You are on page 1of 9

PEMBUANGAN BAYI: MENCARI PUNCA DAN JALAN

PENYELASIAN
SATURDAY, 21. AUGUST 2010, 05:05:49

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI, MASALAH SOSIAL, GEJALA SOSIAL, MENANGANI PEMBUANGAN BAYI, PEMBUANGAN
BAYI

Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan
penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa
menanggung beban di atas perbuatan tersebut.

Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata
tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan
kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan
bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda
berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa
membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati
setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja
perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya
ke kawasan yang kotor.

Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada
tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97
kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi
punca tersebut.

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah,
saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-
tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan
turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati
pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan
dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang
masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi
susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat
dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun
kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.

Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding
jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah,
sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar
Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail
melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan
berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada
keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan
personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga
menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi
keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan
perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang
ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.

Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah
yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas,
pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah
antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap
perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar
bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah,
institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan
kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi.
Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal
pasti baik atau buruk, betul atau salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana
fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan
mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai
tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu
semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan
secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar.
Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan
dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan
adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi
menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.

Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan


memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha
mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan
“Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru
lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera
litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya
anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di
“Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda
berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk
menstabilkan emosi dan fizikalnya.

Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan
di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak
angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir
terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut
bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut
boleh diberi kepada keluarga angkat.

Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh
membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat
bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven”
yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan
tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan
kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang
“Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi
bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah
www.robynsnest.com/.
Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah
bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia
menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan
bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam
longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang
menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping
pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya
diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang
bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman
sedia ada ini?

PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI


SATURDAY, 21. AUGUST 2010, 05:01:25

MASALAH SOSIAL, GEJALA SOSIAL, PEMBUANGAN BAYI

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi.
Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan
bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan
perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak
luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi
dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh
mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan
isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana
menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.
Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap
sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina
kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki
yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang
pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang
mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa
bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi
diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman
yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu
bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi
anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi
anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah
pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab
dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya
masyarakat yang bersifat penyayang.

mazlan66.wordpress.com/2008/07/23/gejala-pembuangan-bayi

kemanfaatan dan mengelakkan kerugian terhadap diri sendiri mereka adalah baik. Peraturan

masyarakat ataupun peraturan yang ditetapkan agama tidak dapat menghadkan kebebasan

remaja. Remaja harus menentukan peraturan sendiri dan dikatakan maju. Dalam kehidupan

mereka, pengorbanan tidak diperlukan semasa mengeksploitasi apa sahaja untuk hidup

selamt. Dengan ini, hidup remaja akan menjadi menarik tanpa menimbangkan konsep

ketuhanan dan agama. Teori Egoisme mengatakan


remaja
itu
ketua
kepada
badannya
sendiri.
Eksitensialisme

Dari sudut Teori Eksistensialisme di mana manusia dipandang sebagai suatu makluk

bereksistensi yang mengkaji situasi sekeliling dengan kesadaran tersendiri, isu tersebut

merupakan sesuatu yang wajar. Tindakan seks merupakan keinginan remaja mencapai

kepuasan hidup. Kelakuan penguguran dan pembuangan bayi juga merupakan satu cara

untuk meneruskan hidup remaja yang tidak berkemampuan. Dengan adanya situasi yang

menjadikan pihak pertama mengalami masalah, cara yang terbaik adalah mengurangkan

tekanan secara menghapuskan kandungan mereka. Remaja berhak melihat cara manusia

sekeliling berada. Pilihan wajar yang mengelakkan masalah muktlak diutamakan. Seseorang

remaja itu bertanggungjawab memilih cara penyelesaian masalah kerana mengetahui cara

menempatkan dirinya.

Peraturan dan hukum agama tidak boleh menjadi halangan kebebasan pilihan remaja sekira

pilihan itu pilihan remaja sendiri. Perbuatan seperti yang berada pada isu tersebut dikatakan
bermoral sekira waktu itu adalah sesuai di mana ia tidak menyusahkan remaja. Teori

Eksitensialisme mengatakan remaja itu ketua kepada pilihannya sendiri di mana pilihannya

haruslah berdasarkan situasi mereka sendiri dan moral


itu
ditetapkan
sendiri.
Islam

Fenomena seks bebas remaja iaitu hubungan seks tanpa ikatan nikah yang sah kini menjadi

isu serius yang melanda di mana-mana Negara termasuklah Negara kita. Walaupun kesan

terhadap perbuatan tidak bermoral ini diketahui orang ramai, akan

tetapi berita berkaitan isu ini jelas terpapar di dada akhbar hampir setiap hari.

