P. 1
PENGENALAN TENTANG ANYAMAN

PENGENALAN TENTANG ANYAMAN

5.0

|Views: 5,692|Likes:
Published by Makmor Zakaria Wong

More info:

Published by: Makmor Zakaria Wong on Nov 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2013

pdf

text

original

PENGENALAN TENTANG ANYAMAN

1. Anyaman meupakan kraf tangan tradisi yang ada hubung kaitnya dengan barang-barang keperluan harian bagi masyarakat yang duduk di kampung. Antara barang-barang anyaman adalah seperti tikar, tudung saji, bekas pakaian, dan sebagainya.

2. Antara negeri-negeri yang masih mengamalkan mengiadakan aktiviti anyaman ini adalah negeri Terengganu, Kedah, Perak, dan Melaka.

3. Anyaman ialah proses menjalin helaian daun hingga hingga menjadi satu barang. Helaian daun pandan atau daun mengkuang yang sudah diproses dijalin mengikut peraturan tertentu oleh penganyam. 4. Pada masa kini, anyaman bukan sahaja digunakan sebagai barangan dalam rumah, malah, sekarang ini telah dijadikan barangan perhiasan seperti hiasan dinding, pengadang ruang, alas meja, alas piring, alas cawan, kipas, beg dan sebagainya mengikut kehendak semasa.

PERALATAN UNTUK ANYAMAN

Alatan yang biasa digunakan dalam proses menganyam adalah seperti parang, pisau, pelurut, jangka, penyisip, besen atau tempayan, baldi dan pewarna. Ini adalah gambar contoh peralatan menganyam.

JENIS-JENIS KELARAI ANYAMAN
1. Terdapat tiga jenis anyaman, iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa (anyaman ghadas) dan anyaman sulam.

2. Biasanya, anyaman kelarai digubah mengikut susunan tertentu menggunakan dua atau lebih warna berlainan. 3. Motif kelarai pula ada yang berasaskan flora. Contohnya, kelarai tampuk manggis, kelarai bunga cina dan kelarai bunga cengkih. 4. Kelarai yang berasaskan fauna, contohnya kelarai buntut siput, kelarai siku keluang dan kelarai mata bilis. 5. Terdapat juga kelarai berasaskan rupa geometri seperti kelarai tulang belut dan kelarai belah ketupat. 6. Kelarai berasaskan rupa abstrak seperti kelarai titik tajam dan kelarai bunga api. 7. Kelarai Sambas dan kelarai Mak Mek adalah berasaskan nama tempat dan nama pencipta.

PROSES PENYEDIAAN DAUN PANDAN ATAU MENGKUANG

Proses y Menetak daun y Melayur y Menjangka

Penerangan Daun yang tua dan sesuai dipilih dan dipotong pada pangkal pokoknya dengan menggunakan parang. Jika daun mengkuang, durinya perlu dibuang Kemudian, daun dilayur di atas bara api supaya lembut dan kekuningan. Tujuannya, supaya daun tersebut lebih tahan lama. Daun yang sudah dilayur, dibelah menjadi helaian yang sama saiz menggunakan alat jangka. Saiz helaian daun biasanya dijangka di antara 0.5 cm lebar hingga 1 cm lebar. y Daun mengkuang atau pandan dititik dari pangkal hingga ke hujung dan kemudian dipintal. y Daun direndam selama kira-kira dua hingga tiga hari di dalam tempayan untuk mengeluarkan warna hijau daun supaya menjadi putih. Air direndam perlu ditukar beberapa kali. y Biasanya, daun pandan atau daun mengkuang yang telah direndam dijemur di bawah sinaran matahari hingga hampir kering. y Alat pelurut digunakan supaya daun menjadi lebih lembut dan tidak bergulung. y Helaian daun-daun diikat dalam bentuk tongkol dan dicelup ke dalam bahan perwarna yang siap direbus. Setelah daun sebati dengan warna, ia dikeluarkan dan dijemur hingga kering. Helaian daun-daun ini telah sedia untuk dianyam.

Menitik

Merendam

Menjemur

Melurut

Mewarna

PROSES UNTUK MENGANYAM

Proses y Melagang y Menganyam

y Menyisip

y Mengerat

Penerangan Proses ini akan menjadi tulang dan menentukan panjang tikar. Penganyam akan menyelang-seli helaian daun ke bahagian kiri dan ke kanan daripada lagang. Proses ini akan menentukan lebar sesuatu anyaman. Untuk membuat sambungan jaluran helaian anyaman dan mematikan tepi anyaman dengan menggunakan alat penyisip. Memotong bahagian helaian daun yang lebih dengan pisau atau gunting untuk mengemaskan anyaman.

SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU, JALAN ABDUL SAMAD, 8100 JOHOR BAHRU NAMA: MUHAMMAD FITRI BIN ZAKARIA TINGKATAN: 1 BALADA TAJUK: FOLIO SENI VISUAL (KRAF TRADISIONAL: ANYAMAN) NAMA JURULATIH: AYAHNDA ZAIN

SEUNTAI KATA

PERTAMA SEKALI, SAYA NAK UCAPKAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN BERKATNYA SAYA DAPAT MENYIAPKAN FOLIO SENI VISUAL INI. KEDUANYA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA AYAHNDA ZAIN KERANA TELAH BANYAK MEMBERI MAKLUMAT DAN MEMBANTU SAYA DALAM MENYIAPKAN FOLIO INI.

CONTOH-CONTOH KELARAI DAN CORAK

MEMPROSES DAUN PANDAN DAN MENGKUANG

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->