P. 1
Ciri Ciri Pakaian Muslimah

Ciri Ciri Pakaian Muslimah

|Views: 430|Likes:
Published by Mohamed Muhshin

More info:

Published by: Mohamed Muhshin on Nov 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/19/2012

pdf

text

original

Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.

Dalam Islam, segala sesuatu bermula pada niat atau tujuan. Fesyen tidak ketinggalan, di mana syarat pertama adalah ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat(pakaian) yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4029] Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang. Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam. Islam adalah agama yang unik dan sebagai seorang muslimah, anda dituntut meraikan keunikan tersebut. Di antara caranya ialah memakai fesyen yang unik kepada Islam dan menjauhi fesyen yang unik kepada kaum bukan Islam. Ia juga menggambarkan kecintaan dan kebanggaan kita kepada Islam. Seorang sahabat menceritakan: Rasulullah s.a.w. melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna Ushfur , maka baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya. [Shahih Muslim, no: 2077] Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki. Selain daripada fesyen yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, no: 5885: Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang. [Mu jam al-Thabarani dengan sanad yang sahih] Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis. Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya: Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya. [Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan] Bentuk tulang ialah kiasan kepada bentuk badan. Akhlak mulia yang ada pada baginda menyebabkan baginda tidak menyebut bentuk badan secara terus. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan. Ciri Keenam: Menutup aurat. Jika diperhatikan segala yang berharga di dunia ini, akan didapati ia dalam keadaan tertutup. Ambil saja contoh emas, berlian dan minyak, ia tertutup jauh di dalam perut bumi. Demikianlah juga bagi seorang muslimah, Islam memandangnya sebagai sesuatu yang berharga sehingga menutupinya, agar kemuliaan dan kehormatannya tetap terjaga. Oleh kerana itulah Allah berfirman:

Maksud belahan leher . dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Justeru apabila memakai tudung.Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. pastikan ia dilabuhkan sehingga menutupi ke bahagian bawah dada. http://hafizfirdaus. iaitu bentuk V di antara buah dada yang lazim didedahkan oleh fesyen masa kini. [Sebahagian dari ayat 31 surah an-Nur] Maka fesyen seorang muslimah hendaklah menutupi keseluruhan dirinya kecuali muka dan apa yang berada di bawah pergelangan tangan.com/content/view/200/78/ . Sebahagian ilmuan berpendapat muka juga patut ditutup.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->