P. 1
KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

4.5

|Views: 4,444|Likes:
Published by anon-770254

More info:

Published by: anon-770254 on Jul 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2013

pdf

text

original

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM PENDIDIKAN SAINS (KIMIA

)

ANJURAN :

PEGAWAI RELA DAERAH SLIM RIVER
DENGAN KERJASAMA :

PELAJAR-PELAJAR UPSI
TARIKH :

4 – 5 FEBRUARI 2006
TEMPAT :

FELDA BESOUT 2

KERTAS KERJA “EPILOG KASIH” ANJURAN PELAJAR KURSUS HUBUNGAN ETNIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENDAHULUAN Program “ Epilog Kasih ” ini akan dijalankan selama dua hari di Felda Besout 2 yang terletak di Sungkai, Perak. Program ini akan melibatkan pelbagai pihak sekaligus dapat menjalankan hubungan baik diantara penduduk kampung dengan pelajar-pelajar UPSI. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bagi menceriakan penduduk Felda Besout 2. 2.0 TUJUAN Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk Felda dan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan pelajarpelajar UPSI. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi suasana ceria dan hiburan kepada penduduk dengan adanya pelbagai aktiviti. Pelajar juga dapat didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan yang sekarang ini pelajar kurang didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sosial.Tujuan program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan penduduk Felda. 3.0 LATAR BELAKANG Pelajar-pelajar pada masa kini, kurang terdedah dengan aktiviti sosial kemasyarakatan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, program ini diadakan untuk membolehkan pelajar-pelajar bersosial dengan penduduk luar. Selain itu, pelajar-pelajar dan penduduk felda dapat saling mengenali dan dapat berkongsi pengalaman masing-masing. Program ini juga dapat mendedahkan pelajar-pelajar dengan kehidupan di luar bandar. Di samping itu, penduduk felda juga dapat mengetahui kehidupan seharian pelajar di universiti. Malahan pelajar-pelajar universiti dapat menjadi contoh yang terbaik kepada kanak-kanak di felda da dapat meniupkan semangat kepada mereka untuk berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.

4.0 OBJEKTIF Antara objektif program ini diadakan ialah: 4.1 Pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai kehidupan penduduk Felda. 4.2 Pelajar dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan penduduk Felda. 4.3 Pelajar dapat mewujudkan kerjasama pelajar dan penduduk Felda. 4.4 Penduduk Felda dapat didedahkan dengan kehidupan pelajar universiti. 4.5 Kanak-kanak di Felda dapat menjadikan pelajar UPSI sebagai contoh untuk merealisasikan impian mereka ke menara gading. 5.0 JUSTIFIKASI BAGI MENGADAKAN PROGRAM Antara matlamat lain dalam pelaksanaan program motivasi ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni di samping dapat menambah pengalaman. Selain itu, program ini dapat menceriakan lagi suasana Felda Besout 2. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari cara pengendalian sesuatu program. 6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN 6.1 Tarikh 6.2 Masa 6.3 Tempat Besout 2 6.4 Golongan sasaran 6.5 Perasmi : 4 - 5 Februari 2006 : 8.30 pagi : Dewan Serbaguna & Surau Tambahan Felda : Penduduk Felda Besout 2 : Tuan Haji Zahudin Bin Dat Pengurus Felda Besout 2

7.0 PENGANGKUTAN DAN PERALATAN 7.1 Van 7.2 Hadiah & Cenderahati 7.3 Alat-alat gotong-royong ( alatan mengecat ) 7.4 Alat-alat sukaneka 7.5 Alat-alat komunikasi dan perhubungan 7.6 Alat-alat LDK 7.7 Alat-alat promosi ( kain rentang,kad jemputan,kertas soal selidik ) 8.0 JAWATANKUASA INDUK Penaung : Penasihat : En Samri Bin Sainuddin Pengerusi : Fauzana Bt. Mohd Rohmatullah Naib Pengerusi 1 : Syarifah Nurul Izzah Bt. Yulaim Setiausaha : Syaza Safirah Bt.Zulkifli Bendahari : Nurul Ainn Bt. A. Razak Ahli Jawatankuasa Kecil : Peralatan : Siti Nordalila Bt.Md Saad Jamuan : Zaihasra Bt. Razali Norita Bt. Mohd Sahidan Keselamatan : Siti Ajar Bt.Saidin Pengangkutan : Zaidah Bt. Adnan Dokumentasi : Wan Nurul Azeanty Bt.Wan Mohd Aturcara Majlis : Nurul Ainun Bt. Abdul Zabar Norzee Bt. Asri

