN

Sandwic

Telur, Roti, susu.

telur,

salad,

timun, Roti: Karbohidrat Telur: Protein Salad, timun,

salad + air susu

tomato, lobak, mayonis dan

tamato: Vitamin Mayonis: Lemak Susu: Kalsium

SELASA Nasi Goreng + air Beras, ayam tanpa lemak, Nasi: Karbohidrat milo sayur campur, timun, milo dan susu. Ayam: Protein Sayur campur dan timun: vitamin Milo Karbohidrat Susu: Kalsium (bijirin):

RABU

Roti Bakar, kacang Roti, kacang panggang, telur, Roti: Karbohidrat panggang, mata kerbau+ telur salad, horlick dan susu. air
51

Kacang panggang,

horlick

telur: Protein Salad: vitamin Horlick Karbohidrat Susu: Kalsium (bijirin):

KHAMIS Pau susu

ayam

+

air Pau, ayam, kentang, lobak Pau, dan susu.

kentang:

Karbohidrat Ayam: protein Lobak: Vitamin Susu: Kalsium

SET 2

HARI AHAD

MENU Ban tuna + air susu

RAMUAN UTAMA

KANDUNGAN NUTRISI

Roti bun, sardin, salad, timun, Roti:Karbohidrat tomato dan susu. Sardin: Protein Salad Vitamin Susu: Kalsium
52

&

timun:

ISNIN

Mee Hoon Goreng + Mee air teh’o

Hoon,

daging,

sawi, Mee Karbohidrat

Hoon:

lobak, teh dan gula.

Daging: Protein Sawi, Vitamin Gula: Lemak lobak:

SELASA Lempeng pisang + Tepung, susu, telur, pisang, Lempeng: air horlick dan horlick. Karbohidrat Susu: Kalsium Pisang: Vitamin Telur: Protein Horlick karbohidrat (bijirin):

RABU

Mee ribena

Sup

+

air Mee, ayam, kentang, kubis, Mee, daun sup, jus ribena.

kentang:

Karbohidrat Ayam: Protein Kubis, daun sup: vitamin Ribena: lemak. Vitamin,

53

KHAMIS Tauhu sumbat, sos Tauhu basah, timun, ayam, Tauhu + air milo. susu.

(soya),

sos, tomato,timun, milo dan ayam: protein Timun, Vitamin Sos: Lemak Milo karbohidrat Susu: Lemak (bijirin): tomato:

SET 3

HARI AHAD

MENU

RAMUAN UTAMA

KANDUNGAN NUTRISI

Mee Goreng + air Mee, taugeh, sawi, ayam, Mee: Karbohidrat glukosa oren bawang, glukosa oren. Taugeh, Vitamin Ayam: Protein sawi:

ISNIN

Sandwic tuna + air Roti, horlick.

salad,

timun,

tuna, Roti: Karbohidrat Salad, timun:

mayonis, sos, horlick dan
54

susu.

Vitamin Tuna: Protein Sos, Lemak Susu: Kalsium mayonis:

SELASA Bijirin sarapan + air Bijirin sarapan dan susu. susu

Bijirin

sarapan:

Karbohidrat Susu: Kalsium

RABU

Pengat pisang + air Pisang, sagu, milo dan susu. milo

Pisang: Vitamin Susu: Kalsium Milo: Karbohidrat

KHAMIS Roti susu

Bakar,

telur Roti, kaya, telur dan susu.

Roti: Karbohidrat Kaya: Lemak Telur: Protein Susu: Kalsium

separuh masak + air

SET 4

HARI

MENU

RAMUAN UTAMA
55

KANDUNGAN

NUTRISI AHAD Apam kukus + air Tepung, telur, ragi, horlick Apam: Karbohidrat horlick dan susu. Telur: Protein Horlick: Bijirin Susu: Kalsium

ISNIN

Tosai, kari ayam + Tepung, kari, telur, kentang, Tosai, air susu tomato, susu. bendi,ayam

kentang:

dan Karbohidrat Susu: Kalsium Ayam, Protein Bendi, Vitamin tomato: telur:

SELASA Kwey teow goreng + Kwey teow, daging, ikan bilis, Kwey air teh sawi, timun, tomato dan teh. Karbohidrat

teow:

Daging: Protein Ikan bilis: Iodin Sawi, timun,

tomato: Vitamin

RABU

Popiah basah + air Kulit popiah, taugeh, lobak, Popiah: glukosa lemon sengkuang dan glukos. Karbohidrat Taugeh,
56

lobak,

sengkuang: Vitamin Glukos: Vitamin

KHAMIS Pau daging + air Pau daging,kentang, lobak, Pau, milo kacang pic, milo dan susu.

kentang:

Karbohidrat. Lobak, kacang pic: Vitamin Milo: Karbohidrat Susu: Kalsium

KUDAPAN.

SET1 MENU HARI AHAD Epal merah ½ biji + air masak

ISNIN

Oren ½ biji + air masak

SELASA

Betik ½ biji + air masak
57

RABU

Mangga 3 potong + air masak

KHAMIS

Tembikai 3 potong + air

SET2 HARI MENU AHAD Pisang 1biji + air masak

ISNIN

Epal hijau½ biji + air masak

SELASA

Belimbing 3 potong + air masak

RABU

Limau 1 biji + air masak

Lai ½ biji + air KHAMIS

58

MAKAN TENGAHARI.

SET1

HARI

MENU

RAMUAN UTAMA

KANDUNGAN NUTRISI

AHAD

Nasi + ayam masak Beras, ayam, kicap, bawang, Nasi: Karbohidrat kicap + sayur sawi sawi, dan kordial sirap. goreng + air sirap Ayam: Protein Sawi: Vitamin Kordial Sirap: Gula

SELASA Nasi + sup daging, Beras, daging, bawang, daun Nasi, lobak merah dan sup, kentang, lobak kentang + air ribena kordial ribena.

karbhidrat:

dan Karbohidrat Daging: Protein Daun sup, bawang, lobak: Vitamin Kordial Gula Ribena:

KHAMIS Nasi + ikan masak Beras, ikan kembung, sos, Nasi: Karbohidrat masam + air oren manis + tomato, cili besar, taugeh, kordial oren. sayur lemak taugeh susu, bawang, taugeh, susu, Ikan Protein Cili, tomato,taugeh:
59

kembung:

Vitamin Kordial oren, sos: Gula, lemak Susu: Kalsium

SET2

HARI

MENU

RAMUAN UTAMA

KANDUNGAN NUTRISI

AHAD

Nasi sarsi

ayam

+

air Beras,

bawang,

rempah Nasi: Karbohidrat Ayam: Protein Bawang, daun sup, salad, Vitamin Kordial Sarsi: Gula timun:

ratus, daun sup, ayam, halia, timun, salad dan kordial sarsi.

SELASA Nasi + kurma ayam Beras, ayam,serbuk kurma, Nasi: Karbohidrat + sayur kubis rempah ratus, susu, kubis, bawang, ikan bilis dan kordial barli. goreng + air barli Ayam: Protein Kubis, Vitamin Kordial Barli: Gula Ikan bilis: Iodin
60

bawang:

Susu: Kalsium

KHAMIS Nasi + kari daging Beras, daging, rempah ratus, Nasi: Karbohidrat +sayur goreng mangga kangkung serbuk + air kangkung, mangga. kari, dan bawang, kordial Daging: Protein Kangkung: Vitamin Kordial Gula Mangga:

61

LAMPIRAN 9 ASPEK KEBERSIHAN

ASPEK KEBERSIHAN. Dari aspek kebersihan, kami membuat keputusan untuk mengupah pekerja kontrak bagi membersihkan dan menyelenggara kawasan luar bangunan prasekolah
62

kami manakala bagi bahagian dalam bangunan, kami akan bergilir-gilir sesame kami dalam menyelenggara, mengurus dan membersihkan bangunan kami. Kami juga berhasrat untuk melibatkan ibu bapa pada hujung minggu tertentu setiap bulan untuk membantu kami membersihkan kawasan sekolah dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran anak-anak mereka.

63

LAMPIRAN 10 ASPEK KESELAMATAN.

ASPEK KESELAMATAN.

Keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan sesebuah prasekolah. Keselamatan ini bukan sahaja melibatkan soal
64

keselamatan kanak-kanak tetapi ia juga melibatkan soal harta benda, peralatan di dalam dan di luar bangunan serta semua yang berkaitan. Sebelum mendapat kebenaran dan kelulusan terhadap penubuhan sesebuah prasekolah, pihak pengurusan prasekolah berkenaan perlu menyediakan pelan dalam dan luar dan pelan tersebut perlu disertakan di dalam kertas kerja serta dihantar dan disemak oleh pihak bomba, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain badan yang terlibat. Merujuk kepada hasil temubual dan perbincangan antara kumpulan kami dan pihak bomba, mereka telah menerangkan banyak aspek yang perlu kami fikirkan berkaitan dengan keselamatan. Menurut pegawai di sana, sebelum pihak bomba member kelulusan dan cadangan keselamatan, pihak pengurusan prasekolah perlu menyediakan satu pelan yang lengkap supaya pihak bomba dapat menyemak keluasan dan kesesuian bangunan dengan alat-alat keselamtan yang akan mereka cadangkan kelak. Setelah menghantar lukisan pelan dalam dan pelan luar prasekolah kami, pihak bomba telah mencadangkan supaya kami mencari pembekal untuk mendapatkan peralatan keselamatan yang sesuai. Pihak bomba tidak boleh membekalkan semua peralatan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berniaga sebaliknya mereka hanya boleh membuat pengesahan dan penyeliaan . walaubagaimanapun, pihak bomba sedia member bantuan dari segi khidmat nasihat dan mereka juga turut member kerjasama dengan member kami maklumat dan nombor telefon beberapa pembekal berhampiran Kuala Terengganu. Maklumat berkenaan sangat berguna dan membantu kami. Berdasarkan nasihat dari pihak bomba, kami telah menyediakan satu pelan laluan keluar semasa berlaku kebakaran dan kecemasan (sila rujuk Rajah 3). seperti mana rajah tersebut, kami menyediakan dua pintu pagar untuk laluan keluar dan masuk iaitu di bahagian hadapan dan belakang begitu juga dengan bangunan prasekolah kami. Bangunan kami mempunyai satu pintu utama di hadapan dan juga satu lagi pintu di bahagian belakang. Menurut pihak bomba, untuk mendapat kelulusan dari pihak
65

bomba, pihak pengurusan prasekolah perlu menyediakan pelan laluan kecemasan terlebih dahulu dan pelan tersebut perlu mengandungi dua pintu untuk laluan keluar dan masuk. Aspek keselamatan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan, jalan raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari segi bangunan, terdapat pelbagai perkara yang perlu di ambil. Antaranya seperti pemilihan jubin lantai. Di prasekolah kami, kami memilih jubin yang sederhana kesat untuk memastikan lantai kami tidak licin. Jubin jenis ini kami letakkan di bahagian bilik pembelajaran, bilik penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang pembelajaran terbuka. Di bahagian garaj dan tandas pula, kami memilih jubin kesat kerana kedua-dua kawasan ini lebih kerap untuk terkena air. Selain lantai, punca kuasa juga perlu dijaga. Kami memastikan setiap punca kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap punca kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh kanakkanak. Setiap punca kuaca diletakkan jauh dari sumber air demi menjaga keselamatan prasekolah kami. Sekeliling bangunan kami pula dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca jenis gelongsor bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang bangunan kami. Setiap tingkap dan pintu pula dipasang grill yang boleh dibuka dan dikunci dari dalam bangunan. Grill jenis ini adalah cadangan dan saranan dari pihak bomba kerana menurut pihak bomba, jika berlaku kebakaran, grill dari jenis tidak boleh dibuka akan menyekat laluan kecemasan dan melambatkan proses menyelamat. Dengan menggunakan grill seperti yang disarankan oleh pihak bomba berkenaan, kami dapat mencegah dariberlakunya kecurian sekaligus dapat membantu pihak bomba dan penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan lebih cepat.

