You are on page 1of 13

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK
KAWALAN RUMPAI
KAWALAN RUMPAI

 Rumpai = Tumbuhan yang hidup di mana ia tidak


dikehendaki. Ianya tidak ditanam tetapi
tumbuh sendiri.

 KAEDAH KAWALAN

1.Menggunakan cangkul

2.Kaedah biologikal

3. Kaedah kimia
KAEDAH MENGELAKKAN PERTUMBUHAN RUMPAI

1. Membakar kayu-kayan yang - Pembakaran tersebut boleh


telah ditebang tebas di menyebabkan tanah menjadi
kawasan ladang yang telah panas seterusnya
dibersihkan. menyebabkan akar dan biji
benih rumpai jadi lecuh dan
musnah.
2. Tanah ditenggala.
- supaya terkeluar akar-akar
rumpai yang ada di
dalamnya dan akan
dikeringkan oleh cahaya
matahari.

3. Menyembur racun herba - untuk halang percambahan


pracambah. biji benih rumpai.

4. Menanam tumbuhan - Untuk melindungi tanah


kekacang penutup bumi di daripada ditumbuhi rumpai.
tanah yang telah
dibersihkan.
KAWALAN MENGGUNAKAN CANGKUL
Membinasakan rumpai dengan memisahkan batang dan
akar di bahagian pergelangannya.

Hanya melemahkan pertumbuhan pokok.

Kawalan tidak tahan lama.

Kos kawalan tinggi.

Banyak menggunakan tenaga.

Kerja pengawalan rumpai mengambil masa yang lama.

Boleh menyebabkan akar pokok getah tercedera dan


boleh merosakkan keadaan fizikal tanah.
KAWALAN KAEDAH BIOLOGIKAL

Penggunaan haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing.

Kos kawalan murah.

Boleh menambahkan pengeluaran daging.

Tidak dapat menghapuskan keseluruhan rumpai sebab


haiwan memilih rumpai tertentu sahaja.
KAWALAN KAEDAH KIMIA
Menggunakan racun rumpai.

Membinasakn rumpai melalui daun. Rumpai menjadi lemah selepas


daunnya musnah.

 Terdapat racun yang boleh membinasakan rumpai hingga ke akar.

Kesan kawalan rumpai tahan lebih lama.

Kos murah.

Cara kawalan lebih cepat. Cara kawalan lebih cepat.

Kurang menggunakan tenaga.

Rumpai yang mati boleh menambah baja asli.

Akar pokok getah tidak cedera.

Keadaan fizikal tanah tidak rosak.


KAWALAN RUMPAI
Rumpai yang terdapat dalam barisan atau teres perlu
dikawal dari semasa ke semasa.

Jika di antara barisan tiada tumbuhan kekacang dan


telah ditumbuhi oleh rumpai, pastikan ia tidak melebihi
60 sm tinggi.

Rumpai yang merbahaya seperti lalang, selaput tunggul


dan lain-lain hendaklah dibasmi sama sekali.

Diperingkat permulaan, kawalan rumpai adalah kerap


tetapi semakin jarang apabila umur getah meningkat
tinggi.
Jadual 1.0 Pusingan kawalan rumpai

TAHUN DI SEPANJANG DI ANTARA


LORONG TANAMAN LORONG
TANAMAN*
1 Empat ke enam Enam
2 Empat ke enam Empat
3 Empat Tiga
4 Empat Dua
5 Empat Satu
6 Tiga Satu
7 Dua -
8 Dua -
9 Satu -
10 Satu -
*Rumpai yang tumbuh di celah-celah penutup bumi kekacang sahaja.
Kaedah meracun
Meracun Sehektar Penuh Meracun di dalam lorong tanaman
atau teres
Rumpai diblok-blok atau dipetak- Berjalan sahaja sambil menyembur
petak, lebar setiap petak petak racun ke atas rumpai yang terdapat
mengikut kadar yang boleh diliputi disepanjangnya.
oleh nozel biasanya 2m.
Gunakan penyembur galas muatan Gunakan penyembur galas muatan
18L dengan nozel jenis jet kipas 18L dengan nozel jenis jet pembias
atau ’fanjet’. atau ’flood jet’.

Bancuhan racun

Bancuhan racun untuk kawasan Bancuhan racun untuk kawasan


luas kecil
Racun dibancuh di dalam dram Racun dibancuh sedikit-sedikit
besar muatan 200L. dalam tin minyak tanah yang
muatannya 18L, cukup bagi satu alat
penyembur galas.
BANCUHAN BEBERAPA JENIS RACUN KIMIA DAN KAEDAH
SEMBURAN

1.Masukkan satu per satu racun ke dalam air serta dikacau rata-rata untuk
mengelak pemendakan.

2.Campuran racun dipindah ke dalam alat penyembur melalui tapis kerap,


sedikit ruang udara ditinggalkan di bahagian atasnya.

3.Beri tekanan udara yang cukup di dalam alat penyembur pada kadar 1Kg
sesentimeter persegi (boleh didapati dengan mengepamnya sebanyak 6
kali).

4.Laju berjalan semasa membuat semburan adalah kira-kira 2 km sejam


(merupakan semburan berisipadu rendah).

5.Untuk mendapatkan liputan semburan selebar 2m, ketinggian nozel dari


tanah hendaklah 60 sm.

6.Racun disembur rata-rata pada daun rumpai dari satu petak ke satu petak
atau dari satu lorong ke satu lorong tanaman.
BANCUHAN BEBERAPA JENIS RACUN KIMIA DAN KAEDAH
SEMBURAN

7.Setiap langkah melepaskan racun, hendaklah dipamkan sekali supaya


seragam tekanannya.

8.Jangan sentuhkan mana-mana bahagian pokok getah semasa membuat


semburan racun.

9.Untuk mendapat kesan yang baik, semburan racun dibuat pada awal pagi
atau lewat tengahhari bagi mengurangkan ruapan.

10.Jangkamasa kawalan adalah 3-6 bulan mengikut keadan naungan di


satu-satu tempat.

11.Walaubagaimanapun semburan seterusnya mesti dijalankan apabila


pertumbuhan semula rumpai mencapai 60 peratus.

12.Semua perkakas di basuh bersih selepas selesai digunakan.


RUJUKAN

 ABU BAKAR BIN HAJI AHMAD (1985) Teknologi


Getah Asli, pp 213-223.Kuala Lumpur: Institut
Penyelidikan Getah Malaysia.

 ABU BAKAR BIN HAJI AHMAD, ROSLEY BIN


ABDULLAH (1994) Teknologi Perladangan Dan
Pemprosesan Getah, pp 179-190. Kuala Lumpur:
Institut Penyelidikan Getah Malaysia.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like