You are on page 1of 8

SLOT 2:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH


DAERAH MANJONG
PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA

OLEH:
SK KAYAN,SITIAWAN,PERAK

PENYELIDIK:
MAZNI BIN OTHMAN

22 SEPTEMBER 2007
PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun
1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya, dan
untuk menunai inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah
rendah. Guru pemulihan tidak berupaya mengendalikan pemulihan tanpa sokongan daripada
guru besar dan guru-guru sekolah terbabit Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )
memberikan penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini dapat menyempurnakan pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasi
sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu
langkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi
membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid . Ujian
diagnostik adalah satu ujian yang boleh digunakan untuk mencapai keperluan tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran
menguasai membaca. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) dan Kaedah Fonik
digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca.

Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk


mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka boleh memahami teks yang dibaca.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Awal:

Dalam tinjauan awal. Pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas membaca di kaji.
Ujian awal ( Diagnostik ) dilaksanakan dan temubual dengan guru di adakan. Ujian dan temubual
berikut dilaksanakan

Ujian 1: Membaca perkataan suku kata KVKV


Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK
Ujian 3: Membaca perkataan VKVK
Ujian 4: Membaca teks pendek ( 15 – 20 patah perkataan )
Ujian 5: Temubual dengan guru pemulihan

Analisis Data Ujian 1.

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus


0–8 Sangat lemah 12 11.1
9 – 16 Lemah 52 48.2
17 – 24 Sederhana 37 34.2
25 – 32 Baik 4 3.7
33 – 42 Sangat Baik 3 2.8
Dari data yang diperolehi di dapati hanya 6.5% menguasai kemahiran ini dengan baik,
manakala 59.3% berada pada tahap lemah

Analisis Data Ujian 2

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus


0–4 Sangat lemah 48 44.4
5–8 Lemah 26 24.1
9 – 12 Sederhana 30 27.8
13 – 16 Baik 3 2.8
17 – 20 Sangat Baik 1 0.9

Daripada data diperolehi, hanya 3.7% pelajar menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan
68.5% masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK

Analisis Data Ujian 3

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus


0–4 Sangat lemah 4 3.7
5–8 Lemah 15 13.9
9 – 12 Sederhana 30 27.8
13 – 16 Baik 32 29.6
17 – 20 Sangat Baik 27 25

Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca VKVK
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran ini.

Analisis Data Ujian 4

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus


0–4 Sangat lemah 4 3.7
5–8 Lemah 15 13.9
9 – 12 Sederhana 30 27.8
13 – 16 Baik 32 29.6
17 – 20 Sangat Baik 27 25

Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca teks
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran teks
Analisis Data 5 ( Temubual/ soalselidik )

Penggunaan Instrumen Kemahiran Membaca

Instrumen / Modul Ada Tiada


Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( IPCH )
Instrumen Penentu Penguasaan 3M ( IPP3M )
Modul ASBALIS ( asas baca dan menulis )
Modul-modul kemahiran asas membaca dan menulis yang disediakan
oleh guru
Modul KACEM ( kemahiran cepat membaca )
Modul-modul kemahiran asas mengira yang disediakan oleh guru
Modul-modul pengamatan
Lain-lain ( nyatakan )

Perkara Ada Tiada


Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( IPCH ) 12 10
( 46.2% ) ( 38.5%)

Instrumen Penentuan Penguasaan 3M ( IPP3M ) 21 3


( 80.8%) (11.5%)

Modul ASBALIS ( asas baca dan menulis ) 18 6


( 69.2% ) ( 23.1% )

Modul kemahiran asas membaca dan menulis yang disediakan 20 4


oleh guru ( 76.9% ) ( 15.4% )

Modul KACEM ( Kemahiran Cepat Membaca ) 7 14


( 26.9%) ( 53.8% )

Modul Kemahiran asas mengira yang disediakan oleh guru 16 7


( 61.5% ) ( 26.9%)

Modul Pengamatan 9 12
( 34.6% ) ( 46.2%)

Berdasarkan jadual tujuh perkara yang berkaitan dengan penggunaan instrumen dan modul
mengenalpasti kemahiran 3M . Hanya dua perkara modul dan instrumen ( > 75.0% ) iaitu
Instrumen Penentu 3M dan Modul Kemahiran asas membaca yang disediakan oleh guru
digunakan dengan tinggi. Manakala bahan penggunaannya mengikut urutan seperti berikut;
a. Modul ASBALIS ( 69.2%)
b. Modul Kemahiran Asas Mengira Yang Disediakan Oleh Guru ( 61.5%)
c. Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( 46.2%)
d. Modul Pengamatan ( 34.6%)

Faktor mempengaruhi Tahap Membaca Murid

1. Sangat tidak mempengaruhi


2. Tidak mempengaruhi
3. Mempengaruhi
4. Sangat mempengaruhi

Faktor-faktor Tahap Pengaruh


Latar belakang sosio ekonomi murid 1 2 3 4
Sikap murid 1 2 3 4
Persekitaran tempat tinggal 1 2 3 4
Persekitaran sekolah 1 2 3 4
Keberkesanan pengajaran guru 1 2 3 4
Sokongan pengurusan sekolah 1 2 3 4
Sokngan pelajaran murid di rumah 1 2 3 4
Kehadiran kelas pra sekolah/ tadika 1 2 3 4
Masalah keluarga 1 2 3 4
Kehadiran di sekolah 1 2 3 4
Kesihatan murid 1 2 3 4
Perkembangan kognitif 1 2 3 4