66

Dari aspek perabot dan peralatan pula, kami memilih perabot dan peralatan yang sesuai dengan saiz kanak-kanak, kukuh dan tegap, tidak tajam dan berat, bebas selumbar, tidak mudah terbalik, bebas bahan kimia merbahaya, bebas karat, memenuhi keperluan dan standard,serta susunannya tidak menghalang pergerakan kanak-kanak. Selain itu, kami memilih perabot pelbagai warna menarik supaya dapat menceriakan kelas kami. Dari aspek bahan bantu mengajar, kami memilih bahan-bahan yang sesuai dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Setiap bahan disimpan ditempat yang selamat dan dilabelkan. Selain itu, bahan basah dan kering juga di simpan di tempat berasingan bagi mengekalkan kualiti bahan dan memudahkan pengurusan bahan tersebut. Dari aspek bahan makanan pula, kami menyediakan tempat menyimpan bahan makanan di bilik penyediaan makanan. Bahan kering di simpan di dalam cabinet dapur manakala bahan basah di simpan dalam peti ais. Bahan kering dibeli secara borong sebulan sekali manakala bahan bsah pula dibeli secara mingguan bagi memastikan kesegaran makanan tersebut sekaligus mengelakkan keracunan makanan. Beralih kepada aspek jalan raya dan lalu lintas pula, kami menetapkan satu peraturan supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu menunggu dan mengambil anak masing-masing di dalam kawasan sekolah. Mereka tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan di dalamkawasan sekolah mahupun di hadapan pintu pagar utama prasekolah. Kanak-kanak hanya dibenarkan pulang setelah diambil sendiri oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Akhir sekali ialah dari segi aspek keselamatan emosi. Walaupun tidak dapat di lihat secara luaran, kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa emosi yang stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa dan mudah. Untuk memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di prasekolah kami, kami memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan mereka. Kami turut

67

mengaitkan pengajaran kami dengan isu-isu semasa yang tidak terlalu berat dan tidak sensitif. Selain itu, kami juga menyediakan peralatan bagi mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam api, sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan. Setiap tiga bulan, pihak bomba dan penyelamat akan dating untuk memeriksa alat-alat berkenaan dan setiap tahun, pihak bomba juga akan mengadakan ceramah kebakaran untuk kanak-kanak dan ibu bapa serta di ikuti dengan latihan kebakaran buat untuk melatih kanak-kanak.

68

LAMPIRAN 11 KOS PENUBUHAN

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PRASEKOLAH DEENA.

69

A) PENDAPATAN 1) Modal permulaan 2) Yuran Pendaftaran 3) Yuran Bulanan 4) Bayaran Buku Kerja 5) Bayaran Alatan tulis 6) Bayaran Uniform (RM 30 x 25) (RM 250 x 11 x 25) (RM 200 X 25) (RM 70 X 25) (RM 44 X 25) RM 20,000.00 RM 750.00

RM 68,750.00 RM RM RM 5,000.00 1,750.00 1,100.00

JUMLAH

RM 97,350.00

B) PERBELANJAAN 1) Peralatan/perabot

i)

Meja pelajar Bulat Segiempat (RM 285 x 8) (RM 190 X 12) RM 2,280.00 RM 2,280.00

ii)

Kerusi pelajar Metal chair street back (RM 40 X 30) RM 1,200.00

iii)

Meja komputer pelajar

iv)

Kerusi meja guru

(Rm 295 x 2)

RM 590.00

v)

Kerusi meja pejabat RM 630.00

vi)

Katil – easy stack cot
70

RM 540.00

vii)

Manipulatif storage (20 Baket)

TUGASAN PROJEK INDIVIDU.

1) PERANCANGAN KURIKULUM. 2)KURIKULUM TAMBAHAN. 3)PROGRAM PEMBELAJARAN.

71

NAMA : NURUL IZZAH KHALIL NO K/P : 860511 – 33 - 5380

PERANCANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH DEENA. Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara efektif dan tersusun dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan sumber ke arah mencapai matlamat. Perkembangan serta pertumbuhan yang baik di kalangan kanak72

kanak juga banyak dipengaruhi oleh perancangan dan pengurusan kurikulum dan program pembelajaran yang efektif dan sistematik. Aspek pengurusan dan perancangan kurikulum serta program-program pembelajaran yang mantap oleh sesebuah institusi-institusi atau pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak itu perlulah dititikberatkan agar objektif yang diingini tercapai. Bagi memantapkan lagi pengurusan Prasekolah Deena ini, saya telah memikirkan dan merancang beberapa aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan, kurikulumkurikulum tambahan dan juga beberapa program pembelajaran lain yang boleh dilaksanakan di prasekolah ini. Untuk melihat secara jelas perancangan kurikulum untuk sepanjang tahun bagi tahun 2011, saya telah mempermudahkannya ke dalam bentuk jadual. Sesi pengesanan potensi adalah bertujuan untuk mengesan dan mengcungkil bakat yang sedia ada dalam diri kanak-kanak. hal ini kerana di akhir pembelajaran mereka di Prasekolah Deena ini, terdapat satu hari yang memberi peluang untuk mereka menyerlahkan bakat masing-masing sama ada dalam bidang nyanyian, bercerita atau lakonan. Sesi pengesanan potensi ini akan berlaku sepanjang tahun, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pembantu prasekolah turut berperanan membuat pemerhatian terhadap bakat-bakat yang ada dalam diri kanak-kanak. Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa yang dijangka berlangsung dalam bulan Februari adalah bertujuan untuk memberi peluang ibu bapa kanak-kanak prasekolah mengenali satu sama lain. Selain itu juga, majlis ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan anak-anak mereka atau permasalahan yang dihadapi sekolah serta langkah-langkah penambahbaikkan yang perlu. Dengan cara ini, mutu perkhidmatan yang diperoleh anak-anak mereka adalah dijamin memuaskan hati dan memberikan hasil yang positif. Latihan sukan juga akan bermula pada bulan Februari. Tujuan latihan sukan ini diadakan awal adalah supaya kanak-kanak lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi Karnival Sukan yang sebenar pada bulan April nanti.

73

Pada bulan Mac pula, akan diadakan satu latihan kebakaran oleh Jabatan Bomba. Daripada hasil kajian dan pencarian maklumat saya dan ahli kumpulan sepanjang menyiapkan tugasan projek untuk kursus Pengurusan Prasekolah (PRA 3110) ini, sesebuah prasekolah yang berdaftar perlu memaklumkan kepada Jabatan Bomba tentang penubuhan prasekolah dan perlu memohon kepada Jabatan Bomba untuk mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Selain itu, sambutan Maulidur Rasul turut akan berlangsung dalam bulan Mac. Seterusnya pada bulan April akan berlangsung Karnival Sukan Prasekolah yang akan melibatkan prasekolah-prasekolah dari daerah yang sama. Ini membuka peluang kepada kanak-kanak berkenalan dengan kanak-kanak dari prasekolah yang lain. Lawatan ke zoo turut diadakan pada bulan tersebut. Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon dan Siti Saleha Samsuri, lawatan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan pengalaman baru secara hands-on. Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat merangsang mereka supaya terus meneroka dan mengambil sesuatu pengetahuan itu secara tidak mereka sedari dan yang paling penting meyeronokkan. Dengan adanya lawatan ke zoo ini, mereka berpeluang mendekati haiwan-haiwan yang terdapat di zoo dan dapat melihatnya secara ‘live’, tidak hanya mendengar daripada cerita-cerita guru atau menontonnya daripada telivisyen. Sesetengah haiwan juga turut dapat dipegang oleh mereka. Di akhir April, satu ujian pengesanan akan dijalankan terhadap murid-murid untuk melihat tahap perkembangan kognitif mereka. ini memudahkan guru untuk memperbaiki kaedah dan strategi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diamalkan. Guru juga dapat membantu kanak-kanak yang lemah melalui ujian pengesanan ini. Pada bulan Mei pula akan berlangsungnya Hari Usahawan. Menepati konsep keusahawanan yang menjadi visi prasekolah kami, Hari Usahawan ini diharap memberi pengalaman langsung kepada kanak-kanak untuk merasa realiti sebenar berurus niaga.
74

Pada pertengahan bulan Mei pula, prasekolah kami akan mengadakan hari khas iaitu Hari Ibu dan Hari Guru yang disambut serentak. Aktiviti ini dinamakan Sayangi Guru, Cintai Ibu. Pada hari tersebut, para ibu dan guru akan berkumpul dalam satu majlis. Manakala kanak-kanak pula diberi peluang menunjukkan penghargaan kepada guru dan ibu mereka dengan cara memberi hadiah, kad ucapan dan sebagainya hasil rekaan mereka sendiri. Pemeriksaan kesihatan akan diadakan di akhir bulan Mei. Menurut maklumat yang saya dapat daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Prasekolah, tiada bayaran yang akan dikenakan untuk mereka datang memberikan khidmat pemeriksaan dan rawatan kepada kanak-kanak prasekolah. Pengurus prasekolah hanya perlu membuat permohonan kepada Jabatan Kesihatan dan mereka akan memberikan tarikh bila mereka akan ke prasekolah. Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan mereka meliputi pemeriksaan ‘dari hujung rambut ke hujung kaki. Ianya meliputi pemeriksaan kutu, mata, telinga, gigi, mulut, cacing serta pemeriksaan fizikal yang lain. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu didapati mempunyai kutu, langkah pencegahan segera diambil dengan cara membersihkan rambut dan kepala kanak-kanak itu dengan memberikan ubat kutu. Begitu juga dengan cacing. Kanak-kanak akan diberikan ubat cacing dalam tempoh dua kali untuk setahun. Pada bulan Jun pula akan diadakan sambutan Hari Bapa. Seperti juga Hari Guru dan Hari Ibu, pada hari ini bapa-bapa kepada kanak-kanak Prasekolah Deena akan diraikan sebagai menghargai jasa, usaha dan kerjasama baikmereka mendidik anakanak Prasekolah Deena. Pada bulan Jun juga akan berlangsungnya Hari Potensi di mana pada hari inilah kanak-kanak berpeluang mempamerkan bakat-bakat yang ada dalam diri mereka. Pada hari pertandingan, guru berperanan membina keyakinan yang tinggi di kalangan kanak-kanak. ini dapat melatih mereka menjadi berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Di akhir bulan Januari pula akan diadakan Gotong Royong yang melibatkan kanak-kanak Prasekolah Deena dan ibu bapa. Menurut apa yang telah saya pelajari, adalah penting bagi sesebuah prasekolah itu mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
75

