P. 1
Kata-kata Tokoh Terkenal

Kata-kata Tokoh Terkenal

|Views: 1,037|Likes:
Published by Raja Bella

More info:

Published by: Raja Bella on Nov 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2012

pdf

text

original

1.

Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya
maka marahlah dia.Marahmu ialah tanda engkau menyayanginya. (ABU DZAR) 2.Harta itu akan memberikan manfaat jika dipegang oleh orang yang berilmu.Wang sama seperti pasir, kerana jika telah dibelanjakan kepada yang berfaedah,barulah ada harganya.(ABUL ISLAMI) 3.Hormati diri anda dan orang lain akan menghormati anda. (CONFUCIUS) 4.Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.(LAO TZE) 5.Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.(HUKAMA) 6.Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.(SAIDINA UMAR) 7.Memiliki kata-kata yang baik dan sopan adalah termasuk budi pekerti.(IMAM SHAFIE) 8.Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.(MARCUS AURELIUS) 9.Krisis tidak membentuk sikap.Sikap hanya didedahkan oleh krisis. (ROBERT LARRANAGA) 10.Cemburu adalah kanser kepada jiwa.(SOCRATES) 11.Jadikan ilmu sebagai panduan beragama,pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama. (AHLI SUFI) 12.Berkumpul bersama adalah permulaan.Bersatu adalah kemajuan. Bekerjasama adalah kejayaan.(HENRY FORD)

13.Seribu kawan adalah sedikit,seorang musuh adalah terlalu ramai. (PENDETA RUSIA) 14.Batu permata tidak boleh digilapkan tanpa geseran.Begitu juga manusia,ia tidak boleh menjadi sempurna tanpa percubaan. (PENDETA CINA) 15.Selama niat baik masih tersisip dalam hati,maka pintu kesucian tetap terbuka.(ALEXENDER POWWEL) 16.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.(IMAM AL GHAZALI) 17.Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.(ABRAHAM LINCOLN) 18.Setiap orang adalah arkitek untuk nasibnya sendiri.(SALLUST) 19.Buku ialah universiti yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. (ABRAHAM LINCOLN) 20.Jangan ikut perangai lampu, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri terbakar.Contohi perangai bulan, tiap kali bertentangan dengan matahari,dia mendapat cahaya baru.(AL KINDI) 21.Pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.(ALBERT BANDURA) 22.Tersorok dalam masalah itu ialah kunci bagi peluang hebat untuk kita.(ALBERT ENSTEIN) 23.Lampu Aladin tidak bersinar dengan sendirinya,tetapi Aladin menggosoknya terlebih dahulu.(ALEX OSBORN) 24.Orang yang menyisihkan dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.Pergaulan itu mencerdas dan menajamkan ingatannya.(ALFRED ALDER)

25.Manusia berharap terlalu banyak,tetapi berbuat terlalu sedikit. (ALEN TATE) 26.Kalau gagal dalam usaha pertamamu,dikuti dengan kegagalan kali kedua dan ketiga,ingatlah bahawa sesuatu itu beredar menurut undang-undang nasib yang turut beredar.(AMIN RAIHANY) 27.Manusia yang bijaksana ialah orang yang tidak mengharap dan tidak gentar dengan apa-apa jua yang akan datang pada masa depan. (ANATOLE FRANCE) 28.Belajar ialah satu nikmat yang amat besar,bukan semata-mata kepada orang lain, walau betapa terbatasnya kemungkinan kebolehannya. (ARISTOTLE) 29.Lebih sukar untuk menyembunyikan kebodohan daripada mendapatkan ilmu.(ARNOLD GLASSOW) 30.Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah didapatinya.(SAIDINA ALI) 31.Yang merosakkan kebijaksanaan kita ialah sifat kasar,lekas marah, sombong,dengki dan benci serta tidak menghargai orang lain dalam pendiriannya.(BAIDABA) 32.Kanak-kanak merupakan simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberikan kesan kepadanya.(BEECHER) 33.Kalau sekali seseorang yang bijak melakukan kekeliruan,belakangnya terdapat banyak orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(BENG TJU) 34.Cintailah musuhmu kerana mereka menunjukkan kesalahan-kesalahan kamu.(BENJAMIN FRANKLIN) 35.Sesiapa yang mencurigai orang lain sebenarnya ia sendiri tidak boleh dipercayai.(BERTHOLD AUERBACH)