9.0 BELANJAWAN DAN JUSTIFIKASI

Pendapatan Anggaran Pendapatan Jumlah Keseluruhan

Jumlah RM 1500 RM1500

Perbelanjaan Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM1500 Jumlah Keseluruhan RM1500

10.0 HARAPAN DAN PENUTUP Semoga program “Epilog Kasih” akan mendapat sambutan daripada semua pihak.Kami berharap ia akan menjadi harapan yang paling ceria di sana. Dengan harapan, program ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar Disediakan oleh, ………………………… …………. (Fauzana Bt.Mohd Rohmatullah) Sainuddin) Pengerusi Program “Epilog Kasih” “Epilog Kasih” Disahkan oleh, ………………… (En Samri bin Penasihat Program

Lampiran A

PROGRAM EPILOG KASIH
TENTATIF PROGRAM TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006 TARIKH SABTU 4 FEB 2006 MASA 8.30 – 8.45 a.m 8.45 – 9.00 a.m 9.00 – 10.00 a.m 10.00 -10.30 a.m 10.30 – 1.00 p.m 1.00 – 2.30 p.m 2.30 – 4.30 p.m 5.30 – 6.30 p.m 6.30 – 8.00 p.m AHAD 5 FEB 2006 8.00 – 10.00 p.m 8.30 – 9.00 a.m 9.00 – 11.00 a.m 11.00 – 12.30 p.m 12.30 – 1.00 p.m PENGISIAN Penduduk FELDA mengambil tempat Ketibaan Dif-dif terhormat Majlis Perasmian Jamuan Ringan Gotong-royong mengecat surau Rehat Sambungan gotong-royong mengecat surau LDK 1 (Ice Breaking) Rehat LDK 2 Pendaftaran sukaneka Acara Sukaneka Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Bersurai dan Jamuan Ringan

Lampiran B PERASMIAN PROGRAM EPILOG KASIH Masa : 1 Jam 30 minit Tempat : Dewan Serbaguna Perasmi : Tuan Haji Zahudin Bin Dat Atur cara majlis 1. Semua penduduk felda mengambil tempat dalam dewan serbaguna 2. Ketibaan dif-dif kehormat 3. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan penduduk felda 4. Pengarah projek memberi kata-kata aluan dan menerangkan objektif dan hala tuju kem diadakan 5. Ucapan oleh wakil RELA 6. Ucapan oleh Tuan Haji Zahudin dan merasmikan Program Epilog Kasih.

Lampiran C TENTATIF SUKANEKA OBJEKTIF : i. ii. iii. iv. v. vi. Setiap aktiviti yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan Memupuk semangat tidak berputus asa dan kesungguhan untuk mencapai matlamat. Menguji kefokusan dan kepantasan untuk mencapai matlamat. Menguji tahap kekreatifan peserta dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mencapai matlamat. Menguji kesabaran peserta. Mengeratkan silaturrahim dan memupuk perhubungan mesra di kalangan peserta.

Aktiviti 1 : KEMBANG SEMANGKUK Masa : 15 minit Alatan : Belon dan kerusi Tempat : Padang Peserta : 5 kumpulan (1 kumpulan 3 orang) CARA-CARA PERMAINAN 1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point. 2. Pemain perlu meniup belon sehingga pecah 3. Apabila belon pemain pecah, pemain kedua terus berlari untuk meneruskan permainan. 4. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat. Aktiviti 2 : KERUSI KEJAM Masa : 15 minit Alatan : Radio dan 12 buah kerusi Tempat : Padang Peserta : 15 orang CARA-CARA PERMAINAN 1. 12 buah kerusi diatur di dalam bulatan. 2. Permainan bermula sebaik sahaja muzik dimainkan. 3. Pemain dikehendaki mengelilingi kerusi sepanjang tempoh muzik dimainkan. 4. Sebaik sahaja muzik dimatikan, pemain dikehendaki berebut untuk duduk. 5. Peserta yang gagal untuk duduk, akan disingkirkan serta-merta. 6. Untuk permainan seterusnya dua kerusi akan dikeluarkan. 7. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