Selaras

dengan

kepentingan

Bahasa

Inggeris

pada

masa

kini,

saya

menginginkan sebuah prasekolah yang menitikberatkan penggunaan Bahsa Inggeris. Oleh itu, saya mencadangkan agar bulan Julai diisyhtiharkan sebagai Bulan Bahasa Inggeris pada setiap tahun. Ini bermakna, pada bulan ini segala pelaksanaan aktiviti akan lebih ditumpukan dalam Bahasa Inggeris. Kanak-kanak juga akan dilatih untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan harapan mereka akan menjadi mahir kelak. Dalam bulan tersebut juga akan diadakan Hari Alam Sekitar. Kanak-kanak akan dipupuk dengan sikap mencintai dan menjaga keindahan alam. Mereka akan diberikan biji benih dan diajar cara-cara untuk menanamnya di dalam pasu. Setiap kanak-kanak akan bertanggungjawab memastikan pokok mereka akan membesar dengan subur. Pada bulan Ogos pula aktivit yang akan dijalankan tidak banyak kerana bulan Ramadhan jatuh pada bulan tersebut dan kanak-kanak dilatih berpuasa. Pada bulan itu, saya hanya merancang untuk mengadakan Ujian Lisan di kalangan kanak-kanak untuk memastikan penggunaan tatabahasa mereka dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah berul. Aktiviti kemuncak yang dapat saya fikirkan pada bulan tersebut adalah Majlis Berbuka Puasa bersama ibu bapa atau penjaga anak-anak Prasekolah Deena. Program Hari Kemerdekaan akan berlangsung pada awal September. Terdapat banyak program yang akan dijalankan seperti membuat bendera yang besar, membuat kolaj dalam kumpulan serta perbarisan di kalangan kanak-kanak. dalam bulan tersebut juga akan diadakan Jamuan Hari Raya. Kanak-kanak akan melalui pengalaman yang menyeronokkan apabila boleh berpakaian lain daripada hari kebiasaan dan berkongsi juadah hari raya yang dibawa. Pada bulan Oktober pula, saya telah merancang satu lawatan ke kelas Tahun Satu sekolah berhampiran. Ini adalah untuk memberi pengenalan dan pengalaman kepada anak-anak Prasekolah Deena bagaimana suasana sebenar di Tahun Satu. Dengan adanya aktiviti ini, tidak akan timbul lagi kes-kes di mana kanak-kanak akan
76

menangis dan enggan ke sekolah apabila masuk ke Tahun Satu sehingga ibu bapa terpaksa menunggu selama seminggu di luar bilik darjah. Di akhir bulan November pula akan berlangsungnya Hari Kecemerlangan (Hari Ihtifal) anak-anak Prasekolah Deena. Program ini telah menjadi kebiasaan di manamana prasekolah apabila berakhirnya tahun persekolahan kanak-kanak yang akan memasuki sekolah sebenar pada tahun hadapannya. Pada Hari Ihtifal ini turut akan memberi penganugerahan kepada kanak-kanak yang cemerlang di dalam sesuatu mata pelajaran atau bidang. Berpegang kepada prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat, saya telah merangka satu Kelas Intensif yang akan diadakan pada Bulan Disember. Kelas Intensif ini merupakan pilihan kepada ibu bapa sama ada menghantar anak mereka atau tidak. Kelas ini dilihat sangta berguna kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang apa yang akan mereka pelajari semasa di Tahun Satu. Ini juga adalah sebagai persiapan untuk mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar. Pada akhir bulan Disember pula, akan diadakan sesi pendaftaran kepada ibu bapa yang hendak menghantar anak mereka ke Prasekolah Deena. Sesi pendaftaran diadakan pada akhir bulan Disember adalah dengan tujuan guru dapat terus kepada sesi P&P atau terus kepada aktiviti yang ingin dijalankan tanpa perlu mengganggu waktu persekolahan dengan urusan pendaftaran. Ibu bapa yang turut mula bekerja pada awal Januari juga tidak perlu memohon cuti untuk urusan pendaftaran anak mereka.

TAKWIM PRASEKOLAH DEENA.

JANUARI
77

Bil 1. 2. 3.

PERKARA Sesi Persekolahan Bermula Minggu Suai Kenal (Orientasi) Sesi Pengesanan Potensi Bermula

TARIKH 02.01.2011 02.01.2011 – 06.01.2011 15.01.2011

FEBRUARI Bil 1 2 PERKARA Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa Latihan Sukan Bermula TARIKH 14.02.2011 17.02.2011

MAC Bil 1 2 PERKARA Sambutan Hari Maulidur Rasul Latihan Kebakaran APRIL Bil 1 2 3. PERKARA Karnival Sukan Prasekolah Lawatan ke zoo Ujian Pengesanan TARIKH 12.04.2011 21.04.2011 27.04.2011 – 29.04.2011 TARIKH 14.03.2011 19.03.2011

MEI Bil 1. 4. 5. PERKARA Hari Usahawan Sayangi Guru, Cintai Ibu Pemeriksaan Kesihatan
78

TARIKH 05.05.2100 16.05.2100 21.05.2011

JUN Bil 1. 2 3 PERKARA Ayahku Heroku Hari Potensi Kanak-kanak Prasekolah Gotong-royong TARIKH 03.06.2011 15.06.2011 28.06.2011

JULAI Bil 1 2. PERKARA Minggu Bahasa Inggeris Hari Alam Sekitar TARIKH 15.07.2011 – 19.07.2100 27.07.2011

OGOS Bil 1 2 PERKARA Ujian Lisan Majlis Berbuka Puasa TARIKH 10.08.2011 21.08.2011

SEPTEMBER Bil 1. 2 PERKARA Program Hari Kemerdekaan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah TARIKH 02.09.2011 30.09.2011

OKTOBER Bil PERKARA
79

TARIKH

1.

Lawatan ke kelas Tahun Satu

02.10.2011

NOVEMBER Bil 1. PERKARA Hari Kecemerlangan (Ihtifal Sekolah) TARIKH 06.11.2011

DISEMBER Bil 1. 2. PERKARA Kelas Intensif Dalam Cuti Pendaftaran Sesi 2010 TARIKH 01 – 15.12.2011 25.12.2011

KURIKULUM TAMBAHAN PRASEKOLAH DEENA.

Saya telah memilih untuk mewujudkan tiga lagi kurikulum sebagai tambahan kepada kurikulum yang telah prasekolah kami sediakan. Kurikulum yang saya cadangkan adalah memnetingkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak. Kurikulum tersebut terdiri daripada mata pelajaran ‘Story Telling’ yang menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, mata pelajaran ‘Bahasa Arab’ dan yang ketiga adalah mata pelajaran “Music and Movement” yang turut menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya sememangnya agak mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak menyedari kepentingan menguasai bahasa tersebut pada masa kini. Ini tidak bermakna bahawa saya meminggirkan terus Bahasa Malaysia yang merupakan Bahasa Ibunda di negara ini. Oleh kerana itu, Bahasa Malaysia tetap menjadi pengantar yang utama di Prasekolah Deena.
80

Selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia saya mengambil langkah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Story Telling dan Music and Movement. Terdapat banyak kelebihan dan kesan positif daripada penguasaan lebih daripada satu bahasa. Saya teringat kisah seorang sahabat yang diminta oleh Rasulullah untuk menguasai Bahasa Ibrani selain dari Bahasa Arab yang memang menjadi bahasa rasminya bagi memudahkan dakwah untuk kaum tersebut. Selain itu, penguasaan lebih dari satu bahasa merupakan kelebihan dalam sesuatu perniagaan. Oleh kerana itu, kanak-kanak perlu diberi pendedahan dari peringkat awal lagi. Bertepatan dengan konsep keusahawanan yang ingin ditonjolkan oleh Prasekolah Deena, saya berpendapat bahawa beberapa elemen perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antaranya adalah memperkenalkan serta memperkukuhkan penguasaan bahasa selain daripada bahasa ibunda, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak Prasekolah Deena. Di bawah saya sertakan ringkasan kurikulum tambahan yang disediakan Prasekolah Deena. Matlamat kurikulum tersebut berserta pelaksanaannya turut saya sertakan bagi memudahkan kefahaman.

MATA PELAJARAN : STORY TELLING A. MATLAMAT 1. Menerapkan nilai-nilai murni agama kepada kanak-kanak melalui teknik penceritaan kisah-kisah teladan dan yang mempunyai pengajaran. 2. Mendorong murid untuk mempamerkan akhlak mulia dalam pergaulan dan kehidupan seharian.
81

3. Memperluaskan ilmu pengetahuan murid terhadap pelajaran melaui pendedahan kisah-kisah yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan subjek-subjek lain yang dipelajari di prasekolah. 4. Membina daya imaginasi dan kreativiti murid di mana mereka sendiri bercerita, berlakon atau menerangkan tentang sesuatu gambar / aksi yang dilihat. 5. Memupuk kebolehan murid untuk menghasilkan ‘buku cerita’ sendiri mengikut tahap masing-masing berasaskan pengetahuan sedia ada.

B. BAHASA PENGANTAR 1. Bahasa Malaysia 2. Bahasa Inggeris

C. PELAKSANAAN 1. Guru bercerita kepada murid menggunakan buku-buku cerita, gambargambar, lukisan atau boneka. 2. Guru mempelbagaikan suara dan berlakon menurut watak-watak berbeza dalam cerita seperti suara nenek tua, suara haiwan atau suara kanakkanak. 3. Murid bertanya soalan, memberi komentar / ulasan dan diminta menjelaskan pengajaran cerita sekadar yang difahami. 4. Murid bercerita mengenai pengalaman sendiri, tajuk-tajuk yang

dicadangkan dan gambar-gambar yang ditunjukkan.

82

5. Murid melakonkan watak-watak dalam cerita melalui penampilan diri, menggunakan boneka, topeng muka dan pelbagai Bahan Bantu Belajar yang lain. 6. Murid dibimbing untuk mengarang dan menghasilkan ‘buku cerita’ sendiri berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada pada diri masingmasing.

MATA PELAJARAN : BAHASA ARAB. A. MATLAMAT Memperkenalkan dan mengajar Bahasa Arab. B. SUKATAN PELAJARAN Mengenalkan perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab yang berhubung dengan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Bilangan dari 1-100 Nama-nama anggota badan Nama-nama alatan di rumah Nama-nama alat dalam bilik darjah Nama-nama binatang Nama buah-buahan Perkataan-perkataan mudah seperti terima kasih, tolong dan maafkan saya.
83

PELAKSANAAN. 1. Guru mengajar secara lisan – guru sebut dan murid ikut. 2. Lukisan-lukisan atau gambar rajah yang menarik sama ada yang maujud atau melalui ‘slide show’ untuk memperkenalkan sesuatu benda. 3. Benda-benda maujud juga diperkenalkan dalam Bahasa Arab.

MATA PELAJARAN : MUSIC AND MOVEMENT A. MATLAMAT 1. mengetahui dan memahami teknik menyanyi 2. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul. 3. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik 4. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul 5. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif 6. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik 7. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya 8. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba B. BAHASA PENGANTAR 1. Bahasa Malaysia
84

2. Bahasa Inggeris C. PELAKSANAAN 1. Guru memasangkan pelbagai jenis lagu dan menyuruh kanak-kanak bergerak bebas dahulu. 2. Guru kemudian memperkenalkan beberapa jenis gerakan. 3. Guru menyanyi dalam nada dan ton yang betul, kemudian kanak-kanak mengikutinya. 4. Guru memperkenalkan beberapa jenis alat muzik dan cara yang betul menggunakannya.

