You are on page 1of 28

1.

0-PENGENALAN
1.1 TAKRIF TAYAMMUM DARI SEGI BAHASA
Menurut pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili. Tayammum dari segi bahasa ialah ‫القصد‬
(sengaja). Pengertian ini diambil dari firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah: 267

Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau
kamu jadikan pemberian zakat. "

TAKRIF TAYAMMUM DARI SEGI ISTILAH SYARAK

Manakala dari segi istilah syarak menurut Al-Syeikh Hassan Ayub, tayammum
bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua
tangan dengan niat yang mengharuskan solat.

TAKRIF TAYAMMUM DARI ISTILAH FIQH

Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu
atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang
berfungsi sebagai pengganti wuduk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi
mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air.

TAKRIF TAYAMMUM MENGIKUT PANDANGAN EMPAT IMAM MAZHAB

IMAM MALIK

Imam Malik pula mentakrifkan tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu
yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat.

IMAM HANAFI

Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan
dengan tanah yang bersih.

1
IMAM SYAFIE

Manakala Imam Syafie pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau


menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wuduk atau mandi
janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu.

IMAM ABU HANIFAH

Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan
dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu.Dalam terminologi fiqh tayammum
diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada
wuduk dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.

1.2 HADIS RASULULLAH S.A.W YANG MENUNJUKKAN ANGGOTA

Sebagaimana yang diketahui cara tayammum adalah amat sederhana kerana cukup
dengan niat, lalu menepukkan kedua tapak tangan ke tanah yang suci dari najis. Lalu
disapukan ke wajah dan kedua tangan sampai batas pergelangan. Pernyataan ini telah
dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w ketika Ammar bertanya tentang perkara ini melalui
keterangan hadis di bawah dan beberapa pernyataan dari ulama fiqh yang berikut:

، ‫ ف ذكرت ذل ك للن بي ص لى اهلل علي ه وس لم‬، ‫ فتمعكت في الص عيد وص ليت‬، ‫ أجنبت فلم أص ب الم اء‬:‫وعن عم ار ق ال‬

- ‫ وضرب النبي صلى اهلل عليه وسلم بكفيه األرض ونفخ فيهما ثم مسح بهما وجهه وكفيه‬، ‫ إنما يكفيك هكذا‬:‫فقال‬

‫ ثم تمسح بهما وجهك وكفيك‬، ‫ ثم تنفخ فيهما‬، ‫ إنما كان يكفيك أن تضرب بكفيك في التراب‬:‫ وفي لفظ‬.‫متفق عليه‬

(‫إلى الرصغين )رواه الدارقطني‬

Ammar r.a. berkata: “Suatu ketika, aku telah berjunub.Kemudian, aku tidak
menemui air lalu aku berguling di atas tanah. Seterusnya, aku menunaikan solat.
Setelah menemui Rasulullah s.a.w. aku ceritakan hal itu kepada baginda. Lalu
baginda bersabda: Sebenarnya, memadai engkau hanya melakukan begini lalu
baginda menepuk tanah dengan kedua-dua belah tapak tangannya serta meniup
kedua-duanya. Kemudian, baginda menyapu muka dan tapak tangan hingga ke
pergelangan tangannya dengan debu itu.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

2
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan anggota tayammum
diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang berbunyi:

(‫ض فَ َم َس َح َو ْج َههُ َو َك َّف ْي ِه (رواه البخارى‬ ِِ ِ


َ ‫األر‬
ْ ‫ض‬ ْ ‫صلَّى اللَّهم َعلَْيه َو َسلَّ َم بِيَده‬
َ ‫األر‬ َ ‫ب النَّبِ ُّي‬ َ َ‫َع ْن َع َّما ٍر ف‬
َ ‫ض َر‬
Ammar berkata: Nabi saw menepukkan tangannya ke tanah lalu mengusap
wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Bukhari)

Berikut contoh hadis yang menunjukkan perkhabaran oleh Rasulullah s.a.w terhadap
.anggota tayammum yang menjadi rukun apabila seseorang itu melakukan tayammum