Lampiran C Aktiviti 3 : DETECTIVE CONAN Masa : 15 minit Alatan : Tepung, gula-gula, pinggan dan kerusi Tempat : Padang Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang) CARA-CARA PERMAINAN 1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point. 2. Pemain perlu mencari gula-gula dalam tepung dan mengambilnya dengan menggunakan mulut. 3. Tanpa menggunakan tangan, penyertaan serta-merta dibatalkan jika peserta menggunakan tangan. 4. Apabila peman berjaya mendapatkan gula-gula tersebut, pemain dikehendaki meletakkannya ke dalam pinggan kosong yang telah disediakan. 5. Permainan diteruskan dengan pemain seterusnya. Aktiviti 4 : MENADAH GERIMIS Masa : 15 minit Peralatan : Air, botol, baldi dan span Tempat : Padang Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang) CARA-CARA PERMAINAN 1. Pemain dikehendaki mengisi air ke dalam botol dengan menggunakkan span. 2. Setiap pemain hanyan dibenarkan mengisi air ke dalam botol dengan hanya sekali perahan. 3. Langkah ini dilakukan secara bergilir-gilir sehingga kuantiti air mencapai kuantiti yang ditetapkan. Aktiviti 5: NYAM-NYAM YUMMY Masa : 15 minit Peralatan : Biskut Cracker, 12 buah pinggan, gula, 12 buah kerusi dan 12 botol air mineral. Tempat : Padang Peserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang) CARA-CARA PERMAINAN 1. Pemain dikehendaki memakan 3 keping biskut di setiap check-point.Terdapat 3 check-point yang disediakan. 2. Langkah yang sama akan diulang sebaik sahaja peserta sebelumnya menghabiskan biskutnya di check-point ketiga.

Lampiran C Aktiviti 6 : SLEEPING BEAUTY Masa : 15 minit Peralatan : Benang, jarum, kerusi dan bekas jarum. Tempat : Padang Peserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang) CARA-CARA PERMAINAN 1. Bekas berisijarum akan diletakkan di bahagian tengah lorong di antara pemain dan pengadil. 2. Benang dibekalkan kepada setiap pemain. 3. Pemain Dikehendaki berlari ke empat bekas berisi jarum dan memaskkan benang ke dalam jarum tersebut. 4. Apabila pemain berjaya memasukkan benang ka dalam jarum, pemain dikehendaki menunjukkannya terlebih dahulu kepada pengadil di hujung lorong. 5. setelah disahkan barulah pemain seterusnya boleh meneruskan permainan.

Aktiviti 7 : FISHINGMAN Masa : 15 minit Alatan : Kayu, botol, tali dan paku Tempat : Padang LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang kayu yang diikat dengan tali dan paku. 2. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check point di mana botol di tempatkan. 3. Pemain perlu memancing botol tersebut dan meletakkannya ke dalam baldi yang telah disediakan. 4. Kemudian, pemain perlu memberikan kayu tersebut kepada pemain yang seterusnya untuk meneruskan permainan. Aktiviti 8 : ABE AYANG Masa : 15 minit Alatan : Kain pengikat kaki Tempat : Padang LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Terdiri daripada 5 pasangan lelaki dan perempuan. 2. Setiap pasangan dikehendaki mengikat kaki secara mengiring. 3. Mereka dikehendaki berlari ke garisan penamat.

Lampiran C Aktiviti 9 : BETIK Masa : Sepanjang sukaneka berlangsung Alatan : Buah betik Tempat : Padang LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Peserta dikehendaki meneka bilangan biji betik. 2. Satu borang hanya untuk satu tekaan sahaja. 3. Jawapan atau tekaan yang paling hampir dengan bilangan sebenar biji betik akan dikira sebagai pemenang. 4. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Borang penyertaan akan dibuka sebelum sukaneka bermula. 2. Peserta adalah terhad kepada 200 peserta sahaja. 3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 sahaja. 4. Peserta tidak dihadkan kepada satu penyertaan sahaja. 5. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.