PROGRAM PEMBELAJARAN PRASEKOLAH DEENA. Program pembelajaran tambahan yang saya rancangkan adalah berkonsepkan pembelajaran kendiri (self-directed learning) dan pembelajaran akses kendiri (self accessed learning). Berikut merupakan senarai beberapa program pembelajaran lain yang saya cadangkan untuk Prasekolah Deena : i. Program Jurutera Tunas (merupakan aktiviti yang berkonsepkan kejuruteraan yang bermotifkan keusahawanan). ii. iii. iv. Saintis Tunas. Lawatan. Majlis Berbuka Puasa.
85

v. vi.

Hari Potensi. Taekwando.

JURUTERA TUNAS. Program kejuruteraan yang saya rancang saya namakan sebagai Jurutera Tunas. Program Jurutera Tunas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah mengenai pengalaman sebagai seorang jurutera. Sambil bermain, belajar dan berfikir, program ini akan dapat merangsang minat kanak-kanak agar meminati bidang kejuruteraan dengan pelbagai aktiviti kejuruteraan yang dijalankan. Selain itu, hasil rekaan kejuruteraan kanak-kanak prasekolah ini juga dapat membuahkan hasil dengan cara mempromosikan hasil-hasil rekaan mereka untuk dijual kepada pihak yang berminat bagi dijadikan cenderamata atau hiasan. Contoh yang pertama adalah program mencipta “Kapal Terbang dan Helikopter.” Kanak-kanak prasekolah berpeluang untuk belajar menghasilkan pelbagai bentuk kapal terbang kertas dan cuba terbangkan ke udara. Di sebalik aktiviti ini, kanak-kanak berpeluang mengenali pelbagai jenis kenderaan udara. Selain itu, mereka akan menyedari kepentingan rintangan udara dengan membentuk dan mengubah sayap sebuah helikopter. Selain itu juga, bagi memperkenalkan konsep rintangan udara, kanak-kanak akan diajar untuk menghasilkan sebuah kincir angin dan akan cuba menggerakkannya dengan laju secara meniup dari bahagian tepi. Contoh yang kedua adalah “Jambatan Dari Kertas”. Kanak-kanak akan

dirangsang dengan persoalan dakah sehelai kertas mampu menampung berat sebuah lori mainan? Kanak-kanak akan diberi peluang mencuba dan mengubahsuai terlebih dahulu bentuk sehelai kertas secara menggulung, merenyuk, membuat bentuk kotak, melipat secara "zig-zag" kasar atau halus. Setelah itu, mereka akan disuruh untuk menguji kekuatan kertas tersebut setelah bentuknya diubah dengan meletakkan beban
86

di atas kertas tadi. Caranya ialah dengan menyuruh kanak-kanak mengira berapa buah kereta mainan yang dapat bertahan di atas jambatan yang telah mereka bina. SAINTIS TUNAS. Program kedua yang dapat saya fikirkan adalah “Saintis Tunas”. Program ini dilihat dapat memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah sebagai pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak prasekolah. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir. Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan. Di antara aktiviti yang disediakan adalah “Tarik dan Tolak Kuasa Magnet ”. Pertama sekali kanak-kanak akan diperkenalkan dengan 2 kutub magnet iaitu utara dan selatan. Mereka akan diterangkan bagaimana 2 buah trak bermagnet menarik dan menolak. Guru boleh meminta kanak-kanak mengasingkan bahan-bahan atau objek-objek yang boleh melekat dan tidak boleh melekat pada magnet. Guru juga boleh mencipta satu boneka berasaskan magnet. Sebagai contoh, boneka itu dinamakan ‘Si Botak’. Guru kemudiannya memberikan rambut dan janggut daripada kutub yang bertentangan kepada kanak-kanak untuk dilekatkan kepada ‘Si Botak’. Kanak-kanak berpeluang membuat pemerhatian dan mengkaji sebab musabab di atas setiap aktivit yang mereka jalani.Selain itu juga, aktivit yang sangat popular di prasekolah adalah aktiviti memancing ikan dengan menggunakan joran magnet. Bertepatan dengan prasekolah kami yang bertemakan “Fun In Learning”, kanak-kanak akan mendapat satu pembelajaran yang bermakna dan seronok. Aktiviti “Menara Cawan Tertinggi” akan memperkenalkan kanak-kanak tentang konsep kestabilan. Kanak-kanak akan disuruh untuk telangkupkan cawan di atas meja dan susun bagi menghasilkan sebuah menara. Kemudiannya, mereka disuruh pula untuk menegakkan cawan dengan mulut ke atas dan bina semula menara cawan.
87

Pemikiran kanak-kanak akan dirangsang dengan persoalan cara manakah yang lebih stabil dan mudah untuk menghasilkan menara cawan. Bagi membina menara, kanak-kanak perlu menegakkan cawan ke atas dan telangkupkan cawan-cawan yang lain di atasnya secara menegak. Proses ini perlulah bersambung dan berterusan sehingga dapat menghasilkan sebuah menara setinggi yang boleh. Aktiviti ini juga boleh dijadikan pertandingan berkumpulan atau individu. LAWATAN. Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon dan Siti Saleha Samsuri, lawatan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan pengalaman baru secara hands-on. Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat merangsang mereka supaya terus meneroka dan mengambil sesuatu pengetahuan itu secara tidak mereka sedari dan yang paling penting meyeronokkan. Bagi prasekolah ini, saya turut merancang dua kali lawatan iaitu yang pertama lawatan ke zoo dan yang kedua adalah lawatan ke kelas tahun satu sekolah yang berhampiran. Lawatan ke zoo memberi peluang kepada kanak-kanak melihat, menyentuh dan memahami sifat jenis-jenis haiwan yang tertentu. Ini dapat memberi pengalaman secara langsung dalam diri kanak-kanak dan memupuk sikap cintakan haiwan dalam diri mereka. Lawatan yang saya rasakan agak menarik untuk diadakan adalah lawatan kanak-kanak prasekolah ke Tahun Satu sekolah yang berhampiran. Ini dapat memberi peluang merasai pengalaman sebenar di Tahun Satu kelak. Kanak-kanak berpeluang melihat cara belajar dan sekaligus dapat mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar kelak. Dengan adanya aktiviti ini diharap tiada lagi kanak-kanak yang menangis dan perlu ditunggu oleh ibu bapa apabila memasuki Tahun Satu. Majlis Berbuka Puasa.

88

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Prasekolah Deena dan juga ibu bapa dapat mengertakan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Hubungan yang baik dan erat bersama ibu bapa adalah sangat penting dalam mendapatkan kerjasama untuk memudahkan guru menjalankan sesuatu aktivit atau bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif. Hari Potensi. Hari Potensi dilihat sangat penting untuk mebina kayakinan diri kanak-kanak. Di samping itu, aktiviti ini juga penting untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak. Hari Potensi ini juga merupakan salah satu cara peluahan emosi kanakkanak dengan cara menyanyi, berlakon atau mendeklemasikan sajak, syair atau pantun dengan cara tersendiri. Taekwando. Menyedari jenayah terhadap kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sekarang, saya bercadang untuk menjadikan Taekwando sebagai salah satu program pembelajaran di Prasekolah Deena. Kelas Taekwando yang akan dilaksanakan dua kali dalam tempo seminggu dilihat sangat perlu sebagai persiapan pertahanan diri di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu kepada program ini sebagai bekalan andai terdapat bahaya yang mengancam mereka. Sekiranya keselamatan mereka terancam, sekurang-kurangnya mereka tahu cara untuk menyelamatkan dan mempertahankan diri.

89

NAMA : NURUL AIN MAZLAN NO K/P : 880909-43-5590

90

TAKWIM PROGRAM TAHUNAN PRASEKOLAH JANUARI FEBRUARI MAC

-

Pendedahan/ taklimat program tentang ke

-

Bengkel kraf tangan

-

Bengkel muzik

-

Lawatan lumpur.

kompleks kraf kuala

APRIL

MEI

JUN

-

Bengkel kraf tangan

-

Bengkel muzik Dedikasi kraftangan.
91

-

Pameran kraf tangan

JULAI

OGOS

SEPTEMBER

-

Kenali sirah nabi.

-

Lawatan ke istana budaya dan konsert kementerian pelajaran

-

Jualan tangan

hasil

kraf

OKTOBER

NOVEMBER

DISEMBER

-

Persembahan muzikal

-

Anugerah tokoh Jamuan akhir tahun

-

cuti sekolah

92

KURIKULUM TAMBAHAN Sekiranya saya mempunyai prasekolah sendiri, saya ingin menerapkan subjek seni kraftangan dan muzik sebagai kurikulum tambahan. Saya memilih seni kraftangan dan muzik sebagai kurikulum tambahan adalah kerana pada pendapat saya, kanakkanak amat suka melakukan sesuatu yang melibatkan anggota badan mereka untuk sentiasa bergerak. Dengan adanya subjek seni kraftangan dan muzik ini, ianya dapat membantu kanak-kanak dalam memenuhi keinginan mereka. Disamping itu, selain daripada membantu mereka memenuhi keinginan semulajadi mereka, seni kraftangan dan muzik juga dapat digunakan oleh kanak-kanak dalam menyampaikan perasaan mereka. Seperti yang telah saya pelajari ketika di dalam kuliah sebelum ini, seni dan muzik boleh digunakan dalam terapi emosi kanak-kanak. Jadi, melalui kurikulum tambahan ini, ianya bukan sahaja dapat mencungkil bakat kanak-kanak prasekolah ini tetapi ia juga dapat membantu guru dalam mengenali emosi yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak. Bagi kurikulum seni kraftangan, apa yang ingin saya tekankan ialah bagaimana untuk menggunakan bahan-bahan yang terbuang dan bahan semulajadi bagi menghasilkan sesuatu kraftangan yang menarik yang boleh digunakan sebagai hadiah dan juga perhiasan. Dengan ini, disamping dapat mengasah minat dan bakat kanakkanak, ia juga dapat mengajar kanak-kanak berjimat. Jadi, mereka tidak perlu mengeluarkan banyak duit untuk membeli hadiah malah mereka juga dapat menjula
93