ِ ِ ِ ‫ال النَّبِ ُّي صلَّى اللَّه َعلَي ِه وسلَّم إِنَّما َكا َن يك‬
‫ض‬ ْ ‫صلَّى اللَّهم َعلَْيه َو َسلَّ َم بِ َك َّف ْيه‬
َ ‫األر‬ َ ‫ب النَّبِ ُّي‬
َ ‫ض َر‬
َ َ‫يك َه َك َذا ف‬َ ‫ْف‬ َ َ َ ََ ْ َ َ َ‫ق‬
(‫َو َن َف َخ فِي ِه َما ثُ َّم َم َس َح بِ ِه َما َو ْج َههُ َو َك َّف ْي ِه (رواه البخارى‬

Nabi saw bersabda: sesungguhnya cukup bagimu seperti ini, nabi saw menepukkan
kedua telapak tangannya ke tanah lalu meniupnya kemudian mengusapkan
keduanya ke wajahnya dan kedua telapak tangannya
(HR. Bukhari)
Sebenarnya selain contoh dari Rasulullah s.a.w, dalil anggota tayammum dan tata cara
tayammum sudah dijelaskan Allah s.a.w di dalam al-Quran berdasarkan surah an-nisa
ayat 4:43 yang berbunyi:

‫َّى‬ ٍ ِ‫َّى َت ْعلَ ُم واْ َم ا َت ُقولُو َن َوالَ ُجنُبً ا إِالَّ َع ابِ ِري َس ب‬ ِ َّ
َ ‫يل َحت‬ َ ‫الص الَةَ َوأَنتُ ْم ُس َك َارى َحت‬
َّ ْ‫آمنُ واْ الَ َت ْق َربُوا‬
َ ‫ين‬
َ ‫يَا أ َُّي َه ا الذ‬
‫ِّس اء َفلَ ْم تَ ِج ُدواْ َم اء‬ ِِ َ ‫َتغْتَ ِس لُواْ َوإِن ُكنتُم َّم ْر‬
َ ‫ض ى أ َْو َعلَى َس َف ٍر أ َْو َج اء أ‬
َ ‫َح ٌد ِّمن ُكم ِّمن الْغَآئ ط أ َْو الََم ْس تُ ُم الن‬
ِ ِ ِ ِ ْ‫َفَتي َّمموا‬
ً ‫صعي ًدا طَيِّبًا فَ ْام َس ُحواْ ب ُو ُجوه ُك ْم َوأَيْدي ُك ْم إِ َّن اللّهَ َكا َن َع ُف ًّوا غَ ُف‬
‫ورا‬ َ ُ َ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan
mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, sedang kamu dalam
keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu
sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah
menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah
kamu dengan tanah yang baik,sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah
Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

3
Berdasarkan ayat al-Quran tadi dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., anggota tayammum
hanya dua sahaja (sama ada tayammum bagi menggantikan wuduk atau bagi
menggantikan mandi) iaitu:
1. Muka
2. Dua tangan
Mengenai muka tidak ada khilaf di kalangan ulamak kerana keseluruhan kawasan muka
adalah anggota yang wajib dibasuh ketika mengambil wuduk, maka ketika tayammum
kawasan muka tersebut juga wajib diratai dengan debu. Adapun tangan, terdapat
perbezaan pandangan para ulamak tehadap had kawasan yang wajib disapui debu.

PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA TERHADAP HAD PENYAPUAN DEBU


DITANGAN

Pertama:Mengikut jumhur atau majoriti ulamak iaitu Saidina Ali, Ibnu Umar, al-Hasan
al-Basri, as-Syabi, Salim bin Abdullah, Imam Malik, al-Laits, Imam Abu Hanifah dan
Syafie kawasan tangan yang wajib disapui debu adalah sama sebagaimana yang wajib
dibasuh ketika mengambil wuduk iaitu bermula dari hujung jari hinggalah ke siku.
Mereka berdalilkan antaranya sabda Rasulullah s.a.w, “Tayammum itu dua kali tepukan,
sekali untuk disapu ke muka dan sekali untuk di sapu ke kedua tangan hingga ke siku”.

Kedua:Sekumpulan ulamak yang terdiri dari Atho, Makhul, al-Auzaie, Imam Ahmad,
Ishaq, Imam Syafiie (mengikut qaul qadimnya sebagaimana diceritakan oleh Abu Tsur)
dan disokong oleh Ibnu al-Munzir berpandangan,kawasan tangan yang wajib disapui
debu ketika tayammum hanyalah sampai ke pergelangan tangan sahaja.Mereka
berdalilkan hadis kisah Ammar di mana Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
“Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian
kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya
kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya)”.