Lampiran D LDK 1 Aktiviti : ICE BREAKING Alatan : Kertas A4, pen Tempat : Dewan Serbaguna Masa : 1 jam OBJEKTIF: i. ii. iii. iv. Mengeratkan silatulrahim sesama peserta. Membina keyakinan diri di kalangan para peserta.. Meningkatkan kreativiti para peserta. Memupuk semangat berpasukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Fasilitator memperkenalkan diri masing-masing. Fasilitator memberi arahan tentang aktiviti yang bakal dijalankan Fasilitator mengedarkan peralatan ( kertas A4 dan pen ) kepada para peserta. Para peserta diberikan masa 15 minit untuk melakar perkara yang melambangkan diri mereka sendiri. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan menerangkan perkara yang mereka lakar tadi. Fasilitator menerangkan objektif LDK 1 kepada para peserta. Para peserta diminta mereka tepuk semangat dan memberi nama kepada kumpulan

Lampiran D LDK 2 Stesen 1 Aktiviti : STANDING IN THE EYES OF THE WORLD. Alatan : Penyedut minuman, selofan tip Tempat : Dewan Serbaguna Masa : 15 minit OBJEKTIF: v. vi. vii. Membentuk semangat kerjasama di kalangan peserta. Merangsang kreativiti di kalangan para peserta. Memupuk persaingan yang sihat di kalangan peserta.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 8. 9. 10. 11. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya mereka sesuatu dengan menggunakan penyedut minuman. Para peserta diberi masa 15 minit untuk menyiapkan rekaan tersebut Para peserta diminta menerangkan mengapa mereka memilih rekaan tersebut. Setelah selasai aktiviti ini para peserta diminta untuk bergerak ke stesen seterusnya.

Lampiran D Stesen 2 Aktiviti : WAJAH IMPIAN Alatan :Kad manila, marker, kain Tempat : Dewan Serbaguna Masa : 15 minit OBJEKTIF i) ii) iii) iv) Memupuk semangat bekerjasama. Membentuk para peserta supaya mengikut arahan yang diberikan. Membina insan yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Membentuk insan yang suka memberi pertolongan kepada insan lain yang memerlukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Instruktur memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara permainan ini. 2. Instruktur mengedarkan peralatan kepada para peserta. 3. Salah seorang daripada peserta diminta menutup mata dengan menggunakan kain. 4. Manakala peserta yang lain diminta memberikan arahan kepada peserta yang menutup mata tersebut untuk melakar wajah impian mereka di atas kertas manila yang telah disediakan. 5. Semua peserta diminta memberi pendapat masing-masing terhadap hasil wajah impian yang telah mereka hasilkan. 6. Para peserta diminta untuk bergerak ke stesen yang seterusnya.

Lampiran D Stesen 3 Aktiviti : DADU UNDUR MAJU Alatan : Dadu yang diperbuat daripada kad manila, maskin tip Masa : 15 minit Tempat : Dewan Serbaguna OBJEKTIF i. ii. iii. Memupuk semangat bekerjasama di kalangan para peserta. Melihat sejauh mana kesabaran para peserta untuk terus maju ke hadapan walaupun dengan melalui pelbagai halangan. Memupuk jati diri supaya tidak menyalahkan orang lain sepanjang permainan berlangsung.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya beratur. 2. Peserta pertama diminta membalingkan dadu. 3. Jika dadu yang dibaling adalah berwarna hitam, para peserta diminta untuk maju ke hadapan mengikut nombor pada dadu tersebut. 4. Sebaliknya, jika dadu yang dibaling adalah berwarna merah para peserta diminta undur mengikut nombor pada dadu tersebut. 5. Peserta seterusnya diminta membalingkan dadu. 6. Para peserta diinta membalingkan dadu sehingga sampai ke garisan penamat.

Lampiran D Stesen 4 Aktiviti : CAP KALICAP Alatan : Masa : 15 minit Tempat : Dewan Serbaguna OBJEKTIF i. ii. iii. Melatih peserta supaya peka terhadap gerakan yang telah dilakonkan oleh peserta yang lain. Mewujudkan semangat berpasukan di kalangan para peserta. Sebagai satu hiburan kepada para peserta ketika menjalankan aktiviti LDK ini.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI 1. Instruktur menerangkan cara permainan yang bakal dilakukan. 2. Para peserta pertama diminta untuk membuat satu gaya mereka yang tersendiri. 3. Manakala peserta yang kedua diminta meniru gaya peserta kedua dan seterusnya sambil menyanyikan lagi yang telah ditetapkan. 4. Permainan ini berakhir sehingga semua peserta tidak dapat meniru gaya peserta yang lain.

