You are on page 1of 4

 TAJUK KERTAS KERJA

Nyatakan tajuk kertas kerja yang bersesuaian.

Contoh:
SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA.
 TUJUAN
Nyatakan tujuan projek/program.

Contoh:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta
mencadangkan pelaksanaan seminar bagi tujuan Mencegah,
Membasmi Dan Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
 LATAR BELAKANG
Nyatakan sedikit latar belakang pertubuhan dan hubungkait
serta kepentingannya dengan program yang dicadangkan.

Contoh:
Isu-isu gangguan seksual sering diperkatakan dan semakin
mendapat liputan media-media cetak dan elektronik. Kes-kes
gangguan seksual juga telah menular dikalangan warga pekerja
di tempat kerja. Kebanyakannya kes gangguan seksual di
tempat kerja melibatkan kaum wanita maka satu program ini
perlulah dipanjangkan kepada golongan ini.
 OBJEKTIF
Senaraikan objektif-objektif utama program ini.
Contoh:
Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pekerja-pekerja
wanita di sektor swasta tentang gangguan seksual dan cara
menangani gangguan seksual.
 KOMPONEN PROJEK

Cadangan tarikh dan tempat perlaksanaan


Nyatakan cadangan tarikh-tarikh dan tempat-tempat program ini akan dilaksanakan.

Contoh:

Bil Tarikh Butiran Latihan/Seminar Lokasi


1. JANUARI SEMINAR KESEDARAN MELAKA
2. FEBRUARI SEMINAR KESEDARAN W.PERSEKUTUAN
3. MAC SEMINAR KESEDARAN SEREMBAN

Peserta (KUMPULAN SASAR)


Nyatakan jumlah dan kumpulan peserta

Contoh:
300 orang pekerja wanita dari sektor swasta bagi setiap kali
kursus.

Kaedah Perlaksanaan
Nyatakan kaedah perlaksanaan program sama ada dalam
bentuk seminar, ceramah, bengkel, kempen dan sebagainya.

Aturcara (sebagai maklumat tambahan)


Kepilkan cadangan aturcara program.
Contoh:
HARI PERTAMA
1. Pagi:
o Pendaftaran
o Pembukaan/ Perasmian
o Taklimat Pentadbiran Oleh Jabatan Buruh
o Pembentangan Kertas Kerja/Panel Perbincangan
'Definisi, Skop Dan Kesan Gangguan Seksual Di
Tempat Kerja'
o Tayangan Video

2. Makan tengah hari

3. Petang:
o Bengkel

o Pembentangan Hasil Bengkel


o Jamuan Dan Bersurai

 ANGGARAN PERBELANJAAN
Nyatakan anggaran perbelanjaan bagi setiap program beserta
pecahan-pecahan perbelanjaan.
Nyatakan juga jumlah peruntukan yang dipohon daripada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

You might also like