Faktor-faktor Tahap Pengaruh


min sp
1 2 3 4

Latar belakang sosio ekonomi murid 3 17 5 3.08 0.57


(11.5%) (65.4%) (19.2%)
Sikap murid 9 17 3.65 0.48
(34.6%) (65.4%)
Persekitaran tempat tinggal 3 20 3 3.00 0.48
(11.5%) (76.9%) (11.5%)
Persekitaran sekolah 3 6 15 2 2.61 0.80
(11.5%) (23.1%) (57.7%) ( 7.7%)
Keberkesanan Pengajaran Guru 3 14 9 3.23 0.65
(11.5%) (53.8%) (34.6%)

Sokongan Pengurusan Sekolah 5 15 6 3.03 0.66


(19.2%) (57.7%) (23.1%)

Sokongan pelajaran murid di rumah 3 11 12 3.34 0.69


(11.5%) (42.3%) (46.2%)
Kehadiran kelas pra sekolah / tadika 5 14 7 3.07 0.68
(19.2%) (53.8%) (26.9%)
Masalah Keluarga 2 11 13 3.42 0.64
(7.7%) (42.3%) (50.0%)
Kehadiran di sekolah 14 12 3.46 0.50
(53.8%) (46.2%)
Kesihatan murid 1 1 17 7 3.15 0.67
(3.8%) (3.8%) (65.4%) (26.9%)
Perkembangan kognitif 13 13 3.50 0.51
(50.0%) (50.0%)
Nota : 1. Sangat Tidak Mempengaruhi 2. Tidak Mempengaruhi 3. Mempengaruhi
4. Sangat Mempengaruhi.

Jadual menunjukkan tahap faktor yang sangat mempengaruhi penguasaan 3M adalah faktor
sikap dan perkembangan kogniti pada tahap ( 3.50 <min < 4.00 ). Manakala faktor-faktor lain
hanya pada tahap mempengaruhi berdasarkan urutan berikut;

a. Kehadiran di sekolah ( min = 3.46, sp = 0.50 )


b. Masalah Keluarga ( min = 3.42, sp = 0.64 )
c. Sokongan pelajaran murid di rumah ( min = 3.34, sp = 0.68 )
d. Keberkesanan Pengajaran Guru ( min = 3.23, sp = 0.65 )
e. Kesihatan murid ( min = 3.15, sp = 0.67 )
f. Kehadiran kelas pra sekolah / tadika ( min = 3.07, sp = 0.68 )
g. Latar belakang sosio ekonomi ( min = 3.08, sp = 0.57 )
h. Masalah keluarga ( min = 3.03, sp = 0.66 )
i. Persekitaran tempat tinggal ( min = 3.00, sp = 0.48 )
j. Persekitaran sekolah ( min = 2.61, sp = 0.80 )

Rumusan:

Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas
khususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV.KVKVK,VKVK dan Teks mudah. Kesukaran
mengikut tertib dan factor penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar membaca
murid.

FOKUS KAJIAN

Berdasrkan analisa data, focus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca
KVKV,KVKVK,VKVK dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.

MERANCANG TINDAKAN
Bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam tinjauan awal beberapa aktiviti dalam
pendekatan KGBK dan Kaedah Fonik di jalankan di dalam dan di luar bilik darjah.Segala aktiviti
adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penguasaan kemahiran membaca

1. Menguasai Kaedah KGBK

a. Meninjau buku-buku yang digunakan dalam kaedah KGBK


b. Memilih bahan-bahan yang boleh membantu menguasai kemahiran membaca
2. Penilaian terhadap keberkesanan buku dan kaedah

PELAKSANAAN TINDAKAN

I. Menguasai kemahiran pendekatan KGBK dan Kaedah Fonik


II. Pelajar dipecahkan mengikut aras kemahiran
III. Tugasan di beri berdsarkan kemampuan dan kebolehan
IV. Masa yang fleksibel
V. Peralatan dan bahan Bantu mengajar menggunakan multimedia

PEMERHATIAN
Beberapa pemerhatian dibuat semasa pelaksanaan tindakan dalam kajian ini.
a. Bilangan murid yang boleh menyebut dan membaca perkataan
b. Pencapaian setiap pelajar dalam membaca
c. Markah yang dicapai dalam ujian pencapaian membaca

Pemerhatian / Keputusan itunjukkan dalam jadual;

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4 Ujian 5


Penyertaan/ 10 10 7 8 9
aktif
2 3 1 2 5
Penyertan/
pasif

Pencapaian Bilangan Penyertaan


Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4 Teks1 Teks2 Teks 3
Sangat
lemah
Lemah

Sederhana

Baik

Sangat
Baik
Jumlah

PENILAIAN
Ujian 1 dan jian 3 merupakan tahap yang sukar jika dibandingkan ujian 2. Penambahbaikan
dapat dilihat dari segi peratus pencapaian bagi setiap ujian yang diberi. Berdasarkan
penggunaan pendekatan KGBK dan Kaedah fonik penapaian dinyatakan dalam jadual dibawah
bagi kemahiran membaca.

Kaedah KGBK

Pencapaian Tinjauan Awal Ujian 1 Ujian 2 Ujian3

Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik

Kaedah Fonik

Pencapaian Tinjauan Awal Ujian 1 Ujian 2 Ujian3

Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik

Daripada perbandingan di atas didapati kemajuan kemahiran dapat dilihat apabila menggunakan
kaedah KGBK dan Kaedah Fonik.

REFLEKSI

Daripada kajian yang dijalankan adalah di dapati bahawa kemahiran membaca murid pemulihan
dapat ditingkat dengan menggunakan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru.
Terdapat jug factor yang mempengruhi penguasan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar
kehadiran mereka dating ke sekolah. Penggunaan diagnostic dapat membanu dengan cepat guru
mengesan ketidakbolehan membaca murid.

CADANGAN

Kajian tindakan seterusnya bolehlah dijalankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman


murid mehami teks dan membetulkan gaya membaca.

You might also like