36.Berikan saya sepuluh orang gagal yang memahami erti kekalahan dan saya akan kembalikan kepada kamu sepuluh oramg pemenang unggul. (BILLY LIM) 37.Dalam kamus yang ditunjukkan kepada pemuda yang akan menjadi orang yang cemerlang,perkataan gagal tidak ada.(BULWER) 38.Orang yang menganggap dirinya paling bahagia memang benar bahagia,tetapi orang yang menganggap dirinya paling bijaksana biasanya orang yang paling bodoh.(CALTON) 39.Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal,tetapi ialah orang yang masih tetap maju ke depan walaupun menempuh kegagalan.(CHARLES SWINDOLL) 40.Orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan mencipta banyak lawan.(CONFUCIUS) 41.Fikiran yang ragu membuatkan anda menemui kegagalan.(DAVEY JOHN SCHWARTS) 42.Orang yang sopan mendengar dengan penuh perhatian tentang soalsoal sebenarnya telah diketahuinya walaupun yang menceritakannya ialah orang yang tidak tahu apa-apa tentang hal itu.(DE MORNY) 43.Jangan sesekali menutup pintu,siapa tahu kita akan kembali semula. (DON HERLARD) 44.Manusia biasa mahupun penjahat suka menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri.(DALE CARNEGIE) 45.Jangan mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut sebelum lihat orang tidak mempunyai kaki.(EDWARD YOUNG) 46.Jangan berkawan dengan orang yang durjana kerana berkawan dengan mereka akan mengajar kamu erti kedurjanaan.(ELIZABETH BARRET BROWNING)

47.Pujian ialah hadiah tunggal yang menyebabkan seseorang berasa terhutang budi.(EMERSON) 48.Berbuat kebaikan yang tidak patut hargai oleh seseorang sama juga seperti berbuat kejahatan.(ENNIUS) 49.Kemahuan adalah laksana kompas kapal.Setiap orang yang hendak bergerak tanpa memakai kompas,keruntuhan telah menjadi kepastian baginya.(EPITECTUS) 50.Buku ialah guru yang tidak pernah marah dan memukul kita. (FRANCIS BECON) 51.Orang yang terkenal ialah manusia yang selama ini hidupnya berusaha kuat untuk menjadi masyhur,tetapi kemudian mengenakan kaca mata hitam untuk menghindari dirinya daripada dikenal.(FRED ALLEN) 52.Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran.(FULLER) 53.Hidup ini umpama mimpi yang selesai dengan satu tidur yang panjang .(GEORGE BENARD SHAW) 54.Jangan jadi seperti ayam jantan yang mengira bahawa matahari terbit untuk mendengar kokoknya.(GEORGE ELLIOT) 55.Jangan sesekali berharap bahawa keadilan dan kemakmuran itu akan datang kalau kemerdekaan yang sempurna belum tercapai.(GEORGE WASHINGTON) 56.Hanya penderitaan hidup yang mengajar manusia supaya menghargai kebaikan hidup.(GOETHE) 57.Pembohong akan membohongi orang lain buat kali pertama dan akan menipu diri sendiri.(HAKMA) 58.Kesenangan itu ialah guru yang baik tetapi sebenarnya kesusahan itu ialah guru yang paling baik.(HAZLITT) 59.Jika pengetahuan tidak tersusun,maka makin luas ilmu pengetahuan

makin mengganggu fikiran.(HERBERT SPENCER) 60.Orang yang bijaksana membetulkan kesilapan dengan melihat kesilapan orang lain.(IBNU SINA) 61.Sesiapa yang menghabiskan waktu berjalan-jalan untuk mengumpulkan harta kerana takut miskin, maka itulah yang miskin.(IMAM AL – GHAZALI) 62.Bercakaplah sependek-pendeknya asalkan tepat pada masanya.(IMAM SYAFIE) 63.Kita mula belajar bersama-sama dengan hidup,pendidikan dimulakan pada permulaan nafas kita berjalan, kekurangan dalam hal itu ialah guru kita yang terbaik.(JEAN JACQUES ROUSSEAU) 64.Bangga atas pelajaran yang kita peroleh ialah kebodohan yang paling besar.(JEREMY TAYLOR) 65.Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegagalan manakala sesetengah yang lain pula apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.(JOHN NAISBITT) 66.Aku percaya bahawa seseorang yang berperibadi besar dan sejati, pertamanya bersifat rendah diri.(JOHN RUSKIN) 67.Hari kerja untuk si pemalas ialah hari esok dan hari cutinya ialah hari ini.(JOHN WESLEY) 68.Anak-anak umpama pokok-pokok bunga yang indah dan yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapanya.(JOSEPH ADDISON) 69.Bukan kekayaan harta,bukan pula kemegahan yang memberikan kebahagian kepada manusia.(LA FONTAINE) 70.Bukan sukacita dan bukan pula dukacita yang menjadi tujuan hidup kita, tetapi berbuat,berjuang agar setiap hari kita lebih maju dari harihari yang lalu.(LA ROCHE FOUCAULD)