Kesimpulannya adapun hadis yang dijadikan hujah oleh jumhur iaitu pandangan
pertama tadi ia adalah dhaif. Sebenarnya ia hanyalah pandangan Ibnu Umar, bukan sabda

4
Rasulullah s.a.w.Menurut Imam Nawawi; pandangan kedua di atas adalah kuat dari segi
dalilnya dan lebih hampir kepada kehendak as-Sunnah.

2.0 SEJARAH PENSYARIATAN TAYAMMUM DAN DALIL.

Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyariatkan pada peperangan Bani
Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah
s.a.w mengutus orang mencarinya, kemudian masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,
maka turunlah ayat berkaitan tayammum.Ini berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari,
Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma, lalu kalung itu hilang.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengutus seseorang untuk mencarinya,akhirnya kalung tadi
ditemui. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat tanpa wuduk dan
memberitahukan kepada Rasulullah s.a.w..Maka Allah menurunkan ayat-ayat berkaitan
tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan
pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau
tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagi
kaum muslimin.

Ayat al-Quran mensyariatkan tayammum dalam Islam berdasarkan dalil Al Quran, dan
disepakati oleh As Sunnah dan Ijmak kaum muslimin berdasarkan firman Allah dalam
surah Al Maidah 5 : 6 yang berbunyi:

َ ‫سا َء فَلَ ْم ت َِجدُوا َما ًء فَتَيَ َّم ُموا‬


‫ص ِعيدًا طَيِّبًا‬ َ ِّ‫ستُ ُم الن‬ْ ‫سفَ ٍر أَ ْو َجا َء أَ َح ٌد ِم ْن ُك ْم ِمنَ ا ْل َغائِ ِط أَ ْو اَل َم‬
َ ‫ضى أَ ْو َعلَى‬
َ ‫َوإِنْ ُك ْنتُ ْم َم ْر‬
ُ‫س ُحوا بِ ُو ُجو ِه ُك ْم َوأَ ْي ِدي ُك ْم ِم ْنه‬ َ ‫فَا ْم‬

“Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau
berhubungan badan dengan perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka
bertayammumlah dengan permukaan bumi yang baik (bersih); sapulah mukamu dan
tanganmu dengan tanah itu”. Al Maidah 5 : 6).

Manakala dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air dipetik dalam hadis
dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang

5
menceritakan: Seorang lelaki datang berjumpa Umar r.a. dan bertanya:“Aku telah
berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi)”. Umar menjawab; “Janganlah kamu
mengerjakan solat (hingga kamu menemui air)”. Namun Ammar bin Yasir r.a. (yang ada
bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar; “Tidakkah engkau ingat ketika kita
sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak
menemui air (untuk mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan
solat. Adapun aku, maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan
kemudian aku menunaikan solat”. Apabila diceritakan kepada Rasulullah s.a.w maka
baginda berkata:“Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke
tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu)
dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga
pergelangannya)”.

Dan satu lagi dalil keharusan tayammum kerana cuaca yang sangat sejuk ialah hadis
dari Amru bin al-As r.a. yang menceritakan; “Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil,
aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk, lalu aku
bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun
bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku
(tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), mereka
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni
bertayammum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku; ‘Wahai Amru! Apakah kamu
menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?’. Lalu aku
menjawab; ‘Aku teringat firman Allah; “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”. (an-Nisa’; 29).Maka kerana
ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat’. Mendengar
peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apa”.

Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina Ali ditanya berkenaan seorang lelaki
yang berada dalam musafir, lalu ia berjunub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di
mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan.
Jawab Saidina Ali; “Hendaklah ia bertayammum”. Begitu juga pandangan Imam Ahmad

6
pernah menceritakan; “Beberapa orang sahabat melakukan tayammum dan mereka
menyimpan air untuk minuman mereka”.

Adapun dalil dari As Sunnah adalah sabda Rasulullah s.a.w dari sahabat Hudzaifah Ibnul
Yaman r.a,

« ‫اء‬ ِ ِ ‫ت ُترب ُتها لَنَا طَهورا إِ َذا ل‬ ِ


َ ‫َم نَجد ال َْم‬
ْ ً ُ َ َ ْ ْ َ‫» َو ُجعل‬

“Dijadikan bagi kami (ummat Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi was sallam )
permukaan bumi sebagai thohur/sesuatu yang digunakan untuk besuci (tayammum) jika
kami tidak menjumpai air”.