Lampiran E PENUTUPAN PROGRAM EPILOG KASIH Masa : 1 Jam 30 Minit Tempat : Dewan Serbaguna Penutupan kem Oleh : Wakil Felda Besout 2

Atur cara majlis 1. Kesemua penduduk felda berkumpul di dewan 2. Pengerusi berucap dan mengalu-alukan kesudian penduduk felda 3. Pengerusi mempersilakan Ketua Kampung untuk berucap 4. Sesi penyampaian hadiah sukaneka, yang disampaikan oleh Wakil Felda Besout 2 5. Wakil Felda Besout 2 menutup secara rasmi Program Epiloq Kasih 6. Pengerusi program diiringi Timbalan Pengerusi, memberikan cenderahati kepada Wakil Felda Besout 2 7. Majlis ditutup.

Lampiran F BELANJAWAN PROGRAM EPILOG KASIH TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006

1) BELANJAWAN MAKANAN BELANJAWAN Makan pagi Makan tengahari Makan malam Makan pagi Jumlah kesuluhan 2) PENGANGKUTAN Sewa Van – RM200.00 3) PERALATAN GOTONG-ROYONG i. Cat (1tin) : RM50.00 (4 tin) : RM50.00 X 4 = RM200.00 ANGGARAN SEORANG RM 1.50 RM 3.00 RM 1.00 RM 1.50 RM 7.00 KOS ANGGARAN KOS 100 ORANG PESERTA RM 150.00 RM 300.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 700.00

4) PERALATAN SUKANEKA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Belon Tepung Gula-gula Pinggan kertas Air mineral Span Biskut Benang Jarum Tali Paku Wisel : RM10 : RM2.00 : RM2.00 : RM5.00 : RM12.00 : RM5.00 : RM6.00 : RM1.00 : RM2.00 : RM2.00 : RM0.20 : RM3.00

xiii.

Tali rafin jumlah

: RM4.00 ____________ ____________

5)

PERALATAN LDK

6) PERALATAN PROMOSI

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah, Pengarah Program Epilog Kasih, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan. Pegawai RELA Daerah Slim River, Perak Darul Redzuan. Melalui. En.Samri Tuan, Memohon Kerjasama Untuk Menjayakan Program Epilog Kasih Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan untuk memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. 1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2. 2. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menghulurkan bantuan tenaga kerja daripada ahli-ahli RELA Daerah Slim River. 3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari 2006. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang Benar, ………………. ( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program Disahkan oleh, ………………. (Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

13 Januari 2006

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah, Pengarah Program Epilog Kasih, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan. Tuan Haji Zahudin Bin Dat, Pengurus Felda Besout 2, Perak Darul Redzuan. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Program Epilog Kasih Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan mengadakan satu program di felda tuan iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan untuk memberi kebenaran mengadakan program ini. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua penduduk dan pelajar Tahap 2 di felda tuan. 3. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan peralatan dan infrastruktur felda seperti dewan dan surau. 4. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari 2006. Oleh yang demikian, pihak kami berharap mendapatkan kebenaran untuk bermalam di dewan felda tuan memandangkan akan terdapat aktiviti pada waktu malam. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang Benar, ………………. ( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program Disahkan oleh, ………………. ( Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

13 Januari 2006

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah, Pengarah Program Epilog Kasih, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan.

Pegawai RELA Daerah Slim River, Perak Darul Redzuan Tuan, Memohon Sumbangan Kewangan

13 Feb 2006

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih. 1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2. 2. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan : i) ii) iii) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surau Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2. Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk peserta sepanjang program ini dijalankan. 4. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar, ………………. ( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program

Disahkan oleh, ………………. ( Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah, Pengarah Program Epilog Kasih, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 39500 Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan.

Tuan Haji Zahudin Bin Dat, Pengurus Felda Besout 2, Perak Darul Redzuan. Tuan, Memohon Sumbangan Kewangan

13 Januari 2006

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2. 3. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan : i) ii) iii) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surau Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2. Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

4. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk peserta sepanjang program ini dijalankan. 5. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang Benar, ………………. ( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program Disahkan oleh, ………………. ( Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

s.k.

Pengerusi JKKK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->