71.Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.(LUKMANUL HAKIM) 72.Kalau takut mati,jangan hidup.(MAHATMA GANDHI) 73.Lebih baik berdiam diri daripada bercakap yang tiada gunanya. (MARK TWAIN) 74.Orang yang selalu mengagumi suatu karya yang didalamnya ditemui kembali fikiran-fikirannya sendiri.(MME NECHER de SCUDERY) 75.Apabila kezaliman telah berlaku kepada seseorang tandanya ketenteraman orang ramai sudah tidak terjamin lagi.(MONTEQUIEN) 76.Pekerjaan yang baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat dan kejahatan dipandang jahat oleh akal dan perasaan yang jahat. (MUHAMMAD ABDUH) 78.Pendirian seseorang itu ialah akalnya dan tiada agama bagi orang yang tidak ada akal.(NABI MUHAMMAD S.A.W) 79.Pekara yang paling malang dan berbahaya dalam apa-apa jua keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikerjakannya. (NAPOLEON BONAPARTE) 80.Mengungkapkan seni dan menyembunyikan senimannya adalah kewajipan seni.(OSCAR WILDE) 81.Kerendahan hati disukai oleh mereka yang terkenal,namun orang biasa sukar untuk tetap rendah diri.(PAUL VELERY) 82.Sesungguhnya kata-kata yang manis dan sopan bagi seorang lelaki sama dengan kecantikan seorang wanita,kedua-duanya mempersonakan. (POUW KIOE AN) 83.Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk zahirkan keunggulan anda.(RICHARD NIXON)

84.Pendamkan ketakutan anda di dalam diri sendiri,tetapi berkongsilah keberanian dengan orang lain.(ROBERT LOUIS) 85.Apabila kebaikan itu terlepas daripada dirimu,maka kejarlah ia dan apabila kau temukan keburukan, maka tinggalkanlah ia.(SAIDINA ABU BAKAR) 86.Asuhan ketika anak masih kecil itu amat penting menentukan hidup ketika dewasa kelak.(SAIDINA UMAR) 87.Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan.Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan.(SAMUEL SMILES) 88.Ilmu pengetahuan itu sumber sinar jiwa manusia,sementara harta kekayaan itu berkemungkinan memberikan kegelapan.(SAIDINA UMAR) 89.Sesiapa yang mentertawakan orang pada hari ini,akan ditertawakan orang pada esok.(SENECA) 90.Apabila anda berasa diri seperti luar biasa sebenarnya anda biasa sahaja. (SOCRATES) 91.Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukan dan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melalui jalan ini lagi.(STEPHEN GRELLET) 92.Tidak ada jalan keluar yang dipakai untuk menghindari diri daripada sesuatu,kecuali berfikir.(THOMAS ALCA) 93.Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk. 94.Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki,tetapi salah dalam menggunakan waktu akan hilang segala-galanya.(TRIMANTO)

95.Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan sendiri.(WALTER .B. PITKIN) 96.Si bodoh tidak akan dapat melihat pokok yang dilihat oleh orang bijak. (WILLIAM BLAKE) 97.Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya ialah manusia yang dapat memuja dan mengkritik.(WILLIAM SHAKESPEARE) 98.Janganlah, janganlah, janganlah mengaku kalah dalam apa-apa jua kau lakukan.(WINSTON CHURCHILL) 99.Bersikap lemahlah dalam mengadili orang lain, tetapi bengis dalam mengadili diri sendiri.(W.J. BROWN) 100.Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya.(YAAQUB ALMAKRUF) 101.Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan berkurang kerana kesalahan.(YAHYA MU’ADZ) 102.Apabila anda jatuh dan kemudiannya bangkit kembali,ia menghasilkan sesuatu kepada diri anda.Jatuh banyak kali dalam hidup itu ialah pekara yang menyihatkan dan menyegarkan.Jikalau anda bangkit kembali setiap kali anda jatuh,kebangkitan itulah yang penting. (YARIMOTO TASH) 103.Berbuat kebaikan kepada orang lain itu bukan sahaja suatu kewajipan, bahkan suatu kesegaran fizikal yang akan datang menyempurnakan kesihatan.(ZOROASTER) 104.Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.(MARCUS AURELIUS) 105.Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang.Sentakan angin yang menentangnya tidak akan menyebabkannya jatuh ke bawah sebaliknya

