You are on page 1of 6

PERMAINAN BAHASA

Nama Permainan: Buah Dadu

Objektif: Murid dapat mengeja suku kata

Bahan : Kad suku kata,kad perkataan,buah dadu.

Cara menjalankan permainan:

1. Guru memberi arahan kepada murid.


2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Murid diminta melontarkan buah dadu.
4. Murid diminta mengeja suku kata berdasarkan suku kata atau
perkataan yang tertera.
5. Murid bergilir-gilir melontarkan buah dadu dan cuba membunyi
dan menyebut perkataan.
6. Guru membimbing murid yang lemah.
7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan
menjadi pemenang.
8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Buah Dadu”.

Nama Permainan: NOMBOR MISTERI

Objektif : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan mengikut


suku kata

Bahan : kad suku kata,kad gambar,buah dadu,sampul surat.


Cara menjalankan permainan:

1. Guru memberi arahan kepada murid.


2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Murid diminta melontarkan buah dadu yang berdasarkan
nombor.
4. Murid diminta mengambil sampul surat berdasarkan nombor
yang tertera.
5. Murid diminta mengejakan perkataan yang terdapat dalam
sampul surat tersebut.
6. Murid-murid mengulang aktiviti ini mengikut giliran.
7. Guru membimbing murid yang lemah.
8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang tertinggi dikira
pemenang.
9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Nombor
Misteri”.

Nama Permainan: MUSIC CHAIR

OBJEKTIF : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan


KVK + KV + KVKK
BBM : kad gambar,kad suku kata,CD.

Cara menjalankan permainan:

1. Guru memberi arahan kepada murid.


2. Semua murid dikehendaki duduk di atas kerusi yang telah
dilekatkan dengan kad perkataan.
3. Muzik dimainkan. Murid mula bergerak mengeliling kerusi-kerusi.
Apabila muzik di berhentikan, murid dikehendaki duduk di atas
kerusi.
4. Guru memilih seorang murid dan murid tersebut mesti mengeja
kad perkataan yang dilekat di belakang kerusi tersebut
5. Ulang aktiviti ini sehingga semua murid mengeja perkataan
sebanyak 3 kali.
6. Guru membimbing murid yang lemah.
7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan
menjadi pemenang.
8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “music chair”.

Nama Permainan: WIN-WIN

OBJEKTIF : Murid dapat membunyi suku kata dan mengeja perkataan


KVK + KV + KVKK berdasarkan gambar.

BBM : kad suku kata,kad gambar,kad perkataan.


Cara menjalankan permainan:

1. Guru memberi arahan kepada murid.


2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi kad gambar berlainan.
4. Murid diminta memilih gambar berdasarkan perkataan yang
diberi oleh guru.
5. Murid diminta bergerak ke hadapan dan melekatkan gambar
berdasarkan perkataan yang tertera di papan putih.
6. Guru membimbing murid yang lemah.
7. Murid mengulang aktiviti ini secara bergilir-gilir.
8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan
menjadi pemenang.
9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Win-Win”.

Nama Permainan: KAD TEKA-TEKI

OBJEKTIF: Murid dapat mengeja suku kata,perkataan,dan membaca


ayat mudah.

BBM : kad suku kata,kad perkataan ,kad ayat,kad teka teki.

Cara Menjalankan Permainan:

1. Guru memberi arahan kepada murid.


2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Guru melekatkan kad-kad teka-teki yang bergambar haiwan.
4. Murid diminta bergerak ke hadapan dan memilih gambar haiwan
yang disukainya.
5. Guru mengambil kad tadi dan membaca soalan teka-teki di
belakang kad haiwan.
6. Murid dikehendaki menjawab soalan teka-teki yang dibaca oleh
guru.
7. Murid bergilir-gilir keluar memilih kad teka-teki.
8. Guru membimbing murid yang lemah.
9. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan
menjadi pemenang.
10. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Kad Teka-Teki”.

You might also like