Persoalannya, adakan punca kepada gejala ini berkaitan dengan kurangnya didikan agama
di
kalangan
pemimpim
masa
depan
negara
kita?

Dalam konteks agama islam, perbuatan seks bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran

agama islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud

tingkahlaku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-

olah Allah melihat dan mengawasi setiap perbuatan. Maka, akhlak yang baik mestilah

dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim ialah

mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh sebab

itu, perbuatan seks bebas jelas bertentangan dengan ajaran islam yang berpegang teguh

kepada akhlak yang baik.

Selain daripada itu, Islam mementingkan 5 perkara yang perlu dijaga iaitu harta, Maruah,

Akal, Nyawa dan Agama. Dalam konteks ini, perbuatan seks bebas adalah bercanggah

dengan salah satu perkara tersebut iaitu maruah manakala pengguguran boleh dikaitkan

dengan nyawa iaitu pemgambilan nyawa janin yang secara langsungnya bermaksud
pembunuhan. Oleh sebab yang demikian juga, sesiapa yang tidak menjaga 5 perkara

tersebut adalah dianggap berdosa besar dan mesti segera bertaubat. Dalam isu yang

dibincangkan ini,salah satu punca kepada berlakunya gejala sosial ini mungkin bersangkut

paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaaan. Maka,

dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan

umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa. Hubungan seks

bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran di kalangan

remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi.

Pengguguran mengakibatkan kematian janin.Janin di dalam kandungan terbentuk dalam

beberapa peringkat yang dikenali sebagai nutfah , alaqah , dan mudhghah. Peringkat

terakhir ialah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya. Pada

dasarnya, agama islam menyatakan pengguguran anak dalam

kandungan adalah haram dan berdosa besar kerana pengguguran dianggap satu

jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh iaitu sebagai makhluk bernyawa.

Malahan anak dalam kandungan adalah tidak berdosa. Walaubagaimanapun, pengguguran

adalah dibenarkan pada pandangan agama Islam dalam keadaan tertentu. Contohnya untuk

menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan.

Selain pengguguran, hubungan seks bebas remaja juga membawa kepada peningkatan kes

pembuangan bayi. Perbuatan biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-

buru mengambil tindakan demi kepentingan sendiri. Gejala ini bukanlah sesuatu yang baru

dalam sejarah kemanusian manusia. Pada zaman jahiliah iaitu zaman kegelapan , gejala ini

menjadi sebahagian daripada nilai masyarakat jahiliah. Mereka bukan sahaja membuang

bayi perempuan, malah sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup demi

menjaga maruah peribadi dan keluarga sendiri. Maka timbul isu-isu yang diperbincangkan,

mengapakah remaja kita sanggup bertindak sedemikian seolah-olah manusia dalam


masyrakat jahiliah yang tidak berperikemanusian? Perbuatan ini dianggap jahil pada

pandangan Islam iaitu tidak mematuhi 5 perkara yang perlu dijaga. Justeru itu, jelasnya hal

ini berlaku lantaran remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah

dipengaruhi oleh
desakan
seksual
mereka
itu.
Buddha

Bagi agama Buddha, perlakuan seks bebas iaitu segala hubungan antara lelaki dan

perempuan yang tidak diakui oleh undang-undang negara dan kemoralan sosial, kecuali

hubuangan isteri suami adalah perbuatan yang tidak dibenarkan. Peraturan ini dipercayai

dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dan amat menbantu


dalam
budidaya

se

ndiri. Mengikuti konsep Karma, perbuatan yang baik akan membawa kesan baik manakala

perbuatan yang jahat akan membawa padah. Jika hendak mendapat karma yang baik, maka

perlulah mematuhi lima rukun moral agama Buddha (Panca Sila) iaitu jangan membunuh,

jangan mencuri, jangan berzina, jangan berbohong, dan jangan

mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal. Sebenarnya perlakuan seks

dengan sesiapa yang bukan isteri atau suami juga tidak dibenarkan kerana ianya

bersamaan dengan perbuatan berzina. Penganut agama Buddha mempercayai patuh

kepada rukun ‘jangan berzina’ akan membawa keteteramann minda dan menjernihkan hati,

jika selalu mematuhi rukun ini akan mendapat bodhi (bodhi adalah bahasa Pāli dan bahasa