menaikkannya lebih tinggi.(J.PETITSENN) 106.Manusia tidak merancang untuk gagal ,mereka gagal untuk merancang. (WILLIAM .J. SIEGEL) 107.Anda tidak boleh mencipta pengalaman.Anda perlu menghadapinya. (ALBERT CAMUS) 108.Kehidupan ini pendek dan akan menjadi lebih pendek jika seseorang tidak mencurahkan erti ke dalamnya.(A. SAMAD SAID) 109.Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. (SAIDINA ALI) 200.Adalah lebih mudah untuk mencintai manusia sejagat daripada mengasihi mengasihi jiran kita.(ERIC HOFFER) 201.Semakin besar pulau pengetahuan,semakin panjang tebing pertanyaan. (RALPH .W. SOCKMAN) 202.Sumbangan terbesar manusia adalah membantu orang lain agar mereka dapat membantu diri sendiri.(ALBERT CAMUS) 203.Manusia tidak prihatin berapa banyak yang anda prihatin.(ALBERT CAMUS) 204.Orang hanya akan lebih tahu erti untung apabila dia sudah melalui pengalaman rugi.(A. SAMAD SAID) 205.Impian suatu bangsa merdeka ialah kebenaran dan keadilan yang sama.(USMAN AWANG) 206.Tiada gunanya berbudi tanpa keikhlasan jika budinya menjadi bualan. (SAIDINA ALI) 207.Kita menasihati orang lain tetapi diri kita sendiri tidak pernah kita nasihati.(ABDULLAH HUSSAIN) 208.Kita tidak boleh mengubah dunia kecuali sejarah kerana ia telah mengetahui apa yang telah berlaku.(RAJA NABILAH)

209.Belajar tanpa berfikir tidak ada faedahnya.Berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.(CONFUCIUS) 300.Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,bukan asal keturunannya.(ARISTOTLE) 301.Malaysia telah membuktikan kenyataan bahawa kepelbagaian bangsa agama dan budaya masyarakat bukanlah satu halangan atau masalah, sebaliknya satu keunikan yang membina kekuatan negara.(TUNKU MIZAN ZAINAL ABIDIN) 302.Agama dijunjung tamadun dipimpin.Jangan alah sabung menang sorak.Ayam menang kampong tergadai.Jangan musafir masuk, rumah ditinggal.(AMINUDDIN BAKI) 303.Hubungan manusia adalah asas perpaduan masyarakat.(JOHN .C. MAXWELL) 304.Hidup tidak boleh dinilai semata-mata dengan wang.Orang yang paling menyesal ialah orang yang bercucuk tanam tetapi tiada siapa yang mengambil hasilnya.(CHARLES GOODYEAR) 305.Orang biasa yang mempunyai komitmen boleh memberikan sumbangan besar kepada dunia.(JOHN .C. MAXWELL) 306.Disiplin bermaksud melakukan pekara yang betul pada masa yang sesuai dengan alasan yang munasabah.(JOHN .C. MAXWELL) 307.Seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan bangsa.(DATO’RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH) 308.Kekuatan sesebuah Negara adalah berdasarkan perpaduan.Bahaya sesebuah negara adalah perpecahan.(HENRY WOODWORTH LONGFELLOW) 309.Jika anda tidak berubah,anggota lain dalam kumpulan akan mengubah anda.(JOHN .C. MAXWELL)

400.Matlamat hidup bukanlah untuk menang.Matlamat hidup yang sebenar ialah bersahabat dan berkongsi.Seseorang merasa bahagia apabila berjaya membahagiakan orang lain.(HAROLD KUSHNER) Disediakan oleh,
(RAJA NABILAH BT RAJA ARIFF)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->