You are on page 1of 8

Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein
menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa
perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai
Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa


perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India
sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara
kaum dapat dikurangkan
d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan
progresif.
e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan
f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih ,
lieral dan progresif
g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan
4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 4 1 P M 0 C O M M E N T S

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan


Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di
madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-
an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit
Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok,
iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan
peralatan (kerusi meja).
4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau
madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam
yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris.

Sekolah Vernakular

1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa


ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di
sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada
tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi,
iaitu:
i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam


b. dan mata pelajaran vokasional
ii. Petang

a. Bahasa Arab
b. dan al-Qur'an

2. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada


waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab
perguruan, iaitu
i. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.
3. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan
pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah
Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
4. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai
bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari
Negara China.
5. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
6. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau
Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
7. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India.
Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
8. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib
menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
9. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
10. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak
bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 )
merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang
mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat
pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.


b. Kurikuium sekolah berbeza.
c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa
pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status
dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang
dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok
Belanga dan Kampung Gelam.
4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris
mula diperkenalkan. Contohnya,

i.King Edward VII, Taiping di Perak dan


ii.Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.
2. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah
vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
3. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah
Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
4. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah
ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga.
Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat
sekolah menengah.
5. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat
bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" :
Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk
mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
6. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan
dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an.
Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat
sekolah rendah sahaja.
7. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai
tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi
kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
8. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh
mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan
hebat di kalangan semua kaum.
9. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan
adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan
kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa
Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan
agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem
"bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
10. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan
profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles
dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah
institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan.
Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan
Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru
dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu.
11. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam
bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah
dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan
melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun
1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah
pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)


a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat
keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes
ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.


ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu
sebagai bahasa pengantar.
iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin
mempelajari bahasa ibunda mereka.
iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan
bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes.
Antaranya ialah:
i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar
yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu.
ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu,
Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah
kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan
menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa
Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara


China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi
asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya
ialah:
a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan
tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa
kebangsaan juga diadakan.
b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)
dikekalkan.
c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)


a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan
Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem
persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan
Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan
kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak
menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan
berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing-
masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi
oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran
clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 4 1 P M 0 C O M M E N T S

Laporan Rahman Talib (1960)


P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 4 0 P M 0 C O M M E N T S

Laporan Kabinet (1979)


P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 3 9 P M 0 C O M M E N T S

Akta Pendidikan 1996


P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 3 8 P M 0 C O M M E N T S

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 3 7 P M 0 C O M M E N T S

You might also like