hasil kerja mereka kepada orang lain. Bagi melaksanakan kurikulum seni kraftangan ini, saya akan menggunakan masa sebulan yang akan diselang selikan dengan subjek muzik. Disamping melahirkan kanak-kanak yang kreatif, saya juga dapat memupuk sikap menghargai alam sekitar dalam diri kanak-kanak. Untuk kurikulum muzik pula, saya akan memberi pendedahan kepada kanakkanak dalam teknik bermain alat muzik. Alat muzik yang ingin saya ajarkan kepada kanak-kanak prasekolah saya adalah bermain gamelan. Dengan kemahiran yang saya miliki, saya akan mengajar kanak-kanak bagaimana untuk bermain gamelan. Walaupun agak susah untuk kanak-kanak itu mahir dalam belajar alat muzik tersebut, tetapi saya akan menggunakan kaedah teknik ansur maju dimana kanak-kanak tersebut akan diajar secara perlahan-lahan. Saya percaya, bahawa kanak-kanak prasekolah tersebut dapat belajar bermain alat muzik itu dengan baik. Selain daripada mengajar kemahiran bermain alat tersebut, saya juga dapat menerapkan dalam diri kanak-kanak untuk mencintai warisan budaya melayu. Untuk melaksanakan kurikulum ini, saya memulakan pendekatan dengan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang seni kraftangan dan muzik itu sendiri. Saya menggunakan bahan bantu mengajar yang berteknologi iaitu televisyen dengan membuat tayangan video dan gambar untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak. Bagi seni kraftangan terlebih dahulu saya memperkenalkan barangbarang dan bahan-bahan yang akan dan boleh digunakan ketika menghasilkan kraftangan. Untuk memberi pendedahan awal dan juga perangsang kepada kanakkanak untuk meminati seni kraftangan ini, aktiviti lawatan ke Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur turut diadakan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap seni kraftangan tersebut. Apabila kanak-kanak tersebut mempunyai pengalaman dalam melihat sendiri hasil-hasil kraftangan yang menarik, secara tidak langsung mereka akan mempunyai perangsang dalam menghasilkan kraftangan yang menarik dan bermutu. Program kurikulum tambahan seni kraftangan dijalankan lagi dengan adanya bengkel kraftangan yang dijalankan selama 2 bulan iaitu pada bulan Februari dan juga bulan April. Sepanjang 2 bulan ini, kanak-kanak berpeluang untuk menghasilkan
94

pelbagai ciptaan berdasarkan bahan-bahan terbuang, bahan-bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada disekeliling mereka. Kanak-kanak melaksanakan aktiviti ini dengan bimbingan guru. Pada bulan Mei, sempena adanya Hari Guru dan juga Hari Ibu, kanak-kanak ini mengambil peluang untuk menyampaikan dedikasi hasil kerja mereka kepada yang disayangi. Setelah 2 bulan menghasikan ciptaan kraftangan sendiri mengikut kreativiti masing-masing, bulan berikutnya iaitu bulan Jun, hasil tersebut akan dipamerkan kepada semua. Ini termasuklah kepada komuniti sekolah, ibubapa dan masyarakat. Melalui pameran ini, ianya dapat memberi keyakinan kepada diri mereka dalam melakukan sesuatu disamping mereka merasakan yang hasil kerja mereka telah dihargai. Program terakhir bagi kurikulum tambahan seni kraftangan ini adalah jualan hasil kraftangan. Program ini akan diadakan pada bulan September. hasil kraftangan ini akan dijual kepada komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat. Kutipan dari hasil jualan ini pula akan digunakan untuk melaksanakan jamuan akhir tahun prasekolah. Majlis Jamuan Akhir Tahun akan diadakan bersama-sama dengan majlis Anugerah Tokoh dimana beberapa orang kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai bakat yang tinggi dalam penghasilan kraftangan, diberi penghargaan. Dengan adanya majlis ini, segala hasil kerja kanak-kanak akan dihargai. Antara hasil kraftangan yang saya cadangkan untuk mengajar kepada kanakkanak adalah seperti bingkai gambar, kerongsang,penanda buku, perhiasan,bakul kertas, bunga kertas,kotak pensel, beg duit dan sebagainya. Barang-barang ini boleh dihasilkan daripada bahan-bahan terpakai dan juga bahan-bahan ada yang disekitar mereka seperti kotak, kayu, straw, kerang, kain perca dan sebagainya. Begitu juga dengan muzik, saya akan menayangkan terlebih dahulu beberapa jenis persembahan. Bagi kurikulum muzik ini, saya tidak hanya memfokuskan bagaimana untuk bermain alat muzik sahaja, tetapi saya juga melibatkan kemahiran kanak-kanak untuk menyanyi. Seperti yang dipelajari sebelum ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka melalui muzik. Mereka dapat menyanyi dan bermain alat muzik mengikut perasaan yang sedang dialami.
95

Antara program yang akan saya jalankan bagi kurikulum muzik ini adalah, antaranya bengkel muzik yang akan diadakan pada bulan Mac dan Mei. Didalam bengkel selama dua bulan ini,kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk bermain gamelan dan kepada kanak-kanak yang berminat untuk menyanyi, mereka juga akan diajar beberapa teknik asas bagaimana untuk menyanyi. Bagi bengkel untu nyanyian, saya akan menjemput pensyarah ataupun guru nyanyian yang bertauliah bagi melatih mereka. Bagi kemahiran nyanyian ini,saya tidak akan menggalakkan kanak-kanak perempuan untuk terlibat dalam kelas ini kerana pada saya tidak sepatutnya mereka dilatih untuk menjadi seorang penyanyi. Walaubagaimanapun, jika ada yang berminat, mungkin saya hanya akan menjalankan aktiviti tersebut tetapi tidak akan menggalakkan mereka untuk terlibat dalam persembahan atau pertandingan ke peringkat yang tinggi. Selain daripada bengkel, program lain yang akan saya jalankan ialah lawatan untuk menyaksikan beberapa persembahan-persembahan yang lain seperti Konsert Kementerian Pelajaran yang biasanya akan diadakan setiap tahun dan juga persembahan-persembahan yang diadakan di Istana Budaya. Tujuan lawatan ini adalah kerana untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana untuk membuat sesuatu persembahan. Selain daripada itu, lawatan ini juga dapat mendedahkan kepada mereka tentang pelbagai jenis persembahan yang ada. Contohnya, ketika di Konsert Kementerian pelajaran, kanak-kanak ini dapat melihat persembahan okestra, dikir barat, nyanyian solo, nasyid, dan lain-lain. Disamping itu, melalui pengalaman sebenar ini, mereka dapat melihat sendiri keyakinan seseorang dalam membuat persembahan. Melalui lawatan ini juga kanakkanak dapat membuka minda mereka dengan melihat persekitaran luar dan tidak hanya tertumpu kepada persekitaran di sekolah. Didalam prasekolah saya ini juga, saya akan menerapkan satu program tambahan iaitu Sirah. Nama program ini adalah “Kenali Nabi Kita”. Program ini akan dilaksanakan pada bulan Julain yang akan dilaksanakan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Ini adalah kerana ketika tibanya bulan Ramadhan mereka akan mengaplikasikan apa yang telah diajar dan mengamalkan Sunnah-Nabi. Program ini
96

adalah bertujuan untuk menerapkan kepada kanak-kanak tentang Sirah junjungan Nabi Muhammad. Tujuan saya melaksanakan program ini adalah untuk mendidik kanak-kanak agar tidak hanya menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang seronok sahaja. Pendidikan agama juga perlu turut dilaksanakan supaya mereka mempunyai pegangan dalam hidup. Bak kata pepatah, ‘kanak-kanak adalah umpama kain putih”. Jadi, sebagai seorang ibubapa di sekolah, guru perlu menerapkan nilai agama supaya mereka dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

97

NAMA : FARIDAH MOKHTAR NO I/C : 880223-23-5770

98

KURIKULUM TAMBAHAN

Kurikulum merupakan tonggak utama kejayaan sesebuah prasekolah. Untuk itu, saya memilih untuk membina sebuah prasekolah yang memberi peluang kepada kanakkanak untuk belajar berdasarkan minat dan kebolehan mereka. Hasrat ini sejajar dengan konsep Montessori yang menekankan pembelajaran melalui bermain serta minat kanak-kanak. Setiap aktiviti dan program yang di rancang akan disesuaikan dengan minat dan keperluan kanak-kanak itu sendiri. Oleh sebab ini, ujian dan saringan akan di jalankan semasa minggu pertama persekolahan iaitu semasa berlangsungnya “Minggu Kenal dan Mula”. Selepas dikenal pasti, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan kebolehan dan minat mereka. Cara ini akan memudahkan guru untuk mengurus dan merancang apa jua aktiviti di masa akan datang. Bagi memantapkan dan mengasah bakat kanak-kanak, mereka akan diberi pilihan untuk menyertai pelbagai kelas tambahan selepas waktu persekolahan iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Kelas tambahan ini termasuklah kelas seni visual, kelas muzik dan pergerakan, kelas sukan dan permainan serta kelas seni mempertahankan diri. Bagi kanak-kanak yang mengikuti kelas-kelas tersebut, mereka akan dikenakan tambahan yuran dan mereka akan diberi makan untuk waktu tengahari. Selain kelas-kelas tersebut, saya juga akan menyelitkan kelas Iqra’, kelas fardu ain dan kelas latihan solat supaya kanak-kanak tersebut dapat mempelajari ilmu dunia dan akhirat secara seimbang. Apabila kanak-kanak telah dapat menguasai bacaan dalam solat serta rukun dan tertib solat, saya akan memulakan program solat zohor
99

secara berjamaah di prasekolah saya ini. Saya berharap agar kanak-kanak tersebut dapat menyeimbangkan amalan mereka dan mengutip ilmu dan kemahiran yang cukup sebagai bekalan dan persediaan kepada masa akan datang. Saya berpendapat bahawa setiap program dan kurikulum tambahan ini dapat membantu kanak-kanak dalam menstabilkan perkembangan mereka. Seperti yang telah kita sedia maklum, naluri kanak-kanak itu sememangnya tidak dapat dipisahkan dari bermain. Jika kita tidak mengikut keinginan dan keperluan tersebut, mereka tidak akan belajar dalam keadaan yang gembira dan hal ini akan menghalang dari keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa objektif utama kurikulum tambahan saya ini adalah untuk membuat kanak-kanak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan menggembirakan mereka sekali gus meningkatkan kesediaan mereka untuk menerima pembelajaran. Selain itu, kurikulum ini juga akan mendidik mereka supaya dapat menyeimbangkan kejayaan untuk di dunia dan juga di akhirat kelak.

100

101

BIL BULAN 1 JANUARI

PERKARA

a. Minggu “Kenal dan mula”.

Merupakan minggu untuk kanak-kanak menysuaikan diri dengan suasana dan rakan baru di sekolah.

b. Perjumpaan dengan ibu bapa.

Ibu bapa akan diberi taklimat dan penerangan berkenaan takwim sekolah serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan aktiviti kanak-kanak sepanjang tahun.

c. Pemilihan dan pengelasan murid.

Murid-murid akan ditapis dan di kelaskan mengikut minat dan kebolehan mereka dalam sukan dan permainan, serta pengelasan untuk persediaan bengkel-bengkel yang akan dijalankan pada bulan-bulan berikutnya.

2

FEBUARI a. Bengkel keibubapaan.

Bengkel ini khusus untuk para ibu bapa murid. Bertujuan untuk member I kesedaran dan ilmu baru kepada mereka.

b. Pengenalan Iqra’
102

Program ini dijalankan untuk memperkenalkan Al-Quran dan jawi kepada kanak-kanak.

PROGRAM TAMBAHAN Program tambahan sangat di perlukan dan mampu untuk memperkukuhkan kurikulum tambahan yang sedia ada. Tampa program tambahan, sesuatu hasrat itu mungkin tidak akan dapat dicapai dengan berkesan dan cepat. Untuk memperkukuhkan perancangan kurikulum di prasekolah saya, saya telah merancang pelbagai program tambahan mengikut bulan sepertimana yang telah saya catatkan dalam takwim Prasekolah Azfar (rujuk Jadual 1).