Dalil lain

Pensyariatan tayammum sabit dengan dalil al-Quran iaitu firman Allah dalam surah al-
Maidah;

‫فلم تجدوا ماء‬

Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda;

‫جعلت لي األرض مسجدا‬

"Dijadikan untukku muka bumi (tanah) sebagai masjid dan penyuci (yakni bahan untuk
bersuci). Maka sesiapa dari ummatku bertemu dengan solat, maka hendaklah ia
menunaikan solat (di mana saja dia berada di atas muka bumi ini)".

Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'.

Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)

Tulis ayat

7
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau
kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

Manakala dalil Ijmak pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh


umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)

Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah ialah daripada Allah Taala
berfirman dalam surah an-Nisa ayat 43 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang


(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang
kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja
hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah
seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan
perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka
kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha
Pengampun." (An-Nisa: 43).

Dan satu lagi ayat al-quran dari surah al-Maidah ayat 6 yang berbunyi:

"[6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas
besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air)
atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau
kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah

8
muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada
kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maaidah: 6)

Dan dalil dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Jabir r.a:
(Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239) yang menunjukkan pensyariatan tayammum ialah
yang bermaksud:
" Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena batu, lalu
luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada para sahabatnya:
Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk bertayammum?
Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan kepada engkau,
sedang engkau masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi yang menyebabkan
dia mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi s.a.w diceritakan peristiwa itu
kepada Baginda, lalu Nabi s.a.w bersabda: Mereka bunuh dia, Allah akan membunuh
mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat
keraguan itu ialah bertanya. Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum
sahaja dan membalut lukanya. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut lukanya
tadi dan membasuh semua badannya yang lain."

3.0 RUKUN TAYAMMUM

Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat.

1. Niat:

Ertinya:"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

9
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis yang sahih
Maksudnya:"Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan
niat".(Riwayat al-Bukhari)

Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wuduk juga,
iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun
mengikut kesepakatan Ulama yang empat, manakala menurut golongan Hanafi dan
sebahagian Hambali, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza
antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang
sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia
termasuk perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna,
seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak
memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat
kerana tayammum.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. kepada Amru bin al-Ash yang sedang berjunub, kerana
Amru bin al-Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya: (Riwayat Abu Daud,)

Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal
engkau sedang berjunub?"

Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Maliki dan Syafie maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air,
sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu
ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".(Riwayat Abu Daud).

Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi Muhammad s.a.w tersebut memberi
fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk
melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum

10
berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal
(kelakuan) berikut:

i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka
boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat
sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di
dalam waktu dan di luarnya.
ii. Berniat untuk membolehkan solat fardu, samada solat lima waktu atau solat nazar.
Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardu tersebut, kerana mereka berniat dengan
niat fardu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat
sunat sebelum solat fardu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara
yang fardu.
iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat
fardu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan
untuk solat fardu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardu. Contohnya,
jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk
i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardu
menurut mazhab yang kuat.Perkara ini dipetik dari Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar b. Muhammad pada 1414H/1993: 123.
iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau
sembahyang fardu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk
membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu
untuk solat fardu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu
Muhammad. t.th: 187)

2. Menyapu ke muka dan dua tangan:

Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun
tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6)

11
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu".

‘Ammar bin Yasir r.a. berkata:


“Aku telah bertanya Nabi s.a.w. tentang cara bertayammum lalu baginda
memerintahkanku menepuk ke tanah sekali tepukan lalu menyapu muka dan tangan
hingga ke pergelangan.” (Hadis Riwayat abu Daud, al-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi, Ibn
Khuzaimah, dan al-Baihaqi. Al-Albani r.h. mengklasifikasikan hadis ini sebagai sahih
dalam Sahih Sunan Abu Daud.

Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu
seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka
dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke pergelangan tangan sahaja.Sekiranya
disyariatkan sapuan hingga ke siku pasti Allah telah mengaitkannya dalam ayat
sepertimana bagi perbuatan wuduk.(Taisir al-Karim ar-Rahman ms 223)

3. Tertib (berurutan):

Tertib dalam perkara fardu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafie dan
Hambali. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan
Hambali mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak
diperlukan ketertiban.Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan
berdasarkan taharah dengan air (wuduk). Bilamana pada wuduk ditertibkan, maka
demikian juga halnya pada tayammum.

2.1 CARA BERTAYAMMUM

i. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.

12
ii. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana
Allah Ta’ala .
Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian muka.

iii. Menyapu muka.

iv. Selesai menyapu muka.

v. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum
menepuk kedua tapak tangan kali kedua,hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan
terlebih dahulu.dari debu tanah yang telah digunakan).

vi. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jari
tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.

13
vii. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
viii. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan
kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.

ix. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.
Catatan:
(a) Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya
debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu,maka sunat sahaja menanggalkannya.
(b) Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota
tayammum.

3.1 PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM

Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh
bertayammum sebagai berikut:

1) Ketiadaan air

Para Fuqaha menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan
bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43)

Maksudnya:
" …lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".

Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air
yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam
pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau

14
mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya.
Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya
mengalami kesulitan.

Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi
wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum
pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a
berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 )

Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku
memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".

Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran.
Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang
atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang
dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila
ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam
perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat
setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu
Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu
Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut
dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu
mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan
mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999:
80-81)

Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang
bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana
tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang
melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah.
Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah,

15
sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan
Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.
1999: 81)

2) Keuzuran untuk menggunakan air:

Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang
terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk
wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani
keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya.
Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di
tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu
perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam
keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya.

3) Dalam keadaan sakit atau luka:

Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk
mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu:

i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan
nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota
tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit
yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh
membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum
menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:
(Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413)

Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul,
lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".

16
ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya.
Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir
sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya
kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi
hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang
rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat
membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.
iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada
sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang
kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak
takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan
air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau
kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada
khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)

Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang
pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan
Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan
seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)

4) Memerlukan air:

Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau
mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan
jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia
memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air
dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh
manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke
dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya
untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara'

17
memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai
air).

Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia.
Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka
teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti
memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang
diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam
Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118)

Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan
untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan
yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika
najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam
keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut
tidak perlu diulangi.

5) Takut kehilangan harta jika mencari air:

Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan
diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian
dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam
perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau
milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran
terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa
mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau
kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang
berkuasa.

6) Keadaan sangat dingin

Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238)

18
Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika
peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku
bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai
imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W,
maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para
sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang
membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan
janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka
Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."

Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah
(suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air
kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum.
Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian
atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang
yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil
menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.

Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan


tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari
golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin
jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang
yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya
sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah
dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'.

7) Tiada alat untuk mengambil air:

Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh
mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan

19
alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil
air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat
dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut
mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 113)

Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia
diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang
menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah
wajib.

8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:

Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu
solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan
dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air
terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia
dibolehkan tayammum.

Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis
waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti
golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang
mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air
itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan
dengan tayammum tersebut tidak diulang.

Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan


bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat
kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id
kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir.
1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf)
dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut
habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.

20
Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis
waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada
waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman
Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)

4.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TOPIK TAYAMMUM

RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU


Matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1
Tahun 1 Gemilang
Tarikh 12 Oktober 2010
Masa 9.00 pagi – 10.00 pagi
Bil. Pelajar 30 Orang
Bidang Ibadah
Tajuk Pelajaran Taharah
Sub Topik Tayammum
Pengetahuan 1.Murid telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan
Sedia Ada didalam Islam dan dalam kehidupan seharian.
2.Murid pernah didedahkan cara-cara bertayammum dalam tahun
5 dan di dalam Program Kem Bestari Solat di sekolah Rendah
dahulu.
Hasil Di akhir pembelajaran,murid dapat:
Pembelajaran 1.Menyebut pengertian tayammum dengan betul.
/Objektif 2.Melaksanakan cara-cara bertayammum dengan betul.
3.Membaca lafaz niat tayammum dan dalil tayammum dengan
fasih dan lancar.
Isi Pelajaran 1. Pengertian tayammum dari segi bahasa dan istilah.
2. Cara-cara melaksanakan tayammum dengan debu tanah.
3. Membaca lafaz niat tayammum dan dalil di haruskan
bertayammum.
Kemahiran 1.Menjana idea

