You are on page 1of 1

PENGENALAN.

APA MAKNA PENSYARAH?

Perkataan “pensyarah” berasal daripada akal kata ‘syarah’ iaitu menyampaikan,


menghuraikan, memperincikan dan menjelaskan. Menurut Kamus Besar Indonesia,
perkataan lecture dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai ’kuliah’. Kuliah
membawa maksud pelajaran yang diberikan atau sesi ceramah secara berhadapan dengan
kelompok peserta.

Perkataan lecture yang bermaksud ’perbuatan membaca dari pembacaan’. Lecture


berasal daripada perkataa Latin iaitu lectureyang bermaksud ’membaca’ yang wujud
seawal abad ke-14. Maksud yang lebih terpeinci lagi adalah ’perbuatan terhadap sesuatu
perkara di hadapan sekumpulan pendengar bagi tujuan pengarahan’ wujud sejak dari
abad ke-16 lagi. Kata perbuatan to lecture (bersyarah) wujud sejak tahun 1590. Perkataan
lectern merujuk kepada meja pembacaan yang digunakan oleh pensyarah.

Dalam penggunaan istilah ini di Medieval University (1350 M), syarah ialah
perbuatan seorang pengajar membaca daripada satu sumber asal di dalam sebuah kelas
kepada sekumpuan pelajar yang mencatat nota. Dalam kebanyakan sejarah, penyebaran
ilmu pengetahuan melalui syarahan penulisan nota adalah perkara yang perlu di dalam
kehidupan akademik. Di Medieval Universiti ini, pensyarah akan membaca sumber
primer di atas podium di hadapan audiens kemudian memberikan nota berkaitan apa yang
sedang dibicarakan. Perbicaraan tentang pengetahuan diberikan melalui nota bertulisan
tangan oleh pensyarah merupakan elemen penting bagi kehidupan pensyarah ketika itu.

You might also like