103

Setiap bulan, saya akan mengadakan bengkel untuk mengasah bakat dan kebolehan kanak-kanak dan ibu bapa. Program ini memberi peluang kepada kanakkanak untuk mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan secara bermakna. Sebagai contoh di dalam bengkel yakin boleh, kanak-kanak akan diajar cara-cara menguruskan diri sendiri. Mereka akan di latih supaya mampu untuk berdikari dan membuktikan bahawa diri mereka boleh melakukan kerja-kerja orang dewasa. Di dalam bengkel boneka pula, kanak-kanak dan ibu bapa akan di ajar berkenaan jenis-jenis boneka serta cara-cara menghasilkan dan menggunakannya. Aktiviti ini akan meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk belajar dan meneroka. Bagi ibu bapa pula, bengkel ini dapat membantu mereka untuk mengutip ilmu dan kemahiran baru bagi menguruskan kehendak dan minat anak-anak mereka. Selain bengkel, saya juga merancang untuk meraikan beberapa jenis perayaan dan hari istimewa tertentu seperti menyambut hari guru, hari ibu, hari bapa, hari bumi, hari Merdeka, hari perayaan dan sebagainya (rujuk Jadual 1). Setiap sambutan akan disambut bersama kanak-kanak dan ibu bapa supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Dengan adanya hubungan baik seperti ini, kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Terdapat juga pelbagai lagi program lain seperti Konvokesyen, Hari keluarga, Jamuan akhir tahun, lawatan dan lain-lain aktiviti. Semua program ini dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru serta member peluang untuk ibu bapa dan kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dengan lebih bermakna. Kesimpulannya, setiap program dan aktiviti yang saya rancang akan menitik beratkan minat dan keperluan kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak bersedia dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

104

NAMA : AISHAH NURAIN
105

NO K/P : 881217-43-5674

PERANCANGAN KURIKULUM
BIL AKTIVITI TAHUNAN 1. Hari Ikatan / / / J F M A M J J O S O N CATATAN

Silaturahim 2. Mengemaskini maklumat murid
106

/

/

/

/

3.

Menceriakan kelas

/

/

4.

Ujian Akademik

/

/

5.

Sebulan Surah

Satu

/

/

/

/

/

/

/

/

/

6.

Pertandingan Hafazan Surah

/

7.

Program Bacalah Sayang

/

/

/

/

/

/

/

/

/

Dilaksanakan di lapang kanak-kanak masa

8.

Permainan Anak Malaysia

/

/

/

/

/

/

/

/

/

Diserapkan dalam Komponen Fizikal

9.

Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA)

/

107

KURIKULUM TAMBAHAN

Kurikulum tambahan yang ingin dilaksanakan di prasekolah ini dibahagikan kepada dua iaitu berkaitan dengan Komponen Fizikal dan juga Komponen Kerohanian. Penumpuan diberikan kepada komponen ini adalah disebabkan kurangnya aktiviti berkaitan dengan pergerakan motor kasar serta memperkukuhkan kemahiran intelek mereka dari segi hafazan surah-surah lazim.

Walaubagaimanapun, saya melakukan sedikit kelainan dengan menyerapkan aktiviti berkaitan dengan permainan tradisional agar kanak-kanak tidak melupakan warisan nenek moyang mereka di samping dapat memperkembangan otot motor kasar dan juga motor halus mereka. Aktiviti permainan tradisional ini diserapkan di dalam komponen Fizikal agar ianya lebih mudah dilaksanakan dan lebih praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui permainan tradisional ini juga,
108

kemahiran bersosial kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui interaksi di antara rakan dan juga membina kemahiran interpersonal yang baik

Untuk kurikulum berkaitan dengan hafazan surah-surah lazim pula, ianya diserapkan sewaktu perbualan pagi serta di dalam Komponen Kerohanian dan Moral. Di dalam kurikulum ini, murid akan diperdengarkan bacaan surah terlebih dahulu, kemudian mereka akan cuba menghafalnya mengikut kemampuan. Buku rekod hafazan surah juga turut diwujudkan.

1. PERMAINAN ANAK MALAYSIA

Permainan tradisional yang diperkenalkan ialah seperti di bawah:

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

BULAN Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober

PERMAINAN TRADISIONAL Aci Sorok Cari Cucu Congkak Teng-Teng Wau Guli Jala Itik Batu Seremban Galah Panjang

I) ACI SOROK
109

Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. Permainan ini memerlukan kawasan yang luas dan tidak merbahaya. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

Undian Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong antara semua pemain. Cara Bermain dan Peraturan Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula.

110

Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.

II) CARI CUCU Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek.
111

Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. Nyanyian Nenek, nenek, Si Bongkok Tiga, Siang malam asyik berjaga, Mencari cucu di mana ada, Nenek ku kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya. Nyanyian Cucu, cucu, Tak dapat lari, Nenek tua banyak sakti, Sekarang nenek nak cari ganti, Siapa yang kena, Dia menjadi.

112

Setelah

selesai

dendangan

nenek,

cucu

duduk

mencangkung

mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan. III) CONGKAK

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Papan Congkak
113

Cara Bermain Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah di kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
114

dalam

terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

IV) TENG-TENG

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang & Gundu Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah. Selain daripada gelanggang, gundu adalah
115

juga

sebagai

perkakasan

Gelangang Teng Teng

penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

116

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan. Membina Rumah Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

V) WAU Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layanglayang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan
117

masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zamanberzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

VI) GULI Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Gelanggang Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengahtengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. Cara Bermain

118

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

VII)

JALA ITIK
119

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan. Cara Bermain Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas. Menentukan Pemain Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketuaketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing. Pertukaran Pemain Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika
120

tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai. Menentukan Pemenang Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Keduadua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masingmasing sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

VIII)

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulanketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
121

Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga
122

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah

tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang

123

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

IX) GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pestapesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan
124

mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam

Gelanggang Permainan Kawasan permainan yang sederhana luas

diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung Galah Panjang atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin.

125

Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

126

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

2. KURIKULUM SEBULAN SATU SURAH

Surah-surah yang diperkenalkan kepada murid pada setiap bulan adalah seperti berikut:

BIL 1. 2. 3.

BULAN Februari Mac April
127

PERMAINAN TRADISIONAL Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Mei Jun Julai Ogos September Oktober

Al-Ikhlas Al-Kafirun An-Nasr Al-Asr Al-Lahab Al-Khausar

PROGRAM TAMBAHAN
1. HARI IKATAN SILATURRAHIM Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan

silaturrahim di antara ibu bapa kanak-kanak dan juga guru. Program ini dilaksanakan 4 bulan sekali dengan harapan hubungan yang akrab di kalangan ibu bapa dapat diwujudkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti mesyurat berkaitan penambahbaikan prasekolah dan bacaan Yassin.
128

2. SEBULAN SATU SURAH & PERTANDINGAN HAFAZAN SURAH

Program Sebulan Satu Surah dirancang dengan tujuan melahirkan kanakkanak yang pintar hafazan serta membudayakan sikap cintakan Al-Quran. Pada setiap bulan, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan satu surah dan diminta membacanya pada waktu pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran. Surahsurah yang diperkenalkan ialah seperti Surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq, AlIkhlas, Al-Kafirun, An-Nasr, Al-Asr, Al-Lahab dan Al-Khausar. Pada bulan November pula, pihak Prasekolah akan mengadakan Pertandingan Hafazan Surah dengan tujuan melihat keupayaan kanak-kanak menghafal surah yang dipelajari sepanjang tahun.

3. PROGRAM BACALAH SAYANG

Program Bacalah Sayang adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya sukakan membaca dalam diri kanak-kanak. Bahan bacaan daripada pelbagai genre disediakan di sudut bacaan bersesuaian dengan minat kanak-kanak. Melalui program ini kanak-kanak akan diberikan satu kad yang akan dicop oleh guru apabila mereka selesai membaca dan menceritakan secara ringkas mengenai buku tersebut. Kanak-kanak yang mengumpul cop paling banyak diisytiharkan sebagai Raja Ulat Buku.

4. PERMAINAN ANAK MALAYSIA & KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL Permainan Anak Malaysia merupakan program yang dilaksanakan supaya kanak-kanak dapat mengenali permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.
129

Permainan tradisional diperkenalkan dengan harapan ianya akan terus diwarisi dan tidak dilupakan memandangkan kanak-kanak zaman sekarang lebih berminat kepada permainan bercorakkan teknologi. Selain itu, melalui permainan tradisional maksimum. Manakala pada bulan November, Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) dijalankan dengan mempertandingkan kesemua pertandingan permainan tradisional yang telah diperkenalkan dengan melibatkan kesemua kanak-kanak. yang diperkenalkan pada setiap bulan juga, ianya akan dapat perkembangan fizikal kanak-kanak ke tahap yang mempertingkatkan

TUGASAN 2
130

SUDUT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

SUDUT KEROHANIAN DAN MORAL

i. PENGENALAN Sudut kerohanian dan moral dibina dan disusun dengan tujuan memberi penghayatan kepada murid tentang pemupukan nilai-nilai Islam dan nilai murni khususnya bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang percaya kepada
131

Tuhan,

berperibadi

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ii. SUDUT KEROHANIAN DAN MORAL Bagi mencapai objektif di atas, kumpulan kami telah merancang beberapa bahan pembelajaran untuk disusun dan diletakkan di sudut ini. Antaranya ialah Poket Pesanan, Mobil Akuarium dan Cermin. Manakala yang selebihnya kami hanya menggunakan semula bahan yang terdapat di prasekolah. Kami telah memilih ruangan hadapan untuk menempatkan sudut ini. Ruang hadapan dipilih atas rasional ianya merupakan laluan utama murid setiap pagi dan ini membolehkan murid sentiasa melihat dan member motivasi kepada mereka pada setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).

iii. POKET PESANAN Poket Pesanan merupakan bahan pembelajaran yang dibina dengan tujuan supaya murid sentiasa mengingati pesanan yang disampaikan oleh Allah, Ibu Bapa dan juga Guru. Antara pesanan yang diletakkan di dalam poket pesanan ialah seperti patuh perintah guru, bantu rakan-rakan, solat lima waktu, bantu ibu di dapur dan lain-lain. Pada setiap pagi guru juga boleh menggunakan sudut ini dalam sesi rutin pagi dengan mengambil salah satu pesanan dan mengingatkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Poket Pesanan ini ialah Mountain Board, kertas warna, gunting, gam, tali, dan juga pen. Kertas yang berwarna warni digunakan bagi menarik minat murid untuk mendekati bahan pembelajaran ini. Poket Pesanan ini akan digantung tetapi tidak diletakkan terlalu tinggi agar dapat dicapai dan dilihat oleh murid.

132

iv. MOBIL AKUARIUM Mobil Akuarium merupakan salah satu bahan pembelajaran yang sangat popular di prasekolah. Bahan ini sangat menarik disebabkan ciri-cirinya yang istimewa iaitu tergantung, berwarna-warni dan cantik. Kumpulan saya telah mendapat idea untuk membuat mobil di dalam akuarium lama yang tidak digunakan lagi. Kami telah melukis gambar hidupan laut dan “laminate” supaya ianya tahan lama. Di belakang gambar hidupan ini kami menampal ucapan sapaan supaya murid dapat melihat dan menggunakannya secara berhemah.

v. CERMIN DIRI Cermin Diri diletakkan di sudut ini supaya murid dapat menggunakannya bagi melihat penampilan fizikal mereka pada setiap hari terutamanya sewaktu sampai ke sekolah. Cermin diri ini dihias supaya murid gembira dan tertarik untuk menggunakannya.