21
Berfikir 2.Mengklasifikasi
3.Mengenal pasti
4.Menilai

Penerapan Nilai 1.Bersih dan prihatin di dalam kehidupan seharian


2.Bersyukur dengan kurnian dari Allah Taala
3.Menghargai ciptaan Allah
4.Bekerjasama dan toleransi
Gabungjalin Akidah-Kebesaran ciptaan Allah
Ibadah-Hukum menjaga kebersihan
Al-Quran-Dalil diharuskan bertayammum.
Penerapan Kajian Tempatan-Kegunaan air,membuat debu tanah untuk
tayammum
Sains-Air,tanah
Pendidikan Kesihatan-Menjaga kebersihan diri
Bahan Bantu 1.MS-Word
Mengajar 2.MS-Power Point
3.Cd ayat al-quran dan terjemahan dan niat tayammum
4.Lembaran kerja
5.Debu tanah
6.Buku Teks
Kemahiran 1.Kecerdasan kenestetik( meniru amali tayammum)
Bernilai 2.Kecerdasan logical-matematik(bilangan tayammum)
Tambahan 3.Naturalis(mencari sumber alam untuk membuat debu tanah)
Persediaan Guru 1.Sukatan pelajaran
2.Huraian sukatan pelajaran
3.Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1
4.Storyboard
5.Buku rujukan Ibadah,(Bab Taharah Tayammum)
6.Buku kerja Tingkatan 1 (Lembaran kerja)
7.Al-Quran terjemahan

22
LANGKAH-LANGKAH PELAJARAN DAN AKTIVITI PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Guru dan Murid Catatan/


Sumber BBM
Muqad- Doa 1.Murid dan guru membaca Tujuan:
ِ
dimah ‫ش ْر َعلَ ْينَا‬
ُ ْ‫ك َوان‬
َ َ‫ْمت‬ ُ َّ‫ال‬
َ ‫له َّم افْتَ ْح َعلَ ْينَا حك‬ doa pelajaran dan Untuk

ِ ِ َّ ‫ك يآ أَرحم‬ ِ ِ ِ syahadatain secara beramai- memohon


‫ين‬
َ ‫الراحم‬ َ َ ْ َ َ ‫م ْن َخ َز آ ئ ِن َر ْح َمت‬
Nurani ramai dengan dipimpin oleh keberkatan.
Syahadatain.
ketua kelas. Nilai:
ِ ِ
2 minit ُ‫أَ ْش َه ُدأَن أَالَّ الهَ االَّ اهلل‬ Bersyukur dan
ُ ‫َواَ ْش َه ُداَ َّن َم َح َّم ًد َّر ُس‬
‫ول اهلل‬ mentaati ketua.

Tayangan video 1.Guru menayangkan Kaedah:


video tentang tayammum. Soal jawab/
Set 06_al-Tayammum.flv Sumbang saran/
Induksi 2.Guru bersoal jawab perbincangan
1.Apakah mesej yang
5 minit dengan pelajar tentang
dapat diambil daripada
video yang ditayangkan. BBM:
tayangan video tadi?
MS Power Point
3.Guru mengaitkan
2.Apakah yang dilakukan
jawapan pelajar dengan
sebagai pengganti
tajuk yang akan dipelajari.
wuduk apabila kamu
sakit?
1.Konsep tayammum 1.Guru mempamerkan slaid Kaedah:
dari sudut Bahasa, power point Konsep Penerangan/
Istilah dan Istilah syarak. tayammum dan Soal jawab/
menerangkan kepada murid Sumbang saran
Langkah 2.Kenapa seseorang itu dengan jelas.
1 dibenarkan
9 minit bertayammum untuk 2.Murid diminta membaca Gabungjalin:

23
solat. konsep tayammum dengan Ibadah
jelas secara beramai-ramai.
3.Perkara-perkara yang Penyerapan:
diharuskan 3.Guru bersoaljawab dengan Sains/
bertayammum. murid Kenapa seseorang Kajian
itu dibenarkan tempatan/
bertayammum penganti Pendidikan
wuduk untuk bersolat. kesihatan

4.Beberapa orang murid BBM


menjawab dengan jawapan MS Power Point
masing-masing.