Sanskrit, ia bermaksud kefahaman, kebijiaksanaan dan jalan yang betul dan benar) yang

benar dan akhirnya individu tersebut tiada hubungan lagi dengan dunia
ini
dan
mencapai
nirvana.
Terdapat juga empat kebenaran mulia dalam ajaran Buddha, iaitu Dukkha
(penderitaan),
Dukkha-Samudaya
(punca
penderitaan),

Dukkha-

Nirodha (menyingkirkan penderitaan) dan Dukkha-Nirodha Marga (jalan untuk

menghapuskan penderitaan). Antaranya Dukkha-Samudaya bermaksud punca penderitaan

adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu ini akan didorong oleh kejahilan.

Nafsu adalah salah satu punca penderitaan manusia untuk memperolehi kekayaan dan

keseronokan yang tiada penghujungnya. Manakala Dukkha-Nirodha bermaksud apabila

keinginan dan hawa nafsu dihapuskan maka penderitaan dapat diatasikan. Manusia

haruslah menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan penderitaan.

Perlakuan seks bebas adalah berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal, maka

hendaklah mengatasi nafsu untuk berseks demi mengelakkan penderitaan seperti kesedihan

pengguguran atau pembuangan bayi.

Pengguguran bayi ialah salah satu kesalahan yang serius dalam peraturan atau rukun

agama Buddha, kerana salah satu nilai dari lima rukun moral agama Buddha (Panca Sila)

ialah jangan membunuh, dan dalam agama Buddha, pengguguran adalah sama dengan

membunuh, Hal ini disebabkan dosa menggugur bayi setimpal dengan dosa membunuh.

Selain itu, pengguguran adalah salah satu dosa dalam 5 dosa yang paling berat, iaitu

membunuh ibu bapa, membunuh arahat, menggugur bayi, membunuh sami, dan menhina

atau merosakan patung Buddha. Dosa ini akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam

neraka wu jian. Neraka ini dikelilingi dengan tembok besi yang setinggi 10 000 kilometer dan

penuh dengan barak api yang sangat panas. Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini mereka

akan mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir ke dunia manusia atau dunia

lain lagi.
Di samping itu, salah satu nilai dalam nilai moral agama Buddha ialah baik hati kepada

semua makhluk iaitu menyayangi dan menghormati makhluk lain kerana semuanya juga

mempunyai hak untuk hidup. Maka pengguguran juga bermaksud telah merampaskan hak

bayi itu untuk lahir atau hidup di dalam dunia ini. Walaupun dosa membuang bayi tidak

seberat mengguguran bayi, akan tetapi pembuangan bayi tetap membawa penderitaan

kepada bayi itu sama ada bayi itu masih kecil atau masa hadapannya, maka mengikut prisip

karma, pembuang bayi juga akan menerima karma yang tidak baik. Perbuatan ini akan

meninggalkan kesan yang buruk kepada yang melakukannya, ianya akan mencorakkan

perwatakan atau mengubahkan nasib orang tersebut sama ada dalam hayat ini atau hayat

yang berikutnya. Contoh yang biasa dapat diperhatikan adalah seperti sering sakit,

menghidapi penyakit aneh, berjumpa dengan perkara yang aneh. Ringkas kata, apa yang

lahir semula itu bukan jiwa tetapi hasil perlakuan sesuatu makhluk atau perwatakannya pada

hayat sebelumnya.

Kesimpulannya, seks bebas membawa keburukan yang teruk kepada remaja dan masa

depan masyarakat. Remaja haruslah bersedar terhadap keburukkan seks bebas dan

mengelakkan perlibatan dalam seks bebas. Selanjutnya, pihak-pihak yang berkenaan juga

harus mengambil berat dan bekerjasama untuk mengurangkan perkara ini merebak dalam

masyarakat yang harmoni ini.

You might also like