133

REFLEKSI INDIVIDU

134

REFLEKSI INDIVIDU. NAMA : NURUL IZZAH KHALIL NO. K/P : 860511-33-5380

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek untuk kursus Pengurusan Prasekolah (PRA 3110) ini. Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rashidah bt Elias, pensyarah pembimbing untuk kursus ini. Ribuan terima kasih juga kepada ahli kumpulan yang telah bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang turut memberikan idea untuk penambahbaikkan dan juga rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu yang diperoleh. Saya berasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana berpeluang membuat tugasan yang pada saya sangat berguna ini.
135

Dalam tugasan projek ini, kami diminta untuk membuat kajian penyediaan kertas kerja dan penubuhan prasekolah. Kami juga telah diminta merancang penubuhan dan pengurusan prasekolah dari aspek kawasan, bangunan, pelan lantai, kurikulum dan program, kebersihan, kesihatan dan keselamatan, pengurusan makanan dan pengurusan staf. Sepanjang proses menempurnakan tugasan ini, saya telah mengesan bahawa terdapat banyak kekuatan atau kelebihan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara kekuatan yang dapat saya lihat adalah keserasian antara kami berempat dalam ahli kumpulan. Setelah beberapa kali menjalankan tugasan dengan ahli kumpulan yang sama, wujudnya keserasian yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini kerana masing-masing telah memahami gaya kerja antara satu sama lain. Oleh itu, tidak wujudnya elemen-elemen yang dapat menimbulkan ketidakpuasan hati. Aspek ini wujud kerana masing-masing tahu bahagian-bahagian tugasan masing-masing dan menyedari yang ianya perlu disiapkan sebaik mungkin pada masa yang ditetapkan. Perkongsian idea dan maklumat juga amat mudah diperolehi. Unsur tolak ansur juga wujud dalam proses pembahagian tugasan. Kekuatan kumpulan yang dapat saya lihat lagi adalah kerjasama yang sangat kukuh antara kami. Walaupun kami berempat agak sibuk dengan komitmen lain serta tugasan-tugasan luaran, apabila menyentuh tentang tugasan projek ini kami agak menitik beratkan aspek kesempurnaan tugasan ini. Sebagai contoh, seberapa sibuk sekalipun kami berempat, kami akan tetap bergerak bersama untuk tujuan pencarian maklumat. Kami telah bersama-sama meluangkan masa untuk membuat sedikit kajian dengan mengunjungi Pusat Latihan KEMAS, Jabatan Bomba dan juga Jabatan Kesihatan Bahagian Sekolah untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pengurusan sesebuah prasekolah. Kami berempat akan memastikan bahawa tiada yang tertinggal untuk mendapatkan maklumat-maklumat berguna yang dapat digunakan dalam proses pencarian ilmu dan juga untuk bekalan di masa hadapan sekiranya benar-benar mempunyai rezeki untuk menubuhkan prasekolah idaman kami sendiri kelak. Selain dari kekuatan yang saya dapat lihat, terdapat juga banyak kelebihan yang dapat saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini. Antaranya
136

adalah saya mendapat pengetahuan secara langsung daripada jabatan-jabatan yang terlibat bagi penubuhan sesebuah prasekolah. Sebelum ini, saya langsung tidak mengetahui bagaimanakah format sebuah kertas kerja yang betul untuk memohon menubuhkan prasekolah. Saya juga tidak mengetahui agensi-agensi atau jabatanjabatan penting yang terlibat untuk berurusan sebelum menubuhkan sesebuah prasekolah. Dengan adanya tugasan projek ini, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru. Malahan pula saya mendapat pengalaman dan pengetahuan yang sangat berharga secara langsung semasa membuat pertemuan-pertemuan bersama individu-individu penting di jabatan-jabatan yang penting seperti Jabatan Kesihatan Bahagian sekolah, Pusat Latihan Kemas, Jabatan bomba dan orang perseorangan yang membekalkan bahan-bahan bantu mengajar untuk prasekolah. Pengetahuan-pengetahuan baru ini pasti tidak akan saya sia-siakan begitu sahaja. Saya berasa sangat teruja dan gembira kerana kerjasama yang diberikan oleh semua pihak adalah sangat baik. Dengan ini juga, ia sebenarnya mengajar kami tentang ‘communication skills’ atau cara berinteraksi yang betul dengan pihak-pihak atasan. Ini juga menambahkan lagi keyakinan kami untuk berurusan dengan orangorang penting dalam sesuatu perkara. Di sebalik kekuatan dan kelebihan yang saya perolehi, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki. Kelemahan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini ialah penghasilan pelan lantai yang sukar dilaksanakan dengan baik. Disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman berkenaan susun atur dan reka bentuk bangunan yang tepat, rekaan pelan lantai prasekolah kami hanyalah bertumpukan kepada prasekolah idaman yang ingin kami tubuhkan. Setelah melalui beberapa proses mendapatkan maklumat dan kajian, barulah kami menyedari bahawa faktor keluasan bangunan, pemilihan lokasi, peruntukan kewangan dan pemilihan bahan-bahan yang digunakan adalah sangat penting. Kelemahan kedua yang dapat saya lihat adalah dari segi perancangan kewangan yang dibuat untuk prasekolah kami. Hal ini adalah disebabkan kerana saya dan ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan
137

pengurusan kewangan yang agak kurang. Dalam kumpulan kami, hanya saya dan Nurul Ain yang pernah mengambil bidang Prinsip Akaun di sekolah tetapi hanya sedikit ilmu yang kami dapati ketika di sekolah dulu yang kami gunakan. Selain itu juga, kelemahan yang agak ketara yang dapat saya lihat adalah dari segi pengurusan masa yang kurang berkesan. Disebabkan kekangan masa yang kami hadapi, saya dan ahli kumpulan terpaksa menguruskan dan membuat temujanji dengan pihak-pihak berkaitan pada saat-saat akhir. Perkara ini menyebabkan kami agak kepenatan kerana terpaksa berkejar ke sana dan ke mari untuk memastikan kami memperolehi semua maklumat penting yang diperlukan. Sebagai penambahbaikan, saya berpendapat walaupun sesuatu bidang itu tidak saya pelajari, saya juga perlu mempunyai ilmu berkenaan bidang tersebut dengan cara memperbanyakkan bacaan. Oleh kerana sikap kurang membaca, saya dan ahli kumpulan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan satu-satu skop yang perlu kami siapkan. Saya teringat pesan Rasulullah s.a.w yang berbunyi “tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China”. Ini membawa maksud kita perlulah sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dalam apa bidang sekalipun supaya apa jua yang mendatang dapat ditangani dengan sebaiknya. Penambahbaikan yang kedua pula adalah dengan merujuk kepada pihak-pihak yang pakar mengenai sesuatu bidang yang tidak kami mahir. Sebagai contoh, dalam proses mebuat pelan, kami tidak seharusnya hanya mengikut cita rasa kami sendiri. Setelah merangka pelan yang diingini, kami tetap masih perlu merujuk kepada mereka yang lebih pakar sebagai rujukan agar tidak berlaku kesilapan yang boleh memberi kesan kepada tugasan kami ini. Penambahbaikan yang terakhir adalah dari segi pemilihan bahan-bahan dan buku-buku yang digunakan di prasekolah kami. Kami perlu berhati-hati dan menitikberatkan dalam pemilihan BBM dan buku-buku agar kanak-kanak yang belajar di sini nanti lahir sebagai individu berkualiti dari segala aspek. Kami tidaklah hanya bersandarkan motif mengaut keuntungan semata, tetapi kebajikan pelanggan iaitu kanak-kanak turut perlu kami jaga.
138

Kesimpulanya, melalui tugasan ini saya banyak belajar perkara baru yang belum pernah saya tahu sebelum ini. Dengan adanya tugasan projek ini, diharap ianya benarbenar dapat membantu saya dalam melaksanakan impian yang telah saya pendam selama ini iaitu ingin membina prasekolah sendiri suatu hari nanti. Dan ini juga merupakan impian keluarga kerana hanya saya satu-satunya waris perempuan yang mengambil bidang pendidikan. Saya melihat tugasan projek ini sebagai satu anugerah yang dapat saya gunakan sebagai bekalan dan panduan pada masa akan datang. Insya Allah. REFLEKSI NAMA : NURUL AIN BINTI MAZLAN NO K/P: 880909-43-5590

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya saya dan ahli kumpulan berjaya juga menyiapkan tugasan projek bagi Pra 3110 iaitu tajuk kursus Pengurusan Prasekolah. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak yang telah saya perolehi samada dari segi kebaikan dan juga kelemahan. Terledih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan dan juga tunjuk ajar kepada saya dan juga ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan ini. tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang banyak memberi kerjasama dalam usaha melaksanakan tugasan yang telah diberi. Antara kebaikan yang saya perolehi dalam melaksanakan tugasan projek ini ialah, yang pertama, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang prosedur bagaimana untuk membina sebuah prasekolah. Disini, saya telah dapat mengetahui bagaimana untuk membuat kertas kerja penubuhan prasekolah yang baik. Untuk membuat kertas kerja yang baik, saya perlu membuat sebuah perancangan yang bijak. Saya perlu mengambilkira setiap aspek yang ada didalam prasekolah tersebut. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui bagaimana untuk membuat kertas kerja yang
139

berkaitan dengan sesuatu program, tetapi kini saya telah mengetahui untuk membuat kertas kerja yang lebih besar dan penting lagi, iaitu untuk menubuhkan sebuah prasekolah. Kebaikan yang kedua ialah, tugasan projek ini telah membantu saya dalam memperbaiki kemahiran interpersonal saya. Ini adalah kerana, ketika melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya telah ditugaskan untuk mencari bahan-bahan dan sumber-sumber yang berkaitan dengan sesebuah prasekolah. Berikutan dengan itu, saya dan ahli kumpulan saya telah pergi ke Klinik Pergigian Seberang Takir, Kemajuan Masyarakat Seberang Takir dan juga Jabatan Bomba di Kuala Terengganu. Melalui pencarian maklumat ini, kami telah berinteraksi dengan pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat. Melalui interaksi ini, saya telah belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik lagi. Melalui tugasan projek ini juga, saya telah dapat membandingkan bezakan sesebuah prasekolah dengan sebuah prasekolah yang lain. Setiap prasekolah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Samada dari segi kemudahan sekolah, mahupun dari segi perlaksanaan dan perancangan sesuatu program. Misalnya, saya telah membuat penilaian terhadap prasekolah yang pernah saya pergi dahulu sebelum saya membuat perancangan kepada prasekolah yang ingin saya tubuhkan. Antaranya ialah, saya telah membuat perbandingan tentang kedudukan tandas didalam prasekolah. Setelah membuat perbandingan dan menilai tentang aspek tersebut, barulah saya dapat merancang apa yang saya inginkan dengan baik. Antara kebaikan yang lain ialah, saya telah dapat belajar untuk menerima pendapat, pandangan dan kritikan daripada orang lain. Salah satu yang perlu saya dan ahli kumpulan lakukan ialah membentangkan pelan luar dan pelan dalam prasekolah yang kumpulan kami inginkan. Melalui pembentangan ini, kami telah menerima pandangan dan komen daripada ahli kumpulan yang lain. Walaupun berbeza pendapat, tetapi saya belajar untuk menerima pandangan tersebut. Selain daripada itu, tugasan projek ini juga telah mengeratkan lagi hubungan saya dengan ahli kumpulan. Melalui tugasan ini, saya bersama-sama dengan ahli
140