5.Guru menerangkan sebab-


sebab dibenarkan
bertayammum dan perkara
yang diharuskan
bertayammum
1. Rukun Tayammum. 1.Guru mempamerkan carta Kaedah:
1.Niat aliran rukun tayammum Syarahan/
Langkah 2.Menyapu muka melalui LCD dan meminta latih tubi/
2 3.Menyapu kedua tangan murid membacanya. penerangan
12 minit 4.Tertib
2.Murid melihat dan
membaca rukun-rukun
Gabungjalin:
dengan secara beramai-
Akidah/
ramai dan individu.
Tilawah
Quran/Ibadah
3.Guru mempamerkan lafaz
niat tayammum dan
membacanya sebanyak
Penyerapan:
tiga kali.

24
Pendidikan
4.Murid melihat dan
kesihatan/
mendengar bacaan lafaz
Sains/Kajian
niat tayammum.
Tempatan/
Bahasa Arab
5.Guru meminta murid
mengikut lafaz niat
tayammum secara kelas
BBM
,kumpulan dan individu.
MS Power Point
Rukun dan
6.Murid membaca lafaz niat
lafaz niat
tayammum secara
tayammum.
kelas,kumpulan dan
individu.
7.Guru membetulkan lafaz
yang salah.

1.Demontrasi/tunjuk cara 1.Guru mendemontrasikan Kaedah:


Langkah bertayammum. cara bertayamum dengan Perbincangan/
3 diperhatikan oleh semua Penerangan/
15 minit murid dengan teliti. Tunjuk cara/
Simulasi
2.Guru meminta beberapa
orang murid terpilih untuk
mendemontrasikan cara- Penyerapan:
cara bertayammum Pendidikan
dihadapan kelas dan murid kesihatan/
lain mengikut amali Sains/Kajian
tayammum bersama-sama. Tempatan
BBM
5.Guru menyelia semua MS Power Point
aktiviti murid dan /

25
membetulkan kesalahan. kad manila /
Debu tanah
Aktiviti permainan “kotak 1.Murid-murid diminta Kaedah:
Langkah beracun” duduk dalam satu bulatan Penerangan/
4 besar. Permainan/
Arahan permainan “kotak
tunjukcara
12 minit beracun”.
2.Guru menerangkan arahan
mengenai aktiviti
1.Murid diminta
permainan “kotak BBM
mengedarkan “kotak
beracun”. CD lagu /
beracun” sambil lagu
Kotak/
dimainkan.
3.Murid yang memegang Kad soalan
kotak semasa lagu berhenti
Tajuk lagu “kotak
pergi kehadapan kelas
beracun”.
untuk menjawab soalan.
Iman mutiara-Raihan

4.Guru dan murid lain


2.Apabila lagu
memberi tepukan kepada
diberhentikan murid yang
murid yang menjawab
sedang memegang kotak
soalan dengan tepat.
diminta kehadapan kelas
untuk menjawab soalan
5.Jika terdapat murid yang
Soalan permainan kotak salah menjawab soalan,
beracun. guru memberi murid lain
1.Soalan 1 menjawab disamping guru
Sebutkan lafaz niat membantu memberikan
tayammum dengan fasih? jawapan sebenar dan
2.Soalan 2 memberi motivasi kepada

Nyatakan pengertian murid yang menjawab


tayammum dari segi kurang tepat.
istilah syarak?

26
3.Soalan 3 6.Permainan diteruskan
Sebutkan rukun mengikut tempoh masa
tayammum dan
tunjukkan cara yang dirancang.
bertayammum dengan
betul

Rumusan 1.Guru membuat rumusan Kaedah:


“Islam amat menitik berkaitan tayammum Penerangan
beratkan aspek kebersihan
dan ibadah solat dalam 2.Murid mendengar
kehidupan umat Islam”. rumusan dari guru dengan BBM
Penutup “Islam adalah agama yang teliti. Lembaran
5 minit mudah contohnya ruksah Kerja rumah
bersuci untuk melakukan 3.Guru meminta ketua murid
solat boleh dilakukan mengedarkan lembaran
dengan bertayammun untuk disiapkan di rumah.
apabila ada sebab-sebab
yang diharuskan syarak”.

27
28

You might also like