kumpulan telah belajar untuk mewujudkan kerjasama yang baik. Ini telah membuatkan hubungan kami menjadi lebih erat. Walaupun terdapat kebaikan, tetapi masih juga ada kekurangan dalam tugasan ini.Antara kekurangannya ialah saya mengalami sedikit masalah dalam merancang kurikulum tambahan individu. Ini adalah kerana, semua idea yang telah dicurahkan ketika menghasilkan kurikulum tambahan bagi kumpulan.Walau bagaimanapun, kekurangan ini telah memberi cabaran kepada saya untuk memikirkan lagi subjek yang sesuai diterapkan. Selain daripada itu ialah, tugasan ini juga agak mencabar bagi saya. Ini adalah kerana, sebelum ini saya hanya belajar bagaimana untuk membuat kertas kerja berkaitan dengan sesuatu program. Tetapi, tugasan ini telah memberi cabaran kerana saya kurang pengetahuan dalam membuat kertas kerja penubuhan prasekolah ini. Pada mulanya ia agak memberi tekanan kepada saya. Saya dan ahli kumpulan juga mengalami sedikit masalah berkaitan dengan masa. Oleh kerana kesibukan sebagai pelajar, kami perlu bijak dalam merancang sesuatu tindakan. Masalah yang kami hadapi adalah masalah untuk pergi ke sesuatu tempat bagi mendapatkan maklumat. Oleh kerana kuliah yang berakhir pada tengahari, saya dan ahli kumpulan saya mengejar masa untuk pergi ke sesuatu lokasi. Contohnya ke Jabatan Bomba. Kami terpaksa bergegas ke bandar Kuala Terengganu sebaik sahaja selesai waktu kuliah. Ini agak kurang baik kerana mungkin akan terjadi sesuatu yang tidak diingini jika sesuatu itu dlakukan dengan tergesa-gesa. Jadi, pada saya, perlu untuk melaksanaka tugasan ini, kami perlu diberi sedikit ruang baik membuat sesuatu tindakan. Kesimpulannya, walaupun tugasan projek ini terdapat sedikit kekurangan,tetapi pada pendapat saya secara keseluruhan adalah tugasan projek ini memberi pengalaman baru kepada saya kerana saya telah belajar bagaimana untuk menubuhkan sebuah prasekolah yang baik . Ini dapat saya jadikan sebagai bekalan untuk digunakan pada masa akan datang.

141

REFLEKSI

NAMA: AISHAH NURAIN BT RAKAL NO. KAD PENGENALAN: 881217-43-5674

Alhamdulillah, dengan kesempatan masa dan ruang yang diberikan akhirnya kumpulan saya dapat menyelesaikan tugasan bagi subjek Pengurusan Prasekolah (PRA 3110) di bawah bimbingan Pn. Rashidah Elias. Sepanjang tempoh kami melaksanakan tugasn ini, banyak pengalaman dan ilmu baru yang kami perolehi dan tidak kurang juga kelemahan dan penambahbaikan yang boleh kami perolehi. Kekuatan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini ialah yang pertama, kami berjaya memperolehi pengalaman sebenar iaitu dengan membuat temujanji bersama pihak bomba, klinik dan juga pentadbir di salah sebuah tadika swasta di kuala terengganu. Melalui pengalaman ini, saya berjaya memperolehi maklumat yang tepat dan asli seperti jumlah alat keselamatan yang diperlukan di prasekolah berdasarkan keluasan. Sepanjang proses temuramah yang dijalankan juga, saya dapat membina dan belajar kemahiran untuk berinteraksi dengan orang lain serta belajar menerima pendapat pihak lain. Sebagai contoh, apabila kumpulan saya menunjukkan pelan lantai prasekolah kami, pihak bomba telah memberi pendapat mereka berkaitan dengan keluasan prasekolah kami yang terlalu besar yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

142

Kekuatan yang kedua pula ialah dari segi konsep prasekolah yang ingin diwujudkan. Konsep prasekolah kumpulan saya ialah berkaitan dengan konsep keusahawan dan keagamaan. Saya merasakan konsep prasekolah ini adalah unik dan tidak pernah lagi saya temui selama ini. Melalui konsep yang ingin kami bina, saya menjangkakan ianya akan mendapat sambutan daripada ibu bapa terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai kerjaya dalam bidang perniagaan. Di samping itu, prasekolah ini juga tidak melupakan kepentingan dan kewajipan tentang agama dalam bidang pendidikan. Kekuatan yang ketiga ialah dari segi kerjasama yang wujud di dalam kumpulan saya. Melalui tugasan ini, saya merasakan tolak ansur dan komitmen yang diberikan di antara kami semakin baik. Antara kerjasama yang wujud adalah apabila kami berbincang mengenai pembahagian tugasan serta masa yang dikorbankan untuk keluar menemubual pihak berkenaan. Dengan mengambilkira peranan dan tanggungjawab masing-masing kami berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik.. Kekuatan yang keempat ialah melalui kolaborasi yang dibina di antara ahli

kumpulan kami dan juga pensyarah pembimbing. Saya merasakan kami banyak berjumpa dan berbincang dengan pensyarah mengenai penubuhan prasekolah ini. Di samping itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh Pn. Rashidah berkenaan item yang perlu dilaksanakan seperti mencari maklumat berkaitan harga peralatan prasekolah dan keselamatan prasekolah menjadikan kertas kerja kami adalah kertas kerja yang tepat dan relevan iaitu bukan sekadar rekaan dan anggaran sahaja. Manakala kelemahan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini ialah penghasilan pelan lantai yang sukar dilaksanakan dengan baik. Disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman berkenaan susun atur dan reka bentuk bangunan, pelan lantai kami lebih tertumpu kepada kehendak dan impian kami untuk mewujudkan prasekolah yang serba lengkap. Seharusnya, pelan lantai yang baik haruslah mengambilkira faktor keluasan tempat, peruntukan kewangan dan lain-lain lagi. Kelemahan yang kedua pula, adalah dari segi perancangan masa yang kurang teliti. Perancangan masa yang saya maksudkan adalah apabila kami membuat
143

temujanji bersama dengan pihak tertentu di saat-saat akhir. Kecuaian sikap ini, menyebabkan kumpulan saya terpaksa bekejar untuk ke tempat temujanji dengan keadaan tergesa-gesa. Sekiranya perkara ini dirancang dengan lebih awal, maka perjalanan tugas kami akan menjadi lebih baik. Seterusnya ialah, kelemahan dari segi peruntukan modal kewangan yang digunakan terlalu banyak. Mungkin disebabkan saya sendiri tiada pengalaman berkaitan dengan perniagaan, oleh itu saya merasakan prasekolah yang ingin dibina berkemungkinan memerlukan jangka masa yang lama untuk mendapat pulangan modal dan memperolehi keuntungan. Manakala dari segi penambahbaikan pula, adalah seperti memperbanyakkan temubual bersama dengan pihak tadika swasta yang ada. Ini kerana, melalui perkongsian pengalaman mereka berkaitan dengan penubuhan tadika itu, dapat saya jadikan panduan dan sempadan untuk membina prasekolah sendiri. Penambahbaikan yang kedua pula ialah, kumpulan saya perlu lebih memberi perhatian berkenaan dengan buku yang ingin digunakan di prasekolah ini. Ini kerana, pada pendapat saya di sesuatu prasekolah harus mempunyai buku khas terutamanya berkaitan dengan program bacaan dan kerja rumah supaya bidang akademik tidak ketinggalan walaupun kanak-kanak sememangnya suka bermain. Kesimpulanya, melalui tugasan ini saya banyak belajar perkara baru dan mempunyai pengalaman yang amat bermakna terutamanya dalam membina kertas kerja serta meningkatkan kemahiran interpersonal saya. Dan saya amat gembira sepanjang melaksanakan tugasan ini, memandangkan kumpulan saya mendapat kerjasama yang baik dari pihak yang telah kami temubual.

144

REFLEKSI NAMA : NO I/C : FARIDAH BINTI MOKHTAR 880223-23-5770

Alhamdulillah kerana kumpulan kami telah berjaya menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashidah Binti Elias di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan. Segala perkongsian idea dan pengalaman amat membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan kali ini. Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman dan dapatan dari tugasan ini iaitu berkaitan pemantapan pengetahuan dan kemahiran komunikasi saya. Melalui tugasan ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan maklumat baru yang begitu berguna dan menaikkan semangat saya untuk terus bergiat maju di dalam bidang ini. Sebagai contoh semasa saya pergi menemuramah pelbagai pihak seperti pihak bomba dan pihak klinik kesihatan bersama ahli kumpulan yang lain, saya telah mendapat pelbagai maklumat an tips untuk penubuhan sesebuah tadika ataupun prasekolah.segala maklumat berkenaan sangat berguna kerana saya sememangnya telah lam berangan-angan untuk membuka sebuah tadika sendiri. Selain itu, saya juga bersyukur kerana tugasan ini juga telah membantu saya untuk meningkatkan lagi kemahiran saya ketika berkomunikasi dengan orang lain. Jika suatu ketika dahulu saya gugup untuk memulakan perbualan, kini diri saya semakin berani dan yakin untuk bergaul dengan orang lain. Tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengasah kembali minat saya pada bidang arkitek dan seni lukis. Walaupun terpaksa merujuk semula buku dan
145

sahabat lama, saya tetap berasa gembira dan seronok kerana akhirnya saya dapat menyiapkan lukisan pelan bahagian dalam, bahagian luar dan juga pelan laluan kecemasan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian. Kami mengalami kekangan untuk melukis pelan lantai yang lengkap dan sempurna kerana kami tidak berjaya untuk mendapatkan program khas bagi di masukkan kedalam computer kami. Hal ini membuatkan kami agak kecewa dan tidak bersemangat dan mengganggu kelancaran kerja kami. Kami mengambil masa yang agak lam untuk menaikkan kembali semangat kami. Walaupun pensyarah pembimbing telah memberi kebenaran untuk kami mengupah pelukis khas, kami terpaksa membatalkan rancangan kami memandangkan terdapat pelbagai perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk melukis sendiri pelan kami menggunakan perisian perkataan. Seterusnya, tugasan ini memberi saya pengetahuan tentang aspek-aspek penting dalam penubuhan sesebuah prasekolah di Malaysia. Antaranya termasuklah aspek keselamatan, kebersihan, kesihatan, kos penubuhan dan lain-lain aspek yang mana semua aspek ini adalah berkaitan dan harus diutamakan. Sebagai kesimpulannya, untuk menubuhkan sesebuah prasekolah mahupun tadika, seseorang perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan serta mengetahui prosedur sebenar permohonan untuk penubuhan tadika supaya segala kerja dan proses dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

146

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->